You are on page 1of 13

Bukan ‘A`Ishah Pencetus Fitnah Perang Jamal(1)

Muqaddimah: Rata-rata penulis sejarah Islam meletakkan kesalahan di atas bahu


‘A`ishah dengan menuduhnya sebagai punca berlakunya fitnah perang Jamal yang
berakhir dengan kekalahannya kepada tentera Sayyidina ‘Ali. Beliau didakwa
mempunyai maksud untuk menjatuhkan Khalifah ‘Ali yang telahpun dibai’ah. Mereka
mengaitkan juga dengan kegagalan Sayyidatina ‘A`ishah di dalam peperangan Jamal itu
dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan berjaya
golongan yang dipimpin oleh seorang perempuan”. Persoalannya adakah benar begitu
pendirian Sayyidatina ‘A`ishah, isteri Rasulullah s.a.w. di dunia dan akhirat, guru
kepada sekalian sahabat dan juga ibu kepada orang-orang mu`min? Apakah maksud
memimpin orang-orang Islam menemui Sayyidina ‘Ali dan adakah wanita sama sekali
tidak boleh menjadi pemimpin?

‫ل َلّما َبَلَغ‬
ِ ‫ل ِبَكِلَمٍة َأّياَم اْلجََم‬
ُّ ‫ل َلَقْد َنَفَعِني ا‬
َ ‫ن َأِبي َبْكَرَة َقا‬
ْ‫ع‬
َ ‫ن‬
ِ‫س‬َ‫ح‬
َ ‫ن اْل‬
ْ‫ع‬َ ‫ف‬
ٌ ‫عْو‬
َ ‫حّدَثَنا‬
َ ‫ن اْلَهْيَثِم‬
ُ ‫ن ْب‬
ُ ‫عْثَما‬
ُ ‫حَّدَثَنا‬
ً‫ح َقْوٌم َوّلْوا َأْمَرُهْم اْمَرَأة‬
َ ‫ن ُيْفِل‬
ْ ‫ل َل‬
َ ‫سَرى َقا‬
ْ ‫سا َمّلُكوا اْبَنَة ِك‬
ً ‫ن َفاِر‬
ّ ‫سّلَم َأ‬
َ ‫عَلْيِه َو‬
َ ‫ل‬
ُّ ‫صّلى ا‬
َ ‫ي‬
ّ ‫الّنِب‬

Diriwayatkan daripada al-Hasan daripada Abu Bakrah katanya: “Allah memberi satu
faedah dan pengajaran kepada saya apabila berlaku peperangan Jamal iaitu bila sampai
kepada Rasulullah orang-orang Parsi melantik anak perempuan Kisra sebagai raja.
Baginda bersabda: “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan memegang
urusan mereka”. (al-Bukhari, no: 7099)

Apa yang disebutkan oleh Abu Bakrah sebenarnya adalah hasil kesimpulannya dan
pemahamannya sendiri. Padahal peperangan Jamal tercetus bukan kerana permusuhan
dan perebutan kuasa di antara Sayyidatina ‘A`ishah dan Sayyidina ‘Ali tetapi kekeliruan
akibat pertempuran yang dirancang di antara dua kumpulan Saba`iyyah (golongan Syiah)
yang menyelinap masuk dalam kumpulan ‘A`ishah dan Sayyidina ‘Ali. Kumpulan
Saba’iyyah inilah yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Uthman.

Sayyidatina ‘A`ishah, yang mempunyai kedudukan dan berwibawa di kalangan umat


Islam, telah didatangi oleh sekumpulan dari mereka supaya mencari jalan supaya
tindakan diambil ke atas pembunuh-pembunuh Sayyidina Uthman. Untuk memenuhi
permintaan tersebut, beliau bercadang menemui Sayyidina ‘Ali untuk menasihatinya
supaya mengambil tindakan ke atas pembunuh Sayyidina Uthman demi mengelakkan
fitnah yang lebih besar. Bersama dengan beliau ada dua orang sahabat besar iaitu Talhah
dan al-Zubair r.a. Mereka berdua telah pun berbai’ah dengan Sayyidina ‘Ali dan meminta
keizinan dari beliau (‘Ali) untuk menyelesaikan masalah darah Khalifah.
Pada masa itu, Sayyidatina ‘A`ishah dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah
menunaikan haji. Demi untuk menyelesaikan kekusutan tersebut beliau terpaksa
berpatah balik ke Mekah.

Tujuan Sayyidatina ‘A`ishah pergi ke Mekah ialah untuk mendamaikan bukan untuk
menonjolkan dirinya untuk menjadi khalifah. Fakta sejarah telah diselewengkan dengan
mengatakan tujuan kedatangan ‘A`ishah adalah untuk merampas jawatan khalifah.
Sedangkan yang sebenarnya, beliau datang adalah untuk kedamaian iaitu untuk
menyelesaikan kes pembunuhan Khalifah ‘Uthman.

Golongan munafikin yang membunuh Khalifah ‘Uthman membuat perhitungan iaitu jika
Sayyidina ‘Ali dan ‘A`ishah berdamai maka keselamatan mereka akan tergugat dan
mereka akan dibunuh. Mereka segera mengatur rancangan dan membuat keputusan
bahawa satu kumpulan dari mereka akan berada di pihak ‘A`ishah manakala satu lagi
kumpulan akan menyelinap ke dalam kumpulan Sayyidina ‘Ali. Sebelum Sayyidina ‘Ali
dan para Sahabat mencapai apa-apa persetujuan, mereka secara senyap telah
mencetuskan kekacauan dengan saling menyerang di antara satu sama lain
menyebabkan berlaku kekeliruan kepada kedua-dua belah pihak. Orang-orang yang
berada di pihak Sayyidatina ‘A`ishah menyangka mereka diserang oleh pihak Sayyidina
‘Ali dan begitu juga sebaliknya.

Keadaan menjadi kelam-kabut dan berselerakan dan terjadilah pertumpahan darah


sesama muslimin. Tercapai lah hajat musuh-musuh Islam tersebut.

Semuanya ini berlaku disebabkan oleh perancangan licik pembunuh-pembunuh Khalifah


‘Uthman. Pada hal, kedua-dua pihak Sayyidina Ali dan Sayyidatina ‘Aishah masih lagi
berunding untuk menyelesaikan kes pembunuhan Sayyidina Uthman.

Amat malang niat mereka yang datang untuk berdamai dan memulihkan keadaan tetapi
muncul pula fitnah yang lain.

Dengan kekuatan tentera yang dimilikinya, Sayyidina ‘Ali berjaya menguasai pasukan
Sayyidatina ‘Aishah kerana pada masa itu, pasukan Sayyidatina ‘A`ishah tidak
mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Ini adalah kerana tujuan kedatangan mereka
adalah bukan untuk berperang tetapi untuk mencari jalan perdamaian. Malah amat jauh
sekali untuk memberontak dan merebut jawatan khalifah daripada Sayyidina ‘Ali.

Walaupun telah menguasai pertempuran, Sayyidina ‘Ali tetap menunjukkan sikap


hormatnya kepada Sayyidatina ‘A`ishah. Beliau menghantar Sayyidatina ‘Aishah pulang
ke Madinah dalam keadaan tidak diapa-apakan dan terhormat. Kepada pasukannya,
beliau berpesan supaya tidak menjadikan peperangan ini seperti peperangan lain kerana
perang ini berlaku sesama sendiri. Harta pihak ‘A`ishah tidak boleh dijadikan sebagai
ghanimah. Mereka yang lari tidak boleh dikejar dan yang terbunuh hendaklah
disemadikan sebagai seorang Islam(2).

Abu Bakrah yang berpendapat bahawa apa yang berlaku adalah kesilapan ‘A`ishah
kerana beliau seorang perempuan dan tidak layak memimpin sesuatu pasukan. Beliau
memahami hadis “tidak akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan memegang
urusan mereka” sebagai berlaku kepada ‘A`ishah. Apa yang difahami oleh Abu Bakrah
sebenarnya adalah pendapatnya sendiri dan bukan mewakili pendapat semua sahabat.

Dengan bersandarkan pendapat Abu Bakrah inilah, ada ulama menyimpulkan bahawa
wanita tidak boleh menjadi pemimpin baik di peringkat mana pun, sama ada di peringkat
rendah, apatah lagi diperingkat tinggi.

Boleh atau tidaknya seorang perempuan menjadi pemimpin adalah merupakan khilaf di
kalangan ulama dan kita tidak boleh berhujah dengan hadis ini dengan mengatakan
wanita tidak boleh menjadi pemimpin sama sekali. Ini kerana apa yang disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w. itu mempunyai latar belakang dan sebab yang khusus iaitu merujuk
kepada Kisra Parsi yang melantik anak perempuannya sebagai raja.

Sekiranya wanita adalah secara mutlak tidak boleh menjadi pemimpin tentu sekali
Sayyidina ‘Umar tidak akan melantik Shifa` binti ‘Abdullah menjadi ketua yang
bertanggunjawab terhadap bandar Madinah. Keluarnya Sayyidatina ‘A`ishah menemui
‘Ali dengan tujuan untuk menasihatinya menunjukkan wanita boleh keluar dari rumahnya
sekiranya ada keperluan dan dengan maksud yang baik malah dia juga boleh terlibat
dengan urusan politik. Sekiranya ‘A`ishah mengetahui dan memahami hadis tersebut
iaitu perempuan tidak boleh menjadi pemimpin (seperti yang difahami oleh Abu Bakrah)
tentu dari awal lagi beliau tidak akan terlibat dengan urusan negara ini. Ini menunjukkan
bahawa ‘A`ishah berpendapat bahawa harus keluar jika mempunyai maksud yang baik .

Cuma apa yang berlaku kepada ‘A`ishah adalah sesuatu yang di luar jangkaannya.
Kedatangan beliau dan rombongannya dengan tujuan yang baik dan suasana yang damai
telah bertukar menjadi fitnah akibat konspirasi dan perancangan jahat golongan
munafikin atau Saba`iyyah. Adalah tidak benar untuk meletakkan kesalahan ini kepada
beliau dengan semata-mata beralasan bahawa beliau seorang wanita.

Pada kenyataannya, jatuh bangun sesebuah kerajaan bukan terletak kepada jantina
pemerintahnya, tetapi berdasarkan kepada kebijaksanaan, ketelusan dan keadilannya.
Sekian banyak negara yang ma’mur dan maju di bawah pemerintahan wanita yang adil
dan bijaksana. Sementara itu, berapa banyak kerajaan yang telah hancur walaupun
diperintah oleh orang lelaki bilamana pemimpin tersebut lemah dan korup.

Malah ada ulama yang berpendapat wanita boleh menjadi pemimpin di semua peringkat
kecuali di peringkat wilayah kubra iaitu kepimpinan tertinggi negara.

Yang menariknya, al-Qur`an merakamkan kisah Baqis yang menjadi raja sebuah negara
yang ma’mur dan maju. Kehebatan kerajaannya itu tidak dapat dikalahkan kecuali oleh
kerajaan Nabi Sulaiman.

Sifat atau keadaan pendapat Abu Bakrah ini sama seperti pendapat sahabat yang lain di
mana mereka mengemukakan pendapat mengikut pemahaman masing-masing.
Sebagaimana adanya khilaf di kalangan sahabat dalam masalah-masalah fiqh maka
begitu juga dalam masalah ini. Tidak semestinya seseorang itu terikat dengan pendapat
salah seorang sahabat.

SISIPAN:

Sedutan dari artikel bertajuk: Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi`ah Ke Dalam
Sejarah Islam Karangan Shaikh Soleh bin Abdullah al-Muhaisin, Dekan Fakulti Dakwah
dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah.

Riwayat-Riwayat Syi`ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.

Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi`ah Rafidhah telah menutup
sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana dilindungi oleh tutupan yang dibuat oleh
mereka. Oleh itu apabila anda memeriksa halaman kitab-kitab sejarah anda hanya mendapati
makian, cemuhan, celaan dan fitrah yang suci akan merasa kesal untuk mendengarnya. Namun di
sini, penulis akan menyebutkan fakta-fakta yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat
yang sahih walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang terpengaruh
dengan barat.

Hakikat Pertama

Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-
orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-
orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk
kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud
untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn
Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk
menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan
kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke
Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu
Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab:
“Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.” Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya
`Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-
Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau
menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka
berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”

Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya
untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah
telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan
daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i: “Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan
orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini
(darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab:
“Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan
menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan
Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli sunnah beriktiqad bahawa
masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap
mereka mendapat satu sahaja.

Hakikat Kedua

Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas
kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan. Namun
golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka
mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal.

Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar oleh Ali untuk
menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. Mereka
menjawab: “Anda memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang
dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa` pulang menemui
Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali
menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap
membenci dan orang yang reda, tetap reda. `Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada
Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira.
Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti
ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan
membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi
berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Hati dan jiwa
kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali
menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad.
Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh
Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk
mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum fajar
menyinsing. Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang
berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan
bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari
tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang
kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita. Mereka menyangka ini adalah perbuatan
orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi
kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam.
Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun
di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu
ketetapan yang pasti berlaku.

Artikel Berkaitan: Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi`ah Ke Dalam Sejarah Islam

[1] Artikel ini ditulis oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya berdasarkan kepada kuliah
Sahih al-Bukhari, hadis nombor 7099, Kitab al-Fitan yang disampaikan oleh Maulana
Muhammad ‘Asri Yusuf pada 18 Disember 2006. Segala kekurangan dan ketidaktepatan
maksud adalah tanggungjawab penulis bukan pengkuliah.
[2] Lihat Dr. ‘Ali Muhammad Muhammad al-Sallabi, Asma al-Matalib Fi Sirah Amir al-
Mu`minin ‘Ali bin Abi Talib, hal. 548

Siapakah Ibnu Saba'?apa itu Aliran Sabai'yah?


Salam Alaikum...

Bismillah...
Saia mengajak untuk membahas disini Yaitu:
*Siapakah Ibnu Saba'?
*Apa itu Aliran Sabai'yah?
*Benarkah Abdullah Ibn Saba' Asal Muasalnya Syiah dan pertengkaran dlm islam sejak
Zaman Para Sahabat??

Saia Akan coba Copy brp Tulisan tentang Ibn Saba'... Semoga menjadi manfaat..

Tuduhan bahawa madzhab syiah adalah ajaran daripada si Yahudi yang bernama Abdullah
bin Saba' telah lama diketengahkan kepada masyarakat Islam dan semacam sudah sebati
dengan masyarakat bahawa syiah adalah ajaran Yahudi Abdullah ibn Saba' yang berpura-pura
memeluk Islam tetapi bertujuan untuk menghancurkan pegangan aqidah umat Islam.

Beliau dikatakan mempunyai madzhab Saba'iyyah mengemukakan teori Ali adalah wasi
Muhammad SAWA. Abdullah ibn Saba' juga dikenali dengan nama Ibn al-Sawda' atau ibn
'Amat al-Sawda'- anak kepada wanita kulit hitam. Pada hakikatnya cerita Abdullah ibn Saba'
adalah satu dongengan semata-mata.

Allamah Murtadha Askari telah mengesan dan membuktikan bahawa cerita Abdullah ibn
Saba' yang terdapat dalam versi sunni adalah bersumberkan dari Al-Tabari (w.310H/922M),
Ibn Asakir (w571H/1175M), Ibn Abi Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M).
Mereka ini sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' dari satu sumber iaitu Sayf
ibn Umar dalam bukunya al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir Aishah wa
Ali [Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran, 1360 H].

Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercayai oleh kebanyakan penulis-penulis rijal
seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud (w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M),
Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-
Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn
Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din (w923H/1517M).

Abdullah ibn Saba', kononnya seorang Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Uthman,
dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat
untuk menghasut orang ramai supaya bangun memberontak menentang khalifah Uthman.
Sayf dikatakan sebagai pengasas ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat).
Menurut Allamah Askari watak Abdullah ibn Saba' ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga
telah mencipta beberapa watak, tempat, dan kota khayalan. Dari cerita Sayf inilah beberapa
orang penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' tersebut seperti Said ibn Abdullah
ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi (w301H/913M) dalam bukunya al-Maqalat al-Firaq, al-
Hasan ibn Musa al-Nawbakhti (w310H/922M) dalam bukunya Firaq al-Shiah, dan Ali ibn
Ismail al-Ashari (w324H/935M) dalam bukunya Maqalat al-Islamiyyin. Allamah al-Askari
mengesan cerita Abdullah ibn Saba' dari riwayat syiah dari Rijal oleh al-Kashshi. Al-Kashshi
telah meriwayatkan dari sumber Sa'd ibn Abdullah al-Ashari al-Qummi yang menyebut
bahawa Abdullah ibn Saba' mempercayai kesucian Ali sehingga menganggapnya sebagai
nabi. Mengikut dua riwayat ini, Ali AS memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut,
dan disebabkan keengganannya itu Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup
(walau bagaimanapun menurut Sa'd ibn Abdullah Ali telah menghalau Ibn Saba' ke Madain
dan di sana dia menetap sehingga Ali AS menemui kesyahidannya. Pada ketika ini Abdullah
ibn Saba' mengatakan Ali AS tidak wafat sebaliknya akan kembali semula ke dunia). Al-
Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang berkaitan dengan Abdullah ibn Saba'
menyatakan bahawa tokoh ini didakwa oleh golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang
mengisytiharkan Imamah Ali AS. Allamah Askari menyatakan bahawa hukuman bakar hidup-
hidup adalah satu perkara bida'ah yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada dari
madzhab Syi'ah atau Sunnah. Kisah tersebut pula tidak pernah disebut oleh tokoh-tokoh
sejarah yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi, Ibn Al-Athir,
ibn Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah ibn Sabak' sebelum
berlakunya peristiwa pembunuhan Uthman atau pada zaman pemerintahan Imam Ali AS telah
tidak disebut oleh penulis-penulis yang terawal seperti Ibn Sa'd (w230H/844M0, al-Baladhuri
(w279H/892M) atau al-Yaqubi. Hanya al-Baladhuri yang sekali sehaja menyebut namanya
dalam buku Ansab al-Ashraf ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS
berkata: " Hujr ibn Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-
Arani, dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani - ibn Saba' datang kepada Imam Ali AS dan
bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakr dan Umar..." Ibn Qutaybah (w276H/889M) dalam
bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M) dalam al-Gharat telah
menyatakan peristiwa tersebut. Ibn Qutaybah memberikan identiti orang ini sebagai Abdullah
ibn Saba'. Sa'd ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat wal-Firaq menyebutkan
namanya sebagai Abdullah ibn Saba' pengasas ajaran Saba'iyyah - sebagai Abdullah ibn
Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M) dalam bukunya Al-Ikmal dan al-Dhahabi
(w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah ketika menerangkan perkataan 'Sabaiyyah ',
menyebut Abdullah ibn Wahb al-Saba'i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar
(w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba'iyyah sebagai ' satu
kumpulan Khawarij yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba'i'. Al-Maqrizi
(w848H/1444M) dalam bukunya al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba' ini
sebagai 'Abdullah ibn Wahb ibn Saba', juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda' al-Saba'i.'

Allamah Askari mengemukakan rasa kehairannya bahawa tidak seorang pun daripada para
penulis tokoh Abdullah ibn Saba' ini menyertakan nasabnya - satu perkara yang agak ganjil
bagi seorang Arab yang pada zamannya memainkan peranan yang penting. Penulis sejarah
Arab tidak pernah gagal menyebutkan nasab bagi kabilah-kabilah Arab yang terkemuka pada
zaman awal Islam tetapi dalam kisah Abdullah ibn Saba' , yang dikatakan berasal dari San'a
Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya. Allamah Askari yakin bahawa Ibn Saba' dan golongan
Sabai'yyah adalah satu cerita khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut menulis cerita-
cerita khayalan lain dalam bukunya. Walau bagaimanapun, nama Abdullah ibn Wahb ibn
Rasib ibn Malik ibn Midan ibn Malik ibn Nasr al-Azd ibn Ghawth ibn Nubatah in Malik ibn
Zayd ibn Kahlan ibn Saba', seorang Rasibi, Azdi dan Saba'i adalah pemimpin Khawarij yang
terbunuh dalam Peperangan Nahrawan ketika menentang Imam Ali AS.

Nampaknya kisah tokoh Khawarij ini telah diambil oleh penulis kisah khayalan itu untuk
melukiskan watak khayalan yang menjadi orang pertama mengiystiharkan Imamah Ali AS.
Watak ini tiba-tiba muncul untuk memimpin pemberontakan terhadap khalifah Uthman,
menjadi dalang mencetuskan Perang Jamal, mengisytiharkan kesucian Ali AS, kemudian
dibakar hidup-hidup oleh Ali AS atau dihalau oleh Ali AS dan tinggal dalam buangan
seterusnya selepas kewafatan Imam Ali AS, mengisytiharkan kesucian Ali AS dan Ali akan
hidup kembali dan orang yang pertama bercakap dengan lantang tentang musuh-musuh Ali
AS.

Menurut Allamah Askari, perkataan Saba'iyyah adalah berasal-usul sebagai satu istilah umum
untuk kabilah dari bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab iaitu Bani Qahtan dari Yaman.
Kemudian disebabkan banyak daripada pengikut-pengikut Imam Ali bin Abi Talib AS berasal
dari Yaman seperti Ammar ibn Yasir, Malik al-Ashtar, Kumayl ibn Ziyad, Hujr ibn Adi, Adi
ibn Hatim, Qays ibn Sa'd ibn Ubadah, Khuzaymah ibn Thabit, Sahl ibn Hunayf, Uthman ibn
Hunayf, Amr ibn Hamiq, Sulayman ibn Surad, Abdullah Badil, maka istilah tersebut
ditujukan kepada para penyokong Ali AS ini. justeru, Ziyad ibn Abihi pada suatu ketika
mendakwa Hujr dan teman-temannya sebagai 'Saba'iyyah.' Dengan bertukarnya maksud
istilah, maka istilah itu juga turut ditujukan kepada Mukhtar dan penyokong-penyokongnya
yang juga terdiri daripada puak-puak yang berasal dari Yaman. Selepas kejatuhan Bani
Umayyah. istilah Saba'iyyah telah disebut dalam ucapan Abu al-Abbas Al-Saffah, khalifah
pertama Bani Abbasiyyah, ditujukan kepada golongan Syi'ah yang mempersoalkan hak Bani
Abbas sebagai khalifah.

Walau bagaimanapun Ziyad mahupun Al-Saffah tidak mengaitkan Saba'iyyah sebagai


golongan yang sesat. Malahan Ziyad gagal mendakwa bahawa Hujr bin Adi dan teman-
temannya sebagai golongan sesat. Istilah Saba'iyyah diberikan maksudnya yang baru oleh
Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan
kepada golongan sesat yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba'.
Diambil dari:http://id.wikipedia.org/wiki/Abdullah_bin_Saba

ABDULLAH BIN SABA’:TOKOH FIKTIF YANG MENJADI SENJATA ANDALAN


SUNNI MENGHANCURKAN NAMA BAIK MAZHAB AHLUL BAIT
Mereka semua itu sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba’ dari satu sumber
yaitu; Sayf ibn Umar at-Tamimi dalam bukunya “al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal
wal-masir Aishah wa Ali”. Dari cerita Sayf inilah beberapa orang penulis telah mengambil
cerita Abdullah ibn Saba’ tersebut. Padahal pribadi Sayf adalah seorang penulis yang tidak
dipercaya oleh kebanyakan penulis-penulis kitab rijal seperti Yahya ibn Mu’in, Abu Dawud,
al-Nasai, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Sukn, Ibn Hibban, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Firuzabadi, Ibn
Hajar, al-Suyuti, dan al-Safi al-Din. Istilah Saba’iyyah diberikan maksudnya yang baru oleh
Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan
kepada golongan sesat yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba’.

Abdullah Bin Saba’ Pendiri Syiah, Benarkah?

Tuduhan bahwa madzhab syiah adalah ajaran dari si Yahudi yang bernama Abdullah bin
Saba’ telah lama diketengahkan kepada masyarakat muslim dan semacam sudah merasuk di
tengah masyarakat bahwa syiah adalah ajaran Yahudi Abdullah ibn Saba’ yang berpura-pura
memeluk Islam tetapi bertujuan untuk menghancurkan pegangan aqidah umat Islam.

Abdullah bin Saba’ dikatakan sebagai pendiri madzhab Saba’iyyah yang mengemukakan teori
bahwa Ali adalah wasi Muhammad SAWW. Abdullah ibn Saba’ juga dikenali dengan nama
Ibn al-Sawda’ atau ibn ‘Amat al-Sawda’- anak wanita kulit hitam. Pada hakikatnya cerita
Abdullah ibn Saba’ adalah satu dongengan (fiktif) semata.

Allamah Murtadha Askari telah membuktikan bahwa cerita Abdullah ibn Saba’ yang terdapat
dalam beberapa kitab Ahlusunah bersumber dari Al-Tabari (w.310H/922M), Ibn Asakir
(w571H/1175M), Ibn Abi Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M). Mereka
semua itu sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba’ dari satu sumber yaitu; Sayf
ibn Umar at-Tamimi dalam bukunya “al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir
Aishah wa Ali”. [Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran,
1360 H].

Sayf adalah seorang penulis yang tidak dipercaya oleh kebanyakan penulis-penulis kitab rijal
seperti Yahya ibn Mu’in (w233/847H), Abu Dawud (w275H/888M), al-Nasai
(w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban
(w354H/965M), al-Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi
(w817H/1414M), Ibn Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din
(w923H/1517M).

Abdullah ibn Saba’, kononnya seorang Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Uthman,
dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat
lain untuk menghasut orang banyak supaya bangun dan memberontak menentang khalifah
Uthman bin Affan. Sayf menyatakan bahwa Abdullah bin Saba’ adalah sebagai pengasas
ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat). Menurut Allamah Askari, pribadi
Abdullah ibn Saba’ ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga telah berhasil mencipta beberapa
pribadi, tempat, dan kota lain hasil khayalannya. Dari cerita Sayf inilah beberapa orang
penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba’ tersebut. Beberapa orang yang erpengaruh
dengan kisah bohong Sayf seperti: Said ibn Abdullah ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi
(w301H/913M) dalam bukunya al-Maqalat al-Firaq, al-Hasan ibn Musa al-Nawbakhti
(w310H/922M) dalam bukunya Firaq al-Shiah, dan Ali ibn Ismail al-As’ari (w324H/935M)
dalam bukunya Maqalat al-Islamiyyin.

Allamah al-Askari mengupas hakekat cerita Abdullah ibn Saba’ dari riwayat syiah dari Rijal
oleh al-Kashshi. Al-Kashshi telah meriwayatkan dari sumber Sa’d ibn Abdullah al-Ashari al-
Qummi yang menyebut bahawa Abdullah ibn Saba’ mempercayai kesucian Ali sehingga
menganggapnya sebagai seorang nabi. Hal itu karena mengikut dua riwayat ini, Ali AS
memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut, dan disebabkan keengganannya itu
Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup. Walau bagaimanapun menurut Sa’d ibn
Abdullah, Ali telah menghalau Ibn Saba’ ke Madain dan di sana dia menetap sehingga Ali AS
menemui kesyahidannya. Pada ketika itu Abdullah ibn Saba’ mengatakan: Ali AS tidak wafat,
sebaliknya, ia akan kembali semula ke dunia.

Al-Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang berkaitan dengan Abdullah ibn Saba’
menyatakan bahwa tokoh ini didakwa oleh golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang
mengumumkan tentang Imamah (kepemimpinan) Ali AS. Allamah Askari menyatakan bahwa
hukuman bakar hidup-hidup adalah satu perkara bid’ah yang bertentangan dengan hukum
Islam, tiada beda antara madzhab Syi’ah ataupun Sunnah.

Kisah tersebut tidak akan pernah kita jumpai dalam kitab-kitab karya tokoh-tokoh sejarah
yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi, Ibn Al-Athir, ibn
Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah ibn Saba’ sebelum peristiwa
pembunuhan Uthman atau pada zaman pemerintahan Imam Ali AS tidak pernah disebut oleh
para penulis yang terdahulu seperti Ibn Sa’d (w230H/844M0, al-Baladhuri (w279H/892M)
atau al-Yaqubi. Hanya al-Baladhuri yang hanya sekali saja menyebut namanya dalam buku
Ansab al-Ashraf ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS. Al-Baladuri
berkata: ” Hujr ibn Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-
Arani, dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani – ibn Saba’ datang kepada Imam Ali AS dan
bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakar dan Umar…”. Ibn Qutaybah (w276H/889M)
dalam bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M) dalam al-Gharat telah
menyatakan peristiwa tersebut. Ibn Qutaybah memberikan identitas orang ini sebagai
Abdullah ibn Saba’. Sa’d ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat wal-Firaq
menyebutkan namanya sebagai Abdullah ibn Saba’ pengasas ajaran Saba’iyyah – sebagai
Abdullah ibn Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M) dalam bukunya Al-Ikmal dan al-
Dhahabi (w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah ketika menerangkan perkataan
‘Sabaiyyah ‘, menyebut Abdullah ibn Wahb al-Saba’i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar
(w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba’iyyah sebagai ‘ satu
kumpulan Khawarij yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba’i’. Al-Maqrizi
(w848H/1444M) dalam bukunya al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba’ ini
sebagai ‘Abdullah ibn Wahb ibn Saba’, juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda’ al-Saba’i.’

Allamah Askari mengemukakan rasa keheranannya disaat tidak seorang pun dari para penulis
tokoh Abdullah ibn Saba’ ini menyertakan nasabnya, satu perkara yang agak ganjil bagi
seorang Arab yang pada zamannya memainkan peranan yang penting. Penulis sejarah Arab
tidak pernah gagal menyebutkan nasab bagi kabilah-kabilah Arab yang terkemuka pada
zaman awal Islam. Tetapi dalam kisah Abdullah ibn Saba’, yang dikatakan berasal dari San’a
Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya. Allamah Askari yakin bahawa Ibn Saba’ dan golongan
Sabai’yyah adalah satu cerita khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut menulis cerita-
cerita khayalan lain dalam bukunya. Walau bagaimanapun, nama Abdullah ibn Wahb ibn
Rasib ibn Malik ibn Midan ibn Malik ibn Nasr al-Azd ibn Ghawth ibn Nubatah in Malik ibn
Zayd ibn Kahlan ibn Saba’, seorang Rasibi, Azdi dan Saba’i adalah pemimpin Khawarij yang
terbunuh dalam Peperangan Nahrawan ketika menentang Imam Ali AS.

Nampaknya kisah tokoh Khawarij ini telah diambil oleh penulis kisah khayalan itu (Sayf bin
Umar at-Tamimi) untuk melukiskan pribadi khayalan yang menjadi orang pertama
menyebarkan Imamah Ali AS. Nama pribadi ini tiba-tiba muncul untuk memimpin
pemberontakan terhadap khalifah Uthman, menjadi dalang mencetuskan Perang Jamal,
menyebarkan kesucian Ali AS, kemudian dibakar hidup-hidup oleh Ali AS atau dihalau oleh
Ali AS dan tinggal dalam buangan, selepas wafat Imam Ali AS. Abdullah bin Saba’
dinyatakan sebagai penyebar ajaran kesucian Ali AS, dan Ali tidak mati melainkan akan
hidup kembali. Ia digambarkan sebagai pribadi yang paling vokal dan lantang di hadapan
musuh-musuh Ali AS.

Menurut Allamah Askari, perkataan Saba’iyyah adalah berasal-usul sebagai satu istilah umum
untuk kabilah dari bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab iaitu Bani Qahtan dari Yaman.
Kemudian disebabkan banyak daripada pengikut-pengikut Imam Ali bin Abi Talib AS berasal
dari Yaman seperti Ammar ibn Yasir, Malik al-Ashtar, Kumayl ibn Ziyad, Hujr ibn Adi, Adi
ibn Hatim, Qays ibn Sa’d ibn Ubadah, Khuzaymah ibn Thabit, Sahl ibn Hunayf, Uthman ibn
Hunayf, Amr ibn Hamiq, Sulayman ibn Surad, Abdullah Badil, maka istilah tersebut
ditujukan kepada para penyokong Ali AS ini. Justru Ziyad ibn Abihi pada suatu ketika
mendakwa Hujr dan teman-temannya sebagai ‘Saba’iyyah.’ Dengan bertukarnya maksud
istilah, maka istilah itu juga turut ditujukan kepada Mukhtar dan penyokong-penyokongnya
yang juga terdiri dari kelompok-kelompok yang berasal dari Yaman. Selepas runtuhnya Bani
Umayyah, istilah Saba’iyyah telah disebut dalam ucapan Abu al-Abbas Al-Saffah, khalifah
pertama Bani Abbasiyyah, ditujukan kepada golongan Syi’ah yang mempersoalkan hak Bani
Abbas sebagai khalifah.

Walau bagaimanapun Ziyad maupun Al-Saffah tidak mengaitkan Saba’iyyah sebagai


golongan yang sesat. Malahan Ziyad gagal mendakwa bahwa Hujr bin Adi dan teman-
temannya sebagai golongan sesat. Istilah Saba’iyyah diberikan maksudnya yang baru oleh
Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan
kepada golongan sesat yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba’.

Filed under: Uncategorized

« Salafi Gencar memfitnah Syi’ah… Tapi semua tuduhan mereka mampu kami patahkan
bagaimana dengan hadits shohih yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib ra ini: “Dari Ali
bin abi Thalib berkata: Sesungguhnya Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam melarang
nikah mut’ah dan memakan daging himar jinak pada perang khaibar” (HR. Bukhari 5115,
Muslim 1407). »