Leong Kwok Cheong T37 Taman Vun Wu Bt.4, Jalan Utara 90000 Sandakan.

Tel No: 217558

17 Januari 2011 Kepada: Guru Kelas Tingkatan 4 B, SMK Sung Siew Sandakan. Cikgu, PERMOHONAN KEBENARAN KELUAR KE HOSPITAL UNTUK RAWATAN GIGI Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Untuk makluman cikgu, anak saya CALEB LEONG TIAN EN dalam Kelas 4B perlu ke Klinik Pergigian di Hospital Duchess of K ent untuk rawatan gigi oleh seorang doktor pakar yang datang dari Kota Kinabalu hanya sekali pada setiap bulan. 3. Temujanji rawatan gigi anak saya ialah pada 18 Januari 2011 (Selasa), jam 8.00 pagi. Oleh itu, saya ingin memohon supaya cikgu membenarkan anak saya ke klinik pada jam 7.30 pagi supaya tidak lewat untuk temujanji yang penting ini. Kerjasama cikgu dalam meluluskan permohonan ini amat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian Yang benar, ___________________ Leong Kwok Cheong

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful