1

BAB 1

PENDAHULUAN

Setelah Bahasa Melayu dipilih menjadi Bahasa Kebangsaan pada tahun 1956, beberapa pendekatan untuk memajukan bahasa telah dirancangkan. Bahasa yang dirancangkan akan melalui tiga peringkat utama. Keseluruhan proses ini dapat digambarkan seperti rajah berikut: Penilaian Masyarakat Bahasa

Perancangan

Pelaksanaan

Peringkat pertama adalah membuat keputusan dasar tentang bahasa yang hendak dirancang. Bagi Bahasa Melayu peringkat pertama dicapai pada kira-kira tahun 1956, apabila diambil persetujuan untuk menjadikannya bahasa kebangsaan negara baharu Malaysia, dan tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa. Peringkat kedua ialah pelaksanaan rancangan-rancangan yang telah disusun. Pada peringkat ini, pengekodan dan pemupukan Bahasa Melayu telah dilaksanakan. Pengkodan Bahasa Melayu bermaksud penyeragaman yang merupakan proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam dari aspek-aspek tatabahasa, ejaan, makna dan sebutan. Pemupukan bahasa bererti menumpukan perhatian pada ushaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Ini dilaksanakan terutamanya dengan pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya dalam bidangbidang teknikal. Peringkat ketiga ialah penilaian yang bermaksud peninjaun kembali terhadap hasil dan kesan aktiviti perancangan selanjutnya, di samping membaiki kelemahan-kelemahan yang sedia ada. Fokus kajian di sini adalah mengenai sintaksis yang merupakan salah satu cabang bahagian tatabahasa. Tatabahasa terdiri daripada dua bidang iaitu morfologi (bahagian pembentukan kata) dan sintaksis (bahagian pembentukan frasa dan ayat). Perkataan dan frasa disusun menjadi ayat-ayat yang merupakan sebahagian daripada penghasilan bahasa. Pada peringkat sintaksis, tiap-tiap bahasa dibekalkan dengan struktur-struktur ayat yang berupaya memperkatakan apa sahaja yang wujud dalam masyarakatnya. Kadangkala, cara pernyataannya

2 dapat dibaiki, diperluas untuk mencakupi aspek-aspek yang belum pernah dicapainya. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Bidang sintaksis juga merupakan satu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Di sini, cerpen yang bertajuk ”Keputusan” yang menceritakan pergelutan hati watak utama, Siti, untuk bertekad belajar dalam tingkatan enam dan mengambil STPM kerana pergalakkan dan nasihat ibu bapanya sedangkan kawankawannya pula menganggap belajar di tingkatan enam adalah tidak berstatus jika berbanding dengan belajar matrikulasi di universiti atau kolej swasta. Watakwatak dalam cerpen ini adalah segolongan pelajar lepasan SPM yang beria-ia masuk matrikulasi di universiti tetapi malangnya permohonan mereka telah ditolak. Dengan ini, struktur atau konstruksi ayat yang digunakan oleh pengarang lebih memfokuskan pada serlahan batin hati dan pergelutan hati watak-watak dalam cerpen ini. Dengan mengkaji nilai-nilai halus sintaksis yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen ini, kita harus menghuraikan sintaksis cerpen dari aspek struktur binaan ayat, pembahagian subjek dan predikat, ayat dasar dan ayat terbitan, susunan dalam ayat, urutan kata, perpindahan kata, ragam ayat dan jenis-jenis ayat.

manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa dan frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. Cikgu Haslina menarik nafas. Misalnya. . samaada ayat tunggal atau majmuk. Ayat-ayat tersebut mempunyai kata hubung yang mengabungkan dua klausa. 5. Aku hanya tersenyum lalu memeluk bonda tersayang. iaitu kertasnya. 2. dia berjaya juga walaupun terpaksa menerima pelbagai rintangan. Dalam (2). Kononnya. predikatnya pula mempunyai kata bantu dalam frasa adjektif.1 PENGENALAN HURAIAN SINTAKSIS Struktur Binaan Ayat Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. iaitu sudah usang. Semua pola ayat di atas. Kertasnya pun sudah usang. ayat (5) klausa pertama aku hanya tersenyum mengandungi subjek aku dan predikat hanya tersenyum merupakan klausa bebas atau klausa utama. frasa nama berfungsi sebagai subjek.3 BAB 2 2. Dalam (1) klausa kertasnya pun sudah usang mengandungi subjek kertasnya dan predikat pun sudah usang . Aku mengelak. aku dan Cikgu Haslina. Bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut. Ayat mengandungi klausa. 6. Dalam (1). Dalam (2) klausa Aku mengelak juga mengandungi subjek aku dan predikat mengelak. 3. Sesuatu binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa yang dikenali sebagai unsur atau konstituen. contoh ayat-ayat yang mempunyai satu klausa disebut sebagai ayat tunggal dan mematuhi peraturan tersebut adalah seperti berikut: 1. predikatnya menarik nafas adalah frasa kerja dengan satu objek. Dalam cerpen ini. Akhirnya. yuran tinggi mencerminkan kualiti ilmu dan sistem pembelajaran yang mantap. contoh ayat-ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa disebut sebagai ayat majmuk dan mematuhi peraturan tersebut adalah seperti berikut: 4. predikat mengelak adalah frasa kerja tanpa objek tetapi dalam (3).

Dalam contoh cerpen ini. Anis kerja kilang. harus diubah adalah predikat yang mempunyai maksud yang terserlah. Oleh itu. 12.4 Klausa kedua dalam ayat (5) memeluk bonda tersayang pula merupakan klausa tak bebas. Selain itu. Baru hendak menasihat orangnya pula tiada. Pengarang menggunakan ayat-ayat sebegini dalam cerpen supaya lebih mennujukkan gambaran yang sebenar yang selaras dengan budaya dan pemikiran watak-watak dalam cerpen. Secara tradisi. 2. perkara ini dan aku. ayat-ayat yang gramatis dan mengikut peraturan atau rumus binaan ayat Bahasa Melayu adalah seperti berikut: 7. Kedua-dua ayat di atas mempunyai frasa nama sebagai subjek iaitu. ”Kan bagus kalau emak faham perasaan Hanna. Perkara ini harus diubah. Tetapi dalam ayat (8). Tetapi kedua-dua ayat masih gramatis dalam bahasa. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. pemenggalan ayat dikenali sebagai pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat. predikatnya bermonolog sendiri mempunyai makna yang tersirat dan monolog sebenarnya adalah perkataan pinjaman dari bahasa komputer dan teknologi. Dalam ayat (7).” 10.2 Pembahagian Subjek dan Predikat Pembahagian subjek dan predikat bermaksud pemenggalan ayat kepada beberapa bahagian. samaada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan.” 11. Hendak teruskan perjuangan reformasi. Ayat-ayat tersebut sebenarnya tidak mematuhi peraturan atau rumus binaan ayat Bahasa Melayu tetapi ayat-ayat seperti ini selalu diucapkan dalam hari-harian dan diterima secara umum oleh masyarakat. Manakala. ”Yang lain menempah tiket ke U. ayat dengan subjeknya tidak mengandungi frasa nama tidak dapat diterima sebagai ayat dalam Bahasa Melayu. Aku bermonolog sendiri. Subjek sesuatu bentuk ayat adalah konstituen. ayat-ayat sebegini lebih mudah dipertuturkan untuk berkomunikasi. 8. ayat-ayat dalam ucapan atau batin hati dalam cerpen ini seperti: 9. .

Dalam ayat-ayat susunan biasa. Susunan biasa bermaksud binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar. 19. Bahasa Melayu biasanya mengikut urutan kata subjek+kata kerja+objek. konstituen yang menerima kata penegas mengalami proses pendepanan. Penegasan atau penekanan itu timbul dengan dua cara. ayat juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsang. suasana ucapan adalah biasa. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan. Walaupun . iaitu subjek mendahuli predikat.4 Urutan Kata Setipa pembentukan ayat ialah satu binaan atau konstruksi yang tersusun dan bersistem. Setiap bahasa mempunyai hukum atau rumus yang mendasari proses urutan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Abah dulupun mengalami zaman yang sama. 2. 21. sahaja dan lagi. dalam erti kata bahawa tidak terdapat penegasan atau penekanan yang khusus pada mana-mana unsurnya. Contoh-contoh ayat seperti berikut: 20. Perkara ini akan dibincang dengan lebih lanjut dalam binaan ayat. iaitu melalui proses pendepanan.5 2. -tah. dalam percakapan dan penulisan biasa terdapat penegasan dan penekanan yang dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis. Tetapi lazimnya. iaitu dengan cara menggunakan kata-kata ataupun dengan cara mengubah kedudukan susunan konstituen-konstituen ayat. -kah. juga. Kata-kata penegas yang biasa digunakan ialah -lah. seperti dalam contoh-contoh berikut: 18. Begitukah yang akan kamu katakan? Kata-kata penegas lain yang biasa digunakan ialah pun. Proses ini meliputi pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat. Pelajar baru lain pun begitu juga. Inilah yang patut kita kikis. Dalam penggunaannya. jua.3 Susunan dalam Ayat Dari segi bentuk susunan. Selain itu. Dalam susunan songsang unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Kedua-dua cara itu mungkin digunakan secara berasingan atau secara serentak.

Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. 52. Surat itu sudah lama kuterima. Aku menatap wajahnya. Namun begitu. Entah berapa liter air matanya tumpah. Contoh-contoh ayat aktif adalah seperti berikut: 51. OSK: 50. hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif adalah melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan. SOK. Contoh-contoh ayat adalah seperti: SKO: 22. OKS dan OSK. Dalam bidang sintaksis kejadian ayat aktif dan pasif tergolong dalam huraian ragam ayat. Cikgu Haslina menarik nafas. KOS. Derap langkah Cikgu Haslina mematikan ”mesyuarat tidak rasmi itu”. KOS: 48. . Surat itu sudah lama kuterima. Contoh-contoh ayat pasif adalah seperti berikut: 55. Dia masuk Tingkatan Enam.5 Ragam Ayat Kejadian ayat aktif dan ayat pasif juga mempengaruhi binaan ayat. KSO: 47. Aku melihat meja-meja di kiri dan kananku. 2. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul. KSO. aku tidak pasti. kita mendapati urutan kata SKO dan SOK adalah paling banyak berlaku menurut penyelidikan dan kajian. OKS: 49. iaitu pilihan salah satu daripada urutan yang berikut: SKO. Dia masuk Tingkatan Enam. Bagi Bahasa Melayu. 53. Meluncur sahaja kata-kata itu dari mulut si comel itu.6 dikatakan bahawa urutan kata dalam bahasa adalah berbagai-bagai. Berendam air matalah jawabnya. SOK: 46. 54.

jenis-jenis ayat dapat dibahagikan kepada empat . Contoh ayat tanya: 59. kita juga dapt membezakan pembentukan atau binaan ayat melalui jenis-jenisnya. Ayat tanya ialah ayat yang bertujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan. seolah-olah hendak meninju seseorang. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan sesuatu perkara. 61. Dalam Bahasa Melayu. takjub dan sebagainya. takut. 57.7 56. ayat tanya. 2. Genggaman tangan dikemaskan. Ayat perintah diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan. Satu demi satu ucapan abah dan emak ditayang kembali. Oleh itu. silaan. Contohnya: 60. Empat jenis ayat yang dimaksudkan ialah ayat penyata. ayat penyata sering dikenali sebagai ayat keterangan. bergantung pada jenis perintah yang digunakan. Iza! . Siapa hendak melunaskan bayaran hampir sepuluh ribu ringgit? Ayat perintah ialah ayat bertujuan memberi arahan atau untuk tujuan menimbulkan suatu tindakan. geram. bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga tujuannya. Pandangan kami terarah kepada sesusuk tubuh yang kian mendekat. Contoh ayat penyata: 58.6 Jenis-jenis Ayat Selain ragam ayat. Jangan kata macam tu. atau permintaan. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan. Cukup. ayat perintah dan ayat seruan. larangan. seperti marah.

Pertanyaan apa? 63. Pola-pola rangka ayat itu disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa. namun kesemua ayat yang terbentuk itu masih mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat dasar. Ayat dasar didefinisikan sebagai pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa itu. semua ayat.1 3.11 HURAIAN SINTAKSIS Binaan Ayat Ayat Dasar Oleh sebab bahasa sentiasa digunakan oleh manusia. maka. ayat pendek atau ayat panjang. iaitu dipertuturkan sebagai alat untuk berkomunikasi. Daripada pola-pola ayat itulah terbit ayat yang lain. bilangan ayat yang digunakan adalah tidak terhingga jumlahnya. Otak kamu semuanya otak komputer. dan dari segi panjang dan pendeknya dalam sesuatu bahasa.8 BAB 3 3. namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu. sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya. ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. pertanyaan merupakan subjek jenis frasa nama dan apa merupakan predikat frasa nama. Dalam ayat (34). Dalam cerpen ini. Dalam Bahasa Melayu terdapat empat pola ayat dasar seperti jadual berikut: Pola Pola 1 Pola 2 Pola 3 Pola 4 Subjek Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama Dalam Bahasa Melayu. contoh-contoh ayat dasar yang mematuhi pola 1 ialah seperti berikut: 62. Walaupun bilangan sesuatu ayat tidak ada hadnya. yang berstruktur biasa atau songsang. samaada yang pendek atau panjang. Dalam ayat (35) pula. pasti dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya iaitu salah satu daripada empat pola ayat dasar tersebut. otak kamu merupakan . yang berbentuk ayat mudah atau ayat kompleks.

dia. (37). mengelak. Aku sekadar meneka. (40) dan (41). (39). Iza. yuran merupakan subjek jenis frasa nama dan tidaklah cemerlang mana. Binaan ayat yang tunggal menyamai binaan ayat dasar. yang tinggi merupakan predikat frasa adjektif. Hanna. Semangatku kian marak. 68. Aku mengelak.12 Ayat Tunggal jenis frasa Seperti yang dibincangkan dahulu. Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia. Abah tersenyum. (38). (43) dan (44). ayat tunggal sebenarnya ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja. Ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain boleh diterbit daripada ayat dasar. Tawaran ke Kolej Warnasari. 69. 3. Contoh-contoh ayat dasar yang mematuhi pola 3 ialah seperti berikut: 70. sekadar meneka. aku. Abah merupakan subjek jenis frasa nama dan terpaksa. duduk. kian marak. Binaan ayat dasar mempunyai konstituen subjek yang mendahului konstituen predikatnya. manambah dan tersenyum merupakan predikat frasa kerja. Contoh-contoh ayat dasar yang mematuhi pola 2 ialah seperti berikut: 64. 71. Dia duduk. 66. 67. 72. tawaran merupakan subjek jenis frasa nama dan ke Kolej Warnasari merupakan predikat frasa sendi nama. 65. Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia tidaklah cemerlang mana. Dalam ayat (45). Dalam ayat (42). Contoh ayat dasar yang mematuhi pola 4 ialah seperti berikut: 73. Iza menambah. semagatku. iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu . Hanna terpaksa. Dalam ayat (36). Yuran yang tinggi.9 subjek jenis frasa nama dan otak komputer merupakan predikat nama.

Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada unsur kata nama. 47. 59. 52. Yuran yang tinggi. Abah tersenyum. 48. Hanna terpaksa. 51. Aku sekadar meneka. Rayuan ditolak. Cikgu Haslina menarik nafas. Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk. kata ganti nama.10 konstituen predikat. 53. Iza handak ke universiti? 55. 50. Oleh itu. Contoh-contoh ayat tunggal yang mempunyai subjek terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada unsur kata nama dalam cerpen ini adalah: 46. Saya terpaksa keluar. Aku mengelak. Tawaran ke Kolej Warnasari. 60. Pandangan kami terarah kepada sesusuk tubuh yang kian mendekat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. 62. Aku mencelah. 61. kata nama khas dan kata nama terbitan. . Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am. Iza menambah. 57. Kertasnya pun sudah usang. Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia tidaklah cemerlang mana. Contoh-contoh ayat tunggal yang mempunyai subjek terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada unsur kata ganti nama dalam cerpen ini adalah: 58. 54. Dia duduk. 49. boleh katakan semua ayat dasar adalah ayat tunggal. Semangatku kian marak. 56.

frasa adjektif dan frasa sendi nama. Berendam air matalah jawabnya. Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur seperti: frasa nama. Aku bermonolog sendiri. Aku memeluk emak kemas-kemas. Itu semua tak penting. 73. Contoh-contoh ayat tunggal yang mempunyai kata adjektif yang mengambil tugas kata nama sebagai subjek. 75. Aku cuba menyesuaikan diri. 81. Dia masuk Tingkatan Enam.11 63. 76. Saya sudah faham tabiat kamu. Penswastaan institusi pengajian tinggi. Sunyi seketika. Itulah yang terpapar di komputer anugerah Tuhan ini. Otak kamu semuanya otak komputer. 69. 70. frasa kerja. Aku terpinga-pinga. ialah: 79. Sempitnya minda kamu. 78. 66. 67. Aku terkedu. Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsurunsur kata kerja asal. 74. Aku meluru ke dapur. Aku tahu apa isi kandungannya. Contoh-contoh ayat tunggal yang mempunyai kata kerja yang mengambil tugas kata nama sebagai subjek. . Rendah kualitinya? 82. 64. Inilah yang patut kita kikis. kata kerja terbitan. 65. kata bantu dan unsur-unsur keterangan. ialah: 77. Binaan frasa nama yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat tunggal adalah seperti berikut: 80. 71. Itu tidak sepatutnya menjadi kayu pengukur. 68. Aku menatap wajahnya. 72.

perasaanya terhadapku. Aku Kata kerja terbitan: Subjek 87. 95. CPU aku Tingkatan Enam. Abah 90. boleh menerima frasa keterangan.12 Contoh ayat-ayat adalah seperti berikut: Kata kerja asal: Subjek Predikat Kata Kerja Tak Transitif/ Keterangan/Objek Kata Kerja Transitif duduk. Itulah yang terpapar di komputer anugerah Tuhan ini. Dia 85. transitif dan tak transitif. wajahnya. Jarijemarinya 91. Aku 88. Ia memangnya sudah terakam dalam minda. Hanna 89. 97. zaman yang sama. Predikat Kata Kerja Transitif cuba menyesuaikan meledakkan dulupun mengalami memicit-micitkan pantas memaparkan kembali Keterangan/Objek diri. peristiwa itu. Kata bantu: Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. kepalanya. 96. . Saya sudah faham tabiat kamu. masuk bermonolog menatap 83. sendiri. Aku meluru ke dapur. Dia 84. Iza hendak ke universiti? 93. 94. Unsur-unsur keterangan: Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja. Kelas sudah mula macam pasar ikan. Aku 86. 92.

Kedua-dua cara itu mungkin digunakan secara berasingan atau secara serentak. iaitu dengan cara menggunakan katakata ataupun dengan cara mengubah kedudukan susunan konstituen-konstituen ayat. suasana ucapan adalah biasa. 104. 103. Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. Dalam ayat-ayat susunan biasa. dari. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan. 99. Pendepanan seluruh predikat: Proses ini melibatkan seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek. Aku terpinga-pinga. Surat itu sudah lama kuterima. dalam erti kata bahawa tidak terdapat penegasan atau penekanan yang khusus pada mana-mana unsurnya. Tawaran ke Kolej Warnasari. Proses ini meliputi pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat. Semangatku kian marak. daripada. Cepat-cepat aku sambar. kepada. Berani sungguh dia.13 Binaan frasa adjektif yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat tunggal dengan frasa adjektif terdiri daripada kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda adalah seperti berikut: 98. dalam percakapan dan penulisan biasa terdapat penegasan dan penekanan yang dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. iaitu melalui proses pendepanan. Contoh-contoh ayat tunggal yang dinyatakan di atas semuanya adalah susunan biasa. Ayat tunggal juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. 100. dengan. pada. Penegasan atau penekanan itu timbul dengan dua cara. . ke. Dalam susunan songsang unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. 102. iaitu subjek mendahului predikat. untuk. 101. Kertasnya pun sudah usang. Tetapi lazimnya. oleh dan sebagainya. Kata sendi nama adalah seperti di.

Contoh-contoh ayat tunggalnya ialah: 114. kata kerja dengan objek atau kata bantu dengan kata kerja boleh mengalami proses pendepanan. 112. Berlinang air mataku. Terkocoh-kocoh Iza mendapatkanku? Pendepanan frasa sendi nama: Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan. Di tangannya juga terdapat senaskah akhbar. yang letaknya sesudah konstituen subjek. Tetapi susunan tersebut boleh diterbalikkan dengan meletakkan frasa adjektif iaitu kata adjektif sahaja atau kata bantu dengan kata adjektif di bahagaian hadapan ayat iaitu mendahului subjek. iaitu mendahului subjek. Dukacita permohonan anda untuk Kursus Pra Perdagangan di universiti ini ditolak. Pendepanan frasa kerja: Dalam proses ini. samaada sebagai predikat frasa sendi nama atau sebagai keterangan dalam predikat. . iaitu: pendepanan frasa kerja. 108.14 105. 110. Berseri-seri wajahnya. iaitu kata kerja sahaja. Pendepanan frasa adjektif: Dalam ayat susunan biasa. 113. Bulat anak mataku membaca perenggan ketiga. 107. Meluncur sahaja kata-kata itu dari mulut si comel itu. pendepanan frasa adjektif dan pedepanan frasa sendi nama. Pendepanan sebahagian daripada predikat: Pendepanan ini mengalami proses pendepanan secara berasingan. Contoh-contohnya: 109. Cepat menangkap. bahagian-bahagian dalam frasa kerja. Sempitnya minda kamu. Rendah kualitinya. Frasa sendi nama ini dalam susunan ayat biasa hadir pada konstituen predikat. Contoh-contohnya: 111. 106. kata adjektif hadir dalam konstituen predikat.

Ayat aktif terdiri daripada ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif. Hanna mengusul soalan. Dalam diam aku menyokong kata-kata Cikgu Haslina itu. Contoh-contohnya: 116. Aku meluru ke dapur. iaitu objek tepat dan objek sepi. Aku menatap wajahnya. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif.15 115. 120. Dari segi ragamnya. 118. Ada lagi golongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya. Objek sepi pula ialah objek yang menjadi penyambut secara tak langsung kepada kata kerja itu. iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. 121. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja transitifnya. iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut. ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ada dua jenis ayat aktif tak transitif iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. 122. 123. Dia masuk Tingkatan Enam. Aku cuba menyesuaikan diri. Nur Hanna meledakkan perasaanya terhadapku. Ayat aktif tansitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerjanya. Sifat inkuiri meluap-luap kembali. iaitu kata kerja itu boleh menerima kata penguat. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat tak transitif. CPU aku pantas memaparkan kembali peristiwa itu. 119. 125. Aku hanya dapat merenung sepucuk surat yang satu lagi. . 117. Contohcontohnya: 124. Ayat yang demikian mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh ciri adjektif. Jari-jemarinya memicit-memicitkan kepalanya.

. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti diri kedua terbentuk dengan kata ganti diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Satu demi satu ucapan abah dan emak ditayang kembali. (bukan contoh dalam cerpen) Selain empat unsur utama iaitu frasa nama.. Hal ioni demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasi di-. ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti diri kedua dan ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. frasa adjektif dan frasa sendi nama yang boleh membentuk predikat ayat tunggal. Surat itu sudah lama kuterima. Contoh-contohnya: 131. frasa kerja.-an. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Emak kehairanan. Contoh-contohnya: 127. Memang Cikgu Zikrilah yang paling aku sayang berbanding guru lain.16 126.dan ke-.dan ter-. Ayat-ayat pasif dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. 132.. Ayat pasif juga boleh dibentuk kata kerja yang mengandungi imbuhan ber. 128. Abah meluru masuk. Contohcontohnya: 133. 129. Peristiwa itu tergambar semula.. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di. 130. kata nafi dan kata . Dia kena tipu. Genggaman tangan dikemaskan.. Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena ialah ayat yang mengandungi perkataan kena di hadapan kata dasar yang tidak menerima awalan.

kamu tidak memanfaatkan segala yang kamu miliki. kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi kecuali dalam binaan adalah+kata nafi+frasa adjektif. 137.17 pemeri juga merupakan dua unsur pilihan yang bertugas membentuk predikat ayat tunggal. secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata pemeri adalah. Kadangkala kata nafi bukan juga hadir bagi menafikan frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-duanya mendukung maksud ”pertentangan maklumat”. Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat itu. 3. Selepas peristiwa ngeri itu aku tidak lagi menjadi ahli Kelab Taekwondo sekolah.13 Ayat Majmuk Dalam penggunaan bahasa dalam sehari-hari. 141. Awak masih tidak mengerti apa yang ingin saya katakan. 140. Pemerihalan dibuat melalui dua cara: secara persamaan atau ekuatif dengan menggunakan kata pemeri ialah. Kita sering juga menggunakan ayat-ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicantumkan. Tetapi malangnya. Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau penhubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata nafi bukan boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama manakal kata nafi tidak menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Kamu bukannya budak-budak lagi. 139. 142. 138. Kamu tidak bersemangat lansung hendak belajar. Pada uumumnya. Anak sendiri tak macam anak orang lain. Ada dua bentuk kata nafi iaitu bukan dan tidak. 135. Malah kita menggunakan . Contoh-contohnya: 134. kita tidak menggunakan ayat-ayat tunggal sahaja. 136. Pertanyaanku tidak berjawab. Kamu semualah bukan pelajar yang kurang mampu menerima pelajaran. Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia tidaklah secemerlang mana.

Soal ekonomi gawat. 148. Ayat sebegini dikenali sebagai ayat majmuk. kononnya tidak setaraf. Kata abah sambil merenjiskan sedikit maklumat kepadaku. dia berjaya juga walaupun terpaksa menerima pelbagai rintangan. sambil dan sebagainya seperti dalam contoh-contoh berikut: 143. .18 beberapa ayat tunggal atau sekumpulan ayat tunggal dalam percakapan kita hari-hari. Ada tiga jenis majmuk pancangan dalam bahasa Melayu. 147. Akhirnya. yuran tinggi mencerminkan kualiti ilmu dan sistem pembelajaran yang mantap. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan. ayat komplemen dan ayat keterangan. ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. mestilah ambil tahu tetapi janganlah sampai mengabaikan soal pelajaran. 146. atau. Ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Tiga jenis ayat majmuk utama ialah: ayat majmuk gabungan. tetapi. 150. Kononnya. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat-ayat itu tidak sama. Malah penempatan bilik dan asrama selalu didahulukan kepada calon yang memiliki sijil tersebut. Pelajar yang berotak komputer tidak layak memasuki Tingkatan Enam. Ayat relatif ialah ayat yang dikenal dengan penggunaan perkataan yang seperti dalam contoh-contoh berikut: 149. 145. Pelajar yang cerdik dihantar ke menara gading. 144. Bukan sahaja kelulusan sahaja yang perlu dititikberatkan tetapi juga kemahiran. yang ditentukan oleh cara pembentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan iaitu ayat relatif.

Ayat majmuk pasif boleh terdiri daripada ayat majmuk . dia berjaya juga walaupun terpaksa menerima pelbagai rintangan. 156. 154. 157. Contoh-contoh yang diberikan dalam huraian di atas merupakan contoh-contoh ayat majmuk aktif. Hubungan antara ayat-ayat ini adalah seperti yang berikut: Ayat induk+Kata hubung+Ayat keterangan. Perhatikan contoh-contoh berikut: Bukankah itu suatu bukti yang nyata bahawa sijil tersebut mempunyai nilainya yang tersendiri? Ayat keterangan ialah ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. iaitu campuran ayat tunggal dan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Perhatikan contoh-contoh: 152. Contoh-contoh ayat ialah: 158.19 Ayat komplemen disertai penggunaan beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen. 153. Akhirnya. Terdapat dua 151. kata komplemen dalam Bahasa Melayu iaitu bahawa. Ujarku sambil meletakkan beg di kerusi. Pelajar cemerlang yang ramai menjadi suatu peluang bagi mereka untuk menindas orang lain! Yang penting ialah kemahuan dan uaha yang gigih untuk mencapai matlamat. Cikgu minta maaf sekiranya ucapan cikgu menyinggung perasaan. 155. Kadang kala kita mesti memandang ke bawah untuk menginsafi diri. Kesemua ayat aktif ini jika mengandungi kata kerja transitif boleh dijadikan ayat pasif. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Kamu tidak akan rugi jika bergaul dengan pelajar yang tidak berotak puntar kerana mereka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tidak semestinya ada pada diri kamu.

161. Aku menatap wajahnya. 167. 160. Yang pastinya kecemerlangan sesuatu sekolah. 169. ayat majmuk komplemen dan ayat majmuk keterangan. Dia masuk Tingkatan Enam.2 Jenis-jenis Ayat Ayat-ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti berikut: I. CPU aku pantas memaparkan kembali peristiwa itu. Hanna mengusul soalan. Ayat tanya III. Malah penempatan bilik dan asrama selalu didahulukan kepada calon yang memiliki sijil tersebut. STPM merupakan satu sijil yang membolehkan seseorang pelajar masuk ke U tanpa ditemuduga terlebih dahulu. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Aku cuba menyesuaikan diri. 166. soal yuran atau nama yang ada pada mereka. 163. Jari-jemarinya memicit-memicitkan kepalanya. Contoh-contohnya: 162. Aku hanya dapat merenung sepucuk surat yang satu lagi. ayat majmuk relatif.20 gabungan. . Ayat perintah IV. institusi pengajian tinggi awam atau swasta ditentukan oleh pelajarnya bukan kerana bangunan baru. Ayat penyata II.22 Ayat tanya Nur Hanna meledakkan perasaanya terhadapku. 3. 168.21 Ayat penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat seruan 3. 165. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. 3. Contoh-contoh ayat adalah seperti berikut: 159. 164.

Contoh-contohnya: 182. berapa. bagaimana dan selainnya. 171. 175.21 Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Siapa hendak melunaskan bayaran hampir sepuluh ribu ringgit? Kenapa kerajaan tidak memansuhkan sahaja tingkatan tersebut? Apakah mereka tidak layak untuk berkongsi ilmu dengan kamu? . 173. mengapa. 183. 181. Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya –kah. 179. 172. Siti? Hendak bergelumang dengan angka setiap hari di matrikulasi? Kamu fikir Tingkatan Enam di sekolah ini tidak berstatus? Rendah kualitinya? Masih di pejabatkah dia sekarang? Terkocoh-kocoh Iza mendapatkanku? Begitukah yang akan kamu katakan? Bukankah itu suatu bukti yang nyata bahawa sijil tersebut mempunyai nilainya yang tersendiri? Ayat tanya dengan kata tanya: Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada ayat tanya dengan kata ganti nama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. 178. Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. 184. yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Contoh-contoh ayat adalah seperti berikut: 170. siapa. Ayat tanya tanpa kata tanya: Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. 176. 174. 177. 180. Iza hendak ke universiti? Apa yang ada? Tahu tak? Anis sengaja nak ke mari? Macam mana dengan kau.

Tetapi kerana tujuan penegasan. Ayat larangan Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan. Ayat permintaan Siti. 189. kamu. Ayat suruhan Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Ayat perintah boleh terdiri daripada ayat suruhan. . Ayat silaan Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat-ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping mengaskan predikat. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak. ayat silaan dan ayat permintaan. 3. engkau dan selainnya yang biasanya digugurkan.22 185. atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak.23 Mana Anis? Bagaimana dengan rancanganku? Ayat perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Contoh-contohnya: 187. Contohnya: 188. Jangan lupakan Iza tau! Jangan kata macam tu. engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Fikirkanlah! Cikgu tidak memaksa. kamu. sila baca ini. 190. 186. ayat larangan. subjek boleh diucapkan. usah.

seperti takut. Ia adalah satu bidang yang penting dalam penganalisisan sesuatu bahasa. Contohnya: 192. amboi. (contoh dari luar teks cerpen) Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan. marah. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat. apa yang hendak dihairankan! BAB 4 KESIMPULAN Bidang sintaksis ialah satu bidang yang mengkaji persoalan bentuk. aduh. Iza! Siti ingat. 194. 195. Anis sengaja nak ke mari?! Dafterlah segera! Kami akan buat tindakan! Itulah dunia.23 Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti dalam contoh-contoh berikut: 191. eh. syabas dan sebagainya. sakit. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan . cis. takjub. 196. dan sebagainya. wah. geram. sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak.24 Ayat seruan Tolong tutup pintu depan itu. 3. struktur dan binaan ayat. Cukup. Kata seru yang sering digunakan ialah oh. 193.

. Asmah Hj. kita juga boleh mengkaji bentuk. ayat perintah. Cerpen yang bertema ”Kepututsan” ini diambil sebagai bahan kajian sebenarnya telah membolehkan kita mengkaji dalam kedua-dua bidang tersebut kerana berbagai-bagai jenis dan ragam ayat seperti ayat penyata. nilai-nilai sintaksis dalam Bahasa Melayu adalah perlu dipentingkan dan selalu dikaji supaya kedudukannya dan penggunaannya lebih kukuh dan mantap. 2.24 tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. The Hague: Mouton. Ia terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna. ayat aktif . Chomsky. Dari segi nilai kehalusan dan isu tersirat yang disampaikan melalui cerpen ini. ayat seruan. Omar. Morfologi-Sintaksis Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia: Satu Perbandingan Pola. ayat pasif dan sebagainya semuanya terdapat dalam cerpen ini dan dapat dikaji dengan teliti. (1980). ayat gabungan. BIBLIOGRAFI 1. Ia telah menggunakan ayat-ayat yang menunjukkan percakapan seharian yang lebih menggambarkan pergelutan dan keadaan watak-watak tertentu dalam cerpen ini. Selain itu. (1957). ayat tanya. ia juga telah menggunakan ayat-ayat yang serasi dengan kebudayaan masyarakat di Malaysia. struktur dan binaan ayat dalam cerpen ini dengan menghuraikan ayat tunggal dan ayat majmuk secara terperinci. Daripada berbagai-bagai jenis dan ragam ayat ini kesemuanya boleh bersifat ayat terbitan tetapi hanya jenis ayat penyata dan ragam ayat aktif sahaja yang boleh menjadi ayat dasar. Syntatic Structures. Kesimpulannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noam. Ayat sebenarnya terbahagi kepada dua golongan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

25 3. . Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Safiah. (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik dll.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful