P. 1
kajian+tindakan-prasekolah

kajian+tindakan-prasekolah

|Views: 474|Likes:
Published by applela

More info:

Published by: applela on Jan 31, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/17/2014

pdf

text

original

TING TING MINDA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN GABUNGAN SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP KV KVK DALAM

KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS

Oleh: Siti Rosmah Mohamed Saripah Sarif Sekolah Kebangsaan Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor. ABSTRAK
Kecerdasan Kinestatik adalah salah satu cabang daripada Teori Kecerdasan Pelbagai. Teori ini amat penting kerana berkait rapat dengan dunia pendidikan. Setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan. Namun, yang membezakan antara mereka merupakan cara berfikir, bertindak dan belajar. Aplikasi Teori Pelbagai Kecerdasan dalam P & P Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan Khas bertujuan untuk menyokong proses pembelajaran bersepadu dan menyeluruh selaras dengan keperluan murid dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dengan murid cuba diketengahkan. Kaedah TING TING MINDA menggabungkan teknik permainan untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV KVK / KVK KV, dalam kalangan 5 orang murid Pendidikan Pemulihan Khas Tahun 3 Arif SK Bandar Mas. Permainan kata - perkataan KV KVK dan kad kata perkataan KV KVK dalam ‘Ting –Ting Minda’ dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan membaca perkataan KV KVK / KVK KV dalam kalangan 5 murid Pendidikan Pemulihan Khas tahun 3 Arif. Murid-murid ini, telah dirawat dengan Ting Ting Minda selama 60 minit setiap sesi rawatan. Rawatan ini telah dijalankan selama 5 minggu. Kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh empat bulan. Keputusan Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan prestasi penguasaan bacaan KV KVK murid. Dapatan daripada soal selidik pula menunjukkan murid amat berminat untuk membaca, 5 orang murid tersebut telah memahami dan menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya. Mereka amat seronok ketika bermain permainan ini. Akhirnya, Ting Ting Minda telah berjaya memupuk minat dan mempertingkatkan penguasaan kemahiran membaca pelajar.

1.0 Refleksi Awal Pengajaran dan Pembelajaran Saya seorang guru Pemulihan Khas di SK Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor dari tahun 2002 hingga sekarang. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelas Pemulihan Khas yang dijalankan selama tiga bulan pada tahun 2004, murid-murid dari Tahun 3 Arif seramai 5 orang telah menjalankan aktiviti membaca buku ‘Bacalah Sayang’ dan penggunakan kad-kad bacaan berbentuk ayat-ayat mudah berdasarkan sukatan Pendidikan Pemulihan Khas. Melalui aktiviti pembacaan murid-murid tersebut, didapati mereka tidak boleh membatangkan perkataan dengan sebutan yang betul mengikut suku kata terbuka dan tertutup KV KVK yang menyebabkan kemahiran membaca mereka amat lemah. Oleh itu, saya telah menjalankan proses pemerhatian tidak berstruktur dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Saya dapati mereka kurang berminat untuk membaca, tidak boleh membaca kad perkataan yang diberi dengan lancar dan betul Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

1

1 Objektif Am Ting Ting Minda meningkatkan penguasaan kemahiran membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK dalam kalangan murid pemulihan khas melalui Teori Kecerdasan Kinestatik.3 Mengubah persepsi murid terhadap keupayaan diri. saya telah menjalankan soal selidik tahap penguasaan bacaan kepada 5 orang murid tahun 3 Arif berasaskan Ujian IPP3M Tahun 3 Mode 3 dibawah Program Pendidikan Pemulihan Khas.2. Empat orang lelaki dan seorang perempuan yang tidak menguasai kemahiran membaca. merupakan daya pengerak kepada pengukuhan bacaan dan minat murid. satu inovasi berbentuk permainan telah diketengahkan. Untuk mengatasi masalah mereka. meningkatkan jati diri dan punya rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.1. Melalui pemerhatian dan kajian. 3. 4.sebutannya. didapati kebolehan guru menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan dengan mengaplikasikan inovasi ‘Ting Ting Minda’ berasaskan Teori Kecerdasan Kinestastik. saya telah menjalankan Kajian Tindakan ini. 3.0 Fokus Kajian Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya. 100% pelajar boleh membatangkan perkataan dengan betul.2 Objektif Khusus 3. dengan Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------. maka mereka akan menjadi murid yang tercicir. menulis dan mengira (3 M).0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian saya terdiri daripada murid pemulihan tahun 3 Arif seramai 5 orang murid.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.4 Mewujudkan interaksi mesra guru dengan murid.1 Pada akhir kajian.2 Sekolah Rendah . kurang memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca dan suka bermain-main semasa P & P terutama di kelas biasa.2. 3.2. Sehubungan itu. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3. 100% pelajar boleh membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK dengan lancar.1 Kaedah Soal selidik Dalam pelaksanaan kajian ini. Akhirnya manipulasi alat dan bahan digunakan untuk aktiviti pengukuhan seterusnya. 3.1 TINJAUAN MASALAH 5.dan murid dengan murid.2. murid dengan guru.2 Pada akhir kajian. 2. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian. Pengajaran dan Pembelajaran guru dengan murid menjadi lebih seronok dan guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. 5. saya hanya memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK Secara khususnya murid berkenaan menghadapi masalah membaca di peringkat suku kata dan masalah pengamatan.

saya menjalankan pengukuhan sebutan suku kata KV. Kad-kad perkataan KVK berleminate. 5. 5. Maka pada 4 Mac 2004. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 3 . berasaskan Pendekatan Kecerdasan Kinestatik. saya membuat peneguhan dalam membaca perkataan gabungan daripada suku kata tertutup KV + KVK Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kajian ini: Tapak Ting Ting Minda.1. Aktiviti 3. mereka tidak suka mengambil ujian membaca kerana takut tidak boleh membaca teks ujian yang diberi. saya memberikan peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan daripada suku kata terbuka KV + KV. Kad-kad perkatan KV berleminate.4 Aktiviti 1. dan gagal untuk membatangkan perkataan yang ditunjukkan. Kad perkataan sukukata terbuka dan tertutup berleminate. Aktiviti 4-Ting Ting Minda 4.2 Kaedah Temu Bual Saya juga menjalankan temubual bagi mendapatkan bukti kesahihan tanggapan saya.Ting Ting Minda 1.Manakala dalam Ting Ting Minda 3. mereka sepatutnya telah menguasai kemahiran membaca perkataan KV KVK dan ayat-ayat mudah. Mereka mengambil masa yang lama (8 minit) seorang. untuk merangsang minat membaca seterusnya dapat mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK ke tahap yang optimun (boleh membaca 20 patah perkataan setiap set yang dikaji dengan sebutan yang betul dalam masa kurang 4 minit selepas kaedah rawatan ini dilaksanakan. Dapatan daripada temubual tersebut. Analisa dapatan menunjukkan 100 % murid tidak boleh membatangkan perkataan dengan betul dan lancar. saya dapati 5 orang murid ini tidak suka membaca. Pada hal masa yang ditetapkan ialah 4 minit seorang. Oleh itu.1.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Saya memperkenalkan permainan ‘Ting Ting Minda’. 5. dan 20 perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK dengan lancar dan betul sebutannya. bahawa mereka tidak minat membaca. Pada Tahun 3. saya dapati 5 murid ini tidak dapat membaca 20 suku kata KVK. Kesemua mereka mengaku tidak pandai membaca. Buah Dadu Minda. saya menjalankan pengukuhan sebutan perkataan KVK sahaja.3 Ujian Pra Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka membatangkan gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV KVK. Jelas dari dapatan ini menunjukkan murid sebenarnya tidak berminat untuk membaca. saya telah mengadakan temubual secara berstruktur untuk mengetahui punca permasalahan dan sikap mereka terhadap bacaan.Saya telah merangka lima aktiviti yang dinamakan Ting Ting Minda -1. Aktiviti 2-Ting Ting Minda 2 pula. Hasil daripada ujian tersebut. Item Ujian Pra Bacaan berasaskan Kad Ujian Diagnostik Pemulihan (bacaan). tetapi mereka suka mendengar orang membaca dan berasa aktiviti membaca tidak seronok.menggunakan Kad Senarai Semak Baca.

Berdasarkan pemerhatian guru. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 4 . kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. bahan-bahan dan aktiviti rawatan dan ujian pos. Modul rawatan ini telah dijalankan dari 22 Mac 2004. seperti dalam lampiran yang diberi. • Permakahan diberi secara kutipan bintang. • Kad Minda graf pencapaian kemahiran bacaan murid (responden) dari semasa ke semasa • Senarai semak perlakuan murid • Senarai semak pencapaian setiap responden • Kad-kad bacaan ujian pra. Ini kerana rawatan ini telah dapat meningkatkan harga diri. Setiap aktiviti yang dijalankan saya akan memberi markah kepada murid-murid saya. satu markah. • Dalam setiap pusingan murid melakukan 3 aktiviti mengikut kemahiran yang telah ditetapkan. walaupun guru pendidikan pemulihan menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran pemulihan pada sesi petang. murid-murid sasaran ini telah mula menunjukkan minat dan menguasai set kemahiran kajian. Berikut adalah kriteria markah yang saya gunakan.Gambar 1 : Model Tikar Ting – Ting Minda Bagi menilai dan memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pada hari Khamis dan Jumaat rawatan terus diadakan. Murid–murid ini diberi rawatan klinikal melalui aktiviti Ting Ting Minda selama 5 minggu pada setiap hari Isnin hingga Rabu dan semasa penyelidik tiada kelas. • Mereka yang gagal dalam permainan ini akan diberi latih tubi dalam latihan bacaan intensif mengikut tahap kelemahan mereka. alatalat yang disediakan termasuklah. Contoh langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti Ting Ting Minda ini dapat ditunjukkan seperti di bawah. Satu ( * ).

murid dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran sukukata KV.24 Mac 2004).Pilih huruf vokal dan sebut suku kata yang terbina.n.e.(22 Mac.3 Murid yang gagal dalam aktiviti pusingan akan diberi peluang untuk meneruskan permainan setelah menjalani latih tubi bacaan intensif.u) Poket huruf konsonan(k.o. • Murid sebut dan langkah ke petak 1.d..i. • Murid akan mengambil bintang di petak terakhir sekiranya betul. • Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu. • Meneruskan lompatan yang ke 3 dan mengambil kad suku kata yang terbina. Kriteria permarkahan ini sama dalam keempat-empat aktiviti yang berlainan kemahiran bahasa.) 1 Poket poket suku kata KV Pemerhatian Yang Dijalankan Berdasarkan pemerhatian daripada aktiviti Kad Minda 1.MODEL TING TING MINDA 1 • Minggu 1 kemahiran sebutan suku kata KV. Keputusan pemerhatian ditunjukkan dalam Jadual 1 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 5 . • Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan.• • 5. Rajah 1 : Model Ting – Ting Minda 1 b a k 4 Bintang minda Dadu Minda 3 Poket huruf vokal (a. ternyata murid . PELAKSANAAN TINDAKAN /PEMERHATIAN DAN REFLEKSI Aktiviti 1 . • Maju setapak ke petak 2 . • Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan.

Bil 1 2 3 4 5 Nama Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E P1 * * ** *** - P2 ** ** *** *** - P3 ** ** ** ** ** P4 ** ** * ** ** P5 ** *** ** ** * Jumlah markah (15) 9 10 10 12 5 Jadual 1 : Analisa Pemerhatian Kad Minda Aktiviti 1 – (Membaca suku kata KV) Refleksi Semasa Aktiviti Ting Ting Minda 1 dilaksanakan. Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual kad Minda 1. kata-kata gembira yang diluahkan oleh murid–murid ini. kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria.!”. Pencapaian bacaan suku kata KV mereka dalam Aktiviti Ting Ting Minda 1 ini membanggakan saya. AKTIVITI 2 – MODEL TING TING MINDA 2 Rajah 2 : Model Ting – Ting Minda 2 b 4 k Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 3 6 .Tak boring. saya merasa sangat seronok. “Macam inilah yang best…. Itulah.. Pada awalnya mereka terpegun melihat saya menggunakan sekajang tikar dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Pemulihan Sinar Harapan .

Pilih huruf vokal . Analisis pemerhatian ditunjukkan dalam Jadual 2. Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan tidak sabar-sabar untuk bermain. • Maju setapak ke petak 2 . • Mengambil bintang sekiranya betul kad suku kata yang diambil dan betul sebutannya. • Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil kad suku kata KVK yang sama dengan yang dikumpulkan serta menyebut bunyinya. Jadual 2 : Analisa Pemerhatian Kad Minda Aktiviti 2 – (Membaca suku kata KVK) Bil 1 2 3 4 5 Nama Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E P1 * * ** P2 ** ** *** P3 * ** *** *** * P4 ** *** *** *** * P5 ** *** *** *** ** Jumlah 5 11 12 14 4 Pemerhatian Yang Dijalankan Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 2. • Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad huruf konsonan.Kemahiran suku kata KVK • Murid baling buah dadu berlabel huruf konsonan. • Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan. kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang sentiasa ceria. aku nak dapat bintang banyak. • Cari huruf konsonan yang terpapar pada dadu. saya berasa sangat gembira. ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran suku kata KVK. “Hari ini. nanti dapat Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 7 . • Murid sebut dan langkah ke petak 1. Refleksi Semasa Aktiviti Ting Ting Minda 2 dilaksanakan.

namun pencapaian mereka memuaskan sebab murid ini adalah dalam kategori yang amat lemah dan salah seorang daripada mereka baru sahaja memulakan persekolahan setelah 2 tahun tidak bersekolah. • Murid sebut dan langkah ke petak 1. aktiviti Minda 2 ini lebih tinggi aras kemahirannya berbanding aktiviti Minda 1.gu.) 1 Poket perkataan KV KV (vila. • Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan. Manakala dua orang murid lain walaupun mereka mendapat markah 4 dan 5 semasa aktiviti ini. • Meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan yang terbina. Pemerhatian Yang Dijalankan Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 8 . • Maju setapak ke petak 2 .!”. harapan mereka ketika menjalankan aktiviti ini... Rajah 3 : Model Ting – Ting Minda 3 ba 4 ku Dadu Minda 3 Bintang minda 2 Poket suku kata KV (la. Walaupun. AKTIVITI 3 .MODEL TING TING MINDA 3 • Murid baling buah dadu berlabel suku kata KV. Tiga orang daripada mereka telah mencatatkan peningkatan yang membanggakan daripada pencapaian Aktiviti Minda 1.pensel warna. Jumlah markah mereka dapat dilihat daripada jadual kad Minda 2.n. Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu. pencapaian bacaan tiga orang murid ini semakin meningkat. Ini membanggakan saya..… Poket huruf konsonan (k. Itulah. • Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang sekiranya betul sebutannya.d.Murid membatangkan perkataan yang diambil.Pilih suku kata KV dan baca perkataan yang dibina.

Mereka telah menunjukkan minat untuk membaca kad-kad bacaan dan bertolak ansur semasa bermain. Cari suku kata yang dipaparkan pada dadu. Jadual 3 : Analisa Pemerhatian Kad Minda Aktiviti 3 (Kemahiran KV+KV) Bil 1 2 3 4 5 Nama Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E P1 *** *** *** *** P2 *** *** *** *** *** P3 *** *** *** *** *** P4 *** *** *** *** *** P5 *** *** *** *** *** Jum 15 15 15 15 12 Refleksi Semasa Aktiviti Ting Ting Minda 3 dilaksanakan. Murid akan meneruskan lompatan ke petak 4 dan mengambil bintang sekiranya betul sebutannya. Ulang aktiviti kepada murid lain sehingga 5 pusingan Rajah 4 : Model Ting Ting Minda 4 & 5 • • • b Dadu Minda k 4 Bintang minda Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------3 Sekolah Rendah 9 . saya nak baca buku cerita”. ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca kemahiran suku kata KV KV. Berdasarkan jadual Kad Minda 3. Murid sebut dan langkah ke petak 1.sungguh tersentuh hati ini. 4 orang daripada mereka telah mencatatkan markah 100% dalam bacaan perkataan KV KV dalam permainan Ting Ting Minda 3 ini. AKTIVITI 4 : MODEL TING TING MINDA 4 dan 5 • • • • Murid baling buah dadu berlabel suku kata KV. Itulah kata-kata daripada tiga orang daripada mereka yang mengusik naluri saya. kerana rupa-rupanya saya telah berjaya memupuk minat untuk membaca pada aras kemahiran yang tinggi. di luar aras kemahiran yang saya kaji ini membanggakan saya.Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 3. boleh tak kalau saya belajar kat kelas ni aje. Maju setapak ke petak 2 .Pilih suku kata KVK dan baca perkataan yang dibina terbina. saya berasa sangat gembira dan terharu kerana murid saya menjalankan aktiviti ini dengan penuh keyakinan. Murid membatangkan perkataan yang diambil.”Cikgu. Contoh : Murid meneruskan lompatan yang ke petak 3 dan mengambil kad perkataan yang terbina.

keyakinan yang lahir kesan daripada permainan ini. 5. Walaupun aktiviti 4 adalah aktiviti yang tertinggi aras kemahiran bacaannya tetapi atas minat. Dua orang daripadanya yang amat lemah bacaan mereka pun telah mencatatkan keputusan yang membanggakan. di atas catatan pencapaian yang tinggi yang telah diperolehi oleh 5 orang murid sasaran kajian saya. terharu dan bangga. telah menyebabkan tiga daripada mereka mencatatkan keputusan 100%. Salah seorang murid yang baru sahaja meneruskan persekolahan setelah dua tahun tidak bersekolah juga telah menunjukkan minat untuk datang ke sekolah dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas saya serta boleh membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK walaupun pada awalnya tidak mengenal huruf a – z. ternyata aktiviti ini dapat mengukuhkan penguasaan membaca gabungan perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK pada tahap yang amat membanggakan.saya berasa sangat gembira .4 REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 10 . Murid telah berjaya mengecam dan membetulkan kesalahan yang sengaja guru lakukan untuk menguji penguasaan bacaan mereka.Pemerhatian Yang Dijalankan Berdasarkan pemerhatian daripada kad Minda 4. Jadual 4: Analisis Kad Minda (Kemahiran KV+KVK) Bil 1 2 3 4 5 Nama Pelajar A Pelajar B Pelajar c Pelajar D Pelajar E P1 ** *** *** *** * P2 ** *** *** *** * P3 *** *** *** *** * P4 ** *** *** *** ** P5 ** *** *** *** ** Jum 11 15 15 15 7 REFLEKSI Semasa Aktiviti Ting Ting Minda 4 dilaksanakan.

Hal demikian kerana mereka telah berjaya melepasi “halangan” iaitu kegagalan menguasai kemahiran membaca. Walau bagaimanapun. Sebelum kajian 100% murid hanya suka mendengar orang membaca manakala 100% murid tidak berminat untuk membaca. Inilah salah satu luahan kata yang telah diungkapkan oleh salah seorang murid kajian. “Cikgu dulu saya takut nak baca. Jadual 7 : Data Analisa Ujian Pra dan ujian Post Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 11 . menghilangkan rasa rendah diri. meningkatkan tahap kepuasan murid dan semangat untuk terus belajar. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa merentas kurikulum. selepas kajian 100 % murid suka membaca dan menyatakan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan.Jadual 5 : Analisa Data Temu Bual sebelum dan selepas kajian Analisa sikap Bil sebelum Bil selepas Kajian kajian % % % % Ya tidak Ya tidak 5/5 5/5 100 100 5/5 5/5 100 100 5/5 5/5 100 100 5/5 5/5 100 100 5/5 5/5 100 100 Sikap terhadap bacaan Sukakah kamu membaca Adakah membaca itu seronok Adakah pelajaran bacaan paling kamu minat Adakah kamu pandai membaca Sukakah kamu mendengar orang membaca Jadual 6 : Analisa Data Soal selidik sebelum dan selepas kajian Analisis sikap terhadap bacaan Sikap terhadap bacaan Sebelum Kajian Bil Bil % % Ya tidak 2/5 40 2/5 40 5/5 100 5/5 100 Selepas kajian % % Ya tidak 5/5 100 5/5 100 5/5 100 5/5 100 Tidak berminat Tidak suka mata pelajaran Bahasa Melayu Tiada keyakinan diri Tidak berminat untuk membaca Peningkatan minat membaca ini dapat dibuktikan berdasarkan daripada ke dua-dua jadual di atas. Sesungguhnya situasi yang memberi sinar harapan ini disumbangkan oleh keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam kaedah rawatan menggunakan teknik Ting Ting Minda. tetapi sekarang saya suka baca”. Pengaplikasian Ting Ting Minda dalam P&P telah meningkatkan motivasi.

rohani dan intelek. Selain daripada itu kaedah ini juga menjadi daya penggerak kepada pengukuhan bacaan murid. Saya dapat merangka rancangan pengajaran yang menarik minat murid kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Kebolehan mereka membaca 4 set bacaan perkataan suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK dengan cepat dan lancar dalam permainan ini amat di luar dugaan dan membanggakan saya. Aktiviti secara permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan murid. Lebih membanggakan saya ialah. emosi. Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan mereka berasa benarbenar berguna dan dihargai. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis perkataan berasaskan latih tubi membaca. iaitu peningkatan purata sebanyak 69/80 dalam Ujian Pos. Perasaan ini perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi. Saya juga berhasrat untuk membina model-model Ting Ting Minda lain dengan melengkapkan lagi model ini dengan Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------. Saya mencadangkan untuk mengguna pakai Teknik Permainan ini untuk mengajar kemahiran membaca pantun dan simpulan bahasa. seorang mencatatkan markah 64/80 manakala seorang lagi yang baru hadir ke sekolah setelah 2 tahun tidak bersekolah telah mencatatkan markah 50%. 4 orang daripada mereka telah berjaya ‘dikembalikan’ semula ke kelas biasa. guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. 3 orang daripada mereka mencatatkan pencapaian 100%. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.(Catatan Ting Ting Minda 1 hingga 4) (22/3/04 hingga 5/5/04) PRA NAMA 5/3/04 Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E % 38 50 50 50 0 RAWATAN KLINIKAL TING TING MINDA M1 (KV) % 67 100 100 100 60 M2 (KVK) % 80 100 100 100 40 M3 (KV+KV) % 100 100 100 100 80 M4 (KV+KVK) % 40 100 100 100 20 M5 (KV+KVK) 100 80 100 100 100 40 10/5/04 % 80 100 100 100 50 POS Manakala Jadual 7 di atas menunjukkan peningkatan yang amat ketara murid dalam Ujian Pra dan Pos. Rumusannya. 6. Maklum balas ini penting untuk tindakan susulan yang selanjutnya. aplikasi Ting Ting Minda dalam P&P Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan Khas secara tidak langsung telah membantu murid untuk menguasai 3M seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.12 Sekolah Rendah . saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Murid tidak lagi berasa takut untuk menyebut perkataan sambil bermain. Sesungguhnya aktiviti yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba. serta membaca ayat. untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani. untuk terus menghabiskan permainan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material (pujian dan sanjungan). seperti dalam mengajar membaca perkataan yang mengandungi diftong dan diagraf berganding.

Kaedah Cepat Membaca. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Manual IPP3M tahun3. kalau seorang guru mengajar tanpa alat .Onn. berkesan dan menyeronokkan. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.murid belajar dengan ralat”. Hashim Hj. Kaedah Pengajaran Bahasa Fajar Bakti Bahasa Malaysia. Raminah Hj. Kementerian Pendidikan Malaysia. Musa. Bahasa Melayu Tahun Satu (transisi) Asas Bacaan Fahaman dan Tulisan. Bacalah Sayang. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. Zahid Mohd.(bagi kegunaan program pemulihan khas Kementerian Pendidikan Malaysia). Sharifah Alwiah Alsagoff.Tatabahasa Perkataan. Sek. Heineman Asia. Abdullah. Dewan Jilid 2: Puan Hajah Juliani bt. Rendah Malaysia. Wan Mohd.Farid M. Akhir kata. serta melengkapkannya dengan soalansoalan serta kaedah yang lebih mencabar dan kreatif. Belajar Cara Belajar. Kreatif Kembara Sdn. Nurin Enterprise Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 13 . (1994) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Rahim Syam. Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas. Kursus Selan Osni. Associated Educational Distributors (m) Sdn. Nik Safiah Karim. BIBLIOGRAFI Buku panduan.unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik. Gabungan Majlis Guru Besar Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran . DBP Kuala Lumpur. (2000). Bhd. Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Sharida Sharudin. akan melahirkan pelajar yang dedikasi. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik.Kementerian Pendidikan Malaysia. Sabran. Noordin. Majid Konting. Bacalah Sayang. “guru yang kreatif. Bhd.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah 14 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->