Bahagian A Tugasan individu

SOALAN 2A

Seorang pegawai kumpulan pengurusan dan professional yang baru bertugas selama tiga tahun di sebuah negeri disiasat berhubung dengan pemilikan harta yang diragui sumber perolehannya.

Pada majlis exco negeri telah mengambil tindakan pengurusan dengan menukar pegawai ini ke bahagian lain, membekukan asset dan harta serta merampas sebahagian tanah yang disyaki diperolehi melalui rasuah berdasarkan Seksyen 26 Akta Pencegahan Rasuah 1997.

a. Berdasarkan kes di atas, bincangkan aspek nilai -nilai peribadi asas yang sepatutnya diamalkan oleh penjawat awam tersebut.

b. Jelaskan nilai -nilai kepimpinan dan nilai -nilai professional yang diamalkan oleh pengerusi majlis exco dalam menangani kes tersebut.

1

1.0 Pengenalan.

Dalam situsasi di atas penjawat awam tersebut telah melakukan kesalahan tatatertib dan dikenakan tindakan. Sepatutnya penjawat awam tersebut hendaklah mengamalkan nilai nilai peribadi asas yang sepatutnya diamalkan oleh penjawat awam . Kesalahan yang telah dilakukan ialah mengamalkan rasuah. Rasuah ini menunjukkan kurangnya nilai moral yang diamalkan semasa melakukan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya.

2

2.0 Nilai -nilai peribadi asas

Berikut merupakan nilai-nilai peribadi asas yang sepatutnya diamalkan oleh penjawat awam tersebut dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya.

i.

Amanah Seorang penjawat awam haruslah m enggunakan masa atau waktu pejabat dengan sebaik-baiknya. Mereka tidak boleh menggunakan masa pejabat untuk kepentingan peribadi contohnya untuk urusan pembayaran bil ataupun untuk urusan bank. Dari segi kewangan dan penggunaan harta awam pula, mereka mesti m embelanjakan harta awam mengik ut arahan serta peraturan -peraturan yang ditetapkan. Nilai

amanah juga boleh diukur dari tingkah laku yang t idak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah. Menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan juga merpakan satu amanah yang telah diberik an kepada penjawat awam selain t idak cuai dalam menjalankan tugas dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan seperti yang telah dilakukan oleh penjawat awam dalam situasi berkenaan.

ii. Bertanggungjawab Penjawat awam tersebut haruslah b ersungguh-sungguh melaksanakan kerja dan tugas yang diberi. Kerja yang dilaksanakan harus juga dilaksanakan dengan

sempurna. Sekiranya tugas yang dipikul tidak dapat disempurnakan mengikut tahap piawaian yang telah ditetapkan penjawat awam akan berasa bersalah . Dengan

memperaktikkan perkara ini maka dia akan dapat m enjaga maruah, agama, bangsa dan Negara.

iii. Ikhlas Maksud ikhlas di sini ialah tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai atasannya. Segala perkara yang dibuat adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap kerja dan ikhlas dalam perlaksanaannya. Selain itu

penjawat awam tidak seharusnya memilih sesuatu tugasan untuk dilaksanakan. Contohnya dengan hanya memberi kes anggupan untuk menjalankan kerja yang senang dan kurang berisiko selain daripada perkara yang telah dinyatakan, penjawat awam mesti berdedikasi dan bekerjasama dalam setiap urusan kerjanya.

3

iv. Berdedikasi Berdedikasi ialah b ekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dalam melaksanakan pekerjaannya dan tugasnya penjawat awam mesti t idak berputus asa dan sentiasa mengharapkan kejayaan. Demi tanggungjawab terhadap organisasi penjawat awam harus s anggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi menin gkatkan maruah agama, bangsa dan Negara. v. Berdisiplin Berdisiplin pula bermaksud p atuh kepada peraturan dan undang -undang yang telah dibuat. Undang-undang ini akan menjadi pegangan dalam aspek pekerjaan yang dibuat. Selain berpegang teguh kepada undang -undang seseorang penjawat awam juga mesti sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama. Dengan adanya disiplin diri yang kuat maka ia akan dapat menjaga imej, maruah dan jabatannya. vi. Bersih Bersih dari dalam diri penjawat awam adalah amat penting. Kebersihan diri ini

adalah dari segi moral iaitu dengan adanya hati yang baik, fikiran yang bersih, jiwa yang murni, tidak sombong, angkuh dan sebagainya . Kebersihan daripada aspek rohani akan menghindarkan diri daripada perbuatan yang keji seperti rasuah, peca h amanah dan juga penipuan. pekerjaan harus dilakukan Bersih ini akan sentiasa mengingatkan bahawa dengan baik kerana ia adalah harapan dan

tanggungjawab yang yelah diberikan kepadanya.

4

3.0 Nilai-nilai professional

Berikut pula merupakan antara nilai-nilai professional yang telah diamal dan dipraktik oleh pengerusi majlis exco dalam membuat keputusan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh penjawat awam yang dinyatakan. Nilai -nilai yang dipraktikkan ialah:

i.

Berilmu Pengerusi tersebut haruslah memiliki pengetahuan yang luas. Selain itu nilai

professional yang perlu ada pada pengerusi tersebut ialah memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang tertentu terutamanya dalam bidang tugasnya sendiri . Ini akan menjadi panduan kepada beliau dalam mengambil keputusan. mewujudkan keadilan dalam semua aspek kehidupan. Ilmu akan

Tindakan yang tidak

berasaskan ilmu akan mewujudkan kezaliman. Kezaliman ini akan timbul sekiranya keputusan yang diambil adalah salah. Sekiranya keput usan salah diambil maka ia akan mendatangkan mudarat kepada orang yang terlibat ii. Integriti Integriti adalah salah satu n ilai penting yang perlu ada pada setiap anggota penjawat awam. Integriti dikaitkan dengan nilai amanah, jujur boleh dipercayai dan sentiasa memelihara kepentingan awam. Dalam situasi yang dinyatakan, beliau tidak boleh

berat sebelah walaupun orang yang akan dikenakan tindakan tersebut beliau kenali. Selai itu integriti dalam pekerjaan juga bermaksud t idak suka pada pembaziran. Nilai ini boleh juga dilihat dengan t idak mengamalkan rasuah dan menyeleweng.

iii. Neutraliti Tidak memihak kepada mana -mana kumpulan adalah maksud kepada neutraliti . Ia juga memberi maksud tidak berat sebelah. Segala tindakan dan keputusan yang diambil adalah berlandaskan fakta dan undang -undang yang digunapakai untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu adalah wajib untuk b ersedia dan

berusaha melaksanakan semua dasar kerajaan.

5

iv. Akauntabiliti Akauntibiliti adalah satu kebolehpercayaan kepada seseorang untuk melaksanakan tanggungjawab. Dalam kata lain akauntabiliti ialah t anggungjawab seseorang terhadap tugas -tugas yang dilaksanakan. Tugas dan tanggungjawab perlu dijalankan mengikut prosedur-prosedur, arahan dan peraturan yang ditetapkan. Sekiranya

seorang penjawat awam diberikan tugas oleh atasannya, maka atasannya berharap bawahannya itu dapat melaksanakan dengan baik seperti yang diharapkan. Akauntabiliti di peringkat individu boleh ditingkatkan melalui perubahan -perubahan diri. Perubahan ini pula adalah dengan penerapan nilai -nilai murni dan positif seperti Bersih, Cekap dan Amanah serta nilai positif yang lain .

6

4.0 Penutup.

Dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam kita mesti memiliki nilai -nilai yang positif. Ini kerana kita diupah untuk memberikan yang terbaik. Selain itu penjawat awam diberi jawatan berkenaan kerana kerajaan merasakan bahawa beliau layak untuk memegang jawatan tersebut. Itu adalah kepercayaan yang telah diberikan kepada setiap penjawat

awam yang ada. Untuk menjaga kepercayaan yang telah diberikan ini maka penjawat awam harus membuktikan bahawa mereka layak dan keputusan untuk memberi jawatan itu adalah betul. Penjawat awam boleh membukti perkara ini dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha kerajaan memakmurkan rakyat dan negara. Nilai-nilai positif dan nilai -

nilai moral yang tinggi adalah salah satu daripada perkara yang dituntut dalam menjalankan tugas.

7

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful