You are on page 1of 2

Zaman sekarang menjadi perkara biasa apabila bayi yang lahir mengalami masalah

kuning.

Faktor yang menyebabkan kuning kerap kali dibincangkan kerana pemakanan ibu yang
mengandungi bahan kimia, ada yang menyatakan persekitaran kurang menyihatkan
dengan habuk yang menyebabkan kuning dan banyak lagi.

Terdapat banyak petua yang selalu diamalkan oleh orang dahulu untuk mengubati kuning.
Cara yang paling popular ialah dengan menjemur di mentari pagi iaitu pada jam 7.00 pagi
- 9.00 pagi selama 20 – 30 minit.

Mata bayi ditutup dengan tuala kecil bagi mengelakkan terkena silauan cahaya.

Susu ibu mempunyai antibodi yang paling bagus untuk melawan sakit kuning. Ibu harus
menyusu bayi setiap 2 jam, tujuannya supaya bayi membuang air besar, maka kuning
tersebut keluar bersama najis bayi.

Ibu bersalin harus mengambil secawan susu kambing setiap hari selama beberapa hari. Ini
dipercayai akan mengurangkan kadar kuning bayi apabila bayi menyusu.

Satu lagi cara adalah dengan memandikan bayi setiap pagi dan petang dengan Rebusan
Air Herba.

Ramai kini tidak tahu bahawa terdapat beberapa daun herba yang amat mujarab bagi
mencegah kuning bayi. Sememangnya ianya tidak mudah didapati namum Shadira Post
Natal & Beauty House telah memproses herba ini dan di punjutkan bagi memudahkan
kerja merebus dan memandikan bayi yang mendapat kuning. Insyallah ianya selamat dan
berkesan!. Di antara herba yang menjadi campuran mandian ini adalah Biji Keranda,
Daun Inai, Daun Semambu, Daun Belimbing Buluh dan Dukung Anak.

The Herbal Bath for Baby's with Jaundice.

You might also like