Konfilk etnik 1.

0 Pengenalan

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusiayang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selaian itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi. Lebih daripada seratus etnik wujud di China. Walau bagaimanapun,Bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan bahasa sehinggakan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-bangsa lebih kecil kedalam bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Di negara china tidak terlepas dengan konflik antara etnik-etniknya. Konflik etnik yang akan dibincangkan adalah etnik Han dan Uighur.

2.0 2.1

Latar Belakang Sejarah Dan Geopolitik Negara Tersebut. Sejarah Negara China

China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China juga merupakan salah satu daripada sedikit tamadun yang menciptakan sistem tulisannya yang tersendiri. Tamadun lain yang menciptakan tulisan tersendiri hanyalah Mesopotamia (Golongan Sumer), Tamadun lembah Indus, India, para Maya di Amerika Selatan dan tamadun Mesir purba.

Dinasti pertama menurut sumber sejarah China merupakan Dinasti Xia; akan tetapi tidak terdapat bukti arkilogi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasty pertama yang dapat disahkan merupakan Dinasti Shang yang menduduki lembah sungai Huang He daripada kurun ke 18 sehinggalah ke kurun ke 12 sebelum masihi (SM). Dinasti Shang pula digulingkan oleh Dinasti Zhou yang mengambil alih pemerintahan daripada kurun ke 12 sehingga ke kurun ke 5 SM. Kerajaan ini berpusat akan tetapi ini semakin terhampus dengan pemberian secara bebas tanah jajahan kepada bangsawan-bangsawan sehingga timbulnya negeri-negeri bebas dan kuat pada Era Musim Bunga dan Musim Luruh. Negeri-negeri ini hanya memberikan sedikit pengiktirafan kepada kerajaan pusat Zhou. Negeri-negeri ini kemudian dipusatkan semula dibawah pemerintahan satu maharaja China pada tahun 221 SM, iaitu maharaja Qin Shi Huang yang membawa kepada penubuhan Dinasti Qin, iaitu peyatuan semua tanah jajahan pertama dibawah China. Kerajaan ini tidak dapat bertahan lama oleh sebab pemerintahan kuku besinya, dan bertindak memusnahkan banyak sumber-sumber yang dianggap berbahaya kepada pemerintahannya, iaitu para cendekiawan dan gologan terpelajar. Sumbersumber ini tidak dilihat sebagai boleh membantu kerajaan dalam pentadbiran, meskipun itulah salah-satu kegunaan mereka. Selepas kejatuhan kerajaan Qin pada tahun 207 SM, muncul pula Dinasti Han, yang bertahan sehingga tahun 220 Masihi (M). Daripada dinasti inilah sumber kebanyakan orang Cina memangil diri mereka, iaitu Bangsa Han. Selepas dinasti ini era perpisahan wujud sekali lagi sehingga tahun 580, dengan penyatuan semula dibawah Dinasti Sui yang diikuti Dinasti Tang dan Dinasti Song. Pada masa inilah, China mengalami zaman emasnya. Daripada kurun ke 7 M sehinggalah kurun ke 14 M, China merupakan salah satu daripada tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan seni lukis. Dinasti Songtumpas di 2

Oleh sebab ini. satu dinasti yang tidak disukai dan dianggap asing oleh orang Cina Han. Puyi daripada tahkta. para pemerintah seringkali bertindak melakukan sesuatu yang akan memastikan penerusan pemerintahan mereka. Akan tetapi. Bangsa Han sekali lagi gembira dengan pengambilan semula China kedalam tangan mereka. Dalam kurun ke 18. Satu ahli golongan petani yang bernama Zhu Yuanzhang menggulingkan dinasti Yuan dan menubuhkan Dinasti Ming iaitu pemulihan pemerintahan bangsa Han terhadap negara China. iaitu bangsa-bangsa yang mereka cuba untuk menjajah selama beberapa kurun kebelakangan itu. Pada masa yang sama. China sekali lagi dijajah oleh orang asing dibawah Dinasti Qing yang ditubuhkan bangsa Manchu yang mengambil kesempatan merampas kuasa pada tahun 1644.tangan penjajah Mongol daripada Mongolia pada tahun 1279. tamadun 3 . Sebagai contoh. selepas penggulingan dinasti Ming oleh orang Manchu. Dinasti Qing ini ditumpaskan sekali lagi oleh bangsa Han pada tahun 1911 dengan pengusiran maharaja terakhir mereka. China mendapat kemajuan teknologi yang lebih daripada para musuhnya di kawasan Asia Tengah. seperti memastikan semua dokumen rasmi kerajaan menggunakan bahasa Manchu disamping bahasa Cina. Para Mongol dibawah Kublai Khan menubuhkan Dinasti Yuan. tindakan-tindakan preventif ini kelihatan tidak berhasil apabila para Manchu lupa bahasa dan budaya mereka dengan sepenuhnya dan menjadi sama dengan orang Cina Han. Proses penukaran permerintahan daripada satu dinasti ke dinasti yang lain adalah sesuatu yang ganas dan melibatkan rasa tidak puas hati yang kuat terhadap golongan pemerintah. seperti penanaman sifat setia terhadap mereka kedalam jiwa rakyat mereka. Akan tetapi. mereka mengambil sikap berhati-hati dalam perhubugan antara diri mereka dan bangsa tersebut. disebabkan rasa sangsi mereka terhadap bangsa Han.

Perang saudara yang berlaku berakhir pada tahun 1949 dengan penubuhan Republik Rakyat China. Pada tahun 1912. Perang China-Jepun (1937-1945) dan Perang Saudara China. Perang saudara ini telah dimulai oleh pelampau ekstrimis Kristian Cina yang menganggap dirinya sebagai adik kepada Nabi Isa A. penurunan tamadun ini disebabkan masalah politik dalaman. satu negara mengikuti definasi moden sesuatu negara. Paling utama adalah Pemberontakan Taiping yang bermula pada tahun 1851 sehingga ke tahun 1862. sebab utama penurunan standard tamadun China bukanlah disebabkan pengaruh Barat seperti didakwa para sejarahwan Barat yang sengaja memutar-belitkan fakta. terdapat juga beberapa pemberontakan oleh umat Islam terutama di Asia tengah. Keadaan ini menyebabkan situasi tegang pada kurun ke 19. empayar China akhirnya roboh dan Republik China. muncul. Maharatu Ci Xi pada masa itu secara terangnya menentang pemberontakan ini walaupun dia secara senyap menyokongnya. Secara benarnya. Sebelum ini. selepas penurunan standard yang lama berlaku. Lihat Penjajahan di Asia. Walaupun kerajaan menang dalam pentempuran ini. Tiga dekad selepas itu merupakan dekad yang huru-hara dan tidak aman. Satu lagi pemberontakan adalah Pemberontakan Boxer yang timbul akibat kebencian terhadap Barat yang suka menjajah.China terjatuh dibelakan Eropah daripada segi kemajuan teknologi. ia dianggap sebagai sebagai salah satu perang saudara yang paling ganas dalam sejarah manusia. negara komunis 4 . dimana China mengambil pendekatan bertahan daripada penjajahan Barat pada masa yang sama ia menjajah kawasan Asia tengah. dan mengorbankan sebanyak 20 juta nyawa (lebih daripada jumlah terkorban dalam Perang Dunia 1).S. Akan tetapi. atau Jesus Christ. dan sejurus itu juga menganggap dirinya sebagai tuhan. dan pembahagian wujud disebabkan kewujudan panglima perang.

5 . gerak-gerinya yang terbaru menampakkan pengalihan daripada posisi ini dan kecenderungan terhadap menganggap dirinya sebagai satu entiti bebas Taiwan.yang baru ciptaan Parti Komunis China di tanah besar China. Republik Rakyat China (PRC) tidak mengiktiraf Republik China (ROC) kerana mendakwa bahawa ia merupakan entiti yang tidak lagi wujud berikutan 'penggantian'nya oleh PRC. Nama China dalam konteks moden bermaksud kawasan tanah besar China dan tidak termasuk dua bandar yang disebut diatas dan Taiwan. Negara Britain dan Portugal menyerahkan kembali Hong Kong dan Macau kepada China pada tahun 1997 dan 1999. kebanyakan negara memilih untuk mengiktiraf Republik Rakyat China pula. Penyatuan semula dengan China dan Status Politik Taiwan. Lihat juga Sejarah Taiwan. PRC membantah tindakantindakan ini dan berkata ia mengundang perang. Republik yang lama pula berpindah ke pulau Taiwan dan terus diiktiraf sebagai kerajaan sah seluruh China oleh blok Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga dekad 1970-an. Selepas dekad itu. ROC pula secara rasmi masih menuntuk hak perintah tanah besar termasuk Mongolia dan wilayah Xizang (Tibet). Isu-isu ini diterangkan secara lebih lanjut dalam rencana Kemerdekaan Taiwan. PRC menuntuk hak perintah kesemua China termasuk Taiwan. Sejarah Macau dan Sejarah Hong Kong. Republik baru ini mendakwa bahawa kewujudannya memansuhkan kesahihan Republik yang lama. akan tetapi.

Kawasan jajajan bergantung kepada kekuatan dan kehebatan dinasti yang memerintah. Selepas dinasti Qin. Tamadun China adalah tamadun yang beberapa negeri yang diperintah oleh raja-raja dan bangsawan-bangsawan China. Walaupun terdapat satu raja pusat yang berkuasa. Waktu inilah juga merupakan titik tolak permulaan pengaruh falsafah Konfuciusme dan falsafah-falsafah lain keatas pemikiran China. terutama apabila maharaja pada ketika itu lemah dan masih budak dan pegawai kerajaan itu cekap dalam bidang politik. Pejabat maharaja ditubuhkan dan sistem pentadbiran bureaukratik dilaksanakan. Walau bagaimanapun maharaja mempunyai kuasa mutlak sebagai pemimpin politik dan agama China.2 Sejarah Politik Sebelum penyatuan oleh Dinasti Qin di tahun 221 SM.2. sesetengah bangsawan tempatan mempunyai penguruh yang kuat keatas kawasan tugasan mereka. terutama apabila umur pemerintahan tiada had bawahan dan pentadbiran diberikan kepada saudara terdekat atas dasar "kepercayaan". termasuk Perdana Menterinya. dengan perluasan dan kuranganya tersendiri. Kedudukan maharaja yang jauh tersorok dalam istana dan terlindung daripada dunia luar sehinggakan maklumat yang boleh diberitahu kepadanya diubah oleh pembawanya bagi muslihat juga tidak membantu keadaan. Keadaan ini tamat dengan penyatuan negara oleh Dinasty Qin. 6 . Ada masanya kuasa politik jatuh ketangan beberapa pegawai kerajaan. "China" tidak wujud sebagai entiti yang satu. Maharaja juga mempunyai jemaah menterinya yang tersendiri untuk menasihati baginda dalam perihal sivil dan martial. China mendapat 13 lagi dinasti yang terus melaksanakan dasar perluasan kawasan permerintahan berkonsepkan kerajaan dan bangsawanan.

meskipun pada waktu pemerintahan dinasti asing seperti Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Qing (Manchu) bahasa-bahasa mereka ini dijadikan bahasa rasmi. 7 . akan tetapi. Chang'an (hari ini dikenali sebagai Xi'an (Ibu negara barat)) Beijing (Ibu negara utara) dan Nanjing (Ibu negara selatan) merupakan empat bandar yang paling banyak mendapat status sebagai ibu negara China pada sepanjang sejarahnnya. Selepas kematian Yuan. Kerajaan ini berpusat di Beijing. dengan satu kerajaan yang lemah. perjanjian dan hadiah. telah diistiharkan sebagai presiden provisyenal. Bahasa China merupakan bahasa rasmi. Yuan Shikai yang mengambil-alih daripada Sun Yat-sen bertindak tidak mengotakan janjinya dan berangan mahu menubuhkan dinasti barunya tersendiri. Republik China muncul dan merupakan tanda tamatnya pemerintahan Dinasti Qing yang didominasi bangsa Manchu. Hasratnya tidak kesampaian apabila beliau telah mati secara tiba-tiba sebelum sempat membawa pemerintahannya keatas keseluruhan empayar China. Sun Yat-sen seorang yang beragama Kristian dan berbangsa Han daripada parti Kuomintang (KMT atau Parti Negara). meskipun diiktiraf Barat. pertolongan ketenteraan. Antara negara naungan yang diperoleh dengan cara ini adalah negara Melaka di kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Malaysia. China terbelah dari segi politiknya.Perhubugan politik dengan kawasan negara naungannya dikekalkan dengan perkahwinan antarabangsa. Bandar-bandar Luoyang. panglima perang mempunyai kuasa sebenar di setiap kawasan takhlukan mereka. Pada tarikh 1hb Januari 1912.

Pada penghujung kurun 1920-an. parti Kuomintang dibawah Chiang Kai-shek sedikit-sebanyak dapat menyatukan negara dibawah kerajaan berpusat di bandar Nanjing. Yang menjadi ironi adalah pendekatan ini serupa dengan pendekatan Parti Komunis China (CCP) pada masa sekarang. Pada tahun 1947. demokrasi di Taiwan berasaskan sama ada mahu merdeka atau bersatu semula dengan tanah besar China. Beliau melaksanakan rancangan politik pertengahan iaitu rancangan asal Sun Yat-sen untuk menjadikan China satu negara demokratik yang moden. pemerintahan berasaskan perlembagaan diwujudkan akan tetapi disebabkan perang saudara China yang meletus. yang melarikan diri ke pulau Taiwan. ramai provisyen perlembagaan ini tidak terlaksana di tanah besar China. 8 . CCP telah berjaya mengalahkan Kuomintang. Menjelang tahun 1950. Rancangan ini adalah berteraskan pemerintahan satu parti Kuomintang dengan unsur-unsur ideologi Lenin. Pulau ini pula semenjak dekad ke 1970-an mengamalkan demokrasi pelbagai parti di kawasan kawalan ROC. Pada hari ini.Dewan Besar Rakyat dimana Kongres Nasional Rakyat (NPC) bersidang.

Ahli Falun Gong bagaimanapun mendakwa bahawa ini disebabkan kerajaan takut dengan pengaruh mereka. Secara amnya. tanpa kelibat perniagaan swasta dan kapitalisme.3 Ekonomi Negara China Semenjak penubuhannya pada tahun 1949 hingga akhir tahun 1978. pemimpin Komunis China. sejak perlaksaan libralisasi ekonomi oleh Deng Xiaoping pada dekad ke 1970-an. Deng Xiaoping bersama kepimpinan baru China mula memperbaharui ekonomi dan beralih kepada ekonomi campuran berorientasikan pasaran di bawah pemerintahan satu parti. dan satu demonstrasi pro-demokrasi yang berlaku di Tian'anmen pada tahun 1989 dimusnahkan kerajaan. filem dan media massa.Sementara ini. terdapat lebih kebebasan berfikir dan propaganda semakin berkurangan. Pada mulanya. Parti Komunis masih menguasai pelbagai aspek politik negara China. Gerakangerakan kemerdekaan juga tidak dibenarkan. 2. Republik Rakyat China mengamalkan ekonomi perancangan pusat ala Soviet. ekonomi China disifatkan sebagai ekonomi pasaran berasaskan milikan harta 9 . memerhati gerakan agama dan menyekat dan menapis akhbar. Republik Rakyat China dengan katanya 'orang Cina telah berdiri'. Berikutan kematian Mao dan akhir Revolusi Kebudayaan. Mao Zedong melancarkan rancangan Kemaraan Raksasa. juga cuba dihampuskan. Badan Falun Gong. Untuk menggerakkan negara ke arah masyarakat komunis yang moden dan berindustri. mengistiharkan republik baru bagi negara ini. PRC merupakan negara perintahan satu parti dibawah Parti Komunis. Mao Zedong. satu badan yang didakwa sesat oleh kerajaan. Namun. Namun. dan setiasa mengawal pemerintahan ini dengan memenjarakan penentangnya. dalam bidang bukan politik. China kini mempunyai kebebasan hidup yang lebih daripada dahulu.

perusahaan mana yang kurang lumayan terpaksa ditutup sehingga menyebabkan ramai hilang pekerjaan. sehingga lahirnya Zon Ekonomi Khas. Kerajaan RRC menggalakkan kegiatan pelbagai perusahaan kecil-kecilan sambil melonggarkan kawalan harga serta mengundang pelaburan dari luar negara. China memiliki KDNK nominal 10 . Pengkolektifan pertanian dimansuhkan dan tanah-tanah ladangnya diswastakan untuk meningkatkan daya pengeluaran. Shanghai Semenjak bermulanya peliberalan ekonomi pada tahun 1978. Perdagangan asing diberi tumpuan sebagai alat pertumbuhan ekonomi utama.persendirian. Bangunan Bursa Saham Shanghai di daerah kewangan Pudong. ekonomi RRC yang diterajui pelaburan dan eksportbertumbuh 70 kali lebih besar sebagai ekonomi utama yang bertumbuh paling pesat di dunia. Kini. Perusahaan milik kerajaan yang tidak cekap distrukturkan semula dengan pengenalan sistem pengurusan ala barat. mula-mula di Shenzhen (berhampiran Hong Kong) disusuli bandaraya-bandaraya lain di China.

and tertier masing-masing menyumbangkan 10. menjadikannya yang terbesar di dunia.6 juta pelancong asing pada tahun 2006. Rizab tukaran asingnya telah mencecah AS$2.01 trilion import (#2). dan Jepun – sungguhpun matawang dilepaskan dari pancangnya lalu nilainya meningkat 20% berbanding dolar AS sejak tahun 2005. kadar tukaran yang terkurang nilai. Kejayaan RRC banyak disumbang oleh sektor perkilangan berkos rendah. 11 . Kadar tukaran itu adakalanya dikatakan sebagai punga lebihan perdagangan RRC yang mengembung (AS$262.4 billion pada tahun 2008 sahaja. RRC ialah penerima ketiga terbesar masukan FDI dengan menarik AS$92.6%.7 bilion pada tahun 2007) di samping menjadi punca pertikaian utama antara RRC dan rakan-rakan perdagangan utamanya – AS. EU.700. daya pengeluaran agak tinggi.[109] Industri-industri primer.2 bilion pada tahun 2008 sahaja sebagai pelabur keluar keenam terbesar di dunia. pada masa yang sama semakin banyak melabur di luar negara dengan keluaran FDI sebanyak AS$52.54 trilion yuan (AS$4. RRC ialah negara keempat paling ramai pengunjung di dunia dengan 49.6 trilion.8%. teknologi dan kemahiran bertahap sederhana. prasarana bermutu. namun pendapatan per kapitanya masih agak rendah pada AS$3. RRC merupakan sebuah anggota WTO dan kuasa perdagangan kedua terbesar di belakang AS dengan jumlah dagangan dunia bernilai AS$2. maka RRC masih ketinggalan di belakang kira-kira seratus negara. dasar kerajaan yang menggalakkan. RRC memiliki sekuriti AS bernilai kira-kira $1.4 trilion.20 trilion eksport (#1) dan AS$1. 46. dan 42. sekunder.6% kepada keseluruhan ekonominya pada tahun 2009.ketiga terbesar di dunia pada 33. dan kononnya. hasil gabungan buruh murah.21 trilion – AS$1.91 trilion).

Kerajaan masih menguasai industri "tonggak" yang strategik (seperti bekalan tenaga dan perindustrian berat).S. 37 syarikat China tersenarai dalam Fortune Global 500 tahun 2009 (termasuk 26 dari Beijing sahaja). Pemodalan pasaran SSE mencapai AS$3 trilion pada tahun 2007 untuk menjadi bursa saham kelima terbesar di dunia. China kini menduduki tempat ke-29 dalam Indeks Daya Saing Global. namun pertumbuhan pesat RRC berupaya menarik keluar beratus juta rakyatnya dari kancah kemiskinan sejak tahun 1978. termasuk PetroChina di tempat pertama (syarikat minyak paling bernilai di dunia). China Mobile di tempat kelima (syarikat komunikasi paling bernilai di dunia) dan China Construction Bank di tempat ketujuh. Bank Industri dan Perdagangan China di tempat ketiga (bank paling bernilai di dunia). Kini. iaitu jauh meningkat dari 1% pada tahun 1978. tetapi perusahaan swasta yang disertai 30 juta perniagaan persendirian kini menjadi penyumbang 33% (People's Daily Online 2005) hingga 70% (BusinessWeek.Dengan pegangan bon perbendaharaan sebanyak AS$801. Walaupun masih agak miskin mengikut piawaian dunia. 2005) KDNK pada tahun 2005. Pengangguran di bandar turun kepada 4% di China pada akhir tahun 2007 (namun pengangguran keseluruhan sebenar 12 . yang terbesar di dunia. Bursa sahamnya di Shanghai (SSE) menyaksikan kegiatan IPO semakin tumbuh bagai cendawan dan nilai tanda aras Indeks Komposut Shanghai berganda sejak 2005. manakala anggaran OECD melebihi 50% keluaran negara China.5 bilion. Melalui ukuran pemodalan pasaran. kira-kira 10% penduduk China menyara hidup di bawah garis kemiskinan AS$1 sehari (PPP) (berbanding 64% pada tahun 1978) manakala jangka hayat keseluruhan meningkat mendadak hingga 73 tahun. empat daripada sepuluh syarikat paling bernilai di dunia bertapak di China. Lebih 90% penduduknya celik huruf. RRC ialah pemegang asing hutang negara A. berbanding 20% pada tahun 1950.

dan tengah China.mungkin berada sekitar 10%). timur laut. Jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar semakin lebar di RRC dengan pekali Gini pada 46.9%. Dengan itu.000) kini mencecah 80–150 juta oleh. RRC telah menjadi pengguna tenaga kedua terbesar di belakang AS tetapi bergantung pada arang untuk membekalkan 70% keperluan tenaganya.8% setahun.000 orang. ini telah menyebabkan pencemaran air dan udara yang teruk (China menempatkan 20 daripada 30 bandaraya paling tercemar di dunia). Ekonominya juga terlalu berintensif tenaga dan tidak cekap. Ditambah pula dengan pengawalan alam sekitar yang agak longgar. Pasaran peruncitan China bernilai 8. RRC juga merupakan pengguna barangan mewah kedua terbesar di dunia mengekori Jepun dengan 27.5 juta) dianggarkan pada 825. Kerajaan mengatasi masalah ini dengan melancarkan inisiatif pembangunan di kawasan-kawasan barat. Usaha pembangunan terlalu ditumpukan di kawasan pantai timur sehingga kawasan-kawasan lain agak terpinggir.5% kongsian sedunia. Sungguhpun begitu. manakala bilangan individu teramat kaya yang bernilai lebih 10 juta yuan (AS$1. kerajaan berjanji untuk memperbanyakkan penggunaan tenaga boleh baharu dengan sasaran 10% jumlah kegunaan tenaga menjelang tahun 2010 dan 30% menjelang tahun 2050 13 .302 bilion) pada tahun 2007 dan bertumbuh 16. menurut Laporan Hurun.Jumlah penduduk kelas menengahnya (pendapatan tahunan sekurang-kurangnya AS$5.921 bilion yuan (AS$1. pertumbuhan RRC tidak seimbang apabila dibandingkannya kawasan geografi berbeza serta kawasan luar bandar dan bandar. kerana menggunakan 20%–100% lebih tenaga berbanding negara-negara OECD untuk kebanyakan proses industri.

menyimpan rambut dalam bentuk tocheng berasal daripada praktis Bangsa Manchu yang memerintah pada era Dinasti Qing. terdapat pelbagai bangsa yang wujud dan kemudiannya diasmilisasikan kedalam Bangsa Han atau terus lenyap tampa meninggalkan sebarang kesan. Sebagai tindak balas terhadap masalah ini. 14 . Dengan populasi dunia kesemuanya dianggarkan merupakan sebanyak 7. yang secara amnya dikenali sebagai Dasar seorang anak untuk sekeluarga. Bangsa-bangsa asing yang lain juga telah membantu membentuk identiti Han dari bahasa dan budaya.2. Sepanjang sejarah China. Kerajaan Republik Rakyat China mengiktiraf sebanyak 56 etnik. Jumlah penduduk China adalah 1. sepagai contoh. Bangsa Han kemudiannya mengalami lebihan populasi. China merupakan rumah kepada lebih kurang 20% daripada manusia di dunia ini. Terminologi Zhonghua Minzu merujuk kepada semua rakyat China tampa mengira etnik mereka. kerajaan PRC menjadikan satu polisi kawalan kelahiran. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan bahasa sehinggakan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsabangsa lebih kecil kedalam bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Kurangkan kawalan jumlah kelahiran dan promosi penambahan penduduk semasa era pemerintahan Mao Zedong mewujudkan letupan demografi yang mewujudkan sebanyak 1.4 Kepelbagaian kaum di China Lebih daripada seratus etnik wujud di China. dengan yang terbesar merupakan Bangsa Han.3 bilion. ramai di dalam identiti Han ini telah mengekalkan ciri-ciri bahasa dan budaya mereka yang tersendiri.3 bilion penduduk pada hari ini.2 bilion.Bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar. Pada masa yang sama. Walau bagaimanapun.

jadi ia masih difahami oleh sesetengah individu China. ia masih merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah menengah China. Satu lagi standard tulisan adalah Bahasa Cina Klasik yang digunakan untuk menulis bahasa China oleh para sasterawan semenjak beribu tahun lamanya sebelum abad ke 20-an. dan diklasifikasikan oleh para guru bahasa sebagai bahasabahasa berlainan. iaitu bahasa bercakapan standard dari segi tatabahasa dan jumlah perkataan. kendatipun.0 Konflik Etnik Dan Peristiwa Insiden melibatkan kaum Han yang merupakan penduduk majoriti China dengan etnik Uighur.Bangsa Han bercakap dengan lidah yang tidak dapat difahami antara satu sama sendiri mereka. dialek lain biasanya tidak ditulis. yang ada masa dituliskan dalam keadaan tidak formal. Selain daripada bahasa piawai iaitu Mandarin. satu pengecualian adalah dialek Kantonis. rakyat minoriti beragama Islam yang merupakan penduduk asal Xinjiang itu 15 . tetapi dianggap sebagai pelbagai "dialek" atau "bahasa domestik" oleh bangsa-bangsa Cina itu sendiri. 3. Dialek-dialek ini berkongsi satu cara tulisan standard yang dikenali sebagai "Tulisan Cina Vernakular" atau "baihua" yang dipakai semenjak abad ke 20-an dan berasaskan Bahasa Mandarin Baku. Cara ini tidak lagi digunapakai semenjak abad ke 20-an.

0 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Konflik 'Conflict over interest' wujud kerana datangnya puak baru yang mahu memecah monopoli atau tradisi pemilikan oleh sesuatu puak yang asal. Demonstrasi pada 5 Julai di bandar Urumqi itu menjadi ganas apabila orang ramai enggan bersurai. sehingga membawa penangkapan 1. Bagaimanapun sehingga ke hari ini pertempuran-pertempuran kecil masih berlaku dan ia dijangka berterusan untuk satu jangka masa yang panjang kerana rasa tidak percaya antara Han dan Uighur yang semakin menebal. Inilah cabaran negara 16 . Konfrontasi awal dengan polis akhirnya didakwa bertukar kepada serangan terhadap Han yang dua hari kemudian menyaksikan Han dan Uighur menyelesaikan pergeseran antara mereka di jalan raya. namun ia gagal dibuktikan.telah mengorbankan 192 nyawa. Rusuhan berlaku beberapa selepas kematian dua pekerja Uighur di sebuah kilang mainan di wilayah Guangdong pada 25 Jun lalu berikutan khabar angin berlaku kes rogol melibatkan lelaki Uighur dan pekerja wanita Han.434 orang. 4. Berita tersebut sampai ke Xinjiang dan membuatkan penduduk Uighur tidak berpuas hati dan seterus menjalankan demonstrasi menuntut penyiasatan mendalam dilaksanakan terhadap insiden itu.680 mangsa cedera dalam konflik etnik terbesar sejak berdekad lamanya. selain 1.

Bilangan populasi Han yang semakin bertambah mewujudkan ketegangan kerana jumlah mereka hanyalah enam peratus pada 1949 namun berkembang kepada 40 peratus sekarang. Layanan tidak sama rata dan lebih memihak kepada etnik Han dalam segala 17 . Xinjiang merupakan sebahagian daripada 'Jalan Sutera'. Menurut sejarah. Ia menjadi sebahagian daripada China dalam dinasti terakhir pada abad ke-19. Kazakhstan. Ekonomi secara tradisi di sini adalah perdagangan. Penguasaan sepenuhnya menjadikan kerajaan China sebagai pemilik tunggal pengeluaran ini dan mengabaikan kebajikan etnik Uighur yang telah tlibat dalam pengeluaran ini secara tradisi. penanaman gandum dan penternakan biri-biri ditambah dengan tanaman kapas. China melalui etnik Han mahu menguasai Xinjiang kerana industri dan rakyat China memerlukan minyak dan hasil galian untuk mengembangkan ekonomi dan menampung keperluan bahan api. Afghanistan. Rusia dan Mongolia dengan populasi seramai 20 juta orang. laluan perdagangan yang membawa sutera China ke Asia Barat dan Eropah. bit gula dan galian seperti minyak dan gas yang merupakan sebahagian besar daripada ekonomi China yang bernilai AS$61 bilion (RM218 bilion). Kyrgyzstan.yang mempunyai kepelbagaian etnik. Xinjiang sebenarnya adalah antara wilayah pedalaman yang paling terpencil di dunia yang dikelilingi padang pasir dan bersempadan dengan Pakistan. Perusahaan arang batu dijangka tidak akan mampu lagi menampung keperluan bahan api dan ia mencemarkan udara. itupun tidak mengira kebanjiran masuk berikutan keadaan ekonomi dan industri cari gali minyak yang pesat. Lapan juta daripada adalah Uighur yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Turki sebagai bahasa pengantara sekali gus menjadikan mereka majoriti di Xinjiang.

Dari sudut ekonominya.hal terutama melibatkan politik dan ekonomi. Polisi kerajaan yang mahu melupuskan penggunaan bahasa minoriti atas alasan perpaduan menyebabkan etnik Uighur berasa dipinggirkan. dilihat sebagai satu penindasan dalam usahanya memupuk semangat kebangsaan. 5. meruntuhkan madrasah tidak berdaftar dan melarang pelajar universiti serta kanakkanak dari menyertai aktiviti keagamaan. Majoriti penduduk Uighur yang miskin juga tidak mampu membayar yuran persekolahan menyebabkan mereka semakin ketinggalan. penduduk Uighur sangat jauh ketinggalan berbanding etnik Han. Etnik Uighur juga terpaksa 18 .0 Kesan Konflik Ke Atas Sektor Politik. Kadar kemiskinan di kalangan penduduk Uighur juga lebih tinggi. Ekonomi Dan Sosial Negara Tersebut. Kerajaan komunis mengekang kebebasan beragama selain melantik imam dan ulama. baik dari dalam sistem pendidikan sehinggalah kepada pasaran kerja. Ini dibuktikan apabila pihak berkuasa masih menutup masjid dan tidak membenarkan penduduk Uighur menunaikan solat Jumaat dua minggu lalu atas alasan ia akan dijadikan tempat memulakan rusuhan dan kekecohan.

Xinjiang pada dasarnya memang sudah diberikan status autonomi. Ia banyak membabitkan tanah-tanah pertanian dan kawasan penternakan milik penduduk Uighur yang majoritinya merupakan petani dan penggembala. Perkara inilah yang ditakuti penduduk Uighur kerana mereka tidak pasti di manakah kedudukan mereka di dalam rancangan pembangunan itu. Penduduk Xinjiang 19 . 6. status autonomi dan keistimewaan yang diberikan terhadap Xianjiang itu langsung tidak memanfaatkan penduduk Uighur. Ini kerana kuasa yang lebih besar terletak di tangan Setiausaha Agung Parti Komunis China wilayah iaitu Wang Lequan yang merupakan seorang etnik Han. mereka berasa ditindas apabila golongan cerdik pandai tidak mendapat layanan dan diberi tempat yang sewajarnya dalam tingkat sosial di Xinjiang. status autonomi itu tidak jelas dan tidak diberikan sepenuhnya memandangkan masih dikawal oleh kerajaan China. Mereka juga tidak pernah menaruh harapan yang tinggi terhadap Gabenor Xinjiang meskipun beliau dipilih daripada etnik Uighur. Malah. Wilayah itu merupakan wilayah istimewa bagi etnik Uighur. Kerana itu juga. Antara penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan memberikan status autonomi dalam erti kata yang sebenar kepada wilayah itu.0 Kesimpulan Dalam erti kata yang lain. Namun. Dasar pembangunan di Xinjiang juga secara beransur-ansur menyaksikan pembukaan tanah untuk industri dan perlombongan terutamanya minyak. etnik Uighur melihat dasar Go West sebenarnya menindas mereka dan hanya menguntungkan etnik Han.bersaing dengan kaum Han untuk mendapatkan pekerjaan.

http://ibnu-kathir. Kerajaan China perlu membuang imej pengganas dan memberi kepercayaan kepada pemimpin Uighur untuk bersama-sama dalam kerancakan pembangunan negara itu.htm 3.htm 20 .wikipedia.0 Rujukan 1.com/feeds/posts/default?orderby=updated 2.utusan. Dalam masa yang sama. Selagi isu-isu ini tidak diselesaikan dengan baik masalah Xinjiang ini akan menjadi momokan kepada China sampai bila-bila.my/utusan/info.com.utusan.my/utusan/info. http://www.boleh menentukan hala tuju wilayah mereka sendiri dan membangunkan wilayah berkenaan seiring dengan wilayah China yang lain.blogspot. Mungkin resipi Malaysia dalam memupuk perpaduan dapat digunakan Beijing dalam usaha mengekalkan keharmonian yang menghimpunkan pelbagai bangsa tanpa menyekat kebebasan beragama dan budaya masing-masing.asp? y=2009&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=l u_03. http://www.org/wiki/China 4. pembelaan dan masa depan. http://ms.com. 7.asp? y=2009&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=l u_11. keadilan. Hak berbahasa dan beribadat yang dijamin oleh Beijing juga perlu diberikan kepada penduduk Uighur. kerajaan China perlu lebih adil dalam merencana pembangunan ekonomi di Xinjiang supaya dapat dimanfaatkan oleh semua kaum. Isu di Xinjiang adalah berkaitan dengan isu-isu kepercayaan.

http://pureideas76.com/ 6.5.blogspot. http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_China 21 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful