You are on page 1of 18

Pendahuluan

Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang
pada iktikad yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan ianya merupakan mazhab yang
paling dominan dalam sejarah umat ini serta benar mengikut apa yang dikehendaki oleh
ajaran dan amalan Islam. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dan apabila berakhirnya
zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, ajaran Islam semakin luas dan bilangan
umat Islam bertambah semakin ramai. Namun begitu, pertambahan umat Islam ini telah
menimbulkan pelbagai ideologi bagi permasalahan yang terjadi.

Berdasarkan ideologi-ideologi tersebut maka lahirlah fahaman-fahaman yang


kebanyakannya bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini jelas dinyatakan dalam hadis
Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa baginda s.a.w
bersabda “Sesungguhnya Bani Israil berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan
sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan
(firqah),semuanya masuk neraka melainkan satu golongan iaitu al-Jamaah.”
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, golongan al-Jamaah merupakan puak yang
berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah.

Justeru, Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan golongan yang teguh berpegang
dengan petunjuk yang tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah, Sunnah
Rasulullah s.a.w dan ijma’ para sahabat. Namun begitu, walaupun kebenaran telah
terbukti berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, gambaran-gambaran menyeleweng yang
terkeluar dari landasan kebenaran terus berlaku di tengah masyarakat, khususnya
berkaitan dengan akidah.

1
Penyudah bicaranya, walaupun kini kira-kira 90% umat Islam di seluruh dunia
berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah, namun setakat manakah yang
mengamalkan ajaran tersebut dengan sepenuhnya? Semoga dengan terhasil tugasan
ini dapat memberi penjelasan yang benar tentang takrif dan latar belakang Ahli Sunnah
wal Jamaah. Mudah-mudahan kaum muslimin akan terus berada di jalan yang benar
dan tidak sesekali tergelincir ke dalam iktikad yang sesat lagi menyesatkan jiwa dan
akidah Islam yang suci dan murni.

2
Definisi Ahli Sunnah wal Jamaah

Ahli Sunnah wal Jamaah atau dikenali sebagai Jamaah Muslimin merupakan
kumpulan orang Islam yang berpegang dengan iktikad (ajaran, kepercayaan dan
amalan) yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w mengikut al-Quran dan hadis.

Penggunaan istilah Jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadis-hadis,


terutamanya dua istilah iaitu "jamaah" dan "firqah" iaitu jamaknya "firaq".  Dalam Sunan
Ibn Majah riwayat dari Abu Hurairah r.a: Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah
berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan
berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan".

Sebuah hadis lagi diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda s.a.w bersabda

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu


golongan. Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh
puluhnya dalam neraka.  Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh
dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu
golongan dalam syurga.  Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan
kekuasaanNya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga
golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka
dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?". 
Jawab Baginda "Jamaah".

Disini jelas dinyatakan oleh baginda s.a.w bahawa golongan yang selamat ialah
Jamaah dan istilah Jamaah inilah yang diidentikkan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Maksud Ahli Sunnah wal Jamaah ialah mereka yang menurut jejak Nabi s.a.w
dan para sahabat baginda. Mereka dinamakan ahli sunnah kerana pegangan mereka
menepati sunnah Rasulullah s.a.w dan mereka dinamakan al-Jamaah kerana bersatu
di atas prinsip kebenaran dan tidak berpecah belah dalam agama, mereka bersatu
mendokong al-haq (kebenaran) yang dibawa oleh para imam kaum muslimun serta
tidak sesekali menentangnya.

3
Pengasas mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah

Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah diketuai oleh dua orang ulama' besar iaitu
Syeikh Abu Hasan al-Ash'ari r.a dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi r.a.

Abu Hasan al-Asy'ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal
dunia di Basrah pada tahun 324 Hijrah. Pada mulanya beliau berpegang dengan
fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i.  Kemudian beliau
meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayah daripada Allah.  Antara kitab-kitab
yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-
Mujaz.

Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu
Bakar al-Qaffal, Abu Ishaq al-Isfara'ylni, Imam Hafiz al-Baihaqi, Imam al-Haramain, al-
Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali, Imam al-Qusyairi, Imam al-Baqillani, Imam al-
Ghazali, Imam Fakhruz-Razi, Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam yang semuanya
pendokong aliran Ahli Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan
al-Asy'ari.

Imam Abu Mansur al-Maturidi r.a juga dianggap sebagal pengasas Ahli Sunnah
wal Jamaah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-
Hasan al-Asy'ari.  Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah
dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah
meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari.  Beliau mempertahankan pegangan Ahli
Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang bertentangan dan batil pada
zamannya, sama seperti zaman Imam Abul Hasan al-Asy'ari.  Oleh kerana jasanya
dalam mengemukakan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah persepsi masyarakat pasti
akn terfikir akan dua tokoh ulama’ ini sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya'
oleh Murtada az-Zabidi, apabila dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, yang
dimaksudkannya ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu
Mansur al- Maturidi.

4
Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah

Pertama: Mereka yang mempunyai keyakinan berkaitan dengan bab-bab mengesakan


Allah, nubuwwah, pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta
mereka mengamalkan gaya hidup Islam.  Mereka ini termasuk daripada golongan
mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta'til daripada perkara-perkara bidaah
Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikut
hawa nafsu.

Kedua: Imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan. laitu mereka
yang berpegang kepada hadis (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra'y) dan
yang berpegang kepada hadis (selepas daripada berpegang kepada Quran). Mereka ini
terdiri daripada golongan yang beriktikad tentang dasar-dasar agama (usuluddin)
mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, zatNya dan mereka yang bersih
daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah.  Mereka percaya kepada harusnya
memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til,
serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di
dalamnya, juga percaya akan sabda Nabi s.a.w, sirat, shafa'at , keampunan dosa dan
mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya nikmat syurga dan
ahlinya serta kekalnya azab neraka dan ahlinya. Mereka percaya kepada Khulafa ar-
Rasidin serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan
berpegang bahawa wajibnya solat jumaat. Diri mereka bersih daripada sebarang bentuk
bidaah yang mengikut hawa nafsu.  Mereka ini juga berpegang kepada wajibnya
istinbat hukum hukum Syariat daripada al-Quran, Sunnah dan ijma' para Sahabat,
berlakunya tiga talak, dan mereka mengharamkan mut'ah serta berpegang kepada
wajibnya taat kepada Sultan di dalam perkara yang bukan maksiat terhadap Allah.  .

Golongan Ahli Sunnah yang ketiga ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup
tentang sanad riwayat hadis-hadis Nabi s.a.w, serta sunnah-sunnah yang datang
daripada Baginda s.a.w, serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang
sahih, yang dhaif, dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat,

5
dan 'adil'nya mereka serta mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan
sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat.

Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu tentang sastera, nahu,
tasrif dan mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l, Abu
'Amru bin al-'Ala, Sibawaih, al-Farra', al-Akhfash, al-Asma'i, al-Mazini dan Abi 'Ubaid,
dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan
Basrah yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bidaah-bidaah yang sesat
seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij.  Sesiapa daripada mereka yang
cenderung kepada sesuatu daripada aliran bidaah sesat kaum tersebut, maka mereka
tidak termasuk ke dalam golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dan pendapatnya tidak
boleh dijadikan hujah lagi.

Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mantap berkaitan
dengan pembacaan Quran (qira'at) serta dari segi tafsir ayat-ayat Quran dan ta'wil-
ta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.

Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad al-
sufiyah). Mereka mempunyai pandangan yang tajam, serta mampu mengawal diri
daripada perkara yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dengan mendapat
pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mereka
mengambil iktibar sebaiknya dan redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah. 
Mereka sentiasa rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah
kepada mereka), dan mereka tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan hati
semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka juga
menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarah, dan
mereka mempersiapkan diri mereka dengan persiapan yang sebaiknya bagi hari yang
penghabisan iaitu akhirat.  Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan
jalan ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadis, bukan mengikut
mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong serta tidak melakukan apa yang baik
kerana riak dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada
sesiapa.  Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan

6
mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta
tunduk taslim bagi perintahnya. Sentiasa memadai dengan apa yang direzekikan oleh-
Nya. Mereka berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah.  Mereka itu
adalah sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran.
 
Maksudnya: "Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang
dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'.

Golongan yang ketujuh ialah golongan yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu
muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang
melawan musuh kaum muslimin, memberi perlindungan kepada para wanita dan
rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli
Sunnah wal Jamaah dalam hubungan mereka inilah Allah turunkan firmannya:
 
Maksudnya: "Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar-
benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami".
 
Golongan kelapan ialah golongan yang mendokong mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah,
bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syiar-syiar bagi golongan-
golongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Yang dimaksudkan dengan golongan
ini ialah golongan yang beriktikad bahawa benarnya ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah,
berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa'd, wa'id, dan mereka
merujuk kepada ulama' Ahli Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama serta
mereka mengikut para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan
haram.  Mereka tidak beriktikad dengan perkara yang ada dalam pegangan golongan-
golongan ahli kesesatan.  Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan Ahli
Sunnah wal Jamaah. (Diedit dari koleksi ilmiah Muhammad Uthman el-Muhammady)

7
Golongan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah

Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh


puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.
Semuanya bercanggah dengan ideologi yang dibawa oleh Ahli Sunnah wal Jamaah.

Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja Saidina Ali dan keluarganya.
Hingga mereka tidak mengakui khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman.  Mereka ini
berpecah menjadi dua puluh dua golongan.

Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Saidina Ali r.a. 
Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau.  Pada pandangan mereka, orang-orang
yang melakukan dosa besar menjadi kafir Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi
dua puluh golongan.

Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai
sifat-sifatnya, dan manusia bebas melakukan amalnya sendiri. Tuhan tidak boleh dilihat
dalam syurga dan orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga
dan neraka. Mereka juga beranggapan bahawa mikraj Nabi s.a.w adalah dengan roh
sahaja.  Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan.

Keempatnya ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang
melakukan dosa tidak akan mendatangkan mudarat apabila sudah beriman,
sebagaimana katanya apabila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun
dilakukan tidak memberi manfaat juga.  Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima
golongan.

Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan


manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat tersendiri. 
Mereka berpecah kepada tiga golongan.

8
Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak
terdaya apa-apa, usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali.  Mereka terdiri
daripada satu golongan sahaja.

Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa
Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan
ada tangan, ada kaki, duduk atas Arasy, naik tangga dan turun tangga dan
sebagainya.  Mereka terdiri dari satu golongan sahaja.

Oleh itu, jumlah mereka semuanya adalah tujuh puluh dua golongan.

9
Ciri-ciri Ahli Sunnah wal Jamaah

 Berpegang dengan al-Kitab dan al-Sunnah


- Golongan yang berpegang dengan ajaran ini akan menaruh perhatian
terhadap al-Quran dengan menghafal, bertilawah dan mengkaji tafsirannya.
Seterusnya memberi perhatian terhadap hadis dengan menimba ilmu
pengetauhan yang terkandung di dalamnya dan mengukuhkan pengetauhan
yang telah diperoleh dengan amalan.

 Masuk ke dalam Islam secara menyeluruh


- Ahli Sunnah wal Jamaah beriman dengan kesemua kandungan Kitab Allah.

 Al-Ittiba’
- Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengikut al-Sunnah, meninggalkan
bidaah, bersatu dengan kaum muslimin yang lain dan menjauhkan diri
daripada perpecahan serta perselisihan dalam agama.

 Al-Iqtida’
- Golongan ini sentiasa mengikut jejak a’immat al-huda yang adil, kerana
mereka adalah contoh teladan yang baik tentang ilmu, amalan dan juga
dakwah. Seterusnya memelihara diri daripada golongan yang bercanggah
dengan mereka. A’immat al-huda itu ialah para sahabat dan golongan yang
mengikut jejak mereka.

10
 Sederhana (al-tawassut)
- Golongan ini sentiasa bersikap sederhana dalam iktikad, berbanding dengan
puak ghuluw (pelampau) dan puak tafrit (lalai). Demikian juga dengan amalan
dan tingkah laku.

 Memelihara perpaduan
- Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa menjaga perpaduan kaum muslimin.
Mereka menjauhi segala factor yang boleh menimbulkan perpecahan dan
perselisihan antara mereka.

 Berdakwah ke jalan Allah


- Golongan ini sentiasa berusaha berdakwah di jalan Allah, menyuruh yang
makruf dan mencegah yang mungkar, berjihad, menghidupkan sunnah,
menegakkan agama menghindari bidaah serta menegakkan syariat Allah dan
hukumnya dalam setiap perkara atau urusan sama ada kecil atau besar.

 Bersikap sedar dan adil


- Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengambil berat hak Allah dan
bukannya mengutamakan kepentingan peribadi.

 Kesatuan Pandangan
- Golongan ini sentiasa mengekalkan kesatuan pandangan dan pendirian
walaupun diantara mereka diantara mereka berjauhan jarak tempat dan juga
masa.

 Berbuat baik sesame manusia


- Golongan ini sentiasa bersikap ihsan, berkasih saying dan berakhlak mulia
sesame manusia.

11
 Menyampaikan nasihat
- Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa berusaha menyampaikan nasihat kerana
Allah dan Rasul-Nya.

 Mengambil berat urusan kaum muslimin


- Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengambil berat dan menolong kaum
muslimin dalam semua urusan. Seterusnya menunaikan kewajipan yang
bersangkutan dengan hak-hak mereka.

12
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah

Ahli Sunnah wal Jamaah menekankan akidah yang sahih dalam iktikad dan
pegangan mereka. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan diterima Allah apabila
ibadat tersebut terbit dari akidah yang sahih. Ciri-ciri akidah yang sahih ialah
mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah
s.w.t itu Maha Esa dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Antara ciri-
ciri lain akidah yang sahih iaitu percaya kepada enam perkara rukun iman, sesiapa
yang berpaling atau meragui antara salah satu daripadanya maka terbatal akan iman
mereka. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan
kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan
sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-
Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat
sejauh-jauhnya.” (surah An-Nisaa’:136)

1. Mempercayai Allah Azza Wajalla


2. Mempercayai Malaikat
3. Mempercayai Rasul
4. Mempercayai Kitab-Kitab Allah
5. Mempercayai Hari Akhirat
6. Mempercayai Qadha’ dan Qadar

Oleh itu, akidah yang sahih adalah akidah yang berlandaskan al-Quran
dan sunnah dan yang diistilahkan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah itu
ialah iktikad yang mengikut Nabi s.a.w dan kumpulan orang ramai.

13
Penutup

Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan akidah yang sejahtera daripada
sebarang bentuk penyelewengan.Rasulullah s.a.w menyebutkan hanya golongan Ahli
Sunnah wal Jamaah yang selamat tatkala terjadinya perpecahan, perselisihan dan
penyelewengan di tengah-tengah umat. Abdullah bin 'Amru r.a meriwayatkan bahawa
baginda s.a.w bersabda,

Maksudnya: "Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke
atas Bani Isra'il.  Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan
(ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh
tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan
(millah).  Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan
wahidatan).

Mereka bertanya Baginda, "Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?". 
Jawab Baginda, "(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan
hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)".

Jika difikirkan sabdaan Rasulullah s.a.w, terlalu kecil kumpulan yang terselamat
dari azab Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w menyatakan golongan yang mengikut ajaran
Rasul-Nya dan para sahabat baginda yang terselamat dari azab neraka Allah iaitu Ahli
Sunnah wal Jamaah. Tetapi persoalnnya kini, walaupun kita mengakui akan hal ini dan
kita juga mengaku bahawa kita berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah, jika
dilihat pada zaman ini, sejauh manakah sunnah Rasulullah s.a.w yang dipraktikkan
dalam kalangan masyarakat?

14
Adakah dengan menganjurkan program-program hiburan yang melalaikan?
Benarlah yang dikatakan pada zaman ini, untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
ibarat ‘menggenggam bara api’. Tetapi, jika kita singkap kembali zaman para sahabat
r.a, mereka berjuang mempertahankan akidah mereka hingga ke titisan darah yang
terakhir walaupun diseksa dengan kejam dan dianggap seperti binatang yang tidak
berakal. Namun kerana taufik dan hidayah daripada Allah telah menusuk masuk ke
dalam jiwa mereka, mereka cekal dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dan
cabaran demi Islam yang tercinta.

Oleh itu, sebagai seorang muslim yang mukmin kita seharusnya berpegang
dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah yang sentiasa berada di jalan yang diredhai
Allah dan Rasul-Nya. Iman seperti para sahabat baginda s.a.w yang harus kita jadikan
contoh dan tauladan untuk kita menghadapi arus global yang penuh dengan liku-liku
maksiat dan kesenangan yang menipu. Semoga segala pegangan dan amalan kita
bertepatan dengan kehendak syarak serta diredhai Allah.

15
Lampiran
 Buku berkaitan Ahli Sunnah wal Jamaah

16
17
18

You might also like