BISMILLAHIRAHMAN………….ALHAMDULILLAH…….WASSALA TU WASSALAMU……..

YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, GURU BESAR SK BAKRI BATU 5, MUAR YANG DIHORMATI, PN BADARIAH BT MOHAMAD , GPK KURIKULUM, SK BAKRI BATU 5, MUAR YANG DIHORMATI, EN OTHMAN B KUCHIT, GPK KO KURIKULUM SK BAKRI BATU 5, MUAR JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS LAMBAIAN KASIH, GURU-GURU SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN ASSALAMUALAIKUM WBR. DAN SALAM SEJAHTERA SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEHADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA SEMPENA MAJLIS LAMBAIAN KASIH PUAN GURU BESAR YANG AKAN BERPINDAH MENABUR JASA DAN BAKTI DI TEMPAT LAIN TERLEBIH DAHULU IZINKAN SAYA BAGI PIHAK JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS INI MEMBINGKISKAN UCAPAN SELAMAT DATANG HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI MAJLIS LAMBAIAN KASIH AMAT BERMAKNA. MOHON MAJLIS INI PENUH KEBERKATAN, DENGAN INI MEMPERSILAKAN YANG DI HORMATI USTZ GHAZALI B MUSTAPHA MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA DOA DEMIKIAN TADI PIMPINAN BACAAN DOA. TERIMA KASIH PARA HADIRIN, MENGIKUT KETETAPAN ACARA, MAJLIS KITA DITERUSKAN DENGAN MEMPERSILAKAN ________________________________ WAKIL PELAJAR SK BAKRI BATU 5 UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN UCAPAN WAKIL PELAJAR DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN. TERIMA KASIH

KETETAPAN ACARA DITERUSKAN JUA. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI, PN BADARIAH BT MOHAMAD , GPK KURIKULUM SK BAKRI BATU 5, MUAR MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. UCAPAN GPK DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG TELAH DIBINGKISKAN. TERIMA KASIH

Hitam-hitam si tampuk manggis Manisnya hingga menjilat jari Makin bertambah serinya majlis Bacaan Biodata menyusul kini
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI IZINKAN SAYA MEMBACAKAN SERBA RINGKAS BIODATA YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH BACAAN BIODATA PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, TERBANG DI AWAN BURUNG JENTAYU, KERANA PENAT GUGUR KE BUMI; TAMPILLAH PUAN KAMI MERAYU, BERSAMA AMANAT BEKALAN KAMI. KINI TIBA KETIKA DINANTI. UNTUK ITU DIPERSILAKAN YANG BERUSAHAI LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN UCAPAN YANG DIRAI DEMIKIAN TADI UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN.TERIMA KASIH

PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, MENUNJUK BAKAT MEMPERSEMBAHKAN GAYA. MOGA PUAN YANG DIRAIKAN RIA TERASA. KINI KITA TAMPILKAN ADIK NURZAYANAH UNTUK MENDEKLAMASIKAN SEBUAH SAJAK YANG BERTAJUK ________________________ DIPERSILAKAN. PERSEMBAHAN MURID PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ADIK NURZAYANAH ATAS SEMPURNANYA ACARA.

DIAN TIGA LILIN PUN TIGA TANGLUNG TERGANTUNG RUMAH LAKSAMANA DIAM JUGA SABAR PUN JUGA ADA UMUR TIDAK KE MANA PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN SETERUSNYA DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH, UNTUK MEYAMPAIKAN SIJIL-SIJIL PENGHARGAAN ATAS DAYA USAHA GEMILANG GURU-GURU DAN STAF SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2010 YANG LALU . DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA PUAN. MENDAHULUI SENARAI PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN BAGI TERBAIK PURATA SEKOLAH 1.92 TAHUN 2010. DIPERSILAKAN........ SIJIL –SIJIL BACA SENARAI NAMA GURU

PENERIMA CENDERAHATI TANDA KENANG-KENANGAN DAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH. MENDAHULUI SENARAI PENERIMA CENDERAHATI KENANG-KENANGAN. DIPERSILAKAN 1. EN HAFIZ BIN RAMLI 2. MOHD ASYRAF B MOHD ZANI SETERUSNYA DIPERSILAKAN WAKIL-WAKIL MURID DARI 1. 2. 3. 4. 5. 6. PRA SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TAHUN 1 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

KETETAPAN ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI TANDA TERIMA KASIH KAMI KEPADA YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH DIPERSILAKAN WAKIL MURID DARI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. PRA SEKOLAH PEND KHAS BADAN PENGAWAS SEKOLAH PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 1 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6

TERIMA KASIH ATAS SEMPURNANYA ACARA.

PARA HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI, GERAK GERI MEMAPARKAN KELINCAHAN, RIANG MENARI SAMBIL BERLAGA, BERSENDA GURAU MELAKAR WAJAH, NAMUN YANG LEBIH TAHU, HANYA TUHAN YANG SATU. DI DALAM KERIUHAN SORAK DAN SORAI, ADA HARAPAN YANG TERKULAI, CITA-CITA MELANGKAU EVEREST NAN TINGGI, MIMPI INDAH ONAK MENIKAM DIRI, NAMUN ITULAH ENGKAU... SEGALA DERITA DI SIMPAN DI HATI, TERPINTAL INDAH MENYUSUN SENI, MENJADI PENAWAR HATI YANG SEPI, TIADA KALIMAH MUSTAHIL, DALAM TUBUH YANG KECIL. LAUTAN SANGGUP DIREDAH, 7 BENUA MAHU DIJAJAH, ONAK YANG MENUSUK JAUH DI SUDUT HATI, MENJADI AZIMAT PENDORONG DIRI. JATUH DAN DIJATUHKAN BERKALI-KALI, NAMUN TERUS BANGKIT, MELANGKAH DAN BERLARI, ITULAH ENGKAU PUNYAI WAWASAN SENDIRI, TIDAK PERNAH TEWAS DIPUKUL TAUFAN, TIDAK BERPUTUS ASA PADA PELBAGAI TOHMAHAN, NAMUN ENGKAU GURU HANYA SEORANG INSAN. ADA TIKANYA TERPERANGKAP OLEH PERASAAN, DAN KERANA PERASAAN LAH, DALAM TENANG ENGKAU RESAH, KERANA HATI LAH, DALAM RIANG ENGKAU DERITA, NAMUN KERANA ILMU MU TIDAK INGIN DIPERSIA, ENGKAU RELA MENJADI LILIN TERBAKAR, MENERANGI KAMI SEMUA. ( KALAU SEMPAT BACA )

BINTANG BARAT TERBIT PETANG BINTANG TIMUR TERBIT PAGI JIKA TIDAK MELARAT PANJANG ADA UMUR KETEMU LAGI

MAJLIS KITA BERAKHIR DI SINI. DIKESEMPATAN INI SEBALUM LANGKAH DIATUR, IZINKAN KAMI SEKALI LAGI MEWAKILI SEMUA WARGA SK BAKRI BATU 5, MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN SEIKHLAS HATI ANDAI TERKASAR BAHASA, MAHUPUN TERLANJUR BICARA. SEKIAN WABILLAHI TAUFIK........................ DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA LAGI DIRAIKAN, PN HJH JAMILAH BT HJ ABDULLAH BERSALAMAN TANDA PERPISAHAN DENGAN MURID-MURID SK BAKRI BATU 5 UNTUK KALI TERAKHIR.