BAHASA MELAYU

JENIS DAN BENTUK KESENIAN MELAYU

JENIS DAN BENTUK KESENIAN MELAYU
‡ Pada zaman moden banyak cabang seni yang telah muncul namun tidak semua cabang seni tersebut dapat diamalkan pada zaman Melayu tradisional ‡ Kesenian Melayu tradisional difokuskan kepada 4 kategori: - seni suara - seni tari - seni muzik - seni kraf tangan

‡ Masuri S.N. pula membahagikan kesenian Melayu kepada lima bahagian iaitu seni suara, seni bahasa, seni rupa, seni lakon dan seni tari ‡ Ada pendapat mengatakan seni terbahagi kepada 3 iaitu seni rupa , seni suara dan seni gerak ‡ Pendapat lain pula mengatakan seni terbahagi kepada 2 sahaja iaitu seni plastik dan seni yang bukan berbentuk material

SENI TARI
‡ Merupakan satu perlakuan yang bersifat teknikal dan adakalanya agak kompleks. ‡ Tarian memperlihatkan gerak-geri, lengganglenggok dan pergerakan jari yang lemah gemalai ‡ Ada tarian yang berunsur intelek dan mesej yang perlu ditafsirkan ‡ Tarian selalunya disampaikan dan diiringi alat bunyi-bunyian atau muzik dan nyanyian yang terdiri daripada kata-kata yang puitis. ‡ Dalam kalangan masyarakat tertentu ,seni tari berhubung rapat dengan ritual,iaitu tatacara dalam upacara keagamaan

1. Makyung
‡ makyung popular di negeri sebelah pantai timur terutamanya Kelantan ‡ dimainkan setelah selesai musim menuai dalam kalangan masyarakat nelayan untuk upacara memuja pantai ‡ merupakan gabungan antara unsur drama, komedi, tarian,dan muzik. ‡ dimainkan di kawasan tanah lapang,sementara penonton duduk dihadapan atau berkelilingmakyung mempersembahkan bermacam-macam cerita yang berunsur nasihat,pengajaran dan komedi

‡ watak utama dilakonkan oleh gadis cantik yang beraksi sebagai tuan puteri raja atau permaisuri ‡ pelakon lelaki pula berperanan sebagai raja atau pemerintah,panglima,pengawal, atau orang suruhan ‡ makyung biasanya memakai pakaian tuan puteri atau permaisuri beserta makhkota di kepala,manakala pakyung memakai pakaian seperti raja dengan tanjak diatas kepala.

2. Tarian kuda kepang
‡ tarian ini dipersembahkan dalam upacara sambutan dan majlis-majlis keramaian. ‡ dikatakan ada hubungan dengan kuasa ghaib. ‡ Tarian ini masih diamalkan di negeri Johor dan Selangor. ‡ kuda kepang ialah kuda-kudaan yang diperbuat daripada anyaman buluh. ‡ kuda ini tidak berkaki,Cuma ada bahagian kepala,badan dan ekor sahaja. ‡ kuda ini dihiaskan dengan bulu pada ekor dan diikatkan tali pada lehernya.

‡ tali ini digantung di leher penari semasa menarikan tarian ini. ‡ pada bahagian sebelah menyebelah kepala kuda itu dilukiskan matanya. ‡ selain kuda-kudaan ,disediakan juga pemecut atau tali tas yang digunakan ketua penari ‡ setiap kali pemecut dibunyikan ,penari-penari akan menukar langkah ‡ alat muzik yang digunakan dalam tarian kuda kepang ialah jidur,angklung,gendang,gong,dan kenong. ‡ perkataan kepang membawa maksud anyaman.

3. Tarian Mak Inang
‡ terkenal dalam masyarakat Melayu sejak zaman Kerajaan Melaka dan masih ditarikan hingga hari ini. ‡ sesuai dengan adat resam Melayu yang menyanjung tinggi kehalusan budi dan tatatertib dalam tingkah laku dan tutur kata. ‡ dalam tarian ini,penari menggerakkan tangan dan kaki secara bersama dengan lemah lembut. ‡ biasanya dipersembahkan di istana raja dan majlis perkahwinan. ‡ perkataan inang merujuk kepada perempuan yang menjadi pengasuh kepada anak raja dan bangsawan. ‡ tarian Mak Inang,diambil dari aktiviti merisik untuk mencari jodoh. ‡ bunyi-bunyian yang digunakan dalam persembahan tarian Mak Inang ialah biola,rebana,dan gong.

4. Tarian zapin
‡ berasal dari Arab-Parsi. ‡ asalnya tarian ini hanya menggunakan penari-penari lelaki sahaja. ‡ tarian ini ditarikan berbeza mengikut negeri atau tempat seprti di Perak,Selangor dan Johor. ‡ Antara ragam tarian ini,dinamakan sebagai baris dasar,pusing tiga balik,bunga silang dan wainad. ‡ alat muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus,rebana dan marwas.seruling juga boleh digunakan bagi mengiringi alat muzik yang lain. ‡ mereka biasanya akan memakai seluar panjang kerana tarian ini memerlukan gerakan yang cepat.

5. Tarian ronggeng
‡ tarian ini berasal dari Portugis dan diperkenalkan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis. ‡ terdapat persamaan antara rentak tarian ronggeng dengan rentak tarian yang yang berasal dari Portugis. ‡ ditarikan secara berpasangan,lelaki dan perempuan. ‡ pada peringkat akhir tarian ,iramanya semakin rancak dan pada masa ini penari akan menari dengan rancak dan cepat menggambarkan suasana gembira.

‡ pada masa dahulu,ronggeng dimainkan oleh sebuah orkestra kecil yang terdiri daripada pemain biola rebana dan gong untuk memberikan sukatan rentak. ‡ pada hari ini,alat muzik moden digunakan seperti gitar dan piano,akordion serta trompet. ‡ rentak lagu ronggeng yang terkenal ialah Jingkling Nona,dan Joget Pinang Muda.

6. Boria
‡ popular di negeri Pulau Pinang. ‡ perkataan boria berasal daripada perkataan bori iaitu satu kaum yang berasal dari Gujerat ,India. ‡ dalam satu persembahan boria terdapat dua bahagian,iaitu lakonan yang berbentuk lawak jenaka dan nyanyian. ‡ lakonan dan nyanyian pula akan digabungkan dalam sesuatu tema yang akan dipersembahkan. ‡ lakonan yang dibuat secara spontan ,tidak memerlukan skrip. ‡ dialog yang disampaikan mengandungi unsur kelucuan. ‡ peserta dalam boria terdiri daripada tukang karang dan kelasi. ‡ tukang karang akan memulakan nyanyian diikuti dengan kelasi.

Seni kraf tangan
‡ memerlukan daya kreativiti dan kemahiran menggunakan tangan oleh pembuatnya. ‡ ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa. ‡ dikaitkan dengan industri desa iatu hasil kraf tangan yang diusahakan penduduk tempatan secara kecilkecilan.

1. Seni tembikar
‡ tembikar sayung atupun dikenali dengan panggilan labu tanah. ‡ fungsi usus iaitu sebagai bekas untuk menyimpan air minum dan selalu juga digunakan dalam upacaraupacara tertentu yang melibatkan air, ‡ perusahaan ini terdapat di negeri Perak iaitu di Kuala Kangsar,Sayong,Parit dan Pulau Tiga. ‡ tanah liat digunakan untuk membuat labu atau buyung ini. ‡ tanah liat busut yang diambil itu dijemur hingga kering. ‡ kemudian ditumbuk halus menggunakan lesung kaki.

‡ tanah itu diayak untuk mengasingkan sampah dengan pasir kasar. ‡ tanah debu ini dicampur dengan air dan diuli seperti adunan tepung. ‡ setelah diuli barulah tanah liat ini dibentukuntuk menjadi seperti labu atau buyung. ‡ labu kemudian dibakar,dan setelah dikeluarkan ia dimasukkan ke dalam sekam padi yang bertujuan untuk menghitam labu-labu itu.

2. Tenunan kain songket
‡ negeri Terengganu ,Kelantan dan Pahang amalkan tradisi tenun kain songket. ‡ di negeri kelantan tenunan kain songket ini diamalkan sejak Zaman Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang. ‡ kemahiran menenun diajar pada anak-anak gadis. ‡ perkataan songket berasal dari perkataan songkit yang bermaksud satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang lesung di permukaan alat tenun yang dinamakan kek.

‡ proses ini dilakukan apabila benang karat butang yang disediakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas. ‡ mengambil masa yang lama. ‡ proses bermula daripada mencelupkan warna pada benang sutera atau kapas hinggalah kepada proses menenun. ‡ motif atau corak diilham kan dari alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan.

3.Anyaman kelarai
‡ memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang unik. ‡ pada zaman dahulu ,kemahiran menganyam merupakan satu kebolehan yang perlu dimiliki oleh anak-anak gadis. ‡ kemahiran ini bukan dimonopoli kaum wanita sahaja kerana orang lelaki juga mahir menghasilkan kelerai. ‡ anyaman kelerai digunakan bagi menghasilkan alat-alat seperti bakul,tikar,dinding,atau skrin,beg,tudung saji dan sebaginya, ‡ antara jenis kelerai ialah kelerai jari lidi,kelerai mata ketitir,kelerai bunga berembang, kelerai mata lalat,kelerai papan pecah,dan kelerai tompok jantung.

SENI SUARA
‡ Merujuk kepada bidang nyanyian ‡ Sesuatu lagu yang dinyanyikan biasanya diiringi oleh alat muzik ‡ Nyanyian berfungsi untuk mendodoikan bayi dan untuk menghiburkan hati pada zaman Melayu tradisional ‡ Kini amalan tersebut tidak lagi diamalkan dan nyanyian ini digantikan dengan lagu kanakkanak yang lebih moden

1. Dondang Sayang
‡ Bermaksud naynyian kasih yang terbit daripada perkataan dendang yang bermaksud nyanyian dan sayang bermaksud kasih ‡ Pendapat ada mengatakan dondang sayang berasal dari Tanjung Penyengat,Riau dan kemudian berkembang di Melaka ‡ Pendapat lain pula menyebut ia memang berasal dari Melaka ‡ Mula terkenal setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ‡ Penyanyi perempuan memakai baju kebaya panjang dan berkain batik manakala penyanyi lelaki pula memakai baju Melayu serta bersamping dan bersongkok

‡ Persembahannya diiringi alat muzik seperti biola, rebana, gong, gendang dan akordion ‡ Seni kata atau pantun yang dilagukan tidak disediakan terlabih dahulu kerana dihasilkan secara spontan ‡ Nyanyian dinyanyikan secara berpasangan ‡ Pantun yang disampaikan oleh penyanyi pertama akan dibalas oleh penyanyi kedua ‡ Soalan dan jawapan mestilah berkaitan ‡ pantun yang digunakan ialah pantun 4 kerat

2. DIKIR BARAT
‡ Terkenal di Kelantan ‡ Kombinasi antara dikir dengan pantuan atau dikir dengan karut ‡ Perkataan karut itu berasal dari istilah mengarut dalam pantun yang disampaikan ‡ Juga disebut dikir pantun, dikir karut atau dikir syair ‡ Pendapat ada mengatakan dikir barat berasal dari selatan Thailand berdasarkan perkataan barat yang merujuk kepada Thailand

‡ Persembahannya diiringi alat bunyian seperti rebana ibu, rebana anak dan tetawak ‡ Dipersembahkan secara berpasukan antara 15-30 orang ‡ Dalam pasukan terdapat seorang tukang karut, seorang juara dan beberapa orang awok ‡ Tukang karut mestilah pandai mendendangkan pantun dan syair secara spontan ‡ Peranan juara ialah berdikir dan ketua kepada awok ‡ Awok hanya akan mengikut dan mengulangi seni kata yang didendangkan juara dan tukang karut

SENI MUZIK
‡ Alat bunyian digunakan untuk hiburan dan juga untuk tujuan tertentu ‡ Kebanyakan alat muzik yang digunakan untuk mengiringi persembahan seperti nyanyian dan tarian

1. CANANG
‡ Digunakan dalam pertunjukan wayang kulit, main puteri dan dikir barat ‡ Dibuat daripada tembaga ‡ Sebatang kayu yang dibalut getah digunakan untuk memukul canang ‡ Diletakkan dia atas tapak yang diperbuat daripada kayu empat segi dan diikat denagn tali ‡ Terdapat 2 jenis canang iaitu canang anak dan canang ibu

2. GENDANG
‡ Digunakan dalam persembahan tradisional seperti wayang kulit, main puteri, kuda kepang dan juga pencak silat ‡ Kelawangnya diperbuat daripada kayu keras ‡ Mempunyai 2 muka di kiri dan kanan dan tidak sama besar ‡ Dimainkan dengan memukul kedua-dua permukaan dengan menggunakan tangan

3. KOMPANG
‡ Berasal dari asia barat ‡ Diperbuat daripada kayu keras yang telah dipotong berkeping dan dikorek di bahagian tengah menjadi lubang ‡ Kulit lembu atau kambing digunakan untuk membuat kompang ‡ Dimainkan secara berkumpulan terutamanya dalam majlis perkahwinan

4. ANGKLUNG
‡ Alat ini sangat penting dalam tarian kuda kepang ‡ Dimainkan sebanyak lima buah di mana 2 berpasangan dan 1 dimainkan tunggal dalam tarian kuda kepang ‡ Diperbuat daripada buluh ‡ Tabung buluh yang berdiri, bergerak ke hadapan dan ke belakang sepanjang ruang yang dilubangkan akan menghasilkan bunyi

5. REBAB
‡ Merupakan alat bunyian yang bertali ‡ Mempunyai 3 bahagian iaitu muka, batang dan pucuk rebung ‡ Batang rebab diperbuat daripada kayu sena atau nangka ‡ Bahagian tempurung ditutup dengan kulit lembu ‡ Tali rebab diperbuat daripada benang kasar ‡ Penggesek rebab diperbuat daripada tangsi dan kayu

6. GEDUK/BEDUK
‡ Rupanya mirip gendang tetapi lebih besar dan panjang ‡ Dipukul dengan kayu yang berbalut getah ‡ Badannya dibuat daripada kayu keras dan penutupnya daripada kulit binatang ‡ Ianya digunakan dalam permainan wayang kulit ‡ Masih digunakan di surau untuk melaungkan bunyi azan

8. GONG/TAWAK
‡ Ada 2 jenis iaitu gong anak dan gong ibu ‡ Bunyi gong anak lebih kuat berbanding bunyi gong ibu ‡ Diperbuat daripada gangsa dan pemukulnya diperbuat daripada kayu dan hujungnya dibalut kain untuk menghasilkan bunyi gema ‡ Digunakan dalam tarian kuda kepang dan seni silat ‡ Kadangkala diunakan dalam sesuatu majlis bagi menandakan perasmian seuatu majlis

9. JIDUR
‡ Bentuknya seakan-akan rebana besar ‡ Kelawangnya diperbuat daripada batang kayu yang ditebuk tengahnya untuk membentuk lubang ‡ Mulutnya ditutup dengan kulit kambing atau lembu ‡ Dibunyikan dengan memukul dengan menggunakan pemukul yang diperbuat daripada kayu ‡ Digunakan dalam tarian kuda kepang

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful