You are on page 1of 21

DEFINISI PROFESIONAL

Profesionalisme (profésionalisme) ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan


sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh
seorang profesional. Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan
dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya, (KBBI, 1994).
Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang
profesional (Longman, 1987)

KONSEP PROFESIONAL

Menurut Kamus Dewan, pekerjaan professional memerlukan pendidikan tinggi dan latihan
khas. Antara nilai tara yang boleh menentukan sama ada suatu pekerjaan itu professional atau
bukan adalah seperti berikut:

 Pekerjaan itu penting dan diperlukan oleh masyarakat.

 Memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi untuk melakukan satu-satu


tugas itu.

 Mengambil satu jangka masa yang agak lama untuk mendapat segala pengetahuan
serta kemahiran tinggi.

 Ahli kumpulan ikhtisas mempunyai kuasa atau autonomi untuk membuat keputusan
dan tidak perlu diseliakan.

 Ahli kumpulan ikhtisas bertanggungjawab ke atas keputusan dan tindakan yang


dijalankannya.

 Seharusnya mementingkan perkhidmatan bagi ahli-ahli masyarakat daripada ganjaran


kewangan.

 Kod etika disediakan bertujuan menjaga mutu perkhidmatan yang ditawarkan


disamping menjaga nama baik satu-satu profesion. Ahli- ahli perlu patuh kepada kod
etika tersebut.
 Oleh sebab kemahiran dan juga pengetahuan tinggi diperlukan serta tempoh latihan
yang lama, maka ganjaran yang didapati oleh ahli-ahli profesion biasanya tinggi.

 Nilai bagi satu-satu profesion adalah berpusatkan klien atau mementingkan keperluan
pelanggan.

 DEFINISI GURU PROFESIONAL

Sesungguhnya, guru merupakan pendidik dan juga pengasuh bagi kanak-kanak yang
bakal menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa
depan. Sebagai guru yang berprofesional, guru haruslah menunjukkan tingkah laku dan
teladan yang baik di mata pelajar. Guru haruslah menanamkan sifat kualiti peribadi,
professional dan sosial yang baik. Hanya guru-guru yang menerapkan tatasusila yang tinggi
akan berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik yang sempurna.

Begitu banyak cabaran dalam profesion sebagai seorang pendidik atau guru. Di dalam
bidang pendidikan, guru berkemungkinan akan berhadapan dengan para pelajar yang berbeza
sikap antara satu sama lain dari segi perkembangan fizikal, emosi, rohani, dan intelek.
Perkembangan perlu dibentuk secara halus, hikmah dan berstrategi melalui profesionalisme
yang tinggi.

Guru bukan sahaja mendidik dan menajamkan intelek anak didiknya, malah pada masa
yang sama, guru juga berperanan dalam membentuk peribadi, mendidik rohani, emosi, dan
fizikal para pelajarnya. Pendidikan ini perlu dilaksanakan secara bersepadu dan guru perlu
mempunyai pelbagai ilmu yang mencakupi pedagogi, psikologi, agama dan juga dalam
bidang mata pelajaran tertentu.

Dengan itu, pendidikan terhadap manusia atau insan dapat mencapai matlamat yang
dihajatkan oleh masyarakat dan Negara, seperti yang dituntut oleh Agama, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan,Wawasan 2020 dan keperluan dunia masa kini yang berasaskan
ilmu. Oleh itu tugas mengajar bukan sekadar memerlukan kepakaran tetapi ia juga
memerlukan kesenian dalam membentuk fizikal, intelek, rohani dan emosi.

Menerusi faktor-faktor perkhidmatan ini, seseorang guru boleh memenuhi nilai-nilai


profesionalisme dalam erti sebenar dan seseorang guru itu juga sering mementingkan
perkhidmatannya lebih daripada kepentingan diri sendiri. Sekali lagi, adalah jelas bahawa
guru-guru dalam era globalisasi ini telah banyak berusaha kearah melaksanakan penyelidikan
tindakan.

(Profesionalisme Perguruan 2003)

Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme sentiasa mendorong dirinya untuk


mewujudkan kerja-kerja yang profesional. Kualiti profesionalisme didokong oleh ciri-
ciri sebagai berikut:

Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal.

 Seseorang yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha mewujudkan


dirinya sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan mengidentifikasi dirinya
kepada sesorang yang dipandang memiliki piawaian tersebut.

 Yang dimaksudkan dengan “piawai ideal” ialah suatu perangkat perilaku yang
dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan.

Meningkatkan dan memelihara imej profesion

 Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan untuk selalu


meningkatkan dan memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku
profesional. Perwujudannya dilakukan melalui berbagai-bagai cara misalnya
penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap hidup
harian, hubungan dengan individu lainnya.

 Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan profesional yang


dapat meningkatkan dan memperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampiannya.

Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion


 Profesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang
dipegangnya. Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga dan
percaya diri akan profesionnya.

KEGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION

Kelayakan:

 Adalah lazim dalam setiap profesion bagi seseorang ahli mempunyai kelayakan
akademik, pengetahuan dan juga kemahiran seperti ijazah atau sijil kecekapan yang
dianugerahkan oleh sebuah badan autoritatif seperti universiti. Adalah perkara yang
luar biasa untuk membenarkan seseorang itu member kuliah dalam pendidikan atau
perubatan. Bagi seseorang yang bergelar guru, hendaklah mempunyai diploma
perguruan, ijazah dalam bidang pendidikan atau ijazah dalam mata pelajaran tertentu
bersama dengan latihan perguruan.

Pengetahuan Teoretis:

 Seseorang yang bergelar ‘guru’ haruslah mempunyai pengetahuan mengenai


pendidikan, falsafah pendidikan, sejarah pendidikan serta bimbingan dan kaunseling.
Oleh yang sedemikian, jelaslah guru itu merupakan seorang ahli professional.

Persatuan:

 Guru merupakan ahli persatuan professional seperti NUTP (National Union of


Teaching Profession) dan KGGMB (Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat).
Komuniti professional akan sering membahaskan tentang kaedah pengajaran, amalan,
penyelidikan, pengetahuan dan inovasi. Keahliannya tidak terbuka, ianya kerana
bukan semua orang yang memiliki kelayakkan yang sedemikian rupa. Di samping itu
juga, persatuan keguruan profesional diadakan adalah untuk melindungi dan menjaga
nama dan hak-hak guru.
Komitmen terhadap Pendidikan dan Latihan Berterusan:

 Sekiranya sesebuah persatuan itu bersifat professional, ahli-ahlinya sepatutnya


mengemaskinikan diri dengan perkembangan yang baharu dari segi amalan
pendidikan. Fungsi persatuan adalah untuk mendidik ahli-ahlinya.

 Komitmen terhadap pendidikan dan latihan yang berterusan merupakan teras utama
kepara satu-satu profesion. Justeru itu, guru-guru sentiasa digalakkan untuk
menghadiri pelbagai jenis bengkel, seminar, forum dan perbincangan panitia. Dengan
ini, maka terbuktilah keguruan merupakan satu profesion.

Kod Etika:

 Kod etika adalah merujuk kepada kelakuan dan tingkah laku. Dengan itu, ahli-ahli
profesion hendaklah mematuhi kod tingkah laku professional. Ahli-ahli hendaklah
mengikuti peraturan-peraturan yang telahpun disediakan khas ketika menjalankan
sesuatu tugas. Bagi guru-guru Malaysia, kod etika perguruan telah lama diadakan.

Komitmen terhadap Fungsi Perkhidmatan:

 Fungi perkhidmatan adalah dikaitkan dengan pendapat bahawa seseorang professional


adalah bersedia dalam membantu orang lain jika perkhidmatan diperlukan. Selain itu,
guru juga bersedia menolong seseorang pelajar yang menghadapi masalah peribadi
mahupun sosioemosi dari segi kaunseling.

Komitmen terhadap Fungsi Prihatin dan Membantu:

 Sebagai seseorang yang profesional, haruslah bersedia menjalankan fungsi prihatin


dan membantu. Ini nyata terdapat pada diri seseorang guru. Dan jelaslah dia bukan
setakat mengajar dan membimbing para pelajar, tetapi juga membantu mereka
menikmati perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Autonomi Diri:

 Ahli-ahli profesion keguruan wajar mempunyai autonomi diri dalam sesetengah


perkara. Ianya bukan sahaja menjurus kepada aktiviti ko-kurikulum yang ingin
disertai, tempat yang ingin dilawati, format kertas penilaian bulanan yang digunakan
dan sebagainya. Selain itu, autonomi dalam pemilihan strategi, teknik dan juga kaedah
mengajar yang boleh dianggap sesuai dan sejajar dengan minat dan tahap kebolehan
seseorang pelajar.

Komitmen terhadap Teori dalam Amalan Mengajar:

 Bagi guru yang profesional, mereka tidak sebegitu mudah untuk menerima rencana
mengenai amalan-amalan pendidikan, idea-idea dan teori. Guru-guru juga berada di
penjuru yang baik untuk menyumbangkan kepada toeri kurikulum kerana mereka
seboleh- bolehnya mencuba teori-teori di dalam kelas.

Komitmen terhadap Penyelidikan Mengenai Amalan:

 Tanggapan mengenai guru sebagai penyelidik adalah penting demi kebaikan seni
pengajaran dan untuk kemajuan pengetahuan mengenai pedagogi dan pembelajaran.
Justeru itu, projek penyelidikan seharusnya merupakan satu inkuiri tentang
pencapaian praktis seseorang guru itu sendiri di dalam bilik darjah.

Tanggungjawab ke atas Keputusan:

 Seseorang guru yang professional adalah bertanggungjawab ke atas keputusan serta


tindakan yang diambilnya. Dan segala keputusan seorang ikhtisas tidak layak
disuarakan oleh sesiapa.
Mengutamakan Perkhidmatan Lebih daripada Kepentingan Diri:

 Seseorang guru sering mementingkan perkhidmatannya lebih daripada kepentingan


diri sendiri. Sebagai kesimpulan, adalah tidak diragui sama sekali bahawa guru itu
nyata merupakan satu profesion.

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka
kod etika telahpun disediakan. Kod etika ini disediakan dalam bentuk ikrar, dan lazimnya
tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guru.

Tanggungjawab terhadap Pelajar:

 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan para pelajar kami daripada hal lain-
lain.

 Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, social, keturunan, mahupun agama seseorang itu.

 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar kecuali kepada mereka yng
berhak mengetahuinya.

 Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mana-
mana matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa dikenakan sebarang bayaran.

 Penting untuk menjaga cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

 Memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,


penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas dan lain-lain lagi supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa:

 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga.

 Member maklumat kepada ibu dan bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat yang diterima ibu dan bapa tadi adalah secara teliti dan juga
bijaksana.

 Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan social dan
ekonomi ibu bapa pelajar.

Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara:

 Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran; yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara ataupun yang bertentangan dengan
Rukun Negara.

 Berpegang pada tingkah laku yang sopan yang boleh diterima oleh mata masyarakat
dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.

 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.

 Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan


kecendekiawan masyarakat.

SIFAT- SIFAT KUALITI PERGURUAN


Tugas dan peranan seseorang guru ini adalah begitu kompleks. Kepada gurulah para ibu
bapa, masyarakat dan Negara menaruh harapan mereka. Oleh itu, hendaklah menonjolkan
tingkah laku yang boleh dijadikan teladan oleh para pelajar, disamping mempraktikkan jenis
kepimpinan yang demokratik serta berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif.

Bagi seorang pendidik atau guru yang baik, mereka haruslah mempunyai sikap dan juga
kualiti peribadi seperti berikut :-

Sifat Peribadi Guru:

Sifat peribadi seseorang guru adalah amat penting khususnya dari segi penampilan.
Kekemasan pakaian seorang guru juga amat dipandang tinggi oleh masyarakat. Bak kata
orang, sebegitu penampilan seseorang guru itu maka sebegitu lah cara mengajarnya.

Dari aspek kekemasan pakaian juga boleh membuatkan diri seseorang yang bergelar
guru itu disanjung. Kemesraan bersama rakan sejawat juga sebegitu, bukan sahaja melalui
pergaulan di tempat kerja. Malah kalau boleh rakan sekerja itu boleh sahaja dianggap
sebahagian daripada ahli keluargaa. Ini kerana perhitungan masa berada di tempat kerja lebih
banyak berbanding di rumah.

Kemesraan terhadap para ibu bapa pelajar juga haruslah diambil kira. Hal ini kerana,
dari mereka lah seorang guru itu dapat tahu perihal para pelajar khususnya apabila di rumah.
Ibu bapa juga dapat membantu meringankan beban seseorang guru khususnya dari aspek
pembelajaran.

Melalui kemesraan juga, sebagai seorang guru yang professional haruslah berhubung
sentiasa dengan ibu bapa seseorang pelajar. Justeru itu, memudahkan guru mengadu tahap
pembelajaran murid dalam kelas dan ia dapat membantu bukan sahaja penyelesaian terhadap
aspek pembelajaran, malah akan membantu diri pelajar itu jua.

Kemesraan terhadap kanak-kanak juga boleh membantu dari sudut pembelajaran. Hal ini
dapat dijelaskan melalui keadaan semasa. Guru ibarat pengasah minda para pelajar. Peranan
yang guru mainkan sewaktu pembelajaran akan membuahkan hasil dan memupuk minat
seseorang individu itu terhadap pembelajaran.
Sikap adil juga perlu ada dalam diri seorang guru. Selain itu, seseorang yang bergelar
guru juga boleh memainkan watak berjenaka tetapi ada hadnya. Ini supaya rasa bosan dalam
pelajaran dan pembelajaran sesetiap pelajar itu tidak wujud. Sifat dedikasi perlu ada pada
setiap guru. Seseorang bergelar guru ini semestinya mengamalkan nilai toleransi.

Seseorang guru harusla ada sifat professional. Melalui kepimpinan yang diterapkan juga
boleh menarik minat seseorang pelajar. Bimbingan yang fleksibel dapat membuatkan murid-
murid sekolah merasa selesa ketika pembelajaran.

Guru perlu merancang sesuatu dengan lebih rapi dan terperinci sebelum memulakan
sesuatu topik pembelajaran. Sistem yang teratur membolehkan perkembangan minda kanak-
kanak berjalan dengan lancar. Justeru itu, melalui kaedah ini juga mereka dapat menangkap
apa yang guru ajar ketika dalam kelas.

Sifat Profesional:

Dedikasi merupakan sifat yang penting bagi setiap profesional. Dedikasi juga menjamin
kejayaan dalam sesuatu profesion. Lantas, guru yang berdedikasi pasti akan menjalankan
tugas dan tanggungjawabnya serta akan memainkan peranannya seberapa pantas yang
mungkin. Lazimnya, seseorang guru adalah lebih mementingkan tugasannya daripada
perkara-perkara yang peribadi.

Guru hendaklah sentiasa peka terhadap minat, kebolehan dan keperluan pelajarnya dari
semasa ke semasa. Selain itu, seseorang guru itu juga harus peka pada suasana sosioemosi
serta set mental pelajar. Guru juga berperanan dalam melahirkan suasana dalam bilik darjah.
Apabila unsur kebosanan telah timbul, guru hendaklah peka terhadap situasi seperti ini dan
berusaha dalam menerapkan unsur-unsur kelucuan dalam pengajarannya.

Di samping itu, guru juga mesti peka terhadap aktiviti dalam kelas. Ini kerana, sikap
pelajar tidak dinafikan memang berbeza sekali. Justeru, guru perlu berusaha untuk
melibatkan pelajar yang pasif dengan harapan mereka akan mempelajari kemahiran
berkomunikasi sesama sendiri.
Penglibatan Dalam Tugas Profesional:

Seseorang guru bukan sahaja tugasnya hanya untuk membimbing dan mengajar. Malah boleh
juga berfungsi sebagai kaunselor kepada para pelajar. Hal ini dapat membantu guru
mengenali segala permasalahan mereka berkenaan pembelajaran khususnya. Ianya juga
membantu mendekatkan lagi hubungan antara seseorang guru dengan murid. Untuk menjadi
seorang guru yang professional, berakhlak mulia sebegitu penting dalam mewujudkan
suasana yang harmonis dalam pembelajaran.

Meskipun dibayar gaji yang lumayan, sebagai seorang guru yang berkaliber tidak lupa
akan tanggungjawab mereka. Inilah dinamakan akauntabiliti dalam tugas. Seorang guru itu
harus mengutama dan berusaha dalam memenuhi objektif pelajaran dan pembelajaran. Di
samping itu juga, seseorang guru perlu membimbing pelajar mencapai kecemerlangan dalam
pembelajaran baik dari aspek akademik mahupun kurikulum.

Dalam kalangan guru masih ada yang mempunyai daya keyakinan yang rendah. Ini
boleh menimbulkan sebarang masalah di dalam bilik darjah. Sebagai guru yang profesional,
harus ditanam sifat yakin dalam diri dalam membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-
murid pastinya akan menghormati guru-guru yang boleh mengambil tindakan tegas.

Sifat tanggungjawab akan sentiasa mendorong para guru melaksanakan sesuatu kerja
yang telah diamanatkan. Bagi seorang guru yang bertanggungjawab pasti sentiasa
menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. Guru juga seharusnya memupuk sifat baik hati
dan bertimbang rasa dalam diri. Ini dapat merapatkan lagi hubungan di antara murid-murid
dan guru. Murid- murid akan merasa lebih tenteram yakin dan senang hati semasa dalam
pembelajaran.

Guru merupakan pemimpin murid-murid. Seseorang guru haruslah mewarisi sifat


kepimpinan supaya murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan ajaran guru. Murid-
murid akan menghormati guru yang mempunyai kualiti kepimpinan. Dengan kualiti ini segala
aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan serta diteruskan dengan berkesan.

Kesedaran Keperluan-keperluan Kebangsaan:

Keperluan-keperluan kebangsaan adalah seperti perpaduan negara, pengekalan sisitem


demokrasi, tenaga rakyat yang berkemahiran untuk produktiviti yang tinggi, warganegara
yang taat setia kepada raja, patriotik, percaya kepada Tuhan dan sedia mematuhi undang-
undang yang telahpun ditetapkan.

Guru yang menyedari keperluan-keperluan tersebut kerap berusaha dari semasa ke


semasa untuk memenuhinya. Guru sentiasa memastikan setiap kegiatan kurikulum haruslah
disertai oleh pelbagai kaum. Guru akan menukar corak penyertaan pelajar dalam permainan
atau persatuan.

Dengan cara yang sedemikian, guru berusaha untuk memupuk perasaan muhibah di
kalangan pelajarnya. Amalan demokratik juga perlu dimainkan dalam kelas khususnya untuk
perlantikan ketua kelas, pengerusi persatuan dan ahli-ahli jawatankuasa.

Di samping itu juga, nilai-nilai murni akan diterapkan dalam pengajaran agar pelajarnya
bersyukur, lantas menghargai kemudahan-kemudahan yang sedia ada di sekelilingnya, dan
percaya kepada Tuhan serta berakhlak tinggi.

Inovatif:

Guru yang profesional semestinya mampu memainkan peranan sebagai agen pembaharuan.
Guru yang inovatif memang akan sentiasa memperkenalkan kepada sesuatu yang baharu. Dia
juga akan berusaha untuk mencuba strategi pengajaran yang baharu, konsep-konsep yang
baharu dan sumber-sumber pengajaran mahupun pembelajaran yang baharu. Guru juga perlu
sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pengajaran serta keberkesanan pembelajaran
pelajarnya. Dengan itu, pembelajaran akan jadi lebih bermakna serta menarik.

Akauntabiliti: (kebaikan)

 Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri.


 Pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar.
 Penekanan kepada pencapaian memotivasikan pelajar
 Kemudahan sekolah lebih terbuka dan berorientasikan keperluan Palajar
 Pengujian akan lebih objektif, kemudahan alatan akan dimaksimumkan
penggunaannya.
 Akauntabiliti akan merapatkan hubungan sekolah dengan masyarakat.
Akauntabiliti Terhadap Pelajar:

Menghasilkan pelajar yang baik dari aspek akademik, berakhlak mulia, pintar bersosialis,
mempunyai emosi yang stabil, kritikan dari ibu bapa jika anak tidak berjaya. Akauntabiliti
juga bermakna dan membimbing pelajar ke arah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
mahupun pembelajaran.

 Mengembangkan diri pelajar secara menyeluruh.


 Membentuk pelajar yang berakhlak mulia.
 Membimbing pelajar supaya bersosialisasi melalui aktiviti kokurikulum.
 Mewujudkan suasana emosi yang tenang dan tidak mengancam.

Akauntabiliti Terhadap Ibubapa:

 Ibubapa berhak mendapatkan prestasi yang cemerlang terhadap prestasi anak-anak


sebagai pembayar cukai.
 Terapkan nilai-nilai murni semasa mengajar.
 Berperanan sebagai kaunselor.
 Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

ANTUSIASME

Guru dapat mempengaruhi pelajar bagaimana untuk memahami bahan-bahan kursus,


telah didapati bahawa guru yang antusiasme terhadap bahan-bahan pelajaran dan pelajar
boleh mempengaruhi pengalaman belajar yang positif terhadap mata pelajaran.

Bagi guru penilaian program, kedudukan positif terhadap isi kursus adalah cenderung
untuk memindahkan semangat mereka untuk para pelajar terima. Guru tidak boleh mengajar
dengan cara menghafal tetapi harus mencari ‘invigoration’ baru untuk bahan-bahan kursus
pada harian dasar. Guru harus diingat bahawa mereka harus sentiasa melahirkan buah fikiran
baru dalam setiap istilah atau semester.

Guru yang menunjukkan keghairahan semasa dalam sesi pembelajaran boleh


menyebabkan pelajar yang lebih mungkin terlibat, tertarik, energik, dan ingin tahu tentang
pembelajaran mata pelajaran. Penyelidikan terkini telah menemui korelasi antara keghairahan
guru dan motivasi intrinsik pelajar untuk belajar dan vitalitas di dalam kelas.

Menurut kajian eksperimental melayari motivasi intrinsik pelajar telah menunjukkan


bahawa ekspresi nonverbal antusiasme, seperti menunjuk demonstratif, gerakan dramatik
yang berbeza-beza, dan ekspresi wajah emosional, mengakibatkan mahasiswa pelaporan
tahap yang lebih tinggi motivasi intrinsik untuk belajar .Pelajar yang mengalami guru yang
sangat antusiasme adalah lebih cenderung lagi untuk membaca bahan-bahan kuliah seperti
diluar kelas.

Ada pelbagai mekanisme di mana keghairahan guru dapat memudahkan tahap yang
lebih tinggi motivasi intrinsik. Antusiasme guru juga boleh menyumbang kepada suasana
kelas penuh tenaga dan keghairahan yang memakan hasil dan kegembiraan mahasiswa dalam
mempelajari mata pelajaran. Guru antusiasme juga boleh menyebabkan pelajar menjadi lebih
berdikari dan semuanya adalah ditentukan melalui cara dan kaedah pembelajaran mereka
sendiri.

Konsep pendedahan hanya menunjukkan bahawa keghairahan guru boleh menyumbang


dengan harapan pelajar tentang motivasi intrinsik dalam konteks belajar. Selain itu,
keghairahan dapat bertindak sebagai "hiasan motivasi" meningkatkan minat pelajar oleh
pembaharuan, variasi, dan kejutan dari persembahan guru yang antusiasme.

Berdasarkan penyelidikan, motivasi pelajar dan sikap terhadap sekolah berkaitan rapat
dengan hubungan murid dan guru. Antusiasme guru sangat baik dalam mencipta hubungan
yang baik dengan pelajar mereka. Kemampuan mereka untuk mencipta persekitaran belajar
yang berkesan yang menggalakkan prestasi pelajar bergantung pada jenis hubungan mereka
membangun dengan pelajar mereka. Berguna guru untuk pelajar interaksi yang penting dalam
menyambung kejayaan akademik dengan peribadi prestasi.

Di sini, pencapaian peribadi adalah tujuan dalaman pelajar memperbaiki diri.Seorang


guru harus membimbing muridnya dalam menyelaraskan tujuan peribadi dengan tujuan
akademiknya. Pelajar yang menerima pengaruh positif menunjukkan kuat rasa percaya diri
dan berjaya dalam pencapaian peribadi dan akademik yang lebih besar daripada mereka yang
tidak mempunyai interaksi dengan guru.

Pelajar yang kemungkinan untuk membina hubungan lebih kuat dengan guru-guru yang
ramah dan menyokong dan akan menunjukkan lebih tertarik pada kursus yang diajar oleh
guru. Guru yang menghabiskan lebih banyak masa berinteraksi dan bekerja secara langsung
dengan pelajar dianggap sebagai guru menyokong dan berkesan . Efektif guru telah
ditunjukkan bagi menarik minat pelajar dan membuat keputusan menunjukkan kemahuan
untuk bermain.

Tiga aspek yang paling penting dari antusiasme guru ialah tentang pengajaran,
keghairahan tentang pelajar, dan antusiasme tentang mata pelajaran. Seorang guru harus
tekun dalam sesuatu pembelajaran semasa mengajar. Jika mereka tidak dalam apa yang
mereka lakukan, para pelajar akan menegur seseorang guru itu. Mereka juga harus tekun
berada di samping para pelajar.

Seseorang guru yang prihatin terhadap para pelajar akan membantu seseorang individu
itu berjaya dalam hidup mereka di masa depan. Guru juga harus antusiasme tentang mata
pelajaran yang mereka ajarkan. Seseorang guru antusiasme semestinya memiliki kemampuan
menjadi pendidik yang berpengaruh dalam kehidupan pelajar. Perbuatan jahat, Lihat juga:
penyalahgunaan Anak.

Kesalahan oleh guru, terutama gangguan seksual, telah mendapatkan pengawasan


meningkat dari media dan mahkamah .Sebuah kajian oleh American Association of
University Women melaporkan. Bahawa 0,6% mahasiswa di Amerika Syarikat mengaku
telah mendapat perhatian seksual yang tidak diingini dari orang dewasa yang berkaitan
dengan pendidikan; menjadi mereka sukarelawan, pemandu bas, guru, atau pentadbir.

Sebuah penelitian di Inggeris menunjukkan tersebar luasnya 0.3% daripada gangguan


seksual oleh setiap profesional, kumpulan yang termasuk imam, pemimpin agama, dan
pekerja kes serta guru. Hal ini penting untuk dicatat, bagaimanapun, bahawa kajian di
Inggeris yang dirujuk di atas adalah satu-satunya dari jenisnya dan terdiri daripada "sampel
rawak, kebarangkalian 2.869 anak muda berusia antara 18 dan 24 dalam sebuah kajian yang
dibantu komputer" dan bahawa soalan disebut "gangguan seksual dengan profesional," belum
tentu guru.
Oleh kerana itu, logik untuk membuat kesimpulan bahawa maklumat tentang peratusan
kesalahan oleh para guru di Inggeris tidak secara jelas sedia dan kerana itu tidak selalu boleh
dipercayai. Penyelidikan AAUW, bagaimanapun, mengajukan soalan tentang empat belas
jenis gangguan seksual dan pelbagai peringkat frekuensi dan termasuk kesalahan hanya oleh
guru. "Sampel diambil dari senarai 80.000 sekolah untuk membuat desain dua-tahap sampel
bertingkat dari 2.065 siswa kelas 8 hingga 11" reliabilitas nya adalah diukur pada 95%
dengan margin 4% kesalahan.

Di Amerika Syarikat khususnya, kes-kes high-profile beberapa seperti Debra LaFave,


Pamela Rogers, dan Mary Kay Latourneau menyebabkan peningkatan kawalan pada para
guru.

Chris Keates, setiausaha umum Persatuan Kebangsaan guru sekolah Persatuan Guru
Perempuan, mengatakan bahawa guru yang berkaitan seks dengan murid di atas usia
persetujuan tidak boleh ditempatkan pada pelanggar seks mendaftar dan bahawa pendakwaan
atas perkosaan" adalah anomali nyata dalam undang-undang bahawa kita peduli." Hal ini
menimbulkan kemarahan dari perlindungan anak dan ibu bapa.

Ada banyak persamaan dan perbezaan antara guru di seluruh dunia. Di hampir semua
negara guru yang dididik di universiti atau institusi pendidikan tinggi. Kerajaan mungkin
memerlukan sertifikasi oleh badan yang diiktiraf sebelum mereka boleh mengajar di sekolah.
Di banyak negara, sijil pendidikan sekolah dasar yang diperoleh setelah selesai sekolah
tinggi. Para pelajar SMA berikut sebuah lagu khusus pendidikan, mendapatkan pra syarat
"mahasiswa-mengajar" masa, dan menerima ijazah khusus untuk mula mengajar

Rencana utama: Pendidikan di Kanada.

Di Kanada memerlukan gelaran pasca sekolah menengah Sarjana. Di kebanyakan


wilayah gelaran kedua gelar diperlukan untuk menjadi seorang guru yang berkelulusan. Gaji
berkisar dari $ 40,000 / tahun sampai $ 90,000 / tahun. Guru mempunyai pilihan untuk
mengajar untuk sekolah umum yang dibiayai oleh kerajaan wilayah atau mengajar di sebuah
sekolah swasta yang dibiayai oleh sektor swasta sendiri.

Rencana utama: Pendidikan di Inggeris.


Gaji untuk Nursery, Sekolah Dasar dan Menengah guru berkisar antara £ 20,133 hingga
£ 41,004 pada bulan September 2007, meskipun beberapa gaji boleh pergi jauh lebih tinggi
bergantung pada pengalaman dan tanggungjawab tambahan. [20] Menguruskan guru boleh
mendapatkan £20.980 per tahun dan harus ada sarjana dalam tangan.

Banyak daerah menawarkan program lesen alternatif untuk menarik orang ke dalam
pengajaran, terutama untuk sukar mengisi posisi. Excellent kesempatan kerja diharapkan
sebagai bersara, terutama di kalangan guru sekolah menengah, melebihi melambatkan
pertumbuhan pendaftaran. Peluang akan berbeza-beza mengikut geografi dan subjek.

Rencana utama: Pendidikan d Perancis.

Di Perancis, guru, atau dosen, adalah pegawai terutama awam, direkrut oleh
pemeriksaan kompetitif.

Rencana utama: Pendidikan di Ireland.

Gaji untuk guru-guru SD di Republik Ireland bergantung terutama pada tekananan (iaitu
memegang posisi kepala sekolah, wakil kepala sekolah atau kepala pembantu), pengalaman
dan kelayakan. Membayar tambahan juga diberikan untuk pengajaran melalui bahasa Ireland,
di kawasan Gaeltacht atau di sebuah pulau. Upah asas bagi seorang guru awalnya adalah €
30.904 per tahun, meningkat secara berperingkat untuk € 59.359 untuk guru dengan
perkhidmatan 25 tahun. Seorang kepala sebuah sekolah besar dengan pengalaman bertahun-
tahun dan beberapa kelayakan (MA, H. Dip., Dll) boleh mendapatkan lebih dari €90.000.

Rencana utama: Pendidikan di Scotland.

Di Scotland, sesiapa sahaja yang ingin mengajar perlu berdaftar dengan Pengajaran
Umum Dewan Scotland (GTCS). Pengajaran di Scotland adalah profesi semua lulus dan
laluan normal bagi lulusan yang ingin mengajar adalah untuk menyelesaikan program
Pendidikan Guru Perdana (ITE) di salah satu daripada tujuh Universiti Scotland yang
menawarkan kursus-kursus ini. Setelah berjaya menyelesaikan, "Sementara Pendaftaran"
diberikan oleh GTCS yang diajukan untuk "Full Pendaftaran" status selepas satu tahun jika
ada cukup bukti untuk menunjukkan bahawa "Standard Pendaftaran Kendali" telahpun
dipenuhi.

Untuk tahun gaji awal bulan April 2008, unpromoted guru di Scotland yang diperolehi
dari £ 20,427 untuk calon, hingga £ 32,583 selepas 6 tahun mengajar, tetapi kemudian boleh
pergi untuk mendapatkan sampai £ 39,942 kerana mereka menyelesaikan modul untuk
mendapatkan Chartered Status Guru (. memerlukan sekurang-kurangnya 6 tahun sampai
dengan dua modul pada tahun) Promosi untuk kedudukan Guru Pokok menarik gaji antara £
34.566 dan £ 44.616;. Naib Ketua, dan Ketua guru peroleh dari £ 40.290 sampai 78.642.
Amerika Syarikat, Seorang guru Amerika menulis di papan tulis.

Rencana utama: Pendidikan di Amerika Syarikat.

Maklumat lebih lanjut: pendidik Para professional di Amerika Syarikat, setiap negara
menentukan keperluan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengajar di sekolah umum.
Pengajaran sertifikasi umumnya berlangsung tiga tahun, tetapi para guru dapat menerima sijil
yang berlangsung selama sepuluh tahun [24] Umum guru sekolah wajib memiliki gelar
sarjana dan majoriti harus diperakui oleh negara-negara di mana mereka mengajar .. piagam
sekolah banyak yang tidak mengharuskan guru mereka disahkan, asalkan mereka memenuhi
standard yang perlu berkelulusan tinggi yang ditetapkan oleh No Child Left Behind. Selain
itu, keperluan untuk pengganti / sementara guru umumnya tidak ketat seperti yang untuk
profesional penuh masa. Biro Statistik Tenaga Kerja menganggarkan bahawa terdapat 1,4
juta guru SD, 674.000 guru sekolah menengah, dan 1 juta guru sekolah menengah yang
bekerja di Amerika Syarikat.

Di masa lalu, guru telah dibayar gaji relatif rendah. Namun, gaji guru rata-rata telah
meningkat pesat dalam beberapa tahun terakhir. guru AS umumnya dibayar pada skala lulus,
dengan pendapatan bergantung pada pengalaman. Guru dengan lebih banyak pengalaman dan
pendidikan tinggi berpendapatan lebih daripada mereka dengan gelaran sarjana standard dan
sijil.

Gaji sangat bervariasi bergantung pada keadaan, kos relatif hidup, dan kelas diajarkan.
Gaji juga berbeza-beza dalam negara di mana kaya daerah sekolah pinggiran bandar
umumnya mempunyai jadual gaji lebih tinggi dari kabupaten lain. Gaji rata-rata untuk semua
guru primer dan sekunder $ 46,000 pada tahun 2004, dengan masuknya gaji rata-rata untuk
seorang guru dengan gelaran sarjana menjadi sekitar $ 32,000. gaji rata-rata untuk guru
prasekolah, bagaimanapun, kurang dari setengah rata-rata nasional untuk guru sekolah, jam di
di sekitar $ 21.000 pada tahun 2004. Untuk guru sekolah tinggi, gaji rata-rata pada tahun
2007 berkisar dari $ 35,000 di South Dakota untuk $ 71.000 di New York, dengan rata-rata
nasional sebesar $ 52.000.

Beberapa kontrak mungkin termasuk insurans cacat jangka panjang, ansuran jiwa,
kecemasan / cuti peribadi dan pilihan pelaburan. Persekutuan Amerika tinjauan gaji guru
Guru 'untuk 2006-07 tahun ajaran mendapati bahawa gaji guru rata-rata adalah $ 51.009.
Dalam sebuah laporan tinjauan gaji untuk K-12 guru, guru sekolah dasar mempunyai median
gaji terendah produktif $ 39.259. guru sekolah tinggi memiliki rata-rata gaji tertinggi
produktif $41.855.

Banyak guru memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan pendapatan mereka


dengan mengawasi program-program selepas sekolah dan kegiatan ekstrakurikuler yang lain.
Selain pampasan kewangan, guru sekolah awam juga dapat menikmati keuntungan yang lebih
besar (seperti insurans kesihatan) dibandingkan dengan pekerjaan lain. Merit sistem
pembayaran yang sedang berkembang untuk guru, membayar wang tambahan guru
berdasarkan penilaian kelas yang sangat baik, skor ujian tinggi dan untuk kejayaan yang
tinggi di sekolah mereka secara keseluruhan. Juga, dengan munculnya internet, banyak guru
sekarang menjual pelajaran mereka bercadang untuk guru-guru yang lain melalui laman web
dalam rangka untuk mendapatkan pendapatan tambahan, terutama pada Teachers Pay
Teachers.com.

Rencana utama :Pendidikan di Welsh.

Pendidikan di Welsh berbeza dalam hal tertentu dari pendidikan tempat lain di Inggeris.
Sebagai contoh, sejumlah besar pelajar di seluruh Welsh dididik baik seluruhnya atau
sebahagian besar melalui media Wales: di 2008/09, 22 peratus daripada kelas di sekolah
dasar yang digunakan Wales dipertahankan sebagai media tunggal atau utama dari arahan.
Wales pendidikan menengah sedia untuk semua kumpulan umur melalui pembibitan, sekolah,
perguruan tinggi dan universiti dan dalam pendidikan orang dewasa; pelajaran dalam bahasa
itu sendiri merupakan keharusan bagi semua murid sampai usia 16.
Guru di Welsh boleh didaftarkan e-members kesatuan pekerja seperti NUT atau
NASUWT dan laporan dalam beberapa tahun terakhir menunjukkan bahawa rata-rata usia
guru di Welsh yang jatuh dengan guru yang lebih muda dari tahun-tahun sebelumnya [34].
Punca tumbuh keprihatinan adalah bahawa serangan terhadap guru di sekolah-sekolah Wales
yang mencapai tinggi sepanjang masa antara 2005 dan 2010.

Rencana utama: Guru Spiritual.

Dalam Hindu guru spiritual dikenali sebagai seorang guru. Dalam gerakan Latter Day
Saint guru adalah pejabat dalam imamat Harun, sedangkan di Buddhisme Tibet guru Dharma
di Tibet yang paling sering disebut Lama. Seorang Lama yang telah melalui phowa dan
siddhi sedar bertekad untuk menjadi dilahirkan kembali, sering kali, dalam rangka untuk
meneruskan mereka bersumpah Bodhisattva disebut sebagai Tulku.

Ada banyak konsep guru dalam Islam, bermula dari mullah (guru-guru di madrasah)
kepada ulama. Sebuah Rabi umumnya dianggap sebagai guru spiritual Yahudi

RUJUKAN

1. Kamus Dewan Edisi Ketiga, ms 1057


2. http://www.pdii.lipi.go.id/profesionalisme-karyawan-pdii-lipi.html Profesionalisme
Karyawan PDII - LIPI
3. http://geografi.upi.edu/?mod=article/view/12 | Guru Profesional: Untuk Pendidikan
Bermutu

You might also like