You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PANDUAN PEMBELAJARAN

HBML4803
PERBANDINGAN TATABAHASA
MELAYU
Jun 2009

.

ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik. mekanik. 3 . Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Jun 2009 Disediakan oleh: Cik Norazlina Mohamad Fakulti Pendidikan dan Bahasa. fotokopi. Open University Malaysia Diterbitkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia Terbitan Pertama: Jun 2009 Hak Cipta @ Open University Malaysia (OUM). Hak Cipta Terpelihara. rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Presiden. Open University Malaysia (OUM).

.

............................................ 6 Beban Kursus ....................................................................................... 14 Minggu 7..................... 11 Minggu 4............................................................................................................................. 8 Format Penilaian .......................................... 8 Sumber Perpustakaan Digital OUM ............. 8 Penilaian ......................... 9 Minggu 2.............................. 7 Pengetahuan Asas .......... 7 Saranan Bacaan Tambahan ............................................................................................................... 8 Penghantaran Tugasan Lewat............................................................................................................................................. 12 Minggu 5......................................................................................................................................................................... 8 Panduan Pembelajaran Mingguan...................... 13 Minggu 6...............................................................................................PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Isi Kandungan Pengenalan Kursus................... 7 Sumber dan Keperluan Kursus ...................................................................................... 6 Sinopsis Kursus............. 7 Rujukan Penting ................................................................................................ 15 Minggu 8........................................................................................................................................................................................................................... 6 Sasaran Kursus ................... 6 Keperluan Kursus ...................................................................... 17 Minggu 10........................................................................................................ 9 Minggu 1......................................... 6 Hasil Pembelajaran Kursus ............................................................ 16 Minggu 9........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... 7 Buku Teks ....... 18 5 ............................................................................... 10 Minggu 3....................................

3. Hasil Pembelajaran Kursus Di akhir kursus ini.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu PENGENALAN KURSUS Sinopsis Kursus Kursus ini akan memperkenalkan falsafah tatabahasa (Otto Jespersen. seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. 2. Memahami susur-galur dan aliran di sebalik penulisan tatabahasa Melayu dari zaman Raja Ali Haji hingga hari ini. Sasaran Kursus Sasaran kursus ini ialah: Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Sarjana Muda Keguruan major bidang Bahasa Melayu dengan Kepujian (SMK). Tumpuan akan diberi kepada unsur-unsur tatabahasa sejagat dan unsur-unsur khusus bahasa Melayu. Membandingkan pengkelasan morfologi bahasa Melayu daripada segi bentuk dan fungsi berdasarkan penulisan tatabahasa yang dibuat oleh ahli tatabahasa yang masyhur di Malaysia. khususnya prinsip yang mendefinisikan bentuk dan fungsi tatabahasa sesebuah bahasa. Selaras dengan piawaian ini. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. bentuk dan ragam sintaksis berdasarkan penulisan tatabahasa yang dibuat oleh ahli tatabahasa yang masyhur di Malaysia. iaitu Tatabahasa Dewan dan dibandingkan dengan tatabahasa-tatabahasa lain yang dikarang oleh Za’ba (1952). Membandingkan pengkelasan sintaksis bahasa Melayu daripada segi binaan. Kemudian. Di samping perbandingan dengan tatabahasa tempatan. 1968). 4. Beban Kursus Berdasarkan piawaian OUM. Menjustifikasi perbezaan-perbezaan yang berlaku dalam penulisan tatabahasa Melayu. 6 . kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Omar (1993) dan Abdullah Hassan (2002). kursus ini juga akan membandingkan tatabahasa pegangan dengan tatabahasa yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Barat. Asmah Hj. pelajar akan meneliti tatabahasa pegangan. anda haruslah dapat: 1.

Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alisjahbana. (2008). 4. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7 . Omar (1993). (Edisi Ketiga). Asmah Hj. Tatabahasa Bahasa Melayu Baku. (2008). Contoh: SUMBER DAN KEPERLUAN KURSUS Buku Teks Abdullah Hassan. Nahu Melayu Mutakhir. S. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Zaman Baru Limited. (1964).T. Bhd. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Asraf Abdul Wahab (1985).PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Jam Aktiviti Pembelajaran Membaca modul dan menyiapkan latihan 60 Menghadiri 5 sesi tutorial ( 2 jam setiap sesi) 10 Perbincangan atas talian 15 Menyiapkan tugasan 20 Ulangkaji 15 Total 120 KEPERLUAN KURSUS Pengetahuan Asas Dalam silibus pengajian. 2. Tatabahasa Dewan. pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya. Nik Safiah Karim et.al. Kuala Lumpur: Sasbadi. 3. Rujukan Penting 1. Tatabahasa Baru Bahasa Melayu/Indonesia 1 &2. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana. Arbak Othman (1984).

(1968). PERPUN. artikel. 3. Moeliono. 2. 3. Sumber Perpustakaan Digital OUM Para pelajar OUM juga disediakan dengan kemudahan menggunakan Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. kamus digital. The Star dan termasuk juga blog seperti Agenda Daily. 8 . 5. Online Newspapers – membolehkan pelajar mendapatkan berita-berita terkini melalui Berita Harian. Jespenson. MyLibrary Bulletin – maklumat terkini dari masa ke semasa mengenai perkembangan perpustakaan digital TSDAS dan informasi-informasi berguna mengenai perpustakaan digital ini. soalan- soalan peperiksaan lepas. 2. OUM ID. penerbit dan sebagainya. Recommended Reading – cadangan buku-buku terkini berkaitan dengan pembelajaran pelajar lengkap dengan informasi seperti ringkasan kandungan buku. Pelita Bahasa Melayu I – III. PENILAIAN Format penilaian Sila rujuk MyLMS Penghantaran Tugasan Lewat Tugasan yang tidak dihantar menjelang atau pada tarikh akhir tanpa mendapat kebenaran rasmi untuk tempoh penghantaran tambahan daripada tutor kursus akan menyebabkan tugasan tersebut dikenakan penalti. Allen and Unwin Ltd. Zainal Abidin Ahmad (1965). New Straits Times. Harian Metro.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Saranan Bacaan Tambahan 1. London : Ceorge. TSDASL Facebook. i-TOOLS – menyediakan perkhidmatan yang merangkumi koleksi digital seperti e-Jounals dan e-Books. PPM dan IFLA.com. et al (1988). panduan perpustakaan dan bahan bacaan lain yang dimuatkan di perpustakaan digital ini. The Philosophy of Grammar. katalog. Utusan Malaysia. A. OPAC – Enjin carian bagi pelajar mencari buku-buku. Library Community – soalan interaktif yang menghubungkan pelajar dengan komuniti OUM melalui Blog@OUM. Abdullah Sanusi yang menawarkan akses seperti: 1. O. Jakarta : Balai Pustaka. jurnal. 4. 6.

al. − Tatabahasa pedagogi pula adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. institut perguruan dan universiti. (2008). Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu. Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Beri definisi tatabahasa. Bincangkan contoh-contoh pengajaran aspek tatabahasa seperti dihuraikan dalam Tatabahasa Dewan yang diubahsuai untuk keperluan pengajaran bahasa Melayu? 9 .PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu PANDUAN PEMBELAJARAN MINGGUAN Minggu 1 Topik 1: Falsafah Tatabahasa – Bentuk dan Fungsi Bahan Bacaan Abdullah Hassan. Tatabahasa Dewan. − Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi menentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah. 2. sistem. Bagaimana tatabahasa pedagogi memperlengkap Tatabahasa Dewan? 4. Soalan-soalan Pembelajaran 1. − Terdapat pelbagai konsep tatabahasa yang dikategorikan sebagai tatabahasa pegangan dan tatabahasa pedagogi. − Tatabahasa atau dahulunya dikenali sebagai ‘nahu’ adalah bermula dengan perkataan- perkataan yang boleh terbina secara semulajadi sebagai perkataan atau dibina dengan imbuhan kepada perkataan lain. Perkataan-perkataan yang mempunyai makna ini kemudiannya disusun menjadi ayat-ayat yang bermakna. pendapat tentang tatabahasa. − Topik 1 menjelaskan tentang ciri-ciri penting dalam tatabahasa. pengertian tatabahasa. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Nik Safiah Karim et. (Edisi Ketiga). Apa perbezaan antara tatabahasa pegangan dan tatabahasa pedagogi? 3. (2008). fungsi dan tugas tatabahasa serta rumusan pengertian tatabahasa.

Jelaskan jenis-jenis tatabahasa. Bhd. Tatabahasa Dewan. − Tatabahasa adalah merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa. (2008). bebas konteks dan fungsional. preskriptif. bagaimanakah anda mengaitkan perumpunan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain? 2. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Apakah unit-unit bahasa yang terlibat dalam analisis tatabahasa? 10 . (Edisi Ketiga). Soalan-soalan Pembelajaran 1. iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Minggu 2 Topik 2: Susur Galur Perkembangan Penulisan Tatabahasa Melayu Bahan Bacaan Abdullah Hassan. 3. institut perguruan dan universiti. − Topik 2 menjelaskan tentang susur galur dan peringkat-peringkat perkembangan penulisan tatabahasa Melayu di samping jenis-jenis tatabahasa seperti tatabahasa formal. Ini bermakna rumus-rumus tatabahasa yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan hendaklah dijadikan pedoman bagi mengajarkan tatabahasa Melayu di sekolah. Melalui susur galur bahasa Melayu. deskriptif. Mengapakah kita perlu mengetahui jenis-jenis dan perbezaan-perbezaan tatabahasa itu? 4.al. nosional. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Nik Safiah Karim et. − Buku Tatabahasa Dewan telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya digunakan sebagai tatabahasa pegangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

peranan dan sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabat dan memperkukuhkan bahasa Melayu turut dibincangkan. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Minggu 3 Topik 3: Tokoh dan Aliran Dalam Tatabahasa Melayu Bahan Bacaan Abdullah Hassan. − Antara faktor yang menjadikan sarjana-sarjana Barat ini sebahagian daripada sejarah perkembangan bahasa Melayu dan turut dimuatkan dalam kandungan mata pelajaran bahasa Melayu adalah kerana sumbangan-sumbangan mereka yang tidak dapat dinafikan. (2008). Winstedt manakala sarjana-sarjana tempatan yang dibincangkan ialah seperti Pendeta Za’ba. O. Antara sarjana-sarjana Barat yang dimuatkan dalam topik ini ialah seperti W. Bhd. Senaraikan tokoh-tokoh penting yang terlibat dalam memartabatkan bahasa Melayu. Apakah aliran-aliran tatabahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu? 3. Asmah Haji Omar dan Abdullah.Marsden dan R.al. Nik Safiah Karim et. Tatabahasa Dewan. Soalan-soalan Pembelajaran 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). (Edisi Ketiga). Dalam zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. 2. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. − Selain daripada itu. Apakah perbezaan antara aliran-aliran yang dipegang oleh tokoh-tokoh bahasa? 4. − Baik sarjana Barat mahupun sarjana tempatan. bahasa Melayu telah digunakan untuk tujuan rasmi di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Apakah sumbangan utama Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke hari ini? 11 . − Tokoh dan aliran dalam tatabahasa Melayu turut dibincangkan dalam Topik 3. masing-masing mempunyai aliran tatabahasa yang mereka pegang dalam memartabatkan bahasa Melayu. Pegawai-pegawai Eropah (Inggeris) yang bertugas di negeri-negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan wajib lulus peperiksaan bahasa Melayu sebagai syarat pengesahan jawatan. Faktor inilah yang telah menarik minta yang tinggi terhadap bahasa Melayu di kalangan pegawai-pegawai Inggeris sehingga menjadikan mereka sarjana bahasa Melayu yang terkenal seperti Marsden dan Winstedt misalnya.

Soalan-soalan Pembelajaran 1. (2008). Nik Safiah Karim et. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. 2. Mengapakah Latin dan Yunani dikaitkan dengan tatabahasa tradisional? 4. − Tatabahasa Tradisional boleh diaplikasikan kepada tatabahasa lain dan bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden. Tatabahasa Dewan. apsek-aspek lain yang dibincangkan ialah seperti tatabahasa preskriptif. (Edisi Ketiga). dan rumus-rumus yang menentukan penggunaan bahasa dalam konteks sosial. Ciri-ciri tatabahasa ini adalah mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani. Selain itu. Bhd. (2008).al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penumpuan Topik 4 adalah kepada Tatabahasa Tradisional. − Topik 4 hingga 6 menumpukan kepada bentuk-bentuk tatabahasa.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Minggu 4 Topik 4: Tatabahasa Tradisional Bahan Bacaan Abdullah Hassan. Apakah perbezaan antara tatabahasa tradisional dan tatabahasa preskriptif? 3. Berikan definisi tatabahasa tradisional. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Apakah yang dimaksudkan dengan linguistik moden? 12 .

Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Tatabahasa Dewan.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Minggu 5 Topik 5: Tatabahasa Struktural Bahan Bacaan Abdullah Hassan. aspek-aspek penting yang dibincangkan ialah definisi Tatabahasa Struktural dan konstituen dalam ayat. 2. (Edisi Ketiga). (2008).al. Apakah yang menentukan konstituen dalam ayat? 13 . Soalan-soalan Pembelajaran 1. − Tatabahasa Struktural menganggap bahasa sebagai struktur dan unsur-unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu. Bhd. Unsur-unsur ini juga digunakan untuk menjana ayat dan menentukan struktur konstituennya. Apakah unsur-unsur yang membentuk struktur tatabahasa struktural? 3. Berikan definisi lengkap tatabahasa struktural. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman? 4. Nik Safiah Karim et. Konsep ayat seperti konsep struktur permukaan seperti yang dipegang oleh penganut aliran struktural turut ditekankan dalam topik ini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. − Dalam Topik 5. (2008). Hal ini adalah kerana ramai yang mengguna dan memahami struktur bahasa pada tahap struktur permukaan daripada tahap struktur dalaman. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn.

Bagaimanakah tatabahasa generatif berbeza daripada tatabahasa sruktural? 3.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Minggu 6 Topik 6: Tatabahasa Generatif (TG) Bahan Bacaan Abdullah Hassan.al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 14 . Selain itu. (2008). rumus transformasi dan ayat terbitan serta proses penyusunan semula. cara menganalisis sesetengah struktur ayat ialah dengan menggunakan struktur ayat pasif. ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai stuktur luaran dan struktur dalaman dimana hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa dan pemerian bahasa pula menggunakan Rumus Transformasi. − Tatabahasa ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky pada tahun 1957. Bhd. rumuslah yang telah membentuk sesuatu kata dan ayat dalam sesuatu bahasa. Huraikan Rumus Transformasi. Nik Safiah Karim et. − Kerangka asas TG yang membezakannya dengan teori lingusitik yang lain seperti struktural ialah TG beranggapan bahawa bahasa terdiri daripada beberapa set rumus. 2. Berikan definisi tatabahasa generatif. − Topik 6 pula membincangkan tentang Tatabahasa Generatif (TG) dari aspek rumus struktur frasa (dalaman) bahasa Melayu. Tatabahasa Dewan. − Dalam teori Tatabahasa Generatif diandaikan bahawa setiap ayat mestilah mempunyai subjek sepanjang ia diterbitkan dari struktur dalaman ke struktur luaran. Menurut TG. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Dengan kata lain. (2008). (Edisi Ketiga). Jelaskan penggunaan Rumus Struktur Frasa dalam analisis hubungan linguistik dalam ayat. Hal ini berlaku kerana TG beranggapan bahawa proses penambahan. pengguguran dan penukaran merupakan antara proses semulajadi yang berlaku dalam sesuatu bahasa. 4. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Soalan-soalan Pembelajaran 1.

Apakah perbezaan antara struktur kata dan penggolongan kata? 3. − Terdapat beberapa cara membentuk perkataan. Soalan-soalan Pembelajaran 1. (2008). bentuk-bentuk yang terhasil adalah seperti bentuk kata tunggal. pemajmukan dan penggandaan. proses penerbitan kata. Antaranya ialah melalui proses pengimbuhan. Melalui proses pembentukan kata ini.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Minggu 7 Topik 7: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Bahan Bacaan Abdullah Hassan. Apakah jenis-jenis imbuhan dalam bahasa Melayu? 15 . bentuk kata terbitan. − Topik 7 membincangkan tentang pembentukan kata bahasa Melayu yang melibatkan aspek morfologi seperti penggolongan kata. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. (Edisi Ketiga). dan proses-proses lain.al. Nik Safiah Karim et. Mengapakah aspek morfologi dikaitkan dengan proses pembentukan kata bahasa Melayu? 2. Berapakah jenis penggandaan yang terdapat dalam bahasa Melayu? 4.

Huraikan tiga subgolongan kata nama. kata kerja.al. − Topik 8 ini menumpukan kepada golongan kata dan proses penerbitan kata. − Kata kerja yang mengandungi makna perbuatan pula terdiri daripada dua jenis. − Aspek morfologi didalami lagi dengan membicangkan topik penggolongan kata bahasa Melayu dalam Topik 8. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. (2008). (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. − Berlainan pula dengan kata kerja. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. kata adjektif dan kata tugas. Soalan-soalan Pembelajaran 1. 16 . nama orang. 3. Huraikan tugas dan fungsi kata adverba. 4. (2008). 2.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Minggu 8 Topik 8: Penggolongan Kata Bahasa Melayu Bahan Bacaan Abdullah Hassan. iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Terangkan perbezaan antara kata kerja dan kata tugas. Jelaskan perbezaan antara kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Bhd. nama tempat dan nama perkara mempunyai tiga subgolongan di bawahnya. − Kata adjektif ialah kata yang memberi sifat kepada sesuatu benda. kata tugas adalah perkataan-perkataan yang tidak mempunyai makna sendiri tetapi melakukan tugas-tugas atau fungsi tatabahasa seperti kata adverba. − Kata nama yang menunjukkan nama benda. Terdapat empat golongan perkataan utama yang dikelaskan dalam buku Tatabahasa Dewan iaitu kata nama. kata sendi dan kata hubung. Nik Safiah Karim et. orang dan perkara.

− Frasa ialah unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat yang terdiri daripada satu perkataan ataupun sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna. Sebuah ayat mempunyai subjek dan predikat dan begitu jugalah dengan klausa yang mempunyai subjek dan predikat. 2.al. frasa boleh dirumuskan sebagai ayat dalam ayat. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Tatabahasa Dewan. setiap frasa mesti mempunyai inti kerana intilah yang sebenarnya membina struktur frasa. (2008). Apa yang penting.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Minggu 9 Topik 9: Penjenisan dan Pengkelasan Frasa Bahasa Melayu Bahan Bacaan Abdullah Hassan. frasa kerja. Apakah perbezaan diantara objek dan pelengkap? 17 . Namun begitu. Soalan-soalan Pembelajaran 1. Bhd. (Edisi Ketiga). frasa adjektif dan frasa sendi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Huraikan perbezaan antara frasa dan klausa. Oleh itu. Nik Safiah Karim et. Jelaskan perbezaan fungsi frasa nama dan frasa kerja. Bagaimana klausa boleh membentuk ayat majmuk? 4. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. − Penjenisan dan pengkelasan frasa Bahasa Melayu dalam Topik 9 ini membincangkan tentang frasa dan klausa. 3. Maka tidak hairanlah apabila Za’ba menggelar klausa sebagai ayat kecil. Terdapat dua jenis frasa yang dibincangkan iaitu frasa nama dan frasa kerja. Topik 9 akan menumpukan perbincangan kepada frasa nama dan frasa kerja sahaja. − Terdapat empat jenis frasa iaitu: frasa nama. − Frasa dan klausa adalah kedua-duanya unsur dalam ayat.

manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa. Nik Safiah Karim et. 4. iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi. − Bab terakhir memfokus kepada golongan jenis ayat dan pola ayat seperti ayat dasar. − Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Adakah ayat dasar dan ayat tunggal terdiri daripada jenis ayat yang sama? 2. dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. seperti ayat-ayat jenis lain. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa. 18 . (2008). − Ayat tunggal dalam bahasa Melayu juga boleh dibahagikan kepada ayat aktif dan ayat pasif. Jelaskan perbezaan antara ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Apakah yang anda faham dengan konsep bahawa pembentukan semua jenis ayat adalah terdiri daripada jenis ayat dasar? 3. (2008). ayat terbitan. ayat aktif dan ayat pasif. − Ayat mengandungi unsur klausa. Ini menunjukkan bahawa ayat terletak pada peringkat susunan yang tertinggi dalam tatabahasa kerana mengandungi makna yang lengkap. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua dan ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Tatabahasa Dewan. − Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja. yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Edisi Ketiga). Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. ayat tunggal juga terbit daripada ayat dasar dan binaan ayat tunggal adalah menyamai ayat dasar. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Jika dikaji binaan sesuatu ayat itu maka boleh dikesan rangka dasarnya berasal daripada beberapa pola tertentu. Huraikan jenis-jenis ayat pasif. iaitu mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian.PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu Minggu 10 Topik 10: Penjenisan dan Pengkelasan Ayat Bahasa Melayu Bahan Bacaan Abdullah Hassan. Soalan-soalan Pembelajaran 1. − Ayat pasif pula boleh dibahagikan kepada ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. − Ayat terbitan pula ialah hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis. Bhd.al. ayat tunggal. Apabila dua perkataan digabungkan maka terbentuklah ayat apabila ia mengandungi subjek dan predikat yang bermakna. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah.