You are on page 1of 35

FINAL MASYARAKAT SIVIL

1. Prinsip & t/jawab individu sebagai masyarakat sivil.


DEFINISI (masyarakat)
Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan
komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu
merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia
bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu.
Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial. Oleh kerana
sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup
menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti
kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika
nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut
sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.
Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas, "perhubungan baik
dengan orang lain". Perkataan societas diambil dari socius yang bererti "teman", maka
makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial. Ini
bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai
kepentingan dan matlamat yang sama. Maka, masyarakat selalu digunakan untuk
menggambarkan rakyat sesebuah negara.Walaupun setiap masyarakat itu berbeza,
namun cara ia musnah adalah selalunya sama: penipuan, pencurian, keganasan,
peperangan dan juga kadangkala penghapusan etnik jika perasaan perkauman itu timbul.
Masyarakat yang baru akan muncul daripada sesiapa yang masih bersama, ataupun
daripada sesiapa yang tinggal.
DEFINISI (Sivil)
Di dalam Bahasa Inggeris, tamadun ialah civilization yang berasal daripada
perkataan civitas, civil, dan civic. Civitas bermaksud bandar. Civil pula ialah sesuatu yang
berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Manakala civic pula membawa maksud
kehidupan rasmi dan hal ehwal bandar.
Berasal daripada perkataan ‘madana’ dari Bahasa Arab yang bermaksud
kehalusan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Ia juga diambil daripada kata dasar
‘tamaddana’ , ‘yatamaddanu’ dan ‘tamaddunan’. ‘Tamaddana’ bermaksud pemilihan
sesuatu tempat untuk didiami. ‘yatamaddanu’ pula bermaksud membangunkan sesuatu
kawasan hingga menjadi Bandar. Sementara ‘tamaddunan’ pula membawa maksud
fenomena perubahan sesuatu masyarakat daripada liar kepada mesyarakat yang maju.
Menurut kamus dewan edisi keempat. Sivil ialah berkaitan dgn orang awam atau
orang biasa, berkaitan dgn rakyat sbg orang perseorangan: para pemimpin autoritarian
gemar mencari alasan utk mengurangkan hak ~ dan politik; pentadbiran kehakiman ~ yg
kita warisi drpd sistem kehakiman Inggeris;

DEFINISI 1 (masyarakat sivil)

Apa itu masyarakat sivil? Mengikut Edward (2004), masyarakat sivil adalah
merupakan ruang yang wujud diantara pihak kerajaan dan rakyat biasa. Ruang ini
dikenali sebagai ruang awam. Masyarakat sivil ini dikatakan amat penting di dalam
menjaga kepentingan negara. Ia dikatakan sebagai “watchdog” atau pemerhati kepada
tindak tanduk pihak kerajaan. Ia juga dikatakan sangat penting kepada sesebuah negara
kerana dianggap sebagai pengimbang kepada pihak kerajaan. Kenyataan-kenyataan ini
memang tidak dapat disangkalkan kerana golongan masyarakat sivil atau NGO amat
penting kerana ia adalah merupakan saluran bagi memperjuangkan hak rakyat.

DEFINISI 2 (masyarakat sivil)

Ernest Gellner pula memberikan takrifan bahawa masyarakat sivil sebagai


masyarakat yang terdiri daripada pelbagai institusi bukan pemerintah yang cukup kuat
untuk mengimbangi negara. Walaupun ia bukan bertujuan menghalang negara
memenuhi dan melaksanakan peranannya sebagai penjaga keamanan dan keselamatan
serta bertindak sebagai hakim atau pengadil antara negara dan rakyat, masyarakat sivil
tetap dapat menghalang usaha-usaha mendominasi warganya. Gerakan masyarakat sivil
juga dikenali sebagai saluran penyertaan rakyat dalam pelbagai perkara seperti politik,
sosial dan ekonomi selain mampu memberi kesan kepada hubungan kerajaan dan rakyat.
Model ini dikembangkan oleh Alexis De Tocqueville berdasarkan pengalaman demokrasi
di Amerika Syarikat yang merupakan kewujudan kelompok-kelompok sukarela dalam
masyarakat yang membuat keputusan di peringkat tempatan dan menghindari campur
tangan pemerintah. Takrifan lain yang diberikan terhadap masyarakat sivil adalah
kemampuan untuk hidup berpersatuan secara umumnya dan tabiat berkumpulan itu
bagi menggalakkan ketertiban tindakan sesuatu masyarakat di dalam sebuah amalan
politik yang demokratik.  Model ini dikemukakan oleh Adam Ferguson di pertengahan
abad ke-18 dengan latar belakang kemunculan masyarakat kapitalisme yang mengalami
penghakisan dari segi tanggungjawab sosial dan berkembangannya pengaruh
individualisme.  Dengan itu, Ferguson membayangkan masyarakat sivil sebagai
masyarakat yang hidup dengan ciri-ciri solidariti sosial yang kuat, bermoral tinggi dan
sebagainya. 

KONSEP MASYARAKAT SIVIL

Konsep masyarakat sivil ini telah digunakan dengan meluas sebagai konsep
deskriptif untuk menilai keseimbangan antara kuasa negara dan persatuan atau badan
persendirian. Bagi tradisi liberal, masyarakat sivil dikaitkan dengan pilihan, kebebasan
dan tanggungjawab individu. Ini menjelaskan mengapa masyarakat sivil yang sihat dan
kuat merupakan ciri penting kepada demokrasi liberal dan liberal klasik khususnya
mempunyai rujukan moral kepada masyarakat sivil terhadap negara yang diterjemahkan
melalui hasrat untuk meminimakan ruang kuasa negara dan memaksimakan ruang
persendirian.  Kumpulan-kumpulan sukarela, pergerakan sosial, media massa dan lain-
lain institusi bukan kerajaan dapat berfungsi tanpa kawalan kerajaan. 

Ciri-ciri utama masyarakat sivil adalah kewujudan NGO sebagai aktor utama
dalam memainkan peranannya untuk menciptakan ruang yang seluas-luasnya dalam
berkomunikasi di antara kalangan orang awam dengan kerajaan. Ruang komunikasi ini
berkaitan dengan masalah-masalah kemasyarakatan yang dilakukan secara bebas dan
berdikari dari campur tangan mana-mana pihak.

Ciri-ciri
1. Free public sphere (ruang awam yang bebas), iaitu masyarakat memiliki akses
penuh terhadap setiap kegiatan awam, iaitu berhak dalam menyampaikan
pendapat, berkumpul, serta menyebarkan informasi kepada awam.
2. Demokrasi, iaitu proses dimana para anggotanya menyedari akan hak-hak dan
kewajibannya dalam menyuarakan pendapat dan mewujudkan kepentingan-
kepentingannya.
3. Toleransi, iaitu sikap saling menghargai dan menghormati pendapat serta aktiviti
yang dilakukan oleh orang/kelompok lain.
4. Pluralisme, iaitu sikap mengakui dan menerima kenyataan masyarakat yang
majmuk disertai dengan sikap tulus.
5. Keadilan sosial (social justice), iaitu keseimbangan dan pembahgian antara hak
dan kewajiban, serta tanggung jawab individu terhadap lingkungannya.
6. penyertaan sosial, iaitu penyertaan masyarakat yang benar-benar bersih dari
penerapan unsur-unsur, perbuatan menakut-nakutkan orang, ataupun
campurtangan penguasa/pihak lain.
7. Kuasa menghukum, iaitu upaya untuk memberikan jaminan terciptanya keadilan
8. Sebagai pengembangan masyarakat melalui upaya peningkatan pendapatan dan
pendidikan
9. Sebagai perakuan bagi masyarakt yang teraniaya dan tidak berdaya membela hak-
hak dan kepentingan
10. Menjadi kelompok kepentingan atau kelompok penekan

PERANAN MASYARAKAT SIVIL (t/jwb)


a) Peranan masyarakat sivil dalam pendemokrasian malaysia
Dari segi bahasa, masyarakat sivil dapat di klasifikasikan sebagai masyarakat yang
mengetahui hak nya dan secara aplikasinya pula ia dapat di gambarkan sebagai medan
organisasi massa diantara Kerajaan dan masyarakat awam. Weiss & Saliha(2003:28)
memberikan takrifan jelas berkenaan masyarakat sivil iaitu peranan yang di mainkan
oleh organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) sebagai perantara diantara rakyat
bawahan dan Kerajaan tanpa mengambil kira partisipasi di dalam mana-mana parti
politik. Diantara tugas yang di jalankan oleh NGO ialah mendesak dan memantau
Kerajaan di dalam menggubal sesuatu polisi yang boleh di kira merugikan rakyat. Tugas
yang di mainkan oleh masyarakat sivil ini amat besar kepentingan nya kepada sistem
demokrasi di mana ia menjadi instrumen kepada mempercepatkan proses
pendemokrasian sesebuah negara.
Sistem demokrasi telah melalui pelbagai negara dan merentasi pelbagai era di seluruh
dunia. Walaupun seringkali di persoalkan keberkesanan nya di dalam memberikan
keadilan dan kesamarataan kepada negara-negara khususnya negara-negara sedang
membangun, namun keseluruhan negara sedang membangun secara teorinya
mengamalkan sistem demokrasi walapun terdapat ketempangan didalam aplikasinya dan
bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi itu sendiri. Di Malaysia, peranan
masyarakat sivil keatas pendemokrasian dapat di kesan melalui usaha-usaha yang di
mainkan oleh NGO di dalam memartabatkan hak asasi manusia. Di dalam
mempercepatkan proses pendemokrasian di Malaysia, NGO memainkan peranan nya
sebagai pendesak kepada ketelusan Kerajaan Malaysia. Ini dapat di lihat melalui peranan
gabungan pertubuhan badan bukan Kerajaan dan parti pembangkang untuk pilihanraya
bersih dan telus (BERSIH) yang menggesa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
memperkenalkan sistem pencelupan jari dengan dakwat untuk dalam pilihanraya ke 12
bagi usaha membasmi kewujudan pengundi hantu. Perkara ini di lakukan kerana, di
dalam menuju sistem demokrasi yang tulen, pilihanraya yang adil dan bersih menjadi
salah satu tonggak kepada aplikasi demokrasi di dalam sesebuah negara.
Sebagai kumpulan pendesak, peranan masyarakat sivil sebagai “watchdog” dan
pengimbang kepada kuasa Kerajaan memungkinkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak
Kerajaan dapat di elak kan. Ini secara tidak langsung mendorong kepada proses
pendemokrasian yang mapan di Malaysia. Kua (2005:19) memberikan tafsiran bahawa,
kaedah yang di lakukan oleh masyarakat sivil seperti demonstrasi aman, pengedaran
risalah kempen dan mengadakan rapat umum menyebabkan sesetengah kempen
mereka berjaya menarik perhatian Kerajaan kerana tekanan yang di terima dari
masyarakat antarabangsa. Ini sekaligus menjelaskan betapa peranan yang di mainkan
oleh masyarakat sivil dapat menyebabkan pendemokrasian di sesebuah negara. Sebagai
agen kearah proses pendemokrasian negara, masyarakat sivil seringkali di lihat sebagai
pengimbang kepada kuasa Kerajaan selain dari pihak pembangkang. Gerakan sivil yang
berjuang bukan diatas kapasiti parti politik, seringkali memberikan kritikan yang
membina dan berusaha memantau penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan. Terdapat di
dalam kes-kes tertentu, masyarakat sivil di Malaysia memainkan peranan sebagai
pembela kepada masyarakat minoriti yang tertindas. Dahl (1989) menggariskan bahawa
di dalam sesebuah sistem demokrasi itu, perlulah wujud pembelaan keatas kebajikan
minoriti yang menjadi rakyatnya. Di dalam konteks pendemokrasian di Malaysia, gerakan
sivil memainkan peranan aktif di dalam membela kepentingan golongan minoriti yang
seakan di abaikan oleh pihak penguasa
b) peranan masyarakat sivil Dalam hubungan dengan negara
Muhammad Hikam (1996, dipetik Mustaffa Omar) menyatakan bahawa masyarakat sivil
merupakan wilayah-wilayah kehidupan sosial yang tersusun. Menurut Hikam dalam
hubungan dengan Negara, peranan masyarakat sivil:
1. Sebagai pelengkap dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang terarah-
melengkapkan peranan Negara.
2. Sebagai pengganti- melakukan aktiviti-aktiviti yang belum atau tidak dilakukan
Negara.
3. Sebagai kuasa penanding-advokasi (perakuan), litigasi(proses pembicaraan
undang-undang di mahkamah) dan adakalanya tindakan mencabar bagi
mengimbangi hegemoni(pengaruh atau dominasi) Negara.

2. NGO (makna,prinsip n contoh2 ngo)

Definisi:
Badan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai non-governmental
organization (NGO). Badan bukan kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk
berasaskan kepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan,
tidak menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan
dan tidak membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. NGO
merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak
mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Ada NGO yang dibiaya oleh
kerajaan tertentu, namun keahlian pertubuhan sebegini tidak terbuka kepada mana-
mana pihak kerajaan.

Prinsip
Apa yang penting bagi sesebuah badan bukan kerajaan adalah untuk mewakili
kepentingan golongan-golongan tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam
pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam sistem politik negara. Tambahannya,
kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak langsung meringankan bebanan kerajaan,
menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi.

Badan bukan kerajaan dapat dihuraikan tujuannya berdasarkan teori pluralisme


iaitu satu keadaan yang mana terdapat pelbagai kumpulan berkepentingan dalam satu
arena politik. Seterusnya, kumpulan-kumpulan ini bersaing untuk mempromosikan
kepentingan masing-masing dan ia mempengaruhi pembentukan undang-undang dan
dasar-dasar kerajaan. Kenyataan ini secocok dengan pendapat Baradat (1979), bahawa
proses pembuatan keputusan merupakan satu keadaan persaingan yang mana terdapat
pelbagai kumpulan pendesak mewakili kepentingan masing-masing untuk menghasilkan
dasar kerajaan yang merupakan satu bentuk manifestasi dan kompromi terhadap
tuntutan kumpulan-kumpulan tersebut. Dalam hal ini, kerajaan mesti bersifat bebas agar
dasar yang dibentuk tidak bersifat bias.

Terdapat pelbagai penggunaan kaedah oleh badan bukan kerajaan untuk menarik
perhatian pembuat-pembuat dasar. Badan bukan kerajaan telah menggunakan teknik
melobi, demonstrasi dan menarik perhatian umum seperti pengedaran risalah, syarahan
umum dan promosi kepada orang awam. Maka, kaedah-kaedah ini akan dapat
merealisasikan hasrat badan bukan kerajaan untuk mencapai matlamat dan kepentingan
masing-masing dalam isu pembangunan.

Badan-badan bukan kerajaan diabsahkan (disahkan) kewujudannya berdasarkan


peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 10. Kebebasan untuk
bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Walaubagaimanapun, badan bukan
kerajaan harus mendaftarkan kumpulan melalui Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia
(JPPM) berdasarkan kehendak Akta Persatuan 1966. Setelah itu, badan bukan kerajaan
akan diiktiraf sebagai sebuah badan yang berautoriti.
NGO adalah satu medium bagi penyertaan sosial dan politik rakyat demi
menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan pihak kerajaan. Banyak juga NGO
ditubuhkan bagi membantu pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, bahkan sesetengahnya
pula diwujudkan sendiri oleh kerajaan atas sebab pelbagai kepentingan politik,
pentadbiran dan pelaksanaan dasar kerajaan. Namun ada juga NGO yang diasaskan atas
tujuan mencabar kelemahan-kelemahan kerajaan atau menawarkan ideologi alternatif.

Peranan NGO
Peranan NGO di Malaysia juga amat penting dalam penentuan bentuk demokrasi
negara dan nasib rakyat jelata. NGO boleh memainkan peranan yang tidak dapat
dimainkan oleh parti-parti politik kerana NGO merupakan satu kuasa non-partisan. NGO
boleh menggunakan sifat non-partisan ini untuk menyatupadukan parti-parti politik yang
menganut kepercayaan politik yang berlainan. Kadang-kadang rakyat merasa lebih selesa
dan lega untuk berjuang bersama NGO juga kerana sifat non-partisan ini. Walau pun
NGO bukan parti politik, tetapi mereka juga tidak boleh berpisah daripada prinsip yang
saya sebut tadi. NGO juga perlu berjuang atas nilai-nilai sejagat seperti demokrasi,
keadilan, kebebasan, kesaksamaan, setiakawan dan keamanan. Kesejahteraan rakyat
juga merupakan matlamat muktamad mereka.
Secara umumnya, NGO di Malaysia bergiat dan membabitkan diri dalam
persoalan-persoalan alam sekitar, perlindungan dan hak pengguna, hak asasi manusia,
isu-isu pembangunan dan gerakan feminisme. Mengikut Syed Husin Ali, corak dan sifat
kerajaan yang autoritarian adalah antara punca kemunculan NGO yang pesat di Malaysia
selain faktor ideologi pembangunan yang dianut kerajaan sejak 1970-an lagi.
Perkembangan ini juga dikaitkan dengan fenomena global mengenai gerakan perubahan
masyarakat khususnya apa yang berlaku di Barat yang disebut juga sebagai lahirnya era
new politics. Bagaimanapun, NGO dalam pengertian pertubuhan bukan kerajaan an sich
(maksudnya tanpa adanya dikotomi NGO politik dan bukan politik) sudah wujud sejak
sebelum merdeka lagi. Apa yang ketara dalam kedinamikan perjalanan NGO dalam masa
yang cukup panjang itu adalah berlakunya sebuah proses transformasi ideologis dan
sosiologis berikutan semakin membaiknya tingkat pendidikan dan ekonomi rakyat negara
ini.
Dilihat dari sifat dan agenda perjuangannya, terdapat dua kategori NGO iaitu
NGO politik (political NGOs) dan NGO bukan politik (apolitical NGOs). Pengkategorian ini
berdasarkan kepada isu-isu yang diperjuangkan dan matlamat utama yang menjadi
halatuju organisasi. Menurut Saliha, NGO politik merujuk kepada penglibatan mereka
kepada isu-isu yang berkaitan dengan politik, sosial, ekonomi dan pentadbiran sama ada
secara langsung dan sengaja atau secara kebetulan dan berpilih-pilih. Manakala NGO
bukan politik tidak melibatkan diri secara langsung dalam proses politik negara namun
sebaliknya menumpukan perhatian terhadap isu-isu kebajikan, khidmat masyarakat,
rekreasi, kebudayaan, kepenggunaan dan perdagangan. Bidang-bidang yang dikerjakan
NGO bukan politik ini bersifat melengkapi dan mengisi kerja di bahagian-bahagian yang
selama ini kurang mendapatkan tumpuan institusi pemerintah seperti kempen masalah
kesihatan, alam persekitaran dan kesejahteraan sosial.
Bagaimanapun, di Malaysia NGO lebih popular dalam kategori NGO politik kerana
pelbagai aktivitinya yang menyerlahkan dimensi politiknya berbanding NGO bukan politik
kerapkali mendapat perhatian pihak kerajaan. Ini adalah wajar memandangkan aspek-
aspek politik biasanya menarik minat orang ramai untuk mengetahui perkembangan
semasa politik negara apatah lagi apabila ia mendapat liputan dari media massa. Oleh
itu, kewujudan dan peranan NGO politik di Malaysia kerana sifatnya yang sedemikian
seringkali mengundang kecurigaan dan tidak disenangi kerajaan. Dalam banyak hal, NGO
yang bersifat politik terutama bagi NGO yang ditubuhkan dengan tujuan menciptakan
ideologi alternatif, boleh dikatakan cenderung antagonistik terhadap dasar-dasar
kerajaan yang dianggap tidak sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi.

JENIS-JENIS BADAN BUKAN KERAJAAN

a) Malaysian Trade Union Congress (MTUC) Kesatuan Sekerja

Malaysian Trade Union Congress (MTUC) atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
merupakan gabungan kesatuan sekerja bagi pekerja-pekerja seluruh Malaysia dengan
500, 000 keahlian. Kesatuan sekerja ini telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966
yang mana pada awal penubuhannya dikenali sebagai National Trade Union
Organisation. Kesatuan sekerja ini penting untuk menunjukkan kesatuan berdasarkan
prinsipnya iaitu ‘Unity is Strength’. Antara pemimpin MTUC ialah P. Narayanan dan Zainal
Rampak.

MTUC berperanan dalam banyak perkara yang melibatkan isu pembangunan


dalam kumpulan pekerja di Malaysia. Pertama, MTUC menuntut agar kadar upah
minimum yang setimpal ditetapkan oleh kerajaan dan dijadikan dasar ekonomi negara.
Kedua, MTUC juga berperanan dalam menyediakan pusat-pusat latihan untuk para
pekerja sebagai nilai tambah kepada kemahiran, menyediakan peluang untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik, teknikal dan professional. Ketiga, MTUC
berperanan untuk menjaga kebajikan para pekerja dengan melindungi pekerja daripada
kehilangan pekerjaan, faedah saran, kemalangan dan keselamatan sosial para pekerja.
Contohnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan untuk menjalankan
fungsi pengurusan kebajikan para pekerja dan ahli keluarga pekerja. Keempat, MTUC
juga menuntut agar waktu bekerja dihadkan kepada lima hari kerana para pekerja perlu
untuk diberi waktu bersama keluarga dan urusan peribadi. Kelima, MTUC juga lantang
mendesak agar pindaan dilakukan terhadap beberapa akta yang dilihat tidak mesra
pekerja iaitu Emplyment Act, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan
Perusahaan 1967.

Kesatuan sekerja memiliki fokus tersendiri dalam isu kebajikan pekerja, dasar-
dasar yang melindungi pekerja, isu upah, masa kerja, faedah saraan dan perlindungan di
tempat kerja. Badan bukan kerajaan seperti ini wujud hasil penindasan dan pengabaian
terhadap isu dan tuntutan para pekerja. Di Malaysia, terdapat dua contoh kesatuan
sekerja yang berpengaruh iaitu Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Kesatuan
Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). MTUC merupakan kesatuan sekerja yang
melibatkan keahlian yang lebih umum berbanding CUEPACS yang hanya mengkhususkan
keahlian kepada penjawat-penjawat awam.

b) Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam/ CUEPACS (Kesatuan Sekerja)


Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam atau Congress of Unions of
Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS) merupakan gabungan kesatuan-
kesatuan sekerja dalam sektor awam di seluruh Malaysia termasuk badan-badan
berkanun dan kuasa-kuasa tempatan. Kesatuan sekerja ini telah didaftarkan pada 23
Oktober 1957 di bawah Enakmen Kesatuan Sekerja dan terus unggul sebagai kesatuan
sekerja kepada sektor awam di Malaysia. Sebagai sebuah kesatuan sekerja terulung di
negara ini, CUEPACS mengekalkan misinya sebagai organisasi yang mampu
memperjuangkan kepentingan pekerja sektor awam dan menjadi pusat rujukan utama
berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin berlandaskan kepimpinan berpengalaman
atau knowledge leadership (k-leadership). Keahlian CUEPACS dibuka kepada semua
kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam yang berdaftar di bahagian Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak.

CUEPACS juga berperanan dalam menjaga kebajikan para pekerja tetapi terhad
kepada kepentingan dan kumpulan sasarannya iaitu pekerja-pekerja sektor awam di
Malaysia. Ia juga berperanan untuk membantu mana-mana kesatuan sekerja dan
anggota-anggotanya dalam bentuk kewangan. Seterusnya, CUEPACS bertanggungjawab
dalam kebajikan material, sosial dan pelajaran kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung
di bawahnya dengan apa sahaja kaedah yang sah dan berpatutan mengikut pendirian
Konvensyen Kongres atau Majlis Kongres. Sebagai sebuah gabungan kesatuan sekerja
yang besar, CUEPACS turut berperanan untuk menyelia dan memberi khidmat nasihat
perundangan kepada kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung di bawahnya
berdasarkan perbekalan-perbekalan dalam undang-undang kesatuan sekerja yang
berkuatkuasa. Terakhir, CUEPACS juga menjalankan fungsi untuk menubuhkan jentera
yang dipersetujui majikan bagi menjalankan peranan untuk merunding dan
membincangkan segala perkara mengenai kesatuan sekerja dan anggota-anggotanya.

c) Federation of Malaysian Consumers Associations (Persatuan Pengguna)

Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) merupakan


sebuah persatuan pengguna yang menggabungkan persatuan-persatuan pengguna lain di
seluruh Malaysia. Kumpulan sasaran dan kepentingan bagi persatuan ini ialah golongan
pengguna. Hal ini kerana terdapat pengguna yang dinafikan hak seperti tanda harga,
barangan sudah mencapai tarikh luput, barangan tidak berkualiti dan tidak mencapai
piawaian. Ia telah ditubuhkan secara sukarela, tidak bermotifkan keuntungan, bukan
bersifat politik dan merupakan sebuah pertubuhan sivik. Demi menjalankan peranannya,
FOMCA telah bekerjasama dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk menyebarkan maklumat, memberi
pendidikan dan melindungi pengguna. Misi FOMCA bukan hanya terhad untuk nilai
kewangan pengguna tetapi untuk nilai kemanusiaan seperti soal keselamatan dan
kesihatan.

FOMCA berperanan untuk menambah kuasa beli pengguna dan memastikan


pembangunan berasaskan keperluan demi menjamin keadilan sosioekonomi dan alam
sekitar. Hal ini adalah untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat.
Sebagai sebuah persatuan pengguna, FOMCA berperanan terhadap beberapa aspek
kebajikan terhadap pengguna-pengguna di Malaysia. Pertama, FOMCA bertindak
memberi dan menyebarkan maklumat mengenai hak-hak pengguna, senarai harga
barang kawalan dan kualiti produk melalui laman web, risalah dan kempen. Kedua,
FOMCA berperanan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada semua
pengguna. Penumpuan sering diberikan kepada ahli komuniti masyarakat dan pelajar-
pelajar sekolah. Ketiga, ia merupakan badan bertindak yang memberi perlindungan
kepada pengguna. Kelima, FOMCA bertanggungjawab dalam menyiasat, membuat kajian
dan ujian untuk memperoleh maklumat yang benar sebelum disampaikan kepada para
pengguna.

Isu-isu pengguna seperti kualiti produk, soal harga barangan, jaminan halal bagi muslim
dan soal kesedaran terhadap hak pengguna menjadi fokus kepada persatuan pengguna.
Usaha persatuan pengguna ini melibatkan kempen, pengedaran risalah dan penyebaran
maklumat melalui laman web. Setiap negeri di Malaysia mempunyai persatuan pengguna
tersendiri. Consumer Association of Penang (CAP) merupakan sebuah persatuan
pengguna paling aktif dan berpengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi telah
menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Selain itu, terdapat persatuan pengguna yang
merupakan himpunan semua persatuan pengguna di Malaysia iaitu Federation of
Malaysian Consumers Associations (FOMCA). Gabungan seperti ini akan memainkan
peranan yang lebih berkesan dalam memperjuangkan isu pembangunan.

d) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (NGO Melayu dan Bumiputera)

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merupakan sebuah persatuan


peniaga dan badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan ekonomi Melayu dan
Bumiputera. Isu pembangunan di Malaysia seperti yang telah dinyatakan mempunyai
kaitan rapat dengan isu pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera kerana
terdapatnya dasar-dasar yang mencakupi kepentingan mereka iaitu Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang mewakili Bumiputera, DPMM
bermatlamatkan suatu masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang
bernilai, mantap, berjaya menguasai ekonomi dan kejayaan setiap negeri-negeri di
Malaysia. DPMM beribu pejabat di Kuala Lumpur dan memiliki 14 cawangan lain di setiap
negeri seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali
negeri Sarawak. Umumnya, DPMM berperanan untuk memastikan kelangsungan
ekonomi Bumiputera di Malaysia melalui aktiviti perniagaan.

Dalam isu pembangunan, DPMM berperanan dalam beberapa hal yang


melibatkan kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Pertama, DPMM berperanan
untuk mewujudkan sebuah pertubuhan perniagaan Melayu di peringkat kebangsaan dan
di setiap negeri untuk kepentingan dan faedah kaum Melayu dalam lapangan perniagaan
dan ikhtisas. Kedua, DPMM berperanan dalam usaha untuk menyatukan seluruh peniaga
Melayu demi keperntingan dan faedah bersama dalam perniagaan. Ketiga, dengan
adanya pertubuhan ini diharapkan agar ia dapat mempengaruhi pembentukan dasar-
dasar kerajaan yang berkaitan dengan perniagaan agar ia tidak mengabaikan
kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Keempat, DPMM berperanan juga dalam
kegiatan penyelidikan masalah-masalah perniagaan agar ia dapat dijadikan panduan
dalam memajukan dan menyediakan arah terhadap kaedah-kaedah tindakan. Hal ini
adalah untuk mengukuhkan strategi dan pemilikan sedia ada dalam lapangan ekonomi.
Kelima, DPMM turut memelihara kebajikan para ahli dewan perniagaan dengan
menubuhkan yayasan untuk kebajikan, pelajaran, latihan, pengurusan dan kemahiran
dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam bahagian faktor kewujudan badan


bukan kerajaan iaitu isu pemilikan dan taraf ekonomi Bumiputera telah mewujudkan
persatuan peniaga yang mewakili kepentingan ekonomi Bumiputera. Kewujudan badan
bukan kerajaan seperti ini lahir bukan sahaja daripada kesedaran terhadap keadaan
ekonomi mereka tetapi juga adalah kerana tindak balas mereka terhadap jaminan
keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang dilihat masih tidak efektif dalam membela
taraf ekonomi mereka selain kegagalan dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang masih belum mampu untuk membasmi kemiskinan dan kemelaratan hidup
penduduk terutamanya di kawasan luar bandar. Antara persatuan peniaga yang terdapat
di Malaysia ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

e) persatuan wanita bumiputera dalam perniagaan & profesyen malaysa (Peniagawati)

Setelah didaftarkan pada 24 Mac 1980, Peniagawati kekal menjadi persatuan


yang premier bagi usahawan wanita Bumiputera di seluruh negara sehinggalah mencapai
usia suku abad. Jasa kesemua Presiden Peniagawati tetap dikenang apabila diimbas
kembali pencapaian Peniagawati sejak ditubuhkan.Mereka yang memikul tanggungjawab
menerajui Peniagawati adalah Puan Hajah Zainon Tan Sri Zainal Abidin (1980-86), Puan
Hajah Faridah Shamsuddin (1986-1992), Dato’ Maznah Abd Hamid (1992-99), Puan Sri
Datin Ashidah Minin (1999-2003) dan Dato’ Hazimah Zainuddin (2003 hingga sekarang).
Bakti Penaung Peniagawati, Dato’ Seri Rafidah Aziz yang telah memberikan bimbingan
sebagai penaung semenjak Peniagawati ditubuhkan juga memainkan peranan yang
penting di dalam kemantapan dan kematangan persatuan. Kesemua enam Presiden,
walaupun mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza berjaya membawa Peniagawati ke
hala tuju yang sama iaitu kearah menjadi persatuan yang mampu meingkatkan taraf
usahawan wanita Bumiputera dan menonjolkan penyertaan mereka dalam
pembangunan negara.
Objektif PENIAGAWATI adalah untuk memartabat dan memperkasakan
golongan usahawan wanita bumiputera di seluruh negara dari segi kualiti dan kuantiti
dan bagi mencapai objektif ini,
PENIAGAWATI melaksanakan beberapa strategi termasuk:
 Mewujudkan perkenalan di kalangan wanita-wanita Bumiputera dalam
perniagaan dan profesyen dan mengembangkan serta membantu perniagaan dan
profesyen ahli-ahli;
 Bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri
dan badan-badan awam dalam menjayakan Dasar Ekonomi Baru;
 Memberi dan / atau membantu mendapatkan pengetahuan pakar, latihan dan
perkhidmatan
untuk ahli-ahli dalam bidang perniagaan dan profesyen; dan
 Mewakili ahli-ahli kepada pihak-pihak berkuasa dan badan-badan berkenaan

f) ABIM- angkatan belia islam Malaysia


Sejarah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa
pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah
(almarhum) Ustaz Abdul Wahab Abdullah dan sdr Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato’)
sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah (badan bukan kerajaan) NGO Islam
yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta
Pertubuhan 1966.

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali
Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama
manakala sdr Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada
tahun 1974 sdr Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz
Siddiq Fadzil (sekarang Dato’ Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya
menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada
tahun 1982. Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden
pada tahun 1991. Pada September 1997, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih
sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar,
Kedah. Dalam era 1970-an, semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali
Nawawi dan sdr Anwar Ibrahim, ABIM mengambil pendekatan confrontationaldan
dengan demikian, ABIM menjadi vocal terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak
pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan keperluan era itu.
Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil,
pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan
menyelesaikan masalah (problem-solving). Pendekatan ini melahirkan banyak institusi
dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya. Ketika dekad ketiga
1990-an pula, ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty
berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation-
building).

Di alaf baru, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula
idealisme untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu
ummah, bertepatan dengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus
menjadi jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman,
nyawa, harta, maruah, kebebasan, hak dan keselamatan mereka.

 Aktiviti Nasional & Antarabangsa


ABIM mempunyai wawasan untuk melihat kemunculan Malaysia sebagai sebuah
negara maju yang bermaruah yang mampu mendepani cabaran zaman. Untuk ini ABIM
amat prihatin terhadap pelbagai isu sosial, ekonomi dan politik negara. ABIM sedia
mendokong dan memperjuangkan usaha-usaha
(a) mewujudkan perpaduan ummah,
(b) memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka membina integrasi
nasional,
(c) membina rupa budaya bangsa yang sihat,
(d) meningkatkan kualiti alam sekitar,
(e) memperjuangkan keadilan,
(f) membanteraskan kemiskinan, dan
(g) membudayakan amalan politik yang bersih.

Perpaduan Ummah
ABIM sentiasa konsisten dalam usahanya membina kesatuan ummah. Usaha
ABIM mempertemukan dua pemimpin parti terbesar negara telah terakam dalam sejarah
melalui Syarahan Perdana Palestin anjuran bersama ABIM dan Dewan Bahasa Pustaka
(DBP) pada 8 Mei 2002. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Dr. Seri Mahathir
Mohamad yang juga merupakan Presiden UMNO telah dipertemukan dengan almarhum
Dato’ Fadzil Nor (Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen ketika itu) di
Balai Tun Syed Nasir, DBP. Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri
ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden PAS ketika itu, Dato’
Seri Abdul Hadi Awang ini disaksikan di secara langsung di seluruh negara.

Rakan Dalam Pembangunan Belia


ABIM juga telah diberikan kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
untuk menjadi rakan pembangunan belia. Dengan mandat ini, ABIM bertanggungjawab
memberi pengkhususan kepada program pembinaan insan melalui penganjuran aktiviti
keagamaan dan kerohanian di seluruh negara. Bengkel Penghayatan Ramadhan
merupakan salah satu produk dakwah yang dirangka oleh ABIM untuk memenuhi
matlamat tersebut. Sebanyak 555 buah masjid, 111 buah daerah seluruh negara terlibat
serta seramai 25,000 orang remaja dan belia seluruh negara telah mendapat manfaat
dari pengisian bengkel tersebut yang berupa pendedahan teori dan praktikal amalan
murni di bulan Ramadhan, pengendalian aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di
masjid dan kawasan setempat.

Pembangunan Komuniti
Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan di peringkat daerah dan mukim
merupakan aktiviti lapangan ABIM yang menawarkan peluang kepada masyarakat
setempat mendapatkan pelbagai manfaat melalui penglibatan agensi kerajaan, penguasa
tempatan, sektor swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan. Pelbagai pertandingan
menarik untuk kanak-kanak, para ibu, remaja, belia, dan keluarga seperti sukaneka,
pertandingan melukis, mewarna dan gubahan kraftangan, pameran dan khidmat nasihat
oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan swasta, aneka jualan gerai
amal, pemeriksaan dan ceramah kesihatan secara percuma, kaunter menderma darah
serta persembahan hiburan dan kesenian Islam.

Jaringan Dakwah Antarabangsa


ABIM adalah sebuah organisasi belia berorientasi dakwah yang aktif dalam
pelbagai gabungan induk badan Islam sedunia seperti World Assembly of Muslim Youth
(WAMY), Regional Islamic Southeast Asia and the Pacific (RISEAP), dan World Council of
Muslim Inter-Faith Relations (WCMIR). Di samping itu, ABIM juga menjalin hubungan
yang akrab dengan badan belia lain di peringkat serantau dan antarabangsa. Antaranya
ialah Asean Youth Council (AYC), Council of ASEAN Youth Coordination (CAYC), ASEAN
Muslim Secretariat (AMSEC), Dewan Dakwah Islamiah, Muhammadiyah, Nahdatul Ulama
(Indonesia), Young Muslim Association of Thailand (YMAT), Darul Arqam Singapura,
Rabitah Islami (Arab Saudi), International Institute of Islamic Thought (IIIT), Jamaat-e
Islami (Pakistan), Islami Chhatra Shibir (Bangladesh), Australian Federation of Islamic
Council (AFIC), dan The Islamic Foundation (England).

Bantuan Kemanusiaan
Projek kemanusiaan ABIM adalah bersifat jangka masa panjang melibatkan
mangsa-mangsa peperangan seperti membekalkan makanan dan ubat-ubatan, bekalan
air bersih, pembangunan prasana dan kemudahan pendidikan serta kesihatan. ABIM
memimpin gabungan 76 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Misi Keamanan Sejagat
(Global Peace Mission) dan penaja kepada Malaysian Relief Agency – Sarajevo (MRA),
Malaysian Relief International (MRI) selain aktif sebagai badan gabungan dalam
Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN). Kerjasama dan persefahaman erat
dengan badan kemanusiaan antarabangsa seperti Islamic Relief Agency (ISRA), Hashimite
Charity (Jordan) dan United Nations on Human Committee Relief (UNHCR) telah
membolehkan ABIM melaksanakan projek bantuan kemanusiaan dan menjalin kerjasama
dengan agensi bantuan tempatan di pelbagai pelusuk dunia. ABIM terlibat secara
langsung dalam misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa seperti di Bosnia, Kosovo,
Uzbekistan, Peshawar (sempadan Pakistan-Afghanistan), Kabul (Afghanistan), Kashmir
(sempadan India-Pakistan), Qasr-e-Shirin (sempadan Iran-Iraq), Baghdad dan Najaf di
Iraq serta Amman di Jordan.

g) MERCY (Malayasian Medical relief Society)

Sejarah
Perang Kosovo pada 1999 yang melibatkan pembersihan etnik oleh puak Serb
terhadap penduduk Kosovo telah memberi ilham kepada Datuk Dr Jemilah Mahmood ,
seorang doktor obstektik- genekologi untuk memberi perkhidmatan kesihatan percuma
kepada mereka. Malangnya sangat sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan ,
kewangan , pengangkutan dan tenaga kerja dari pertubuhan sukarela antarabangsa sedia
ada. Lantaran itu, beliau dan beberapa rakan sejiwa dengannya telah menubuhkan
Persatuan Perubatan Malaysia pada Jun 1999. Misi pertama mereka ialah ke Kosovo
diketuai oleh Dr Jemilah Mahmood dan 4 sukarelawan yang lain.

Organisasi
 Penaung : Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Perak.
 Presiden:Datuk Dr. Jemilah Mahmood.
 Timbalan Presiden I (Perubatan) : Prof. Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh
 Timbalan Presiden II(Bukan Perubatan) :Mohamad Azman Sulaiman
 Setiausaha Agung: Raja Riza Shazmin Bt Raja Badrul Shah
 Penolong Setiausaha : Prof. Dr P Shanmuhasuntharam
 Bendahari :Pubalan Ramachandaran & Kannan Manickam
Ahli jawatan kuasa :Dr. Heng Aik Cheng , Dr Ahmad Faizal Perdaus ,Encik Azman Zainon
Abidin

Tatacara bantuan
Bagi menyelaras bantuan perubatan dan kemanusiaan Mercy telah
menggunapakai beberapa kaedah seperti Sphere Standard .Sphere Standard merupakan
penentu keperluan minimum mangsa bencana. Ini termasuklah penilaian tahap
kesihatan, nutrisi, air, kebersihan serta tempat tinggal. 60 agensi kemanusiaan telah
menggunakan pelbagai piawai sejak 10 tahun yang lalu. Piawai penilaian juga dibuat oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
serta badan-badan bukan kerajaan. [1]
Misi di Aceh
Apabila bencana tsunami 2004 berlaku di Aceh, Mercy merupakan pasukan pertama
tiba di sana. Mercy berjaya menyiapkan 16 projek pembangunan bernilai RM18.5 juta.
 Bangunan Program Akademi Jururawat, Fakulti Kedoktoran Universiti Syiah Kuala
(Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas.
 Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh Yayasan
Shamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura.
 Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu raya; rumah
penempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya.
 Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro, rumah anak yatim
Babun Najah di Ulee Kareng, dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh.
 Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga, Akademi Perawat Jabatan
Kesihatan, Akademi Farmasi Dinas Kesihatan, Pusat Kesihatan Masyarakat
Meuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga, Aceh Jaya.
Mercy mendapat kerjasama daripada Badan Pemulihan dan Pembinaan Semula (BRR)
Indonesia dan penduduk tempatan. Majlis penyerahan Gedung Petronas turut disertai
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Azman Mohktar; Yang Dipertua
Petronita, Datin Sri Noraini Mohd. Yusoff ; Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Sapura,
Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir dan Rektor Unisyiah, Dr. Darni M. Daud.
Seramai 500 jururawat dan 211 pelajar Unisyiah terkorban pada 26 Disember 2004
akibat tsunami.

Banjir di Johor
Mercy turut memberi bantuan ketika banjir melanda Johor, Pahang, Melaka pada
19 Disember 2006 - Januari 2007. Sukarelawan lain yang turut membantu ialah Yayasan
Salam, Kelab Lion Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Bantuan
Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Medic Asia, Persekutuan Pengakap Malaysia,
Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Misi di Bam,Iran
Gempa bumi di Bam, provinsi Kerman , Iran pada 26 Disember 2003
memusnahkan bandar purba tanah liat berusia 2500 tahun.
Mercy Malaysia telah bertugas di hospital medan bersama pasukan Itali di Baravat, 13
km dari bandar Bam . Mercy beroperasi di sana hingga April 2004 , merawat 175 pesakit
setiap hari dan membantu 18,000 mangsa. Seramai 9 misi Mercy telah dihantar ke sana.
[2]

Gaza, Palestin
Israel melancarkan perang terhadap Hamas di Gaza , Palestin sejak 27 Disember
2008 hingga 20 Januari 2009. Serangan hanya dihentikan apabila Presiden Amerika
Syarikat yang baru, Barack Husssein Obama mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009.
Pelbagai kemusnahan akibat bom digugurkan termasuk sekolah dan penempatan milik
PBB.Pada 25 Januari 2009, Mercy Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan ke-7 ke
Semenanjung Gaza .Pemangku Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Perdaus
menyatakan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk.
Bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai USD400,000 (USD1 = RM3.62) telah
dihantar.
Rumusan
Umumnya terdapat banyak persamaan peranan dan tanggungjawab badan bukan
kerajaan di Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan di negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan. Walaubagaimanapun,
terdapat juga perbezaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan di negara-negara
maju. Perbezaan ini terletak pada isu atau tuntutan yang diperjuangkan oleh golongan
pekerja. Tujuan bahagian ini adalah untuk membandingkan Malaysia yang
diklasifikasikan sebagai negara membangun dan negara-negara yang telah mencapai
status maju.
Terdapat beberapa persamaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan
negara-negara maju. Antaranya ialah menyediakan fungsi semak dan imbang (check and
balance) dalam sesebuah sistem politik terutamanya dalam hal-hal berkaitan
pembentukan dasar dan matlamat ekonomi sesebuah kerajaan. Badan bukan kerajaan
juga berperanan untuk menyedarkan masyarakat tentang adanya hak semulajadi dan
hak sivil. Peranan ini selalunya dimainkan oleh persatuan pengguna. Tambahannya,
persatuan pengguna berperanan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang
bersifat mesra pengguna. Akhir sekali, badan bukan kerajaan tidak kira di Malaysia atau
di negara-negara maju memainkan peranan dalam jaminan sosial terhadap para pekerja,
pengguna dan kumpulan sasaran tertentu.

4. Isu alam sekitar


Hutan tropika
Hutan tropika termasuklah hutan hujan malar hijau di garis lintang khatulistiwa
dan hutan monsun tropika. Di hutan khatulistiwa pokok-pokok biasanya menggugurkan
daunnya sedikit-sedikit ataupun menggugurkan daunnya mengikut musim tetapi
kebanyakan daripada pokok itu mempunyai daunnya hampir seluruh masa dan sebab itu
hutan ini kelihatan malar hijau. Di hutan monsun pokok-pokok ialah jenis daun-luruh
yang menggugurkan daunnya pada musim kemarau dan tidak mengeluarkan daun baru
sehingga musim hujan tiba. Isu sumber hutan tropika begitu mendapat perhatian di
kalangan warga dunia terutama sekali dari negara-negara maju. Kebetulan pula sumber
hutan ini tidak kedapatan di negara mereka, sebaliknya di negara bekas jajahan mereka
iaitu negara sedang membangun. Kritikan dari negara maju begitu terasa terutama sekali
dari kerajaan mereka dan pertubuhan yang terdapat di negara-negara tersebut.
Takrifan
Hutan hujan tropika terletak di garisan lintang khatulistiwa yang suhunya panas dan
lembab sepanjang tahun. Ia memerlukan suhu 18-30 °C dan hujan antara 200-300
sentimeter setahun. Hutan ini terletak di Afrika Tengah, Amerika Selatan, Amerika
Tengah dan Asia Kepulauan Pasifik. Antara sumber hutan yang terpenting ialah jenis
hutan dipterokarp. Keluarga dipterokarp ada lebih 16 jenis dan 550 species. Pusat
utamanya ialah di Borneo. Lain-lain ialah di Sumatera, Semenanjung Malaysia, Jawa,
Nusa Tenggara, Filipina, Sulawesi, Maluku, New Guinea dan Kepulauan Solomon. Dalam
hal ini hutan dipterokarp di Filipina telah habis ditebang.
Kepupusan hutan tropika
Penebangan pokok-pokok secara berleluasa diakui boleh mengubah
keseimbangan oksigen dan karbon dioksida. Selain itu albedo akan berubah di sesuatu
kawasan. Pemusnahan hutan untuk tujuan apapun adalah merugikan. Pembinaan jalan
raya, projek pembangunan hanya memberikan pulangan sementara sahaja. Dalam
jangka panjang ia tetap merugikan walaupun diganti dengan tanaman getah, kelapa
sawit, kopi dan lain-lain. Menurut satu kajian hutan pernah meliputi 60 peratus daripada
kawasan daratan bumi. Kini hanya tinggal setengah sahaja. Dalam pada itu Hutan Hujan
Tropika telah ditebang pada kadar 41 hektar seminit. Sejak 1940-an, setengah daripada
hutan hujan tropika dunia telah dimusnahkan.
Setiap seminit, 100 ekar hutan hujan telah hilang. Keluasan ini sama dengan 60
padang bola sepak. Bagi menggambarkan keadan ini, setiap tahun, hutan bersaiz
England, Scotland dan Wales akan dimusnahkan. Kerosakan yang paling teruk adalah
diakibatkan oleh syarikat pembalakan dari Jepun di Asia Tenggara. Namun begitu
ketidakseimbangan ini bukan disebabkan oleh hutan tropika sahaja. Pemanasan suhu
dan perubahan iklim bumi sekarang juga disebabkan kegiatan perindustrian, peperangan
konvensional, pembuangan sisa-sisa industri, jumlah kenderaan yang terlalu banyak dan
sebagainya.
Dr Mahathir Mohamad memberi analogi, "Cukai 300 peratus dikenakan ke atas
kereta (di Malaysia) yang mempunyai kapasiti enjin besar. Tetapi di negara maju, cukai
yang dikenakan ke atas kenderaan dan petrol adalah minimum menyebabkan bilangan
kereta menjadi terlalu banyak". Jadi negara maju turut bertanggungjawab.

Hutan di negara maju telah pupus


Hutan sederhana di negara-negara maju telah lama ditebang. Bagaimanapun
orang-orang Barat tidak berminat menanam semula hutan mereka tetapi lebih mendesak
negara-negara membangun jangan mengikut jejak langkah mereka yang telah
menggersangkan hutan mereka.
Campur tangan negara maju ini sungguh licik sekali. Mereka kelihatan mempunyai satu
gerakan besar-besaran dan terancang. Campur tangan mereka dilihat dalam bentuk:
1. Dasar-dasar yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
persidangan peringkat antarabangsa mengenai alam sekitar.
2. Kesatuan Eropah
3. Dasar yang diputuskan oleh kerajaan negara maju.
4. Tekanan dari kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara
maju disokong pula oleh kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan di
negara yang terbabit.
5. Manipulasi oleh media massa asing.
6. Orang perseorangan seperti Bruno Munser dan Harrison Ngau
Hutan tropika jauh lebih berharga berbanding dengan hutan sederhana dan hutan-
hutan lain. Kajian oleh Tabung Hidupan Liar Dunia menunjukkan bahawa hutan tropika
mengandungi antara lima hingga 20 kali ganda spesis, pokok berbanding dengan hutan
sederhana. Dianggarkan dunia kini mengandungi lima juta spesis hidupan, sama ada
tumbuhan mahupun haiwan. Namun demikian, setakat ini hanya 1.75 juta spesis telah
dikaji secara terperinci. Daripada jumlah spesis itu, hampir 62 peratus spesis terdiri
daripada tumbuh-tumbuhan, 89 peratus spesis serangga dan 90 peratus spesis kera
ditemui di hutan tropika.

Kecuaian penjajah pada masa lampau


Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah
bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah
mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman
penjajah lagi. Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah
menyebabkan kemerosotan alam sekitar yang hebat.Negara penjajahan mahukan
keuntungan lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah
semata-mata bagi kepentingan negara mereka - England.

Penipisan lapisan ozon


Negara maju sering mengaitkan hutan tropika dengan ozon. Saintis mendakwa
100 tahun lagi suhu bumi akan meningkat 5 darjah celcius. Atmosfera adalah perisai
bumi. Perisai terpenting adalah lapisan ozon. Ozon terletak pada 10 km - 60 km dari
muka bumi. Lapisan ozon menyerap ultraungu. Ozon adalah gas berwarna biru iaitu gas
oksigen. Saintis dari Britain Antartic Survey di Teluk Halley, Antartika telah mengesan
lubang ozon setiap musim iaitu pada bulan September hingga Oktober.
Lubang ini amat menakutkan kerana pada tahun 1988, luasnya seluas benua Antartika,
Australia dan New Zealand. Jika lubang ozon terlalu lebar ia akan memberikan kesan
yang amat dahsyat. Manusia lebih mudah mendapat penyakit; barah kulit, katarak dan
buta. Selain itu tumbuhan dan plankton akan berkurangan. Rantaian makanan hidupan
akuatik akan terganggu. Dengan demikian jumlah ikan akan berkurangan dan
menjejaskan sumber protin manusia.
Negara maju lebih banyak memusnahkan ozon. ini kerana mereka banyak
memiliki peti sejuk dan alat penghawa dingin. Dalam alat-alat ini terkandung bahan
merbahaya kepada ozon iaitu CFC. CFC ialah sebatian tiga unsur kimia iaitu karbon, klorin
dan florin. Ia tidak mempunyai warna, bau dan tak ternyalakan. Bahan ini banyak
digunakan sebagai penebat dan pembungkusan polisterina.

Negara maju lebih bersalah


Media barat, pencinta alam sekitar dan pihak NGO lain banyak menyembunyikan fakta
sebenar tentang alam sekitar. Kebanyakan NGO pula diperalatkan oleh pihak-pihak
tertentu. Negara yang paling banyak NGO ialah Australia iaitu jiran Malaysia di selatan.
Ada beberapa perkara yang disembunyikan oleh mereka. Negara Amerika Syarikat adalah
negara yang utama mencemarkan alam sekitar pada tahun 1987. Penemuan ini adalah
hasil Laporan Alam Sekitar Dunia pada tahun 1990.
Lebih satu bilion tan gas pembawa kesan panas dilepaskan ke atmosfera. Amerika
Syarikat bertanggungjawab melepaskan 17.6 % daripada keseluruhan gas perangkap
panas yang merbahaya iaitu 540 juta tan metrik karbon dioksida, 130 juta tan metrik
methane dan 350 juta tan metrik kloroflurokarbon (CFC). Soviet Union menduduki
tempat kedua , dikuti dengan Brazil, China , India dan Jepun
Secara perbandingan, Malaysia hanya mengeluarkan 26 juta tan metrik atau 0.4
% dari keseluruhan gas pemanas dunia.Tetapi Malaysia masih dipersalahkan.Sehinggakan
Senator Al Gore dari Tennesse, Amerika Syarikat mendesak Malaysia mengurangkan
penebangan hutan di Sarawak kepada dua pertiga. Tidakkah desakan ini menunjukan
kebodohan dan keangkuhan mereka.
Ketika negara maju melaungkan slogan 'Selamatkan Hutan Tropika' tetapi dalam
pada itu mereka telah memusnahkan hutan hujan tropika tanpa disedari. Negara maju
berkehendakkan daging merah untuk membuat hamburger. Oleh itu penduduk negara
sedang membangun menternak lembu untuk dijual kepada mereka. Untuk tujuan itu
mereka menebang hutan tropika. Tanah dijadikan padang rumput kerana rumput adalah
makanan lembu. Apabila hutan ditebang, orang asli yang tinggal dihutan kehilangan
tempat tinggal.
Maurice Strong, Setiausaha UNCED dalam ucapan penutup di UNCED menyatakan
cara hidup ketika ini (moden) tidak mengekalkan bumi.

Teori Akhir Zaman


Pencinta alam mendakwa jika dunia tidak bertindak menghalang pemusnahan
alam sekitar, akan terjadilah akhir zaman. Sebenarnya 'Teori Zaman Zaman' adalah satu
penipuan sains. Ramai saintis dunia sudah membongkar kepalsuan teori-teori ini secara
terpeinci dalam tulisan-tulisan dan forum-forum saintifik. Selain itu isu ozon bukan
fenomena baru. Dr Gordon Dobson dan rakan-rakannya menyatakan bahawa kejadian
lubang ozon adalah kejadian bermusim. Beliau telah menemui hal ini sejak 1956 lagi.
Selain itu saintis Perancis juga menjumpai lubang ozon yang lebih dalam pada tahun
1958 di Stesen Saintifik Antartika Perancis di Dumont durville.
Selanjutnya Teori Kepupusan Ozon bahawa klorin hasil dari perpecahan
klorofluorokarbon buatan manusia dalam stratosfera tidak pernah dilihat berlaku
memecahkan molekul ozon. Dakwaan bahawa CFC memusnahkan ozon masih lagi di
peringkat teori. Hakikat yang cuba disembunyikan ialah jumlah klorin dalam CFC buatan
manusia amat kecil berbanding dengan sumber klorin alam semulajadi. Jumlah klorin
dalam CFC buatan manusia hanya 750,000 ton setahun. Dari jumlah itu hanya 7500 ton
atau 1 % sahaja yang sampai ke stratosfera.

Alam dicemari alam


Sumber semula jadi seperti gunung berapi Pinatubo, Unzen, Hudson
mencurahkan lebih 650 juta ton. Ini bermakna penipisan ozon jika benar berlaku adalah
disebabkan oleh alam semulajadi. Momokan pemanasan iklim sejagat hanyalah
berdasarkan model-model rekaan komputer semata-mata. Sebenarnya model-model
rekaan komputer masih gagal meramalkan iklim akan datang secara tepat. Pada suatu
ketika model ini mendakwa Zaman Air Batu akan berlaku 50 tahun lagi. Bandar raya New
York akan diselaputi glasier setinggi satu meter. Pada masa yang lain mreka meramalkan
bumi menjadi lebih panas dalam masa 100 tahun lagi.
Negara maju mendakwa karbon dioksida dan nitrogen yang dikeluarkan menerusi
industri dan pengangkutan boleh diserap oleh sistem hutan.

Sanggahan Malaysia
Malaysia bersetuju bahawa hutan boleh menyedut karbon dioksida , tetapi
semua pihak mesti terlibat untuk mengawet dan meluaskan kawasan hutan, tidak hanya
hutan tropika.Itulah intisari gagasan penghijauan dunia. Malaysia kesal dengan isu
kepelbagaian biologi. Negara miskin dipaksa supaya mengekalkan hutan dan sumber
genetik demi kepentingan masa depan manusia. Malangnya negara kaya tidak bersetuju
memberi pampasan dan tidak mahu pula berkongsi pengetahuan mengenai teknologi
hijau. Cara yang sesuai menambahkan kawasan hutan ialah membangunkan teknologi
tanaman agar kawasan gurun di Amerika dan di Afrika dihijaukan semula. Jika negara
maju sayangkan bumi, mereka seharusnya bnerusaha gigih ke arah itu.

Tabung Penghijauan Dunia


Malaysia mencadangkan Tabung Penghijauan Dunia diadakan. Program ini ke
arah memastikan 30 % permukaan bumi diliputi tumbuhan hijau pada akhir abad ini.
Ketika ini 27.6 % permukaan bumi diliputi dengan tumbuhan hijau. Matlamat yang
dicadangkan oleh Malaysia sebanyak 2.4 peratus sehingga tahun 2000 dengan kadar 0.3
peratus setahun adalah memadai. Program ini hanya akan tercapai jika mendapat
kerjasama dari negara maju dalam bentuk modal, kepakaran, teknologi hijau dan
sebagainya. Bagaimanapun negara maju yang rendah peratus tumbuhan hijau harus
membuat kerja lebih. Contohnya negara Denmark ( 11 %), Perancis (25 %), Ireland (5 %),
Itali ( 22 %), Belanda ( 9 % ), Norway ( 26 %), Amerika Syarikat ( 21 %), Switzerland ( 24 %)
dan United Kingdom (8 %). Malaysia sendiri sanggup menetapkan sasaran yang lebih
tinggi. Malaysia akan mengekalkan 50 % kawasan hijau sebagai membuktikan komitmen
negara ini tehadap penghijauan dunia.
Hujan Asid
Perlu ditegaskan bahawa negara sedang membangun sahaja yang 'bodoh'
terhadap peningkatan suhu dunia. Salah satu bukti ialah hujan asid yang semakin kerap
berlaku. Hujan asid sering dialami di Amerika Syarikat, Kanada ,selatan Jerman,
[Scandinavia]] serta Austria. Akibat dari hujan asid ini, pelbagai tumbuhan hutan
bersama-sama dengan makhluknya telah musnah. Biasanya hujan asid ini akan turun
1000 km lebih jauh dari tempat asal di mana hujan asid itu berpunca. Siapa yang
bertanggungjawab terhadap hujan asid. tidak lain tidak bukan adalah negara maju sendiri
kerana mereka mempunyai beribu-ribu kilang yang mengeluarkan asap. Negara mereka
juga dipenuhi dengan kenderaan darat, laut serta udara yang banyak melibatkan asap.
Tambahan pula sekarang ini terdapat loji-loji nuklear yang bocor. Contoh terbaik ialah di
Chernobyl , Rusia. Mengapa dosa mereka harus dibebankan kepada kita sahaja.

Hak untuk membangun


Negara sedang membangun dinafikan hak mereka untuk menggunakan sumber
asli bagi tujuan pembangunan. Semasa negara mereka dijajah, penjajah dengan
sewenang-wenangnya menebang kayu balak dan lain-lain sumber asli. Kekayaan yang
diperolehi bukan untuk pembangunan negara dijajah. Sebaliknya diangkut balik ke
negara mereka .
Negara membangun di utara kini menuntut apa yang masih ada di negara sedang
membangun sebagai hak mereka, setelah mereka merosakkan apa yang ada di negara
sendiri. Jika negara kaya tidak mahu kita menebang pokok, mereka perlulah membayar
pampasan kepada kita sebagai ganti rugi pendapatan. Jika kita perlu memberi oksigen
untuk kegunaan dunia, dan keseimbangan ekologi, maka kita juga perlu diberi pampasan
yang adil.
Jika negara kaya sanggup membayar dua kali ganda harganya (kayu balak
tropika), pembalakan boleh dikurangkan kepada separuh daripada apa yang dijalankan
sekrang. Jika kayu tropika kita tidak bernilai ( kerana dipulau oleh negara barat), adalah
lebih baik jika kita tebang semua pokok bagi menghasilkan bahan api dan menggunakan
kawasan itu bagi kegiatan pertanian. Negara miskin perlukan pembangunan. Cadangan
negara maju supaya negara tropika hanya menjual hasil hutan untuk perubatan dan
kegiatan pelancongan sahaja amat tidak adil. Dalam hal ini negara maju juga yang untung
kerana mereka mempunyai kepakaran dalam penyelidikan perubatan .
Isu yang sebenarnya ialah kayu hutan sederhana tidak mempunyai daya saing
berbanding dengan kayu dari hutan-hutan tropika. Kayu tropika lebih keras, panjang,
bermutu dan harganya lebih murah. Negara sedang membangun patut diberi hak
meneruskan rancangan pembangunan di samping menggiatkan rancangan pemuliharaan
dan pengawetan alam sekitar. Persidangan tentang alam sekitar sepatutunya dapat
menangkis tuduhan negara maju yang mendakwa negara membangun mengabaikan
alam sekitar, khususnya dalam industri pembalakan. Dr Mahathir sendiri mencanangkan
slogan Greening of The World iaitu tugas untuk menjaga alam sekitar bukan hanya
tanggungjawab sesebuah negara , malah melibatkan setiap orang di dunia ini.
Negara maju menganiaya orang asli
Kita sering dituduh tidak berperikemanusiaan terhadap orang asli. Mereka
menuduh kerajaan di negara-negara sedang membangun tidak memperdulikan
kehidupan orang asli. Sering kali tersiar berita orang asli ditangkap, dibunuh, para
pejuang orang asli diseksa dan sebagainya oleh kerajaan-kerajaan negara membangun.
Apabila tersiarnya berita-berita seumpama itu, maka tergambarlah pada kaca mata
orang luar dan orang tempatan sendiri betapa kejamnya para pemerintah di negara-
negara sedang membangun.
Ada orang Asli yang diusir daripada tanah mereka bagi kepentingan diri . Kerajaan
setengah-setengah negara cuba menghalang tetapi banyak yang mendiamkan diri. Ini
kerana kerajaan sendiri menyokong rancangan untuk membuka kawasan hutan dan
memodenkan orang Asli. Apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan tidak
dapat membiarkan begitu sahaja orang Asli hidup di dalam hutan . Mereka juga berhak
untuk menikmati pembangunan. Orang Asli memang memerlukan pembangunan dan
pembangunan itu tidak dapat diberikan secara percuma sahaja.
Apakah orang Asli mendakwa mereka tidak memerlukan pakaian, air, elektrik ,
kehidupan yang lebih baik . Tentu sekali mereka memerlukan pakaian. Mereka
memerlukan api untuk memasak dan pilihan yang terbaik ialah elektrik. Mereka perlukan
air kerana sampai bila mereka harus bergantung kepada sumber air semulajadi. Dalam
pada itu mereka memerlukan rumah yang selesa. Mereka perlukan jalanraya agar
memudahkan mereka menghantar anak mereka ke hospital jika sekiranya anak mereka
sakit. Apakah pembangunan yang diberikan oleh kerajaan itu tidak adil. Apakah
membiarkan orang asli di hutan yang penuh dengan penyakit, kekurangan zat makanan,
ketiadaan air dan elektrik itu dikatakan adil ?
Dalam proses pembangunan ini, pelbagai rancangan diatur dan diselia. Selalunya
orang Asli mendapat keutamaan apatah lagi yang melibatkan pendidikan. Di Malaysia
orang Asli dibantu dari semua segi melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Memang benar
dakwaan hutan ditebang untuk membina jalanraya , membina kawasan pertanian baru
dan membina kawasan empangan yang besar. Dakwaan bahawa orang bandar yang
datang ke kawasan orang Asli telah menyebarkan penyakit-penyakit orang bandar
mungkin ada kebenarannya. Contohnya ialah penyakit cacar ,selesema dan campak.
Tetapi dakwaan itu tidak 100 % benar dan memerlukan kajian yang lebih mendalam.
Apakah tanpa kedatangan orang bandar, mereka sihat wal'afiat tinggal di dalam hutan.
Saya menjangka semua orang akan menjawab " tidak" Selain itu orang Asli digalakkan
menukar agama mereka. Perkara ini tidak dapat dielakkan. Sesuatu tamadun itu akan
bertembung di antara satu dengan yang lain. Masing-masing akan mendakwa bahawa
tamadun mereka lebih mulia dan lebih rasional. Semua ini akan bergantung kepada masa
dan akhirnya tamadun yang utuh, relevan dan fleksival akan terus berkekalan.

Pertanian pindah
Sebenarnya negara maju tidak sedar bahawa seperempat kegiatan penebangan
hutan dilakukan oleh orang asli. Jika sekiranya kegiatan orang asli yang primitif ini
dibiarkan maka seluruh hutan yang masih ada yang akan musnah. Rogelio A Maduro
menyatakan bahawa kayu ditebang untuk memasak. Sejumlah 20 hingga 25 peratus lagi
kegiatan menebang hutan adalah akibat dari pertanian primitif iaitu 'tebang dan bakar.'
Bagi menangani masalah ini adalah lebih baik memajukan kehidupan primitif orang asli
ini. Selagi ada orang yang menggunakan pembakaran hutan sebagai punca utama
kesuburan tanah , selagi itulah hutan akan jadi mangsa.
Orang asli akan menebang hutan bagi mmendapatkan kawasan tanah yang subur.
Apabila kesuburan tanah berkurangan , mereka berpindah ke tempat yang lain pula.
Kitalah yang salah jika kita tidak memberi mereka peluang untuk menukar cara pertanian
primitif ini. Selain itu selagi ada orang yang mengunakan kayu bagi memasak makanan
mereka dan mengeluarkan haba, kegiatan menebang hutan akan berterusan. Adalah
lebih baik kita menyokong usaha kerajaan membina logi tenaga nuklear, membina
ermpangan hidro elektrik dan sebagainya.

Penan dan Gerakan Pencinta Alam


Kaum Penan seramai 10,000 orang mendapat simpati berbanding 26 juta rakyat
Malaysia yang lain. Mengapa mereka tidak menunjukkan simpati kepada orang asli di
Australia, orang Maori di New Zealand dan orang Red Indian di benua Amerika. Pencinta
alam barat bersama dengan Bruno Manser mendakwa orang Penan di Sarawak
hendaklah dibiarkan meneruskan cara hidup tradisional mereka, tanpa pemodenan dan
pembangunan dan tanpa kemajuan kebendaan lain. Soalnya adakah tindakan ini
merupakan jalan penyelesaian paling bijak dan bersesuaian dengan penemuan saintifik ?.
Apa yang pasti Bruno bertanggungjawab menyebabkan orang Penan kembali ke Zaman
Batu. Kini orang Penan menjadi militan, membantah, mengadakan sekatan , menentang
pihak-pihak berkuasa seperti polis, tentera , majlis kemajuan daerah, kerajaan negeri dan
sebagainya. Sebenarnya kaum Penan mendapat layan istimewa dari Kerajaan Negeri
Sarawak dan Kerajaan Malaysia. Kini hanya tinggal 400 orang Penan tinggal di dalam
hutan dengan kegiatan memburu dan mengamalkan pertanian pindah. Sebuah kawasan
di Baram , Sarawak telah diisytiharkan kepada kawasan rezab biosfera. Malangnya
pencinta alam mendakwa kawasan seluas itu tidak mencukupi. Sebaliknya mereka mahu
seluruh Malaysia diisytiharkan sebagai kawasan rezab Biosfera.
Ada yang mengatakan biarkan orang Penan hidup bercawat di dalam hutan
kerana mereka merupakan bahan artifak yang paling berharga untuk dikaji. Nampaknya
orang Penan ini hendak dijadikan ' barangan pameran bernyawa' seperti di muzium. Bagi
mengekalkan keaslian kehidupan primitif dan kuno ini, maka cara hidup mereka
hendaklah dikekalkan. Apakah mereka mahu rakyat Malaysia kembali ke zaman batu ?
dan membiarkan sahaja orang barat melawat kita sebagai 'Manusia Zaman Batu'.
Ada juga yang mendakwa orang barat beriya-iya menentang membangunkan kehidupan
Penan dan lain-lain dengan niat agar agama Islam tidak tersebar. Selama ini agama
Kristian dapat hidup subur di Sabah iaitu di kalangan Kadazan kerana mereka dibiarkan
oleh kerajaan.Jika mereka dimajukan oleh kerajaan, agama yang berkembang nanti
adalah agama Islam .Ketika para pencinta alam menentang pembalakan di kawasan
tropika, satu perkara yang disembunyikan ialah 60 % hutan ditebang untuk dijadikan
kayu api. Ia amat meluas di negara-negara yang miskin seperti India, Bangladesh , Brazil
dan lain-lain. Perangkaan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan 83 %
kayu yang ditebang di negara-negara di dunia ketiga digunakan sebagai kayu api.
Apakah kita sanggup membiarkan penduduk miskin terus memasak makanan
menggunakan kayu api. Sepatutnya pencinta alam ini memberikan pilihan alternatif.
Sekurang-kurangnya mereka mengesyorkan kepada kerajaan negara maju agar
menurunkan harga dapur gas, harga barangan elektrik dan sebagainya. Tidaklah
keterlaluan jika kita katakan negara maju ingin menjajah sekali lagi melalui isu 'hijau'.

Aktivis alam sekitar


Rogelio A Maduro melaporkan pada 5 Julai 1992, 8 orang pencinta alam menyerang
dan merampas beberapa bot penarik balak dan kren di Sarawak sebagai membantah
kegiatan membalak. Sungguhpun Malaysia menjadi sasaran utama ,kumpulan pencinta
alam itu dengan jelas menyatakan bahawa Indonesia akan menjadi sasaran berikutnya
,diakhiri dengan Brazil dan India, negara yang terlalu kuat untuk dicabar. Kecaman
terhadap industri pembalakan Malaysia pada 5 Julai 1992 dijalankan dengan penuh
terancang oleh pencinta alam Britain yang diterbangkan dari sebuah pusat operasi yang
dipanggil Rainforest Information Centre di Australia .Pencinta alam itu kebanyakannya
ahli kumpulan Earth First.
Kerajaan bertindak cepat dengan menahan mereka tetapi enggan bertindak tegas
kerana hanya akan memburukkan persidangan alam sekitar yang diadakan pada
September 1992 .Kelapan-lapan pencinta alam yang ditahan di Malaysia ialah :
1. Anja Light dari Pusat Maklumat Hutan Tropika Sweden
2. Angie Zelter dari Pertubuhan Earth First , United Kingdom

3. Garsten Huettche dari Robin Wood, Jerman


4. Jake Kreilick dari Earth First, Amerika Syarikat

5. Deborah Witkin seorang anggota bebas dari Amerika Syarikat


6. Ralf Schmitt dari Robin Wood, Jerman

7. Nancy Rolfe dari Earth First,Australia


Pencinta alam itu membuat sekatan ke atas kapal membawa balak di Nantes,
Peranchis,kepungan di pelabuhan Bremen, Jerman , tunjuk perasaan di mesyuarat
Kumpulan Tujuh Negara Perindustrian (G-7) di London dan di Kedutaan Malaysia di The
Hague dan London. Tindakan mereka itu berterusan sehingga 7 Oktober 1992 yang
disytiharkan sebagai Hari Tindakan Antarabangsa bagi suku kaum Penan.

PERANAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DALAM MENANGANI MASALAH ALAM


SEKITAR.
Alam sekitar merupakan amanah Allah kepada hambanya.Sebagai khalifah di
bumi ini kite wajib menjaga alam sekitar daripada pencemaran dan kerosakan.Kita perlu
mewariskan persekitaran yang sihat kepada generasi akan datang.Oleh itu semua pihak
perlu berganding bahu untuk sama-sama memelihara alam sekitar.Kerjaan telah
mengambil langkah pemulihan dan pemeliharaan hutan,mencipta peralatan mesra
alam,mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dan
sebagainya.
 
Usaha kerajaan telah mendapat sokongan padu dari badan bukan
kerajaan(NGO).Antaranya Sahabat Alam Malaysia (SAM.Ia sebuah badan bukan kerajaan
(NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1977. Menyertai Friends of the Earth International
(FOEI) sejak 1983. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang diamanahkan
dan dianugerahkan Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan dalam pelbagai
bentuk atas nama pembangunan, kemajuan dan kemodenan serta membela hak
masyarakat akar umbi yang terkesan akibat-aktiviti ini.Usaha SAM sedikit sebanyak telah
membela nasib mereka yang tertindas akibat perlakuan pihak tidak bertanggungjawab
yang sering kali menggunakan alasan pembangunan,kemajuan dan kemodenan tetapi
tidak mengendahkan akibat perlakuan mereka yang tidak mesra alam.Hal ini demikian
kerana pihak terbabit hanya mahu keuntungan semata-mata tanpa mengira kepentingan
alam sekitar.

Dalam mengembangkan wadah perjuangan alam sekitar ini, SAM telah di beri
penghargaan dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global
Price 1988, Goldman Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The
Right Liverhood Award. Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini,
keutamaan SAM kini dan selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam
membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan di semua peringkat terhadap
tanggungjawab dalam mengawal kegiatan manusia terhadap alam dengan
mengembalikan kewarasan kita dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian
hidup dan untuk generasi masa depan.

Selain SAM,ada beberapa lagi badan-badan bukan kerajaan yang turut


memperjuangkan penjagaan alam sekitar.Word Wid Fune for Nature(WWF) merupakan
nadi kepada persatuan yang kuat menegakkan keadilan tentang alam sekitar.WWF telah
menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.Antaranya
kepentingan sungai,hutan dan udara yang segar.NGO terbabit telah menyuarakan
pendapat tentang kepentingan penggunaan alatan yang mesra alam.Misalnya peti sejuk
bebas,pendingin udara bebas CFC.Selain itu menyarankan pembangunan yangmesra
alam seperti menanam pokok-pokok di atas bumbung bangunan dan ruang-ruang
kosong.Tumbuh-tumbuhan penting untuk menyeimbagkan suhu di sesuatu kawasan
selain menjadi pelindung apabila belaku angin kencang.

NGO berperanan membantu mereka yang di tindas oleh pihak tertentu untuk
menyuarakan pendapat mereka.Melalui NGO suara keluhan rakyat akan di
ketengahkan.Perkara tersebut akan di bincangkan kepada pihak berwajib.Hal ini
memudahkan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang tidak
bertanggungjawab.Misalnya isu pembalakan haram di Cameron Hihglands telah dapat di
selesaikan melalui campur tangan pihak NGO.Pihak bertanggungjawab telah dibicarakan
dan akan dijatuhkan hukuman setimpal.Kesimpulannya NGO berperanan bukan sahaja
kepada alam sekitar tetapi membantu golongan rakyat untuk menunutut bela hak
mereka terhadap alam sekitar.

NGO boleh bekerjasama dengan pihak media seperti mengadakan kempen


kesedaran,pameran-pameran mengenai pencemaran alam dan sebagainya.Pameran ini
boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan
awam.Bahan-bahan menarik seperti carta,poster dan keratan akhbar boleh di
pamerkan.Selain itu,pita video dan slid-slid yang berkenaan pencemaran juga boleh di
tayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat
untuk melindungi alam sekitar. Kesimpulannya pembangunan pesat sesebuah Negara
telah mendatangkan impak negatif kepada alam sekitar.pengurusan yang teratur mampu
menyeimbangkan pembangunan dengan alam sekitar.Persekitaran yang sihat akan
melahirkan masyarakat yang sihat.

P/S: INI APA YANG FIFI DPAT CARI N X TAHU BETUL KE X...KALU ADE YANG BOLEH GUNE
KITE SHARE BERSAMA....KALU RASE X OK ABAIKAN..HEHE

GOODLUCK...ALLL D BEST TO U....


WITH LUV: FIFI

You might also like