You are on page 1of 8

PF 2216 Asas-asas Pengajaran dan Pembelajaran II

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

1. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU?


 Kaedah mengajar seorang guru dan seorang pelajar,
 Untuk mengatasi kelemahan mengajar secara seluruh kelas
 Sebuah kelas mempunyai pelajar yang berbagai kebolehan dan keupayaan,
 kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua
individu, maka kaedah individu perlu,
 belajar untuk mengembangkan kebolehan individu,
 guru harus mengenal potensi murid-murid mereka, mengenalpasti masalah
pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran beasaskan
kebolehan individu,

2. APA DIA KAEDAH PENGAJARAN SECARA seluruh KELAS?


 penyampaian guru kepada seluruh kelas,
 isi pelajaran yang sama kepada semua pelajar dalam masa yang sama, serta
latihan yang sama

3. APA DIA PENGAJARAN SECARA KUMPULAN?


 strategi pengajaran berpusatkan murid,
 murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut
kebolehan ,
 dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan
dengan kebolehan mereka,
 dua cara membentuk kumpulan ,
o berdasarkan kebolehan/pencapaian yang sama, dan
o kedua kumpulan pelbagai kebolehan/pencapaian

4. JENIS-JENIS KUMPULAN
 MENGIKUT KEBOLEHAN
a. Satu kumpulan kecil murid cerdas
b. Satu kumpulan kecil murid sederhana
c. Satu kumpulan kecil murid lambat

 PELBAGAI KEBOLEHAN
a. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil,
b. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil
c. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil

5. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF?


 Belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan,
 Berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran
 Tujuan mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1
Kuliah Minggu 6
PF 2216 Asas-asas Pengajaran dan Pembelajaran II
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran
kumpulan,
 Murid bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)

6. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF?


 Berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama
 Pembelajaran secara kumpulan kecil, berbagai kebolehan
 Matlamat intelek, sosial dan penyelesaian masalah disiplin bilik darjah,
 Pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama dapat dipupuk, masalah disiplin
dapat dikurangkan.

7. BAGAIMANA PELAKSANAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA


KOPERATIF DAN KOLABORATIF?
 Aktiviti pembelajaran sekumpulan murid dibawah bimbingan guru, bertukar-tukar
idea melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam
mencapai matlamat kumpulan,
 Kumpulan pelbagai kebolehan bekerjasama dan tolong menolong bagi
menyelesaikan sesuatu projek pembelajaran
 Sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dapat mencapai
objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan daripada uasaha secara
sendiri,
 Empat kriteria asas untuk pelaksanaan pembelajaran koperatif dan kolaboratif
o Semangat kebergantungan
o Kemahiran sosial
o Kesedaran pertanggungjawaban individu
o Penilaian kumpulan

 Membahagikan murid dalam kumpulan yang sesuai dan beri nama setiap
kumpulan,
 Kumpulan terdiri murid pelbagai kebolehan,
 Nyatakan objektif pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan langkah-langkah
melaksanakan aktiviti,
 Nyatakan kemahiran kerjasama yang diperlukan,
 Tegaskan panilaian kumpulan, kerjasama diperlukan dalam pembelajaran
berkumpulan,

8. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJRAN


 PEMUDAHCARA
o Proses memudahkan sesuatu tindakan,
o Kemahiran memotivasikan murid,
o Membimbing murid menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar,
o Kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal dan bakat kepimpinan,
o Sesuai untuk aktiviti kumpulan,

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 2
Kuliah Minggu 6
PF 2216 Asas-asas Pengajaran dan Pembelajaran II
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
o kemahiran teknik menyoal, tunjuk cara, penerangan dll,
o Teknik pemudahcaraan – perbincangan, perbahasan, seminar, forum,
sumbangsaran, sesi buzz dll.

 PERBINCANGAN
o Aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam kelas,
o Bertukar-tukar fikiran/idea dan berkongsi maklumat
o Peranan guru sebagai penyelia/pemudahcara
o Mengemukakan topik perbincangan dan soalan,
o Galakkan murid main peranan aktif dalam memberi pandangan,
o Guru memberi panduan / bimbingan
o Guru atau murid membuat rumusan
o Perbincangan seluruh kelas atau perbincangan kumpulan.

 PERBAHASAN
o Suatu jenis perbincangan yang formal,
o kompleks melibatkan murid yang menguasai kemahiran lisan,
pengetahuan yang cukup, memberi pandangan/pendirian terancang dan
spontan,
o Murid boleh berhujah secara rasional, logik dan bernas,
o Dua kumpulan kecil terdiri daripada tiga / empat orang murid,
o kumpulan penyokong dan kumpulan pembangkang
o pengerusi di adakan bagi mengendalikan aktiviti,
o penjaga masa dan hakim-hakim

 SEMINAR
o Satu jenis perbincangan melibatkan penceramah dengan sekumpulan
murid,
o Penceramah menyediakan kertas kerja berasaskan sesuatu topik dan
membentangkan kepada murid sebagai audiens,
o Penceramah – kemahiran merancang, mengumpul data, menyediakan dan
membentang kertas kerja serta melayan soalan-soalan,
o Murid sebagai pengdengar, mengambil nota & membuat pertanyaan,
o Soalajawab diakhir pembentangan kertas kerja,
o Guru pemerhati, penasihat dan memberi komen

 FORUM
o Satu jenis perbincangan melibatkan panel penceramah (pakar),
o Seorang pengerusi diperlukan mengendalikan forum,
o Penel menyampaikan idea/pendapat bernas berasaskan soalan yang
dikemukakan oleh pengerusi,
o Soalan-soalan berlandaskan topik perbincangan yang ditetapkan terlebih
dahulu,

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 3
Kuliah Minggu 6
PF 2216 Asas-asas Pengajaran dan Pembelajaran II
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
o Ahli panel membuat persediaan berasaskan topik yang diberikan terlebih
dahulu,
o Aktiviti perbincangan melalui majlis forum ini adalah sesuai bagi murid-
murid yang mempunyai pengalaman yang cukup serta mempunyai
kemahiran bertutur yang baik.
o Murid-murid dilatih berfikir secara analitis dan kritis serta berkeyakinan
tinggi.

 SUMBANGSARAN
o Salah satu kaedah penyelesaian masalah
o Juga dikenali sebagai pecambahan fikiran tentang sesuatu topik,
o Ahli kumpulan memberi pendapat/idea terhadap sesuatu topik
perbincangan,
o Sesi buzz boleh digunakan untuk mendapatkan idea yang boleh
menyelesaikan masalah,
o Guru mengemukakan satu/beberap topik perbincangan berbentuk soalan
bermasalah,
o Guru memberi garis panduan untuk mengadakan perbincangan,
o Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (6-10 orang)
o Setiap kumpulan akan diberikan satu topik perbincangan,
o Semua ahli digalakkan menyumbangkan idea / pendapat berkaitan dengan
topik tersebut oleh pengerusi kumpulan,
o Semua idea-idea dicatatkan oleh seorang pelapor/murid dalam kumpulan
kecil itu,
o Selepas selesai, kumpulan-kumpulan kecil akan bergabung semula bagi
mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan yang dikemukakan.
o Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid membuat
keputusan/rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka.

 SESI BUZZ
o Suatu aktiviti perbincangan yang terdiri daripada beberapa kumpulan
kecil,
o Setiap kumpulan kecil biasanya mengandungi seorang pengerusi, seorang
pelapor dan beberapa orang ahli.
o Sesi buzz biasanya dimulakan selepas guru mengajar sesuatu pelajaran.
o Murid akan membincangkan topik yang diberikan oleh guru dalam sesi
buzz,
o Dalam proses perbincangan, ahli kumpulan digalakkan menyumbangkan
idea / pendapat berkaitan dengan topik yang diberikan,
o Semua idea-idea dicatatkan oleh seorang pelapor/murid dalam kumpulan
kecil itu,
o Selepas perbincangan, kumpulan-kumpulan kecil akan berkumpul semula
dalam kumpulan besar untuk mengadakan satu perbincangan am,
o Murid-murid akan membentangkan pendapat kumpulan masing-masing,

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 4
Kuliah Minggu 6
PF 2216 Asas-asas Pengajaran dan Pembelajaran II
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
o Pendapat-pendapat diselaraskan dan dipersetujui akan dikemukakan
kepada guru yang akan membuat rumusan dipapan putih untuk catatan
murid,

 TUNJUK CARA (DEMONSTRASI)


o Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru
melakukan tunjuk cara,
o Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama
aktiviti pendengaran, penglihatan dan percubaan murid.
o Sebelum demonstrasi – topic, objektif, alatan, radas, tujuan demonstrasi.
o Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan, menyoal,
murid melihat dsb.
o Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang penting,
tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.
o Jenis-jenis tunjuk cara – model hidup, model simbolik dan model persepsi.
o Model hidup – model sebenar contoh demonstrasi guru dalam bermain alat
muzik,
o Model simbolik – berlandaskan langkah-langkah secara bertulis contoh
murid-murid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam resepi
untuk membuat kuih.
o Model persepsi – penggunaan video contoh menggerakkan tangan semasa
berlari 100m. Gerakan tangan secara perlahan melalui video.

 PENYELESAIAN MASALAH
o Aktiviti-aktiviti melibatkan masalah berbentuk pekataan, teka teki, kuiz,
kemahiran tertentu dsb.
o Dikehendaki menlaksanakan kerja penyelesaian dengan strategi tertentu
o Strategi penyelesaian masalah harus melibatkan pelaksanaan suatu set
aktiviti yang boleh memberi penyelesaian.
o Proses penyelesaian masalah memerlukan aplikasi kemahiran, prinsip
yang telah dikuasai terlebih dahulu.
o Jenis-jenis penyelesaian masalah ialah kaedah penyelesaian kendiri,
kaedah inkuiri, kaedah dapatan dan kaedah sumbangsaran.

 SIMULASI
o Menjalankan sesutau aktiviti yang mencerminkan keadaan realiti
o Melakonkan sesuatu situiasi atau peristiwa dalam sustu keadaan yang
teratur
o Masalah yang berlaku dialam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar,
sekolah, tempat awam dsb.
o Sosiodrama dan main peranan adalah contoh simulasi
o Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap,
skrip lakonan disediakan terlebih dahulu e.g Hang Tuah & Hang Jebat
o Main peranan ialah lakonan spontan yang boleh dilakukan dalam bilik
darjah,

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 5
Kuliah Minggu 6
PF 2216 Asas-asas Pengajaran dan Pembelajaran II
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
o Aktiviti lakonan ini biasanya berdasarkan kepada sesuatu situasi atau
masalah yang timbul,
o Murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian
melakonkankan nya mengikut situasi yang yang dibayangkannya itu.

 BERCERITA
o Satu kaedah mengajar yang boleh menarik minat murid belajar
o Isi disampaikan dengan kaedah bercerita
o Kemahiran bercerita adalah diperlukan guru
o Pelbagai gaya bercerita boleh digunakan untuk penyampaian pengajaran
o Secara lisan, melalui pita rakaman, melalui patung-patung, melalui pita
video, VCD, komputer dsb.

 BERMAIN
o Melakukan aktiviti berpura-pura dibawah keadaan terkawal,
o Aktiviti permaianan memberi peluang kepada kanak-kanak
mengembangkan potensi jasmani, intelek, rohani dan social
o Menghilangkan bosan dan menggalakkan keseronokan belajar
o Biasanya dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan
pemulihan.
o Permainan bahasa, kuiz, teka teki, silang kata, penyelesaian masalah,
memadan, demonstrasi dsb.
o Individu, berpasangan, kumpulan & secara kelas.

 PROJEK
o Pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh John Dewey,
o Hasil pembelajaran murid akan jadi lebeih berkesan jika mereka menaruh
minat dan bersedia untuk melasanakan aktiviti pembelajaran yang
dirancangkan degan menarik,
o Murid-murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan
lawatan.
o Kemahiran-kemahiran asas perlu dikuasai dahulu seperti mengira purata,
memerhati dan merekod.
o Projek boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil,
o kaji selidik adalah contoh projek – memerhati, mengumpul maklumat,
menganalisis, mentafsir data dan membuat rumusan.

 LAWATAN
o Aktiviti sokongan membolehkan murid memerhati apa yang hendak
dipelajari di dalam buku seperti situasi sebenar.
o Membawa murid-murid ke kilang, museum, ladang dan tempat-tempat
awam untuk membuat pemerhatian/kajian.
o Pelajaran sejarah, geografi, sains dsb.

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 6
Kuliah Minggu 6
PF 2216 Asas-asas Pengajaran dan Pembelajaran II
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 INKUIRI-PENEMUAN
o Gabungan kaedah inkuiri dan kaedah penemuan
o Aktiviti pembelajaran ini melibatkan aktiviti mengenalpasti, memerhati,
mengkaji, mengumpul data, menganalisis, mentafsir dan merumus.
o Penemuan adalah proses mendapat tahu sesuatu prinsip, fenomena atau
ciri sesuatu perkara yang sedia wujud,
o Kaedah dapatan ini melibatkan murid menggunakan daya usaha dan akal
fikiran bagi menjalankan satu siri aktiviti supaya menemui prinsip,
fenomena atau ciri sesuatu perkara yang hendak dikaji.

 BERPASUKAN
o Satu kaedah pengajaran yang dikendalikan oleh sepasukan guru yang
mempunyai kepakaran mengajar dalam pelbagai bidang,
o Pasukan ini sama-sama merancang, melaksanakan dan menilai segala
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari peringkat awal hingga akhir,
untuk satu kumpulan murid yang sama.

 PENGAJARAN MODUL
o Modul merupakan unit pelajaran dirancangkan berdasarkan sukatan
pelajaran sesuatu mata pelajaran
o Modul dirancang mengikut keperluan individu
o Ia boleh digunakan untuk pengajaran terancang atau pembelajaran
individu dalam pengajaran berpasukan.

 PENGAJARAN TERANCANG
o Satu jenis modul pengajaran berpogram dengan menggunakan panduan
bercetak yang menekankan pembelajaran secara individu berdasarkan
kebolehan masing-masing
o Bahan-bahan pelajaran dirancangkan dan disediakan dalam bentuk buku
dan risalah atau dalam bentuk pekej kad-kad aktiviti.
o Sekiranya pengajaran terancang dibantukan komputer, bahan pelajaran
diprogramkan dalam perisian CD/disket dan ditayangkan melalui monitor
o Bahan pelajaran disediakan dalam bentuk langkah-langkah kecil
melibatkan satu siri soalan berpanduan dan jawapan.
o Murid mengikut panduan dan arahan yang diberikan menjawab soalan
demi soalan hingga semua pakej soalan diselesaikan.

 PENGAJARAN TERANCANG BERBANTUAN KOMPUTER


o pengajaran diprogramkan dalam disket/perisian
o Ditayangkan dalam monitor komputer
o Pengajaran terancang dijual secara komersial
o Latih-tubi, tutorial, inkuiri-dialog, simulasi, permainan, penyelesaian
masalah, pemulihan, pengayaan & penilaian.
o Murid belajar sendiri, masa fleksibel.
o Berdikari, melatih kemahiran berfikir

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 7
Kuliah Minggu 6
PF 2216 Asas-asas Pengajaran dan Pembelajaran II
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

- Tamat -

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 8
Kuliah Minggu 6

You might also like