You are on page 1of 2

NAMA : MOHAMMAD FAIZ B MD SALLEH

NO MATRIK : 120506

UNIT : PISMP PEMULIHAN SEMESTER 4

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan pertolongan dan


kelapangan masa yang diberikan kepada saya dapatlah saya menyiapkan tugasan di
bawah subjek BAHASA MELAYU. Semoga tugasan yang saya lakukan ini akan dapat
memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada sesiapa yang membaca dan mengkaji
tugasan ini.

Tugasan BMM 3103( Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah) telah diberi
tanggungjawabnya kepada PISMP Semester 4 untuk melaksanakan tugasan tersebut.
Taklimat mengenai tugasan ini telah diberikan oleh En Amir Hamzah B Yaakob iaitu
Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu bertempat di Bilik B 10. Taklimat ini kepada pelajar
PISMP Pemulihan Semester 4. Taklimat yang diberikan oleh pensyarah berkenaan
adalah berkaitan mengenai soalan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru
pelatih. Antara tajuk-tajuk tugasan yang diberikan kepada guru pelatih untuk
dilaksanakan ialah berkaitan dengan penghasilan soalan tatabahasa mengikut jadual
spesfikasi ujian.

Tugasan ini bagi saya adalah sesuatu yang baru kerana kami dikehendaki untuk
membina Jadual Spesfikasi Ujian dan item ujian Bahasa Melayu . Tajuk tugasan ini
banyak memberi faedah dan input-input terkini kepada guru pelatih. Antaranya ialah
pengalaman dan pendedahan kepada guru pelatih kerana ianya sebagai langkah
persediaan kepada guru pelatih untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Guru
perlulah kreatif dalam pengajaran supaya ianya dapat mengelakkan daripada murid
mengalami kebosanan. Subjek Bahasa Melayu amatlah penting dan merupakan subjek
kegemaran murid-murid sekolah rendah.
Semasa melaksanakan keja khusus ini saya telah belajar sesuatu yang baru dan
tidak penah saya belajar sebelum ini. Jadual spesfikasi ujian adalah sesuatu yang baru
dan saya tidak mengerti apakah maksudnya. Tetapi setelah melakukan kerja khusus ini,
barulah saya memahami maksud JSU ini. Selain itu, saya juga dapat belajar cara-cara
membuat soalan tatabahasa mengikut JSU yang sesuai. Semua perkara-perkara ini
wajar kita fahami dan laksanakan dengan baik. Oleh itu, sebagai persediaan kita ke
alam perguruan, eloklah kita membuat persediaan untuk diri kita sendiri dalam
menghadapi alam perguruan suatu hari nanti. Semoga apa yang terdapat dalam kajian
tugasan ini dapat diambil pengajarannya dan semoga ianya menjadi sesuatu yang
berguna kepada kita suatu hari nanti.

Secara keseluruhannya, saya amat bangga dengan usaha saya dan tidak lupa
pada kawan-kawan yang bertungkus lumus membantu saya sama ada secara langsung
mahupun tidak. Kemahiran-kemahiran yang saya peroleh ini, akan saya aplikasikannya
dalam sesi pengajaran saya kelak sebagai satu pembelajaran yang menyeronokkan
kepada pelajar-pelajar.

You might also like