You are on page 1of 15

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada hari ini perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi
yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya telah
dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Aspek teknologi telah digabungkan
dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat
serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Satu perubahan yang
signifikan perlu dilakukan oleh guru dalam cara mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah (Ismail 1996). Sudah sampai masanya budaya pembelajaran
diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,
berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Menurut Salomon (1993) pendidikan yang
melibatkan bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran itu lebih bermakna. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer
dapat meningkatkan prestasi pelajar . Mengikut Smith dan Furst (1993) terdapat sikap
yang positif terhadap penggunaan komputer di kalangan pelajar. Teknologi komputer ini
boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada kaedah pengajaran. Untuk mencapai

1
matlamat ini proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih
kreatif dan inovatif. Menurut Yusuf Hashim dan Razmah Man (1999) salah satu
perubahan pendekatan yang berlaku ialah pembelajaran berasaskan teknologi.

Yusuf Hashim dan Razmah Man (1999) juga menyatakan yang dimaksudkan dengan
pendekatan teknologi ialah satu proses pembelajaran yang menggunakan teknologi
multimedia untuk membantu guru semasa proses pembelajaran di mana guru akan
bertindak pengurus atau fasalitator.

Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat boleh digunakan untuk mengumpul,


menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan
tepat seperti Internet atau multimedia atau hipermedia untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bukan bertujuan untuk menggantikan guru dengan penggunaan
teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. Menurut Jonassen (1996)
bentuk pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 masih tetap berpusatkan guru tetapi
guru memainkan peranan lebih penting untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran. Jonassen (1996) juga menyatakan guru lebih berperanan sebagai
pemudah (fasalitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembentuk maklumat.
Teknik pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer boleh mencetuskan satu
revolusi baru dalam dunia pendidikan (Mohd Nain & Rozhan 1999).

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer telah berkembang sejak empat


puluh tahun yang lalu dengan inovasi terbarunya dapat dilihat dalam bidang multimedia
(Halimah 1999). Teknologi multimedia telah mengembangkan penggunaan komputer
dari alat yang digunakan untuk memproses maklumat kepada alat yang bertindak sebagai
media pengajaran. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia telah mempunyai

2
kemampuan untuk penyampaian teks, video bergerak, suara, animasi yang canggih dan
grafik yang beresolusi tinggi. Kesan persembahan maklumat yang ditimbulkan oleh
gabungan gambar, teks dan bunyi telah menunjukkan kekekalan yang lebih signifikan
daripada apabila ia didengar atau dibaca (Wilkinson 1980). Gabungan unsur - unsur ini
akan membentuk satu persembahan yang menarik dan menjadikan proses penyampaian
maklumat lebih berkesan. Menurut Smellie et al. (1997) media pengajaran yang
menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar,
memudahkan pelajar memahami maklumat yang diberi dan mendapatkan maklumat yang
kompleks berbanding jika hanya maklumat disampaikan dengan penjelasan lisan. Smellie
et al. (1997) juga menyatakan teknologi multimedia membantu mengatasi kesuntukan
masa, saiz dan ruang. Media pengajaran yang berasaskan komputer mampu untuk
menggunakan teknologi multimedia yang mempunyai ciri - ciri interaktif yang
membolehkan para pengguna mencapai maklumat dari segmen ke segmen yang lain
tanpa mengikut urutan. Teori Tingkahlaku menganggap pembelajaran adalah kondisi
tanpa mengambil kira cara pembelajaran yang dinamik, pelbagai aktiviti mental seperti
persepsi, pengetahuan, memori dan pembelajaran bersituasi dalam konteks (Rozinah
1996). Ini menunjukkan ciri - ciri teknologi multimedia yang interaktif boleh membantu
dalam proses pembelajaran. Ciri - ciri interaktif ini akan dapat membentuk satu proses
pembelajaran yang melibatkan pelajar dengan lebih aktif. Penglibatan aktif dari pelajar
akan menjadikan proses pembelajaran lebih mudah dan berkesan. Usaha sedang giat
dijalankan oleh semua pihak untuk meningkatkan mutu dan taraf pendidikan melalui
pelbagai aspek dan salah satunya ialah media pengajaran yang berasaskan komputer di
mana ianya sesuai dan menepati kehendak pendidikan semasa.

1.2 Pernyataan Masalah

Komputer adalah merupakan alat yang sangat berpotensi untuk memudahkan kerja - kerja
harian. Dalam bidang pendidikan komputer bukan hanya mampu untuk membantu tugas -
tugas pengurusan pejabat, tetapi ia juga mampu untuk bertindak sebagai media yang

3
boleh mempelbagaikan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Sebagai media
pengajaran, komputer boleh digunakan dalam bentuk dialog, menyemak jawapan pelajar
dalam sesuatu ujian, mengulang bahan pengajaran yang diperlukan atau boleh dilanjutkan
ke tahap yang lebih susah. Menurut Crosley (1988) pada hari ini komputer mampu untuk
membina lukisan perspektif dengan cepat dan berupaya untuk menghasilkan lukisan
binaan dengan tepat serta dapat menghasilkan persembahan yang menarik. Kemahiran
melukis dengan menggunakan komputer adalah penting bagi pelajar lulusan seni bina di
politeknik-politeknik Malaysia.

Subjek lukisan berbantu komputer di Politeknik Port Dickson telah diperkenalkan


secara sistematik di dalam kurikulum seni bina sejak tahun 1995. Di dalam kurikulum
seni bina subjek ini dinamakan sebagai Lukisan Berbantu Komputer yang mana pelajar
akan dilatih untuk menggunakan perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14
atau ringkasannya ACAD R14 untuk menghasilkan lukisan. Subjek ini diajar kepada
pelajar semasa mereka berada di semester dua dan empat. Semasa di semester dua
pelajar akan belajar menghasilkan asas lukisan binaan dua dimensi dengan bantuan
komputer dan semasa berada di semester empat pelajar akan belajar asas di dalam
menghasilkan lukisan persembahan dengan bantuan komputer. Kemahiran untuk
menghasilkan lukisan dengan bantuan komputer adalah sangat diperlukan oleh pelajar
seni bina.

Semakin banyak syarikat di dunia yang telah beralih kepada teknologi komputer
seperti mana yang telah dibuktikan oleh Rivard (1998). Beliau telah menjalankan tinjauan
dengan menggunakan media elektronik keatas industri pembinaan pada enam(6) buah
negara iaitu New Zealand, Sweden, Denmark, Finland, Hong Kong dan Arab Saudi.
Tinjauan ini telah dijalankan secara rawak ke atas firma-firma yang terlibat dengan
industri pembinaan di negara-negara di atas. Dapatan kajian menunjukkan 92.9% firma
seni bina telah beroperasi dengan komputer , manakala 91.2% firma kejuruteraan telah
beroperasi dengan komputer tetapi hanya 26.2% kontraktor sahaja yang telah beroperasi

4
dengan komputer . Oleh kerana kemahiran lukisan berbantu komputer sangat penting
untuk pelajar - pelajar seni bina maka satu kaedah pengajaran yang berkesan adalah
sangat diperlukan. Walau bagaimanapun terdapat banyak masalah yang boleh
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran subjek lukisan berbantu komputer di
politeknik - politeknik Malaysia.

Pertama ialah kekurangan media pengajaran yang sesuai untuk mengajar subjek
lukisan berbantu komputer menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kurang
berkesan. Media pengajaran yang berasaskan komputer boleh menghasilkan proses
pembelajaran yang efektif. Kesan audio dan grafik adalah aspek yang penting dalam
proses pembelajaran yang berasaskan komputer. Menurut Reindhart (1995) kombinasi
deria penglihatan dan pendengaran dalam satu media pengajaran multimedia mampu
meningkatkan kadar ingatan sebanyak 50 peratus. Kurang kesan audio dan grafik
sewaktu pembelajaran akan melambatkan kefahaman pelajar ke atas subjek yang
dipelajari.

Kedua ialah masalah kekurangan guru menyebabkan pelajar kurang mendapat


tumpuan semasa proses pembelajaran. Kajian yang dibuat oleh Nurul Huda (2000) guru
yang tidak mencukupi iaitu seorang guru bagi tiga puluh pelajar akan membantutkan
perjalanan kelas kerana sekiranya pelajar tidak memahami sesuatu langkah kerja maka
mereka tidak dapat untuk meneruskan proses penghasilan lukisan sehinggalah dibantu
oleh guru.

Ketiga ialah suasana pembelajaran yang kurang interaktif. Kajian yang dibuat oleh
Technical Education Research Center di Cambridge, Massachuset ke atas beberapa buah
sekolah di Massachuset menunjukkan suasana pembelajaran yang kurang aktif dan hanya
berpusatkan kepada guru memberi kesan kepada kefahaman pelajar di dalam proses
pembelajaran (Hancock et al. 1992). Proses pembelajaran dalam makmal komputer di

5
politeknik - politeknik Malaysia masih berpusatkan kepada guru. Pelajar masih
bergantung kepada arahan yang diterima dari guru. Penggunaan ikon yang banyak
semasa demonstrasi menyukarkan pelajar untuk memahami proses penghasilan lukisan
dan mengingati proses kerja yang perlu dilalui di dalam menghasilkan sesuatu objek. Di
samping itu tahap kebolehan yang berbeza yang ada pada pelajar menyebabkan
penerangan yang diberikan oleh guru hanya dapat dimanfaatkan oleh segolongan pelajar.
Bagi pelajar yang kurang faham dengan penerangan yang diberi tidak berpeluang lagi
untuk mengulangi langkah kerja yang telah dipelajari.

Keempat ialah waktu yang diperuntukkan untuk pembelajaran subjek yang


melibatkan lukisan berbantu komputer adalah kecil. Kajian yang dibuat oleh Nurul Huda
(2000) ke atas kurikulum kursus seni bina pula menunjukkan masa latihan yang
diperuntukkan bagi menghasilkan lukisan binaan dengan bantuan komputer ialah 16%
dan baki 84% pelajar akan dilatih untuk menghasilkan lukisan binaan secara manual.
Manakala untuk lukisan persembahan, 13% dari masa diperuntukkan untuk latihan
menghasilkan lukisan dengan bantuan komputer dan baki 87% ialah latihan secara
manual. Kekurangan waktu pembelajaran menyebabkan pelajar akan kurang mendapat
bimbingan dengan kaedah tutorial secara individu. Ini menyebabkan pelajar perlu
mengambil masa yang agak lama dalam memahami proses sesuatu topik yang diajar
dengan lebih berkesan.

Kelima ialah kelemahan bahasa Inggeris di kalangan pelajar politeknik menyebabkan


mereka menghadapi masalah untuk membuat rujukan di luar. Dari pemerhatian yang
dibuat semasa praktikum di Politeknik Port Dickson di dapati pelajar yang lemah Bahasa
Inggeris akan memerlukan masa yang lebih lama untuk memahami sesuatu proses kerja
kerana mereka perlu melakukan rujukan kepada kamus sewaktu kelas sedang berjalan.
Bahasa adalah satu media penting dalam menyampaikan dan menyebarkan maklumat.
Oleh kerana penggunaan Bahasa Malaysia adalah meluas digunakan di negara ini, maka
penggunaan Bahasa Inggeris mungkin akan memberi masalah kepada kebanyakkan

6
pelajar. Bagi pelajar yang menghadapi masalah bahasa kerana tidak faham Bahasa
Inggeris, aspek seperti ini akan menyebabkan perkembangan pembelajaran terbantut dan
boleh menghilangkan minat dan konsentrasi. Segala arahan dan bantuan untuk perisian
ACAD R14 adalah dalam Bahasa Inggeris dan kesilapan mencari makna akan
merumitkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, adakalanya
pelajar tidak memahami maklumat yang diperlukan kerana bahasa yang digunakan terlalu
teknikal.

Penggunaan bahasa yang mudah adalah penting dalam penyampaian maklumat


terutama sekali penyampaian itu melibatkan maklumat dalam bentuk grafik dan paparan
skrin. Menurut Mohd Zulhelmi (1997), penggunaan bahasa dalam rekabentuk perisian
yang sukar difahami akan menyebabkan pengguna merasa hampa dan akan menyebabkan
pengguna tidak meneruskan penggunaan perisian tersebut.

Tidak terdapat rujukan yang mudah bagi pelajar di luar waktu kuliah kerana tutorial
atas talian hanya dapat digunakan oleh mereka yang dapat menguasai Bahasa Inggeris
dengan baik kerana kebanyakan tutorial atas talian tidak diletakkan sasaran, maka
menjadi masalah untuk menentukan tahap penggunaan bahasa yang sesuai. Menurut Gan
(2000) pembelajaran di atas talian tidak sesuai dengan budaya dan persekitaran
pembelajaran di Malaysia. Buku rujukan yang terdapat di luar dijual dengan harga yang
mahal. Disamping itu waktu perpustakaan yang terhad juga tidak dapat membantu pelajar
di luar waktu kelas.

Berdasarkan kepada permasalahan di atas maka adalah kritikal untuk membina


sebuah perisian kursus multimedia interaktif untuk dijadikan sebagai media pengajaran
bagi membantu pelajar - pelajar seni bina politeknik - politeknik Malaysia dalam proses
pembelajaran mereka. Perisian kursus multimedia interaktif ini boleh bertindak sebagai
pembimbing dalam proses pembelajaran. Pakej perisian kursus multimedia interaktif ini

7
nanti boleh digunakan dalam bentuk cakera padat, sistem rangkaian persendirian dan
cakera keras. Perisian kursus interaktif multimedia ini juga diharap akan dapat menjadi
media pengajaran yang boleh digunakan oleh pelajar pada waktu pembelajaran yang
anjal. Menurut Hamidah (1999) sesuatu media pengajaran dibina dengan peranan untuk
membantu pelajar - pelajar memahami dan menguasai sesuatu konsep, aspek atau
komponen dalam subjek tersebut dengan lebih jelas supaya dapat membuka minda
pelajar ke arah pemikiran mendalam melalui pembelajaran terperinci secara interaktif.
Diharapkan perisian yang dibina setanding dengan perisian yang dibangunkan oleh pihak
- pihak yang lain yang banyak terdapat di pasaran.

Bagi memastikan perisian kursus yang dibangunkan ini dapat digunakan dengan baik
oleh pelajar maka perisian kursus ini akan melalui proses penilaian awal. Penilaian ini
bertujuan untuk mendapatkan komen, kritik dan maklum balas daripada pengguna.
Maklum balas yang diterima boleh digunakan untuk memperbaiki mutu perisian kursus
dan seterusnya dapat memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna.

1.3 Tujuan dan Objektif Kajian

Tujuan kajian ini ialah untuk membangunkan perisian kursus multimedia interaktif
sebagai satu usaha untuk menghasilkan media pengajaran bagi proses pembelajaran
mengenai kaedah menghasilkan lukisan persembahan dengan menggunakan perisian
Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACAD R14) untuk kegunaan pelajar-
pelajar seni bina di politeknik-politeknik Malaysia dan menilai perisian kursus ini dengan
melihat persepsi pelajar dan pensyarah ke atas penggunaan perisian kursus ini sebagai
media pengajaran. Penghasilan perisian kursus ini diharapkan akan dapat membentuk
satu pendekatan yang bersepadu dalam menghasilkan media pengajaran dan
pembelajaran yang baik. Perisian kursus ini juga adalah merupakan pendidikan yang

8
strategik dalam menerapkan teori - teori pendidikan dalam bidang teknologi maklumat.
Secara khususnya objektif kajian ini adalah :

1.3.1 Membina perisian kursus yang menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
penghantar dan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami melalui
maklumat yang disampaikan pada skrin.

1.3.2 Membina perisian kursus yang berpegang kepada konsep ramah pengguna dan
mengurangkan pergerakan semasa berada pada sesuatu skrin paparan. Selain dari
itu warna serta ketebalan huruf yang sesuai dapat digunakan untuk menampakkan
kepentingan sesuatu tajuk. Unsur audio dan grafik juga akan digunakan pada
tempat yang sesuai.

1.3.3 Perisian kursus ini akan dapat menunjukkan skop maklumat, objektif tajuk,
sasaran pengguna dan tujuan.

1.3.4 Membina perisian kursus ini dengan sistem bantuan atau help yang disusun
semasa latihan agar pelajar boleh dibantu dengan mudah bila berada dalam
keadaan yang memerlukan.

1.3.5 Membina perisian kursus yang akan memasukkan unsur audio dan grafik pada
tempat yang sesuai.

1.4 Persoalan Kajian

Dari kelemahan sistem yang ada sekarang terdapat beberapa perkara yang perlu
difikirkan di dalam perisian kursus iaitu :

9
1.4.1 Bagaimanakah perisian kursus ini akan dapat menggunakan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa penghantar ?

1.4.2 Bagaimanakah untuk menjadikan perisian kursus ini menarik, mudah untuk
digunakan dan mengurangkan pautan semasa pembelajaran ?

1.4.3 Bagaimanakah maklumat asas perisian kursus ini dapat disampaikan pada skrin
secara sistematik ?

1.4.4 Bagaimanakah perisian kursus ini akan mengurangkan penggantungan pelajar


kepada guru semasa proses pembelajaran ?

1.4.5 Bagaimanakah elemen multimedia dapat dimanafaatkan secara optima bagi


mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik ?

1.5 Kepentingan Kajian

Perisian kursus ini akan dapat menambahkan koleksi perisian kursus yang telah ada
sebelum ini. Perisian kursus ini diharapkan akan dapat menjadi alternatif kepada kaedah
yang sedia ada walaupun perisian kursus ini belum mendapat pengiktirafan dari mana -
mana pihak. Bagi warga pendidik, perisian kursus ini boleh dijadikan sebagai rujukan
untuk membina media pengajaran yang berasaskan komputer. Seterusnya dapatan kajian
ini diharapkan dapat membantu pihak tertentu tentang aspek - aspek penilaian sesebuah
perisian kursus multimedia interaktif.

Kajian ini juga diharap akan dapat membantu pembina perisian kursus yang lain
untuk meningkatkan lagi kualiti perisian yang hendak dibangunkan dengan berpandukan
maklum balas yang diberikan oleh penilai - penilai tentang kelemahan yang ada pada
perisian ini dan mengambilkira cadangan yang diberi. Seterusnya kajian ini akan dapat

10
membantu proses pemurnian perisian kursus multimedia interaktif secara lebih berkesan.

Dapatan kajian ini juga diharapkan akan membantu guru untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang berdasarkan tahap kebolehan dan kepandaian pelajar. Dengan
menggunakan perisian kursus ini pelajar yang lemah mungkin akan dapat belajar
mengikut kadar pembelajaran mereka dan bagi pelajar yang pandai mereka boleh
mempelajari pelajaran tersebut dengan lebih cepat tanpa menganggu pelajar - pelajar lain.
Perisian kursus multimedia interaktif ini boleh digunakan sebagai media pengajaran dan
akan dapat memperkayakan lagi teknik pengajaran guru. Diharapkan kajian ini akan
dapat membantu untuk membentuk satu suasana pembelajaran yang baru dan seterusnya
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perubahan
dalam era teknologi maklumat.

1.6 Batasan Kajian

Fokus pembangunan perisian kursus multimedia interaktif ialah untuk subjek lukisan
terbantu komputer kursus seni bina politeknik - politeknik Malaysia. Perisian kursus ini
hanya melibatkan objek mudah dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi. Perisian
kursus ini akan dihadkan penggunaannya kepada perisian Autodesk Computer Aided
Design Release 14 (ACAD R14) kerana semua politeknik - politeknik Malaysia yang
menawarkan kursus seni bina dan sekolah - sekolah teknik yang menawarkan kursus
lukisan menggunakan perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14 (ACAD
R14) . Dari segi penilaian terhadap perisian kursus yang dibangunkan, responden kajian
yang terdiri dari guru komputer hanya menilai dari aspek teknikal. Sementara para penilai
lain yang terdiri dari pensyarah - pensyarah politeknik, guru - guru sekolah menengah
dan pelajar - pelajar politeknik dan sekolah akan menilai dari perspektif operasi dan
penggunaan perisian kursus.

11
1.7 Definisi Istilah

Untuk mudah memahami konsep perisian kursus multimedia interaktif dalam pendidikan
dengan lebih tepat, maka perlu dibincangkan tentang definisi frasa - frasa berikut :

1.7.1 Perisian Kursus

Perisian kursus adalah hasil daripada bahan pengajaran yang telah diprogramkan dan
disimpan dalam media storan seperti disket, pita, katrij, cakera keras atau CD ROM
(Norhashim et al 1996). Manakala menurut Kemp et al. (1997) perisian kursus ialah
program komputer yang muncul pada skrin dan mempunyai ciri - ciri seperti di bawah :

i. Kandungan program.

ii. Arahan dan prosedur untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran.

iii. Maklumat berteks dan paparan grafik.

iv. Soalan, masalah, dan cara lain menguji kefahaman dan membuat aplikasi
pengetahuan yang di pelajari.

v. Maklum balas terhadap gerak balas pelajar.

vi. Penerangan kandungan selanjutnya berkaitan dengan soalan dan jawapan.

vii. Pilihan konsep atau haluan meneruskan program.

Oleh itu, dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan perisian kursus ialah
merupakan satu set program komputer yang melibatkan teks, audio dan grafik yang boleh

12
digunakan sebagai media pengajaran yang disediakan oleh pembina untuk digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.7.2 Multimedia

Bagi multimedia terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh para sarjana. Di
antaranya ialah :

Norhashim et al. (1996) mendefinasikan multimedia sebagai gabungan imej - imej grafik,
animasi, teks, suara, bunyi serta muzik dalam satu proses pembelajaran. Menurut Von
Wodtke (1993) multimedia pada masa kini merujuk kepada integrasi media seperti teks,
bunyi, grafik, animasi, video ke dalam sistem komputer. Feldman (1994) pula
menyatakan multimedia ialah manipulasi dan integrasi pelbagai media seperti data, teks,
grafik, imej, video dan bunyi dalam suatu persekitaran digital.

Manakala mengikut Yusup (1997) multimedia ialah gabungan pembelajaran kendiri


yang interaktif yang menggabungkan teks dan lain-lain atribut media seperti bunyi,
grafik, animasi dan visual bergerak/kaku yang dikawal komputer. Gralbreath (1992)
mendefinasikan multimedia sebagai gabungan dua atau lebih media komunikasi seperti
teks, grafik, imej, animasi, video dan suara dengan ciri interaktif komputer bagi
menghasilkan satu persembahan yang menarik.

Jonassen et al. (1999) mendefinasikan multimedia untuk pembelajaran melibatkan


unsur audio dan visual yang mengintegrasikan media seperti teks, bunyi, grafik, animasi,
video dan imej ke dalam sistem komputer.

13
Feldmen (1994) pula mendefinasikan multimedia sebgai pelbagai media seperti data,
teks, grafik, imej, video dan bunyi yang dimanipulasikan dan diintegrasikan dalam suatu
persekitaran digital.

Seterusnya Halimah (1996) pula mendefinasikan multimedia sebagai pelbagai media


seperti teks, numerik, grafik, video, animasi dan suara yang disepadukan dalam satu
persekitaran digital dan mempunyai keupayaan interaktiviti bagi membenarkan pengguna
mencapai maklumat yang diperlukan tanpa mengikut urutan.

Dalam kontek kajian ini multimedia ialah gabungan pelbagai media seperti teks,
grafik, bunyi, animasi, dan video dalam bentuk perisian yang mampu untuk
menghasilkan gaya pembelajaran yang interaktif dan pelajar pula boleh mencuba, dan
membuat perubahan, seterusnya pelajar akan dapat mengambil bahagian dalam proses
pembelajaran dengan lebih aktif.

1.7.3 Interaktif

Johnson et al. (1999) menerangkan interaktif dalam kontek pembelajaran ialah satu
persekitaran pembelajaran yang membenarkan pelajar untuk memanipulasikan sebarang
aspek yang wujud dalam persekitaran pembelajaran. Manakala Norhashim et al. (1996)
pula mendefinasikan interaktif sebagai persekitaran pembelajaran yang aktif yang
melibatkan komunikasi diantara pelajar dan pengajar dan dapat menjana potensi yang ada
dalam diri pelajar. Mokhtar (1999) pula mendefinasikan interaktif sebagai keupayaan
pelajar untuk bertindak balas dan terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Dalam
kontek kajian ini yang dimaksudkan dengan interaktif ialah persekitaran pembelajaran
yang wujud pada skrin yang memudahkan pelajar untuk menggunakan maklumat yang
terdapat pada skrin.

14
Kesimpulannya daripada definasi - definasi yang dijelaskan dapatlah dirumuskan bahawa
perisian kursus multimedia interaktif adalah merupakan satu persembahan komputer yang
menggabungkan elemen - elemen media iaitu teks, grafik, animasi bunyi dan video
secara sistematik untuk dijadikan sebuah perisian kursus yang efektif dengan
memanipulasikan aspek - aspek audio dan visual untuk menarik minat pengguna dan
memberikan kesan yang mendalam. Seterusnya perisian kursus ini akan dilengkapkan
dengan ciri - ciri interaktif bagi membolehkan komunikasi dua hala di antara pelajar dan
komputer untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif bagi menjadikan
proses pembelajaran dan pengajaran lebih efektif dan bermakna.

15

You might also like