P. 1
SEL-SEL PENTING SISTEM IMUNITI

SEL-SEL PENTING SISTEM IMUNITI

4.83

|Views: 2,100|Likes:
Published by kiedd_04
Kebanyakan jenis sel yang terlibat dalam sistem imun dihasilkan daripada
satu sel stem hemopoietik dan berkembang melalui satu proses
diferensiasi kepada semua jenis sel darah yang matang dari segi fungsi
seperti monosit, granulosit dan limfosit Sel stem ini mempunyai kebolehan untuk replikasi sendiri.
Kebanyakan jenis sel yang terlibat dalam sistem imun dihasilkan daripada
satu sel stem hemopoietik dan berkembang melalui satu proses
diferensiasi kepada semua jenis sel darah yang matang dari segi fungsi
seperti monosit, granulosit dan limfosit Sel stem ini mempunyai kebolehan untuk replikasi sendiri.

More info:

Published by: kiedd_04 on Aug 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

BAB 2

SEL-SEL PENTING SISTEM IMUNITI

2.1 Pengenalan Kebanyakan jenis sel yang terlibat dalam sistem imun dihasilkan daripada satu sel sterr^ hemopoietik dan berkembang melalui satu proses diferensiasi kepada semua jenis sel darah yang matang dari segi fungsi seperti monosit, granulosit dan limfosit (Rajah 2.1). Sel stem ini mempunyai kebolehan untuk replikasi sendiri. Pada awal kehidupan, sel ini didapati dalam pundi yolk, kemudian dalam hati dan limpa fetus dan akhirnya dalam tulang sum-sum. Masih tidak jelas tentang sifat sel stem pluripotent atau regulasi yang terlibat untuk mendapatkan keturunan sel tertentu.

Rajah 2.1

Proses diferensiasi sel-sel stem kepada sel darah.

Sistem imuniti mesti mempunyai kebolehan untuk bertindak dengan pelbagai bahan asing yang terdapat pada beberapa kawasan badan. Sel yang paling penting dalam sistem imuniti ialah limfosit. Limfosit ialah sel yang mengenali antigen secara spesifik dan bertindak terhadapnya. Setelah limfosit spesifik mengenali sesuatu bahan asing atau antigen, limfosit ini akan mengaktifkan mekanisme efektor yang diperlukan untuk eliminasi bahan asing tersebut. Limfosit juga bertanggungjawab untuk menentukan ingatan yang merupakan satu lagi sifat penting respons imun. Limfosit biasanya bersirkulasi dalam darah, tisu dan organ limfoid. Kebolehan sel ini untuk bersirkulasi dan saling bertukar dalam darah, limfa dan tisu adalah penting dalam sesuatu respons imun. Selain limfosit, sel seperti makrofaj, mononuklear fagosit dan sel dendritik (yang dikenali sebagai sel aksesori) juga diperlukan untuk pengenalan dan aktivasi respons-respons imuniti spesifik kerana sel limfosit mesti bekerjasama dengan sel ini untuk mewujudkan sesuatu respons imun. Sel aksesori ini tidak perlu spesifik untuk sesuatu antigen kerana spesifisiti sesuatu respons imun ditentukan oleh sel limfosit. Tetapi limfosit dan sel aksesori mesti berinteraksi antara satu sama lain untuk memulakan dan mengamplifikasikan respons imuniti.

molekul permukaan lain yang penting untuk berinteraksi dengan sel-sel lain Ini termasuk molekul yang diperlukan untuk aktivasi dan untuk reerakan ke dalam dan ke luar tisu badan. Molekul permukaan ini iuea bertindak sebagai penanda untuk membezakan sel T dan sel B.

2.2.1 Limfosit B Limfosit B mula dikenali sebagai B kerana ia berkembang dan matang dalam Bursa of Fabricius pada burung. Dalam mamalia tidak terdapat Bursa of Fabricius dan maturasi peringkat awal sel B berlaku dalam tulang sum-sum. Limfosit B yang matang bermigrasi ke tisu limfoid sekunder apabila ia bertindak terhadap antigen asing. Limfosit B mempunyai antibodi permukaan sebagai reseptor antigen. Apabila diaktivasikan oleh antigen, dan dalam beberapa keadaan dengan bantuan sel T, limfosit B berproliferasi dan berdiferensiasi untuk menghasilkan sel memori yang terus wujud untuk bertindak dengan antigen yang sama dalam sesuatu reinfeksi atau menjadi sel plasma (Rajah 1.3). Sel plasma ini ialah sel efektor y a n g secara aktif m e r e m b e s k a n molekul a n t i b o d i y a n g mempunyai spesifisiti yang sama seperti reseptor antigen p a d a permukaan sel B induk. Terdapat dua jenis sel B: 1. Sel Bl yang wujud awal dalam ontogeni dan mengekspreskan antibodi IgM. Sel ini tidak bermaturasi dalam tulang sum-sum. Ia mengenali antigen bebas daripada pertolongan sel T. 2. Sel B2 yang merupakan sel yang bertanggungjawab untuk perkembangan imuniti humoral. Sel ini dihasilkan dalam tulang sum-sum dengan bantuan sel T untuk menghasilkan antibodi IgG, IgA dan IgE. Selain reseptor utama untuk antigen, sel B juga mempunyai beberapa molekul permukaan yang penting: untuk memodulasikan aktivasi sel B (CD19, CD20, CD21, CD32 dan CD81); sebagai molekul adhesi untuk interaksi dengan sel T (ICAM-1 dan LFA-3); untuk persembahan antigen kepada sel Th (molekul MHC kelas II); dan untuk interaksi dengan reseptor komplemen (CD35).

2.2

Limfosit

Limfosit dihasilkan dalam organ limfoid primer dan berfungsi dalam organ sekunder tempat ia mengenali dan bertindak terhadap bahan asing. Terdapat tiga jenis sel limfosit iaitu sel NK, sel T dan sel B, tetapi hanya sel T dan sel B mempunyai spesifisiti dan ingatan untuk sesuatu antigen. Morfologi am limfosit dalam keadaan rehat adalah seperti berikut: • mempunyai saiz yang kecil dengan diameter antara 8-10 um (mikron) • mempunyai nukleus yang besar dengan heterokromatin yang banyak • m e m p u n y a i satu kawasan sitoplasma yang nipis yang mengandungi beberapa organel seperti mitokondria, lisosom dan ribosom • tiada organel khusus yang lain Dalam peringkat awal perkembangannya, limfosit tidak mempunyai reseptor p e r m u k a a n tetapi apabila menjadi m a t a n g , ia m u l a mengekspreskan reseptor antigen yang berlainan untuk menjadi responsif terhadap stimulasi antigen. Limfosit juga mengekspreskan molekul-

2

-2.2

Limfosit T

Kelas utama kedua limfosit ialah limfosit T. Prekursor sel T wujud dalam tulang sum-sum yang akan bermigrasi dan bermaturasi dalam timus dan

oleh itu dikenali sebagai sel T. Sel T boleh diidentifikasikan secara in vitro dari satu populasi sel darah putih menggunakan reseptor spesifiknya seperti reseptor sel T (TCR) atau CD3. Limfosit T boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berasaskan fungsi masing-masing: 1. Sel T penolong (helper T cell, Th) 2. Sel T sitotoksik atau sitolitik (cytotoxic T cell, Tc) Fungsi utama limfosit T adalah untuk meregulasikan semua respons imun terhadap antigen protein dan bertindak sebagai sel efektor untuk m e n g h a p u s k a n sel yang mengalami jangkitan mikrob d a n u n t u k membantu respons sel B. Sel T tidak, menghasilkan antibodi. Sel Th, seperti namanya, memberikan bantuan kepada sel B melalui isyarat terus dari permukaan sel dan daripada penghasilan sitokin-sitokin y a n g penting u n t u k p e r t u m b u h a n dan diferensiasi sel B. Sel Tc mempunyai kesan sitotoksik iaitu mengeliminasikan sel yang dijangkiti oleh virus. Sel Th boleh dibahagikan kepada sel Thl dan sel Th2, bergantung pada kebolehan untuk menolong dalam perkembangan respons imun yang berlainan. Sitokin-sitokin yang terlibat dalam menginduksikan diferensiasi sel ThO menjadi sel Thl ialah IFNy dan TNFa, sementara untuk sel ThO menjadi sel Th2 ialah IL-4, IL-13, IL-5, IL-10. Limfosit T penolong dan sitolitik mempunyai spesifisiti yang luar biasa untuk antigen. la hanya boleh mengenali peptid antigen yang terikat k e p a d a p r o t e i n y a n g d i k o d k a n oleh gen d a r i p a d a k o m p l e k s histokompatibiliti utama (MHC). Molekul MHC ini diekspreskan pada permukaan sel tertentu yang dikenali sebagai sel persembahan antigen (APC). Satu penemuan penting dalam identifikasi dan analisis subset sel T ini ialah bahawa populasi ini mengekspreskan protein permukaan yang berlainan yang bertindak sebagai penanda fenotip. Misalnya, sel Th mengekspreskan satu protein permukaan yang dipanggil CD4, sementara sel Tc mengekspreskan satu protein permukaan yang dipanggil CD8. Maka, antibodi terhadap protein ini, iaitu anti-CD4 dan anti-CD8, boleh juga digunakan untuk mengenali dan mengasingkan populasi limfosit T. Selain CD4 dan CD8, terdapat penanda fenotip lain yang memainkan peranan penting dalam aktivasi dan fungsi sel T. Antaranya ialah CD3 yang memediasikan aktivasi sel T selepas pengikatan MHC-antigen kepada TCR; CD28 yang mengikat kepada B7-l,2 pada sel B dan APC untuk memulakan aktivasi sel T; LFA-1 dan CD2 sebagai molekul adhesi untuk interaksi dengan sel B; CD45RA dan CD45RO sebagai molekul yang terlibat dalam transduksi isyarat dan CD154 (CD40L) yang mengikat

ada CD40 pada sel B; dan APC untuk memulakan aktivasi APC dan aktivasi serta diferensiasi sel B.

2.3

Sel Natural Killer

Kelas ketiga limfosit ialah sel Natural Killer (NK). Sel ini berbeza daripada limfosit T dan B kerana mempunyai saiz yang lebih besar, mengandungi lebih sitoplasma dan mempunyai granul tumpat. Sel-sel ini dihasilkan dalam tulang sum-sum dan didapati pada semua tisu badan, terutamanya dalam sirkulasi. Jumlahnya adalah antara 5-15% bilangan limfosit. Sel ini tidak mempunyai reseptor spesifik untuk pengenalan antigen tetapi hanya mempunyai reseptor terhad seperti reseptor permukaan Fc untuk IeG (CD16), molekul adhesi dan aksesori untuk interaksi sel (CD2, CD56, LFA1) dan reseptor unik yang dikenali sebagai 'killer activation receptors' (KAR) dan 'killer inhibitory receptors' (KIR). Sel NK mula-mula ditemui melalui kebolehannya untuk membunuh sel tumor tetapi sekarang diketahui mempunyai fungsi penting dalam imuniti inat. Walaupun tidak mempunyai reseptor antigen-spesifik, sel NK boleh mengesan dan menentang sesetengah sel yang dijangkiti virus iaitu sel yang mengekspreskan protein virus pada permukaannya yang boleh dikenali oleh antibodi. Pembunuhan sel target yang diselaputi antibodi oleh sel NK dikenali sebagai sitotoksisiti yang dimediasi dan bergantung pada antibodi (ADCC - antibody-dependent cell-mediated cytotoxicity). Tindakan ini dimulakan apabila antibodi yang terikat pada permukaan sel berinteraksi dengan reseptor Fc pada sel NK. Mekanisme penentangan adalah seperti yang berlaku pada sel Tc yang melibatkan pembebasan granul sitoplasmik yang mengandungi perforin dan granzim (enzim proteolitik). Perforin akan membuat lubang pada membran sel untuk membenarkan granzim ke dalam sel untuk menginduksikan apoptosis. Sel NK juga, seperti sel sitotoksik T, dapat menginduksikan apoptosis melalui molekul permukaan FasL yang meligasikan molekul Fas kepada permukaan sel yang dijangkiti virus. Jika sel NK adalah sel penting dalam pengawalan hos terhadap jangkitan dengan virus, maka ia mesti mempunyai suatu mekanisme untuk membezakan di antara sel sendiri yang telah dijangkiti dengan yang tidak dijangkiti. Mekanisme sebenar yang digunakan oleh sel NK untuk menenrukan pembunuhan yang tepat ini belum diketahui lagi. Salah satu penerangan yang telah dicadangkan adalah apabila sel NK mengikat kepada sel sendiri yang tidak mengalami apa-apa jangkitan, reseptor KlR_.rn e mberikan i s y a r a t negatif k e p a d a sel NK u n t u k menghalangnya daripada membunuh sel sendiri. Jika jangkitan dengan

virus berlaku pada sesuatu sel, aktivasi adalah melalui KAR untuk menginduksikan pemusnahan sel oleh sel NK. Sel NK yang diaktivasikan daripada pengenalan sel yang dijangkiti virus akan merembeskan IFNy. Ini akan menghalang sel di persekitaran kawasan tersebut^aripada dijangkiti oleh virus. Juga sitokin ini dapat menambahkan perkembangan respons spesifik sel T menentang sel yang dijangkiti virus. Dalam bidang perubatan, sel NK diaktivasikan oleh IL-2 untuk menjadi sel LAK (lymphokine activated killer) yang digunakan untuk mengubati tumor.

Sel T akan melalui proses kematangan untuk menjadi sel Th dan sel Tc. Sel Th menolong sel B sementara sel Tc biasanya mengandungi granul sitoplasmik protein yang dapat melisiskan sel target. Sel B pula berdiferensiasi menjadi sel plasma yang berfungsi untuk mensintesiskan dan merembeskan antibodi. Tidak semua sel limfoblas mengalami diferensiasi. Ada yang menjadi sel memori yang dapat wujud bertahuntahun tanpa stimulasi antigen. Perkembangan dalam sel memori adalah penting untuk kejayaan vaksinasi sebagai satu cara untuk mewujudkan imuniti sepanjang hayat menentang jangkitan. Sementara itu, bilangan limfoblas yang berlebihan akan mati melalui satu proses yang dikenali sebagai apoptosis (programmedcett death) (Jadual 2.1).

2.4 Perkembangan limfosit dalam responsnya terhadap antigen Limfosit yang belum distimulasi oleh antigen adalah kecil dan dikatakan dalam peringkat rehat iaitu peringkat G 0 . Apabila distimulasikan oleh antigen, limfosit ini memasuki peringkat G : dan menjadi lebih besar serta dikenali sebagai limfoblas yang mempunyai kawasan sitoplasma yang lebih besar dan mengandungi lebih banyak organel dan RNA. Peringkat seterusnya ialah fasa S. Dalam fasa S limfosit besar ini membahagi dan melalui satu proses yang dikenali sebagai transformasi bias. Sel limfoblas yang mengalami diferensiasi menjadi sel efektor T dan B.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->