Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara µPartikal Integration¶ sahaja.

Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangaat penting dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif. Pada tahun 2006 sebagai tahun permulaan, Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara µPartikal Inclusion¶. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini.

1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru -guru kelas normal yang
akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.

2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikuti
Program Pendidikan Inklusif.

3. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal. 4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik
darjah biasa.

5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan kanak-kanak khas ini.

7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas. 8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti
sesi P&P di dalam kelas normal.

9. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan. 10. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkatperingkat.

Filed under: Uncategorized

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful