BAHAGIAN A : KEMAHIRAN
Unit 1: Kedudukan
Unit 2: Arah
Unit 3: Skala
Unit 4: Graf
Unit 5: Rajah
Unit 6: Peta
SUB TAJUK :
1. Objektif
2. Mengenal Latitud
3. Mengenal Longitud
4. Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud
Dan Longitud
5. Mengira Waktu Tempatan
6. Waktu Piawai
7. Rumusan
1. OBJEKTIF
• Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas
dan glob.
• Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari
yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan.
• Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau Selatan.
• Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U manakala di
Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S.
• Garis-garis lintang yang utama ialah:
i. GarisanKhatulistiwa ( 0° )
ii. Garisan Sartan ( 23½°U )
iii. Garisan Artik ( 66½°U )
iv. Garisan Jadi ( 23½°S )
v. Garisan Antartik ( 66½°S )
vi. Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan
membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan
hemisfera selatan.
3. MENGENAL LONGITUD / GARIS BUJUR / MERIDIAN
• Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub
selatan.
• Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan.
• Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah
separuh lilitan bumi.
• Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich,
London diberi nilai 0°.
• Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal.
Terdapat sebanyak 360° garis longitud.
• Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T
hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi
nilai 1°B hingga 180°B.
• Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah
garisan yang sama.
• Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).
Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu
tempatan di:
• Bombay ( 73°T )
• Buenos Aires ( 58°B)
Langkah-langkah
• Cari perbezaan garis longitud = 73°- 0° = 73°
• Cari perbezaan masa = 73 ÷15 = 4 jam 52 minit
• Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
2. Waktu di Buenos Aires ( 58°B )
Langkah-langkah
• Cari perbezaan garis longitud = 58° - 0° = 58°
• Cari perbezaan masa = 58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
• Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam
6. WAKTU PIAWAI
2.1 . Objektif
2.2 . Pengenalan
2.3 . Mengukur Bearing Dengan Menggunakan Jangka Sudut
2.4 . Contoh Pengiraan Bearing
2.5 . Rumusan
2.1 OBJEKTIF
.
2.2 PENGENALAN
.
• Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah.
• Ia diukur dengan kiraan darjah (°).
• Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:
2. Bearing Sukuan
• Bearing sukuan, kiraan dan bacaan diasaskan pada arah utara dan selatan.
Oleh itu, arah mata angin utara dan selatan ditandakan 0°. Arah mata
angin timur dan barat ditandakan 90°.
2.5. RUMUSAN
UNIT 3 SKALA
SUB TAJUK :
3.1: Objektif
3.2: Pengenalan
3.3: Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus
3.4: Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar
3.5: Menukar Jarak Di Lapangan Kepada Jarak Pada Peta
3.6: Rumusan
3.1 OBJEKTIF
• Mengukur jarak antara dua tempat di atas peta dengan menggunakan skala lurus
.
• Menukar jarak di atas peta kepada jarak sebenar dengan menggunakan skala
lurus.
• Menukar jarak di atas lapangan kepada jarak sebenar dengan menggunakan
skala lurus.
3.2 PENGENALAN
• Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di
atas permukaan bumi.
• Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada
peta.
• Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu :
1. Skala lurus
2. Skala penyata
3. Pecahan wakilan
• Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya
dalam satu garisan lurus.
• Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil
supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.
• Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan
pembaris.
• Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm).
• Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan.
• Contohnya:
1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nomborpada sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan
pembaris pada skala lurus di bawah peta.
5. Berdasarkan skala lurusitu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan
sekolah ialah 4.5 km.
• Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta
masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.
• Berpandukan skala lurus, anda boleh menukar jarak di lapangan kepada jarak di
atas peta.
• Dengan cara itu, anda boleh melukis pelan atau peta sesebuah tempat.
• Lihat Rajah di atas, Jarak jalan raya antara Kampung Jong dengan Kampung
Pahat ialah 5.5 kilometer. Berapakah jarak jalan raya ini dalam peta?
• Anda boleh mengira jarak jalan raya ini dalam peta berpandukan skala lurus
terpilih:
• Dengan cara yang sama, tukar jarak sebenar tempat-tempat berikut kepada
jarak dalam peta. Gunakan skala lurus di atas.
1. Jarak sekolah dari Kampung Jong
2. Jarak rumah Devi dari Kampung Jong
3. Jarak Kampung Plang dari Kampung Jong
• Setelah menukar jarak sebenar kepada jarak dalam peta, anda boleh melukis
peta atau pelan untuk menunjukkan kedudukan tempat-tempat berkenaan.
• Lihat contoh di bawah.
3.6 RUMUSAN
UNIT 4 GRAF
SUB TAJUK :
4.1: Objektif
4.2: Pengenalan
4.3: Graf Bar Berganda
4.4: Graf Garisan Berganda
4.5: Rumusan
4.1 OBJEKTIF
4.2 PENGENALAN
• Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel
(pemboleh ubah) dengan variabel yang lain.
• Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat.
• Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf
bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmuk
• Dalam bab ini, anda akan mempelajari
1. Graf bar berganda : iaitu graf yang terdiri daripada beberapa pasangan
atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan.
2. Graf garisan berganda : iaitu graf yang terdiri daripada dua atau lebih
garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan titik-titik yang ditandakan
dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang berlainan.
4.5 RUMUSN
UNIT 5 RAJAH
SUB TAJUK:
5.1: Objektif
5.2: Pengenalan
5.3: Rajah Kitaran
5.4: Peta Minda
5.5: Rumusan
5.1 OBJEKTIF
5.2 PENGENALAN
• Rajah kitaran menunjukkan gambaran yang boleh disusun menjadi sebuah kitaran
yang lengkap.
• Bahagian-bahagian dalam rajah kitaran disusun dari peringkat awal sehingga
peringkat akhir.
• Setiap bahagian dikaitkan dengan bahagian seterusnya melalui anak panah.
Penerangan yang ringkas perlu ditulis di setiap bahagian dalam rajah.
• Proses pertanian : seperti proses pengeluaran padi, getah dan kelapa sawit.
• Proses perkilangan : seperti memasang kereta, membuat tayar dan membuat
minuman botol.
• Proses fizikal : seperti hujan bukit, bayu darat, bayu laut dan aliran sungai.
5.5 RUMUSAN
UNIT 6 PETA
SUB TAJUK:
6.1: Objektif
6.2: Pengenalan
6.3: Mengenal Ciri Fizikal Dan Ciri Budaya Pada Peta Bergambar
6.4: Mentafsirkan Peta Bergambar
6.5: Rumusan
6.1 OBJEKTIF
6.2 PENGENALAN
• Peta bergambar merupakan peta yang mengandungi simbol bergambar, simbol
huruf atau simbol angka.
• Simbol-simbol ini menunjukkan kedudukan atau taburan ciri geografi dalam peta.
Biasanya, simbol-simbol ini digunakan dalam peta pelancongan.
• Ciri fizikal merujuk kepada ciri semula jadi seperti pantai, sungai, gua, bukit,
hutan dan air terjun.
• Ciri budaya merujuk kepada ciri buatan manusia seperti petempatan, bangunan,
jambatan, tempat bersejarah, kemudahan penginapan dan tasik buatan manusia.
6.5 RUMUSAN
TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK
7.1 : Objektif
7.2 : Pengenalan
7.3 : Taburan Penduduk Negara Malaysia
7.4 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara
Malaysia
• Bentuk Muka Bumi Dan Tanih
• Dasar Kerajaan / Governan
• Pengangkutan Dan Perhubungan
• Kegiatan Sosio-Ekonomi
• Sumber Mineral
• Perkhidmatan Dan Pendidikan
7.5 : Rumusan
7.1 OBJEKTIF
7.2 PENGENALAN
• Jumlah penduduk di Malaysia berdasarkan Banci 2000 ialah 23.27 juta orang.
• Sejumlah 79.7% orang tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% tinggal di Sabah,
dan 8.9% tinggal di Sarawak.
• Selangor merupakan negeri yang mempunyai penduduk paling ramai (4.19 juta),
diikuti oleh Johor (2.74 juta), dan Sabah (2.60 juta).
• Negeri yang paling sedikit penduduk ialah Perlis (0.20 juta).
• Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata dan dapat dibahagikan kepada
kawasan padat, sederhana padat, dan jarang.
4. Sosio Ekonomi
• Kawasan penanaman padi - Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan
Dataran Terengganu
• Kawasan penanaman getah - Sekitar Seremban dan Lahad Datu
• Kawasan penanaman kelapa sawit - Sekitar Kluang, Kuala Pilah, dan Tawau
• Kawasan perniagaan dan perindustrian - Shah Alam, Petaling jaya, Pasir
Gudang, Bayan Lepas, Bintulu
5. Sumber Mineral
• Perlombongan bijih timah - Lembah Kinta
• Perlombongan petroleum dan gas asli
• Kerteh, Lutong, Port Dickson menjadi pusat penapisan petroleum
• Bintulu menjadi pusat pencairan gas asli
7.5 RUMUSAN
8.1 : Objektif
8.2 : Pengenalan
8.3 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Malaysia
• Kadar Kelahiran
• Kadar Kematian
• Migrasi
8.4 : Perubahan Penduduk Malaysia Pada Masa Depan
8.5 : Rumusan
8.1 OBJEKTIF
8.2 PENGENALAN
2. Kadar Kematian
i. Kemudahan perubatan
ii. Dasar kerajaan (kawalan penyakit)
iii. Bekalan makanan
iv. Peningkatan dalam larat pendidikan dan program kesihatan
v. Bencana alam
vi. Keadaan politik
3. Migrasi
• Migrasi ialah perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain
dengan tujuan menetap secara tetap atau sementara.
• Terdapat dua jenis migrasi, iaitu :
1. Migrasi dalaman
2. Migrasi antarabangsa
• Kawasan yang penduduknya berpindah keluar akan mengalami pengurangan
penduduk.
• Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan
penduduk.
• Berikut merupakan faktor tolakan dan faktor tarikan yang mempengaruhi migrasi.
• Kadar kelahiran menurun daripada 28 orang bagi setiap 1000 penduduk pada
tahun 1990 kepada 23.5 orang pada tahun 2001.
• Kadar kematian menurun daripada 4.6 orang bagi setiap 1000 penduduk pada
tahun 1990 kepada 4.4 orang pada tahun 2001.
Langkah-langkah
• Galakan pada pasangan suami isteri supaya mempunyai keluarga besar.
• Menggunakan robot dan jentera di kilang.
• Perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyak.
• Meningkatkan usia persaraan.
• Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi.
8.5 RUMUSAN
SUB TAJUK:
9.1 : Objektif
9.2 : Pengenalan
9.3 : Pola Migrasi Penduduk Negara Malaysia
9.4 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Dari Luar Bandar Ke Bandar
9.5 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Dari Luar Bandar Ke Luar Bandar
9.6 : Rumusan
9.1 OBJEKTIF
9.2 PENGENALAN
• Dalam unit ini, tumpuan kita hanyalah pada migrasi luar bandar ke bandar dan
migrasi luar bandar ke luar bandar.
9.6 RUMUSN
TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK
UNIT 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR
SUB TAJUK:
10.1 : Objektif
10.2 : Pengenalan
10.3 : Kesan Perubahan Penduduk
• Terhadap Penerokaan Sumber Tanih
• Terhadap Penerokaan Sumber Hutan
• Terhadap Sumber Air
10.4 : Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang
10.5 : Rumusan
10. OBJEKTIF
1
10. PENGENALAN
2
Tanih gambut
• Ditanam nanas di Pekan Nanas,
Simpang Renggam, dan Labis
Tanih pasir
• Ditanam kelapa (sekitar Bagan
Datuk, Sabak Bernam, Tumpat,
Pasir Putih)
Sumber tanih:
• Kawasan tidak subur dibaja dengan baja kimia
• Kawasan paya ditebus guna untuk penanaman padi - Sungai Manik, Perak dan Paya
Besar, Pahang.
• Bekas lombong dan kawasan paya ditebus guna dan dijadikan kawasan pertanian -
Lembah Kinta, Ipoh di Perak
• Kawasan bekas lombong dibina taman tema dan dijadikan destinasi pelancongan -
Sunway Lagoon, Desa Waterpark
• Kawasan lombong dijadikan tapak perumahan - Rawang, Puchong, Bandar Sunway di
Selangor
• Menambak kawasan laut - Bandar Hilir, Melaka
• Penanaman berteres dan secara hidroponik
• Penggunaan teknik pertanian yang moden, iaitu menggunakan benih bermutu tinggi, baja
kimia, dan racun serangga
• Hakisan tanih dapat dikurangkan dengan
i. membaiki sistem perparitan
ii. menanam tanaman tutup bumi
Sumber hutan:
• Mewartakan hutan simpan dan taman negara untuk melindungi tumbuh-tumbuhan
semula jadi dan hidupan liar - Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Sepilok, Hutan
Simpan Endau-Rompin, Taman Negara Banjaran Crocker, dan Taman Negara Bako.
• Projek ladang hutan - Bukit Tinggi, Pahang (untuk memastikan bekalan balak masa
depan berterusan)
• Ladang jati diwujudkan di Perlis dan Kedah bagi menghasilkan kayu bermutu tinggi
• Bekas lombong ditebus guna dan ditanam pokok akasia – Batang Berjuntai, Selangor
• Rawatan silvikultur - pokok-pokok berharga dibiarkan tumbuh manakala pokok-pokok
tidak bernilai ditebang
• FRIM menjalankan penyelidikan untuk menentukan spesies pokok-pokok cepat tumbuh
dan bermutu seperti akasia, batai, dan sesenduk
• Menguatkuasakan undang-undang - Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 1993)
dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1985) untuk mengawal pembalakan haram
• Kempen kesedaran dan kitar semula - Persatuan Pencinta Alam (MNS)
Sumber air:
• Kawasan tadahan hujan dipelihara, iaitu tidak membenarkan kawasan hutan di tempat ini
ditebang
• Mengawal kualiti air sungai dengan membersihkan dan mendalamkan sungai serta
mendenda kilang yang mencemarkan sungai
• Kempen kesedaran - kempen "Cintailah Sungai Kita"
• Memastikan sistem saluran air bersih ke rumah dan kilang teratur
• Menguatkuasakan undang-undang - Akta Kawalan Pencemaran Air
• Penerokaan air bawah tanah oleh Jabatan Kajian Geologi
10. RUMUSAN
1
SUB TAJUK:
11.1 : Objektif
11.2 : Pengenalan
11.3 : Ciri-ciri Penduduk Berlebihan
11.4 : Kesan Penduduk Berlebihan
11.5 : Ciri Kurangan Penduduk
11.6 : Kesan Kurangan Penduduk
11.7 : Rumusan
11. OBJEKTIF
1
11. PENGENALAN
2
1. Kekurangan makanan
• Negara-negara yang penduduk berlebihan mengalami masalah kekurangan makanan
kerana tanah yang boleh digunakan untuk menjalankan pertanian adalah terhad.
• Contohnya, negara Ethiopia mengalami kemarau yang berpanjangan menyebabkan
kegiatan pertanian tidak dapat diusahakan.
• Oleh itu, bekalan makanan yang ada tidak cukup untuk keperluan penduduk.
3. Kekurangan pekerjaan
• Penduduk berlebihan di sesuatu kawasan menyebabkan ramai penduduk berkongsi sedikit
peluang pekerjaan.
• Oleh itu, penduduk yang tidak kenal huruf akan mengalami masalah pengangguran dan
sukar mendapatkan pekerjaan.
• Contohnya, bidang perindustrian yang kurang maju di Bangladesh hanya
menyumbangkan sedikit peluang pekerjaan kepada penduduk.
4. Kekurangan pendidikan
• Penduduk berlebihan di sesebuah negara menyebabkan ramai kanak-kanak tidak
berpeluang untuk mendapatkan pendidikan.
• Kebanyakan negara miskin seperti Ethiopia, India dan Bangladesh mempunyai anak yang
ramai dalam satu keluarga dan mereka tidak mampu pergi ke sekolah kerana faktor
kemiskinan.
• Keadaan ini menyebabkan kadar kenal huruf rendah dan kanak-kanak terpaksa bekerja
sebagai buruh kasar untuk membantu keluarga.
5. Kekurangan perubatan
• Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan tidak mempunyai kemudahan
perubatan yang baik kerana terlalu ramai penduduk menggunakan sedikit perkhidmatan
perubatan.
• Oleh itu, wabak penyakit senang merebak dan boleh menyebabkan kematian. Contohnya,
di Bangladesh terdapat 1 orang doktor untuk merawat 4 759 orang pesakit.
6. Jangka hayat pendek
• Negara penduduk berlebihan mempunyai amalan pemakanan yang kurang berkhasiat dan
kebuluran.
• Oleh itu, jangka hayat penduduk akan menjadi semakin pendek. Contohnya, purata
jangka hayat penduduk Bangladesh ialah 58 tahun.
3. Lebihan makanan
• Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai tanah yang luas dan teknik
pertanian moden yang canggih untuk menghasilkan tanaman makanan yang
banyak, lebih berkhasiat dan seimbang.
11. RUMUSAN
1
TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN NYA
UNIT 12 PETEMPATAN
SUB TAJUK:
12.1 : Objektif
12.2 : Pengenalan
12.3 : Sejarah Petempatan Awal
12.4 : Petempatan Awal Di Malaysia
12.5 : Jenis Petempatan Di Malaysia
15.6 : Petempatan Luar Bandar Dan Faktor Penentu Tapak
12.7 : Pola Petempatan
12.8 : Fungsi Petempatan Luar Bandar
12.9 : Rumusan
12. OBJEKTIF
1
12. PENGENALAN
2
• Gua, muara sungai, dan tepi laut merupakan petempatan awal di Malaysia.
• Gua menjadi pilihan petempatan awal kerana terlindung daripada serangan
musuh, binatang buas, dan cuaca buruk.
• Contoh kawasan gua ialah Gua Niah (Sarawak) dan Gua Kota Tampan di
Lenggong (Perak)
• Faktor-faktor yang menggalakkan petempatan awal di lembangan sungai
ialah:
a) Kawasan rata yang subur dan tanih aluvium
b) Sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan ke
kawasan pertanian
c) Sungai membekalkan sumber makanan seperti ikan, udang, dan ketam
d) Sungai menyediakan jalan pengangkutan untuk pergerakan penduduk,
perniagaan, dan perdagangan
e) Terlindung daripada ancaman binatang buas
• Muara sungai menjadi petempatan awal disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
a) Tanah pamah dan tanih aluvium yang subur untuk pertanian.
b) Mudah memperoleh bekalan air
c) Sungai membekalkan sumber makanan
d) Sungai menyediakan jalan pengangkutan mudah dan utama
• Kawasan muara sungai yang menjadi petempatan awal ialah Melaka (Sungai
Melaka), Lembah Bujang (Sungai Merbok), dan Kerajaan Johor-Riau
(Sungai Johor).
• Kawasan pantai juga menjadi kawasan petempatan awal kerana laut merupakan
salah satu jalan pengangkutan utama.
Faktor Huraian
• Kawasan tanah pamah - Memudahkan pembinaan
petempatan dan penanaman padi . Contoh: Dataran
Kedah, Sungai Manik
Bentuk muka • Kawasan beralun - Sesuai untuk penanaman getah,
bumi kelapa sawit, dan nanas. Contoh: Dataran pantai barat
SemenanjungMalaysia
• Lembah di kawasan tanah tinggi - Sesuai untuk
tanaman hawa sederhana. Contoh: Nalapak di Sabah
• Untuk kegunaan harian, mengairi kawasan tanaman,
Sumber air dan aktiviti menangkap ikan.
• Contoh: Sungai Perak, Sungai Kelantan
• Dataran sungai yang kaya dengan tanih aluvium yang
Tanih kaya dengan tanih aluvium untuk penanaman padi
• Contoh: Dataran Sungai Rajang
• Pertanian, perikanan, perlombongan
Kegiatan ekonomi
• Contoh: Kuala Sedili, Mukah, Kuala Besut
• Berhampiran dengan jalan raya, sepanjang pinggir pantai,
dan sungai
Ketersampaian • Contoh: Kampung Merang di Terengganu menghadap
Laut China Selatan, Sungai Rajang dapat dimudiki
hingga ke Kapit
• Pembukaan tanah oleh FELDA
Dasar kerajaan • Contoh: Felda Jengka di Pahang, Felda Air Tawar di
Kota Tinggi
12. POLA PETEMPATAN
7
• Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang
tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.
• Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.
• Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.
• Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.
FUNGSI HURAIAN
• Pertanian dan perikanan : Contoh petempatan luar bandar yang
bertungsi sebagai pusat pengeluar hasil pertanian dan perikanan
ialah Dataran Kedah-Perlis, Tanah Tinggi Cameron, dan Dataran
Kelantan
• Industri kecil : Contoh petempatan luar bandar yang menjalankan
industri kecil ialah Kampung Bahagian, Air Hitam, Pulau
Fungsi
Pangkor
Ekonomi
• Pembalakan : Contoh petempatan luar bandar yang bertungsi
sebagai pengeluar sumber hutan ialah Sabah dan Sarawak
• Rekreasi dan pelancongan : Contoh petempatan luar bandar yang
menjalankan aktiviti agropelancongan ialah Taman Agro Sungai
Udang dan Taman Agro Selandar
• Perniagaan kecil-kecilan : Contohnya kedai runcit
UNIT 13 PEMBANDARAN
SUB TAJUK:
13.1 : Objektif
13.2 : Pengenalan
13.3 : Trend Pembandaran Di Negara Malaysia
13.4 : Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran Di Negara Malaysia
13.5 : Fungsi Petempatan Bandar
13.6 : Kesan Pembandaran Di Malaysia
13.7 : Masalah Pembandaran Di Bangkok, Thailand
13.8 : Masalah Pembandaran Di Tokyo, Jepun
13.9 : Langkah Untuk Menyelesaikan Masalah Pembandaran Di Malaysia
13.10 : Rumusan
13. OBJEKTIF
1
13. PENGENALAN
2
1. Dasar kerajaan
• Kerajaan membuka beberapa zon industri, seperti zon industri ringan di Kepong,
Zon Perdagangan Bebas di Petaling Jaya, Bayan Lepas, dan Pasir Gudang.
• Bandar-bandar baru yang berkembang sebagai bandar perindustrian ialah Shah
Alam, Kerteh, Ayer Keroh, dan Senawang.
• Kawasan luar bandar dibangunkan seperti Rancangan Tanah Kerajaan di Pahang,
Negeri Sembilan, dan Sabah.
2. Taraf pendidikan semakin baik di bandar seperti di Bangi, Sintok, dan Skudai
3. Perkembangan jaringan jalan raya yang baik di bandar-bandar besar seperti bas,
teksi, LRT, dan Monorel.
5. Sumber mineral - penerokaan sumber mineral seperti petroleum, gas asli dan bijih
timah telah membangunkan bandar-bandar seperti Miri dan Kerteh.
1. Pusat pentadbiran
• Bandar besar menjadi ibu kota seperti Kuantan, Georgetown, Ipoh, Kuala
Terengganu, Johor Bahru, Kota Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu.
• Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
2. Pusat perindustrian
• Kerajaan telah membuka dan memajukan banyak kawasan industri melalui
Dasar Perindustrian Negara.
• Kawasan ini membekalkan banyak peluang pekerjaan.
4. Pusat pendidikan
• Terdapat pelbagai jenis institusi pendidikan tinggi di bandar seperti:
a) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
b) Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
c) Universiti Malaya, Kuala Lumpur
6. Pusat pelancongan
• Kuala Lumpur - Muzium Negara, Zoo Negara, Pasar Seni
• Melaka - Kota A Famosa, Stadhuys, Gereja St. Paul
• Pulau Langkawi - Pulau bebas cukai, tempat bersejarah
2. Pencemaran
• Jumlah kenderaan yang semakin bertambah di bandar telah menyebabkan
pencemaran udara.
• Pelepasan gas-gas bertoksik seperti karbon dioksida, sulfur oksida, karbon
monoksida, dan oksida nitrogen telah mencemarkan udara dan menyebabkan
berlakunya hujan asid dan masalah pulau haba.
• Pertambahan kawasan perindustrian juga menyebabkan pencemaran udara dan air.
Pembuangan sisa kilang dan udara kotor telah mencemarkan air sungai dan udara.
• Pertambahan penduduk juga mendatangkan isu pencemaran. Pembuangan sampah
sarap yang tidak terkawal telah mencemarkan sungai.
3. Banjir kilat
• Banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh bangunan
konkrit dan jalan raya yang berturap.
• Apabila hujan turun, air larian permukaan tidak dapat diserap ke dalam tanah
kerana dihalang oleh jalan raya yang berturap.
• Keadaan ini menyebabkan banjir kilat berlaku, Sistem perparitan dalam bandar
yang kurang sempurna telah memburukkan lagi masalah ini.
• Bangkok ialah ibu negara dan bandar yang terbesar di Thailand. Jumlah penduduk di
Bangkok ialah kira-kira 5 juta orang.
• Bangkok merupakan bandar primat diThailand. Fungsi Bandar Bangkok ialah
sebagai pusat pentadbiran, pusat perdagangan dan perniagaan, pusat
pengangkutan, pusat pengumpulan, dan pusat pelancongan.
a) Peluang pekerjaan yang banyak telah wujud hasil daripada pembukaan kawasan
perkilangan.
b) Kewujudan pelbagai kemudahan sosial seperti Hospital Besar Bangkok dan
Hospital Bumrungrad.
c) Sistem pengangkutan yang sempurna terdapat di Bangkok. Contohnya ialah
lebuh raya bertingkat, pengangkutan aliran ringan (LRT), serta terusan-terusan air
yang dikenal sebagai Klong.
d) Pembukaan kawasan pelancongan yang terkenal iaitu Safari World.
e) Peningkatan taraf hidup penduduk Bangkok.
a) Masalah kesesakan lalu lintas. Bangkok merupakan salah sebuah bandar yang
mengalami kesesakan lalu lintas yang paling serius di dunia.
b) Berlakunya masalah pencemaran air, udara, dan bunyi.
c) Kawasan setinggan bertambah akibat daripada kekurangan tempat tinggal.
Kesan-kesan negatif pembandaran yang dialami oleh Tokyo ialah seperti berikut:
a) Kesesakan lalu lintas
b) Kekurangan tempat tinggal
c) Pencemaran
2. Pencemaran
• Pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Contohnya ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985 (Pindaan). Akta ini
dibahagikan kepada: Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,
1977). Peraturan ini mengehadkan perlepasan asap kenderaan kepada 50 HDV.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih, 1978). Peraturan ini menghadkan
jarak antara kawasan industri dengan kawasan kediaman kepada 1000 meter.
• Kilang-kilang perlu memasang penapis dan meninggikan cerobong asap.
• Dendaan yang tinggi dikenakan terhadap sesiapa yang membebaskan sisa
buangan ke udara dan sungai.
• Pokok-pokok ditanam di bandar untuk tujuan penghijauan bandar. Penanaman
pokok dapat mengekalkan suhu sekeliling.
• Pencemaran air dapat dikurangkan dengan memasang perangkap sampah di
sungai.
• Selain itu, sistem rawatan air kumbahan yang sempuma dengan pembinaan loji
kumbahan perlu dijalankan.
3. Banjir kilat
• Masalah banjir kilat di bandar berpunca daripada kelemahan dalam sistem
perparitan dan saliran. Jadi taraf sistem perparitan dan saliran perlu dinaikkan.
• Selain itu, kerja-kerja mendalamkan sungai perlu dilakukan.
SUB TAJUK:
14.1 : Objektif
14.2 : Pengenalan
14.3 : Cara Pengangkutan Dan Perhubungan Awal
14.5 : Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal Pada Zaman Penjajahan
14.6 : Rumusan
14. OBJEKTIF
1
14. PENGENALAN
2
1. Jalan Darat
• Pada peringkat awal, lorong dan denai digunakan untuk kegunaan kereta lembu
dan kereta kuda.
• Kebanyakan jalan awal tertumpu di tepi sungai kerana kawasan ini rata jika
dibandingkan dengan kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan berhutan
tebal.
• Masyarakat menggunakan jalan darat untuk mencari hasil hutan.
2. Jalan Air
• Jenis pengangkutan ini sangat penting kerana tumpuan penduduk adalah di tepi
sungai.
• Jalan air penting untuk mengangkut penumpang dan mengangkut hasil pertanian.
• Perahu, rakit, dan jong digunakan untuk mengangkut barangan dan orang.
3. Perhubungan
1. Jalan Darat
• Semasa zaman penjajahan, tumpuan diberikan kepada jalan kereta api untuk
mengangkut bijih timah:
• Taiping ke Port Weld (landasan kereta api pertama)
• Seremban ke Port Dickson
• Kuala Lumpur ke Port Swettenham
• Tenom ke Jesselton (mengangkut hasil pertanian)
• Jalan raya dibina di kawasan pedalaman untuk mengangkut hasil pertanian atau
hasil perlombongan.
• Pembinaan lebih banyak jalan raya menyebabkan Iori dan bas diperkenalkan.
Kenderaan ini penting kerana dapat mengangkut barang pukal.
2. Jalan Air
3. Perhubungan
• Telegraf diperkenalkan (1876) dan talian telegraf dibina di sepanjang landasan
kereta api.
• Perkhidmatan pos yang pertama dibina di Pulau Pinang. Tujuan perkhidmatan pos
ialah pengendalian surat, penghantaran dokumen perniagaan, dan bungkusan.
• Perkhidmatan telefon (1886) diperkenalkan di Negeri-negeri Selat.
14. RUMUSAN
5
TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SUB TAJUK:
15.1 : Objektif
15.2 : Pengenalan
15.3 : Perkembangan Jaringan Pengangkutan
15.4 : Kepentingan Jaringan Pengangkutan Terhadap Pembangunan Di
Negara Malaysia Dan Kanada
15.5 : Kesan-kesan Perkembangan Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar
15.6 : Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran
15.7 : Rumusan
15. OBJEKTIF
1
15. PENGENALAN
2
Pengangkutan Darat
1. Jalan Raya
• Paling utama di Malaysia. Jalan raya lebih tertumpu di pantai barat berbanding
pantai timur SemenanjungMalaysia.
• Pantai barat Sabah danSarawak juga padat dengan jalan raya.
• Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian, perlombongan, dan
perikanan dengan pelabuhan - Prai ke Pelabuhan Pulau Pinang dan Petaling Jaya
ke Pelabuhan Klang.
• Lebuh raya dibina untuk memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
a) Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS)- menghubungkan Bukit Kayu Hitam
dengan Johor Bahru
b) Lebuh raya Timur-Barat- menghubungkan Grik dengan Jeli
c) Lebuh raya Persekutuan - menghubungkanKuala Lumpur dengan
Pelabuhan Klang
d) Lebuh raya Pan-Borneo- menghubungkan Kuching dengan Bintulu
dan Miri
• Jalan raya bertingkat dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Contohnya, Kerinchi Link di Kuala Lumpur. Selain itu terowong dibina untuk
memendekkan masa perjalanan seperti Penchala Link di Kuala Lumpur.
Pengangkutan Air
1. Pengangkutan Sungai
• Pengangkutan sungai adalah lebih penting di Sabah dan Sarawak kerana jalan
raya dan jalan kereta api kurang dimajukan.
• Pengangkutan ini hanya terhad di kawasan pedalaman kerana kos yang lebih
murah dan mudah untuk mengangkut barangan pukal dan penumpang dari
kawasan pedalaman ke kawasan bandar.
• Sungai-sungai yang dapat dimudiki adalah seperti Sungai Rajang, Sungai
Kinabatangan, Sungai Pahang dan Sungai Perak.
• Sungai Rajang dapat dimudik hingga ke Kapit dan boleh digunakan untuk
mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan penumpang.
• Sungai Kinabatangan digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan
pedalaman hingga ke Sandakan.
• Di Semenanjung Malaysia, pengangkutan sungai hanyalah terhad di kawasan
pedalaman Pahang dan Kelantan.
• Di Pahang, cara untuk sampai ke Taman Negara ialah dengan menaiki bot dan
yang menyusuri Sungai Tembeling.
2. Pengangkutan Pesisiran Pantai
3. Pengangkutan Laut
Pengangkutan Udara
• Pengangkutan udara merupakan cara pengangkutan yang cekap dan cepat tetapi
kosnya mahal.
• Laluan pengangkutan udara menghubungkan bandar-bandar utama negara di
dunia.
• Hampir semua negeri di Malaysia mempunyai perkhidmatan udara kecuali Perlis
dan Negeri Sembilan.
• Pengangkutan udara berperanan penting dalam menghubungkan Semenanjung
Malaysia dengan Sabah dan Sarawak
• Di Sabah dan Sarawak mempunyai lebih banyak lapangan terbang untuk
perkhidmatan dalam negeri kerana:
a) Kebanyakan petempatan terletak di kawasan pedalaman
b) Kawasan yang luas dan bergunung-ganang
c) Pengangkutan darat yang kurang dimajukan
• Perkhidmatan pengangkutan udara di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu,
perkhidmatan domestik dan perkhidmatan antarabangsa.
• Perkhidmatan pengangkutan udara domestik di Malaysia melibatkan penerbangan
dalam negeri seperti dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Antara lapangan terbang
domestik di Malaysia ialah seperti di Kepala Batas (Kedah), Ipoh, Kuantan, Kota
Bharu dan Kuala Terengganu.
• Perkhidmatan pengangkutan udara antarabangsa di Malaysia menghubungkan
Malaysia dengan bandar di luar negara seperti Tokyo, London, Paris dan
Bangkok.
• Lapangan terbang antarabangsa di Malaysia ialah:
a) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang,
Selangor
b) Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang
c) Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
d) Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah
e) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
f) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia Kanada
• Sistem pengangkutan darat maju, terdapat
• Sistem pengangkutan darat Malaysia sangat lebuh raya, Trans Canada Highway.
cekap, terdapatLebuh raya Utara-Selatan • Sebuah jambatan dibina untuk
dari utara ke selatan. menghubungkan New Brunswick dengan
• Jambatan dibina untuk menghubungkan tanah besar, iaitu Jambatan New
Pulau Pinang dengan tanah besar Brunswick.
Semenanjung Malaysia. • Jaringan landasan kereta api sangat luas,
• Jaringan jalan kereta api dibina untuk kereta api digunakan untuk mengangkut
menghubungkan kawasan pedalaman dan barang pukal seperti gandum di Prairie.
mengangkut hasil pertanian. • Pembinaan jalan kereta api
• Terdapat banyak pelabuhan pesisiran pantai, menggalakkan pembukaan lebih banyak
perikanan, dan kontena untuk kemudahan kawasan tanaman gandum.
perdagangan. • Jalan Air St. Lawrence menggalakkan
• Di Sabah, terdapat Sungai Kinabatangan lahirnya industri baru di Tanah Pamah St.
dan di Sarawak terdapat Sungai Rajang Lawrence dan bandar-bandar baru wujud
untuk menghubungkan kawasan pedalaman. di Montreal, Quebec, dan Ottawa
• Pengangkutan udara membawa penumpang, • Pengangkutan udara digunakan untuk
mengangkut barangan, dan menggalakkan mengesan dan mengawal kejadian
pelancongan serta menghubungkan kawasan kebakaran, menghubungkan kawasan
pedalaman dengan bandar. pedalaman, membawa penumpang, dan
mengangkut barangan.
1. Pencemaran Udara
• Pertambahan bilangan kenderaan di bandar-bandar telah meningkatkan kadar
pencemaran udara.
• Asap kenderaan seperti kereta dan lori boleh mencemarkan udara bandar-bandar
di Malaysia.
• Gas-gas yang mencemarkan udara yang dihasilkan oleh kenderaan ialah seperti
nitrogen oksida, karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida.
• Di samping itu, pencemaran udara juga boleh meningkatkan suhu atmosfera dan
menjejaskan kesihatan penduduk seperti menyerang tisu sistem pemafasan
manusia dan haiwan.
• Kuala Lumpur mempunyai lebih kurang 1 juta kenderaan bermotor keluar masuk
setiap hari untuk bekerja. Ini boleh menambahkan lagi pencemaran udara dan
menyebabkan berlakunya jerebu.
2. Pencemaran Bunyi
16.1 : Objektif
16.2 : Pengenalan
16.3 : Perkembangan Sistem Perhubungan Negara Malaysia
16.4 : Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia
Dan Kanada
16.5 : Kesan Perkembangan Sistem Perhubungan Di Malaysia
16.6 : Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Kesan-kesan Negatif
16.7 : Rumusan
16. OBJEKTIF
1
16. PENGENALAN
2
1. Radio
2. Televisyen
3. Telefon
•
Bermula selepas 1960-an
•
Bermula dengan kabel darat kini telah berkembang kepada kabel selular
•
Semenanjung Malaysia dihubungkan dengan Sabah dan Sarawak menerusi kabel
laut antara Kuantan dengan Kuching.
• Ini membolehkan sambung jauh terus dail (STD) dijalankan seluruh negara.
• Projek Kabel Pulau Pinang- Medan dan Kabel Asean menghubungkan Malaysia
dengan Thailand, Singapura dan Indonesia.
• Satelit Antarabangsa iaitu Intelsat IV-A dan Intelsat V mengendalikan
telekomunikasi di asia.
• Kini gentian optik telah dicipta untuk menggantikan wayar kuprum yang terhad
kapasitinya.
4. Komputer
• Bermula dengan komputer peribadi (PC)
• Alat untuk menyimpan dan memproses maklumat
• Internet diperkenalkan dengan laman web teks, visual dan audio.
• Terdapat juga e-mel dan mel elektronik
• Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk memajukan
Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)
• Perkembangan ini telah memajukan pelbagai bidang seperti e-kerajaan, tele-
perubatan, e-learning, e-village, e-dagang, e-sidang.
• ICT juga telah menyebabkan wujudnya kad pintar atau MyKad.
Malaysia Kanada
• Semenanjung Malaysia terpisah • Salah sebuah negara terbesar di
daripada sabah dan Sarawak oleh dunia yang sebahagian besar
Laut China Selatan yang kawasan utaranya terpencil
memerlukan sistem perhubungan • ICT penting dalam ekonomi
yang baik untuk pembangunan • ICT semakin penting dalam
• ICT penting untuk ekonomi pendidikan contohnya di
• ICT penting dalan bidang beberapa universiti.
pendidikan contonnya Universiti • Perkhidmatan tele-perubatan
Multimedia dan UNITAR banyak terdapat di Kanada.
• Terdapat tele-perubatan contohnya • Terdapat NIT (Niagara
Hospital Selayang International Teleport)
• Terdapat MSC (Multimedia Super • NIT-Niagara International
Corridor) Teleport. Terletak di Jambatan
• MSC-Mutimedia Super Corridor Peace antara Amerika Syarikat
terletak antara Kuala Lumpur dan dan Kanada.
KLIA. • Bandar penting ialahFort Erie
• Bandar penting ialah Putrajaya dan • Menara CN-Menara
Cyberjaya telekomunikasi yang tertinggi
• Menara Kuala Lumpur - Menara di dunia (553m)
telekomunikasi keempat tertinggi • Memberi perkhidmatan
di dunia (421m) telekomunikasi yang cepat dan
cekap
• Berfungsi sebagai stesen transmisi
untuk telekomunikasi,radio dan TV
16. KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI MALAYSIA
5
Kesan-kesan Positif
Kesan-kesan Negatif
• Proses globalisasi mendedahkan penduduk negara kita kepada budaya asing yang
mungkin bercanggah dengan budaya kita.
3. Pengangguran
• Penggunaan ATM boleh menyebabkan keperluan pekerja berkurangan di bank.
1. Pengawalan
16. RUMUSAN
6