P. 1
PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

4.67

|Views: 1,566|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.
PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA.

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Nur Ain Mohd Amin on Aug 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA

. NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA080160
Petikan karya klasik …Maka sembah Demang Lebar Daun,”Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalau tuanku berkehendakkan patik itu,patik sembahkan, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik.Maka titah baginda ,”Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu?Katakan oleh paman hamba dengar.”Maka sembah Demang Lebar Daun,”barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia ,“jikalau anak telah terambil ke bawah duli,jikalau ia kena penyakit seperti patik patik yang lain,telah maklum ke bawah duli tuanku itu,jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia,janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku.Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia,dan menyapu sampah di bawah duli tuanku.Seperkara lagi,perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia,dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku .Seperkara lagi,perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia,segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli,patik pohonkan jangan ia difadihatkan,dinista yang keji- keji,jikalau patut pada hukum syarat bunuh,tuanku ; jangan duli tuanku aibi” Maka titah Seri Teri Buana, “kabullah hamba akan janji paman itu;tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman.”Maka sembah Demang Lebar Daun,”Janji yang mana itu ,patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia .”Maka titah Seri Teri Buana “Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun,atau zalim jahat pekertinya jangan segalanya hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga .” Maka sembah Demang Lebar Daun,”Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan ,anak cucu patik pun berubahlah tuanku.”Maka titah Seri Teri Buana,”Baiklah paman,kabullah hamba akan waad itu .Maka baginda pun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun . Titah baginda , “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya ,dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke-bawah kaki ke atas.”Maka sembah Demang Lebar Daun,”Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu ,dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya .”Itulah dianugerahkan Allah subhanahuwa taala pada segala rajaraja Melayu,tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu,jikalau sebagaimana sekalipun besar dosonya tiada diikat dan tiada digantung,difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati , dibunuhnya .Jikalau ada seorang raja-raja Melayu,alamat negerinya akan binasa... Sumber:Sulalatus Salatin M/S:25-26

1

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA. NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD
Pengenalan Perspektif konsep waad dalam menghuraikan kajian daripada sudut falsafah yang berkaitan dengan kajian yang lebih mendalam tentang permahaman yang dapat saya huraikan daripada petikan karya klasik iaitu perkaitan konsep daulat dan derhaka.Petikan karya ini telah saya perolehi daripada teks Sulalatus Salatin @ Sejarah Melayu hasil tulisan A.Samad Ahmad.Kajian ini amat bersesuaian dengan pengertian falsafah iaitu ditakifkan sebagai suatu bidang penyelidikan tentang ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat,hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai suatu kesatuan iaitu berasaskan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud. Secara lebih mudah difahami bawa ilmu falsafah merupakan suatu bidang kajian yang mempunyai kaedah,matlamat,asas dan bahan kajian yang tersendiri.Oleh yang demikian saya akan membuat kajian mengenai penghuraian konsep waad yang menjurus kepada perkaitan konsep daulat dan derhaka serta akibat yang berlaku kesan daripada perlanggaran waad itu serta pengajaran yang akan didapati hasil daripada perjanjian yang telah dibuat sebagai renungan uuntuk generasi yang akan datang. Perkataan waad menurut kamus dewan edisi ketiga halaman 1540 telah menyatakan maksud iaitu janji.Manakala perkataan janji menurut kamus dewan edisi ketiga halaman 518 dapat ditakrifkan sebagai pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu.Jadi dalam petikan ini jelas bahawa sesuatu perjanjian yang telah diatur dan ditetapkan dan dipersetujui dengan rela hati oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu antara kedua-dua belah pihak. Dalam petikan ini dapat dilihat bahawa perjanjian telah dibuat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana.Permulaan kepada waad ini yang merujuk kepada petikan iaitu merupakan perjanjian yang dilakukan oleh Seri Teri Buana yang mewakili golongan pemerintah atau raja dan Demang Lebar Daun yang mewakili golongan diperintah atau rakyat.Punca berlakunya waad ini adalah disebabkan oleh permintaan Seri Teri Buana yang berkehendakkan anak perempuan Demang Lebar Daun untuk dijadikan isteri.

2

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA. NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD
Oleh sebab itu Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri Teri Buana sebelum dia bersetuju bermenantukan Seri Teri Buana memandangkan kedua-dua pihak berlainan darjat dan keturunan.Ini dapat dilihat Demang Lebar Daun berasal daripada golongan rakyat manakala Seri Teri Buana daripada golongan raja.Daripada penerangan itu pemahaman tentang darah keturunan yang berbeza perlu dinilai dan diambil berat oleh individu bagi melihat bahawa terdapatnya perbezaan kehidupan di antara golongan raja dan golongan rakyat. Hal ini dapat dilihat apabila sebelum permintaan Seri Teri Buana untuk mengahwini anak perempuan Demang Lebar Daun,sebelum itu baginda telah berkahwin dengan wanita kebanyakan tetapi terjadi peristiwa pelik apabila wanita-wanita itu mendapat penyakit misteri.Oleh yang demikian Seri Teri Buana bertindak menghalau wanita-wanita itu keluar dari istana.Tindakan baginda telah memberi keaibban kepada wanita itu.Oleh yang demikian Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri Teri Buana bagi mengelakkan anaknya diperlakukan seperti isteri-isteri baginda yang sebelumnya di samping dapat menjaga maruah diri anak perempuannya.Dengan demikian Demang Lebar Daun telah meminta Seri Teri Buana supaya mengekalkan anak perempuanya di dalam istana dengan tidak dihalau keluar.Menurut Demang Lebar Daun dia sanggup membiarkan anaknya menjadi hamba suruhan samada di dapur atau di dalam kawasan istana yang lain daripada membiarkan anak perempuannya dihalau keluar daripada istana Keadaan ini disebabkan Demang Lebar Daun juga perlu menjaga maruah dirinya sebagai ayah serta maruah ahli keluarganya yang lain.Hal ini bertetapan dengan peranannya sebagai orang yang dihormati dalam kelompok kehidupan masyarakat iaitu di luar kawasan istana yang dapat difahami daripada petikan bahawa dia merupakan suara utama yang mewakili hamba rakyat.Selain itu hak untuk menjaga maruah diri juga turut dituntut dalam hukum syarak agama islam yang mengesa umatnya menjaga maruah diri kerana maruah merupakan senjata diri utama bagi perlambangan hidup seseorang yang baik.Hal ini bermakna tidak mempunyai hak untuk sesiapapun samada mempunyai kuasa atau sebaliknya bertindak melakukan sesuatu perbuatan kepada seseorang yang lain yang boleh menjatuhkan maruah diri orang itu walaupun orang itu lebih rendah status kehidupan.

3

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA. NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD
. Jadi dalam hal ini walaupun Seri Teri Buana merupakan seorang raja baginda tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman iaitu dengan bertindak menghalau isteriisteri baginda yang berpenyakit misteri keluar daripada istana.Hal ini menyebabkan perkara itu bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah diri perempuan itu tetapi ia turut memberi keaibban kepada ahli keluarganya juga.Disebabkan keadaan itu juga perempuan yang dihalau itu dan ahli keluarganya akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.Kesan daripada keadaan itu perempuan dan keluarganya akan hidup dalam tekanan akibat cemuhan masyarakat sekeliling. Oleh yang demikian dapat difahami dengan jelas bahawa tindakan Demang Lebar Daun adalah untuk menyedarkan Seri Teri Buana untuk menjadi seorang raja yang baik.Hal ini dapat dilihat apabila Seri Teri Buana perlu bijak dalam berperanan sebagai seorang raja yang perlu menunjukkan sifat yang baik kepada masyarakat.Perlakuan sifat ini perlu seimbang dengan keperibadian dirinya sebagai seorang raja yang amat di hormati dalam masyarakat. Daripada perjanjian yang dibuat oleh Demang Lebar Daun menyebabkan timbulnya konsep daulat dan derhaka.Konsep daulat dan derhaka ini telah menampakkan perbezaan golongan pemerintah iaitu raja golongan yang diperintah iaitu rakyat.Kupasan mengenai konsep daulat dan derhaka dapat dilihat apabila perkataan daulat menurut kamus dewan edisi ketiga halaman 276 telah membawa maksud bahagia dan kebahagian. Selain itu daulat juga membawa pengertian kekuasaan yang tertinggi yang dimiliki oleh seorang pemerintah atau raja yang mempunyai hak menjalankan pemerintahan yang tersendiri dalam kerajaannya dan ia diakui oleh perlembagaan.Oleh yang demikian golongan raja yang berdaulat perlu disembah dan dijunjung oleh golongan rakyat yang menduduki negara yang diperintah oleh raja tersebut.Manakala perkataan derhaka menurut kamus dewan edisi ketiga halaman 296 membawa maksud tidak taat atau khianat.Derhaka boleh diperlakukan kepada negara,raja,dan manusia.Perlakuan derhaka ini dapat dilihat dilakukan antara manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.

4

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA. NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD
Manusia dikatakan derhaka kepada Allah apabila mengingkari perintah-Nya manakala manusia yang menderhaka sesama manusia dapat dilihat apabila golongan rakyat telah mengingkari perintah raja dengan tidak menumpahkan kesetiaan dan ketaatan kepada raja.Walaupun begitu Seri Teri Buana turut membuat permintaan dengan Demang Lebar Daun supaya rakyat jelata tidak menderhaka kapada raja yang diberi mandat memerintah negeri itu.Hal ini dapat dilihat rakyat perlu membiarkan raja yang tidak baik keluar untuk mencari negeri lain untuk didiami. Dengan demikian pengekalan konsep daulat dan derhaka dapat dilakukan apabila diperlihatkan jurang taraf antara golongan raja dan rakyat.Melalui petikan klasik ini juga ada mengandungi kandungan isi perjanjian diantara golongan raja dan rakyat.Ini dapat dilihat apabila bagi golongan yang memerintah iaitu raja perlu melakukan perbuatan yang baik dan beradab sopan yang melambangkan ketertinggian budi pekerti sebagai ikutan kepada golongan rakyat. Oleh yang demikian keadaan ini membawa makna raja atau golongan pemerintah sama sekali tidak boleh melakukan kezaliman kepada rakyat kerana ia boleh mendatangkan malu dan keaiban kepada rakyat yang dizalimi. Membuat kezaliman terhadap orang lain juga boleh mendatangkan kemurkaan daripada Allah dan perbuatan itu amat ditegah oleh syarak.Bagi golongan yang diperintah iaitu rakyat perlu menumpahkan ketaatan dan kesetiaan pemerintah walhal raja itu telah mendatangkan kecelakaan kepada rakyat .Jika perkara itu terjadi rakyat sama sekali tidak boleh menderhakai raja dan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan kepada raja. Jika raja telah melakukan kezaliman kepada rakyat maka raja itu perlu mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah dalam negeri itu.Pengunduran raja amat penting bagi mengelakkan berlakunya kekecohan dan peperangan dalam negeri itu.Di samping itu pengunduran raja juga dapat memberi peluang kepada pemerintah yang lain dengan mempunyai keperibadian yang tinggi untuk menjadi pemerintah yang baik kepada rakyat dalam sesebuah negeri itu.

5

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA. NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD
Hasil daripada perjanjian yang dibuat,persetujuan telah dicapai oleh Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana.Walaupun begitu Demang Lebar Daun turut menyatakan bahawa isi kandungan perjanjian tidak boleh dilanggar oleh kedua-dua pihak.Keadaan ini telah dinyatakan oleh Demang Lebar Daun iaitu keturunan golongan raja tidak boleh melanggar isi kandungan perjanjian kerana jika perubahan dilakukan oleh raja maka akan terjadi golongan yang diperintah iaitu rakyat akan turut berubah laku. Jika keadaan itu terjadi kedua-dua pihak merupakan golongan yang akan dipersalahkan.Oleh yang demikian samada golongan raja atau rakyat perlu sentiasa berwaspada bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan.Dengan itu persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak.Keadaan ini menampakkan lagi pengukuhan konsep daulat dan derhaka dalam peraturan kehidupan manusia. Selain itu peraturan perjanjian turut melambangkan bahawa masyarakat melayu amat kaya dengan persefahaman dan sikap bermusyawarah dalam kehidupan.Ia juga melambangkan bahawa persepakatan membawa kepada keberkatan.Walaupun demikian melalui petikan ini turut menyatakan akibat-akibat yang akan berlaku apabila adanya golongan pemerintah iaitu raja dan golongan diperintah iaitu rakyat yang melanggar isi kandungan perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Perkataan lain yang dispesifikkan berkaitan pelanggaaran perjanjian adalah tulah.Menurut kamus dewan edisi ketiga,halaman 1481mendefinisikan kata tulah dapat dimaksudkan sebagai kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan.keadaan ini disebabkan penderhakaan yang dilakukan yang boleh meruntuhkan kerajaan dalam sesebuah pemerintahan manakala bagi rakyat pula boleh menyebabkan kesengsaraan dalam kehidupan.Di dalam petikan karya ini turut menyenaraikan akibat yang akan terjadi samada golongan raja atau pemerintah dan golongan rakyat melakukan pelanggaran kepada isi kandungan waad.

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU

6

PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA. NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD
Hal ini dapat digambarkan jika rakyat melakukan penderhakaan kepada raja maka Allah akan membalikkan rumah penderhaka bumbungan ke bawah manakala tiang rumah ke atas.Manakala bagi raja yang zalim akan dibinasakan negerinya.Keadaan ini menunjukkan bahawa konsep daulat dan derhaka dalam masyarakat melayu bukan perkara remeh tetapi merupakan sesuatu yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh raja dan rakyat. Daripada perincian tentang perjanjian yang diberikan dalam petikan karya klasik ini didapati pelbagai iktibar dapat diperolehi untuk dijadikan panduan kepada generasi akan datang sebagai pemimpin yang baik.Antara iktibar yang diperolehi ialah sebagai manusia kita membuat musyawarah atau bermesyuarat bagi menetapkan sesuatu perkara yang hendak dibincangkan.Hal ini amat penting kerana perbincangan dalam bentuk permuafakatan dapat membantu dapatan keputusan yang lebih tepat dan mutlak dapat dibuat.Selain itu didapati seorang raja perlu perlu berbincang dengan pembesar baginda dalam membuat sesuatu keputusan. Keadaan ini disebabkan oleh pendapat daripada orang yang lebih berpengalaman dapat diguna pakai sebagai sesuatu yang terbaik untuk dijadikan panduan oleh seseorang raja bagi pelicinan dalam pentadbiran.Di samping itu juga seseorang yang mempunyai pangkat dan kedudukan perlu bersikap adil dan saksama kepada orang yang dipimpin.Keadaan ini disebabkan oleh keadilan dapat menimbulkan kecintaan rakyat kepada raja yang menjadi pemerintah dalam sesebuah negeri.Manakala sebagai rakyat pula perlulah sentiasa menghormati pemimpin yang menjadi tunggak dalam kepimpinan sesebuah negeri.Hal ini dapat dilihat apabila sokongan yang kuat daripada rakyat akan memberi lebih kekuatan dalam kepimpinan dalam sesebuah negara.

Kesimpulan Sebagai rumusan tentang keseluruhan perbincangan ini ,dapatlah dirumuskan bahawa konsep daulat dan derhaka amat mendalam pemahamannya dan amat penting dalam penentuan kepada waad yang dibuat dengan merujuk kepada kjian ilmu falsafah.Bagi saya isu waad dalam petikan klasik ini merupakan suatu aspek yang baik untuk dibincangkan dengan lebih mendalam kerana adanya konsep waad telah dapat membentuk peraturan kehidupan samada kepada golongan pemerintah iaitu raja dan juga kepada golongan yang diperintah iaitu rakyat.

7

TAJUK:JXEA 1104 FALSAFAH LOGIKA MELAYU PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA. NAMA :ZATIE NUR ZURAINI BINTI CHE SOH NO.MATRIK:JEA080160 PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD

RUJUKAN Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu / diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad ISBN 983-62-5601-6

8

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->