You are on page 1of 1

DOA BUKA MAJLIS.

Ummulkitab al –fatihah...

Bismillahi....alhamdulillah hi rabill alamin..

Ya Allah, pada pagi yang mulia ini kami memanjatkan syukur kepadaMU atas
rahmat dan limpah kurnia MU dapatlah kami menjayakan majlis ini. Ya Allah,
lancarkanlah dan permudahkanlah majlis kami pada pagi ini.

Ya Allah kurniakanlah hati yang penuh segar mensyukuri nikmatmu serta badan
yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU. Ya Allah
kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna,
keyakinan yang benar – benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup
yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kembangkanlah lembayung rahmatMU kepada kami, keluarga dan anak –anak
kami serta sesiapa sahaja yang bersama –sama kami.

You might also like