Lembaran Hidup Ulama’

Imam Syafie & Imam Ahmad pandai bersyair? Imam Malik tahu menyanyi? Ibnu Firnas, lakukan cubaan pertama terbang di udara? Ibnu Sina, selamatkan perut raja? Ibnu Sirin, pandai menafsir mimpi? Ibnu Hazm, sibuk bercinta? Imam Nawawi, membujang demi ilmu? Hamka, ceramahnya boleh memukau orang? Imam Bukhari, kuburnya berwangi Misk? Jenazah Imam Ahmad, Said Nursi & Syeikh Al-Albani dihadiri ramai orang?

Muhammad Abdulloh bin Suradi

1

Dedikasi
Ku dedikasikan buku ini buat ayah dan ibu yang dikasihi yang telah mengasuhku hingga ketahap keupayaan sekarang ini , guru-guruku yang tercinta yang telah mendidikku dengan pengorbanan yang tidak kenal lelah & bakti yang meluas. Merekalah yang telah menjadikan ku insan berguna & bermanfaat untuk orang lain. Sesungguhnya kejayaan ku hari ini ialah hasil daripada didikan & jasa guru-guruku yang telah berkorban jiwa & raga untuk anak-anak muridnya. Juga buat penuntut-penuntut ilmu & pencari ilmu yang sentiasa mencari & mendalami ilmu dengan tekun, bersungguhsungguh & ikhlas kerana Allah. Juga buat pemuda-pemudi Islam agar lebih mengetahui kehidupan para ulama, meneladani keperibadian mereka dan menghargai jasa-jasa dan sumbangan mereka yang besar untuk Islam yang tercinta.

2

‫ﻭﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎ ِ ﻭﺍﻟﺪﻭﺍ ﱢ ﻭﺍﻷﻧﻌﺎﻡ ﻣﺨﺘﻠﻒ َﻟﻮﺍﻧﻪ ﻛﺬﻟﻚ ِﻧﻤﺎ َﺨﺸﻰ ﺍﻟﱠﻪ ﻣﻦ ﻋﺒﺎ ِﻩ ﺍﻟْﻌﻠﻤﺎء ِﻥ ﺍﻟﻠﻪ َﺰﻳﺰ‬ ٌ ِ ‫َ ِ َ ﱠ ﺱ َ ﱠ َ ﺏ َ َ ْ َ ِ ُ ْ َِ ٌ ﺃ ْ َ ُ ُ َ َِ َ ﺇ ﱠ َ ﻳ ْ َ ﻠ َ ِ ْ ِ َ ﺩ ِ َُ َ ﺇ ﱠ ﱠ َ ﻋ‬ ٌ َُ ‫ﻏﻔﻮﺭ‬
“Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hambahambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Fathir: 28)

َ َ ِ ْ َ ْ ‫ُُ َ ُ َ َ َ ُ َ ْ ِ َ ِ ِ ﱠ‬ ‫ﻟﻢ ﻳﻮﺭﺛﻮﺍ ﺩﻳﻨﺎﺭﺍ ﻭﻻ ِﺭﻫﻤﺎ ِﻧﻤﺎ ﻭﺭﺛﻮﺍ ﺍﻟْﻌﻠﻢ ﻓﻤﻦ ﺃﺧﺬ ﺑﻪ ﻓﻘﺪ َﺧﺬ ﺇﻥ ﺍﻟْﻌﻠﻤﺎء ﻭﺭﺛﺔ ﺍْﻷﻧﺒﻴﺎء، ﺇﻥ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎء‬ َ َ ‫َ ْ ُ َ ﱢُ ْ ِ ْ َ ً َ َ ﺩ ْ َ ً ﺇﱠ َ َ ﱠُ ْ ِْ َ َ َ ْ َ َ َ ِ ِ َ َ ْ ﺃ‬ ٍَِ ‫َِ ﱟ‬ ‫ﺑﺤﻆ ﻭﺍﻓﺮ‬
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Albani) “Alangkah indah diri dapat berdamping dengan para ulama sentiasa. Meneguk rasa manis bersama Allah setiap saat.” (Ibnu Mubarak) “Aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang melembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang soleh. Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. Sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut cerita-cerita yang menyentuh hati dan cerita-cerita orang soleh kerana mereka ialah golongan memahami maksud daripada hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut. Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis, minat mereka hanya pada mendapat sanad hadis yang tinggi dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan pendebatan mereka.” (Ibnu Jauzi)

3

Isi Kandungan
Kata Penulis ….. i 1. Imam Abu Hanifah, Pendiri Mazhab Pertama ….. 1 2. Imam Malik, Sangat Menghormati Hadis Nabi S.A.W. ….. 5 3. Imam Syafie, Ulama Feqah Yang Pandai Bersyair ….. 12 4. Imam Ahmad bin Hanbal, Konsisten Mengamalkan Sunnah ….. 21 5. Imam Bukhari, Munajatnya Di Penghujung Hayat ….. 34 6. Imam Muslim, Terlalu Banyak Makan Kurma ….. 43 7. Imam Abu Daud, Akhlaknya Menyerupai Imam Ahmad bin Hanbal ….. 48 8. Ibnu Sirin, Ulama Tafsir Mimpi Terkenal ….. 53 9. Sufyan bin Uyainah, Kunikahi Dia Kerana Agamanya ….. 56 10. Sayyidah Nafisah, Sufi, Alim dan Guru Imam Syafie ….. 60 11. Junaid Al-Baghdadi, Ulama Yang Bertasauf Mengikuti Sunnah ….. 64 12. Imam al-Ghazali, Ulama Tasauf dan Hujjatul Islam ….. 68 13. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Ulama Sufi dan Sultanul Aulia ….. 80 14. Ibnu Firnas, Melakukan Cubaan Pertama Terbang Di Udara ….. 87 15. Ibnu Sina, Menyelamatkan Perut Raja ….. 90 16. Ibnu Hazm, Ulama Yang Sibuk Bercinta ….. 96 17. Imam Nawawi, Membujang Demi Ilmu ….. 101 18. Ibnu Jauzi, Ulama Alim Yang Pepatahnya Memukau ….. 105 19. Maulana Zakariyya al-Kandahwali, Ulama Hadis India Terkenal ….. 109 20. Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi, Pengasas Tarekat Sanusiyah ….. 112 21. Haji Abdul Rahman Limbong, Ulama Yang Warak dan Pejuang Bangsa Sejati ….. 114 22. Tok Kenali, Ulama Melayu dan Wali Allah Terkenal ….. 124 23. Haji Sulong al-Fatani, Ulama dan Pejuang Patani Sejati ….. 141 24. Sheikh Abdullah Fahim, Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara ….. 144 25. Badi’uddin As-Sindi, Ulama Hadis Syria ……151 26. Badiuzzaman Said Nursi, Ulama, Sufi dan Pejuang Abad 20 ….. 153 27. Hamka, Ceramahnya Boleh Memukau Orang ….. 165 28. Abdullah Nasih Ulwan, Selagi Nadi Berdenyut Pena Sentiasa Menulis ….. 174 29. Said Hawa, Ulama Yang Gigih ….. 180 30. Sayyid Abdullah Siddiq al-Ghumari, Ulama Hadis Moroko Terkenal ….. 183 31. Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Memiliki Hati Yang Sangat Lembut ….. 190 32. Syeikh Mutawalli Sya’rawi, Kealiman Yang Dikagumi, Kamatian Yang Ditangisi ….. 197 33. Syeikh Abul Hasan Ali al-Nadwi, Zuhud Yang Berjiwa Sufi ….. 209 34. Syeikh Al-Albani, Ulama Berjiwa Sunnah ….. 215 35. Sayyid Sabiq, Ulama Sunnah Yang Bersahaja ….. 240

4

Penutup - Kasturi Salaf dan Orang Soleh ….. 245 Rujukan ….. 246

5

Ini ialah suatu kebanggaan yang patut kita kagumi.” (Riwayat Ahmad.: “Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati seorang yang lebih tua.. teladan. tetapi ada di antara para ulama itu memiliki kelebihan yang luar biasa dalam bidang ilmu yang lainnya lagi.w. memohon pertolongan dan ampunan kepadaNya. Pernahkah anda mendengar. para sahabat dan pengikutnya yang lurus hingga hari kiamat. Selain itu. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi s. Para ahli ilmu baik yang terdahulu hingga saat ini telah menulis sejarah para ulama. Ibnu Firnas ialah orang pertama melakukan cubaan terbang di udara dalam sejarah. Apabila kita membaca sesuatu kisah hidup ulama itu. Mereka telah cuba berusaha untuk menuntut dan mempelbagaikan ilmu mereka selain didorong oleh minat mereka sendiri. keluarga dan jasa-jasa dan sumbangan para ulama yang hebat. disahihkan oleh Al-Albani) Sesungguhnya kisah hidup para ulama penuh dengan haruman hikmah. pastinya kita akan mendapat ketenangan hati dan semangat diri. Kita lebih mengetahui mengenai Wright Bersaudara yang telah mencipta pesawat 6 . Ramai tidak mengetahui perkara ini sebenarnya.Kata Penulis Sesungguhnya segala puji milik Allah. Kami berlindung kepada Allah dari berbagai kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami.w. beserta keluarga. ilmu dan manfaat. Buku ini mengajak pembaca untuk menyusuri kisah hidup para ulama dengan lebih mendalam lagi merangkumi kehidupan. Tentu ramai lagi yang belum mengetahui bahawa para ulama itu bukan sahaja hebat dalam bidang ilmu yang mereka ceburi. Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal pandai mengalunkan syair? Imam Malik tahu menyanyi? Ini sebenarnya ialah kelebihan mereka masing-masing dalam bidang ilmu tersebut.a. peribadi.a. Agar mereka lebih mengenal keperibadian dan kehebatan-kehebatan para ulama dalam pelbagai bidang ilmu. ilmu. tidak menyayangi seorang yang lebih kecil dan tidak mengakui hak seorang alim. kami memujiNya. minat. Juga dapat melembutkan hati kita dan seterusnya dapat meneladani peribadi para ulama yang penuh dengan mutiara kemuliaan. Mereka menyusun karya-karya besar menyebutkan kemuliaan dan peninggalan-peninggalan mereka sebagai kenyataan sabda Rasulullah s.

Seperti yang telah berlaku pada akhir hayat Imam Ahmad bin Hanbal. Perjuangan. Buku ini juga telah disajikan dengan gambar-gambar para ulama yang menarik supaya anda lebih menghayati kehidupan seseorang ulama itu. lebih rela membujang untuk dapat menelaah dan mengkaji ilmu dengan lebih lagi. Kita sepatutnya lebih merasa bangga dengan wira kita sendiri seperti yang terutama sekali ialah Rasulullah s. menguatkan semangat kita dan seterusnya menyemarakkan semangat perjuangan kita untuk Islam. Kita sepatutnya menjadikan mereka wira idaman yang kita minati dan sanjungi. 7 . peribadi dan minat tokoh-tokoh yang penuh dengan kegelapan. Kerana kehidupan mereka penuh dengan kegelapan. Jenazah mereka telah dihadiri dan ditangisi ramai orang yang mencecah ribuan jumlahnya. Kehidupan para ulama sangat bermanfaat untuk dibaca dan dihayati dalam cabaran dan fatamorgana dunia kini.a. kemuliaan dan kebenaran para ulama tersebut tampak pada hari kematian mereka. Pemuda-pemudi kini lebih banyak menjadikan tokoh-tokoh Barat dan artisartis Barat sebagai wira mereka. Kita sepatutnya lebih bangga dan kagum dengan para ulama yang telah menyerahkan seluruh hidup mereka untuk Islam tercinta.. Kemuncak kemuliaan seseorang itu dapat dilihat pada saat-saat akhir hayatnya. Mereka sanggup mengambil banyak tahu mengenai kehidupan.w. Seseorang ulama itu juga sanggup menghabiskan seluruh hidup dan masa mereka untuk perkara-perkara yang bermanfaat sahaja. Sehinggakan Imam Nawawi. Apabila kita melihat wajah seseorang ulama. Banyak akan kita dapati ilmu dan manfaat mereka.a. Sepatutnya mereka sedar yang wira-wira mereka itu tidak patut untuk dijadikan teladan dalam hidup.w. Dan kita akan temui diri kita sebenarnya kembali. seribu tahun sebelum Wright. dan para ulama yang kehidupan mereka jauh lebih mulia lagi dan penuh dengan hikmah teladan. Badiuzzaman Said Nursi dan Syeikh Al-Albani. artis-artis Barat dan sebagainya sebagai wira idaman.terbang berbanding ilmuwan Islam kita ini yang telah terlebih dahulu melakukan percubaan terbang di udara. itu sebenarnya telah dikira sebagai ibadah. Daripada kita menjadikan tokoh-tokoh Barat. Hati kita akan bisa menjadi lembut dan akan dituruni rahmat apabila kita membaca dan menghayati kehidupan para ulama. para sahabat Nabi s.

Di harapkan.blogspot.Uswah 16 Februari 2009 Sandakan. Muhammad Abdulloh bin Suradi @ M. peribadi mereka yang jarang kita teladani.com 8 . Semoga anda dan diriku sendiri lebih menghargai dan mengenang jasa-jasa para ulama yang begitu besar demi Islam tercinta. sifat dan minat mereka jarang kita ketahui. Amin. Tatapilah karya pertama yang telah saya hasilkan ini.tamanulama.A. keluarga mereka yang jarang kita ambil tahu dan sumbangan mereka yang jarang kita hargai. Sabah www. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan Allah SWT dan kira sebagai amal soleh yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat ini. buku ini dapat lebih menyedarkan kita akan kehidupan para ulama yang penuh dengan kemuliaan dan manfaat yang jarang kita hayati.

tidak banyak yang boleh digunakan akal fikiran beliau meninggalkan pelajaran ini dan berpaling untuk mempelajari pelajaran fiqah. Imam Abu Hanifah dan Perniagaan Pada permulaannya Imam Abu Hanifah ialah seorang peniaga. seperti tauhid. Beliau diperanakkan terlebih dahulu daripada imam-imam yang lain begitu juga wafat. Menuntut Ilmu Imam Abu Hanifah tinggal di bandar Kufah di Iraq. Beliau seorang yang bijak dan gemar kepada ilmu pengetahuan. Beliau berminat kepada pelajaran yang banyak menggunakan fikiran. Pendiri Mazhab Pertama Imam Abu Hanifah ialah salah seorang daripada imam-imam mazhab empat dalam Islam. Pada mulanya beliau mempelajari sastera bahasa Arab.1 Imam Abu Hanifah. Beliau ialah seorang yang amanah dan pernah menjadi wakil sebuah syarikat perniagaan pada waktu itu. Beliau berjaya merapatkan dengan baik di antara ilmu pengetahuan dan perniagaan. Imam Abu Hanifah dilahirkan pada tahun 80 H/660 M. Bandar ini termasyhur sebagai satu bandar yang menerima perubahan dan perkembangan dalam ilmu pengetahuan. beliau berpeluang mempelajari ilmuilmu yang lain. 9 . Di samping mempelajari ilmu fiqah. Beliau ialah pendiri Mazhab Hanafi. Oleh kerana ilmu bahasa. Di antara buku kajiannya ialah al-Fiqhul Akbar dan al-Alim wal Muta’alim. selepas itu beliau berpaling menceburkan dirinya dalam ilmu pengetahuan.

tidak terlampau tinggi dan tidak pula rendah. Anas bin Malik 2. Beliau amat gemar kepada bau-bauan yang harum dan pemurah. Imam Abu Hanifah sangat mengambil berat serta menjaga kedudukan dan pakaian. Sehingga terdapat di antara pakaiannya yang berharga tiga puluh dinar. Beliau juga memberi perangsang kepada orangorang lain supaya mengikutinya. Abdullah bin Harith 3. Oleh kerana sikapnya yang tegas beliau telah menolak perlantikan menjadi kadi 10 . begitu juga apabila beliau memakai pakaian baru. Imam Abu Hanifah ialah seorang pemurah. baik budi pekerti dan meghormati rakan. memberi hadiah-hadiah dan beliau berbuat baik kepada sesiapa sahaja sekadar kuasa. Boleh jadi beliau berkelakuan sedemikian disebabkan beliau seorang yang kaya. Oleh kerana itu. Warna kulitnya hitam kemerahan. Imam Abu Hanifah ialah seorang bijak dan pintar. Dengan kebijakan akal fikiran. Beliau suka membelanja. Imam Abu Hanifah seorang berhati cekal dan tegas dengan kebenaran. Imam Muhammad al-Baqir Sifat-Sifat dan Peribadi Imam Abu Hanifah Imam Abu Hanifah ialah seorang yang bentuk tubuh badannya sederhana. Beliau bersedekah lebih dari separuh perbelanjaan untuk makanan.Beliau berpaling kepada bertungkus-lumus dalam ilmu pengetahuan ialah sebagai menerima nasihat seorang gurunya yang bernama al-Sya’ab. beliau dapat membuat kesimpulan-kesimpulan hokum dan berbahas dengan baik yang dapat menghilangkan kekeliruan. beliau akan memberi hadiah pakaian kepada orang lain yang sama harganya. Apabila beliau membelanjakan wang untuk anak-anaknya beliau akan bersedekah pula dengan kadar itu juga. bentuk badannya cantik dan pakaiannya selalu berbau harum sehingga beliau dikenal dengan baunya di kala beliau keluar dari rumahnya. Beliau sangat suka menjaga pakaian sehingga Abu Yusuf pernah menceritakan tentang kasutnya: Beliau sangat menjaga kebersihan kasutnya sehingga tidak ternampak sedikit pun kedut dan kotor. Beliau ialah sebaik-baik manusia dalam bahasa percakapan. Guru-guru Imam Abu Hanifah Di antara guru-guru Imam Abu Hanifah ialah: 1.

dia mengikuti gerak-geri si lelaki dan diikutinya ke mana perginya. Beliau telah dikurniakan penglihatan mata hati oleh Allah dengan dapat meneka sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh mata orang biasa. Ternyata betul. Seperti menjaga hak-hak jiran tetangga. di dalam bajunya ada gula-gula dan dia adalah seorang guru kepada kanak-kanak. Imam Abu Hanifah adalah seorang ulama yang wara’ dan abid. Sebenarnya Imam Abu Hanifah bukan menyamakan agama dan dunia sahaja tetapi beliau samakan juga antara tiga perkara.” kata Imam Abu Hanifah. Suatu hari Imam Abu Hanifah sedang duduk di dalam masjid. Imam Abu Hanifah ialah seorang yang sangat menjaga maruah dalam kesemua aspek hidupnya. Imam Abu Hanifah meninggalkan dari memakan daging kambing selama tujuh puluh tahun. beliau tidak membeli sesuatu untuk dimakan melainkan setelah beliau Tanya tentang perkara itu. tiba-tiba datang seorang lelaki berjalan di hadapan beliau. sungguhpun tidak menjadi dosa jika termakan barangbarang yang tidak diketahui barang itu tetap daripada barang-barang yang haram. lelaki itu memang orang asing. Justeru itu seorang itu lebih mulia dan besar. penyamaan antara mencari kekayaan dan kesenangan. Seorang penyair pernah berkata. Ertinya. Beliau berjaga-jaga dan bimbang bahawa kambing yang haram itu masih hidup dan beliau termakan daging yang tersebut. “Lelaki ini orang asing. Maka dengan senyap-senyap.yang mana menyebabkan beliau dipenjara. setelah beliau mendapat tahu bahawa seekor kambing dari bandar Kufah telah hilang. Sikapnya yang demikian menjadi bukti kepada ketegasan pendirian. penyamaan antara menuntut ilmu dan fiqh dan penyamaan antara ibadat dan taqwa kepada Allah. jika pekerjaan untuk hidup duniawi disamakan dengan ibadat untuk akhirat. Seorang teman beliau yang kebetulan ada di situ ingin tahu kesahihan tekaan itu. seumpama mengambil tahu hal ehwal mereka serta memberi pertolongan jika diperlukan sekali pun jiran tetangga itu berlainan sumber mata pencarian atau aat dan budi pekerti. maksudnya: Alangkah baik jika agama dan dunia disatukan. di dalam bajunya ada menyimpan gula-gula dan seorang guru kanakkanak. Imam Abu Hanifah sangat warak dalam kesemua lapangan hidup. 11 . Contoh kewarakannya: Pada satu hari. Semua perbuatannya menjadi contoh kepada orang lain. kerana sudah menjadi kebiasaan kepada beliau.

beliau berpesan (wasiat) supaya jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan yang baik. Hasan bin Ammarah dan rakan-rakannya memandikan jenazah Imam Abu Hanifah.” Berpandukan kepada asas kemudahan dalam bidang-bidang kehidupan bermasyarakat.a..w. Wafatnya Imam Abu Hanifah Mati ialah merupakan penghabisan bagi setiap makhluk yang hidup bernafas. lebih kurang lima puluh ribu orang yang turut solat jenazahnya.. maka Imam Abu Hanifah berhak menyandang gelaran ‘ketua ahli fikir’ (Imam Ahlul Ra’yi) dalam Islam. ijma. aku berdasarkan kepada pendapat-pendapat sahabat Nabi s. Diceritakan sebelum Imam Abu Hanifah menghembuskan nafas yang terakhir. beliau masksudkan dengan tanah yang baik iaitu tanah yang tidak dirampas oleh raja atau ketua negeri. dan jika tidak ada pada kedua-keduanya. begitu juga bagi Imam Abu Hanifah sebagai satu makhluk Allah yang akan menemui mati.a. tahajud di waktu malam dan membaca al-Quran. Imam Abu pernah berijtihad dan menggunakan qias manakala tiada nas-nas yang terang dari al-Quran atau hadis-hadis Rasulullah s. beliau dipuji tentang ibadah. puasa. Imam Abu Hanifah berkata: “Aku memberi hukum berdasarkan al-Quran manakala aku tidak mendapatkan dari al-Quran.Asal Usul Mazhab Imam Abu Hanifah Mazhab Imam Abu Hanifah sebagai gambaran yang terang dan nyata tentang kesesuaian hukum-hukum feqah dalam Islam dengan kehendakkehendak masyarakat di segenap lapangan hidup. Sungguh ramai daripada orang awam mengiringi jenazah Imam Abu Hanifah. Aku mengambil kepada pendapat sesiapa saja dari mereka dan aku meninggalkan yang mana saja aku tidak sukai dan aku tetap berpegang kepada satu pendapat sahaja.a.w. hadis. 12 . aku gunakan hadis Rasulullah s. Beliau wafat semasa dalam tahanan. Imam Abu Hanifah wafat pada tahun 150 Hijrah. qiyas dan istihsan.w. Kerana Imam Abu Hanifah mendirikan mazhabnya berdasarkan al-Quran.

lebih baik daripada hidup mewah yang kemudian jadi penyesalan. Pengakuan Rakan Terhadap Imam Abu Hanifah Abdullah bin Mubarak menerangkan bahawa Imam Abu Hanifah ialah lambing. semoga Allah meredhainya.” “Roti sepotong. Abu Hanifah ialah lambang kebaikan dan perantaraan dari kejahatan. turut sama solat ke atas jenazahnya. pemerintah negeri pada masa itu yang telah menahan Imam Abu Hanifah semasa hidupnya. Jenazah Imam Abu Hanifah telah dikebumikan di tanah perkuburan ‘AlKhaizaran’ di timur bandar Baghdad. air segelas dan kain selembar yang diperolehi dengan jalan halal. Kubur beliau sangat terkenal di sana.” Ibnu Jarir merasai sedih tatkala mendengar kematian Imam abu hanifah dan berkata: “Ilmu sudah hilang!. Seorang daripada musuhnya bertanya: “Lambang kebaikan atau kejahatan?” Abdullah menjawab: “Engkau diam.” (Imam Abu Hanifah) 13 .Satu perkara yang aneh iaitu Abu Jaafar al-Mansur.

Beliau ialah salah seorang tabiut tabiin.. Beliau ialah pendiri Mazhab Maliki. Imam Malik bercita-cita hendak menjadi biduan. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik.a. oleh itu ibunya meminta supaya beliau mempelajari ilmu fiqh. Tujuan ibunya berkata demikian ialah hendak menegah Imam Malik daripada menjadi seorang biduan. Perjalanan Hidup Imam Malik Imam Malik menghafaz al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s. Apabila ibunya mengetahui beliau bercita-cita sedemikian ibunya memberitahu kepadanya: “Bahawa biduan yang mukanya tidak cantik tidak digemari ramai. Ibunya menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-citanya itu dan meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqh.W. Menurut apa yang diketahui bahawa Imam Malik hidup dalam kemiskinan selama beberapa tahun. Sebagai buktinya bahawa anak perempuannya 14 .A. Pada permulaan hidup. kerana apa yang diketahui Imam Malik ialah terkenal seseorang disebabkan cantik mukanya. Imam Malik ialah imam yang kedua daripada imam-imam mazhab empat serangkai dalam Islam dari segi umur. Ingatannya sangat kuat dan sudah menjadi adapt kepadanya manakala beliau mendengar hadis-hadis daripada guru-guru terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis-hadis yang sudah beliau pelajari.2 Imam Malik. Sangat Monghormati Hadis Nabi S. Imam Malik dilahirkan pada tahun 93 Hijrah di satu tempat bernama Zulmarwah di utara Madinah.w.

tiap-tiap hari beliau berpeluang makan daging. Beliau sangat gemar memakan pisang kerana katanya: “Pisang adalah seumpama buah-buahan dari syurga oleh kerana pisang adalah antara buah-buahan yang dapat dimakan di musim panas juga di musim sejuk. Akhlak Imam Malik sangat baik samada terhadap orang ramai atau keluarga dan banyak beribadah. Akhirnya beliau menjadi seorang yang senang dan kaya. Imam Malik seorang yang sangat bijak akal dewasa itu. Beliau ditakuti juga oleh pemerintah dan khalifah. lantaran itu beliau ditakuti atau digeruni oleh murid-muridnya dan juga orang-orang yang mengenalinya. Sementara makanan Imam Malik pula adalah dari barang-barang yang baik. Sifat-sifat dan Peribadi Imam Malik Imam Malik gemar kepada pakaian yang baik dan elok. antara kegemarannya juga ialah memakai bau-bauan. beliau tidak banyak mencampuri orang ramai dan tidak banyak memberi fatwa. Beliau seorang yang banyak sabar dan kuat azam untuk mengatasi segalagala kesusahan dan menjayakan cita-cita. Beliau sangat mengambil berat tentang kehidupan manusia serta beliau bersifat keinsafan yang mendalam. Beliau dapat menghafal berpuluh-puluh hadis sebaik sahaja beliau mendengarnya. Kehebatan Imam Malik adalah terbit dari kekuatan jiwa dan kemasyhurannya diikuti pula oleh peribadinya yang tinggi dan mulia. Beliau sangat mengambil berat tentang pakaian.selalu menangis kelaparan. seperti pakaian yang diperbuat di Aden. Beliau seorang yang sangat pintar dan seorang yang mempunyai kekuatan tenungan ‘Farasah’. Imam Malik ialah seorang yang sangat hebat. Apabila beliau memasuki rumahnya beliau menghabiskan waktunya dengan menatapi dan membaca al-Quran. tidak banyak bercakap kerana menjaga lidah. Beliau menjaga maruah. Beliau tidak suka mencukur misai bahkan beliau mencela perbuatan tersebut serta beliau memandang perbuatan itu tidak baik. Kita telah tahu bahawa Imam Malik pada masa kecil berminat kepada nyanyian lantaran itu beliau ingin mempelajari nyanyian serta menuruti 15 . Imam Malik ialah seorang yang sangat kuat ingatan dan sangat insaf. Minat Kepada Nyanyian Berhubung dengan kegemaran Imam Malik kepada bersedap-sedap dengan keindahan atau kemanisan hidup ialah penumpuannya kepada nyanyian.

Diceritakan bahawa pada suatu hari seorang biduan sedang asyik menyanyi suatu rangkap pantun yang bererti: Apakah keadaan kaum kamu wahai Ribah Mereka memandang dengan ekor mata seolah-olah kemarahan.biduan-biduan. Imam Malik berkata: Dia ialah seorang biduanita yang lancer. Oleh itu. engkau telah membuat beberapa kesilapan. penyampaian tidak juga baik. tetapi ibunya melarangnya serta meminta beliau mempelajari ilmu fiqah dan lain-lain. Abu Al-Ala’ telah menerangkan dalam kitabnya ‘Risalatul Ghufran’ bahawa nama khalifah yang kelima Umar bin Abdul Aziz dan Imam Malik pernah disebutkan dalam riwayat penyanyi. lemak-merdu suaranya dan tepat pula tempohnya. Mendengar lagu itu Imam Malik pun membuka jendelanya terus berkata kepada penyanyi itu: Hai orang yang tidak berguna. setengah dari pengkaji sejarah 16 . alunan tidak betul. Diceritakan lagi. tidak bagus. Penyanyi itu hairan dengan kebolehan Imam Malik serta bertanya: Dari manakah lagu ini? Imam Malik menceritakan kepada orang itu katanya: Pada masa kecil aku berminat kepada nyanyian. Sungguhpun Imam Malik telah dipisahkan dari mempelajari nyanyian tetapi kegemarannya yang asli itu tidak juga terpisah buat selama-lamanya. kemudian beliau pun nyanyikan lagu itu dengan lebih sedap dan baik. bahawa pada suatu masa Imam Malik berjalan-jalan bersama-sama dengan Ibnu Abi Uwais tiba-tiba mereka terdengar suara seorang hamba sedang menyanyi rangkap yang bererti: Tidakkah aku bumi kepada Salma? Di mana kakinya akan menekan ke atasku Tidakkah aku senjata kepada Salma? Yang dipakai di atas belakangnya Tidakkah aku khadam kepada Salma? Sehingga aku dapat menatapi wajahnya. engkau akan berkata bahawa engkau mempelajarinya dari Imam Malik bin Anas. Orang itu bertanya: Bolehkah aku ulangi sebagai gentian kepadamu? Imam Malik menjawab: Jangan. Imam Malik bertanya: Siapakah penyanyi yang tersebut? Dikatakan: Dia ialah Ghazal seorang hamba kepada suku ‘Ammarrah. beliau tetap menikmati lagu-lagu dan memandang tinggi kepadanya.

Sungguh ramai benar manusia dating mempelajari ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai bidang. Apabila beliau ditanya berhubung dengan ilmu fiqh. Untuk meningkat ke darjat seperti ini adalah satu perkara yang amat sukar.a.a.a. cermat serta halus memilih pembawa-pembawa hadis (rawi). Beliau seorang yang dipercayai adil dan kuat ingatan. Ini adalah semata-mata bertujuan untuk menghormati atau membesarkan hadis Rasulullah s. Apabila beliau ditanya apakah sebab beliau berbuat demikian. Sandaran-sandaran (sanad) yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu dari sanad yang terbaik dan benar. jawabnya: “Aku bersabar kerana menghormati hadis Rasulullah s.. dan menganggapkan bahawa hadis-hadis itu adalah petunjuk.w. Imam Malik dianggap sebagai seorang ketua (imam) bagi ilmu hadis. Diceritakan pada suatu hari Imam Malik digigit oleh seekor lipan pada masa beliau sedang menceritakan sepotong hadis daripada Rasulullah s.. Beliau sampai ke tingkat ini adalah sebagai hasil usahanya yang tidak mengenal jemu dan beliau sangat-sangat menghalusi tentang pengambilan hadishadis.a. Kerana beliau sangat-sangat mengambil berat tentang hadis-hadis Rasulullah. Imam Malik ialah seorang yang sangat-sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah s.a. beliau terus keluar dari biliknya serta memberi fatwa-fatwa atau jawapan-jawapan kepada mereka yang bertanya kepadanya Tetapi jika soalan itu berhubung dengan ilmu hadis beliau tidak terus keluar bahkan beliau terlebih dahulu mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memakai bau-bauan dan memakai serban. Pendeknya Imam Malik tidak diragui dalam perkara ini.w. Imam Malik ialah seorang yang sangat alim dalam ilmu hadis. lantaran itu beliau tidak sedikit pun menyebut pendapatnya yang mengharamkan nyanyian dalam kitabnya Al-Muwatta’ padahal beliau banyak menceritakan tentang larangan perkara yang lain-lain. Beliau teruskan juga pembacaan hadis itu. Imam Malik tatap berpegang teguh dengan hadis-hadis Rasulullah s. Imam Malik dan Hadis-hadis Rasulullah s.mengambil keputusan bahawa Imam Malik mengharuskan nyanyian.w..w.a. penyuluh 17 . Sekiranya beliau fakir bahawa nyanyian tidak baik tentulah beliau menyebut pendapatnya berhubung dengan larangan terhadap nyanyian...w.w.

Wafatnya Imam Malik Imam Malik mengalami sakit selama 20 hari.a. moga-moga Allah meredhainya. beliau oun menyerah rohnya kepada AllahYang Maha Esa. Imam Malik sangat kasih kepada hadis-hadis Rasulullah s. Imam Malik dikebumikan di tanah perkuburan al-Baqi. beliau rasa malu dan segan menunggang binatang-binatang seperti kuda dan lain-lain dan beliau berkata” “Aku rasa mali menunggang binatang yang kakinya meneekan di atas bumi maqam Rasulullah s. serta berkata: “Siapa yang mengambil atau meninggalkan perkataan-perkataannya. Dalam majlis-majlis pelajaran hadis beliau selalu menunjukkan kepada maqam Rasulullah s. samada sebelum mahupun selepasnya. dengan secara kebetulan Bakar Sulaiman As-Sawaf ada bersama mereka yang ada di rumahnya.kepada seluruh manusia dan tidak harus bagi seseorang meninggalkan atau membelakangkannya. Sungguhpun ada beberapa orang daripada khalifah meminta beliau pindah ke Baghdad untuk tinggal di sana dengan segala kesenangan dan kemudahan tetapi beliau menolak tawaran tersebut dan beliau selalu menyebut-nyebut hadis Rasulullah s.w. Imam Malik wafat di Madinah iaitu pada 14 Rabiulawal 179 Hijrah. kuburnya di pintu al-Baqi.w.a. kesemuanya adalah kepunyaan pemilik kepada maqam ini (Raudah). Selepas tak berapa lama Imam Malik pun mengucap dua kalimah syahadah dan berkata: Kesemua perkara adalah bagi Allah.w. Oleh kerana beliau sangat kasih kepada Rasulullah maka beliau kasih pula kepada Madinah dan beliau tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali di musim-musim haji lantaran beliau lebih suka hendak berhampiran dengan Rasulullah s.a.a.w.w..w.. dan sudah pasti beliau kasih juga kepada pemiliknya iaitu Rasulullah s.a. mereka berkata: Wahai Abdullah bagaimanakah keadaan kamu sekarang? Beliau menjawab: Aku tidak tahu apa yang aku hendak katakana kepada kamu. cuma aku ingin juga berkata: Adakah kamu semua akan ditentukan pada keesokan hari (hari kiamat) mendapat kemaafan yang tidak diperhitungkan. Pada malam beliau menghembus nafasnya yang terakhir. yang bermaksud: “ Bahawa Madinah Munawwarah lebih baik untuk mereka jika mereka ketahui..w. Oleh kerana beliau sangat memuliakan Rasulullah s. 18 .a.a.

Darinya kita mempelajari ilmu.” (Imam Malik bin Anas) 19 . “Ulama itu adalah pelita dari zamannya.Imam Syafie pernah berkata: Imam Malik ialah pendidik dan guruku. Aku jadikan sebagai hujah antara aku dengan Allah Taala. tidak seorang pun yang terlebih selamat bagiku selain dari Imam Malik.

Mendengar percakapan itu orang yang bersamanya berkata: Demi Allah bahawa ilmu engkau lebih baik dari memanah. Imam Malik bin Anas 20 . Beliau ialah penyokong kepada ilmu hadis dan mujaddid bagi abad yang kedua Hijrah. Di samping mempelajari ilmu pengetahuan. Menuntut Ilmu Imam Syafie dapat menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu semasa beliau kecil lagi dan beliau menghafaz serta menulis hadis-hadis. Beliau ialah pendiri Mazhab Syafie. Beliau pernah berkata: “Cita-citaku ialah dua perkara: Panah dan ilmu. aki berdaya mengenakan sasaran sepuluh dari sepuluh. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab. Guru-guru Imam Syafie Di antara guru-guru Imam Syafie yang terkenal ialah: 1. Imam Syafie dilahirkan pada tahun 105 Hijrah di bandar Gaza dalam Palestin. tetapi Allah menyediakan baginya beberapa sebab yang mendorong beliau kepada mempelajari ilmu fiqah dan ilmu-ilmu yang lain. Ulama Feqah Yang Pandai Bersyair Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. beliau berpeluang pula mempelajari memanah.3 Imam Syafie. Sebagaimana kita telah ketahui bahawa Imam Syafie pada masa mudanya banyak menumpukan tenaganya kepada mempelajari syair dan sejarah. sehingga beliau dapat memanah sepuluh batang panah tanpa melakukan satu kesilapan.

apa yang ternampak kepada kita beliau sangat mengambil perhatian dan sangat berkesan dengan nasihat yang diberi oleh gurunya. beliau menjauhi diri dari maksiat dan perkara yang tidak baik. terus pakaian itu dibahagikan kepada orang ramai. Imam Syafie seorang yang sangat fasih lidah. sehingga Yahya bin Muin berkata: “Jika berdusta itu harus tentulahImam Syafie menahan berdusta kerana menjaga maruah. Sufyan bin Uyainah 3. suaranya merdu dan baik sebutan. Imam Syafie datang ke Makkah. Imam Syafie tetap berpegang dengan kebenaran dan kebaikan pada permulaan hidupnya.2. Ibrahim bin Saad Sifat-Sifat dan Peribadi Imam Syafie Imam Syafie ialah seorang yang cantik rupa parasnya. badannya tinggi serta tengkoknya jinjang. serta sangat kuat penjagaan dan perhatian dan ketakutannya yang kuat terhadap perhitungan Allah. mana sampai sahaja ke Makkah beliau membahagi-bahagikan kesemua wangnya. Semasa beliau berada di Mesir beliau banyak menerima hadiah pakaian. Imam Syafie ialah seorang yang cekap pemikiran. Warna kulitnya hitam emerahan. Imam Syafie pernah berkata: “Jika ku dapati meminum air sejuk itu menjatuhkan maruah tentu aku tidak meminumnya. Dikatakan kepadanya: Apakah khabar tuan? Beliau menjawab: Khabarku ialah sebagaimana khabar seorang yang dituntuti oleh lapan perkara: 21 . manusia menangis tatkala mendengar pembacaan al-Quran daripadanya. Pada suatu masa. kuat fahaman serta luas pandangan dan fikiran. Antara akhlak Imam Syafie juga ialah berperasaan taat setia yang kuat. Imam Syafie juga seorang yang sangat luas pandangan serta sangat mengetahui rahsia jiwajiwa. bersama beliau wang sebanyak sepuluh ribu dinar. Imam Syafie tidak banyak membelanja untuk pakaian. Imam Syafie seorang yang mengetahui tentang ilmu kedoktoran dan seorang yang cekap menunggang kuda. Antara akhlaknya juga ialah lembut dan murah hati. Antara akhlak dan budi pekerti Imam Syafie ialah menjaga maruah. Imam Malik kepadanya. Beliau juga seorang yang bijak dalam syarahan. luas penerangan serta kuat iman.

Allah SWT dengan al-Quran. Ilmu feqah Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dengan qias dan pemikiran dengan beberapa timbangan dan sekatan. Imam Syafie ialah seorang yang sangat banyak beribadat dan bertahajud. bintang mazhabnya mulai memancar. beliau menyempurnakan mazhabnya di sana. jiwa dengan nafsu syahwat. lantaran beliau menghimpun atau menyatukan ilmu feqah ahli-ahli akal dan fikir dengan ilmu feqah ahli-ahli akal dan hadis. kemudian berpindah pula ke Mesir. Sesungguhnya mazhab Imam Syafie mula berkembang di Makkah. masa dengan penggunaannya. malaikat hafazah dengan apa yang dicakap. Syaitan dengan maksiat. Mengikut apa yang ternyata bahawa Imam Syafie mulai menyusun mazhab feqahnya selepas beliau mempelajari ilmu feqah Madinah dan begitu juga ilmu feqah orang-orang Iraq.a. 22 . Beliau membuat perbandingan antara keduanya serta beliau berbincang dengan orang yang ahli dari kedua-dua tempat. sebagaimana telah diketahui bahawa beliau membahagi masa malamnya kepada tiga bahagian: Satu pertiga untuk menulis. Di Mesir. sebagaimana ia ialah juga ilmu feqah yang menetapkan kaedah-kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. kemudian beliau berkata bahawa as-Sunnah ialah menyamai taraf al-Quran. kemudian berpindah pula ke Baghdad. anak-anak dengan makanan dan Malaikat Maut dengan roh. dengan sunnahnya. Ilmu feqah dan mazhab Imam Syafie menjadikan al-Quran sumber yang pertama bagi hukum-hukum dan perundangan. Nabi s. Imam Syafie menambah dan juga mengurang atau mengubah ilmu feqahnya disebabkan perubahan masyarakat dan keadaan sekitar. satu pertiga untuk sembahyang dan bertahajud dan satu pertiga lagi untuk tidur.w. lantaran ia penerang juga pentafsir bagi al-Quran. lantaran itulah beliau berhak dianggap pendiri bagi ilmu usulul-fiqh. Ilmu Feqah Imam Syafie Ilmu feqah yang dibawa oleh Imam Syafie ialah merupakan suatu zaman perkembangan feqah dalam sejarah perundangan Islam. lantaran itu beliau menganggapnya sebagai sumber yang kedua selepas al-Quran.

Beliau tinggal di sana untuk beberapa tahun bagi mempelajari bahasa kabilah itu. beliau juga seorang yang lebih mengetahui tentang ilmu bacaan. pertama sekali beliau mencari hadis untuk panduan. Beliau banyak menghafal syair dari kabilah yang tersebut. sehingga beliau menjadi tempat rujukan bagi syait Huzail. Sesungguhnya Imam Syafie adalah seorang penyair yang bijak serta pandai tentang menggunakan syair yang tinggi dan baik. Imam Syafie Penyair Harus manusia tercengang kehairanan apabila mendengar orang mengatakan bahawa Imam Syafie ialah seorang penyair. Sebenarnya hal ini disebabkan mereka tidak pernah menuruti sejarah hidup Imam Syafie. mengetahui dengan baik pula tentang syair.Apabila didapati hadis yang benar di sisinya beliau mengikutnya. sekali pun beliau tidak menumpu segala tenaganya untuk mendalami bidang ini. Beliau bukan hanya berdasarkan kepada setengah-setengah sahaja sebagaimana yang terjadi kepada orang-orang lain. 23 . Beliau ialah juga seorang yang tidak dapat ditandingi bahkan tidak ada orang yang apat menghampirinya dalam memahami kitab Allah dan sunnah Rasul s. beliau pernah menasihatkan murid-muridnya meninggalkan pendapat beliau dan mengambil hokum-hukum yang dibawa oleh hadis jika didapati hadis itu berlawanan dengan pendapatnya. Sebagaimana yang telah diketahui Imam Syafie pada permulaan hidupnya mempelajari sastera bahasa Arab. as-Sunnah. Al-Mubarrid berkata: “Imam Syafie adalah seorang penyair paling bijak serta seorang sasterawan yang paling terkemuka. beliau pernah berkata: “Adakah bagi seseorang lain hujah terhadap Rasulullah?” Dan beliau berkata: “Apabila hadis itu benar (sah) maka ia ialah mazhabku. Dari kajian dan penyelidikan itulah beliau mendirikan suatu peraturan yang lengkap bagi al-Quran. Oleh itu tidak syak lagi bahawa Imam Syafie ialah orang pertama sekali menyusun ilmu usulul-fiqh. Memang baik dan sepatutnya Imam Syafie seorang yang alim dalam ilmu feqah. Imam Syafie ialah sebagai seorang penerang kepada penyimpulan hukumhukum dari al-Quran dan hadis. Beliau pernah mengembara ke suatu kampong bagi kabilah Huzail. Lantaran kesibukan beliau mempelajari ilmu feqah dan ilmu-ilmu yang lain.” Apabila Imam Syafie menemui sesuatu masalah.w. ijma’ dan qias.a. Beliau dapat pula merujukkan setengah darinya kepada setengah yang lain..

manakala Imam Syafie membaca rangkap syair dari kabilah Huzail dengan lancar. Beliau dapat mengulangi syair-syair itu dengan baik sungguhpun syair-syair itu sukar bagi orang lain. Mas’ab bin Az-Zubair berkata: “Bapaku san Imam Syafie pernah membaca syair-syair bersama-sama. keluasan dan kemuliaan tujuan yang ingin diperkatakan. Beliau berkata” “Janganlah engkau ajukan syair ini kepada siapa pun daripada ahli-ahli hadis kerana mereka tidak akan berdaya menghafalnya!” Menghafal syair-syair adalah suatu langkah yang luas dan baik bagi seseorang yang bersedia untuk menyusun atau mengatur rangkap-rangkap syair.Al-Asma’i berkata: “Aku memperbaiki syair Asy-Syanfari dengan Imam Syafie semasa beliau berada di Makkah! Imam Syafie menghafal syair-syair sehingga beliau mempelajari ilmu fiqah dan hadis. Apalagi jika penghafalnya seorang yang sudah mempunyai bakat dalam syair. Kesemua rangkaprangkap itu adalah menunjukkan ketinggian. Berikut dua rangkap syair tersebut: Aku akan menjelajah ke segenap pelusuk negeri Aku tidak menghiraukan samada cita-citaku tercapai atau aku mati keseorangan Jika ku binasa atau mati maka segala-galanya terserah kepada Allah Dan jika ku terselamat tidak lama aku akan kembali Memang benar dan tepat sekali Imam Syafie menyusun rangkap syair di atas kerana beliau ialah seorang yang sangat menggalak kepada pengembaraan dan musafir sebagaimana yang diterangkan dalam rangkaprangkap syairnya yang termasyhur. beliau tisak menghiraukan samada beliau terselamat atau binasa. yang bererti: Musafirlah. engkau akan menemui ganti bagi mereka yang engkau tinggalkan Dan beribadahlah kerana kelazatan hidup dalam peribadatan Sesungguhnya aku fikir bahawa air yang tidak mengalir itu merosakkannya 24 . Imam Syafie pernah bersyair dengan dua rangkap syair dalam menggambarkan bagaimana beliau mencintai pengembaraan dan berdagang untuk menjayakan cita-citanya yang mulia dan tiinggi. Menurut apa yang ternyata kepada kita bahawa Imam Syafie ialah seorang yang mempunyai bakat asli untuk menyusun syair-syair.

beliau ialah imam bagi ahli hadis pada masa itu. Penyakit dan Kematian Imam Syafie Maqam Imam Syafie Imam Syafie banyak menghidapi penyakit semasa hidupnya. Selain itu. ilmu usul dan sastera dan lain-lain. Antaranya ialah penyakit bawasir yang mana menyebabkan keluar darah pada kebanyakan waktu.Jika air mengalir akan menjadi baik dan jernih. Beliau menyusun kitab tersebut sebagai penerimaan bagi permintaan Abdur Rahman bin al-Mahdi. Pendapat mereka terhadap kitab tersebut adalah bermacammacam. Mengikut setengah ahli sejarah bahawa beliau menyusun 13 buah kitab dalam beberapa bidang ilmu iaitu seperti ilmu feqah. Imam Syafie juga menghasilkan karya yang berjudul Diwan asSyafie yang merupakan himpunan syair-syair karangan beliau. Diceritakan bahawa Ar-Rabie’ masuk menemui Imam Syafie di masa hampir wafatnya. Karya-karya Imam Syafie Imam Syafie banyak menyusun dan mengarang kitab-kitab. tafsir. beliau berkata kepadanya: Bagaimanakah keadaan engkau? 25 . dan sebaliknya menjadi rosak jika tidak mengalir Singa tidak akan mengganas jika tidak meninggalkan hutan rimba Anak panah tidak mengenai sasaran jika tidak meninggalkan baulnya Logam emas seumpama tanah jika masih di tempatnya Kayu ‘ud di bumi adalah umpama kayu biasa. Antara karyanya ialah ar-Risalah yang mana membicarakan tentang ilmu usul feqah. Manusia pada umumnya telah menyambut dengan baik kitab ar-Risalah. Pada suatu masa darahnya keluar dengan banyak dan beliau pun meninggal dunia.

Beliau juga penyuci air muka yang hitam seterusnya beliau pembuka fikiran-fikiran yang tertutup rapat!” Moga-moga Allah meredhainya! Amin. kemudian beliau pun menangis. Aku benci kepada orang-orang yang perdagangannya adalah maksiat-maksiat kepada Allah SWT.Beliau menjawab: Aku sedang meninggal atau berpisah dari dunia dan juga perpisahan dari rakan-rakanku dan aku sekarang sedang meneguk gelas kematian dan aku sedang menemui amal-amal tidak baik dan kepada Allah aku menuju. Yahya berkata: Kuburnya sangat masyhur di sana sebagai dalil bagi kebenarannya! Selepas Imam Syafie Wafat Ibnu Farhun menceritakan dalam kitab ‘Ad-Dibajul Mazhab’ bahawa sekumpulan manusia duduk di majlis pelajaran Imam Syafie selepas saja beliau wafat. “Aku cinta kepada orang-orang soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka. juga penutup muka lawannya dengan hujah ysng terang. iaitu pada malam akhir bulan Rejab tahun 204 Hijrah. Barangkali aku boleh dapat syafaat dari mereka. orang itu mengucap salam dan bertanya di manakah Imam Syafie. Imam Syafie meninggal dunia di Mesir pada malam Khamis selepas Maghrib. Tiba-tiba datanglah seorang Arab. Jenazah Imam Syafie dikebumikan pada hari Jumaat pada keesokan harinya.” Orang itu pun menangis dengan kuat kemudian berkata: ‘Moga-moga Allah mengasihaninya juga diampunkan dosa-dosaku.” (Imam Syafie) 26 . Beliau wafat di tempat kediaman Abdullah bin Abdul Hakam dan kepadanyalah beliau meninggalkan wasiat. Anak-anak Abdul Hakam mengebumikannya di tanah perkuburan mereka. di sekeliling kuburnya ialah kubur-kubur anak Zahrah. Kuburnya ialah di sebelah barat Al-Khandak.” Katanya lagi: ‘Beliau ialah pembuka kepada pintu-pintu hujah yang tertutup. Katanya: “Di manakah bulan dan matahari bagi majlis ini?” Mereka menjawab kepadanya: “Beliau telah wafat. Umurnya di waktu itu ialah 54 tahun. Walaupun barang-barang dagangan kita sama.

Engkaulah tempatku meminta dan berharap Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu 27 .w.Elaika (Rintihan) Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa) Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu Sekiranya Engkau ampunkan aku. aku tidak akan berputus asa Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya Dan bilamana dia bersama selain Tuhannya di dunia ini dia membisu Dia (Rasulullah s.a. penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku. ampunkan dari kederhakaan kezaliman.) berkata: Kekasihku.

aku rindu. dan di saat ku lelap aku berharap Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia (Syair Imam Syafie) 28 .Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar Di saat ku jaga.

juga orang yang mengenalinya. Pada permulaannya beliau menyalin kitab-kitab yang berdasarkan kepada pemikiran serta beliau menghafalnya.a. seorang yang sabar di kala menghadapi percubaan dan seorang yang soleh dan zuhud. mufti bagi negara Iraq dan seorang yang alim tentang hadis-hadis Rasulullah s. Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad. Menuntut Ilmu Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Quran dan mempelajari bahasa.w. umurnya waktu itu ialah 14 tahun. Beliau ialah seorang yang mempunyai sifat-sifat yang luhur dan tinggi iaitu sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang hidup semasa dengannya. sehingga ibunya rasa kasihan kepadanya kerana kegigihannya dalam menuntut ilmu. pada bulan Rabiulawal tahun 164 Hijrah (780 Masihi).5 Imam Ahmad bin Hanbal. Pernah berlaku bahawa beliau kadangkala ingin keluar menuntut ilmu sebelum terbit fajar. ibunya meminta supaya lewatkan sedikit sehingga manusia bangun dari tidur. Beliau belajar menulis Diwan. kemudian beliau tidak lagi 29 . Konsisten Mengamalkan Sunnah Imam Ahmad bin Hanbal ialah imam mazhab yang keempat dari fuqaha Islam. juga imam bagi bagi Darul Salam. iaitu setelah ibunya berpindah dari bandar 'Murwa' tempat tinggal ayahnya. Beliau ialah pendiri Mazhab Hanbali. Beliau hidup sebagai seorang yang cinta kepada menuntut ilmu dan bekerja keras untuknya.. penerang untuk dunia dan sebagai contoh dan teladan bagi orang-orang ahli sunnah. Beliau imam bagi umat Islam seluruh dunia.

Pada suatu masa Imam Ahmad mengembara dari Baghdad ke Syria untuk belajar dengan seorang masyhur di sana. Syria.a. Kufah. perawi itu tetap juga memberi makan kepada anjing tersebut sehingga beliau naik jemu. Basrah dan Jazirah untuk menuntut ilmu. kemudian beliau pun pulang ke Baghdad. Beliau duduk menunggunya.w. Hadis ialah asas dan tiang. pernah bersabda: “Sesiapa tidak menunai hajat orang yang berhajat Allah akan tidak menunai hajatnya di hari kiamat. didapati orang itu sedang memberi makan kepada seekor anjing. apabila beliau sampai. iaitu pada tahun 133 Hijrah dan pada tahun inilah gurunya yang bernama Husyaim bin Busyair meninggal dunia. Seorang daripada rakannya berkata apabila beliau melihatnya sangat banyak mengembara dengan takjub beliau berkata: “Sesekali ke Kufah dan sesekali pula ke Basrah! Sehingga bilakah!?” Pengembaraannya yang pertama ialah ke Kufah. Aku pernah mendengar suatu hadis daripada Abi Az-Zanad daripada Al-Araj dan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s. aku telah menunaikan hajatnya. lantaran itu beliau mengumpulnya dari beberapa tempat. Apabila perawi itu selesai dari memberi makan kepada anjing. 30 .” Imam Ahmad menjawab: “Ya. beliau pernah mengembara ke Makkah. Sungguhpun beliau seorang miskin.” Imam Ahmad tersenyum dan berkata: “Hadis ini sudah mencukupi untukku. Pengumpulan ini dimulakan pada tahun 179 Hijrah. Yaman. kebenaran riwayat ini terserlah kepada penceritanya. beliau pun berpaling kepadanya dan berkata: “Boleh jadi engkau rasa hendak marah kepada aku. Tidak menjadi hairan jika Imam Ahmad mengambil berat tentang riwayatriwayat hadis iaitu dengan cara-cara yang tertentu.” Perawi itu pun berkata: “Di negeri kami tidak ada anjing. Madinah. anjing ini mengikuti aku dan meminta makanan dan minuman lantaran itu sudah tentu ia lapar dan dahaga.menatapinya bahkan beliau lebih gemar kepada mempelajari hadis. faedahnya tidak akan tercapai dengan baik dan sempurna sekiranya tidak dijaga dan dihalusi serta diketahui pula jalan-jalannya. Antara perkara yang ganjil yang disebutkan semasa beliau dalam menuntut ilmu. Beliau mengembara ke Basrah untuk kali pertamanya ialah pada tahun 186 Hijrah dan pertamanya ialah pada tahun 186 Hijrah dan pertama kali beliau mengerjakan haji ialah pada tahun 187 Hijrah.

juga beliau seorang yang bersifat sabar dan mempunyai azam dan juga selalu berkemahuan yang kuat. yang dibuat dan dijahitnya sendiri. Imam Syafie 2. Makanan yang dimakannya pun hanya sepotong roti dengan dilumuri minyak zaitun. Adapun kasutnya sebagaimana yang diperkatakan oleh para penulis biografinya telah berusia 17 tahun. Imam Ahmad adalah seorang yang kuat ingatan. seorang yang faham dengan apa yang dihafalnya. padahal pakaian putih yang dipakainya penuh dengan tampalan yang dijahitnya dengan tangannya sendiri. Imam Ahmad hidup bahagia.Oleh itu beliau berkata: “Sesiapa tidak menghimpun hadis bersama-sama dengan jalan-jalannya juga perselisihan-perselisihannya maka tidak harus baginya memberi hukum terhadap hadis itu dan tidak juga harus ia memberi fatwa dengannya. Beliau datang dan pergi menjelajahi dunia dalam rangka mencari hadis. mencari 31 . beliau gemar memakai inai dan memakai pakaian yang kasar dan memakai serban. mantap. cita-cita yang tinggi. beliau tidak berpeluang memakan makanan yang bermacam-macam pada kebanyakan makanannya dimasukkan cuka. Beliau memakan daging hanya sekali dalam sebulan. Sekalipun demikian. Tempat tinggal yang dihuninya diperbuat daripada tanah lait yang hanya memiliki tiga bilik. beliau merasa kesenangan. Yahya bin Saud al-Qathan Sifat-sifat dan Peribadi Imam Ahmad bin Hanbal Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang yang tinggi badannya. tidak riak dan selalu menjauhi dari bergurau senda sehingga manusia lain tidak berani bergurau-senda di kala beliau ada bersama. warna kulitnya hitam kemerahan. tenang. hidup tanpa bebanan dan memperolehi ketenangan kerana beliau memiliki hati yang kukuh. tetap dengan pendirian. beliau mengambil wudhuk tanpa pertolongan orang lain dan beliau membeli kasut dari kayu atau lainlainnya serta dibawanya sendiri dan beliau duduk di atas hamparan yang lama sehingga carik-carik. Sufyan bin Uyainah 3. mengetahui kesudahannya. kurang memakan makanan.” Guru-guru Imam Ahmad bin Hanbal Di antara guru-guru Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal ialah: 1. Beliau banyak berpuasa.

suci. zuhud dan menjaga diri dari perkara yang haram.” Apabila dibentangkan kepada Abdul Wahab bin Abi Al-Hasan jawabnya: “Seumpama itu juga. Seorang muridnya yang bernama Al-Maruzi pernah berkata: “Aku tidak pernah lihat orang fakir lebih mulia darinya sewaktu berada di majlis Abi Abdullah. apa yang aku katakana itu adalah tidak dengan sengaja. beliau membelanja pada tiap-tiap kali hanya sebanyak tiga puluh dirham sahaja. dia pun kembali menemui Imam Ahmad. apabila beliau duduk di majlis pelajarannya selepas Isyak untuk memberi fatwa. tiga kali dengan berjalan kaki. beliau tidak bergopoh-gapah. beliau seorang yang lembut dan tenang. apabila beliau keluar ke masjidnya beliau tidak pulang. Abu Hafs bertanya kepadanya: “Dengan apakah hati manusia menjadi lembut? Jawabnya: “Dengan memakan makanan yang halal wahai anakku. sebenarnya asalnya adalah sebagaimana yang dikatakan!” 32 . sangat merendah diri dan mengatasinya pula ketenangan dan mulia. Imam Ahmad berkata: “ Kedua-kedua kakiku masih lagi pada tempatnya untuk apakah kumaafkan. Dan boleh jadi yang paling dahsyat dan sangat berkesan kepada jiwa ialah bahawa sesetengah daripada orang jahil yang sangat taksub kepada Imam Abu Hanifah pernah berkata kepadanya: Air kencing Abu Hanifah lebih banyak memenuhi dunia ini dari orang yang seumpama engkau!” Kemudian orang itu pun keluar. meminta maaf katanya: “Wahai Abi Abdullah. Imam Ahmad adalah seorang yang sangat bersih. Imam Ahmad menghormati mereka dan meninggalkan ahli-ahli dunia. Imam Ahmad telah mengerjakan haji sebanyak lima kali. bahawa banyak benar riwayat-riwayat yang menceritakan hal ini. aku harap engkau maafkan. bahkan beliau duduk bersama orang ramai sehingga tamat majlis tersebut. sekalipun beliau adalah seorang yang mulia di hadapan orang yang besar dan mulia.pahala dari Allah. beliau tidak bercakap sebelum disoal.” Di antara budi pekertinya juga ialah beliau merendah diri kepada fakir miskin dan orang yang lemah. Tidak lama kemudian orang itu sedar dengan dosa apa yang dicakapkan.” Apabila Abu Hafs menceritakan jawapan tersebut kepada Bisyr Al-Harith katanya: “Seumpama itu juga. meraih imbalan dan beramal untuk akhirat dan merindukan syurga. Antara sifat Imam Ahmad yang mulia ialah memaafkan orang yang membuat kesalahan terhadapnya.

Dari Hujung Pena Ke Pintu Kubur Imam Ahmad menuntut ilmu sepanjang hayatnya. pena. dengan katanya: "Aku menuntut ilmu sehingga aku masuk ke lubang kubur. Beliau membaca al-Quran sekali khatam pada tiap-tiap tujuh hari. mereka menuruti atau mempelajari hadis-hadis serta menulisnya dan dikatakan juga mereka 33 . Anaknya Abdullah menceritakan bahawa bapanya sembahyang pada tiap-tiap hari dan malam sebanyak tiga ratus rakaat.Imam Ahmad seorang yang banyak beribadah dan bertahajud. umurnya pada waktu itu sudah hampir lapan puluh tahun. Beliau tetap dengan mempelajari hadis sehinggalah beliau menjadi seorang imam. Sesetengah daripada manusia pernah berkata kepadanya disebabkan kehairanan dengan ketetapannya dalam menuntut ilmu sekalipun beliau sudah menjadi ketua dan tinggi kedudukannya. kata mereka: "Sehingga bilakah lagi engkau hendak menunutut ilmu pada hal engkau sudah menjadi imam bagi seluruh umat Islam? Imam Ahmad menjawab dengan berkata: "Dari hujung pena sehinggalah ke pintu kubur!" Alangkah tingginya percakapannya! Ia adalah suatu percakapan yang mengkagumkan seluruh manusia dan seluruh alam. Imam Ahmad adalah orang yang menggunakan dakwat. Ia adalah pengajaran yang mulia dari ajaran Islam yang mengajarkan kita bahawa ilmu itu dituntut dari buaian sehinggalah ke liang lahad." Alangkah baiknya bagi tiap-tiap orang penuntut jika mereka meletakkan kata-kata Imam Ahmad di hadapan mereka di setiap waktu: Dari hujung pena ke lubang kubur! Percakapan Imam Ahmad di atas boleh jadi dirujukkan kepada percakapan yang digunakan oleh ahli-ahli akal dan fikir terhadap ahli-ahli hadis dan nakl. Apabila beliau dalam uzur dengan sebab penderitaannya yang dahsyat beliau sembahyang sebanyak satu ratus lima puluh rakaat sehari semalam. kertas di sepanjang hidupnya sebagaimana penyambungan kepada pelajarannya. Imam Ahmad menguatkan lagi tujuan-tujuan percakapannya yang di atas. Menuntut ilmu adalah sesuatu kegemaran yang tidak dijemu-jemu. mengikut yang lahir kepada kita bahawa mereka menamakannya 'Ashabul Mahabir' sebagai menunjukkan bahawa mereka tidak hanya berpegang kepada akal fikiran sahaja bahkan mereka berpegang kepada tulisan-tulisan yang disalin dari buku-buku.

w. Konsisten Mengamalkan Sunnah Di masa hidup Imam Ahmad. An-Nasa'i. beliau sangat konsisten dalam mengamalkan sunnah Rasulullah s. pandangannya terbentur pada seorang yang sedang berjalan di perkuburan dengan memakai sandalnya. menanggalkan sandalnya." Orang itu kemudian menoleh dan ketika diketahuinya bahawa yang menegur adalah Rasulullah s.a." Imam Ahmad bin Hanbal dan Syair Boleh jadi suatu perkara yang aneh bagi kita apabila kita membincangkan tentang syair dalam suasana pembicaraan tentang Imam Ahmad bin Hanbal. Muridnya.a. ertinya ialah percakapan yang tinggi. Sebagaimana kita ketahui beliau ialah seorang ahli agama." Abu Hatim pernah berkata: "Jika kamu dapati seseorang yang mengasihi Ahmad bin Hanbal maka ketahuilah orang itu adalah dari ahli Sunnah." (Riwayat Abu Daud. Ibnu Abi Syaibah dan Al-Hakim dengan sanad yang sahih). Ibnu Majah. celakalah engkau! Tanggalkanlah kedua sandalmu.w. Walaubagaimanapun syair adalah suatu perkara yang mendapat tempat juga pada riwayat hidup imam yang terbesar ini. berjalan bersama Basyri. segera saja dia tanggalkan kedua sandalnya. Syeikh Al-Albani berkata di atas sikap Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini: "Semoga Allah menganugerahkan kepadanya rahmat. wara’ dan ahli pemberatan.adalah 'Hasywiyyah' perkataan Al-Hasy. 34 ..." Imam Ahmad mengamalkan sunnah ini berdasarkan hadis di bawah ini: "Ketika Rasulullah s. kemudian baginda menegurnya: "Wahai si pemakai sandal. Imam Abu Daud mengatakan: "Aku melihat Imam Ahmad apabila menghantar jenazah. Abu Hamid al-Khalqani pernah bertanya kepadanya: “Apakah pendapat tuan tentang kasidah-kasidah?” Beliau bertanya kasidah atau syair yang sebagaimanakah? Abu Hamid berkata: Seumpama engkau berkata: Apakah Tuhanku bertanya kepadaku Tidakkah engkau malu engkau membuat maksiat kepadaku Engkau menyembunyikan dosa dari orang lain Sedangkan engkau membuat maksiat terhadapku.w. ketika mendekati pemakaman.a. seorang zuhud. betapa konsistennya orang ini dalam mengikuti as-Sunnah.

nasihat. juga untuk menyeru kepada beramal dengan ilmu baik pada zahir mahupun pada batin dan untuk menjaga sunnah dan athar. Berikut ialah syairnya: Wahai penuntut ilmu jauhkan dari segala perkara yang membawa kepada kerosakan Setiap pengikut hawa nafsu tidak tetap dan bergoncang Ikutilah ilmu kamu baik pada lahir mahu pun batin Ia akan memberi manfaat bagi diri kamu di suatu hari nanti Jangan kamu sekali-kali mengikut perkara bid'ah Pengikutnya sesat lantaran banyak mengatakan itu dan ini Ikutilah apa yang dibawa kepada engkau dari sunnah dan athar Sama sepertinya atau seumpamanya Jika tidak jadilah seorang pengikut yang bersih fahaman Engkau akan hidup terpuji. Apabila didapatinya tidak terkeluar dari pembicaraan tentang ajaran agama dan nasihat beliau mengharuskannya. tinggalkan fikiran-fikiran yang sesat. Ikutilah pula bagaimana Imam Ahmad menggunakan rangkap syair untuk menyeru kepada memerangi perkara yang tidak baik dan kesesatan. Dihormati Oleh Jin 35 .Imam Ahmad mengulangi rangkap tersebut dan dengan mengulanginya seolah-olah beliau memberi fatwa tentang harusnya syair dan membacanya. taubat ibadah dan meminta ampun atau seumpamanya lantaran itu beliau bertanya tentang jenis syair sebelum diberi fatwa terhadapnya. Tetapi hendaklah diingatkan bahawa syair yang manakah yang diharuskan oleh Imam Ahmad? Bahawa beliau mengharuskan syair yang seumpama kita telah lihat iaitu yang membicarakan tentang ajaran-ajaran.

Tiba-tiba jin itu menjawab melalui mulut jariah yamg dirasuknya: "Aku tidak akan tunduk kepadamu dan tidak akan keluar dari sini. Imam Ahmad meninggal dunia. kemudian katakan kepada jin: "Wahai jin! Imam Ahmad berkata kepadamu. engkau kupukul dengan terompah ini sebanyak tujuh puluh kali." kata orang itu. Maka teman itu duduk di sisi kepala jariah yang sakit dengan memegang terompah kayu dari Imam Ahmad." Lepas berkata demikian. "Wahai Imam! Di rumah Amirul Mukminin ada seorang jariah baginda yang sedang dirasuk syaitan." Orang itu pun pergi ke rumah khalifah dengan membawa terompah kayu dari Imam Ahmad. Kalau tidak. Kemudian dia duduk di sisi kepala si jariah dan mengucxapkan perkataan seperti yang diucapkan oleh Imam Ahmad." kata teman Imam Ahmad itu. nescaya aku keluar. khalifah menyuruh teman Imam Ahmad agar berbuat seperti ketika masih ada Imam Ahmad. jin itu keluar dan jariah sembuh sebagaimana sedia kala dan melahirkan beberapa anak dari khalifah. maka aku diperintah untuk tunduk kepadanya. "Yang mana satu yang engkau suka. Baginda telah mengutus saya untuk meminta tuan agar berdoa untuk kesihatannya. Beberapa tahun kemudian. Tiba-tiba datang seorang teman rapatnya yang diutus oleh Khalifah Al-Mutawakkil. Adapun Imam Ahmad adalah seorang yang taat kepoada Allah.Diceritakan bahawa pada suatu hari Imam Ahmad sedang duduk-duduk di masjidnya. "Hai jin! Keluarlah engkau. Tiba-tiba jin itu datang lagi dan merasuk tubuh jariah buat kali kedua. Kerana Imam Ahmad sudah tidak ada. Maka berkatalah jin yang merasuk melalui lisan si jariah: "Aku mendengar dan taat kepada Imam Ahmad. sedangkan barangsiapa yang taat kepada Allah." Kemudian jin itu berkata lagi: "Kerana beliau adalah seorang yang taat kepada Allah." 36 . dia akan dipatuhi oleh segala sesuatu. Sekiranya beliau menyuruh aku keluar dari negeri Irak inipun. Imam Ahmad memberikan sepasang terompah kayu kepada temannya sambil berkata: "Pergi ke rumah Amirul Mukminin dan duduklah di sisi kepala jariah yang sedang sakit itu. engkau keluar dari tubuh jariah ini atau aku tampar engkau dengan terompah ini sebanyak tujuh puluh kali.

Husan melahirkan beberapa orang anak. anaknya yang tertua. kedua-duanya meninggal dunia selepas sahaja diperanakkan. mereka itu di antaranya: Said. Dan lain-lain Keluarga Imam Ahmad bin Hanbal Imam Ahmad berkahwin dengan melalui perhambaan iaitu degan memiliki seorang hamba jariah namanya Husan. gelarannya ialah Abu Abdur Rahman. Imam Abu Daud 4. Antara anaknya juga melalui al-Abbasah ialah Abdulah. Salih. Beliau berbuat demikian sebagai mengikuti Nabi s. kerana dia tahu yang menyuruh keluar bukan Imam Ahmad.Imam Bukhari 2. Zainab dan Fatimah. beliau memegang jawatan kehakiman di Asbahan dan beliau menulis sejarah ringkas hidup bapanya. sebab beliau telah meninggal dunia. wafat pada tahun 290 Hijrah.Maka tetaplah jin itu di tubuh si jariah.a. Karya-karya Imam Ahmad 37 . Imam Muslim 3. apabila junjungan memiliki Mariyyah al-Qibtiyyah dengan secara perhambaan. Muhammad. beliau mendapat beberapa orang anak antaranya. Imam Ahmad berkahwin juga dengan al-Abbasah binti al-Fadl. Murid-murid Imam Ahmad bin Hanbal Di antara murid-murid Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal ialah: 1. al-Hasan. Melalui isterinya itu. anak perempuan Imam Ahmad dikebumikan bersamanya dan begitu juga ramai daripada pengikut-pengikutbya dikebumikan berhampiran dengan kuburnya.w. beliau seorang ketua bagi ilmu hadis. gelarannya ialah Abul-Fadl dilahirkan pada tahun 203 Hijah dan wafat pada tahun 265 Hijrah. juga dua orang anak yang kembar diberi nama Hasan dan Husain.

a. kemudian beliau menghimpunnya.. Apabila ada perselisihan di kalangan orang ramai tentang hadis Rasulullah s. Karyanya yang termasyhur sekali ialah Musnad Ahmad bin Hanbal yang mana beliau menghimpun di dalamnya beberapa banyak hadis-hadis Rasulullah s.w.a. selepas itu direncanakan kepada keluarganya supaya ditulisnya. Kesemuanya berdasarkan kepada dalil-dalil dari al-Quran atau percakapanpercakapan Rasulullah s. empat puluh ribu hadis. Tetapi mengikut apa yang sebenarnya terdapat juga hadis-hadis yang lemah. Beliau bacakannya kepada sesiapa sahaja yang ditemuiya. Penumpuannya ialah dengan penuh tenaga. Beliau mulai menyusun kitab tersebut pada tahun 180 Hijrah dan dijadikan kitabnya al-Musnad sebagai ketua atau imam. Jika kamu dapatinya ia ada hujah dan sekiranya tidak ada maka ia tidak menjadi hujah. beliau berkata: “Jika ada sesuatu perselisihan atau pertelingkahan tentang hadis hendaklah kamu kembali kepada al-Musnad.a. dan percakapan sahabat adalah dinamakan ‘Atharus-Sahabah’.a. Imam Ahmad bin Hanbal memuatkan ke kitabnya Musnad Ahmad bin Hanbal. beliau menulis hadis yang didengar di atas sekeping kertas yang berasingan.a. 38 . Setengah dari para ulama mengatakan kesemua hadis-hadisnya adalah sahih.w. mereka merujukkan kepada kitab tersebut.Musnad Ahmad bin Hanbal Imam Ahmad tidak mengarang selain dari hadis dan sunnah.w. tetapi saying beliau wafat sebelum kitabnya siap disusun atau diatur.” Imam Ahmad bin Hanbal banyak menghabiskan masa hidupnya dengan menghimpun hadis-hadis dari perawi-perawi hadis yang dipercayai. Pada keseluruhannya kitab-kitabnya membicarakan hadis-hadis Rasulullah s. juga sahabat-sahabat Nabi s. sungguh pun demikian ia adalah kitab yang besar. sehingga surat atau risalahnya pun juga dengan pembicaraan yang sama.w.w. Pada permulaannya.

Tak sedikit mereka yang turut menghantar jenazah beliau sampai beratusan ribu orang. Fadhailus Sahabah dan lain-lainnya. Kitab ini membicarakan tentang zuhud nabi-nabi. "Beginilah cara berjalan khadam-khadam Allah di dalam syurga Darussalam. Kaum Muslimin bersedih dengan kepergian beliau. Antaranya juga ialah As-Salah." Bersiar-Siar Di Syurga Setelah Imam Ahmad wafat salah seorang teman yang juga muridnya bermimpi melihat beliau berjalan bersiar-siar dalam keadaan riang gembira. "Katakan kepada ahlu bid'ah bahawa perbezaan antara kami dan kalian adalah (tampak pada) hari kematian kami.Anaknya yang bernama Abdullah meriwayatkan hadis dari kitab al-Musnad seterusnya beliau menyiarkan kepada seluruh manusia. ada pula yang mengatakan 800 ribu orang. athar dan akhbar-akhbar. Mereka berdesak-desakan di depan pintu rumahnya." jawab Imam 39 . Beliau pernah berkata ketika masih sihat. an-Nasih wal Mansukh. beliau menghadap kepada Rabbnya menjemput ajal yang telah ditentukan kepadanya. bahkan ada yang mengatakan sampai satu juta lebih orang yang menghadirinya. Beliau wafat dalam usia 77 tahun. Mendengar sakitnya. sampai-sampai sultan menempatkan orang untuk berjaga di depan pintu. Sakit dan Wafatnya Dihadiri Ramai Orang Menjelang wafatnya. pada permulaan hari Jumaat tanggal 12 Rabiulawal 241H (855 Masihi). Akhirnya. "Wahai saudaraku! Engkau berjalan dalam keadaan riang gembira seperti ini?" tanya temannya. Antara karyanya juga ialah Az-Zuhd. Antara kitab-kitabnya juga ialah al-Manasikul Kabir. al-Manasikus Saghir. ia ialah sebuah kitab yang kecil yang dikeluarkan bersama-sama kitab yang lain. Ada yang mengatakan 700 ribu orang. orang-orang pun berdatangan ingin menjenguknya. Semuanya menunjukkan bahawa sangat banyaknya mereka yang hadir pada saat itu demi menujukkan penghormatan dan kecintaan mereka kepada beliau. beliau jatuh sakit selama sembilan hari. sahabat dan khalifah dan juga sesetengah daripada imam-imam yang berdasarkan kepada hadis.

Dia (Allah) berkata kepadaku: "Inilah balasan untukmu yang telah berani berkata bahawa Al-Quran itu Kalamullah yang diturunkan oleh Allah itu bukan makhluk. di situ aku berjumpa dengan Sufyan At-Thauri.Ahmad.! Aku telah melihatnya sedang berada di hadapan Maha Agung. Athaar (hadis) merupakan sebaik-baik kenderaan. minumlah wahai orang yang tidak merasakan keseronokan di dunia. 40 . "Apa yang telah Allah buat kepadamu?" tanya temannya lagi. maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal. Dia memakai sayap berwarna hijau sedang terbang dari satu pokok ke pokok lain. Sedang fikiran (semata) itu sebagai malam dan hadis itu siang (terangcuaca).." (Az-Zumar: 74) "Kemudian bagaimana pula khabar si Abdul Wahid Al-Waraq?" tanya temannya." Maka aku pun masuk ke dalam sebuah taman. Aku mendengar dia sedang membaca ayat alQuran: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah mewariskan kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki. "Aku telah melihatnya sedang berada di lautan cahaya di atas kenderaan cahaya juga sedang menziarahi Tuhannya Yang Maha Pengampun. Janganlah kamu bencikan hadis dan peminatnya. Dia berkata kepadanya: "Makanlah wahai orang yang tidak makan di dunia." "Lalu bagaimana dengan khabar Bisyr Al-Khafi?" "Aduh.a." Kemudian Dia berkata lagi: Wahai Ahmad! Pergilah ke mana-mana tempat yang engkau suka.” (Imam Ahmad bin Hanbal) Agama Nabi Muhammad s." Hanya sampai sekian mimpi teman Imam Ahmad hingga dia terjaga dari tidurnya “Manusia berkehendak kepada ilmu seumpama ia berkehendak kepada roti dan air.w.. membawa berita. "Allah telah mengampunkan aku dan diberinya aku sepasang kasut yang terbuat dari emas.

Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk. (Syair Imam Ahmad bin Hanbal) 41 . Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.

Ibunya telah berdoa kepada Allah SWT supaya menyembuhkan penglihatan anaknya. Imam Bukhari tidak pernah memakan makanan yang syubhat. Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardazabah al-Jafi al-Bukhari. Oleh itu. Imam Bukhari pernah berkata: ‘Aku dapat menghafal sebanyak seratus ribu hadis sahih dan dua ratus ribu hadis yang tidak sahih.s. Pada suatu malam. Beliau ialah penyusun kitab hadis Sahih Bukhari yang terkenal. 13 Syawal 194 H yang berkat di Bukhara. Munajatnya Di Penghujung Hayat Imam Bukhari dilahirkan pada hari Jumaat.” 42 . Nabi Ibrahim a. ibunya telah bermimpi. apalagi yang haram. Sejak kecil. Biasanya beliau hanya mendengarkan saja hadis-hadis yang dibaca oleh gurunya sementara temsntemanya yang lain sibuk mencatatnya. sedangkan Allah telah mengembalikan kepadanya penglihatannya. Uzbekistan.” Kemudian Imam Bukhari bangun pagi. Ibunya ialah seorang perempuan yang solehah serta doanya yang selalu mustajab. Imam Bukhari telah mengalami penglihatan yang buta. Daya Ingatan Yang Kuat Sejak kecil lagi. beliau telah menghafal ribuan hadis lengkap dengan urutan sanadnya. Dalam usia belum sampai sepuluh tahun. berkata dengannya: “Wahai ibu! Allah telah mengembalikan penglihatan anakmu disebabkan doamu yang banyak.5 Imam Bukhari. beliau telah dikurniakan oleh Allah otak yang sangat cerdas dan daya ingatan yang kuat untuk merakam setiap pelajaran yang diperolehinya.

sesungguhnya masa-masa beliau berdagang ini telah mempunyai hasil yang bermutu tinggi. layanannya dengan ibunya serta keluarga rumahnya dan juga sahabatsahabatnya yang mulia? 43 . Pelayaran-pelayarannya itu bertujuan supaya mencari ilmu ataupun menyampaikan ilmu. salah satu hamba daripada hamba-hambanya mendatanginya. beliau telah berdagang dan belayar selama lebih kurang enam belas tahun. ertinya: “Sesiapa yang berjalan supaya mencari ilmu.w.a. Basrah empat kali. Sifat-sifat dan Peribadinya Sesungguhnya Imam Bukhari lemah lembut orangnya. yang hasilnya dengan izin Allah serta mengumpul manfaat yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. dia terlanggar bekas dakwat yang berada di depannya. sepertimana dilakukan oleh ramai daripada ulama-ulama kita yang terkemuka. kerana menuntut ilmu merupakan satu kewajipan dan menyampaikannya satu amanah pula. Mesir dan Jazirah dua kali. bagaimanakah kamu fikir. Abdullah bin Muhammad As-Sarafi telah berkata mengenainya: “Aku pernah berada bersama dengan Muhammad bin Ismail di rumahnya. aku telah tinggal di Hijaz enam tahun dan tidak terbilang berapa kalikah aku telah memasuki Kufah dan Baghdad dengan para ahli hadis. Dia bertanyakan kepada hamba itu: “Bagaimanakah kamu berjalan?” Hamba itu menjawab: “Jika tidak ada jalan bagaimanakah aku berjalan?” Kemudian dia membentangkan kedua-dua tangannya dengan berkata: “Pergilah. saya membebaskan kamu” Dia ditanya: “Wahai Abdullah! Adakah ia menimbulkan kemarahanmu?” Beliau menjawab: “Aku telah merelakan diri dengan apa yang saya telah lakukan. sedang dia mahu masuk rumah.” Beliau telah banyak menghadapi dugaan serta kesusahan terhadap usahausahanya yang murni ini. sebagaimana beliau bersifat sentiasa puas dengan bahagiannya dan zahirnya selalu tepat dengan batinnya. Beliau telah menceritakan tentang dirinya: “Aku telah memasuki negeri-negeri Syria. amat halus perasaannya. yang telah diriwayatkan oleh Muslim.” Jika halnya seperti ini dengan seorang hamba. nescaya Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Beliau juga amat memahami dan insaf dengan sabda Rasulullah s. baik sifatnya. Tirmizi dan An-Nasai. Abu Daud.Pengembaraannya Imam Bukhari telah banyak belayar dan berpindah-pindah.” Beginilah.

yang beliau timba siang dan malam. beliau amat berbelas kasihan serta amat pemberi dan bermurah hati dalam setiap keadaan. Beliau bukan mempunyai satu keadaan di mana beliau tenggelam timbul di dalamnya. Aku sering melihat al-Bukhari bangun 15 sehingga 20 kali sepanjang malam dengan menyalakan sendiri lampu. dan telah diasah oleh sumber yang amat mulia. Imam Bukhari amat tawadu’ serta amat merendahkan diri kepada saudarasaudaranya. Kemudian dia bangun untuk membaca dan membetulkan hadis kemudian tidur semula.” Sampai Rawi berkata: Beliau makan amat sedikit dan amat bermurah hati dengan para pelajar dan amat pemberi. beliau juga terus mengangkat batu-batu. Sebaik sahaja selesai dia bersembahyang. Muhammad ibn Abi Hatim al-Warraq juga pernah bercerita. sehingga sumber itu menjadi sebagai pendidik kepadanya dan satu cara yang boleh dihayati sepanjang hidupnya. anggota rombongan lain akan tinggal sebilik dan al-Bukhari akan tinggal sendirian di dalam satu tempat. sampai beliau menjadi sebagai ‘hadis’ bergerak dan menjelajah di seluruh pelusuk bumi. Al-Warraq yang melihat keadaan itu menawarkan bantuan tetapi al-Bukhari menjawab: “Kamu masih muda dan aku tidak mahu mengganggu tidurmu.a.” Dari Abu Bakar bin Munir dia menceritakan: “Suatu hari ketika Imam alBukhari sedang bersembahyang. tanpa apa-apa perbezaan atau kelebihan. jika mereka berpergian. memadailah dengan mereka. tebuan menyengatnya di 17 tempat. Al-Waraq berkata: “Semasa Abu Abdullah al-Bukhari sedang membangunkan satu tempat tinggal di luar Bukhara. dia tidak langsung menghentikan solatnya. Beginilah Imam Bukhari yang penuh dengan kecergasan. beliau menganggap dirinya sebagai salah satu daripada kumpulan mereka. keikhlasan dan mencintai kerja-kerjanya. saya telah berkata dengannya: “Wahai Ibnu Abdullah! Tidak payah lagi kamu membuat apa-apa.” Beliau menjawab: “Inilah yang memanfaatkanku.Sesungguhnya beliau merupakan benar-benar seorang manusia yang telah dilengkapkan pendidikanya dengan hadis-hadis Rasulullah s.w. ramai orang datang menolongnya dalam usahanya itu. tetapi beliau mempunyai seluruh keadaan atau sudut kebaikan beserta dengan tahap zuhud yang amat tinggi dan juga sifat wara’ yang amat banyak.” Mengumpulkan Hadis dan Menyusun Sahih Bukhari 44 . dia berkata: “Cuba kamu lihat apa yang menyakitiku dalam solat aku tadi?” Mereka mencarinya dan mendapati tebuan telah menyengatnya di 17 tempat pada tubuhnya.

Imam Bukhari terus naik ke atas kenderaannya lalu pergi meninggalkan orang tersebut tanpa mengambil hadis daripadanya. 45 . Dipilihnya mana-mana yang sahih dan mana-mana yang tidak sahih dengan diukur dengan syaratsyaratnya. Setelah mengembara ke sana ke mari.Sahih Bukhari Imam Bukhari telah mengembara dari tempat kelahirannya ke berbagai negeri untuk belajar dan mengumpulkan hadis.’ jawab ulama itu. “Tidak ada apa-apanya. sekadar agar kuda itu mahu datang sahaja. Suatu hari. beliau segera datang kepadanya untuk mengesahkan hadis tersebut. merentas hutan dan padang pasiir. “Mengapa tuan tidak mahu mengambil hadis daripadanya?” tanya temantemannya. berjalan di atas batu dan rumput yang berduri. sampailah beliau ke rumah ulama tersebut. “Tuan guru. beliau mendengar ada seorang ulama mengetahui suatu hadis. “Aku dapati dia sudah sanggup menipu kudanya. terkumpullah beratus ribu hadis. bagaimana aku akan mengambil hadis daripadanya?” jawab Imam Bukhari. Setelah beliau berjalan lebih lebih kurang dua ratus batu. Di mana ada ulama yang mengetahui suatu hadis. Didapatinya ulama tadi sedang memanggil kudanya dengan menunjukkan satu bekas rumput yang kosong. Beliau telah menempuh jalan yang penuh suka dan duka. Begitulah Imam Bukhari dalam menerima hadis. apa yang ada di dalam bakul itu?” tanya Imam Bukhari.

000 hadis selama 16 tahun. Jika sekiranya gabenor marah kepadaku kerana aku dianggap tidak menghargai kedudukannya sebagai pemimpin.” Al-Firabri. 46 .Selain itu. Imam Bukhari berkata: “Aku susun kitab al-Jami’ ini yang dipilih dari 600. Bayangkan betapa berat tugas yang dikerjakan dan berapa banyak solat yang dikerjakannya. kemudian mengerjakan solat Istikharah dua rakaat meminta petunjuk kepada Allah. bahawa jumlah hadis Sahih Bukhari sebanyak 7275 buah hadis. Setelah bertungkus-lumus selama enam belas tahun. “Tuan imam diminta datang ke istana dengan membawa kitab hadis dan sirah yang tuan susun kerana gabenor ingin mendengarkannya daripada tuan. Dihalau Keluar Dari Bukhara Pada suatu hari seorang utusan dari gabenor Bukhara datang kepada Imam Bukhari membawa pesanan gabenor. beliau terlebih dahulu membersihkan dirinya dengan mandi. termasuk hadis-hadis yang disebutnya berulang kali atau dihitung sebanyak 4000 buah hadis tanpa pengulangan. Perhitungan ini diikuti oleh Imam Nawawi dalam kitabnya. kecuali setelah aku bersembahyang istikharah dua rakaat dan memohon kepada Allah terlebih dahulu dan sesudah itu. dan aku tidak memasukkan ke dalamnya sebuah hadis pun.” Imam Bukhari juga pernah berkata: “Aku tidak memasukkan ke dalam kitab al-Jami’ush Sahih ini kecuali hadis-hadis yang benar-benar sahih dan aku tinggalkan banyak hadis sahih kerana khuatir ia membosankan. sepatutnya beliaulah yang datang ke masjidku atau ke rumahku. Jika gabenor ingin mendengarkan kitab hadis yang aku susun ini. suruhlah beliau melarang aku daripada mengadakan majlis ilmu. barulah Imam Bukhari dapat menyelesaikan sebuah kitab hadis yang bertajuk al-Jami’ush Sahih yang selepas itu dikenali dengan Sahih Bukhari.” kata utusan itu. salah seorang murid Imam Bukhari pernah mendengar Imam Bukhari berkata: “Aku menyusun kitab Al-Jami’ al-Sahih ini di Masjidil Haram.” Ibnu Solah dalam kitabnya Muqaddimah ada menyebutkan. alTaqrib. untuk menuliskan setiap hadis ke dalam kitabnya. barulah aku meyakini bahawa hadis itu sememangnya benar-benar sahih. “Katakan kepada tuan gabenor! Aku sekali-kali tidak akan merendahkan darjat ilmu dan aku tidak mahu membawanya melalui pintu-pintu istana raja.

Antara karya-karyanya ialah: 1.. 6. tetapi tujuannya ialah mengambil dan 47 .“Maka dengan demikian. 3. mengikut kesesuainnya. banyak makna-makna yang telah dibahagi-bahagi dalam bab-bab kitabnya. Karya-karyanya Imam Bukhari telah menulis beberapa kitab-kitab yang berbagai-bagai. Gabenor sangat marah dan Imam Bukhari dihalau keluar dari Bukhara.” kata beliau. fiqahnya. Ramai ulama menganggap beliau sebagai seorang daripada Mujtahidin. Sahih Bukhari Adabul Mufrad al-Jamik al-Kabir al-Musnad al-Kabir al-Qadzaya As-Sahabah Dan lain-lain Kedudukannya Seluruh ulama serta seluruh faqih dan para ahli zuhud yang semasa dengan Imam Bukhari telah mengiktiraf beliau dengan kedudukan ilmunya. di mana beliau telah mengeluarkan dengan kefahamannya. 2. 5. yang telah tersebar ke seluruh timur dan barat bumi ini. dari matan-matan. Beliau berkata: “Jarang sekali terdapat mana-mana nama melainkan ada pada aku suatu kisah mengenainya. Ketahuilah bahawa aku tidak akan mengkhususkan satu golongan tertentu untuk mendengarkan ilmu-ilmu yang ada padaku. aku punya alasan di hadapan Allah kelak bahawa aku tidak menyembunyikan ilmu.” Beliau telah menulis kitabnya yang berjudul al-Qadzaya As-Sahabah ketika beliau berumur 19 tahun sahaja. Maka keluarlah beliau dari Bukhara mencari tempat yang lebih selesa untuk meneruskan perjuangannya di jalan Allah. Tetapi aku tidak suka kitab bertambah tebal. 4. zuhudnya dan lain-lain. Utusan itu pulang ke istana dan menceritakan apa yang telah diucapkan oleh Imam Bukhari. sedangkan golongan lain tidak dapat mendengarkannya. Imam Nawawi berkata: “Bahawa al-Bukhari bukan bertujuan supaya memadai dengan hadis-hadis sahaja.

Diceritakan pula bahawa Imam Bukhari tinggal di rumah seseorang bernama Ghalib bin Jibril. maka oleh itu kembalikanlah nyawaku ini ke hadiratMu. dia seolah-olah diciptakan oleh Allah hanya untuk hadis”. “Aku tidak pernah melihat di bawah lembayung langit ini seseorang yang lebih mengetahui dan lebih kuat hafalannya tentang hadis Rasulullah s.” Muhammad bin Abi Hatim berkata. Lalu mereka menceritakan peristiwa itu kepada ‘Amr. beliau menghabiskan malam-malamnya untuk bertahajud kepada Allah tidak kira di mana tempatnya. “Aku mendengar Abu Abdillah (Imam Bukhari) berkata: “Sahabat ‘Amr bin ‘Ali al-Fallas pernah meminta penjelasan kepadaku tentang status (kedudukan) sebuah hadis. Suatu malam. Imam Bukhari pergi ke Samarkand untuk menziarahi saudara-maranya yang tinggal di sana dan menginap sehingga beberapa malam.a. “Aku melihat Abu Ammar al-Husein bin Harits memuji Abu Abdillah al-Bukhari. saudara-maranya mendengar beliau berdoa selepas solat malamnya: “Wahai Allah.w. Mereka jadi gembira dengan sebab mendengar ucapanku dan mereka segera bergerak menuju kepada ‘Amr. Munajatnya Di Penghujung Hayat dan Kuburnya Berwangi Misk Diceritakan bahawa pada suatu hari. “Hadis yang status (kedudukannya) tidak diketahui oleh Muhammad bin Ismail bukanlah hadis”. Setelah beberapa hari Imam Bukhari tinggal di 48 . supaya diatur dalam bab yang tertentu yang beliau mahukan. “Aku tidak pernah melihat orang seperti dia. Aku katakan kepada mereka. Sebagaimana kebiasaannya.” Tidak sampai sebulan selepas mengucapkan doa tersebut. kiranya dunia yang luas ini telah sempit bagiku. lalu beliau berkata.” Pujian Para Ulama Kepadanya Muhammad bin Abi Hatim berkata. beliau telah dipanggil oleh Allah SWT untuk menghadap ke hadiratNya. “Aku mendengar Ibrahim bin Khalid AlMarwazi menceritakan. Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah berkata. ‘Amr berkata kepada mereka. “Aku tidak mengetahui status (kedudukan) hadis tersebut”.mengeluarkan dalil-dalil darinya. daripada Muhammad bin Ismail (al-Bukhari).

Beliau terus berbaring sambil terus-menerus berzikir dan berdoa kepada Allah. esoknya. bertanya kepadaku. baru saja berjalan lebih kurang dua puluh langkah.a. “Aduh. kembalikan saja aku ke rumah itu.a. Mereka pun berpatah balik dan mengembalikan Imam Bukhari ke rumah yang didiami sebelumnya.rumah tersebut. selepas satu kehidupan yang penuh dengan berbagai usaha yang mulia serta murni Ghalib bin Jibril berkata: “Kami telah menunaikan pesanannya. “Engkau hendak menuju ke mana?” Aku menjawab: “Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail al-Bukhari”. Sejurus itu terdapat bau yang amat wangi seperti ‘Misk’ terbesar dari tanah perkuburannya dan ia berterusan beberapa hari. “Sampaikan salamku kepadanya!” Beginilah keadaan akhir kehidupan seorang pendiri yang kuat kepada ilmu hadis. Beliau tidak langsung mempunyai masa melainkan beliau gunakannya dalam amal-amal yang soleh. barulah kami memasukkannya ke dalam liang lahad.a. alim terkemuka di berbagai bidang.” Baginda s. aku sudah tidak kuat lagi melangkah. tiba-tiba badannya sudah lemah dan tidak kuat lagi melangkah. Alim yang bijaksana. Peluh bercucuran di sekujur tubuhnya.” Tidak lama selepas itu. 49 .w. yang telah menghabiskan berpuluh-puluh tahun bermunajat dengan Rasulullah s.w. tiba-tiba beliau jatuh sakit yang setiap hari bertambah parah. berkata.” Kata beliau. Imam Bukhari tidak keberatan dan menerima pelawaan mereka. beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Hari Raya Aidilfitri. sehingga dipanggil secara mengejut menemui Tuhannya. di dalam tidurku.w. Beliau dikebumikan selepas zohor. Maka datanglah saudara-maranya dari Samarkand meminta agar beliau sudi tinggal bersamanya di sana. Maka dengan dipapah. Tidak banyak yang diucapkan pada saat-saat akhir tersebut kecuali beliau hanya berkata: “Kafanilah aku dengan tiga helai kain tanpa baju dan serban.. Baginda s. Ghalib bin Jibril sendiri yang memegang tangan beliau sewaktu berjalan. ketika berusia 62 tahun. sudah mengafaninya. beliau keluar dari rumah Ghalib untuk pergi ke Samarkand.a. kemudian menyolatkannya.” Al-Firabri berkata: “Aku bermimpi melihat Nabi s. tahun 256 H/870 M. Akan tetapi.w.

maghfirah dan muthmainnah.Munajat Seorang Hamba Di kala malam yang sunyi sepi sedang bani insan tenggelam dalam tidur dan mimpi musafir yang malang ini tersentak bangun pergi membasuh diri untuk datang mengadapMu Tuhan. Dan Muhammad RasulMu yang mulia itu pernah menagatakan: ”Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan. (Puisi dan rintihan Imam Bukhari) 50 . Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan Kau berjanji menerima pengaduanku Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan dan sudi memberi keampunan. Lemah lutut berdiri di hadapanMu sedu-sedan tangisku keharuan hamba yang lemah serta hina ini Engkau terima jua mendekati bersimpuh dibawah duli Kebesaran. Tuhan hamba tidak tahu pasti bagaimana penerimaanmu dikala mendengar pengaduan hamba yang penuh dosa dan noda ini.” Hamba percaya pada tutur kepastian itu Sebab itu hamba datang wahai Tuhan bukan tidak redha dengan ujian cuma hendak mengadu padaMu tempat hamba kembali nanti memohon sakinah.

Dan kali terakhir pemergiannya ke Baghdad ialah pada tahun dua ratus lima puluh sembilan.6 Imam Muslim. mengikut jejak langkah serta mempunyai banyak kesan dari gurunya Imam Bukhari. Beliau telah mendapat banyak faedah dari penduduk-penduduknya. Terlalu Banyak Makan Kurma Imam Muslim ialah salah seorang ulama hadis besar yang enam yang memiliki kitab musnad hadis. Bahkan lebih dari itu. sebab itulah kita telah mendapatinya. Beliau belayar melintasi padang-padang pasir dan menyeberangi lautan. Beliau telah pergi ke Baghdad lebih dari sekali. Dan bila masa Imam Bukhari telah datang ke Naisabur. Beliau berasal dari keturunan Bani Qusyair salah sebuah kabilah Arab. Pengembaraan dan Kesukaannya Kepada Ilmu Imam kita ini amat suka kepada ilmu dan amat menggemari bersua muka dengan ulama-ulama. pada masa itulah Imam Muslim banyak menghubunginya serta mengakui kelebihannya. Hal ini amat jelas dalam sahihnya. Pada akhirnya. Beliau belayar ke Hijaz. bila masa Imam Bukhari telah tinggal di Naisabur. Imam Muslim dilahirkan pada tahun 206H/820M yang berkat di Nisabur. Mesir dan Syria. Nama sebenarnya Abu Husain Muslim bin Hajjaj bin Muslim. Imam Muslim terus berdamping dengannya. 51 . Iraq. Segala tujuannya ialah menjumpai ulama-ulama terkenal pada masanya dan para cerdik pandai sezaman dengannya dan juga mereka yang bijaksana yang sewaktu dengannya.

Kemegahannya Imam Muslim. bagi mengikut perintah Allah serta mencapai keredhaanNya. tujuan yang diperlukan dan dikehendaki ialah hanya kebenaran. Kerana itulah. ”Jika seluruh penghuni bumi ini menulis hadis selama dua ratus tahun. peringatannya cukup tajam dan kukuh kajiannya dalam riwayat hadis. Ini semua telah melayakkannya menduduki tempat yang amat tinggi serta kedudukan amat mulia dan juga mencapai tahap amat istimewa dalam bidang tersebut. walaupun beliau berguru dengannya. Beginilah imam kita. Beliau bermegah dengan perasaan syukur.Tetapi. Imam Muslim berkata. pada masa dahulu amat bermegah dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya dari nikmat ilmu serta telah diberi hidayah bagi mencapai segala apa yang beliau telah usahakan. Said bin Mansur dan ramai lagi. beliau begit menjaga dan meneliti. Keadaan sedemikian telah menjadikannya sebagai orang yang amat menguasai serta menunjukkan kebolehan dalam bidang ini. bagi memberikan pendapat serta kritikan mereka mengenainya. memuji sahihnya. Sifatnya Merendahkan Diri Beliau amat suka menonjolkan kebenaran walau melalui orang lain. iaitu pada tahun 218H. pasti huraian mereka berdasarkan sanad ini. segala apa yang diisyaratkan. Ibnu Mahran. Ketika beliau mula mendengar hadis dari umur amat muda sangat. Sesungguhnya ini tidak syak lagi. kemungkinan besar kerana beliau merasa memadailah dengan apa yang telah dikarang oleh gurunya. beliau tidak meriwayatkan dari riwayat-riwayatnya. ”Saya telah menunjukkan kitab saya ini kepada Abu Zara’ah Ar-Razi. Abdullah bin Salamah. Beliau pernah berkata. bahawa ia mempunyai 52 . Dan dialah yang berkata: ”Saya tidak pernah meletakkan sesuatu melainkan dengan hujah atau meninggalkan sesuatu melainkan dangan hujah pula”. kita mendapaiti dengan sepenuh tawadhuk serta akhlak yang amat mulia menunjukkan kitabnya kepada para hafiz yang dipercayai semasa dengannya. Ialah pemberian yang tidak terhad mengenai hadis-hadis. Dan sesungguhnya pelayaran-pelayarannya itu telah memudahkan kepadanya penemuan-penemuannya dengan bilangan besar dari ulamaulama terkemuka dan bijaksana seperti Imam Ahmad bin Hanbal. Sememangnya Imam Muslim amat meminati ilmu hadis dari kecil lagi. Ibnu Rahawaih. amat meminati ilmu dan beginilah hasil-hasil ilmiahnya.

Sebenarnya Imam Muslim. Murid-Muridnya Sesungguhnya kita tidak berupaya dengan mudah dan senang. menyebut mereka yang telah memuji Imam Muslim dengan tepat atau mengagungkannya. Mengenai hal sedemikian al-Khatib alBaghdadi berkata:: ”Sesungguhnya Imam Muslim telah mengikut jejak langkah Imam Bukhari. meneliti dan juga dia mempunyai pandangan mengkaji serta menyelidik. Dengan ini. Imam Bukhari dan Imam Muslim. beliau telah mencapai dua belas ribu hadis sahih. beliau telah tamat penulisannya dalam tempoh masa lima belas tahun. ”Saya telah membentukkan kitab hadis ini. bukan setiap apa yang saya telah dapati sahih. mereka menggabungkan kedua-dua imam ini seperti seorang yang ssdang sembahyang dan orang yang mengikut dengannya secara langsung. bila mereka membandingan di antara kedua-dua omam yang mulia ini. mengkaji ilmunya dan mencontohinya.sesuatu kelemahan yang telah meninggalkannya dan segala apa yang beliau kata ialah sesungguhnya beliau adalah sahih dan tidak mempunyai apa kelemahan yang terbit darinya. tetapi beliau hanya meletakkan hadis-hadis yang telah mencapai tahap ijmak mengikut ilmu dan penguasaannya. apa yang telah dikatakan oleh sebilangan orang. Dengan ini. mungkin sudah memadai dengan mengetahui. dia tidak meletakkan kesemua hadis sahih dalam kitabnya Sahih Muslim. Kedudukannya Sesungguhnya amat molek. Kerana itu kita dapatinya berkata. bahawa Imam Muslim telah mempunyai murid-murid yang 53 . dari tiga rauts ribu hadis yang telah didengar”. Beginilah keadaan Imam Muslim dan sifatnya dari hal menjaga. Mereka berkata: ”Walaupun Imam Bukhari lebih terkemuka dalam bidang hadis sahih serta ilmu mengenai riwayat hadis dan penguasaan serta luasnya daya menghafal. Imam Muslim berkata lagi. dialah orang yang sedang sembahyang dan dialah orang yang mengikutinya dalam ilmu. fadilat dan kedudukan”.” Dan dengan segala kajian serta penapisan itu. ”Bagi saya. saya hanya telah memuatkan apa yang telah mencapai darjat ijmak”. Keadaan ini tidak langsung menghairankan kerana Imam Muslim adalah muridnya dan juga lepasannya.

Imam Muslim telah mengarang berbagai-bagai kitab serta penulisan-penulisan yang lain yang telah tersebar dikalangan orang-orang seperti tersebarnya angin di tempat yang terbuka. Ibnu Mubarak dan ramai lagi yang lainnya. Di samping ia juga merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan dipercayai selepas Kitabullah dan yang telah diterima oleh umat Islam dengan sebaik-baiknya. walau mereka menghabiskan seluruh umur muda mereka. Terdapat satu riwayat dari Ahmad Ibnu Salamah. tanpa apa-apa halangan. Sualat Ahmad Ibnu Hanbal 6. Yahya Ibnu Said. supaya ia sampai ke hati serta akal para pembacanya. Beginilah keadaan murid-muridnya dengannya. Di antara mereka yang bijaksana ialah Imam At-Tirmizi. sejauhmana kemuliaan akhlak guru ini. bahawa dia telah menulis dengan Imam Muslim semasa beliau mengarang Sahihnya. sifat tolak ansurnyadan sifatnya yang amat mulia. Al-Musnad al-Kabir 2. Dan juga karangannya As-Sahih telah diatur dan disusun dengan paling rapi dan teratur. Mari kita lihat bagaimanakah keikhlasan murid-muridnya dengannya dan bagaimanakah mereka selalu menolongnya. kebajikan serta berkat. Antara karya-karyanya itu ialah: 1. Beliau telah melakukannya dengan 54 . Isi kitab-kitab itu telah bercampur gaul dalam jiwa mereka seperti tercampurnya air dalam segala yang hidup. At-Tamnyiz 4. sentiasa menjaga serta berusaha bagi mencapai keredhaannya semata-mata kerana Allah bagi mencapai kebenaran serta mendapat ilmu. Al-Ifrad 5. iaitu salah seorang daripada murid-muridnya yang paling berwibawa. selama lima belas tahun iaitu sebanyak dua belas ribu hadis. Hal ini dengan jelasnya menunjukkan. Ibnu Khuzaimah. Lain-lain lagi Keistimewaan Sahih Muslim Imam kita Muslim telah melakukan satu cara yang tunggal serta mat istimewa dalam penulisan Sahihnya. ketinggian ilmunya.telah menjadi di antara ulama-ulama terkemuka pada masa mereka dan telah memenuhkan seluruh dunia dengan ilmu. Karya-Karyanya Selain karyanya yang terkenal iaitu Sahih Muslim. Al-Asma’ Wal Kunni 3.

beliau mencapai sebiji kurma lalu dimakannya. pasti disebut dan diulang hadis itu yang mempunyai apa-apa tambahan atau sanad yang dibawakan di sebelah sanad lain.” kata Imam Muslim kepada keluarganya. Pada siang harinya. Terlalu Banyak Makan Kurma Al-Khatib menceritakan sebab kematian Imam Muslim. bahawa penulisnya telah mengikut satu metodologi yang baik. Mulailah beliau menyemak catatan-catatan hadisnya. beliau sakit perut yang membawa ada ajalnya. Dia juga tidak memutus-memutuskan dalam berbagai-bagai penjelasan.satu metodologi yang lain dari metodologi Imam Bukhari dalam Sahihnya. Beliau balik debgan tekad untuk membongkar lagi catatan-catatan hadisnya. iaitu dia telah mengumpul matan-matan kesemuanya dengan riwayatnya dalam satu tempat. ”Sesiapa pun tidak boleh masuk menjumpaiku pada malam ini. sesuai dengan segala jihadnya. 25 Rejab 261H/875M. Akibatnya. tapi beliau tidak mengetahui akan hadis tersebut. Sesampainya di rumah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Sesungguhnya Sahih Muslim telah mempunyai keistimewaan. dengan suatu sebab. 55 . seseorang telah menghadiahkan sebakul kurma kepada beliau. Suatu hari Imam Muslim mengadiri majlis muzakarah bersama para ilmuan yang terutamanya membahaskan ilmu hadis. bagi membuahkan ilmu yang dia telah tinggalkan. lalu mencapai sebiji kurma dan memakannya setelaj satu hadis yang dibacanya selesai. dia juga tidak mengulangulangnya kecuali dalam sesuatu keadaan yang tidak boleh tidak. Apabila selesai membaca satu hadis. Kemudian membaca satu hadis lagi. beliau terus masuk ke dalam biliknya dan menyalakan lampu. tanpa ditaburkan dalam bab-bab. Maka pada hari Ahad malam Isnin. Sesungguhnya ini adalah satu keistimewaan serta kelebihan Imam Muslim dari ulama-ulama yang sebelumnya dari hal penulisan Sahihnya. sepertimana telah dilakukan oleh Imam Bukhari. Beliau telah menjangkau umur 53 tahun sahaja. manfaat yang dia telah menghulurkannya serta jihad dan kesabarannya. Maka kurma itu pun di bawa masuk ke dalam biliknya. imam besar itu wafat dan dikebumikan pada esok harinya. Salah seorang di antara peserta muzakarah bertanya satu adis kepada Imam Muslim. Demikianlah seterusnya sehingga pagi dan tanpa disedarinya dan satu bakul kurma telah habis dimakannya.

tidak terhenti-henti. Usaha-usahanya Mencari Ilmu Imam Abu Daud sejak kecil lagi amat berminat dengan ilmu pengetahuan. Akhlaknya Menyerupai Imam Ahmad bin Hanbal Imam Abu Daud ialah salah seorang di antara ulama hadis yang enam.7 Imam Abu Daud. Hal sedemikian telah menolongnya mengetahui bilangan yang amat banyak dari hadis-hadis serta mengkaji dan menghalusinya. Iraq. Beliau sudah menjelajah ke seluruh negara dan mendengar dari ramai orang-orang di Hijaz. Nama sebenarnya ialah Sulaiman bin Al-Asya’ath bin Ishak bin Basyir bin Syadad bin Yahya bin Imran Abu Daud As-Sijistani. Imam Abu Daud telah telah menjelajah bagi mencapai tujuan dan kehendak yang amat murni. Beliau amat suka dan inginkan menjelajah. Mesir. seorang hafiz yang wara’ dan banyak ibadahnya. Beliau selalu berhijrah dari negeri bagi menambahkan ilmu pengetahuan atau mempastikan sesuatu hakikat. berpindahpindah dari tempat ke tempat yang lain bagi mencari ilmu. Syria. Imam Abu Daud dilahirkan pada tahun 202 Hijrah. beliau juga amat gemar duduk bersama para ulama serta berbincang dengan ahli ilmu. Khurasan dan lain-lain. 56 . Dengan ini. kemudian memasukkan isinya dalam kitabnya Sunan Abu Daud.

Beliau sentiasa menjelajah dari negara ke negara sedangkan pada masa itu, berpindah dari tempat ke tempat merupakan satu perkara yang amat rumit dan susah, memandangkan pelayaran menggunakan binatang-binatang, keadaannya hampir-hampir seperti berjalan kaki. Begitulah ulama-ulama kita yang terkemuka dan berwibawa, sentiasa berusaha dengan menunggang binatang melintasi padang-padang pasir bagi mencari ilmu, atau mempastikan satu hakikat ilmu pengetahuan. Di manakah usaha kita, berbanding dengan mereka itu? Kebanggaannya Pada hakikatnya, Imam Abu Daud sendiri menghargai dirinya sendiri. Beliau berbangga diri tanpa sifat bongkak atau besar hati ke atas segala penat lelahnya, serta pemberiannya dalam kitabnya yang terpuji, sehingga beliau berkata: “Aku tidak mengetahui selain al-Quran masih ada kitab yang lebih layak untuk dipelajari oleh orang ramai selain dari kitabku ini, iaitu Sunan Abu Daud. Di samping itu semua, ada dikatakan bahawa beliau bermazhab Hanbali. Ada juga dikatakan bahawa beliau bermazhab Syafie pula. Tetapi apa yang jelas bagi kita ialah bahawasanya beliau ialah seorang mujtahid seperti yang sudah jelas di dalam sunannya. Kemasyhurannya Imam Abu Daud yang mulia ini boleh dianggap salah satu yang termasyhur di antara mereka yang terkemuka daripada penulis-penulis pada masa tercatatnya ‘As-Sunnah al-Mutaharah’ pada kurun ketiga Hijrah. Dan di antara mereka ialah Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam An-Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Jarir AtTabari. Di samping itu, Imam Abu Daud mempunyai murid-murid yang terkemuka dan pengikut-pengikut yang mengasihinya, yang telah mengambil darinya hadis. Antara mereka ialah Imam Tirmizi, Imam An-Nasai, Abu Uwanah dan lain-lain. Kasih Sayang Orang Terhadapnya Sesungguhnya para ulama serta seluruh orang yang semasa dengan Abu Daud amat menghargainya dan sentiasa menyebutnya dengan segala kepujian di setiap tempat serta bermurid dengannya di mana sahaja.

57

Bahkan terdapat di antara mereka yang berlebih-lebihan (melampau) dalam usahanya bagi menunjukkan penghargaan itu kepadanya. Mereka meminta Imam Abu Daud sesuatu, seakan-akan beliau bergurau senda yang bercampur dengan keanehan. Beliau telah didatangi oleh Sahl bin Abdullah At-Tustari, seorang ulama kenamaan yang juga terkenal kerana kesufiannya untuk menziarahi beliau. Imam Abu Daud menerimanya dengan baik dan mempersilakannya duduk. Kemudian Sahl berkata: “Wahai Abu Daud, saya memerlukan satu hajat daripada kamu!” Imam Abu Daud bertanyakan: “Apakah hajat itu? Sahl menjawab: “Saya tidak akan menyebutnya melainkan tuan imam kata: “Saya akan tunaikan mengikut kemampuan.” Imam Abu Daud berkata sedemikian. Terus Sahl meminta: “Keluarkanlah lidahmu yang telah melaluinya, tuan telah meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. supaya aku boleh menciumnya. Imam Abu Daud mengeluarkan lidahnya dan Sahl terus menciumnya. Di samping itu, banyak yang dikatakan mengenainya dari kepujian kepada kerja-kerja serta usaha-usahanya yang agung dan sifat-sifatnya yang mulia. Musa bin Harun berkata: “Kehadiran Imam Abu Daud ke dunia ialah untuk hadis dan di akhirat nanti ialah untuk syurga.” Syeikh Ibrahim Al-Harbi berkata: “Hadis dilembutkan terhadap Abu Daud sebagaimana dilembutkannya besi di hadapan Nabi Daud a.s.. Bahkan sebilangan mereka telah memujinya lebih lagi, sehingga Abu Bakar al-Khalal telah berkata mengenainya: “Abu Daud yang merupakan imam terkemuka pada zamannya ialah seorang lelaki yang tidak pernah didahului oleh sesiapa di zamannya dalam bidang ilmu mengeluarkan hadis-hadis, mengenalinya serta martabatnya.” Kepujian Terhadap Sunan Abu Daud Imam Abu Daud boleh dianggap imam yang ketiga daripada enam imam hadiss. Beliau telah mengarang kitabnya, Sunan Abu Daud di Baghdad dan membentangkannya kepada gurunya, Imam Ahmad bin Hanbal yang memujinya serta menerimanya dengan baik.

58

Di samping itu daripada ulama yang semasa dengannya telahpun mencurahkan ke atasnya kepujian-kepujian mereka. Abu Sulaiman alKhattabi berkata: “Ketahuilah, moga-moga Allah melimpahkan rahmat ke atasmu, bahawa kitab As-Sunan oleh Abu Daud ialah kitab yang amat mulia, tidak pernah ditulis di mana-mana kitab mengenai ilmu agama yang sepertinya.” Imam al-Ghazali juga telah berkata mengenainya: “Kiranya cukup bagi seseorang mujtahid menelaah kitab tersebut (Sunan Abu Daud) untuk mengetahui hadis-hadis Nabi.”. Di Antara Keanehan-keanehannya Sesungguhnya Imam Abu Daud yang mulia ini, akhlaknya hampir sama dengan gurunya yang terkemuka, Imam Ahmad bin Hanbal. Jadi beliau banyak beribadah, amat pemalu dan amat menjauhkan diri dari syubhat. Beliau juga amat soleh dan bersifat wara’. Kehidupan dan keadaan Imam Abu Daud banyak menyerupai gurunya tersebut. Sehingga ada yang mengatakan: “Ibnu Mas’ud iras-iras dengan Nabi s.a.w. dalam gerak geri dan keadaan tubuhnya, Alqamah menyerupai Ibnu Mas’ud, Ibrahim menyerupai Alqamah, Mansur menyerupai Ibrahim, Sufyan menyerupai Mansur, Waki’ menyerupai Sufyan. Adapun Imam Ahmad bin Hanbal menyerupai Waki’ sedang Abu Daud menyerupai Imam Ahmad bin Hanbal.” Begitu juga beliau mempunyai keanehan dalam sebahagian tindak tanduk lahirnya, beliau tidak begitu mengambil perhatian mengenai pakaiannya, walau ia dikritik atau dikata oleh sesiapa. Tetapi beliau bertindak dan melakukan apa saja yang beliau merasa sesuai atau suka, tetapi ia tidak melampaui sempadan yang diperlukan. Sebagai contoh, beliau mempunyai hikmah serta falsafah dalam bentuk pakaiannya. Bahawa pada masa dahulu, beliau mempunyai satu lengan luas dan satu lengan sempit, kemudian beliau ditanya sebab perbuatannya itu. Beliau menjawab: “Yang luas supaya membawa kitab-kitab, yang sempit pula tidak diperlukan. Jadi jika diluaskan juga, ia merupakan satu perbuatan membazir.” Wafatnya Imam Abu Daud wafat pada hari Jumaat, 16 Syawal 275 H/889 M di Basrah dalam usia 73 tahun selepas beliau memenuhkan seluruh masanya dengan

59

ilmu yang mencurah ke atas kita, tidak mengenal penat lelah dan mendiamkan diri. Semoga Allah mencucuri rahmatNya serta melimpahkan keredhaanNya sejajar dengan segala usaha yang beliau telah lakukan.

60

8 Ibnu Sirin, Ulama Tafsir Mimpi Terkenal

Ibnu Sirin dilahirkan pada abad ke-8 di Basrah, Iraq. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Sirin dan terkenal dengan panggilan Ibnu Sirin. Beliau ialah seorang ulama tafsir mimpi terkenal pada masanya. Guru-gurunya Guru-guru Ibnu Sirin kebanyakannya dari kalangan sahabat Nabi s.a.w.. Di antaranya Abu Hurairah, Abu Said al-Khudri, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik. Peribadinya Ibnu Sirin ialah seorang yang warak dan abid, menangis di malam hari dan berjuang di siang hari. Kebiasaannya beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Sesuatu yang patut ditiru daripada Ibnu Sirin ialah beliau tidak pernah menyebut tentang seseorang, kecuali kebaikannya saja. Jika ada orang bercakap tentang keburukan seseorang di hadapannya, beliau akan menceritakan kebaikan orang yang sama beliau ketahui. Ibnu Sirin sangat takut kepada Allah, sehingga apabila beliau teringat akan mati, maka setiap anggotanya menjadi kaku dan mukanya menjadi pucat. Jika ada orang bertanya mengenai tafsir mimpi, beliau akan berkata kepada Allah di waktu jaga, maka mimpimu tidak akan mempermain-mainkan engkau.”

61

Apabila ditanya. mengapa mesti makan terlebih dahulu?” Tanya seseorang. aku berkasut. beliau dating tapi tidak mahu makan.” jawabnya. beliau menjawab: “Kerana pada masa-masa seperti sekarang inilah manusia lupa kepada Allah. Lelaki itu membuka kasutnya dan ternyata di bawah tapak kakinya ada wang dinar bertulis ‘Muhammadurrasulullah.a..Ibnu Sirin masuk pasar pada waktu tengahari.” jawabnya. “Tuan akan menghadiri undangan makan.” “Apakah engkau tidur dengan memakai kasut?” “Ya. Dengan terburu-buru dan perasaan cemas seorang lelaki datang kepada Ibnu Sirin dan berkata: “Malam tadi aku bermimpi meletakkan kakiku di wajah Rasulullah s. aku bermimpi seolah-olah janggutku menjadi panjang dan aku melihatnya. ketika orang ramai sedang asyik berurus niaga dan membeli belah. Tafsir-tafsir Mimpinya Kepakaran Ibnu Sirin yang terkenal ialah dalam menafsirkan mimpi.” Katanya kepada keluarganya. “Aku tidak ingin membawa laparku pada hidangan dan makanan mereka. “Bawa ke sini makanan dan minuman.” Seorang lelaki datang dan berkata: “Wahai syeikh.w. beliau dating. beliau bertakbir dan bertasbih banyak-banyak dengan suara yang kuat. Lalu beliau makan seperlunya. Apa maksudnya?” 62 . Akan tetapi sebelum berangkat ke walimah beliau akan masuk terlebih dahulu ke rumahnya untuk makan. Tiada seseorang yang dating kepada beliau mengadukan mimpinya. melainkan beliau menerangkan tafsirannya.” Makan Sebelum Kenduri Ibnu Aun menceritakan Ibnu Sirin tidak mahu makan di tempat orang lain. Jika beliau diundang pada walimah atau kenduri lainnya. Diceritakan pula bahawa apabila beliau mendapat jemputan untuk menghadiri kenduri kahwin. Di tengah-tengah pasar itu. “Sila buka kedua-dua kasutmu dan tengok apa yang ada di dalamnya.

“Apakah engkau seorang tukang azan?” tanya Ibnu Sirin.” jawab Ibnu Sirin. sesungguhnya engkau ini ialah seorang saksi palsu.” jawab Ibnu Sirin. 63 . Karyanya Tafsir al-Alam Antara karyanya terkenal ialah ‘Tafsir al-Alam’ yang membincangkan tentang tafsir-tafsir mimpi. “Wahai syeikh. aku masukkan ke dalam baju lalu kujualnya di pasar. “Bertakwalah kepada Allah. aku bermimpi seolah-olah janggutku menjadi sangat panjang sehingga aku memotongnya.” “Bertakwalah kepada Allah.” Kata Ibnu Sirin.” kata seseorang. Wafatnya Ibnu Sirin wafat pada tahun 109 Hijrah.” jawab lelaki itu. engkau makan hasil tanganmu. jangan mengintai-intai rumah jiranmu. “Ya. aku telah bermimipi seolah-olah aku makan jari-jari tanganku sendiri. Pada masa yang lain seorang lelaki datang kepada beliau dan berkata: “Wahai syeikh. “Oh.

Ayahnya seorang pegawai pada masa Khalid bin Abdillah Al-Qasri. Jangan tertipu dengan pujian orang-orang yang menyanjungmu dengan pujian yang Allah mengetahui. maka kejarlah kebaikan. Dia dikenal dengan panggilan Abu Muhammad. supaya engkau termasuk orang-orang yang mengejarnya. Menuntut Ilmu Dengan Ulama Ketika ia meningkat usia 15 tahun. melarikan diri sampai ke kota Makkah dan akhirnya memutuskan menetap disana. Nikmati kesendirian daripada bergaul dengan kawan-kawan yang buruk. bahawa keadaanmu berlawanan dengan itu. Uyainah. Sufyan bin Uyainah bin Abi Imran al-Kufi. Dan tidak akan ada orang yang berbahagia bersama dengan ulama. 64 .9 Sufyan Bin Uyainah. Tatkala Khalid diberhentikan dari jabatan Gabenor Iraq dan digantikan oleh Yusuf bin Umar at-Tsaqafi. ayah Sufyan. pejabat baru ini mencari-cari para pekerja pada masa pemerintahan Khalid. ayahnya memanggilnya. tidak ada orang yang berkata baik kepada orang lain tatkala ia sedang senang. Kunikahi Dia Kerana Agamanya Ulama tabiut tabiin ini dilahirkan pada tahun 107H pada pertengahan Syawal. kecuali orang-orang yang mentaati mereka”. sehingga mereka berlarian untuk menyembunguikan diri. kecuali ia akan berkata kejelekan kepadanya serupa ketika ia sedang dilanda amarah. seraya berpesan: “Wahai Sufyan! Masa kanak-kanak sudah lepas darimu. Nasab lengkapnya. Sebab. Jangan engkau alihkan prsangka baikku kepadamu kepada prasangka lain.

Sulaiman at Taimi. maka aku menghampirinya”. Barangsiapa 65 . Menjadi Sumber Rujukan Tentang kekuatan hafalannya. betul wahai Abu Muhammad”. Barangsiapa mengerjakan sesuatu lantaran dorongan harta. dan aku melihat-lihat halaqah-halaqah (majlis ilmu) yang ada. kecuali sudah aku hafal sebelum aku menuliskannya. aku menjadikan pesan ayah sebagai arah kompasku. Tepatnya pada tahun 119H. ’Amr bin Dinas. Humaid ath Thawil. Salah satu yang menunjukkan keberuntungannya. luas ilmunya dan mendalam. Misalnya. az Zuhri. ulama besar ini telah menyibukkan diri pada pendalaman ilmu agama. al A’masy. ia berkata. tidak menyimpang darinya”. nescaya akan diuji dengan kehinaan. sebanyak 80 ulama besar dari kalangan tabi’in sempat ia jumpai. Abu Muhammad (yang dimaksud adalah Sufyan). Ibnu Uyainah mengisahkan tentang dirinya: ”Aku keluar menuju masjid. Ia menjadi sumber rujukan dalam berbagai permasalahan dan tempat curahan isi hati. Sufyan lalu berpesan: ”Barang siapa pergi kerana mencari kehormatan. ada seorang lelaki mendatangi Sufyan dengan berkata : ’Wahai . ”Aku tidak pernah menulis sesuatu. keadaan itu muncul kerana engkau menikahainya untuk meraih kehormatan?” Lelaki itu pun mengakuinya: ”Ya. nescaya akan diuji dengan kefakiran.Mendengar nasihat ayahnya ini Sufyan berkata dalam hati : ”Sejak itu. berjalan bersamanya. telah membentuk dirinya menjadi peribadi yang teguh. Sejak usia dini. berkat pergaulannya dengan ulama-ulama besar. Muhammad bin al Munkadir. Begitulah yang ia jalani. Maka Sufyan menggeleng-gelengkan kepala hairan dan kemudian berujar: ”Mungkin. Aku menjadi lelaki yang paling hina dan rendah dimatanya”. Yahya bin Yahya an Naisaburi menceritakan: ”Suatu hari. Dia menceritakan: ”Aku duduk di majlis ilmu Ibnu Syihab dalam usia enam belas tahun tiga bulan”. Bila aku lihat ada kumpulan ulama dan orang-orang tua. Aku ingin mengadukan kepadamu tentang keadaan isteriku.” Tak sia-sia.

nescaya Allah akan menghimpun kehormatan dan harta bersama agamanya”. Maka ia menikahi wanita yang lebih kaya dari dirinya. Sufyan mulai berkisah: ”Kami adalah empat bersaudara. Sedangkan Imran. Ibrahim. dan aku sendiri. Aku pun berdiskusi dengannya. Ia mengingatkanku dengan hadis Yahya bin Ja’daj dan hadits Aisyah. ia menginginkan kemuliaan nasab. Keluarga wanita mengambil seluruh yang dimilikinya. Tidak sedikit untaian hikmah dari Sufyan yang mencerminkan kedekatannya dengan Al-Khaliq. Kemudian Allah mengujinya dengan kehinaan. aku memutuskan untuk memilih bagi diriku (wanita yang) memiliki din dan beban yang ringan untuk mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu alahi wa sallam. Sedangkan hadis Aisyah. Aku ceritakan kepadanya peristiwa yang menimpa para saudaraku.bergerak kerana dorongan agama. Maka ia menikahi wanita yang lebih tinggi kedudukannya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Carilah wanita yang beragama. Muhammad adalah abang sulung. Imran anak bungsu. Muhammad. Imran. Allah kemudian mengujinya dengan kemiskinan. Sedangkan aku berada di tengah-tengah. Allah menghimpunkan bagiku kehormatan dan limpahan harta dengan sebab agamanya”. nescaya kamu akan beruntung”. Nabi shallallahu alaIhi wa sallam bersabda : Wanita yang paling besar berkahnya adalah wanita yang paling ringan beban pembiayaannya” Maka. Itulah salah satu hikmah yang muncul dari lisannya. tidak menyisakan sedikitpun. Aku pun merenungkan nasib keduanya. Kata-Kata Hikmahya 66 . keturunannya. Hadis Yahya bin Ja’dah yang dimaksud. kecantikannya dan agamanya. Kunikahi Dia Kerana Agamanya Berikutnya. Tatkala Muhammad ingin menikah. (saat menikah) ingin mendapatkan harta. iaitu sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam: ”Wanita dinikahi kerana empat perkara: Kerana hartanya. Sampai akhirnya Ma’mar bin Rasyid datang menghampiriku..

Apabila penganut Islam meninggalkan jihad. Menurut kami. maka mereka menjadi manusia-manusia bodoh. Sufyan bin Uyainah juga memiliki hikmah yang menunjukkan kedalaman ilmunya. Semoga Allah menganugerahinya dengan rahmat yang luas dan menempatkannya di syurgaNya yang tertinggi. sesungguhnya orang yang berbicara lagi alim. Tetapi. 1 Rejab 198H. padahal tidak demikian. itu lebih afdhal dan lebih wara’ dibandingkan lelaki yang jahil lagi diam. serta mengetahui kejelekan dan menjauhinya”. perumpamaan ilmu adalah bagaikan negeri kufur atas negeri Islam. orang alim sejati ialah orang yang mengetahui kebaikan dan mengikutinya. Dia menyatakan. nescaya orang-orang kafir akan datang dan mengambil Islam. Sebagian orang menganggap sikap wara’ tercermin pada sikap diam dalam waktu yang lama dan sedikit bicara. Wafatnya Sufyan bin Uyainah wafat pada hari Sabtu.Sufyan bin Uyainah pernah ditanya tentang hakikat wara’. dia berkata: ”Tidaklah disebut (sebagai) alim orang yang mengetahui kebenaran dan kejelekan. Dia pun menjelaskan: Wara’ adalah keinginan untuk mendalami ilmu din yang menjadi sarana untuk mengenal selok-belok wara’. Jika orang-orang meninggalkan ilmu. Tentang pentingnya menyampaikan ilmu yang sudah diketahui. 67 .

namun beliau menolak dan menjawab: “Aku tidak bisa pergi ke Hijaz kerana aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat 68 .a.. Ishaq al-Mu'tasim bin Ja'far as-Siddiq. setelah sebelumnya ziarah ke makam Nabi Ibrahim a.10 Sayyidah Nafisah. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah.w. hidup dan besar di Madinah. Sayyidah Nafisah menetap di Mesir selama 7 tahun. Penduduk Mesir sangat menyayanginya dan percaya akan karamahnya. Hijrah Ke Mesir Demi keamanan dan ketenangan hidup Sayyidah Nafisah berhijrah ke Mesir bersama suaminya.s. Hal ini membuat suaminya berfikir untuk mengajaknya pindah ke tanah Hijaz.. Beliau puteri Imam Hasan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Imam Hasan bin Imam Ali r. berdesakan mendengarkan mauizahnya dan memohon doanya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Beliau lahir di Makkah.” Peribadinya Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah.. Alim dan Guru Imam Syafie Sayyidah Nafisah ialah salah satu keturunan Rasulullah s.a. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. pada 11 Rabiulawal 145H. Di Mesir beliau tinggal di rumah Ummi Hani’. Mereka selalu berduyunduyun mendatanginya.. Sufi. pada tahun 193H. Beliau berkata kepadaku: "Janganlah kamu pergi dari Mesir kerana nanti Allah akan mewafatkanmu di sana (di Mesir).

Di sini sang ayah berkata : "Tuanku. Sayyidah Nafisah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain. Dan Allah SWT juga redha kerana redhaku itu.” Karamahnya Sebelum menceritakan karamah-karamah Sayyidah yang mulia ini. ini puteriku. Kemudian keduanya pulang.a. demikian al-Hafiz Abu Muhammad dalam kitabnya Tuhfatul Asyraf bercerita: Al-Hasan. ayahanda Sayyidah Nafisah membawa Nafisah semasa kecil ke makam Rasulullah s. perlu diketahui bahwa suami Sayyidah Nafisah (Ishaq bin al Mu'taman bin Ja'far 69 . Aku redha dengannya.taatkan suaminya. Dan benar.. Keduanya saling menghormati. Di malam hari sang ayah bertemu Rasulullah bersabda: "Wahai Hasan Aku redha dengan puterimu Nafisah kerana keredhaanmu itu. Keutamaannya Sayyidah yang mulia ini sudah mendapatkan keutamaan sejak kecil lagi. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Selain itu. Sayyidah Nafisah dan Imam Syafie Sejarah sepakat mengatakan bahawa Sayyidah Nafisah semasa dengan Imam Syafie. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya. Setiap berkunjung ke kediaman Sayyidah Nafisah Imam Syafie dan pengikutnya sangat menjunjung tinggi adab sopan santun terhadap beliau. Di ceritakan bahawa Imam Syafie meriwayatkan hadis dari Sayyidah Nafisah. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Sayyidah Nafisah berkata pada utusan Imam Syafie: "Semoga Allah memberikan kenikmatan pada Syafie dengan melihat wajahNya yang mulia. meskipun tinggal jauh dari tanah suci. Imam Syafie setiap tertimpa penyakit selalu mengirim utusan ke Sayyidah Nafisah agar berkenan mendoakannya dengan kesembuhannya. Ketika Imam Syafie tertimpa penyakit yang menyebabkan beliau wafat.w. Pernah satu ketika. beliau melakukan ibadah haji sebanyak 17 kali. Suatu ketika. Demikianlah dermawannya Sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin. setelah itu Imam Syafie mendapatkan kesembuhan. Salah satu keutamaan Sayyidah Nafisah adalah selama hidupnya beliau telah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 4000 kali. Bagindaku Rasulullah.

"Wahai Abu Ishaq. Suatu ketika ibu anak itu berkata: "Nak.ash Shadiq) pernah berkeinginan untuk memindah makam beliau ke pemakaman Baqi' (Madinah). tapak kaki Jauharah tidak basah dengan air hujan. pada suatu malam suami Sayyidah Nafisah bermimpi bertemu Rasulullah s. Di antara karamahnya ialah ketika pembantu Sayyidah Nafisah yang bernama Jauharah keluar rumah untuk membawakan air wudhu untuk beliau. Namun. pernah suatu ketika sungai Nil berhenti mengalir dan mengering. Di antaranya. ia tidak 70 . Keluarga itu mempunyai seorang anak perempuan yang lumpuh.” Setelah si ibu minta izin pada Sayyidah Nafisah dan beliau memperkenankannya. pada waktu itu hujan deras sekali. Si anak tiba-tiba berkata: "Aku ingin ke tempat perempuan mulia tetangga kita itu. Karamah-karamah beliau setelah wafat juga banyak. Selain itu. Orang-orang mendatangi Sayyidah Nafisah dan memohon doanya. Akhirnya.a. Si anak kemudian bercerita dan akhirnya keluarga itu semuanya masuk Islam. Sayyidah Nafisah beranjak untuk berwudhuk di dekat gadis kecil itu. kamu mahu apa ? Kamu mahu ke kamar mandi ?. Dan seketika itu juga ia sembuh dan bisa berjalan seperti tidak pernah sakit sama sekali. Hukuman itu dilaksanakan di depan masjid agar menjadi pelajaran bagi yang lain. Salah seorang pencuri itu dapat diketahui.” Sambil memeluk si ibu bertanya bagaimana ini bisa terjadi. Air wudhuk beliau mengalir ke tubuh anak tersebut. Kemudian penduduk Mesir meminta suami Sayyidah Nafisah untuk mengurungkan keinginannya. kerana penduduk Mesir ingin mendapatkan berkah darinya. seseorang yang tinggal di daerah itu bersembunyi di masjid itu pada malam hari. Si anak didudukkan di pinggir rumah. Kemudian si anak pulang dan mengetuk pintu. ada sebuah keluarga Yahudi yang tinggal di dekat kediaman Sayyidah Nafisah di Mesir. keduanya datang ke kediaman Sayyidah Nafisah. Pintu dibuka oleh ibunya. Di antara karamahnya juga ialah. beberapa pencuri menyelinap ke masjidnya dan mencuri enam belas lampu dari perak. Akan tetapi. Dan seketika itu juga sungai Nil mengalir kembali dan melimpah. janganlah kamu menentang keinginan penduduk Mesir. Seperti mendapatkan ilham anak itu mengusap anggota tubuhnya dengan air berkah tersebut. Ia mencuri syal dari Kasymir yang ada di makam itu. Pada tahun 1940. Ketika datang waktu solat Zuhur. Beliau memberikan selendangnya agar dilempar ke sungai Nil. lalu dihukum dengan diikat pada pohon.. Mereka melakukannya. pada tahun 638H. Dengan hairan dia bertanya: "Kamu siapa Nak?” “Aku puterimu.w. karena Allah akan memberikan berkahNya kepada penduduk Mesir melalui Sayyidah Nafisah". Rasulullah bersabda.

71 . beliau pengsan kemudian dan menghembuskan nafas terakhir menghadap Sang Maha Kasih Abadi pada hari Jumaat.menemukan jalan keluar dari masjid itu dan tetap terkurung di sana sampai pelayan mesjid datang di waktu subuh dan menangkapnya. Ketika sudah sampai ajalnya dan beliau sampai pada ayat: “Bagi mereka (disediakan) tempat kedamaian (syurga) di sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan. Sehingga kini maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Allah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. dan menggali kubur beliau sendiri di rumahnya.” (Surah Al-An’am: 127). bulan Ramadhan 208H. beliau menulis surat wasiat untuk suaminya. memperbanyak tasbih dan menangis. Kalau tidak mampu berdiri. Kubur yang digalinya itu ialah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian. Kemudian beliau turun ke liang kubur itu. memperbanyak solat dan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 109 kali. Semoga ianya menjadi contoh buat generasi wanita akhir zaman ini. Wafatnya Al-Sakhawi bercerita. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. "Ketika Sayyidah Nafisah merasakan ajalnya sudah dekat. beliau solat dengan duduk.

Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga. Tidak banyak dapat ditemui tahun kelahiran beliau pada biografi lainnya. Imam Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di kota Baghdad yang ramai pelanggannya. Setiap malam beliau berada di masjid besar Baghdad untuk menyampaikan kuliahnya. 72 . Ulama Sufi Yang Bertasauf Mengikuti Sunnah Junaid Al-Baghdadi adalah seorang ulama sufi dan wali Allah yang paling menonjol namanya di kalangan ahli-ahli sufi. beliau tidaklah disibukkan dengan menguruskan perniagaannya sebagaimana sesetengah peniaga lain yang kaya raya di Baghdad. Sebagai seorang guru sufi. Ramai penduduk Baghdad datang masjid untuk mendengar kuliahnya sehingga penuh sesak. Kemudian beliau balik ke rumah untuk beribadat seperti solat. Waktu perniagaannya sering disingkatkan seketika kerana lebih mengutamakan pengajian anak-anak muridnya yang dahagakan ilmu pengetahuan. Apa yang mengkagumkan ialah Imam Junaid akan menutup kedainya setelah selesai mengajar murid-muridnya. membaca al-Quran dan berzikir. Tahun kelahiran Imam Junaid tidak dapat dipastikan. Beliau adalah orang yang terawal menyusun dan memperbahaskan tentang ilmu tasauf dengan ijtihadnya. Banyak kitabkitab yang menerangkan tentang ilmu tasauf berdasarkan kepada ijtihad Imam Junaid Al-Baghdadi. Beliau redha dan bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat yang dikurniakan kepadanya.11 Junaid Al-Baghdadi. Imam Junaid adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

"Jika matamu masih terasa pedih. lalu tidur. beliau tidak pernah angkuh dan bangga diri dengan kelebihan tersebut. elakkan dari terkena air. Sekiranya untuk tujuan yang sama dia berdoa kepadaku untuk semua penghuni neraka. tapi wuduknya telah batal. Beliau sentiasa merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam setiap pengajiannya. ahli fekah." Memiliki Beberapa Kelebihan dan Karamah Imam Junaid mempunyai beberapa kelebihan dan karamah. ahli politik dan sebagainya. kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah saw. Apabila jaga dari tidur. tidak menulis hadis-hadis. peminta dan orang-orang tua yang lemah. Masjid-masjid sering dipenuhi oleh ahli-ahli falsafah. Antaranya ialah berpengaruh kuat setiap kali menyampaikan kuliahnya. Kehadiran murid-muridnya di masjid. Beberapa Orang Kristian Masuk Islam Melaluinya Suatu ketika Junaid Al-Baghdadi diserang penyakit mata. nescaya aku perkenankan doanya. dia pergi mengambil wuduk tanpa menghiraukan nasihat doktor. Ketika itu juga Junaid mendengar seruan: "Junaid telah rela mengorbankan matanya demi nikmatKu.Beliau akan membahagi-bahagikan sebahagian dari keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin. Beliau pernah berkata: "Setiap jalan tertutup. tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasauf ini." pesan doktor setelah mengadakan pemeriksaan. bukan saja terdiri daripada orang-orang biasa malah semua golongan meminatinya. ahli kalam. Oleh kerana itu. Bertasauf Mengikut Sunnah Rasulullah saw Imam Junaid seorang yang berpegang kuat kepada al-Quran dan as-Sunnah. ternyata matanya telah sembuh seperti tidak pernah sakit sebelumnya. Maka dia pun memanggil seorang doktor kristian untuk mengubatnya. Namun begitu. Kemudian dia mengerjakan solat. Junaid ingin mengerjakan solat." 73 . Setelah tuan doktor pulang. Sesiapa yang tidak menghafal al-Quran.

"Aku berwuduk. tabib kristian itu sangat terharu dan sedar bahawa agama Junaid adalah benar." Pada hari yang lain. maka Islamlah kamu. Ini dilakukannya setelah membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad saw tersebut. Alangkah terkejutnya doktor itu apabila melihat mata Junaid telah sembuh seperti sedia kala. Maka ketika itu juga dia menyatakan masuk Islam di hadapan Junaid. Diuji Dengan Seorang Wanita Cantik Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah selalunya menerima ujian dan cabaran.Pada hari berikutnya doktor yang mengubat mata Junaid datang lagi untuk mengadakan pemeriksaan. Orang ramai terkejut dengan jawapan itu. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan imej Imam Junaid. lalu bersolat. namun tak seorang pun yang tahu bahawa dia kristian. 74 . tersiar berita bahawa Junaid Al-Baghdadi akan berpidato di sebuah dewan besar." kata doktor. Oleh itu. Imam Junaid menerima ujian daripada beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas." Apakah maksudnya?" Junaid menundukkan kepalanya sebentar kemudian diangkatnya semula dan terus memandang ke arah pemuda itu. bukan matamu. "Kesembuhan ini tentu dari Maha Pencipta." jawab Junaid. Kemudian dia berkata lagi: "Selama ini hatikulah yang sakit. "Apa yang telah kamu buat?" tanya doktor. Maka dia pun masuk Islam ketika itu juga. Akan tetapi ternyata si pemuda itu memang beragama kristian. Tiba-tiba pemuda itu mengajukan soalan: "Wahai syeikh Junaid! Rasulullah saw bersabda: "Waspadalah engkau terhadap firasat orang mukmin kerana dia dapat melihat dengan Nur Allah." jawab Junaid. dan engkaulah pengubatnya. bukan dari makhluk-makhluk ciptaanNya. Mendengar keterangan itu. "Sesungguhnya masa keislamanmu sudah dekat. Maka ramailah orang yang datang untuk mendengarnya. Di antara yang hadir ada seorang pemuda beragama kristian.

Namun wanita cantik itu hanya dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Pada suatu hari. aku tidak pernah melupakan kalimat itu sejak lidahku pandai berkata-kata. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. seorang daripada muridnya. "Saya bukan pembunuhnya. "Mengapa engkau telah membunuh wanita ini?" tanya khalifah. tiba-tiba Imam Junaid membuka matanya dan berkata. sama ada ke syurga atau ke neraka. Dengan takdir Tuhan. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak berhasil." jawab Imam Junaid.Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh sesiapa. Imam Junaid telah wafat di sisi As-Syibli. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami. Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan di atas perbuatannya. Wafatnya Akhirnya kekasih Allah itu telah menyahut panggilan Ilahi pada 297 Hijrah. Khalifah yang mendapat tahu kematian wanita itu telah memarahi Imam Junaid kerana menganggapnya sebagai suatu perbuatan jenayah. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadat. "Demi Allah. Aku akan pergi bila Allah menyuruhku pergi. mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk memikat Imam Junaid. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk. Musuh-musuhnya berusaha berbuat sesuatu yang boleh memalukan Imam Junaid.” (Junaid al-Baghdadi) 75 . wanita cantik itu rebah ke bumi dan mati. Ketika sahabat-sahabatnya hendak mengajar kalimat tauhid." “Aku ini hamba yang tidak punya kemerdekaan.

Pelajaran yang menekankan aspek menghafal al-Quran. di sebuah kampung bernama Ghazalah. di dalam wilayah Khurasan. matematik. 76 . Beliau telah dilahirkan dalam keluarga miskin tetapi kuat pegangan agamanya. Aspek pelajaran yang diikuti di peringkat ini adalah sama dengan anak-anak sebaya dengannya. beliau telah mencatat setiap yang didapati daripada gurunya itu. sentiasa merendah diri serta seorang ahli sufi. Semasa di Jurjan. Semasa kecil. beliau telah berguru dengan Syeikh Ismail bin Saadah Ismail.12 Imam al-Ghazali. Ayah beliau seorang yang soleh. Imam al-Ghazali telah melanjutkan pelajaran ke Jurjan. bertahun-tahun beliau belajar kepada ulama-ulama dan orang-orang bijak setempat. mempelajari asasasas membaca dan menulis diikuti oleh pelajaran tatabahasa Arab dan nahu. Imam al-Ghazali telah belajar di kampungnya sendiri iaitu di Tus dengan seorang guru bernama Imam Ahmad al-Razkani. Untuk menjaga ilmu pengetahuan yang diperolehnya. Beliau telah mempelajari ilmu fiqah daripada ulama tersebut. Beliau sangat mencintai jerih payahnya ini. Dengan semangat yang tinggi. baik. bagaikan dirinya sendiri. Ayahnya seorang penenun bulu dan mempunyai sebuah kedai tempat dijual barang dagangan di pekan Tus. Ulama Tasauf dan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 H/1058 M. fiqah dan lain. Tus. Bertemu Perompak Mengambil Bukunya Selepas kewafatan ayahnya.

” Jawab beliau. Ditengah jalan. mengkaji dan menganalisa. beliau berkata kepada perompak tersebut. Dan setelah bertahun-tahun belajar. Beliau menyusun dan mengumpulkan catatan-catatannya. “Itulah barang-barang yang tidak akan berguna bagi kalian. lalu menyimpan ilmuilmu yang bermanfaat itu di “buku otaknya”. Mereka mengambil setiap barang yang dijumpai. “Kalian boleh ambil semua barang-barangku. tapi tolong jangan kalian ambil yang satu ini.Beliau telah membuat catatan apa yang dipelajari berhubung dengan fiqah mazhab Syafie daripada guru tanpa menghafal. benar-benar menggoncang jiwa dan kesedaran beliau. kafilah itu dihalang oleh sekumpulan perompak. tapi berguna bagiku. “ “Hanya yang ada dalam lembaran-lembaran inikah ilmumu?” Tanya salah seorang perompak “ “Ya. Secepat kilat mereka merebut dan membukanya. yakni berusaha melatih otaknya lebih banyak. Beliau yang sampai saat itu masih berfikir untuk sekadar mengikut gurunya dan mencatat ilmunya di bukubuku catatan sahaja. “Ilmu yang disimpan dalam bungkusan dan yang dapat dicuri.” jawab beliau. sebenarnya bukanlah ilmu. Jika kalian merampasnya dariku. Tempoh pengajianya di sana selama lima tahun. 77 .” Ucapan sederhana yang keluar dari mulut perompak tersebut. lalu ikut kafilah yang akan pergi ke kampungnya. Pada giliran barang-barang bawaan Imam al-Ghazali. “Apa gunanya?” “Ini adalah hasil pelajaranku selama beberapa tahun. Fikirkanlah nasib dirimu baik-baik. akhirnya pada tahun 470 H. Imam alGhazali berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya. seketika berubah fikiran. maka ilmuku akan habis dan usahaku yang bertahuntahun itu akan sia-sia. Mereka tidak melihat apa-apa kecuali lembaran kertaskertas yang hitam.” Perompak tersebut menduga bahawa pasti itu ialah barang-barang yang bernilai. “Apa ini? Untuk apa engkau menyimpannya? tanya para perompak itu.

malah kesemuanya dipenuhkan dengan amalan yang berfaedah.” Beliau telah mengubah ciri pembelajarannya daripada bentuk membuat catatan kepada hafalan yang mana beliau telah menghafal buku-buku catatan keseluruhannya. yang menunjukkan betapa beliau menghargai masanya dengan serius tanpa mengenal penat lelah dan jemu.Imam al-Ghazali berkata: “Sebaik-baik nasihat yang membimbing kehidupan pembelajaranku adalah nasihat yang kudengar dari mulut seorang perompak. Kepekaan itu kelihatan sama dalam konteks tindakan dan sumbangannya menyelamatkan masyarakat. Dengan tindakan dan perubahan yang dibuat telah menjadikan beliau pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang diikuti sehingga para pengkaji telah menyifatkan beliau sebagai ensiklopedia zaman itu. Imam al-Ghazali memberitahu tentang pembelajarannya mengenai falsafah tanpa bantuan 78 . Dari sudut lain pula. Ketika itu beliau berumur 23 tahun. menjadi contoh yang dapat menunjukkan tentang sifat dan kekuatannya. Berguru dengan Imam al-Haramain Selepas menamatkan pelajaran fiqah di Tus dan Jurjan. Imam al-Ghazali ialah seorang murid Imam al-Juwaini yang paling pintar dan kuat berusaha serta suka menyelidik dan mengkaji sehingga guru itu menyifatkan beliau sebagai ‘lautan yang melimpah’. Inilah yang melayakkannya mencapai kemuncak keilmuan di dalam dunia Islam. padahal umurnya belum menjangkau 34 tahun. Dengan imam besar ini beliau mendalami ilmu fiqah lebih mendalam lagi. Sifat Peribadi Imam al-Ghazali Imam al-Ghazali tidak pernah mengenal masa kosong dalam hidupnya. Beliau mengambil manfaat dari setiap detik masanya. Kemungkinan kajian Imam al-Ghazali tentang falsafah. perubahan yang dibuat itu menunjukkan beliau ialah seorang yang benar-benar peka dengan apa yang dialami serta mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan diri aripada menghadapi keadaan yang boleh merosakkan dirinya. Imam al-Ghazali berpindah ke Naisabur pada tahun 473H. Di sini beliau berguru dengan Imam al-Haramain al-Juwaini dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu falsafah dan fiqah mazhab Syafie.

demi mempelajari dan memgamalkan sifat ikhlas pada diri. harta benda dan kemasyhuran yang dimilikinya. menjadi cita-cita yang ingin dicapai oleh semua orang. Ketika berlaku perubahan ini. Kehidupan Imam al-Ghazali baik sebelum bertasauf mahupun selepasnya. Allah SWT menganugerahkan kepada Imam al-Ghazali keinginan yang kuat. wazirwazir dan juga ulama berguru kepadanya. Dalam waktu yang terbatas ini antara ruang mengajar menyampaikan syarahan dan mengarang. Perubahan ini tidak mungkin berlaku.dari mana-mana guru. beliau berjaya sampai ke kemuncak ilmu ahli falsafah kurang dari dua tahu. Sekaligus membuka jalan kepadanya untuk mengeluarkan dua buah karyanya selepas itu iaitu Maqasid al-Falasifah dan Tahafut al-Falasifah. Tidak ada seorangpun 79 . Imam al-Ghazali melihat tidak ada orang yang benar-benar layak untuk melakukan tugas membongkar penyelewegan golongan batiniyyah. ketika berhadapan dengan golongan falsafah. kerana tugas itu terlalu besar dan berat. Zahirnya diisi dengan agama dan ilmu. pangkat. Perkara ini berlaku semasa beliau belum memasuki kehidupan tasauf. Penyelidikan ini dilakukan beliau di masa-masa kosong setelah beliau selesai mengarang. Para umara. penuh dengan kebanggaan dengan kemampuan diri dan kedudukannya. Imam al-Ghazali meninggalkan semua jawatan. Perjalanan hidup beliau ini menggambarkan perjalanan hidup para salafus soleh seperti Umar bin Abdul Aziz. jika tidak kerana keinginan yang kuat yang dimiliki oleh Imam al-Ghazali. di mana dengan keinginan ini. Bagaimanapun apabila beliau meneliti dan memeriksa diri menurut neraca akhirat. Kejayaan yang dicapai oleh Imam al-Ghazali. Pendirian yang sama juga diambil oleh beliau. tetapi batinnya inginkan dunia dan kemungkaran. beliau berjaya menguasai dirinya dan merubah perjalanan hidupnya secara menyeluruh. Beliau menzuhudkan diri dari semua ini dalam satu masa sahaja. beliau mendapati dirinya berada dalam suasana kehidupan yang menyimpang dari landasan kebenaran. Saat manis ini berlaku ketika beliau berada dikemuncak kecemerlangan ilmu. malah beliau meninggalkan segala kemewahan dan kemegahan dan berpindah kepada satu suasana yang lain dengan merempuh cara hidup orang-orang fakir dan dagang. padahal beliau sendiri begitu sibuk dengan tugas mengajar kepada 300 orang pelajar di Universiti Nizamiyah.

beliau begitu bangga dengan kemampuan yang dimiliki oleh beliau. Selama 10 tahun beliau mengasingkan diri dengan rela hati. walaupun setelah bertasauf. Turki bernama Nizamul Mulk. Ramai pelajar dari institute tersebut telah memberikan perhatian mereka terhadap pengajaran beliau.ulama muslimin yang dapat membatalkan hujah golongan tersebut dengan cara yang betul. Sepanjang pemencilan dirinya. Setelah beberapa pertemuan dengan ulama-ulama sana. Kebanggaan ini berterusan meskipun sesudah beliau bertasauf. Syria. Dalam masa yang sama. Menteri Nizamul Mulk telah melantik beliau sebagai pensyarah di Universiti Nizamiyah dalam tahun 484 H di Baghdad. Menempuhi Kehidupan Tasauf dan Beruzlah Imam al-Ghazali memulakan penghidupan tasaufnya pada bulan Rejab tahun 488 H. Beliau mengharapkan agar ia dapat menjadi mujaddid kurun ke-5. akhirnya mereka telah mengakui bahawa beliau seorang ulama besar. Imam alGhazali telah berpindah ke Mu’askar dan menemui seorang menteri kerajaan dari pemerintahan Saljuk. Begitulah. Dengan caa seperti. Di sana beliau telah mengajar selama 4 tahun. mengasingkan diri daripada kehidupan manusia biasa. 80 . Keinginan dan harapan ini. Beliau telah mendapat sambutan yang baik di sana daripada menteri tersebut dan juga para alim ulam tempatan. sekalipun fenomenanya telah berubah dari membuat kepastian kepada menaruh harapan dan cita-cita. Imam al-Ghazali masih melihat dirinya paling layak menjalankan tugas yang dinyatakan. Cuma bentuknya sahaja yang lain. Ini menjelaskan tentang keaslian sifat ini pada diri beliau. dapat dilihat apabila beliau kembali semula ke lapangan pengajaran selepas beruzlah selama 10 tahun. Mengajar di Universiti Nizamiyah Selepas Imam al-Haramain al-Juwaini wafat pada tahun 478H. Beliau telah meninggalkan Baghdad dengan niat untuk beruzlah. Keahlian beliau dalam banyak cabang ilmu telah menarik perhatian para ulama dan pelajar. Lebih kurang 2 tahun beliau hidup menyendiri. beliau menetap di Damsyik.

Tempoh yang lama. Beliau mempunyai cita-cita dan keazaman yang kuat yang boleh melintasi segala rintangan. bukanlah asing kepada Imam alGhazali. Dalam masa yang sama. Suasana ragu-ragu ini berlaku pada diri beliau selama enam bulan. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pengurusan secara peribadi semata-mata. yang menyedarkannya dan mendorongnya memuhasabah diri dan menilai tindakan-tindakannya. Di pagi hari keinginan untuk menempuh kehidupan bertasauf begitu kuat. Aku tidak pernah melihat di mana-mana di dalam dunia ini satu system pembahagian harta yang lebih baik dari pada itu iaitu si alim mengambil wangnya untuk menyara keluarganya sekadar yang perlu. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan pengakuan beliau sendiri dalam Ihya Ulumuddin. tidak ada seorangpun yang memberi idea dan pendapat kepada beliau yang membolehkan beliau terus menerus memenuhi hasratnya itu. Menempuh jalan tasauf tanpa guru. Beliau menyatakan: “Aku bahagikan harta yang ada pada diri saya dan tidak menyimpan kecuali sekadar yang perlu untuk aku dan anak-anak sahaja. tetapi di waktu petang. Imam al-Ghazali menempuh jalan tasauf dengan cara melakukan mujahadah terhadap diri sendiri.Di peringkat awal penghidupannya berlaku tarik menarik di dalam dirinya antara syahwat dunia dengan dorongan-dorongan akhirat. yang menafikan kewujudan syeikh yang mempunyai sifat-sifat yang layak untuk memikul tugas membimbing murid dalam menempuh jalan tasauf di zamannya. Pengembaraan yang merubah kedudukannya sebelum ini yang sentiasa mendapat kemuliaan dan sanjungan kepada kehidupan dalam bentuk 81 . disebabkan oleh tarikan kebendaan yang bermain dalam diri beliau. keinginan ini menjadi lemah semula sehingga akhirnya beliau dapat juga menumpukan kepada jalan menuju ke akhirat. Amalan pertama yang dilakukan beliau ialah mengagihkan harta yang ada padanya.” Begitulah Imam al-Ghazali tidak merasa keberatan lagi untuk meninggalkan kemegahan dan harta dan memulakan pengembaraannya. Seperti sebelum ini. sebelah lagi mundur ke belakang. Sebelah kakinya menuju ke hadapan. Harta benda di iraq aku waqafkan untuk muslihat orang-orang Islam. tanpa bergantung kepada sebarang syeikh atau guru. bagaimana ilmu falsafah tunduk dan menyerahkan kepimpinannya kepada beliau. Perasaannya wujud dari tumpuan kepada ilmu tasauf.

beliau telah mengarang kitab Ihya Ulumuddin dan lain-lain. Menuju ke Palestin. sebagaimana yang diperolehi daripada ilmu ahli-ahli sufi. melatih batin dan berjuang menentang nafsu untuk membersihkan diri. Beliau mengambil sikap demikian kerana keadaan politik pada masa itu begitu kalut. menetap di sana hampir 2 tahun. Dari Kaherah.mengasingkan diri daripada orang ramai dan tidak memperkenalkan diri kepada mereka. setiap hari naik ke puncak menara yang tinggi dan mengunci pintu dari dalamnya. di samping membersihkan diri.” Ibnu Jauzi berkata: “Al-Ghazali tidak makan kecuali dari upah dari hasil karangan-karangannya. Selama lima tahun beliau berlindung di bawah lindungan Kaabah bermunajat kepada Tuhan. Dari sana beliau kembali semula ke Baghdad terjun ke dalam masyarakat berbekalkan fahaman sufi yang diperolehinya berkat ilham dari Tuhan di tanah suci Makkah dan Madinah.” Dalam tempoh uzlah ini. beliau menuju ke Iskandariah dengan niat dihatinya untuk ke Moroko bagi memenuhi undangan muridnya Muhammad bin Tumart yang telah mendirikan pemerintahan di sana. Imam al-Ghazali bercerita: “Kemudian aku menuju ke Damsyik. Amalan beliau selepas itu ialah melakukan uzlah. meluruskan akhlak dan menumpukan hati untuk berzikir kepada Allah. Beliau akhirnya meninggalkan Palestin dan menuju ke Mesir menyelamatkan diri dari angkara tentera salib. Mengajar Semula Di Universiti Nizamiyah 82 . Mesir dan Tanah Suci Pada tahun 490H. mendidik akhlak dan mencuci hati dengan mengingati Tuhan sebagai ajaran yang aku beroleh daripada ilmu tasauf. Aku mengunci diri di dalam Masjid Damsyik. mengadakan latihan dan bermujahadah. beliau menuju pula ke Palestin dan beruzlah di Masjidil Aqsa. Tidak ada pekerjaan kecuali hanya beruzlah. Beliau membatalkan niatnya ke Moroko dan sebaliknya menuju ke timur iaitu ke Makkah dan Madinah.

Beliau menceritakan kegembiraan yang dialami semasa menjalankan tugas mengajar: “Aku tahu bahawa aku akan kembali menyebarkan ilmu dan ini bererti mengulang kaji lama hidup aku. Hamid telah wafat terlebih dahulu. Mudah-mudahan Tuhan mengetahui akan niat aku itu. Keluarga Imam al-Ghazali Imam al-Ghazali mempunyai seorang isteri dan telah dikurniakan 3 orang anak perempuan sedangkan anak lelakinya. Ketika itu beliau berumur 43 tahun dan tinggal di sana selama 6 tahun dan beliau mengarang bukunya berjudul Al-Munqiz min al-Dhalal. Mendirikan Madrasah bagi Ahli Sufi dan Ahli Fiqah Di sana Imam al-Ghazali mendirikan sebuah madrasah untuk ahli-ahli sufi dan juga ahli fiqah. pada tahun 499H. Pada masa yang lampau. Karya-karya Imam al-Ghazali 83 . Tetapi sekarang aku memberi ilmu dengan meninggalkan niat kemegahan dan menjauhkan segala maksud yang menuju kemegahan. perbuatan dan niat serta tujuanku. beliau menggunakan waktunya untuk mengarang dalam segala bidang ilmu.Selepas pemencilan diri begitu lama. Beliau mengundurkan diri sekali lagi dan terus mengasaskan sebuah madrasah serta mula mengajar ilmu tasauf di Tus. Ada seorang anak lelakinya yang tinggal iaitu bernama Abu Ahmad Mujidudin. Imam al-Ghazali telah mengajar semula di Universiti Nizamiyah di Naisabur. diperbahurui semula segala isi bukunya dan disesuaikan dengan fahaman sufi yang dianuti pada masa itu. Beliau telah kembali ke tempat kelahirannya semula iaitu di Tus. Baghdad atas permintaan sultan. Tetapi beliau tidak lama di situ.” Di samping mengajar dan mendidik para sufi. Begitu juga ucapan. aku menyebarkan ilmu hanyalah untuk mencari kemegahan.

Minhaj al-Abidin 7. Manakala buku-buku ilmiah yang ditulis ialah untuk individu yang memiliki kemampuan daya pemikiran yang bebas di mana dianggap oleh beliau sebagai syarat asas dalam setiap kerja ilmiah. Antara karya tersebut ialah Bidayatul Hidayah dan Minhaj al-Abidin. Misykatul Anwar 6. Ihya Ulumuddin 2. Kimia as-Sa’adah 5.Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali sememangnya seorang penulis yang kaya dengan idea dan buah fikiran dalam menghasilkan karya. Dan lain-lain Mengalihkan Tumpuan Pada Hadis Di Akhir Hayatnya 84 . Bidayatul Hidayah 3. Di antara karya-karyanya yang terkenal ialah: 1. Minat dan daya penulisannya sangat kuat serta bertenaga dan ideanya yang tidak luntur dek zaman walaupun sewaktu beliau mengasingkan diri untuk menghayati kehidupan seorang sufi. Buku bercorak umum ditulis untuk masyarakat umum yang tidak mendapat peluang pelajaran tinggi. Tahafut al-Falasifah 8. Gaya penulisan beliau terbahagi kepada dua bentuk iaitu bercorak ilmiah dan juga umum. Dalam buku-buku ini. Pada saat ini. beliau telah mengemukakan perkara-perkara agama dan akhlak dengan bahasa yang mudah. beliau telah berjaya mengarang kitabnya yang agung dan bernilai iaitu Ihya Ulumuddin. Al-Munqiz min al-Dalal 4.

beliau tekun menuntut ilmu hadis dan berkumpul dengan ahlinya serta menelaah shahihain (Sahih Bukhari dan Muslim). Abdul Ghafur al-Farisi mengenai tahap akhir penghidupan gurunya: “Pada peringkat akhir beliau telah menunjukkan minat yang mendalam berkenaan hadis al-Mustafa (Hadis Nabi s. Imam Az-Zahabi berkata: “Pada akhir kehidupannya. niscaya dapat menguasai semuanya dalam waktu singkat. Dikatakan pada penghujung penghidupannya.) dan mentelaah Sahih Bukhari dan Muslim. Seandainya beliau berumur panjang.w. dan Sunan Abu Daud dari Qadhi Abu al-Fath al-Hakimi al-Thusi. Beliau belum sempat meriwayatkan hadis dan tidak memiliki keturunan kecuali beberapa orang puteri.a. Telah diriwayatkan bahawa beliau pada akhir hayatnya kembali kepada hadis-hadis sahih. membaca al-Quran dan menghafal hadis-hadis sahih. mengadakan rumah yang baik. menanam tanan-tanaman di kebun yang indah.” Wafatnya Imam al-Ghazali 85 .Didalam Tabaqaat al-Subki menjelaskan bahawa Imam al-Ghazali melalui peringkat ketidak stabilan pada awalnya dan keadaan menjadi lebih jelas pada peringkat akhir hayatnya. Dikatakan pada akhir hayatnya. beliau lebih cenderung kepada mendengar hadis-hadis Bukhari dan Muslim dan menghafalmnya. dimana beliau sendiri mempelajari dan menghafal kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. beliau telah mendengar Sahih Bukhari dari Abu Sahl Muhammad Abdul Hafsi. Menurut Ibnu Katsir: “(Pada akhir hayat) dia telah pulang ke negerinya Tus dan tinggal disana. membentuk perhubungan. Diceritakan oleh murid beliau.

” Kemudian al-Ghazali mengunjurkan kakinya dan menghadap ke kiblat dan wafat sebelum matahari terbit. harta kekayaan dan kebesaran. Jenazah beliau dikebumikan di makam al-Tabaran. Firdausi. “Sesungguhnya memandang wajah ulama dan orang-orang soleh adalah ibadah.” Imam al-Ghazali wafat pada pagi Isnin.w.” (Imam al-Ghazali) 86 .Maqam Imam al-Ghazali Adik Imam al-Ghazali.” (Imam al-Ghazali) “Tidak boleh para pelajar bermatlamat menuntut ilmu untuk tujuan mencari pangkat. abangku Abu Hamid mengambil wuduk lalu bersolat.” lalu diambil dan dicium serta diletakkan di mata sambil berkata lagi: “Aku patuh dan taat untuk masuk kepada malaikat.a. 14 Jamadilakhir 505H/19 Disember 1111M di Tus dengan kitab hadis atas dadanya. menindas orang bodoh dan membanggakan diri di hadapan teman-temannya. Kemudian beliau berkata: “Bawakan kain kapanku. Diceritakan bahawa Syeikh Abul Hasan al-Syadzili bermimpi bahawa dia melihat Nabi s. Ahmad menceritakan saat menjelang ajal abangnya: “Pada waktu subuh hari Isnin. “Adakah terdapat orang alim yang bijaksana dalam umat anda berdua?” Jawab keduanya tidak ada. sambil bertanya kepada kedua mereka. menunjukkan Imam al Ghazali kepada Nabi Musa dan Isa. bersebelahan dengan makam penyair besar yang terkenal.

pasti anda akan melihat kelazatan pada ilmu tersebut. dia adalah diakui sebagai orang besar di kerajaan langit.” (Imam al-Ghazali) “Apabila anda mengadakan penyelidikan terhadap ilmu.” (Imam al-Ghazali) 87 .“Sesiapa yang berilmu lalu mengamalkannya. Oleh itu tujuan mempelajari ilmu itu kerana ilmu itu sendiri.

Sebelum anaknya berangkat.13 Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Ketahuilah bahawa orang Islam tidak boleh bercakap dusta. dahulu ibunya seorang wanita yang tidak pernah melihat perkara yang diharamkan. Setelah segala-galanya siap. Beliau berketurunan Arab iaitu daripada sebelah ayahnya yang sampai kepada Hasan bin Ali. ketika berumur 18 tahun. tidak pernah mendengar umpatan dan tidak pernah mengucapkan perkataan yang kotor. Ulama Sufi dan Sultanul Auliya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dilahirkan pada tahun 470 H di sebuah kampung Nif. ibunya pun berpesan kepada anaknya: “Hai anakku. ulama besar tasauf. Sebelum berangkat dari rumahnya untuk mengikuti satu kafilah yang akan menuju ke Baghdad. Kedua ibu bapanya sangat warak. Apabila engkau dalam perjalanan dan berada di negeri orang. Menurut kisah. Hendaklah engkau ingat hai anakku akan sabda baginda Nabi: “Bahawa 88 . Iran. di daerah Jilan. Berhijrah Ke Baghdad dan Mencari Ilmu Pada tahun 488 H. dengarlah baik-baik pesan ibu ini. ibunya telah menyembunyikan wang anaknya itu pada bahagian lengan baju anaknya lalu dijahitnya supaya tidak diketahui orang. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah berhijrah ke kota Baghdad untuk mencari ilmu dan pada masa yang hampir sama. ibu Syeikh Abdul Qadir telah memberinya sedikit wang sebagai belanja pergi dan balik serta sedikit bekalan makanan. Imam al-Ghazali sedang meninggalkan Baghdad untuk mencari kebenaran. engkau hendaklah sentiasa bercakap dan berlaku benar.

Masakan seorang budak hendak memberitahu kepada seorang penyamun dia masih ada wang lagi. katanya: “Hai budak! Apa lagi yang ada pada engkau. Ketika habis barang kepunyaannya dirompak. lalu dijawab oleh beliau: “Ya ada! Aku ada empat puluh ashrafis. Penyamun itu lantas terkejut mendengarkan kata-kata budak itu kerana sangkanya tentulah budak itu mempersendakannya.” Berlaku benarlah baik dalam tuturkata mahupun dalam perbuatan supaya engkau beroleh selamat dan dilindungi oleh Allah SWT. Habis segala barang yang dibawa oleh beliau dirompak mereka. “Nama saya Abdul Qadir dan saya datang dari Jilan. Cakaplah benar kepadaku!” gertak penyamun itu dengan suara yang keras. saya tidak berkata dusta.” ujarnya tegas dan bersahaja.amanah itu kekayaan.w. “Apakah engkau mahu memperolok-olokkan aku?” “Tidak. tidakkah tuan tahu bahawa orang yang sedang menuntut atau mengejar ilmu itu seperti sedang berjalan menuju ke syurga kerana sentiasa disertai malaikat yang sedia menolongnya.a.” Sahut Syeikh Abdul Qadir lalu menyambung: “Tuan. salah seorang penyamun itu telah bertanya kepada beliau. hingga saya terpaksa berbohong? Seorang Islam yang sejati tidak sekali akan berbohong sekalipun dalam bahaya dan kesulitan!” Kali ini penyamun itu merasa semakin terkejut lagi mendengarkan katakata Syeikh Abdul Qadir.” “Ke mana engkau hendak pergi?” 89 . Maka setelah lama dalam perjalanan mengikuti kafilah yang akan pergi ke Baghdad itu. dan saya benci sekali bercakap bohong. “Siapa nama engkau dan dari kota mana engkau datang?” tanya ketua penyamun kepadanya apabila dibawa mengadap. Saya ialah keturunan Rasulullah s.” Demikian indahnya ibunya berpesan. Dia berasa hairan memikirkan sikap budak itu yang secara berani dan tegas memperkatakan yang benar tanpa berganjak sedikit[un. Dengan perasaan bingung penyamun itu pun lalu membawa Syeikh Abdul Qadir menemui ketua mereka. tiba-tiba kafilah yang disertai oleh Syeikh Abdul Qadir telah diserang rompak oleh penyamun. Saya bercita-cita menjadi seorang yang beriman lagi berilmu. Apalah ertinya wang 40 ashrafis pada saya ini tuan. sungguh tuan.

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ialah seorang murid yang bijak dan cemerlang kerana dapat menamatkan pengajian agama dan latihan rohaninya dalam masa singkat. Di samping itu.“Baghdad. Syeikh Abdul Qadir menghabiskan masanya dengan mendalami ilmu di bawah asuhan guru-guru agama yang masyhur seperti Abu Zakaria al-Tabrizi. Gurunya.” “Tujuan apa engkau ke sana?” “Saya hendak menuntut ilmu. Dan apalah gunanya saya hendak bersusah payah mencari ilmu di tampat yang jauh kalau untuk menjadi seorang pembohong! Akan sesialah segala amal dan ibadat saya dan akan sesialah pula asuhan dan didikan ibu saya!” Dengan kuasa Allah SWT. Qadhi Abu Said telah melantik beliau sebagai guru untuk memimpin murid-murid yang baru. Inilah ajaran ibu saya semenjak saya pandai bercakap lagi. Di Baghdad.” Mendengarkan pengakuan budak itu ketua penyamun ini pula menjadi terkejut lantas dia berkata lagi: “Apa benarkah apa yang engkau katakana hai budak atau engkau sengaja hendak memperolok-olokkan aku?” “Benar tuan! Saya tidak suka dan tidak pernah bercakap bohong kerana saya seorang Islam. Akhirnya dengan bercucuran air mata kesedihan ketua perompak itu memohon maaf daripada Syeikh Abdul Qadir lau bertaubat dari melakukan kerja yang mungkar lagi hina itu. Wafa’ Ibnu Aqil dan lain-lainnya. 90 .” “Bagus! Bagus! Engkau tentu bawa wang bukan?” “Benar! Saya mempunyai 49 ashrafis. ketua penyamun itu menjadi terpaku sebentar tatkala mendengarkan kata-kata Syeikh Abdul Qadir yang penuh iman dan hikmat itu lantas dia pun menjadi malu dan insaf. Apalah erti wang 40 ashrafis bagi saya ini hingga saya terpaksa berbohong. nama Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah terkenal dan menjadi sebutan para penduduk kota Baghdad. Beliau sentiasa menerima penghormatan dan sanjungan. beliau belajar ilmu tasauf dengan Qadhi Abu Said. Dalam masa beberapa tahun.

Seorang ahli di zamannya berkata: “Aku tidak pernah melihat dengan kedua mataku orang yang lebih bagus akhlaknya. 91 . pemurah. lebih lapang dadanya. mendekati orang awam dan suka bersedekah kepada orang miskin. Beliau dengan kesabarannya. Beliau seorang yang pengasih. Usia hidupnya dipenuhi dengan amal kebaikan. Setiap saat beliau sentiasa khusyuk berzikir dan mengingati Allah. lebih lembut hatinya dan lebih menepati janjinya dari Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. beliau akan membelanjakannya kepada orang-orang miskin. selalu memulai salam lebih dulu.” Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ialah seorang suka bersedekah. Sekiranya beliau dikurniakan oleh Allah harta seluas muka bumi. tinggi akhlaknya dan tidak sombong. Beliau memuliakan orang-orang tua. beliau melakukan amalan terpuji dan menjauhkan diri daripada segala amalan keji. menghormati yang lebih tua. Beliau sering menemui orang-orang miskin yang memerlukan bantuan. Setiap detik dan masa.Walaupun namanya telah masyhur. Beliau tidak sanggup memakai pakaian yang elok selagi masih ada orang-orang yang tiada berpakaian. beliau tetap merendah diri. lebih mulia jiwanya. bergaul dengan orang-orang lemah dan fuqara. Sifat Peribadi Syeikh Abdul Qadir al-Jailani Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ialah seorang yang lemah lembut. beliau menjemput orang-orang miskin datang makan di rumahnya. Jika beliau membuat jamuan. ketinggian kedudukannya dan keluasan ilmunya bergaul dengan orang-orang yang lebih muda. tulus hatinya dan mulia akhlaknya.

berilmu luas dan berakhlak mulia dengan keteguhan dalam ibadah dan ijtihad. selalu berzikir. 27 di antaranya ialah lelaki. Muhammad bin Yusuf al-Isybili berkata: “Syeikh Abdul Qadir ialah seorang yang dikabulkan doanya. Beliau telah menghidupkan roh kehidupan beragama dan mengembalikan kekuatan rohani manusia. manakala orang-orang Yahudi dan Kristian memeluk Islam secara beramairamai. sering menitiskan air mata." Syeikh Nuruddin asy-Syathanufi al-Muqri mengarang sebuah buku yang menjelaskan tentang sirah dan karamah beliau dalam 3 jilid. berjiwa mulia. Berbeza pula halnya orang-orang miskin yang hidup serba kekurangan disebabkan tidak memiliki harta. Mereka turut memulihkan kehidupan social. Anak-anaknya Syeikh Abdul Qadir memiliki 49 orang anak.Kehidupan beliau adalah zuhud dan serba kekurangan sedangkan beliau boleh memiliki apa sahaja yang diminta. Karamah yang dimaksudkan ialah beliau berjaya memberikan keyakinan dan semangat kepada golongan yang lemah iman dan berputus asa. banyak tafakur. Mereka menyampaikan dakwah melalui kuliah-kuliah dan ceramahnya. berhati lembut. Wallahua'lam. 92 . dalam buku tersebut dikumpulkan semua berita yang berkaitan dengan syeikh sama ada itu berita yang benar. dermawan. Karamah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani Salah satu daripada kemasyhuran Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ialah memiliki karamah yang luar biasa. Ia terbukti. beribu-ribu orang telah bertaubat kepada Allah dan meninggalkan maksiat. selalu ramah. Kesannya.” Berdakwah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani bersama beberapa orang ulama besar di zamannya telah berusaha memperbetulkan kembali masyarakat Baghdad yang rosak. Syeikh Izzuddin bin Abdissalam berkata: "Tidak ada seorangpun yang karamahnya diriwayatkan secara mutawatir kecuali Syeikh Abdul Qadir Jailani. palsu mahupun hanya cerita rekaan. ramai orang telah bertaubat. akhlak dan rohani masyarakat secara meluas seperti membuka pusat-pusat pengajian ilmu.

Pujian Para Ulama Kepadanya Imam Az-Zahabi berkata: "Intinya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani memiliki kedudukan yang agung. terkenal dengan kezuhudannya. Malfuzat (Nasihat-Nasihat Syeikh Abdul Qadir al-Jailani) Karya-karya lain meliputi risalah-risalah ringkas mengenai serangkaian doa." Ibnu Jauzi berkata: “Beliau berbicara kepada manusia dengan lisan nasihat." Imam Az-Zahabi juga berkata: "Tidak ada seorangpun para ulama besar yang riwayat hidup dan karamahnya lebih banyak kisah hikayat. Ada sebuah kisah yang diriwayatkan dari Musa bin Syeikh Abdul Qadir alJailani. beliau berkata: Aku mendengar ayahku bercerita: “Pada suatu waktu. Beliau telah berjaya mematahkan bisikan syaitan ketika menjalani ibadahnya. kemudian aku melihat cahaya terang-benderang.” Diuji Suara Panggilan Dari Syaitan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah berjaya melepasi beberapa halangan untuk mencapai iman yang tinggi. Beliau biasa mengadakan majlis di tembok kota Baghdad. tiba-tiba ada suara memanggilku. selain Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan banyak di antara riwayat-riwayat itu yang tidak benar bahkan ada yang mustahil terjadi. Karya-karya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani 1. doa-doa dan munajat dan syair-syair kesufian. memiliki sifat-sifat yang agung dan berwibawa.Antara anak-anaknya ialah Syeikh Abdul Wahab dan Musa. "Wahai Abdul Qadir." 93 . ketika aku sedang berada dalam perjalanan di sebuah gurun. Namun sebahagian perkataannya merupakan kedustaan atas nama beliau. Tiba-tiba ada awan yang melindungiku dan turun darinya setitis air kemudian aku meminumnya dan hilang rasa dahagaku. bersandar ke Ribath dan banyak manusia yang bertaubat di majlisnya. Tetapi terdapat kritikan-kritikan terhadap sebahagian perkataannya dan Allah menjanjikan (ampunan atas kesalahankesalahan orang-orang beriman). Berhari-hari lamanya aku tidak menemukan air dan aku sangat kehausan. Aku Tuhanmu dan Aku telah halalkan segala yang haram kepadamu. Futuh al-Ghaib (Penyingkapan Keghaiban) 3. al-Fath ar-Rabbani (Wahyu Agung) 2.

ketika berusia 90 tahun. Kemudian itu beliau pun menghembuskan nafas terakhir. beliau tidak dapat membetulkan lidahnya bagi mengucapkannya dengan tepat. Semoga Allah meredhainya dan memberinya kepuasan! Semoga Dia mempersatukan kita kembali dengannya “di tempat kediaman yang pasti. hingga lidahnya dapat menyebut: “Allah." Wafatnya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani Maqam Syeikh Abdul Qadir al-Jailani Anak beliau. engkau telah selamat dariku (syaitan) dengan amalmu dan fiqihmu. 8 Rabiulakhir 561 H/1166 M di Baghdad. kemudian ada suara yang mengucapkan: "Wahai Abdul Qadir. di hadapan Raja Yang Maha Perkasa. Musa menceritakan semasa sakit menjelang ajal Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.” (Syeikh Abdul Qadir al-Jailani) 94 ." Tibatiba berubah menjadi gelap dan berasap. “Seorang sufi ialah seorang yang bersih batin dan zahirnya dengan mengikuti Kitabullah dan sunnah RasulNya. Beliau merupakan penghulu segala wali Allah yang meninggalkan ramai murid-murid yang soleh dan warak.” Syeikh Abdul Qadir al-Jailani wafat pada malam Sabtu.Maka Abdul Qadir berkata: "Pergilah wahai engkau syaitan terkutuk. beliau berusaha hendak mengucapkan kata ta’azzaza. jadi beliau mengulang-ulang menyebut ta’azzaza secara perlahanlahan dan tetap. Semoga Allah meredhai dan menempatkan beliau dalam keluasan jannahNya. Allah…” hingga suaranya menghilang dan lidahnya terangkat ke langit-langit (mulut). Allah.

Ibnu Firnas atau nama sebenarnya. Ibnu Firnas.14 Ibnu Firnas. Abbas Qasim bin Firnas dilahirkan di Ronda. seorang Muslim Sepanyol. Dia dikenal sebagai orang Barbar yang ahli dalam bidang kimia dan memiliki daya kreatif dan kerap menciptakan barang-barang berteknologi baru saat itu. Masa kehidupan Ibnu Firnas sezaman dengan masa kehidupan pemuzik Iraq. telah menemukan. Melakukan Cubaan Pertama Terbang Di Udara 95 . Melakukan Cubaan Pertama Terbang Di Udara Pada abad ke-8. Ilmuwan yang suka bermain muzik dan mengarang puisi ini hidup pada saat pemerintahan Khalifah Umaiyah di Sepanyol (dulu bernama Andalusia). Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun percubaan Ibnu Firnas. Sepanyol pada tahun 810 M. Ziryab. mencipta dan menguji konsep pesawat terbang. Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudian dipelajari Roger Bacon selepas 500 tahun setelah Ibn Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbang. barulah konsep dan teori pesawat terbang dikembangkan.

96 . Ibnu Firnas telah membuat sebuah model pesawat terbang dengan meletakkan bulu pada sebuah bingkai kayu. Cederanya inilah yang memaksa Ibnu Firnas tidak berdaya untuk melakukan percubaan berikutnya. Beliau pun lupa untuk menambahkan ekor pada model pesawat terbang buatannya. Ibnu Firnas lalai memperhatikan bagaimana burung menggunakan ekor mereka untuk mendarat. Ibnu Firnas terhempas ke tanah bersama pesawat terbang buatannya. Setelah menyelesaikan model pesawat terbang yang dibuatnya.Pada tahun 875 M. Cedera belakang yang tidak kunjung sembuh mengalihkan tumpuan Ibnu Firnas pada projek-projek penelitian dan pengembangan konsep serta teori dari gejala-gejala alam yang diperhatikannya. Namun karana cara meluncur yang kurang baik. Ada catatan yang menyebutkan. Masjid Mezquita di Cordova Menara Masjid Mezquita di Cordova saat itu menjadi saksi bisu perwujudan konsep pertama pesawat terbang yang lahir dari pemikiran seorang muslim. Warga Cordova saat itu menyaksikan dari dekat menara tempat Ibnu Firnas akan melakukan penemuannya. Beliau pun mengalami cedera belakang yang sangat parah. Inilah catatan dokumentasi pertama yang sangat lama tentang pesawat terbang. Kelalaiannya inilah yang mengakibatkan beliau gagal mendaratkan pesawat ciptaannya dengan sempurna. Beliau ingin melakukan percubaan terbang dari menara Masjid Mezquita dengan menggunakan sayap atau jubah tanpa lengan yang dipasangkan di tubuhnya. Ibnu Firnas mengundang masyarakat Cordova untuk datang dan menyaksikan hasil karyanya itu.

” Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara. negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibnu Firnas. semuanya dipelajarinya dengan satu tujuan. Philip Hitti seorang sejarawan Arab berkata: “Ibnu Firnas ialah orang pertama dalam sejarah yang mencipta ilmu pengetahuan tentang pesawat terbang. Ibnu Firnas juga membuat rantai rangkaian yang menunjukkan pergerakan benda-benda planet dan bintang. Sayang. Tugu Ibnu Firnas di Iraq Libya mengeluarkan setem sebagai menperingatinya.Karya-karya baru pun bermunculan dari buah pemikiran Ibnu Firnas. iaitu mampu memberikan manfaat bagi umat manusia. kimia. Ibnu Firnas pun menunjukkan cara bagaimana memotong batu kristal yang saat itu hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Mesir. seribu tahun sebelum Wright. Ibnu Firnas wafat dalam keadaan berjuang menyembuhkan cedera belakang yang dideritanya akibat kegagalan melakukan pendaratan pesawat terbang buatannya. tepatnya pada tahun 888 M. Selain itu. sampai astronomi. 97 . tidak lama setelah itu. mulai dari puisi. Iraq membina tugu bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq dan Lapangan Terbang Ibnu Firnas di utara Baghdad dinamakan sempena namanya. jam air serta cara membuat gelas dari garam. Di antara hasil karyanya yang monumental adalah konsep tentang terjadinya halilintar dan kilat.

Setelah kematian ayahnya ia mulai berkelana. Abdullah Natalia. beliau dikenal sebagai Avicenna dan karya-karyanya sangat digemari di sana. Kecerdasannya semakin tampak apabila beliau sering kali menyelesaikan persoalan yang tidak dapat diselesaikan oleh gurunya. Kemudian beliau mentelaah falsafah. fizik. beliau mula belajar sendiri. Ketika berusia sepuluh tahun. politik dan logik. Ibnu Sina dilahirkan di Isfahan pada bulan safar tahun 370 Hijrah/980 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abu Ali Al-Husain bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. seorang alim. Menyelamatkan Perut Raja Ibnu Sina adalah seorang ilmuwan Islam di abad pertengahan yang mempunyai banyak kepakaran. Ibnu Sina telah hafal ayat-ayat suci Al-Quran dan menguasai ilmu Al-Quran beserta berbagai ilmu lainnya ketika berusia belum sampai tujuh belas tahun. Belajar Sendiri Ibnu Sina sudah menguasai ilmu tafsir dan usuludin ketika berusia sepuluh tahun lagi. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik. menyebarkan ilmu dan mencari ilmu yang 98 . Di Barat. Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang pengembara. Sebelum usianya mencecah 17 tahun nama beliau telah terkenal sebagai seorang tabib. Beliau mempelajari ilmu kedoktoran daripada seorang kristian yang bernama Isa bin Yahya.15 Ibnu Sina. matematik. Gurunya yang pertama adalah bapanya sendiri. Setelah berusia 16 tahun. politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun.

Menyelamatkan Perut Raja Otak Ibnu Sina sangat luar biasa. Di sinilah ia bertemu dengan seorang sasterawan dan ulama besar Abu Raihan Al-Biruni. Di tempat ini pula Ibnu Sina banyak berjasa. Ketua Segala Doktor Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun.baru. Tempat pertama yang menjadi tujuannya setelah hari duka itu adalah Jurjan. Seakan tak pernah lelah. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Suktan Majdud dari Rayy. Oleh sebab keahliannya. muzik dan lain-lain. astronomi. dia telah menguasai ilmu tafsir. perubatan. sebuah kota dimana karyanya yang terkenal Al-Qanun Fi Al-Tibb mulai dituliskan. setiap ilmu yang dipelajarinya lekat dalam fikirannya. Syamsu Dawla dari Hamadan dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya. kali ini daerah Iran menjadi tujuannya. banyak lahir karya-karya besar yang memberikan manfaat besar pada dunia ilmu kedoktoran khususnya. tidak lama Ibnu Sina melanjutkan lagi pengembaraannya. pemerintah kerajaan Samaniyah. Di sepanjang jalan yang dilaluinya itu. terutama pada raja Hamadan. Dalam bidang kedoktoran. Rayy dan Hamadan adalah kota selanjutnya. beliau dilantik menjadi doktor istana. beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Dalam dunia Islam. 99 . Beliau menyembuhkan Raja Nuh bin Mansur. beliau melanjutkan lagi pengembaraannya. beliau digelar 'pengeran para doktor' dan 'raja ubat'. Sejak itu. Setelah Jurjan dan Al Biruni. sebuah kota di Timur Tengah. falsafah. logika. Ibnu Sina digelar 'al-Syeikh al-Ra'is' (guru para raja). Al-Biruni adalah guru baru dengan ilmu yang baru pula bagi Ibnu Sina. matematik. Dalam usia yang masih remaja.

Kemudian saya membaca catalog para pengarang purba itu dan saya mendapatkan semua yang saya inginkan. berbagai buku telah dibacanya. Mak hanya Ibnu Sinalah satu-satunya orang pada zamannya yang menguasai ilmu-ilmu tersebut. Saya banyak menemukan tajuk buku yang tidak diketahui oleh orang. Baginda semakin meraung dan penyakitnya semakin teruk.” Ibnu Khallikan menulis bahawa apabila Ibnu Sina telah menguasai ilmu dari kitab-kitab purba itu. orang-orang berpangkat. tapi beliau hanya minta diberi kebenaran untuk menggunakan perpustakaan istana raja saja. Raja telah menawarkan wang seberapa banyak yang diminta kepada Ibnu Sina sebagai imbalan perkhidmatannya itu. Semua yang hadir terdiri para pembesar Negara. Beliau berkata: “Saya pergi ke sana (ke perpustakaan) dan menemukan beberapa bilik yang penuh dengan buku yang dikemas di dalam peti. Tiba-tiba seorang pemuda dalam lingkungan usia 17 tahun yang sedang merayau-rayau di sekitar istana dibawa masuk oleh para pengawal dan terus dimasukkan ke dalam bilik raja yang sedang nyawa-nyawa ikan. bangsawan. cendikiawan dan ulama merasa hairan melihat seorang pemuda terburu-buru dibawa masuk ke tempat ekslusif dan mewah itu.Diceritakan bahawa pada suatu ketika Raja Nuh bin Mansur dari Bukhara dtimpa sakit perut yang sangat parah. juga buku-buku yang belum pernah saya lihat sebelumnya. khazanah raja yang sangat berharga itu pun terbakar. Akhirnya si raja yang sudah berada dalam keadaan sangat kritis itu hanya dapat berbaring saja sambil menunggu saat-saat kedatangan malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya. Raja pun memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada doctor muda itu. Pemuda itu adalah Ibnu SIna yang berpraktik sebagai doktor. tapi tak seorang pun yang dapat mengurangkan kesakitan sang raja. Ada pula yang mengatakan bahawa Ibnu Sina sengaja membiarkan perpustakaan itu terbakar dengan tujuan agar hanya beliau seoranglah yang mengetahui ilmu-ilmu di dalam kitab-kitab 100 . Ternyata pemuda itu dapat menyembuhkan perut raja yang sudah tidak dapat diubat oleh para doktor pakar lainnya dalam masa yang tidak lama. Berbagai doktor telah datang mengubatinya. Semua yang hadir menjadi hairan. Di sanalah Ibnu Sina berenang di lautan ilmu yang tiada bertepi. doktor-doktor pakar.

Beliau juga merupakan orang yang pertama yang menemukan teori peredaran darah manusia.lama itu. Karya-Karyanya al-Qanun Fi al-Tibb Setiap hari beliau menulis tidak kurang dari lima puluh muka surat dan selama hidupnya telah menghasilkan buku sebanyak 238 buku dan risalah. beliau juga dianggap sebagai seorang yang agung. Karyanya bertajuk ‘al-Qanun Fi al-Tibb’ (Undang-Undang Perubatan) merupakan karya raksasa yang abadi. yang kemudian dinisbatkan kepada dirinya sendiri dalm kitabkitab karangannya. Walaubagaimanapun. beliau akan mengambil wudhuk sembahyang dan berdoa kepada Allah. buku ini disebut ‘Canon of Medicine’ dan menjadi rujukan utama dibeberapa fakulti perubatan di Eropah dan juga di China. Beliau menjadi doktor pakar dan mulai menulis berbagai buku ketika berusia dua puluh satu tahun. falsafah-falsafah beliau berlainan sekali dengan falsafah-falsafah golongan yang telah rosak akhlaknya. Adalah diriwayatkan jikalau beliau berhadapan dengan masalah yang berat untuk difikirkan dan diselesaikan. terdiri dalam lima jilid dan membahaskan 760 jenis ubat. Wallahua’lam. Karya abadi lainnya adalah ‘al-Isyarah wa al-Tanbihat’ dalam bidang falsafah mengenai ketuhanan dan kemurnian hidup. Ibnu Sina yang memang berotak cemerlang itu menjadi seorang ilmuwan agung yang tiada tolok bandingnya pada zamannya. Di Barat. 600 tahun lebih awal daripada penemuan Willian Harvey. Di dalam bidang falsafah. Sebagai seorang muslim. Sebahagian di antaranya terdiri dari beberapa jilid dan besar-besar. 101 . Menemukan Teori Peredaran Darah Beliau adalah orang yang pertama yang berjaya melakukan pengubatan terhadap beberapa penyakit seperti miningitis (radang selaput otak).

Sebuah ensiklopedia dalam ilmu falsafah yang terdiri daripada 18 jilid. beliau sendiri dilanda sakit perut dan berusaha untuk mengubatinya. Nafat . Beliau mengambil masa 20 bulan untuk mengarang buku ini 2. Sadidiyya . etika dan teologi 5. Sampai masanya. Shifa' .Tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan 6. 102 . Akibat terlalu letih dan memaksa diri.Buku ini adalah ringkasan buku Shifa' 3. namun beliau selalu mengabaikan kesihatannya sendiri kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya. astronomi. Diceritakan pula bahawa beliau terlalu banyak minum dan jimak sehingga mengakibatkan tubuhnya menjadi lemah. Tentang psikologi.Berkaitan dengan ilmu kedoktoran dan mengandungi lima jilid. fizik. Setiap hari beliau melengkapi karya-karyanya yang belum selesai. Namun demikian beliau masih tetap meneruskan penulisannya yang belum selesai walau dalam keadaan uzur. al-Rasa'il . retorika dan syair. tapi beliau tidak mengindahkannya.Teman-temannya menasihatinya tentang kesihatannya. Dalam keadaan sakit. al-Mantiq 8.Antara karyanya yang lain: 1. di samping keasyikannya pada politik. kesihatan Ibnu Sina menurun dari sehari ke sehari. beliau telah memasukkan ubat ke dalam dirinya sendiri sehingga lapan kali sehari. pergi ke sana sini untuk mengadakan pengkajian dan mengubat pesakit. 4. Risalah Al-'Isyqa . psikologi.Berhubung dengan ilmu muzik 7. pertanian. al-Musiqa . Qamus al-'Arabi Penyakit Seorang Doktor Pakar & Wafatnya Walaupun Ibnu Sina seorang doktor pakar khususnya dalam masalah penyakit perut. tapi mungkin dengan cara yang berlebihan sehingga penyakitnya bertambah parah. Memang beliau juga seorang penasihat politik yang ulung.Tentang biologi.

Maqam Ibnu Sina Apabila menyedari penyakitnya sudah tidak boleh disembuhkan lagi. Bila rasa mengantuk itu sangat mendesak. Beliau membersihkan dirinya. Beliau memohon maaf kepada semua orang yang merasa pernah tersakiti olehnya. kebanyakan soalsoal itu biasanya menjadi terang masalahnya. Tetapi jika mengantuk tak tertahankan. Ibnu Sina menyerah dan bertawakal kepada Allah. bertaubat dan menumpukan perhatiannya kepada Allah sepenuhnya. aku lalu tidur dan biasanya aku bermimpi tentang soal-soal yang belum selesai dalam fikiranku. maka akupun minum secangkir hingga timbul kembali kesegaranku dan aku teruskan membaca lagi. bersedia untuk bertemu Tuhannya. kulitnya terluka dan perutnya sakit. Ditambah lagi kerana pembantunya sengaja memasukkan candu yang banyak ke dalam uabtnya agar beliau binasa. bertaubat dan terus-menerus membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya setiap tiga hari sekali sehingga malaikat Izrail datang mengambil nyawanya. Beliau wafat pada hari Jumaat bulan Ramadan tahun 428 Hijrah/1037 Masihi di Hamadan dalam usia 57 tahun. beliau hanya mengerjakan solat. Ini kerana si pembantu tersebut telah mengkhianatinya.” (Ibnu Sina) 103 . beliau akan menghukumnya. “Aku pulang ke rumah dan meletakkan lampu di hadapanku.Akibatnya. atau badanku terasa letih sekali. Semua harta kekayaannya disedekahkannya kepada fakir miskin dan yang berhak menerimanya. lalu terus membaca dan mengarang. Di dalam mimpi itu. jadi takut kalau Ibnu Sina sembuh dari penyakitnya. Pada saat terakhir dari kehidupannya.

Kedua-dua bahagian ini cukup berasingan dan tidak ada jalan keluar masuk. Di istana mewah inilah atau lebih tepatnya di bahagian sebelah wanitanya. Sepanyol. Bapanya yang menjadi menteri itu telah menjadi mangsa rebutan kuasa dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang memerintah Sepanyol pada waktu itu.16 Ibnu Hazm.. Ulama Yang Sibuk Bercinta Ibnu Hazm dilahirkan pada tahun 384 H/7 November 994 M di Kordoba. Ibnu Hazm tinggal di istana yang mewah. Ibnu Hazm mendapat pendidikan awal beliau. Kemudiannya bertatih menulis dan membentuk tulisan cantuk. Dididik Wanita Selama kecil. mereka itulah juga yang mengawal beliau daripada melakukan apa sahaja perbuatan buruk dan mengajar beliau etika hidup sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang anak atasan. Malah bukan itu sahaja. Beliau ialah seorang ulama fiqh dan filosof terkenal di Andalusia pada masanya. Pada usianya yang ke-15 tahun keluarganya ditimpa malang. Para wanita yang tinggal di sebelah bahagian itulah yang mengajar beliau membaca dan menghafal alQuran. Ini kerana ayahnya ialah salah seorang menteri pada zaman Khalifah al-Mansur. Bagaimanapun kehidupan yang lunak ini tidak berpanjangan. Di dalam istana ada bahagian khas untuk kaum lelaki dan bahagian khas untuk kaum wanita. 104 .

ia larut dalam kesedihan dan menangis berbulan-bulan. tafsir. bahkan kehilangan sebahagian ingatannya. tetapi juga bagi kaum Nasrani di Eropah. Kehidupan setelah kepergiannya tidak nyaman lagi. Beliau jatuh sakit sekian lama. hingga kini aku tidak pernah lagi merasa bahagia.” “Ketika masih remaja. Diriku tidak pernah mengagumi lagi kecuali rambut pirang. 105 . walaupun kemudian sembuh. sebagaimana ia disibukkan oleh ilmu-ilmu agama semacam fiqih (hukum Islam). “Demi Allah.” Sekali lagi. Cintanya yang pertama ia tumpahkan kepada jariat (pembantunya) lalu menikahinya ketika Ibnu Hazm berusia di bawah 20 tahun. bukan hanya perempuan sebagaimana tulisnya. Ibnu Hazm berhasil menjadikan dirinya sasterawan yang cukup disegani. Buku itu tidak hanya menarik bagi umat Islam. Kerana biasanya kemewahan hidup yang melampau boleh menyebabkan seseorang itu lemah peribadi. Sejak itu aku tidak mengagumi gadis berambut hitam. Ketika isterinya yang lebih muda darinya itu meninggal dunia. walaupun seperti pengakuannya ia adalah orang yang sulit mencucurkan air mata. hadis dan teologi. Ibnu Hazm tidak mungkin menjadi seorang ulama sekuat itu. meski pemiliknya berada di matahari atau sangat molek. dengan demikian. Itu kecenderunganku sejak saat itu. syariat pun tidak melarangnya. Aku terus mengenangnya dan tidak lagi menemukan kesenangan dari selainnya. aku jatuh cinta kepada seorang gadis berambut pirang. Agama tidak menolaknya. Bukunya ini menjadi buku terlaris sepanjang abad pertengahan. Kerana kalau kehidupan yang lunak dan tidak mencabar itu berpanjangan.Mungkin Allah telah mentakdirkan agar Ibnu Hazm menjadi seorang ulama dan tokoh ilmuwan yang besar dan berwibawa. “Cinta awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Ibnu Hazm menulis bahawa. Itu pula kecenderungan ayahku. tetapi harus dialami agar diketahui. Dia tidak dapat dilukiskan.” Kalimat di atas merupakan pengakuan Ibnu Hazm dalam lewat karyanya yang berjudul Tauqul Hamamah (Di Bawah Naungan Cinta). Jatuh Cinta Ibnu Hazm pernah jatuh cinta sebanyak tiga kali. Ibnu Hazm sendiri sibuk dalam cinta sepanjang hidupnya.

” Ibnu Hazm. kegembiraan tanpa kesedihan. Cinta antara sesama manusia. dan tidak juga rasa aman setelah mengalami rasa takut. Ia mengatakan bahawa pujaannya itu seorang yang cantik. tidaklah semua itu. seorang pakar hukum Islam menulis pengalaman peribadinya antara lain: “Seandainya bukan kerana keyakinan bahwa dunia ini adalah tempat ujian dan negeri kekeruhan. yang menjadi kebiasaan kala itu. Jika dikejar. Menurut penuturan Ibnu Hazm. cinta pertamanya bersemi ketika ia berusia 18 tahun. si gadis berlalu dengan malu-malu dan rona wajahnya memerah. Saya pun menguntitnya sampai ke pintu ruangan tempat ia berada. Tidaklah kedekatan kepada penguasa. dan bertubuh sintal. Setiap hari selalu menanti gadis itu lewat di depan pintu rumahnya. Si gadis pun pandai bernyanyi dan memetik kecapi. Ibnu Hazm tergila-gila. Memandang Cinta 106 . jika terjalin kerana Allah. dengan gerakan lemah gemulai ia pergi ke tempat lain. Ibnu Hazm. pasti diliputi oleh kesetiaan dan kesucian. Aku juga telah meraih keberuntungan dengan segala macamnya. kesempurnaan cinta dan puncak harapan. seindah hubungan harmonis/asmara dengan kekasih/lawan jenis kita. atau kembali ke pangkuan setelah bepergian jauh. antara lain cinta antara lawan jenis.” Selanjutnya. Begitu gadis itu muncul. Seperti kisah remaja pada umumnya. “Saya ingat benar bagaimana ketika saya selalu pergi ke ruangan tempat ia tinggal. Gadis itu dikaguminya sampai habis. sebagaimana semua ulama dan agamawan. kisah cinta Ibnu Hazm penuh dengan romantika. Begitu ia melihat saya di dekat pintu. tidak juga wujud setelah ketiadaan. kita akan berkata bahawa hubungan harmonis antara kekasih merupakan kebahagiaan tanpa kekeruhan. sedangkan syurga adalah tempat peroleh ganjaran. atau perolehan harta yang dimanfaatkan.Padahal Ibnu Hazm dikenal sebagai salah satu ulama tersohor di abad pertengahan. Sementara gadis pujaannya yang berambut pirang berumur 16 tahun. ulama besar itu berkata: “Aku telah merasakan kelazatan dengan aneka ragamnya. Tentang perilakunya yang terbuai itu Ibnu Hazm menulis. Ibnu Hazm langsung menguntitnya. menyatakan bahawa cinta yang terbesar adalah cinta kepada Allah dan cinta antara sesama manusia yang dijalin kerana Allah swt. bertabiat baik. Rasanya saya selalu ingin menuju pintu itu agar bisa dekat dengannya.

Keempat. sengaja duduk di dekatnya dan mendekatinya. Pertama. segera menuju ke tempat kekasih berada. Wafatnya Ibnu Hazm wafat pada tahun 456 H/1064 M. Ketiga. Kedua. gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya. Tetapi pada orang yang jatuh cinta terdapat pertanda. 107 . cinta itu sulit diuraikan. kecanduan memandang orang yang dikasihi.Menurut Ibnu Hazm. kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumya enggan dilakukannya Adapun yang mencoreng cinta menurut Ibnu Hazm adalah berbuat maksiat dan mengumbar hawa nafsu.

cinta buat kau gila Padahal kau orang paling faham agama Ku katakan pada mereka Mengapa kalian iri padanya? Jawabnya Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta Janganlah kau berlagak mulia Dengan menyebut cinta sebagai dosa Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta Entah yang berkata keras atau halus biasa Bukankah manusia harus menetapi pilihannya Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa (Ibnu Hazm) 108 .Cinta Di Mata Seorang Ulama Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta Sungguh cintamu padanya wajar adanya Mereka kata.

Membujang Demi Ilmu Imam Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram 631H di pinggir daerah Hauran. Syeikh Yasin Yusuf Marakashi memberitahu gurunya. “Bukan. tetapi Allah menghendaki aku mengeluarkan kata-kata itu. seorang alim. tetapi beliau lain. Walaupun diajak kawan-kawannya itu. Jarang budak lelaki seusia itu tidak berminat untuk bermain. Melihat tingkah lakunya. sebaliknya beliau sibuk membaca al-Quran.” Guru yang mendengar katakata Syeikh Yasin itu bertanya.17 Imam Nawawi. Guru tersebut kemudian menceritakan peristiwa itu kepada bapa beliau. Tidak Mahu Bermain Ketika kanak-kanak lain seusianya sibuk bermain. Menimba Ilmu 109 . Bapanya ialah seorang alim yang menyedari kelebihan anaknya itu sejak kecil lagi. mengabdikan dirinya kepada Islam. Nama sebenarnya ialah Abu Zakaria Muhyiddin Yahya. “Adakah tuan seorang ahli nujum atau penilik nasib?” Jawab Syeikh Yasin. beliau tetap menolak. Nawa. walau dipaksa kawan-kawan pun dia tidak menunjukkan minat. Bapa beliau itu pula memang ingin beliau yang begitu ghairah belajar. Imam Nawawi yang berusia 10 tahun ketika itu mengelak. “Jagalah budak ini baik-baik kerana dia bakal menjadi seorang ulama besar dan ahli ibadah.

dia akan berehat sebentar sahaja di hadapan kitab-kitabnya. Abu Muhammad Abdurrahman bin Ibrahim al-Fazari. dia akan membaca 12 bab. menulis ulasannya dan membuat penambahanpenambahan penting. Abu Muhammad at-Tanukhi dan ramai lagi. Damsyik sudah pun mempunyai lebih 300 institut. Pengasasnya ialah seorang saudagar bernama Zakiuddin Abul Qassim. perundangan Islam dan pelbagai ilmu lain daripada ulama-ulama terkenal waktu itu. antaranya. AbulAbbas Ahmad bin Salim al-Misri. Itu bukanlah satu keperluan yang amat dipentingkannya. beliau memperuntukkan masa untuk berfikir mengenai isu-isu yang kompleks dan mencari rumusannya. dia akan membuat nota dan penerangan mengenainya. malah tidur pun dihadkan sedikit sahaja pada waktu malam.Bapanya telah membawa Imam Nawawi ke Damsyik yang ketika itu terkenal sebagai pusat pengajian dan ilmu. sebelum meneruskan pelajarannya. Beliau mempelajari ilmu hadis. Baginya masa adalah sesuatu yang amat berharga. Beliau sentiasa dahagakan ilmu dan dalam amalan seharian. Di madrasah inilah Imam Nawawi menimba ilmu daripada guru-guru terkenal selama dua tahun tanpa mengenal penat lelah. Pihak madrasah hanya menampung sedikit makan minumnya. usaha keras dan kecintaannya terhadap pelajaran mendapat pujian daripada gurunya. Imam Nawawi berguru dengan lebih 20 ulama. kecerdikan. Kelebihan daya ingatan tinggi dan ketajaman fikiran yang dikurniakan Allah SWT kepadanya digunakan sepenuhnya oleh Imam Nawawi sehingga mencapai tahap keilmuan yang amat membanggakan. Abu Abdullah al-Jiyani. Sesetengah mereka terkenal sebagai pakar dalam bidang masing-masing. tetapi itu sudah mencukupi bagi Imam Nawawi. Sikap ini. Selain membaca dan menulis. Guru-Guru Beliau Di Damsyik. Sifat Peribadi Sikap Imam Nawawi terhadap ilmu memang jarang terdapat pada orang lain. yang juga dikenali Ibnu Rawahah. beeliau memperuntukkan sepenuh masanya untuk mendalami ilmu. serta menjadi tumpuan pelajar dari serata tempat. Apa jua buku yang ditelaahnya. Abu Ibrahim Ishaq bin Ahmad al-Maghribi. apabila keletihan. kolej dan universiti dan Imam Nawawi belajar di Madrasah Rawahiyah yang bergabung dengan Universiti Ummvi. 110 . Mana tidaknya.

Beliau seorang yang begitu bertaqwa menurut erti kata sepenuhnya. Tiga kualiti yang dimilikinya menyebabkan Imam Nawawi menjadi ulama rujukan ketika itu. tidak di waktu malam atau di waktu siang bahkan di jalan pun beliau terus dalam menelaah dan menghafal. Fatwa Imam Nawawi Yang Menggemparkan Menurut riwayat bahawa apabila baginda Sultan al-Malik al-Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (Monggol) lalu digunakanlah fatwa ulama yang mengharuskan mengambil 111 . beliau juga disenangi kerana keindahan budi dan akhlak. “Syeikh Muhyiddin an-Nawawi sangat jarang masuk kamar kecil. beliau sehari semalam makan sekali dan minum seteguk air di waktu sahur. Beliau tidak mudah leka dengan hal-hal keduniaan sebaliknya memberi sepenuh tumpuan untuk mencari dan menyebarkan ilmu. wara’nya dan kebersihan jiwanya. “Guru kami an-Nawawi menceritakan kepadaku bahawa beliau tidak pernah sama sekali menyia-nyiakan waktu. Syamsuddin bin Ja’wan dan yang lainnya. sangat menghindari buah-buahan dan mentimun kerana takut membasahkan jasadnya dan membawa tidur. sangat takut mendapat penyakit yang menghalangi kesibukannya. Ali bin Ibrahim Ibnul Atthar. Imam Nawawi gemar berpakaian sederhana dan hanya mekan sedikit sahaja. sangat sedikit dalam makan dan minumnya. Di Antara Keadaan-Keadaan Beliau Ibnu Atthar berkata. malah beliau mempunyai kedudukan yang tinggi di kalangan ilmuan pada zamannya. Murid-Murid Beliau Di antara murid-murid beliau ialah Sulaiman bin Hilal al-Ja’fari. Ahmad bin Farah al-Isybili. Bagaimanapun Imam Nawawi tidak menjauhkan diri daripada masyarakat.Selain itu. tidak cenderung dengan hal-hal keduniaan. keilmuan tinggi dan kesediaan menyampaikannya. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa keengganan beliau untuk makan buah-buahan di Damsyik itu bukan hanya khuatir akan mengantuk tetapi kerana buah-buahan di Damsyik dikala itu terlalu banyak mengandungi syubhat.” Rasyid bin Muallim berkata. dan sentiasa mengamalkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. serta dikenali sebagai seorang yang warak. Seorang ulama yang amatlah sukar ditemui. Syamsuddin bin Naqib.

beliau berfatwa tidak membenarkan baginda mengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Beliau memimpin umat bukan umat yang memimpin beliau. Ampun Tuanku! Adalah patik telah mendengar bahawanya tuanku ada memiliki seribu orang hamab tiap-tiap seorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Beliau tidak menjual ilmu yang dimiliki dengan harta benda dunia. Baginda al-Malik al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya beliau segera keluar dari Damsyik. walaupun fatwanya itu meyusahkan kedudukannya.harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Tetapi pertolongan Allah telah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja. Beliau berterus terang tidak mahu memberi fatwanya dan enggan. Lalu baginda bertitah “Masih adakah lagi orang lain. Beliau dalam penjelasan kepada baginda menerangkan seperti berikut: “Ampun Tuanku! Adalah patik sememangnya mengetahui dengan sesungguhnya bahwasanya tuanku adalah dahulunya seorang tawanan tidak ada sebarang harta benda.” demikian jawapan yang disampaikan kepada baginda. beliau hidup di dalam masyarakat. tetapi baginda belum merasa senang hati kalau Imam Nawawi tidak memberi fatwanya. Manakala dua ratus orang khadam wanita milik tunaku. Andaikata tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk keperluan pernag sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu. Para ulama Syria telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik. 112 . maka patik bersedia memberi fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat. Kemudian baginda menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya bersama ulama fiqh mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan. Beliau mencurahkan ilmu kepada masyarakat umat.” Beliau bukanlah seorang ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja. Baginda bertanya: “Apakah sebabnya kamu enggan?” Lalu beliau memberi penjelasan mengapa beliau terpaksa menerangkan sikapnya dan keenggannya memfatwakan sama seperti para ulama.” “Masih ada. tetapi beliau enggan dengan berkata: “Saya tidak akan balik ke Damsyik selama baginda masih berkuasa. masing-masing mempunyai perhiasan yang bernilai. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Ulama fiqh Syria telah menulis menerangkan fatwa tersebut. Imam Nawawi terima saja perintah pengusirannya itu dengan nada yang tenang.” Kesimpulannya. Mengeluarkan fatwa tanpa memandang sesiapa. Inilah contoh ulama pewaris nabi (warisatul anbiya). Syeikh Muhyiddin anNawawi.

Di antara tulisan-tulisan beliau dalam bidang ilmu al-Quran ialah at-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran. Imam Nawawi kembali ke kampungnya di Nawa. Imam Nawawi seolah-olah masih hidup. hasil karyanya yang tidak ternilai masih menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah meredhai dan menempatkan beliau dalam keluasan jannahNya. Wafat Beliau Malang sekali insan yang cukup istimewa ini lebih disayangi Penciptanya. Di antara tulisan-tulisan beliau dalam bidang fiqh ialah Raudhatu Thalibin. Syarah Sunan Abi Daud dan yang terkenal. Beliau kemudian jatuh sakit dan wafat pada 24 Rejab 676H dalam usia 45 tahun dan dikuburkan di Nawa. Al-Adzkar. Riyadus Salihin. Arbain. Selepas mengabdikan dirinya selama 28 tahun kepada ilmu. al-Umdah fi Tashhihi Tanbih dan Majmu Syarah Muhadzdzab. Syarah Sahih Bukhari. setelah sekian lama beliau hidup dengan membujang tidak beristeri di tengah-tengah suasana masyarakat Damsyik dan telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada Islam dan umatnya.Karya-Karya Beliau Riyadus Salihin Di antara tulisan-tulisan beliau dalam bidang ilmu hadis ialah Syarah Sahih Muslim. 113 . Namun sehingga hari ini. khususnya di Damsyik.

Ibnu Jauzi mengatakan kepada puteranya dalam sebuah surat yang sangat menyentuh perasaan dan hati dalam nasihat seorang ayah kepada puteranya yang menceritakan perjalanan awal dari hidupnya serta permulaan keadaannya: “Ketahuilah wahai puteraku bahawasanya ayahku ialah seorang yang kaya raya dan beliau mewariskan beribu-ribu harta. kemahiran dan ketinggian ilmunya. tafsir dan fiqah. Sehingga beliau menjadi ulama yang termasyhur dan tokoh masyarakat pada zamannya kerana kefasihan. Beliau banyak menulis kitab-kitab lebih kurang seribu kitab. antaranya berbentuk kitab dan ada yang berbentuk risalah Perjalanan Hidupnya dan Peribadinya Ibnu Jauzi mulai menuntut ilmu sejak kecil. menulis kitab. Beliau dilahirkan pada tahun 1114 M di Baghdad. beliau sudah mulai memberikan ceramah dan nasihat sejak berumur 10 tahun. menghafal dan menekuni bidang agama. Bahkan. Ketika aku berusia baligh. mengajar dan memberi nasihat dan fatwa kepada orang lain.18 Ibnu Jauzi. Beliau telah sampai pada suatu kedudukan yang tidak ada orang seperti beliau sebelum dan sesudahnya. sejarah. Waktu beliau dihabiskan untuk menuntut ilmu. Ulama Alim Yang Pepatahnya Memukau Ibnu Jauzi ialah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis. 114 .

Dia boleh mengungkapkan syair yang indah dan pepatah yang memukau secara spontan. ulama dalam bidang sejarah.” Sungguh aku suatu pagi tidak punya makanan apa pun. Abdurrahman bin Ali 115 . Dia ialah lautan dalam bidang tafsir. berilmu dengan ijma’ dan perbezaan pendapat para ulama. sifat yang baik. Tidak pernah keluar berpindah-pindah dari satu negeri ke negeri yang lain kerana kesibukannya memberikan nasihat dan tidak pernah mengutus seorang budak untuk meminta sesuatu kepada siapa pun. Ayahmu tidak pernah merasa merendah diri dalam menuntut ilmu. Oleh kerana itu. membuat sangat senang dan membuat orang yang mendengarkannya merasa tersanjung yang tidak pernah dibuar seseorang sebelum atau sesudahnya. Aku menjual kedua rumah tersebut untuk biaya menuntut ilmu. fakih. urusannya tetap berjalan dengan baik. suara yang indah menikam jiwa. Qanaalah kamu. tidak akan ada yang memperbudaknya. akan panjang dan inilah keadaanku sekarang seperti yang kau saksikan.” Imam Az-Zahabi berkata tentangnya: “Tidak berlebihan kalau kita mengatakan bahawa diia ialah orang terdepan dalam memberikan nasihat. bersungguh-sungguhlah wahai puteraku dalam menjaga martabatmu untuk mencari dunia dan merendahkan diri di hadapan penghuninya. Dia boleh menarik. membuat kagum. “Inilah warisanmu seluruhnya. lalu didik oleh datuknya. Ada yang berkata. disebutsebut sebagai orang yang paling pandai dalam bidang hadis. Tidak ada lagi padaku sisanya. Karib kerabatnya banyak berdagang tembaga.diberikan kepadaku 20 dinar serta dua buah rumah dan mereka berkata kepadaku. Kalaulah aku menerangkan keadaanku. Allah tidak merendahkan diriku di hadapan seorang makhluk pun. “Barangsiapa yang merasa cukup dengan sepotong roti dan kubis. Aku tidak menemukan karangan seperti karangannya. faham. Petang harinya juga tidak ada. cerdas dan hafal. akan tetapi Dia mengatur rezekiku untuk menjaga martabatku.” Kemudian. Ayahnya meninggal dunia saat dia berumur 3 tahun. menguasai beberapa bidang ilmu. Kadangkala dia menyebutkan namanya dalam belajar. Dialah pembawa panji baik dengan segala kepiawaiannya. Dia bersungguh-sungguh dalam mengumpulkan dan menulis dengan tatabahasa yang sangat memukau dan menarik. paras nan elok. nescaya akan berwibawa. aku mengambil dinar tersebut dan kubelikan beberapa kitab. punya kelebihan dalam bidang kedoktoran. Berwatak mulia dan sifat yang terpuji serta sangat dipandang baik di kalangan khusus ataupun awam.

Dan lain-lain. Kemudian. Wafatnya Ibnu Jauzi wafat pada tahun 1201 M dalam usia 87 tahun. Akhbar al-Akhyar 5. Sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut cerita-cerita yang menyentuh hati dan cerita-cerita orang soleh kerana mereka ialah golongan memahami maksud daripada hadis-hadis yang dinukil. dia banyak belajar kepadanya. Semoga Allah SWT merahmati dan memaafkannya sekiranya dia tidak menggeluti rakwil dan tidak pula menyelisihi imamnya. al-Manasik 6. datuknya membawanya kepada Ibnu Nashir. 2. Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. Kemudian.” Karya-karyanya Di antara karya-karya beliau ialah: 1. Lalu. Dia mulai memberi nasihat sejak kecil. di masa kanak-kanak. “Aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dngan perkara-perkara yang menlembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang soleh. Afat al-Muhaddithin 4. dia berkecimpung lebih jauh dalam bidang itu hingga dia terkenal sampai dia wafat. Talbis Iblis.” (Ibnu Jauzi) 116 .Ash-Shaffar. Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis. al-Adhkiya' 3. karya beliau yang terkenal dan sangat bermanfaat. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut. minat mereka hanya pada mendapat sanad hadis yang tinggi dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan pendebatan mereka. dia mulai suka memberi nasihat dan berkecimpung di dalamnya.

saraf dan ilmu mantiq. Ketika menginjak usia 17 tahun. pendiri gerakan Tabligh.. India. beliau mempelajari bahasa Arab tingkat lanjut. 117 . kemudian menghafal Al-Quran di bawah bimbingan langsung sang ayah. seorang ulama besar yang cukup terpandang di India. Abu Bakar As-Siddiq r. Semasa kecil Zakariyya mulai belajar membaca kepada Hakim Abdur Rahman. Maulana Zakariyya selalu menjaga wudhuk.a. Maulana Muhammad Yahya. nahwu. minat utamanya mulai terfokus pada bidang kajian ilmu hadis. di sebuah desa bernama Kandlah di wilayah Uttar Pradesh. bertepatan dengan 12 Februari 1898. Beliau mempelajari 5 dari 6 kutubussittah. Maulana Zakariyya dibawa oleh sang ayah ke Madrasah Mazahirul Ulum. Pada usia 12 tahun. dari sebuah keluarga yang mempunyai sejarah panjang dalam pengabdian pada agama.19 Maulana Zakariyya al-Kandahlawi. Bahkan beliau sempat belajar untuk kedua kalinya kitab Sahih Bukhari dan Sunan at-Tirmizi kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Ulama Hadis India Terkenal Maulana Zakariyya al-Kandahlawi dilahirkan pada 10 Ramadhan 1315H. teks-teks klasik. Silsilah keluarga beliau bersambung sampai kepada sahabat besar Nabi. Setelah itu belajar bahasa Parsi dan bahasa Arab kepada Maulana Muhammad Ilyas. Selama mempelajari kitab-kitab tersebut. Di bawah bimbingan sang ayah.

Kecintaan Maulana Zakariyya pada agama.w. separuhnya lagi diajarkan oleh direktur madrasah. mengajar seluruh kitab tersebut selama 16 kali dan mengajar kitab Sunan Abi Daud sebanyak 30 kali. Setelah sang direktur wafat. Pada tahun 1345H. syarah kitab AlMuwatta’nya Imam Malik. sangat total. Di Madinah beliau tinggal selama 1 tahun dan selama itu mengajar Sunan Abi Daud di Madarasah Ulum Shar’iyyah. Total waktu yang dihabiskan beliau untuk belajar dan mengajar hadis adalah selama kurang lebih 60 tahun. Di Kota Nabi ini. tugas mengajar Sahih Bukhari ini diberikan seluruhnya kepada Maulana Zakariyya. ketika beliau menderita sakit mata yang tidak memungkinkan lagi untuk terus mengajar. ketika beliau ditunjuk untuk mengajar di mata pelajaran nahwu. 118 .w.w.) dan beberapa kitab lainnya. Lami’ al-Dirari ‘ala Jami’ al-Bukhari (syarah dari kitab Sahih Bukhari). Sunan al-Nasai. juga memuat tentang masalah hukum haji. Beberapa kitab yang beliau tulis dalam bidang kajian hadis antara lain . Pada tahun 1341H. Ketika kembali ke India.a. beliau berkesempatan mengunjungi tanah suci.a. Maulana mulai menulis Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik. Khasa’il Nabawi Sharh Shama’il al-Tirmidhi (syarah dan komentar terhadap kitab al-Shama’il al-Muhammadiyya-nya Imam Tirmidzi yang berisi tentang hadis-hadis yang berkenaan dengan peri kehidupan Nabi Muhammad s. Al-Muwatta Imam Muhammad dan separuh bagian dari Sahih Bukhari.Maulana Zakariyya memulai karier mengajarnya pada tahun 1335H.a.. beliau telah mengajar separuh bahagian pertama dari Sahih Bukhari selama 25 kali. beliau mulai lagi mengajar kitab Sunan Abi Daud. Juz’ Hajjat al-Wida’ wa ‘Umrat al-Nabi (Berisi tentang haji dan umrah yang dilakukan oleh Rasulullah s. terutama pada kajian ilmu hadis. Selama hidup beliau.). kemudian ditunjuk untuk mengajar tiga bahagian dari kitab Sahih Bukhari dan pada tahun 1344H ditambah lagi mengajar kitab Mishkat al-Masabih. lokasi. dan tempat-tempat yang pernah dilalui atau disinggahi oleh Rasuulllah s. ketika itu beliau berumur 29 tahun. terdiri dari 6 jilid). saraf dan sastera. Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik (syarah dari kitab Muwatta Imam Malik. Karier beliau mengajar bertahan sampai tahun 1388H. Dalam kurun waktu tersebut beliau juga telah menulis lebih dari 80 kitab yang sangat tinggi nilainya dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia. Syarah Muslim (syarah Sahih Imam Muslim).

yang setakat ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul “Autobiografi Zakariyya Al-Kandahlawi”. Lebih lengkap mengenai riwayat hidup beliau bisa dibaca di buku autobiografi beliau yang ditulis dengan cara yang unik oleh beliau sendiri dengan judul “Aap Beeti”. menulis. Maulana Zakariyya wafat pada 1345H.Fadhail Amal Karya beliau yang paling terkenal ialah Fadhail Amal. Diikuti dengan Hayatus Sahabah. Pertanyaan sederhana untuk kita. Membaca kisah belajar. apa yang telah kita lakukan untuk memajukan agama yang kita cintai ini? 119 . ketekunan dan semangat Maulana Zakariyya dalam pengabdiannya kepada agama. mengajar. khususnya dalam ilmu hadis harusnya membuat kita menjadi malu.

islah dan tajdid. Pengasasnya adalah Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi. Beliau menyeru kepada ijtihad dan memerangi taqlid. Pengasas Tarekat Sanusiyah Tarekat Sanusiyah bukan semata-mata tarekat biasa. Syeikh as-Sanusi yang bermazhab Maliki. Algeria. . Tarekatnya bebas dari syirik dan khurafat. Oleh itu. beliau telah mencapai kemajuan yang pesat di atas jalan kerohanian. Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi adalah seorang ulama yang ikhlas dan suka merendahkan dirinya. Berikut ini adalah ringkasan dari Tarekat As-Sanusiyah: . akan menyalahi pendapat mazhabnya jika ada mazhab lain yang lebih mendekati kepada kebenaran. di Mustaghanim. Gerakan tajdid dan islam. Syeikh Muhammad bin Ali as-Sanusi telah dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal 1202H/22 Disember 1787M di sebuah tempat yang bernama alWasitah. .Secara umumnya mereka berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah dengan pengaruh tasauf.Sanusiyah merupakan gerakan dakwah Islam.Ia muncul di Libya pada kurun ke-13 H. melainkan ia adalah sebuah gerakan. 120 . Antara bintang dari tarekat ini adalah Umar Mukhtar sang Singa Padang Pasir yang terkenal itu.20 Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi.

? Allah Maha Mengetahui Sebelum beliau meninggal dunia. 121 ..Gerakan ini juga terpengaruh dengan tasauf yang bersih dari syirik dan khurafat seperti bertawassul dengan orang mati dan orang soleh. Kalaulah Tarekat As-Sanusiyah ini masih wujud lagi. . Somalia dan sebahagian negara Arab. Abu Hamid al-Ghazali.. Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi telah meninggal dunia pada bulan Safar tahun 1276H/1859M di al-Jaghbub. ia tidak akan sanggup untuk memikulnya." Yang dimaksudkan oleh beliau ialah menjaga amanah Allah.Pengasas gerakan ini adalah Muhammad bin Ali as-Sanusi yang bermazhab Maliki. sedangkan yang lain sama sahaja dengan jalan yang ditempuh oleh tarekat-tarekat lain. . Salibi dan sebagainya. "Hamba-hamba Allah ini telah memberikan kami satu tugas yang amat berat sekali sehingga andaikata ia diletakkan di atas gunung. . gerakan ini menggunakan cara lembut dan berhikmah. beliau pernah berkata.Mereka menekankan dalam kerja-kerja tangan dan sentiasa berjihad Fi Sabilillah menentang penjajah. .Gerakan ini terpengaruh dengan al-Imam Ahmad bin Hanbal. kita tidak tahu apakah jalan yang ditempuh masih lagi sebening jalan yang telah dirintis oleh pengasasnya Syeikh as-Sanusi dan Umar Mukhtar? Atau hanya sekadar mengambil sempena namanya sahaja. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. .Dalam berdakwah kepada Allah. Sudan.Tersebar luas hingga ke Selatan Afrika. Libya. namun beliau akan menyalahi mazhab berkenaan jika di sana ada kebenaran bersama mazhab lain.

Sebelum itu. beliau terlebih dahulu berguru kepada Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga dalam pelajaran nahu 122 . beliau dihantar oleh ayahandanya untuk mendalami pengajian agama Dan sememangnya di zamannya. Di antara pondok-pondok yang terdapat di jajahan Terengganu. Semasa kecilnya. beliau dibawa semula kembali ke Terengganu. Sumber sejarah menerangkan bahawa ayahanda beliau berasal dari keturunan Patani.21 Haji Abdul Rahman Limbong. Tarikh kelahiran Haji Abdul Rahman Limbong sebenarnya tidak dapat dipastikan. Kepesatan perkembangan pondok-pondok pengajian yang begitu banyak di zaman itu mendorong beliau untuk mendalami lagi pengajian agama. Timbullah keinganan beliau untuk mengaji di pondok Tokku Paloh. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir. Tapi dari sekian banyak maklumat dan rujukan dapat dipastikan beliau dilahirkan sekitar tahun 1285H/1868M. pondok Tokku Palohlah yang terkenal serta menjadi tumpuan para pelajar. Ada sumber-sumber yang menjelaskan bahawa sejak kecil lagi beliau menghabiskan masa bersama-sama bapa saudara beliau iaitu Haji Tun Muhammad Zain di Makkah. Beliau juga seorang ulama pejuang menentang penjajah di Terengganu yang sangat disegani. Setelah dewasa. perkembangan Islam cukup pesat. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika beliau sejak kecil lagi sudah menerima pendidikan agama. seperti kanak-kanak lain. Ulama Yang Warak & Pejuang Bangsa Sejati Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama memiliki peribadi yang sangat menarik dan warak. sebagai persiapan ke pondok Tokku Paloh.

Kerana semuanya ini merupakan adab-adab dalam berguru sebagaimana yang telah 123 . Tokku Paloh. Hal yang semacam inilah yang dilalui oleh para ulama di zaman beliau sebelum mereka terkenal sebagai seorang ulama terkemuka. beliau mengaji pula kepada Haji Wan Musa. Dan beliau dikatakan hanya mengambil masa selama kirakira dua bulan sahaja untuk menguasai pelajaran tersebut. Semuanya ini dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketabahan demi mendalami lagi pengetahuan agama.saraf dan feqah. menyediakan kayu api. beliau tidak pernah untuk mengangkat muka. mengisi air di kolah surau dan sebagainya. Apabila berhadapan dengan tuan gurunya. Dengan ilmu yang telah diperolehi dari Haji Yaakob Paya Bunga dan Haji Wan Musa. Untuk pergi ke pondok pengajian Tokku Paloh dari tempat kediaman beliau. betapalah pula untuk bertentangan mata. Lama kelamaan. barulah beliau mula untuk merapatkan diri dengan pondok pengajian Tokku Paloh. Sehingga dengan itu beliau mampu untuk mengajar murid-murid Haji Yaakob Paya Bunga yang lain. Segala suruhan serta arahan guru-gurunya. Beliau bertugas sebagai menyapu halaman rumah. Timbul rasa kasih Tokku Paloh terhadap beliau kerana kesungguhannya untuk belajar. beliau hanya menjadi khadam kepada Tokku Paloh. Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai kecekapan yang agak luar biasa. kelakuan beliau akhirnya diketahui oleh Tokku Paloh. membersihkan surau. Di samping itu beliau terkenal sebagai seorang yang sangat menghormati guru. Dikatakan juga bahawa Haji Abdul Rahman Limbong sebagai seorang murid yang agak luar biasa kecerdasan akalnya. terpaksalah beliau berulang alik menaiki perahu. Dan akhirnya beliau diterima menjadi murid kepada Tokku Paloh dan belajar bersama-sama pelajar-pelajar lain. Dan ini juga merupakan salah satu proses pendidikan tasauf demi untuk melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa. Pada peringkat awal pengajian beliau dengan Tokku Paloh. Dalam masa yang singkat sahaja beliau dapat telah menguasai segala pelajaran yang diajarkan. Setelah tamat mengaji kepada Haji Yaakob Paya Bunga. Dan sememangnya cara sedemikian dilalui oleh kebanyakan para ulama sufi demi peningkatan rohani. dilaksanakan serta dipatuhi dengan segera. Dan sememangnya sejak kecil lagi telah terlihat pada diri beliau tandatanda yang beliau akan menjadi seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah. Melalui pendidikan seperti inilah akhirnya mereka menjadi tokoh-tokoh terkemuka di zaman mereka.

maka dengan tidak secara langsung Haji Abdul Rahman Limbong juga turut mengamalkan tarekat tersebut. peranan tarekat ini cukup besar sekali dalam pembentukan masyarakat Islam di sebelah sini.diterangkan dengan panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin. berakhlak tinggi dan sebagainya. Oleh kerana Tokku Paloh memimpin tarekat Naqsyabandiyah. Oleh kerana beliau boleh dikatakan di antara murid Tokku Paloh yang terpintar serta baik akhlaknya. Dan apabila selesai sahaja pengajian. Di antara sikap beliau ialah tidak suka menonjolkan diri walaupun beliau boleh dikatakan sebagai murid yang terpintar di antara murid-murid yang lain. Oleh kerana itu beliau hanya mendengar pengajian di tepi kolah sambil menatap kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh. Hal ini dilakukan tanpa disedari oleh sesiapa pun. maka tidak hairanlah mengapa Tokku Paloh begitu sayang dan kasih terhadap beliau. merendah diri. Dan akhirnya ternyata bahawa Haji Abdul Rahman Limbong mewarisi kepimpinan serta perjuangan yang dilaksanakan oleh Tokku Paloh. Oleh kerana itu kita dapat fahamkan bahawa beliau lebih suka mengasingkan diri dari murid-murid Tokku Paloh yang lain. tarekat Naqsyabandiyah boleh dikatakan memenuhi pondok-pondok pengajian di masa itu. Hasil dari pengajian tasauf serta amalan tarekat Naqsyabandiyah. Tarekat Naqsyabandiyah boleh juga dikatakan sebagai satu tarekat yang cukup terkenal serta banyak diamalkan dari dahulu sehinggalah ke hari ini. beliau menyembunyikan kitabnya di celah-celah atau surau. Ini menunjukkan yang yang beliau tidak mahu diketahui turut sama-sama belajar dengan murid-murid Tokku Paloh yang lain. Tokku Paloh semacam mengharapkan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai pengganti beliau selepas beliau meninggal dunia. membuat kerja yang berbagai-bagai. maka kuranglah masa beliau untuk dapat menghadiri majlis pengajian ilmu. Beliau juga dikatakan mengulangkaji segala pelajaran secara bersendirian. Di gugusan Kepulauan Melayu. Keadaan seumpama ini adalah melambangkan keperibadian seorang yang 124 . Oleh kerana beliau menjadi khadam kepada Tokku Paloh. lahirlah pada diri beliau sifat-sifat yang terpuji seperti zuhud. Dan oleh kerana itu.

ramailah orang yang datang ke rumah beliau untuk berziarah serta meminta nasihat atau minta untuk diselesaikan masalah yang timbul. Sementara pada siang harinya digunakan untuk mengajar murid-murid yang datang kepada beliau. malah sedaya upaya beliau cuba menyelesaikannya. sejak kecil lagi telah terlihat sifat serta peribadi beliau yang terkenal warak. Ini semuanya hasil didikan Tokku Paloh yang bertindak sebagai guru beliau. Inilah satu sikap yang perlu ada kepada seorang pemimpin.layak menjadi tokoh di tengah masyarakat. Oleh kerana kebaikan serta kesolehan beliau terkenal di seluruh Terengganu. Kebaikan serta kesolehan beliau terkenal oleh seluruh rakyat Terengganu. bahkan akan menyebakan bertambahnya kepercayaan orang ramai terhadap mereka. 125 . Keadaan seumpama ini bukan menurunkan darjat mereka. iaitu perlu menunjukkan contoh serta teladan kepada mereka yang berada di bawah pimpinan mereka. Kealiman beliau dalam bidang agama serta kesungguhan beliau mengamalkan tarekat Naqsyabandiyah. Demikianlah beliau menjalani alam pendidikan pondok sehingga akhirnya menjadi seorang ulama serta pemimpin yang berjuang ke tengah masyarakat. beliau sanggup merendahkan diri dengan mencuci air kencing kanak-kanak yang sering datang ke surau beliau. Segala masalah yang didatangkan kepada beliau tidaklah pernah beliau hampakan. Sebab itu tidak hairan mengapa orang yang seumpama ini tetap menjadi ikutan serta tumpuan orang ramai. sehingga menyebabkan beliau mempunyai keperibadian yang cukup baik. Atas dasar inilah maka sebahagian orang menganggap beliau sebagai salah seorang Wali Allah serta mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam masyarakat. Di samping itu beliau juga terkenal kuat beribadah kepada Allah SWT. merendah diri. Lebih dari itu. Sifat Peribadi Yang Menarik Sebenarnya. tenang hati dan sebagainya. Ini dengan sendirinya menambahkan lagi kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadap beliau. bersopan-santun. Di antara sikap Haji Abdul Rahman Limbong ialah suka sekali menolong orang yang sedang berada dalam kesusahan. Haji Abdul Rahman Limbong memanglah diakui sebagai seorang yang sangat mengasihi kanak-kanak serta memuliakan orang-orang miskin serta anak-anak yatim.

w. Oleh kerana itu tidaklah hairan mengapa Haji Abdul Rahman Limbong tidak pernah sekali-kali meletakkan kebendaan sebagai suatu perkara yang penting.w. Oleh kerana itu tidak hairanlah mengapa beliau tidak mahu singgah apatah lagi makan minum di kedai. sendiri pun berulangkali menerangkan bahawa kehidupan dunia ini serta segala macam perhiasan dunia ini merupakan penipuan kepada manusia yang hidup di atas muka bumi. Kerana kehidupan yang agak mewah dengan sendirinya akan menyebabkan penghuninya lalai serta berat dalam mengerjakan amal ibadah. terutama dalam soal makan dan minum. yang di antara lain menyebut bahawa hati manusia itu ditempah oleh makan dan minum. Apabila makanan dan minuman itu mengandungi perkara subahat. Apa yang menjadi harapan bagi mereka ialah untuk semata-mata membangunkan syariat Allah bertapak kukuh di atas muka bumi. Ini mungkin beliau berpegang kepada hadis Rasulullah s. Beliau amat menghalusi tiap-tiap perkara yang haram dan subahat. Al-Quran dan hadis Rasulullah s. Ini dapat diperhatikan jika kita mengikuti pengajian-pengajian tasauf yang amat menitikberatkan persoalan ini.a. Oleh kerana itu beliau sentiasa memakai 126 . Dan atas dasar inilah maka beliau amat menjaga makan dan minum beliau serta hal-hal yang lainnya. Tidak terdapat apa-apa perhiasan yang berharga di dalam rumah beliau kecuali barang-barang yang dianggap perlu dalam kehidupan. Ini dapat diteliti berdasarkan kepada kehidupan rumahtangga beliau yang memang agak sederhana sekali.Suatu hal yang istimewa mengenai peribadi beliau ialah sikap warak beliau. sudah tentu merupakan orang yang sanggup mengorbankan kepentingannya demi perjuangan yang didukungnya. Kerana lazimnya makan dan minum di kedai dengan sendirinya menjatuhkan kewibawaan seseorang pemimpin masyarakat. Seorang ahli tarekat apatah lagi seorang syeikh tarekat.a. Umumnya diketahui bahawa di kedai-kedai selalu belaku perkara-perkara yang mungkar. sudah tentu ianya akan dengan sendirinya merubah sikap serta peribadi seseorang. sudah tentu tidak mahu keadaan rumahnya itu bersarang dengan bentukbentuk keduniaan. Haji Abdul Rahman Limbong memang sentiasa mengenakan pakaian yang melambangkan ciri-ciri keIslaman. Mereka yang mengenali serta pernah bersama-sama beliau menyebutkan bahawa beliau tidak pernah singgah atau makan dan minum di kedai. Lebih dari itu kebendaan bukanlah menjadi tujuan serta harapan dalam perjuangan. Seorang ulama serta pejuang di tengah masyarakat.

baju Melayu atau jubah putih serta memakai serban. Ke mana-mana pun beliau sentiasa memakai terompah yang diperbuat sendiri atau pun dibeli dari orang lain. Kewarakkan beliau nampak jelas dengan sikap beliau yang tidak suka sama sekali memakai kasut yang diperbuat di kedai apatah lagi yang diperbuat oleh orang kafir. Lebih hebat lagi, apabila beliau berjalan melalui perkampungan orang-orang kafir, beliau akan menyamak kaki beliau. Sebagai seorang ulama yang warak lagi taat kepada Allah SWT dan di samping sebagai seorang masyaikh tarekat Naqsyabandiyah, beliau amat kuat menjaga syariat. Ketelitian beliau dalam menjaga syariat dapat dilihat berdasarkan kepada kehidupan beliau sendiri. Tidak pernah sama sekali beliau bertentangan mata dengan kaum wanita walaupun dengan muridmurid beliau sendiri. Beliau juga akan menundukkan pandangan serta menyisihkan diri apabila bertembung dengan kaum wanita. Sebagaimana guru-guru serta ulama pondok yang lain, beliau juga mempunyai dua khadam yang secara sukarela menolong beliau menyelesaikan tugas-tugas di rumah. Kedua-dua mereka ialah Haji Hussin bin Muhammad dan Haji Ali Yaakob. Mereka mendakwa bahawa mereka sama sekali tidak pernah melihat isteri Haji Abdul Rahman Limbong. Mereka berdua hanya dibenarkan mengangkat air untu kegunaan beliau setakat di hadapan pintu sahaja. Setelah mereka berdua pergi, isteri beliau akan membawa air itu masuk ke dalam rumah. Demikian keterangan bagaimana kuatnya beliau menjaga syariat. Isteri beliau akan sentiasa mengenakan pakaian jilbab apabila keluar rumah bersama beliau kerana sesuatu urusan. Di kampung beliau sendiri, diadakan sekatan tempat permandian di antara kaum lelaki dan kaum wanita. Peraturan ini sengaja beliau adakan bertujuan tidak berlaku fitnah apabila lelaki dan wanita bercampur-gaul. Kisah Di Hari Raya Haji Abdul Rahman Limbong ialah ulama yang kuat beramal. Sebahagian besar daripada waktu malam digunakannya untuk beribadat kepada Allah, terutamanya pada bulan puasa. Pada setiap hari raya pula, beliau lazimnya mengurungkan diri di dalam rumahnya selepas sembahyang hari raya dan beribadat tanpa menghirau mereka yang datang membawa makanan untuknya. Sikap ini dapat diertikan bahawa beliau tidak ingin menggalakkan orang ramai bersusah payah menyediakan makanan untuknya, sebagaimana yang menjadi amalan masyarakat Melayu tradisi yang sangat mengambil berat terhadap orang-

127

orang alim. Tambahan pula Haji Abdul Rahman amat menghalusi asal-usul makanan, bagi mengetahui halal-haramnya. Keramat dan Kewaliannya Sebenarnya, bakat kepimpinan serta keistimewaan yang ada pada beliau itu sudah pun kelihatan sejak beliau masih lagi berguru kepada Tokku Paloh. Beliau suka beruzlah (mengasingkan diri) daripada murid-murid Tokku Paloh yang lain. Seringkali beliau berulang-alik dari rumahnya ke pondok dengan bersendirian, walaupun jarak di antara rumahnya dengan pondok pengajian Tokku Paloh agak jauh. Keadaan beliau yang begini menimbulkan kehairanan di kalangan orang-orang yang sering memerhatikan segala kelakuan beliau. Diceritakan bahawa ada tiga orang lelaki telah mengintai kelakuan Haji Abdul Rahman Limbong yang boleh menhilangkan diri dari pandangan manusia. Ketiga-tiga lelaki tersebut memanjat pokok kelapa di tepi sungai tempat beliau menyeberang sungai. Timbul kehairanan di hati mereka kerana di tepi sungai tersebut tidak pun terdapat perahu, rakit atau sebagainya. Haji Abdul Rahman Limbong kelihatan duduk berselimut di atas batu yang agak besar di tepi sungai. Tiba-tiba sahaja beliau hilang dari pandangan dan sudah berada di tebing seberang sungai tersebut. Ini adalah beberapa keramat yang Allah SWT izinkan terjadi kepada beliau. Mengikut cerita yang lain pula, Haji Abdul Rahman Limbong juga dipercayai tidak basah apabila ditimpa hujan walaupun cuma berterendak. Keadaan yang sama dikatakan pernah dialami oleh seorang mudridnya yang berteduh di dalam jubah beliau semasa mereka bersama di dalam perahu menghilir sungai, manakala orang lain yang menjadi pengayuh basah ditimpa hujan. Suka Mengembara Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadi muridnya. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain. Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdul Rahman Limbong. 128

Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdul Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahuperahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan. Penjajahan & Campur Tangan Inggeris Haji Abdul Rahman Limbong juga dikatakan sebagai seorang tuan guru yang sama masyhurnya dengan Tokku Paloh di masa itu. Oleh kerana itu, tidaklah begitu menghairankan jika Haji Abdul Rahman Limbong mendapat sambutan yang baik dari orang ramai yang mengenali beliau. Syed Sagof merpakan murid kesayaangan Haji Abdul Rahman Limbong. Bahkan lebih dari itu, beliau sentiasa mengharapkan bahawa suatu masa kelak Syed Sagof akan menggantikan beliau untuk meneruskan perjuangan yang beliau dukung selama ini. Untuk itu, mereka merasakan perlu ada penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris yang mana tujuan utama mereka turut campur tangan dalam pemerintahan ialah untuk menghancur serta meleburkan syariat Islam. Pihak penjajah telah sedikit demi sedikit menanamkan perasaan bencikan agama kepada golongan atasan serta rakyat sekeliannya. Ini dilakukan oleh mereka dengan membawakan bentuk kehidupan mewah serta pendidikan yang secara terang-terangan bertentangan dengan cara hidup beragama. Para ulama serta tuan guru-tuan guru yang mempunyai jiwa cintakan agama telah bangkit menyeru rakyat untuk melakukan penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris. Sungguh pun begitu, pada peringkat awal penentangan itu dilakukan bukan dengan bentuk senjata. Tetapi akhirnya terpaksalah mereka bengkit menentang menggunakan senjata setelah penentangan secara perlahan tidak berjaya memadamkan pengaruh penjajah yang semakin hari semakin meningkat. Sebenarnya, kemasukan pihak penjajah dalam pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu bertujuan untuk menyerapkan unsur-unsur kehidupan dan kebudayaan mereka ke dalam kehidupan orang-orang Melayu yang pada ketika itu kuat berpegang dengan agama. Kita tidak hairan mengapa kehadiran mereka tidak disukai oleh rakyat. Tambahan pula kehadiran mereka ke negeri-negeri sebelah timur adalah sebagai lanjutan dari Peperangan Salib yang berlaku selama beberpa abad. 129

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris. Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri. Setelah menggunakan berbagai tipu helah maka pihak Inggeris telah berjaya turut campur tangan dalam pemerintahan kerajaan Terengganu yang pada asalnya berasaskan perundangan Islam. Pihak penjajah sengaja mengenepikan perundangan Islam, sebaliknya menampilkan undangundang ciptaaan mereka sendrri. Di samping itu mereka juga telah membawa unsur-unsur kehidupan serta kebudayaan mereka yang akhirnya berjaya mengubah akhlak serta kehidupan umat Islam sehingga ke hari ini. Para ulama yang mempunyai jiwa cintakan agama memberi kesedaran kepada umat agar kembali semula kepada ajaran Islam. Tetapi seruan mereka hanya mendapat perhatian di kalangan rakyat berbanding dengan golongan atasan. Sementara itu, peraturan-peratauran yang dikenakan oeleh pihak penjajah Inggeris cuba menekan kehidupan masyaraat yang kebanyakkannya terdiri dari kaum tani yang miskin. Lama kelamaan pihak penjajah mula meragui Haji Abdul Rahman Limbong serta menganggap beliau sebagai merbahaya kerana dikatakan menghasut rakyat untuk menentang kerajaan. Sungguhpun demikian, pihak Inggeris tidak berani mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Ini mungkin disebabkan bahawa apa yang beliau lakukan tidak menampakkan apa-apa kesalahan. Di samping itu terdapat seorang tokoh ulama yang turut menyeru rakyat menentang pihak penjajah. Beliau ialah Haji Musa bin Abdul Ghani Minangkabau. Beliau telah menebut kepaa rakyat bahawa barangsiapa yang membayar pas menebas pas menebas (cukai) dan hasil-hasil tanah akan

130

termasuk golongan kafir. Beliau juga berkata, ”Barangsiapa yang tidak mahu mengikut hukum syarak, Nabi tidak mengaku umatnya.” Penentangan 21 Mei 1928 Akhirnya berlakulah peristiwa penentangan rakyat Terengganu terhadap pihak penjajah. Puncak kebangkitan rakyat menentang kerajaan ini ialah pada 21 Mei 1928. Kebangkitan 1928 melibatkan konflik berdarah, apabila perkumpulan dan kemaraan petani telah ditentang oleh pihak kerajaan di Ulu Telemong. Dalam perkara ini Haji Abdul Rahman Limbong disalahkan sebagai orang yang bertanggungjawab menimbulkan pemberontakan dan penentangan ini. Oleh kerana itu, pihak penjajah meneluarkan ancaman untuk menangkap beliau. Untuk meredakan suasana yang berlaku, maka Haji Abdul Rahman Lombong menyerah diri di Istana Maziah. Tidak ada seprang pun yang berani mendekati beliau semasa berada di istna tersebut. Beliau menafikan tuduhan yang mengatakan bahawa beliaulah yang menjadi punca berlkunya penetangan rakyat terhadap pihak penjajah. Atas tuduhan tersebut, Haji Abdul Rahman Limbong dihadapkan ke perbicaraan mahkamah. Perbicaraan tersebut dibuat di padang dan disaksikan oleh pegawai Inggeris serta orang ramai. Kebetulan pula kerusi yang beliau duduki itu menghadap ke arah kiblat, maka beliau terus menerus bersolat sepanjang majlis perbicaraan tersebut berjalan. Akhirnya keputusan diambil oleh pihak Inggeris yang mana Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah. Sebelum itu terdapat pihakpihak yang mensyorkan supaya beliau dibuang negeri ke China. Tetapi akhirnya keputusan diambil bahawa beliau dibuang negeri ke Makkah. Dan sememangnya haji Abdul Rahman Limbong sendiri bercadang untuk menghabiskan sisa-sisa umurnya ke Makkah. Pembuangan Di Makkah & Wafatnya Sungguhpun beliau telah dibuang ke Makkah, namun pengajaran dan perjuangan yang beliau bangunkan masih tetap utuh. Beliau masih tetap mengajar walaupun berada di Makkah. Ramai murid-murid beliau yang menyambung semula pengajian kepada beliau di Makkah ataupun menemui beliau sewaktu menunaikan ibadah haji. Sewaktu beliau di Makkah, pernah beliau meminta kebenaran untuk pulang sebentar ke Terengganu. Tetapi malangnya permintaan beliau ditolak dengan alasan bahawa beliau nanti akan menimbulkan semangat kepada rakyat Terengganu. 131

132 .Akhirnya. Dan tidak sepatutnya para ulama hanya mendiamkan diri tanpa membuar sesuatu untuk kepentingan agama. Sepatutnya hendaklah diketahui. Dengan itu berakhirlah perjuangan seorang ulama yang berpengaruh serta pengajarannya cukup ketara di dalam kehidupan masyarakat Islam Terengganu sehinggalah ke hari ini. dapat menjadi contoh serta teladan kepada generasi para ulama selepas beliau. bahawa perjuangan yang dilaksanakan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ialah untuk menegakkan kesucian agama dari pengaruh-pengaruh Barat yang menjejaskan keimanan umat Islam di waktu itu. Demikianlah beliau yang dengan ketokohannya menjadi seorang ulama. setelah sekian lama beliau berkhidmat mengajar berbagai pengetahuan tentang agama di Makkah. Beliau meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 1348 (1929) kerana menghidap penyakit di dalam perut. maka beliau pun dijemput oleh Allah SWT untuk mangadapNya.

Kota Bharu. sifat ingin mengetahui dan ingin maju terdapat pada Tok Kenali ketika kanak-kanak ialah apabila beliau sudah diajarkan guru sesuatu potongan ayat suci al-Quran. Bila belaiu enggan membaca. Menulis Sesuatu Di Tepi Bendul Tok Kenali sejak kecil lagi. telah memperlihatkan bakat yang luar biasa dalam belajar. Justeru menjadi sukar orang untuk membacanya. Nama sebenarnya ialah Muhammad Yusuf bin Ahmad. Kecerdasan minda serta kecenderungannya terhadap ilmu begitu ketara sekali.22 Tok Kenali. apa pula? 133 . gelaran yang cukup digemari olehnya. Dia menjawab: “Tok. maka pada esoknya beliau tidak mahu lagi membaca yang sudah diajarkan itu. disebabkan ibunya yang sopan dan bercita-cita murni serta pengaruh datuknya mematuhi peraturan agama dan gemarkan beribadat. Hampir 19 tahun lamanya beliau menuntut di Kota Bharu dengan berguru kepada beberapa orang ulama yang terkenal pada masa itu. Keluarganya pula memanggilnya dengan nama timangan ‘Awang’. Tok Kenali dibesarkan dengan menerima didikan yang baik. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Tok Kenali yang diambil sempena nama kampung tempat kelahirannya. Adalah agak aneh cara Tok Kenali menulis jawi. gurunya bertanya. Kelantan. maka kalam (pena)nya menjadi semacam amat pantas menulis. Kubang Kerian. Suatu sifat yang agak istimewa. Ahmad ialah seorang petani yang bekerja sendiri. Ayahnya. Ulama Melayu dan Wali Allah Terkenal Tok Kenali dilahirkan pada tahun 1870M/1287H di Kampung Kenali. Dikatakan bahawa sewaktu beliau menulis.

antara lain berbunyi: “Di kala saya meninggalkan tanah air saya Tanah Melayu yang tercinta. maka di tepi bendul rumahnya telah disediakan sebuah pasu air. wang RM100 termasuk belanja tambang kapal. Sesampainya saya ke Tanah Suci. bahawa suatu sifat yang menjadi kebiasaan kepada Tok Kenali semasa kecil dan merupakan suatu keganjilan kepadanya ialah semasa beliau pulang ke rumah dari mengaji alQuran. dengan kemahuan Tok Kenali yang keras dan dengan bantuan kenalannya di ibukota. Beliau pernah menceritakan perjuangan hidupnya di Makkah kepada salah seorang muridnya. saya telah diberikan oleh ibu.” 134 . Bukanlah suatu perkara yang diada-adakan. bekalan dan lain-lain untuk menuju ke Tanah Suci. wang tadi tinggal lagi sebanyak RM22. Di samping itu saya juga telah memperoleh beberapa bantuan daripada dermawandermawan Kota Bharu. maka dicelupkan jari telunjuknya ke air (sebagai dakwat) dan kemudian beliau pun menuliskan sesuatu di tepi bendul itu. Kehidupan saya amatlah sederhana. kapal perniagaan yang kerap menyusur pantai dari bawah angina membawa barang-barang pertukaran ke atas angina dan sebaliknya. baik tentang pakaian dan tempat kediaman. Mujurlah Masjid Al-Haram itu mempunyai serambi (bahagian luar) tempat saya menginap sampai beberapa bulan.Kelmarin sudah kelih. Apa yang ditulis itu mungkin merupakan pelajarannya dan mungkin pula merupakan sesuatu gambaran dalam fikirannya. Beliau bertolak dari Kuala Besar di muara Kelantan dengan kapal layer. Belajar di Makkah dan Peristiwa Ajaib Menjelang usia 18 tahun kira-kira pada tahun 1887 M. patut baca yang lain!” Gurunnya tersenyum mendengar ketepatan tutur-katanya. tambahan pula apa yang sudah diajarkan kelmarin itu memang beliau dapat membacanya dengan betul. diperbuatnya demikian setibanya beliau di rumah. Begitulah keadaannya pada setiap hari. maka beliau dapat belayar ke Makkah dengan tujuan melanjutkan pelajaran agama di samping menunaikan haji. apabila pulang dari mengaji. menyebabkan saya terpaksa makan nasi bubur sahaja. Setiba sahaja di tepi pasu itu. tidaklah jauh dari kehidupan orang-orang Arab desa (Badwi) yang hidup dengan belas kasihan langit dan dermawan bumi.

Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu. Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fatani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepada semua pelajar. Antara ulama yang mengajar dalam Masjidil Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya.Pada tahun 1969. Tiba-tiba Syeikh Ahmad alFatani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fatani. Dalam masa berbulan-bulan peristiwa seperti di atas. Keberadaannya dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya. Semua pelajar terdiam. Orang yang tidak mengenalinya hanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah yang lain dalam Masjidil Haram. Syeikh Ahmad al-Fatani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah. Pemuda itu terkejut. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fatani. pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fatani. Kehidupan sehariharinya penuh dengan tawakal. Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai. tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fatani pemuda Kelantan itu sama ada cepat ataupun lambat akan datang juga kepada beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya. Syeikh Ahmad al-Fatani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Walau bagaimanapun. tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani. ketika Tok Kenali pertama kali datang ke Makkah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik dan ajaib berlaku. Seluruh gerak dan diam Tok 135 . Makkah. orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Syeikh Ahmad al-Fatani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu. kecuali seseorang itu memiliki pandangan kasyaf ataupun telah memperoleh ilmu laduni. diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang. martabatnya ialah seorang wali Allah. Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Ketika Tok Kenali sampai di Makkah. tidak seorang ulama peringkat wali Allah di Makkah mahu membuka rahsia itu kepada murid-muridnya. yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fatani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya. tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. tidak memiliki wang.

sekalipun beliau tidak ikut makan. maka beliau mencukupi membaca kitab di kedai-kedai kitab atau dirumah-rumah kawan saja. Makanannya juga amat sederhana sebab beliau betul-betul makan untuk hidup. bukan sebaliknya hidup untuk makan seperti haiwan. Beliau suka berdikari mengurus 136 . sebab dimasak bersama-sama. Kalau dirasakan perlu. bongkak dan megah. pakaiannya amat sederhana sekali iaitu beliau hanya memakai dua helai kain sahaja dan terkadang beliau memakai baju panjang tanpa kain sarung. tetapi kemudiannya apabila beliau sangat dikasihi gurunya. kerana diketahuinya bahawa seluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fatani semata-mata untuk kepentingan Islam dan bukan kepentingan peribadinya. Beliau tidak pernah menolak jemputan dan panggilan. Dalam detikdetik kehidupannya beliau pernah memasak nasi yang dicampurkan serentak dengan ikan kering agar lauknya mudah terasa dengan menjelira dan lekas pula dimasak. Sebab kekurangan perbelanjaan maka pada peringkat pertamanya beliau belajar secara menadah sahaja kitab kawan tanpa membelinya. Tok Kenali telah pun mulai belajar. Beliau suka berjalan kaki berkaki ayam sebagai suatu latihan melenyapkan perasaan sombong. Tok Kenali ialah seorang yang pemurah. maka beliau dapat pula meminjam kitab-kitab gurunya. suka menderma terutama kepada fakir miskin dan anak-anak. tetapi terkenal juga sebagai ulama yang mempunyai sifatsifat mulia yang baik untuk dicontohi. Sifat-sifat dan Peribadi Tok Kenali Tok Kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulama yang berkaliber sahaja.Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu. Semasa belajar di Makkah ini.

sedangkan si penanya sudah pun lupa akan masalah itu. Kadangkadang tidak berbaju. Beliau juga mempunyai ingatan yang kuat di kala membaca sesuatu surat khabar atau majalah.pekerjaan berseorangan. Akan tetapi apabila pangajian dimulakan semula pada bulan Syawal. Tok Kenali seorang yang pengingat. Diceritakan. maka beliau membuka semula halaman tadi dengan tepat tanpa silap lagi. 137 . maka ditinggalkannya. Sejurus kemudian. Beliau suka beri’tikaf di masjid. apabila hampir bulan Ramadan. juga dengan pegawai Inggeris dan lain-lain. di samping terkadang berterompah yang dibuatnya sendiri dan keadaan begini mungkin terasa selesa kepada beliau. Beliau sentiasa ingat akan sesuatu masalah yang ditanyakan kepadanya. kata-kata sakti dan syairsyair Arab. Sesudah dibaca. tetapi baju Cuma disangkut ke bahu saja. Tok Kenali cukup berpakaian dengan sehelai kain pelikat sahaja. Kerap pula kelihatan sayur-sayuran di ubunubunnya. beliau dapat menceritakan segala sesuatu yang tersiar di dalam akhbar tersebut. Tok Kenali mempunyai pendirian dan sikap sendiri dari segi berpakaian ini. manakala tidur kerap berbantalkan lengan. Dalam bentuk pakaian beginilah beliau bergaul dengan Sultan Kelantan dan Kedah. lalu ditutupnya kitab tanpa menandakan di mana tempat berhenti. beliau menghentikan pengajaran. kecuali di kala bersolat atau di kala hendak menghadiri sesuatu majlis. Beliau suka membaca dan menatap. Tok Kenali ialah seorang yang bersifat zuhud dan memilih hidup sederhana dalam semua perkara. Orang-orang yang mengenal Tok Kenali kerap menceritakan bahawa beliau kerap pula berkaki ayam saja di kala berjalan. Apabila pulang. sukar ditiru. Keadaan sehariannya bersarung an berbaju. Beliau sendiri keluar ke pasar dengan sebiji timba besar sebagai raga. Beliau tidak menolak sebarang pemberian orang yang diberikan kepadanya. Beliau sangat menggemari kata-kata hukama. Beliau kelihatan berbaju putih panjang sampai ke pertengahan betis dan memakai sehelai kain sarung pelikat di sebelah dalamnya. baik buku-buku atau majalah di mana sahaja beliau berada. Di kala itu beliau sedang membaca kitab. Manakala di kepala beliau sering berserban dengan belitan sendiri yang berbentuk semacam bertingkat. kelihatan timbanya penuh dengan pemberian-pemberian orang.

Kitab-kitab tadahannya semuanya ditinggalkan di rumah. disimpannya dalam lipatan hati. di mana segala isi kitab atau buku yang telah dibaca. Akan tetapi apabila hadir kuliah. Demikianlah silih berganti kitab. semasa Tok Kenali mendalami ilmu pengetahuan di Makkah. di mana apabila telah habis sebuah kitab yang dipelajarinya. dianalisa atau akan diberi huraian oleh gurunya. Beginilah ingatan kuat yang dikurniakan Allah kepada beliau. segala sesuatu dicatitnya dengan baik sehingga sukar hilang dari ingatan. malahan baginya kitab ialah bersifat rohani sekali. semalam-malaman beliau membaca dan mengkaji sendiri di rumah akan apa-apa pelajaran yang dibaca. Dalam masa belajar itu. cara beliau berguru hanya secara datang menadahkan telinga dan membuat perbandingan antara ajaran guru dengan apa-apa kajian yang 138 . Dengan cara begini dapatlah beliau membaca dan mempelajari bermacam-macam kitab sehingga pengetahuan beliau mendalam dan kemahiran beliau telah tercapai. maka lalu dijualnya pula kepada kawan-kawannya. maka beliau menjawab: “Saya tidak berwang kerana itu saya terpaksa menjual kitab-kitab yang telah saya pelajari untuk mempelajari lagi yang lain.” Kegiatan Belajar Tok Kenali Suatu keanehan. selain meminjam kitab daripada guru-gurunya. dari suatu masa dengan memberi sedikit potongan daripada harga asalnya. maka kedapatan beliau datang dengan tangan kosong. Sebab itu apabila ditanya tentang mengapa beliau tidak banyak mempunyai kitab. Jadi.Tok Kenali Dengan Kitab Aneh seribu kali aneh! Kitab bagi Tok Kenali bukanlah pada catitan kertas. Sikap begini dan oleh desakan ekonomi membuatkan beliau terpaksa menjualkan pula kitab-kitab yang telah dipelajarinya itu kepada kedai-kedai kitab. beliau mengambil sikap untuk membeli apa sahaja yang dibaca ataupun tidak dibaca oleh guru-gurunya. Di kala itu Syeikh Ahmad al-Fatani pernah memuji Tok Kenali dan menyebutkan Tok Kenali adalah bak sang suria Kelantan yang akan menjadi suluh kepada kegelapan (kejahilan) di sekitar negeri itu. Sebelum beliau hadir ke kuliah. beliau banyak juga membeli kitab secara berdikit-dikit.

telah dikajinya semalam itu. Berpindah Ke Pondok Kenali 139 . Tok Kenali Mengajar Tanpa Kitab Sebagaimana beliau belajar di Makkah dahulu tanpa membawa sebarang kitab tadahan ke tempat pengajian. Tok Kenali juga telah mempamerkan komitmen yang tinggi terhadap ilmu dan gurunya turut mengagumi kesungguhan beliau dalam bidang ilmu. Kira-kira sekitar tahun 1906. maka kelihatan murid-murid beliau telah siap-sedia membuka kitab. Salah seorangnya ialah ulama Patani yang terkenal. Kematian gurunya itu ternyata memberi kesan kepada Tok Kenali dan menjadi salah satu sebab beliau membuat keputusan untuk kembali ke Tanah Melayu. Guru Kesayangan Tok Kenali Tok Kenali pada zamannya sangat beruntung kerana berkesempatan menuntut ilmu dengan beberapa orang ulama besar ketika itu. akhirnya Tok Kenali pulang ke Kelantan dan di waktu itu. Pada tahun 1908. Sejurus. Akan tetapi aneh pula iaitu jika beliau sendiri yang membaca. Usman bin Affan. Syeikh Ahmad al-Fatani. maka dibacanya sahaja sesebuah kitab itu tanpa penjelasan. Setibanya di sana. menurut sukatan atau ukuran bahan pengajian tertentu. Syeikh Ahmad al-Fatani ialah seorang guru yang sangat alim serta bijak dan mahir dalam bidang penulisan. Diriwayatkan datuknya ialah seorang pendakwah Islam di Hadramaut dan salasilah keturunannya itu sampai kepada nasab sahabat terkenal. Ini lebih berkesan dan membuka jalan-jalan peluasan untuk bertanya sesuatu yang mungkin timbul. Tok Kenali menjadi salah seorang anak murid kesayangan ulama besar itu hampir 20 tahun lamanya. maka pergilah beliau ke masjid. disuruhnya salah seorang murid membaca kitab tersebut yang kemudianya diikuti dengan penjelasan beliau yang terang dan nyata. Muridmuridnya itu disuruhnya membaca bergilir-gilir dan demikianlah diperbuatnya. maka begitu jugalah beliau mengajar. usia beliau mencecah 40 tahun. Tok Kenali berdamping dengan Syeikh Ahmad alFatani dan bermacam-macam ilmu yang telah diperolehinya daripada ulama tersebut. guru kesayangan beliau telah menyahut panggilan Ilahi. sedang muridmuridnya menaruh faham. Sesudah beliau menetapkan kitab-kitab yang akan dibaca.

Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi 2. diberitakan bahawa Tok Kenali hanya tiga kali sahaja bergambar (diambil gambar) sedangkan bergambar itu pun bukanlah 140 . Dan lain-lainnya Tok Kenali Dengan Gambar Dalam masa hidupnya. tidak jauh dari Jalan Wakaf Setan (Jalan Tok Kenali kini). ke mana sahaja Tok Kenali berasa. masjid telah terpancang merupakan suatu syiar kebesaran Allah di penjuru-penjuru dunia. Tok Kenali berpindah pula ke kampungnya sendiri dan pada kali ini beliau tidak ke tapak pondoknya yang asal. lebih-lebih lagi murid yang baru.Sesudah lima tahun Tok Kenali mengajar di Kota Bharu. Telaga. Syeikh Uthman Jalaluddin al-Kalantani 3. maka pada tahun 1918 M. jumlah murid beliau yang menghuni pondok telah meningkat sampai 300 orang. di Kampung Paya tetapi ialah di Kampung Belukar. Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal 5. ke situlah pergi muridmuridnya. Pondok telah banyak didirikan. Murid-murid Tok Kenali Antara murid-murid Tok Kenali yang terkenal ialah: 1. suatu jumlah yang besar sewaktu itu jika dibandingkan dengan murid-murid sekolah manapun. baik murid yang lama. Haji Abdullah Tahir 4. Sekarang. Ilmu itu dicari. kolah dan lain-lain kemudahan telah pula wujud tanpa kerahan.

’ Tok Kenali Dengan Cerpen 141 . tetapi suatu perkara kamu mesti jaga iaitu kamu tidak boleh menyembahkan gambar saya sebab saya bimbang kiranya kamu menyembahkan dia sebagaimana kamu lakukan kepada gambar-gambar yang lain. gambar Tok Kenali pernah dijual dan disebarkan dan ramai orang yang menyimpannya di rumah-rumah sebagai kenangan. Tegasnya malaikat-malaikat yang membawa rahmat yang selalu mendoakan manusia dengan suatu kebaikan atau menolakkan mereka daripada sesuatu kecelakaan. Semasa Tok Kenali masih hidup. loceng dan anjing peliharaan. setiap masa hidupnya ingin mendampingi para malaikat. Pada suatu masa.” Mendengar permintaan itu. Ketereh dan lain. maka dia tidak akan memperoleh keberkatan hidup. Pulau Pisang. Hj. Mungkin beliau mengambil sikap wara' kerana tidak ingin melibatkan diri dalam membuat gambar atau melukis makhluk bernyawa di mana akibatnya.dari kehendaknya sendiri. orang yang terlibat akan diminta memberikan nyawa kepada makhluk tersebut di hari Akhirat nanti berdasarkan hadis sahih. Abdullah Tahir B. Tuan Guru Hj. di mana para malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang ada di dalamnya patung-patung atau gambar penuh makhluk bernyawa. rahmat dan keampunan daripada rahmat malaikat. Nor B. Sikap yang sama terjadi pula kepada murid-muridnya yang terkenal iaitu Tuan Guru Hj. walaupun cuma membolehkannya? Sebagai seorang wali Allah. Tuan Guru Hj. Jadi siapa yang terlibat dengan perkaraperkara ini. Kenapakah Tok Kenali tidak suka bergambar. Hj. Ali Shalahuddin. seorang cina ingin menyimpan gambar beliau dengan suatu permintaan berbunyi: “Tuan guru ialah seorang ulama besar di Kelantan. Ahmad. Muhd. Tok Kenali dengan senyum menjawab: “Saya boleh membenarkan kamu menyimpan gambar saya. malah sebaliknya tempatnya akan dipenuhi oleh para syaitan yang berperanan sebaliknya serta membawa malapetaka dan hidup gelisah. Kerana itu benarkan saya dapat memiliki gambar tuan guru. Bunut Payung. tidaklah akan memasuki rumah tersebut. Abdullah. But.

jangan mati syarak di mana bumi dipijak. Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita teladan yang berkesan antaranya: Ikut bapamu. maka dengan cara begini ia akan sedar kembali kepada pelajaran yang dihadapi. maka ramailah orang-orang kampung datang menadahkan kitab dan telinga untuk mendengar pelajaran dan nasihat-nasihat agama. Cerita-cerita itu diselitnya di celah-celah pengajaran beliau agar pengajarannya tidak menjemukan dan kalau ada orang-orang yang agak mengantuk. 142 . maka banyak sekali beliau mengemukakan cerita-cerita pendek dan kadangkadang agak lebih lanjut yang berhubung dengan masalah-masalah agama dan masyarakat. semuanya mempunyai persesuaian dengan pelajaran dan kerap mengandungi teladan yang baik. Akan tetapi cerita-cerita yang dikemukakannya itu tidaklah berupa sebarangan cerita. Hanya sekali sekala dicelahi dengan cerita lawak-jenaka dan itupun tidak menyimpang dari yang dimaksud (tujuannya). Untuk menarik perhatian murid-muridnya terutama orang-orang kampung. di situ langit dijunjung bertanya pada yang tahu penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya doa adalah senjata orang mukmin. tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas mengaku salah jika bersalah sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat.Suatu hal yang agak berbeza dari pengajaran Tok Kenali di Kota Bharu dahulu ialah apabila beliau berhijrah semula ke kampung sendiri.

tetapi beliau telah berjaya mencapai matlamatnya dalam pendidikan. Hampir dengan bentuk cerita-cerita dalam al-Quran (tanpa menyebut nama dan tempat tetapi penuh dengan ibarat). dia terjumpa Tok Kenali sedang berada di tepi sebuah tiang daripada tiang-tiang Masjidil Haram dia sempat berjabat salam dengan beliau. Jepun mendarat dan menyerang Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Sewaktu dia bercerita halhal yang berlaku di Makkah. bersa’i dan bertilawah. Pada suatu hari. Meskipun bentuk persembahan yang dikemukakan Tok Kenali nampak bersahaja tanpa menggunakan nama pelaku dan suasana tempat. 143 .” Kata orang Bacok. Kelantan telah pergi ke Makkah kerana mengerjakan haji. Pada tahuntahun akhir hayatnya.” Kata kawannya.Antara cerpen-cerpen yang telah dihasilkan Tok Kenali ialah Awang Hidung Melintang. Dikatakan juga Tok Kenali juga ialah seorang masin mulut. Mungkinkah Tok Kenali cerpenis Melayu pertama? Karamah-karamah Tok Kenali Ada seorang kenalan Tok Kenali dari Bacok. Tidak sampai sepuluh tahun kemudian. dia pun pulang ke Bacok. Allah memberikan kemudahan kepadanya untuk ke Makkah dengan sekelip mata. Katanya: “Saya benar-benar kenal dan bertemu dengan dia. pergi dan pulang. beliau pernah memberitahu muridnya bahawa akan tiba suatu masa Jepun akan menjajah Kelantan dan Tanah Melayu seluruhnya. “Tok Kenali memang seorang wali Allah. Tidak lama berselang. Semangat Pengorbanan Yang Ulung dan lain-lain. Saya telah pergi dan telah berjumpa dengannya pada hari raya Aidiladha yang kedua. Kemuliaan Merendah Diri. Dia ialah seorang yang syka memerhatikan orang-orang yang sedang tawaf. dia memberitahu kepada orang ramai bahawa dia telah bertemu dengan Tok Kenali.” “Eh! Tok Kenali ada di pondoknya di Kenali.

di mana beliau pernah berkata: “Aku ada alamat akan berlaku bah besar. Dari sini 144 .Selain itu. Syeikh Muhammad Shalih dan Ustaz Haji Abdullah Zawawi Minat Tok Kenali Dalam Penulisan Penglibatan Tok Kenali dalam penulisan ialah sebagai bukti beliau seperti juga ulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang Majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. beliau berada di keenam tempat tersebut. ustaz dan pendakwah. tanpa puteri. Pernah diceritakan juga bahawa Tok Kenali dijemput untuk berbuka puasa di enam tempat dan pada hari jemputan tersebut. guru. Tok Kenali pernah memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya banjir besar di Kelantan. Beliau telah dikurniakan Allah. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Ahmad. Beliau mengahwini isterinya itu ketika usia isterinya 18 tahun. 4 orang putera. Banjir besar ini terkenal juga dengan sebutan Bah Air Merah (24 Disember 1926) disebabkan air yang datang dari hulu negeri adalah berkeadaan merah dan luar biasa sekali keadaannya. Keluarga Tok Kenali Keluarga Tok Kenali Tok Kenali mempunyai seorang isteri yang bernama Hajah Ruqayyah binti Haji Mahmud. Kerana itu kamu bersiap-sedialah!” Kira-kira sebulan selepas beliau berkata itu. Semuanya diberi pendidikan Islam dan mereka menjadi orang alim. tiba-tiba berlakulah bah besar yang terkenal dalam sejarah negeri Kelantan. pendidik.

Karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur. Tok Kenali juga telah menghasilkan lebih kurang 20 cerpen yang dimuatkan dalam Majalah Pengasuh.” Sekiranya tidak dihambat oleh tugas-tugasnya sebagai seorang guru dan pendakwah dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang penulisan. bangsa dan agama. tidak syak lagi nama Tok Kenali akan dikenali sebaris dengan nama-nama penulis terkenal tanah air yang lain. Tok Kenali yang sememangnya berminat dalam bidang penulisan. Keyakinan beliau tentang kemampuan media massa sebagai alat dakwah dan perpaduan ini dinyatakan melalui penulisan beliau dalam keluaran sulung Majalah Pengasuh.dapat kita buktikan bahawa Majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Antara ayat yang ditulis dalam majalah tersebut ialah: “Tatkala saya mengetahui bahawa tiada orang yang boleh menjadi utusan (penyampai) usaha ini untuk menghimpunkan (menyatupadukan) sekalian anak Melayu kita ini. Semangat Pengorbanan Yang Ulung dan lainlain. maka besarlah harapan saya supaya diadakan pada setiap negeri Tanah Melayu ini sekurang-kurangnya mempunyai utusan (surat khabar) agar ia menjadi alat yang bijaksana untuk menyeru umat Melayu untuk bersatu dalam apa jua pekerjaan yang mendatangkan kebaikan bagi anak waran. Kemuliaan Merendah Diri. Dicetak dalam bentuk 145 . pantas dan berkesan. semuanya tidak diterbitkan lagi. bahkan termasuk yang agak terkebelakang. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. yang selesai ditulis pada bulan Jamadilakhir 1310 H/Disember 1892 M. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadilat burdah Busiri. Antaranya berjudul Awang Hidung Melintang. menyedari akan kepentingan media massa dalam usaha untuk menyebarkan dakwah dengan cara yang mudah. Beliau juga beranggapan surat khabar atau majalah ialah ejen dakwah yang paling berkesan ketika berhadapan dengan zaman yang penuh kelalaian dan kemaksiatan.

sesungguhnya aku pohon pada Engkau pemberiannya sempurna. Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetangpetang. nyatalah bahawa Tok kenali sangat terpengaruh oleh ajaran-ajaran Iman al-Ghazali. tumpahkanlah rahmat engkau di tempat kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. kesihatan yang berkekalan. rahmat yang menyeluruh dan kesegaran yang berguna.” Sakit Kudis Tok Kenali Mengharum Semerbak Semasa akhir hayatnya. Aku pohonkan daripada Engkau puncak kesenangan hidup. buktikanlah hasrat kami dengan penambahan amalan.” Tuhanku. tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas. Makkah pada Jamadilakhir 1310 H. Tuhanku. puncak kebahagiaan umur. Kemewahan hidup yang terhad dan sifat tidak membesar diri adalah nyata sekali dalam penghidupannya. Tok Kenali telah mengidap sakit berkudis.huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid. seorang ulama tasauf yang sampai kepada darjat ‘hakikat’ mengenal diri dan Tuhannya. kesempurnaan kebaikan. ingin mencapai kebahagiaan dan kesucian yang setinggi-tingginya dalam penghidupan yang singkat ini. tiada suatu berita pun kedengaran mengatakan beliau mengeluh tentang bau busuk kudisnya itu. Unsur-unsur ini adalah terkandung dalam doa yang dikumpul dan digubah oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya ‘Ayyuhal Walad’ (Wahai Anak) yang menjadi amalan Tok Kenali dan murid-murid beliau sehingga sesudah itu dikenal pula dengan ‘Doa Tok Kenali’ (Doa mengiringi solat lima waktu) yang antara lain bererti: “Wahai Tuhan. Sepanjang sakitnya itu. Bahagiakanlah kesudahan hidup kami. Kepada Engkau kami berserah dan kepada engkau kami menggantung harapan. juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah. Tentang baunya juga tidak pula dikatakan amat busuk. 146 . Wahai Tuhanku. Pengaruh Daripada Imam al-Ghazali Melihatkan peribadi dan sikap hidupnya.

Mereka kelihatan penuh khusyuk dan insaf. harum mewangi!” Kata Hajah Ruqayyah. berserban dan bersongkok telah memasuki saf untuk mensolatkan jenazah Tok Kenali. Ya. sekalipun ada lagi bintang-bintang lain di langit nan biru! Adakah penggantinya? Patah tumbuh hilang berganti.Apa yang berlaku. Kata Abdullah Zawawi. tetapi yang datang mungkin tidak setokoh yang pergi. hampir semuanya berkopiah. berduyun-duyun manusia yang berwajah sebam. Anak bongsunya ini datang lalu mencium kaki ayahnya. Umat Islam telah meningkat ribuan orang sedang menanti di sekeliling masjid dan rumah Tok Kenali. “Weh! Mari cium kaki ayah ini. 19 November 1933 M/2 Syaaban 1352 H. Di tengah-tengah suasana yang sepi. di kala kematian beliau. 147 . ketika berusia 65 tahun. “Ya! Harum mewangi!” (Sedang kaki orang lain membusuk apabila berkudis memburuk. isteri beliau kepada anaknya. sekalipun sudah meninggal). Kematian Tok Kenali dan Suasananya Maqam Tok Kenali Tok Kenali wafat pada hari Ahad. harum sebab ikhlas dan beliau ialah seorang wali Allah. Suasana sedih menjelma menyelubungi pada hari itu. Abdullah Zawawi. kudis itu menyerbakkan bau yang harum luar biasa. Kubur pun telah siap. yang disayangi. sebab bintang yang telah banyak memberi panduan cahaya dengan sinarnya telah gugur sebiji.

“Mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran. namun jasa beliau yang paling besar dalam dunia Islam ialah melahirkan satu angkatan ulama yang tersohor bukan sahaja di negara ini. Mereka tidak menghiraukan hujan lebat dan jalan lecah. guruguru dan murid serta orang kampong tua-muda datang bersolat tanpa meminta upah dan habuan. Tok Kenali selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.000 orang yang ikhlas kepada Allah. tidak juga ketinggalan.Bersaf-saf orang mengangkat takbir. sama-sama menjulang jenazah dengan hujung-hujung jari mereka menuju ke kubur yang sekarang terkenal dengan ‘Kubur Tok Kenali’. demi untuk kebahagiaan roh Tok Kenali buat selama-lamanya. Sekalipun hujan lebat mencurah-curah tetapi dalam kubur kering-kertah.” (Tok Kenali) 148 .500 orang dan jenazahnya disolatkan lebih 1. Orang-orang besar dan berpangkat dari ibukota. tetapi turut terkenal di negara luar. Biarpun Tok Kenali tidak meninggalkan hasil-hasil karya yang terkenal dalam mana-mana pengajian Islam. susul-menyusul. Hari wafatnya dilawati oleh tidak kurang daripada 2. Alim ulama.00 petang.

23 Haji Sulong Al-Fatani. beliau berangkat ke Makkah untuk menyambung pelajaran di sana selama 17 tahun. Ketika itu. Pada tahun 1924. Keadaan negeri Patani 149 . ulama ulung yang bergerak dalam perjuangan rakyat Islam di negeri itu turut dihangatkan oleh bahang tekanan pemerintahan Siam. Kehilangan Haji Sulong Al-Fatani itu menjadi tampatan hebat kepada umat Islam Patani kerana mereka bukan saja kehilangan tokoh agama tetapi juga seorang pejuang Islam. beliau kembali ke tanah air bersama-sama isterinya yang dikahwininya semasa di Makkah. Mesir dan yang datang dari Nusantara. Nama sebenarnya ialah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Al-Fatani. Beliau brguru kepada para ulama dari Arab Saudi. dia terus hilang. Ketika itu. hampir semua negeri Melayu di utara menghadapi keadaan yang sama dengan Patani. negeri Patani Darul Salam diperintah oleh Sultan Sulaiman Sharifuddin. Apabila sudah berusia 12 tahun. Peristiwa kematian Haji Sulong Al-Fatani diselebungi misteri hingga sekarang kerana selepas dipanggil menemui seorang pegawai penyiasat polis. Haji Sulong menerima pelajaran asas dan al-Quran dari ayahnya sendiri sehingga pandai. Beliau yang merupakan pejuang Islam yang dianggap sesetengah pihak sebagai ’Imam Bonjol Patani’ bukan sahaja menghabiskan usianya menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjjuangan Islam. Ulama Pejuang Patani Sejati Seorang daripada ulama di nusantara yang terbabit dalam perjuangan menegakkan Islam ialah Haji Sulong Al-Fatani. Beliau dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Anka Ru. Patani.

Darus-Salam masih sama sama dengan ketika Haji Sulong berangkat ke Makkah dulu. Haji Sulong Al-Fatani sangat arif mengenai usuluddin dan tafsir. Bidang itulah yang menjadi tumpuan pengajarannya hingga meletus Perang Dunia Kedua. Beliau telah memperkenalkan sukatan pelajaran dan sistem kelas di madrasah itu. iaitu berada dalam tekanan Kerajaan Siam. Kuliahnya yang tidak lagi berbentuk sekolah pondok sepenuh masa tetapi hanya bimbingan mingguan. Bagaimanapun beliau diselamatkan oleh orang Cham di selatan Vietnam. Sejak itu beliau lebih banyak membacakan kitab-kitab agama iaitu kitab-kitab ulama zaman dahulu kepada para pelajarnya. Sebagai akibatnya. Banyak pemimpin masyarakat dan agama seperti Haji Sulong yang diawasi oleh pihak Siam. Pernah dikatakan. Perubahan itu benar-benar menekan masyarakat Melayu Islam di selatan Siam. malah lebih teruk lagi kerana Kerajaan Pagoda itu sdah ikut campur masalah dalaman Patani dan negeri-negeri di uatara semenanjung lainnya. Apabila rampasan kuasa berlaku di Negeri Thai pada tahun 1932. Apa yang boleh dilakukan oleh ulama ssperti Haji Sulong diperingkat permulaan adalah menyedarkan masyarakat dan generasi muda akan haknya melalui pengajaran Islam. 150 . Tindakan tersebut telah dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang memerintah Patani. kerana menyiarkan agama Islam adalah wajib dan tidak terbatas di bangku sekolah yang memakai sukatan pelajaran saja. Haji Sulong Al-Fatani pernah mengajar agama di Kemboja dan pernah diburu pemjajah Perancis kerana kegiatan itu. kerajaan Siam terus meningkatkan kebencian dan tekanannya ke ataa umat Islam di Patani. kerajaan Siam telah memerintahkan madrasah itu ditutup. Siam juga berusaha memasukkan negeri-negeri jirannya di semenanjung menjadi sebahagian dari wilayahnya. tiga tahun berikutnya. Dari semasa ke semasa. Sultan Abdul Kadir telah dibuang negeri oleh pengausa Sia. Walau bagaimanpun. Selanjutnya beliau menukar teknik mengajar di madrasahnya. dan haknya sebagai Sultan dilucutkan. Haji Sulong telah mendirikan Madrasah Al-Maarif Al-Wataniah di Patani. beliau melaksanakan dasar kebudayaan ’mensiamkan’ semua rakyat bagi matlamat kebangsaannya. Haji Sulong tidak patah semangat. corak pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berperlembagaan. Ini kerana apabila Phibul Songgram berkuasa pada tahun 1938. Di samping itu. Maghrib dan Isyak telah mendapat sambutan penduduk tempatan.

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi. Pada tahun 1944.Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanakkanak berumur tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata pelajaran lain dalam bahasa Siam.80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam. Selama tujuh tahun itu. Tindakan Siam tersebut telah melampau batas hak asasi manusia. perjuangan masyarakat Islam Patani bertambah memuncak hingga tahun 1954. Phibul Songgram telah mengubah lagi dasar.Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang bersabit dengan hukum Islam. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan: . termasuk orang-orang Islam di Patani. membubarkan undang-undang keluarga Islam.Seorang ketua beragama Islam bagi empat buah wilayah yang dipilih oleh anak negeri dengan diberikan kepadanya kuasa penuh. iaitu tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali. Mulai tahun 1947. . .Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wialyah itu sahaja. .Undang-undang yang memaksa rakyat memakai pakaian cara Barat iaitu berseluar dan bertopi bagi lelaki serta bergaun dan berbaju pendek bagi wanita. Siam juga telah mengharamkan penggunaan bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan. . Apabila meletus Perang Dunia Kedua. 151 . memansuhkan sistem pembangunan waris cara Islam lalu menggantikannya dengan undangundang sivil. Haji Sulong AlFatani terus mempertahankan agama dan bangsa sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Patani (MAIP). Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi. Haji Sulong Al-Fatani mengemukakan memorandum ’Tuntutan Tujuh Perkara’ kepada kerajaan Negeri Thai pada tahun 1947. . . Untuk itulah Haji Sulong dan para pemimpin Islam lainnya telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut. Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani.. Pelbagai tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pimpinan masyarakat Islam seperti Haji Sulong Al-Fatani menubuhkan Badan Hukum Syariah bagi melindungi hak dan kepentingan agama. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan membenarkan tentera asing itu melalui Negeri Thai untuk menyerang Burma dan Tanah Melayu.

Ekoran dari penangkapan para pejuang tersebut. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada Tengku Mahmud Mahyiddin. Haji Sulong Al-Fatani dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon Si Thammarat (Ligor). Di sebalik itu ada rancangan yang lebih jahat. 13 Ogos 1954. Ahmad (anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Kehilangannya sangat misteri dan pihak Siam pun mendiamkan diri. 152 . rakyat di beberapa wilayah telah memberontak dan menuntut agar para pemimpinnya dibebaskan. Haji Sulong terus berada dalam tahanan dan baru dibebaskan empat tahun kemudian yakni pada 1954. Sewaktu menunggu perintah hukuman di Ligor. Haji Sulong Al-Fatani menulis buku Gugusan Cahaya Keselamatan. beliau bersama rakanrakannya tidak ada pulang lagi ke pangkuan keluarganya. Akan tetapi sejak pertemuan tertutup tersebut. Rupanya pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan helah Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja.Kesan perjuangan itu. Ini terbukti apabila tidak sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya (termasuk seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk menjumpai ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup. Maklumat yang diterima oleh kaum keluarganya dan rakyat Patani menyebutkan bahawa Haji Sulong dan rakan-rakannya telah dibunuh secara rahsia dan jenazahnya dibuang ke Laut Senggora berhampiran Pulau Tikus pada malam Sabtu. Haji Sulong Al-Fatani akhirnya ditangkap oleh pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada negara’. Kemudian dimasukkan ke penjara Bang Kuang di Bangkok. empat lagi rakannya telah ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad. iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah Haji Sulong Al-Fatani. Haji Wan Husain Wan Din. tapi dengan cara halus. Pengorbanan Haji Sulong Al-Fatani iaitu penulis kitab Kashf Al-Litham tetap bersemadi dalam lipatan sejarah perjuangan umat Islam Patani. Dalam penjara beliau menghasilkan empat buah kitab agama dan sebuah buku riwayat hidupnya. tetapi kesemua buku itu hilang entah ke mana. Dua hari berikutnya. Beliau telah wafat dalam perjuangan di jalan Allah.

Abdullah Fahim mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Wan Habsah Haji Abdullah. Bagaimanapun ada juga pihak lain yang mengatakan ulama terkenal ini dilahirkan di Kampung Kubur Panjang. Di samping itu. Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir bermastautin di kota Makkah dan menjadi guru agama di Masjidil Haram dalam bidang pengajian al-Quran.24 Sheikh Abdullah Fahim. Kesedaran beliau untuk mempelajari selok-belok ilmu politik Islam ini jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang ulama yang cintakan ilmu pengetahuan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Arab Saudi di satu tempat yang tidak jauh dari Masjidil Haram yang bernama Shuib Ali. Sheikh Abdullah Fahim pernah menuntut dengan 45 orang guru agama terkenal dan mendapat kelulusan dalam lebih 15 bidang ilmu Islam. Sewaktu berada di Makkah. Semasa hayatnya. ia juga membuktikan betapa Sheikh Abdullah Fahim seorang ulama yang memiliki pemikiran terbuka serta tidak terkongkong sifatnya. Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara Sheikh Abdullah Fahim dilahirkan pada tahun 1870 di Makkah. Kedah. Sheikh Ibrahim Tahir juga pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengelola Masjidil Haram selama tujuh tahun. Mereka dikurniakan dua orang 153 . beliau mengambil kesempatan mempelajari ilmu politik Islam. Semasa tinggal di Makkah. Kedua beranak ini dikenali oleh masyarakat Makkah sebagai keturunan Jawa dan Patani. Kemahiran utama datuk kepada Perdana Menteri Malaysia kelima ini adalah dalam bidang ilmu Falak dan Kesusasteraan Arab. Sheikh Abdullah Fahim adalah anak kedua daripada empat orang adikberadik. kira-kira 32 kilometer dari Alor Setar.

sepanjang hayatnya. Abdullah Fahim sering diundang untuk menyampaikan ceramah atau memberi pendapat pada seminar dan forum mengenai Islam. Sabah. Jawa. Jariah yang beliau curahkan itu mengalir hingga ke hari ini apabila ramai muridnya menjadi guru agama. kadi dan sebagainya yang mencurahkan khidmat bakti demi kesejahteraan masyarakat di dunia dan akhirat. Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu pada 1921. Sumatera. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk yang berasal dari Tanah Melayu.anak lelaki iaitu Ghazali dan Ahmad Badawi. Sarawak. Pada peringkat awal kepulangan beliau ke tanah air. tulisannya dalam bahasa Melayu pula banyak diterbitkan di Tanah Melayu dan Singapura. ulama yang merupakan Mufti pertama Pulau Pinang ini mengasakan penubuhan Madrasah Daeratul Maarif al-Wataniah di Kepala Batas yang tenaga pengajarnya termasuklah anak beliau. Abdullah Fahim tinggal di kampung Limbong Kapal. Ghazali dan ibunya. Ketinggian ilmu agama yang beliau miliki turut diakui oleh ulama terkenal Indonesia. Disebabkan oleh kemasyhurannya. Pulau Pinang. Sheikh Abdullah Fahim adalah seorang yang mudah sekali bergaul mesra dan amat disenangi oleh penduduk setempat 154 . beliau terpaksa menggilap semula kemahirannya berbahasa Melayu mkerana sudah sekian lama tidak mengamalkan bahasa itu. India dan China. Semasa mulamula tinggal di Kepala Batas. Selepas menetap di Kedah selama beberapa tahun. falak. ulama dan pejuang politik Islam. Filipina. Pattani. Profesor Dr. Abdullah Fahim telah menggunakan segala ilmu yang di kurniakan oleh Allah kepadanya untuk memberi manfaat kepada umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Selain terkenal sebagai pendidik agama. beliau mengajar agama di anjung rumahnya dan di Masjid Kepala Batas. Sheikh Abdullah Fahim juga adalah penulis handalan yang banyak karyanya tersiar dalam majalah dan akhbar di negara Arab pada 1920-an. Dalam bidang agama. apabila pulang ke Tanah Melayu pada 1921. tafsir al-Quran dan Hadis di Masjidil Haram. Brunei. Seberang Prai. Apabila jumlah muridnya semakin bertambah. Pendek kata. Ahmad Badawi. Kedah dan menjadi guru di Maahad Mahmud yang ketika itu menggunakan sistem pendidikan secara pondok. Sifat Peribadi Abdullah Fahim Dalam kehidupan sehariannya. pada 1925. mufti. beliau berpindah ke Kepala Batas. Abdullah Fahim mengajar ilmu usuluddin. Selain itu. Wan Habsah meninggal dunia di Makkah. Alor Setar. Hamka.

maka alamatnya jualan pekedai itu pada hari itu akan merosot. Sheikh Abdullah Fahim adalah salah seorang daripada ulama yang tegas dan sangat prihatin kepada perpecahan umat Islam.a. Kesetiaan Abdullah Fahim dalam Politik Walaupun Abdullah Fahim tidak begitu terkenal dalam arena politik tanah air.. beliau dan 155 . Begitulah pula sebaliknya pekedai selalu berharap Sheikh Abdullah Fahim akan masuk ke kedai mereka kerana kehadirannya menjadi petanda bahawa jualan mereka pada hari itu akan laris.yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Beliau memberikan nasihat kepada orang Melayu supaya jangan mengikut ajaran Khawarij yang mencetuskan perbalahan di kalangan umat Islam apabila mereka keluar dan berpisah daripada kepimpinan Saidina Ali r. khususnya kepada UMNO. Pernah dikatakan bahawa pekedai-pekedai di sekitar Pulau Pinang biasanya berasa amat bertuah sekiranya Sheikh Abdullah Fahim masuk ke kedai mereka tetapi akan berasa bimbang sekiranya barang di kedai mereka itu di katakannya mahal. ketika sebilangan besar mereka yang dianggap sebagai ulama meninggalkan parti itu untuk menyertai PAS. Beliau juga pernah menunjukkan tingakan tegas dengan meninggalkan majlis yang menyerang dan memperkecilkan orang melayu yang berpegang kepada mazhab Syafie. Ini kerana. terutamanya di Seberang Prai dan Kepala Batas. tetapi beliau sebenarnya amat berjasa kepada negara. Ulama yang Tegas dan Pentingkan Perpaduan Selain itu. Itulah antara keistimewaan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim yang merupakan seorang wali yang amat dihormati oleh penduduk Pulau Pinag. Beliau juga pernah merayu supaya orang melayu berpegang teguh dengan semangat perpaduan ummah dan bersatu padu dalam kesatuan bangsanya.

Semasa beliau dikunjungi Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO lain untuk mendapatkan tarikh berkenaan. 156 . Ahmad Badawi tetap setia menyokong UMNO dalam perjuangannya membela nasib bangsa dan seluruh penduduk Tanah Melayu mengira kaum dan agama. tarikh 31 Ogos 1957 paling sesuai memandangkan segala usaha dan perjuangan rakyat Malaya sudah sampai kepada masanya untuk membuat tuntutan dan sekiranya pihak British tidak bersetuju dengan tarikh itu. maka satu lagi tarikh yang sesuai dan baik untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ialah 31 Ogos 1962. Sumbangan Abdullah Fahim Yang Berharga (Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara) Nama Sheikh Abdullah Fahim juga berkait rapat dengan kemerdekaan Tanah Melayu kerana beliaulah tokoh yang diberi kepercayaan untuk memilih tarikh yang dirasakan serasi untuk dikemukakan kepada pentadbiran Inggeris. menandatangani borang keahlian. Pada pendapat beliau. Onn menyematkan lencana UMNO pada kolar kot beliau. Abdullah Fahim mencadangkan dua tarikh iaitu 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962. Yang DiPertua Pertama parti itu. Lencana tersebut dipakai oleh Abdullah Fahim hingga akhir hayatnya bagi membuktikan betapa beliau amat menyayangi dan menghayati perjuangan parti itu. Kesetiaan Abdullah Fahim terhadap perjuangan UMNO tidak dapat dinafikan apabila beberapa hari selepas parti itu ditubuhkan pada Mei 1946.anaknya. Onn bin Jaafar dating menemuinya dan meminta beliau menjadi ahli UMNO pertama bagi kawasan Seberang Prai Utara. Sebaik sahaja Abdullah Fahim.

pemuda UMNO akan bertindak secara habis-habisan untuk menentangnya. Mungkin juga tidak ramai yang mengetahui bahawa pada pertemuan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu. Tarikh inilah yang kini dirayakan setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti kemerdekaan. Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati oleh Abdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki. Saadon Haji Jubir menolak tarikh alternatif 31 Ogos 1962 dan bertekad bahawa sekiranya British menolak tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara ini.Apabila kedua-dua tarikh tersebut dibincangkan pada mesyuarat peringkat tertinggi UMNO. Walaupun ramai orang yang kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim. Walau bagaimanapun dengan nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan Tunku. segala kata-kata dan buah fikirannya diyakini bebas daripada sebarang kepentingan diri serta mendapat petunjuk dari Allah. tetapi bagi beliau dan ahli keluarganya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki itu ternyata benar apabila dengan kehendak Allah jua. Sampainya Ajal Beliau 157 . Sebagai ulama. Abdullah Fahim memberitahu Tunku bahawa selepas lima tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. tetapi buah fikiran beliau sebagai orang tua dan ulama yang dihormati amat diperlukan dalam menangani sesuatu isu besar yang dihadapi oleh rakyat dan negara. negara ini akan bertukar namanya. Ketua pemuda UMNO. Sungguhpun Abdullah Fahim bukan pemimpin utama UMNO. Tanah Melayu telah ditukar namanya kepada Malaysia lima tahun selepas kemerdekaannya. akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air. semua itu adalah pemberian Allah kepada sesiapa jua yang dikehendakinya.

Sheikh Abdullah Fahim meninggalkan seorang anak iaitu Ahmad Badawi dan beberapa orang cucu. di antaranya ialah Perdana Menteri kita yang dikasihi. Ketika itu. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pulau Pinang. usia beliau ialah 92 tahun. Amin. 158 . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Akhirnya sampailah sudah kesudahan riwayat hidup seorang ulama dan tokoh kemerdekaan yang terkenal dan tiada tandingannya. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Kepala Batas. Sheikh Abdullah Fahim menghembuskan nafas terakhir pada 28 April 1961 pada waktu pagi iaitu pukul 8 di rumahnya di Kepala Batas.

Apa lebih mengejutkan adalah ajarannya tentang matematik. Beliau menulis lebih dari 40 buku.25 Badi’uddin As-Sindi. begitu juga sejarah. tanggal kelahiran dan kematian dari tiap perawi. murid-muridnya akan mengangkat beliau di atas bahu mereka. Ulama Hadis Syria Badi’uddin As-Sindi adalah seorang ulama hadis yang ternama dari Syria. Apa yang membezakan dia dari ulama hadis lainnya dari abad ini adalah peranannya di dalam mengumpulkan rakyat banyak untuk berjihad melawan Perancis yang menduduki Syria. tetapi saya tidak pernah melihat barangsiapa serupa dengan beliau tentang keahliannya dalam segala ilmu pengetahuan. Abdul Wasi al-Yamani berkata: "Saya ada terdengar ulama dan ahli injil dalam banyak tempat. Syeikh Muhammad Bakhit berkata: "Jika beliau bersama dengan kami di Mesir. Beliau dilaporkan telah menghafal keseluruhan hadis Bukhari dan Muslim seperti juga empat buku lainnya dari Sunan dengan sanad dari tiap hadis." 159 . Beliau suatu figur yang menonjol yang mempunyai ingatan yang jarang ditemui di masa ini. Beliau dilahirkan pada tahun 1267H/1850M di Syria." Ulama hadis. banyak anotasi atas berbagai karya dan pendapat." Seorang ulama dari India berkata: "Dia penyelamat dari masa kami dan mujaddid dari hayat kami.

Syeikhul Islam di Istanbul." Sayyid Kabir al-Kitani al-Maghribi berkata: "Di sana tidak ada satu bandingan dengan beliau sejak lima ratus tahun." Beliau wafat pada tahun 1354H/1935M. Musa Kazim Afandi berkata: "Dia penyelamat dari dunia orang Islam. 160 .

Pejuang dan Sufi Besar Abad 20 Setelah enam ratus tahun bertapak sebagai sebuah kerajaan agung. Pada ketika itulah muncul ulama terulung dalam sejarah Turki iaitu Badiuzzaman Said Nursi.26 Badiuzzaman Said Nursi. Sistem Khalifah yang menjadi mercu tanda kekukuhan negara Islam. sejarah menyaksikan detik detik kemuncak kelemahan Kerajaan Uthmaniyah. Sebenarnya detik yang berlaku disekitar awal abad ke 14 H itu. Fahaman sekularisme. merupakan sejarah hitam buat Kerajaan Uthmaniyah apabila Kamal Ataturk menguasai Turki. Beliau telah mengorbankan seluruh kehidupannya demi perjuangan untuk mengembalikan keagungan Islam yang musnah itu. materialisme. dan ateisme pula diterima baik oleh masyarakat tempatan atas nama kebebasan dan kemajuan. Ketika itu. 161 . mansuh akibat pengaruh Barat pimpinannya. Detik tanggal tahun 1924. agama dilihat sebagai faktor kemunduran dan kelemahan umat. diancam oleh pelbagai serangan dalaman dan luaran secara terancang. Ulama.

Nursi pernah diberi gelaran Badiuzzaman (Kekaguman Zaman) oleh gurunya. Walau bagaimanapun Nursi menolak kerana merasakan dirinya belum layak menerima gelaran itu. Menimba Ilmu dan Perkembangan Pemikirannya Sejak kecil lagi Nursi telah memperlihatkan minatnya untuk menimba ilmu pengetahuan. dialog. Said Nursi dilahirkan dalam sebuah keluarga petani yang hidup serba sederhana. sebuah perkampungan kecil di daerah Khizan.Perkampungan Nurs. Khizan di Turki Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1876 M/1294 H di Nurs. Ibu dan bapanya berketurunan Kurdis dan mereka dikatakan berasal daripada salasilah keturunan Ahl dl-Bayt. dan 162 . Turki. Nama sebenarnya ialah Said bin Mirza Beliau dikenali sebagai Said Nursi yang merujuk kepada tempat kelahirannya. Minatnya itu menyuburkan pemikiran analisis-kritis. Suasana keilmuan ini memberikan pengaruh yang besar pada jiwa dan pemikiran Nursi. Beliau sangat gemar menghadiri majlis perbincangan ilmu antara ulama yang sering diadakan di rumah ayahnya. Syeikh Fathu'llah.

Di bawah bimbingan Syeikh Muhammad al-Jalali. nahu. dan fiqh dengan mantap. al-Mawaaif. Umar Basha sangat mencintai ilmu dan memuliakan ulama. Nursi tidak melepaskan peluang itu demi memenuhi cita-citanya. Beliau telah berguru dengan ramai alim ulama termasuk Syeikh Muhammad al-Jalali di Madrasah Bayazid bersempadan Iran. ilmu kaji bumi. Gabenor baru di Wan. dan astronomi. dan al-Mirqat. Dalam pengembaraannya itu beliau menyambut pelawaan Gabenor Hasan Basha untuk berkhidmat di Wan sebagai ulama iaitu pada tahun 1897 (1314H).perdebatan. Tetapi. minatnya untuk meneruskan usaha memperluaskan ilmu pengetahuan menyebabkan beliau meninggalkan Bitlis. Setelah menguasai bidang agama dan 163 . geografi. Nursi telah mempelajari dan menguasai kitab-kitab muktabar seperti Jam' al-Jawami dan Sharh al-Mawaqif. Setelah beberapa ketika tinggal di kediaman Hasan Basha. Dalam tempoh dua tahun di kediaman Gabenor itu. beliau telah berjaya menguasai ilmu al-kalam. Nursi mula merantau ketika umurnya sembilan tahun dalam usahanya untuk menimba ilmu pengetahuan. matematik. Kerana menyedari kelemahannya dalam bidang ilmu moden. kimia. Selain ilmu sains beliau turut mempelajari ilmu sejarah. lalu sentiasa meneruskan pengajian dengan beberapa orang tokoh ilmuwan terkenal. lalu dikenali waktu itu sebagai ulama muda yang hebat. biologi. Gabenor Bitlis. mendorong beliau berusaha mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu sains moden seperti fizik. Nursi sekali lagi dijemput untuk tinggal di kediaman Tahir Basha. Disinilah bermulanya proses awal perkembangan dan pembentukan pemikiran Nursi. Ketika berada di Wan. Nursi sempat bertemu dan berdialog dengan tokoh-tokoh ilmuwan moden. Keterampilan beliau mula menampakkan ketokohan sebagai seorang ulama. dan falsafah moden. Peluang di peringkat ini amat berharga pada Nursi. Umar Basha memberi peluang kepada Nursi untuk mendalami dan menghafal kitab-kitab seperti al-Matali. Oleh sebab itu beliau mempelawa Nursi supaya tinggal di kediaman beliau yang mempunyai sebuah perpustakaan besar. tafsir. mantik. hadith.

Gelaran tersebut diterima bahkan dijadikan sebahagian daripada nama beliau. Pengalamannya semasa menuntut ilmu memberikan kesedaran pada beliau betapa perlunya dilakukan perubahan terhadap sistem pendidikan. Walau bagaimanapun. ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu sains moden perlu bergerak seiring. Nursi berpendirian bahawa umat Islam perlu menguasai kedua-dua cabang ilmu tersebut demi masa depan umat Islam seluruhnya. Sungguhpun begitu. Pengamatan dan kesedaran Nursi itu telah mendorong beliau mengatur gerakan ke arah mereformasi sistem pendidikan yang wujud pada zamannya. sekali lagi Nursi diberi gelaran sebagai Badi'uzzaman. Beliau berpendirian teguh bahawa dalam dunia moden hari ini. Oleh sebab itu. Nursi terus berusaha untuk merealisasikan diri umat Islam sebagai ‘umat contoh’. beliau telah bertindak menggabungkan dua cabang ilmu iaitu ilmu agama dan ilmu sains moden yang sebelum itu telah dipisahkan. Pendekatan beliau ini dilaksanakan semasa kerjayanya sebagai seorang guru di madrasahnya yang dikenali sebagai Madrasah Khur Khur. usaha beliau itu gagal kerana tidak mendapatkan persetujuan daripada golongan yang berpengaruh di Istanbul.ilmu sains moden. Nursi berazam untuk mengubah persepsi negatif masyarakat yang berpandangan bahawa ilmu agama dan ilmu sains moden tidak boleh digabungkan. Beliau juga gigih berusaha untuk menubuhkan universiti yang akan dinamakan Madrasah al-Zahra di Timur Turki. Perjuangannya 164 .

serta tentera Islam dari kumpulan Turki dan Kurdi di satu pihak yang lain. 165 . Beliau juga telah secara sukarela menyertai Perang Dunia Pertama bersama-sama dengan 3000 orang anak muridnya. semasa di penjara itu. Said Nursi telah berjaya melepaskan diri dari tawanan tersebut dan melarikan diri ke Siberia. Tetapi disebabkan oleh kepintarannya berhujah. Enver Pasa juga telah melantik beliau menjadi anggota Darü’lHikmeti’l-Islamiye. mahkamah gagal mensabitkan beliau dengan sebarang pertuduhan. Enver Pasa yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu telah mengurniakan Said Nursi pelbagai anugerah kehormat di atas jasanya memimpin orang ramai ke arah bangkit menentang penjajahan Russia. Kemudiannya beliau ke Eropah dan seterusnya pulang ke Istanbul melalui Warsaw. Akan tetapi. Mereka telah menangkap ramai sarjana Islam dan diheret ke muka pengadilan. Khutbah yang disampaikannya di situ dikenali sebagai al-Khutbah al-Syamiyyah. menjelaskan tentang sebab-sebab kemunduran umat Islam sebagaimana yang diperhatikannya. akhirnya Bitlis jatuh ke tangan Russia.Ketika berlakunya kucar kacir besar-besaran di Istanbul pada 13 April 1909 yang membawa kepada tersingkirnya Sultan Abdul Hamid II dari takhta Khalifah. Badiuzzaman Said al-Nursi telah ditawan dan dipenjarakan. Mereka bertempur dengan tentera Russia yang bekerja keras menawan Bitlis. Di antara mereka itu ialah Said Nursi. Berlin dan Vienna. Selepas ramai tentera Russia terbunuh di satu pihak. dan akhirnya dibebaskan. Di Istanbul. sebuah akademi yang menghimpunkan sarjana Islam di Istanbul ketika itu. Parti Ittihad ve Terakki telah pun menguasai negara. Said Nursi juga pernah pergi ke Damsyik dan menyampaikan khutbahnya di Masjid al-Umawi di sana. beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar Islam kepada tawanan perang.

namun selepas tibanya 166 . Melalui kaedah ini. Nursi mempunyai pandangan yang lain tentang konsep ‘kebebasan’yang dilihatnya sebagai satu keperluan asas. Atas hasrat inilah ketika perisytiharan perlembagaan negara. Nursi berpandangan bahawa kesedaran serta kefahaman yang jelas perlu diusahakan meskipun memakan masa yang panjang. seruan Islam lebih mudah disampaikan dan dapat diterima baik oleh masyarakat. mengapa tidak dibenarkan Islam bergerak dengan bebas.Apabila Turki diisytiharkan sebagai sebuah negara Republik pada 29 Oktober 1923. kabinet Atatürk telah menjemput Said Nursi menyertainya di Ankara. sekiranya Kerajaan Sekular boleh membenarkan fahaman ateis. Harapannya agar dapat melaksanakan pemerintahan yang adil dan sedikit kebebasan diberikan kepada gerakan Islam. Yang penting isi kandungan al-Quran benar-benar difahami. Selepas berlakunya Perang Kemerdekaan dan berjayanya Turkish Grand National Assembly dibentuk. Mustafa Kamal Ataturk melaksanakan dasar-dasar pemerintahan berlandaskan fahaman sekularisme yang anti-Islam. Beliau sama sekali tidak mahu terus melabelkan mereka sebagai musuh. perjuangan suci beliau itu mendapat tentangan daripada golongan yang masih belum memahami kehebatan isi kandungan al-Quran. Nursi berjuang untuk menegakkan corak pemerintahan berasaskan perlembagaan yang berteraskan kepada syariat Islam. Mereka yang terlibat itu dianggap sebagai satu golongan yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada umat Islam. Nursi menyeru umat Islam agar menilai golongan yang masih ragu-ragu terhadap Islam. Walaubagaimanapun. konsep ‘kebebasan’ itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan memandangkan pengisian maksud ‘kebebasan’ yang tidak selari dengan peraturan Islam. Beliau menyedari bahawa kekerasan hanya mencetuskan permusuhan dan tidak membawa sebarang kebaikan kepada manusia. Namun. Keperluan ini harus dihormati dalam setiap agama dan bangsa. Untuk menentang dasar itu. Turki bertukar wajah menjadi sebuah negara sekular. Dalam usaha itu. Menurut Nursi. Jemputan itu diterima. Nursi kemudiannya menyokong pembentukan Parti Demokratik Turki. Mereka perlu dikenal pasti sama ada dalam kalangan umat Islam mahupun kaum bukan Islam.

Pada tahun 1935. Pendakwaan itu berlangsung selama 9 bulan. 167 . dia tidak dapat bersekongkol dengan mereka kerana beliau mendapati anggota kabinet itu tidak patuh kepada Syariat Islam. sebuah bandar di daerah Afyon. kerajaan Republik Turki telah membuat pertuduhan terhadap Said Nursi bahawa kononnya beliau menubuhkan sebuah gerakan rahsia yang menentang pemerintah. mendidik masyarakat dan sentiasa berulang alik di antara penjara dan pembuangan. serta menuduh Ataturk sebagai ‘Dajal dan Pembinasa Agama’. “tidak ada kebaikan yang boleh saya harapkan daripada golongan yang mengabaikan Solat!” Selepas itu.Said Nursi ke Ankara. Beliau menegur Atatürk dan anggota kabinetnya. Beliau akhirnya dibebaskan daripada pertuduhan tetapi ditahan daerah di Emirdag. Manakala pada tahun 1943. hasil tekanan yang dibuat oleh regim Ataturk. Said Nursi meneruskan kegiatannya berdakwah. Mahkamah Denizli telah mendakwa Said Nursi bahawa beliau memimpin sebuah pergerakan rahsia yang bertujuan menggulingkan pemerintah. Beliau telah didakwa di Mahkamah Eskisehir dan kemudiannya dibuang ke Kastamonu.

Rasail al-Nur Rasail al-Nur Rasail al-Nur merupakan karya teragung Nursi yang merupakan khazanah berharga sumbangan pemikiran beliau. Antara persoalan yang menjadi kupasan dalam karyanya itu ialah seperti ilmu mustalah hadis. 168 . Sebenarnya. Menurut Nursi. Secara umum isi kandungan kitab ini merangkumi persoalan keimanan. falsafah. dan ilmu tasauf. Rasail al-Nur merupakan satu tafsiran terhadap maksud al-Quran. mendorong kepada penguasaan ilmu syariat dan sains dan saling mempergunakan kedua-dua ilmu tersebut ke arah memahami hakikat Iman. satu-satunya rujukan dalam menghasilkan kitab Rasail al-Nur ini ialah kitab suci al-Quran. Beliau tidak banyak mendatangkan perselisihan pandangan ulama. ilmu kalam. Karya agung ini seharusnya dimanfaatkan oleh umat Islam sepanjang zaman. sebaliknya banyak memfokuskan kepada meneroka pelbagai kaedah penyampaian demi membolehkan semua lapisan masyarakat dapat memahami mesej yang hendak diketengahkan.Dakwah yang dilakukan oleh Said Nursi menonjolkan kesungguhan beliau memecahkan kebekuan tradisi pengajian ilmu Islam.

Imam Rabbani. tetapi ramai juga yang dapat memasuki syurga tanpa tasauf. Jelas dalam karya itu. Ulama pewaris Nabi dalam kupasannya ialah mereka yang menurut manhaj al-Quran. Rasail al-Nur juga memuatkan ajaran tasauf. Tetapi kupasan mengenainya tidak bermaksud menjadikan pembaca seorang ahli sufi. Manusia sememangnya tidak dapat hidup tanpa roti (gandum). tetapi mereka boleh hidup tanpa buah.s. Ma'rifatullah yang terhasil melalui jalan Tasawuf juga mempunyai kelemahan jika dibandingkan dengan ma'rifah yang dibentangkan oleh pewaris Nabi. Rasail al-Nur turut memuatkan perbahasan mengenai ilmu kalam. hidup pada zaman kita ini. Nursi dalam risalah al-Madfhal ila al-Nur menulis bahawa falsafah yang ditentang ialah falsafah yang merosakkan manusia dan yang menentang agama. Di sini. Dalam memperkatakan tentang falsafah. nescaya mereka akan mencurahkan segala kemampuan untuk memperteguh hakikat keimanan dan akidah Islam. Malaikat. dan yang seumpama mereka. Antara yang dibahaskan ialah yang berkaitan dengan kisah Dajjal. Dalam risalah al-Maktubat misalnya. pelajar-pelajar aliran falsafah moden tidak menentang Rasail al-Nitr. beliau telah mengemukakan perbahasan yang menarik. malah mereka sama-sama menyokong kandungan Rasail al-Nur tanpa sebarang keraguan. beliau menyifatkan bahawa manusia tidak mungkin dapat memasuki syurga tanpa iman. Oleh sebab itulah. Nursi sering kali menyebut bahawa zaman ini bukan zaman tasauf atau tarekat. sebaliknya merupakan zaman untuk menyelamatkan iman umat manusia. Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa sesungguhnya jika sekiranya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan Syeikh al-Naqshabandi (pengasas Tarekat Naqshabandiyah). Imam Mahdi.Dalam perbahasan mengenai Mustalah al-Hadith. turunnya Nabi Isa a. tanda-tanda kiamat. Nursi menulis bahawa ma'rrfatullah yang dibentangkan oleh al-Razi melalui kaedah ilmu kalam itu mengandungi kelemahan dan kekurangan pada pandangan Ibn al-Arabi. dan sebagainya. Hal ini demikian kerana kedua-duanya (iman dan akidah) sumber kepada 169 . Nabi Khidir. Nursi menekankan hadith-hadith yang sering dipertikaikan masyarakat. Maka tasauf itu ialah buah manakala hakikat Islam (keimanan) itu ialah roti. Dalam hal ini.

Wafatnya Said Nursi Pagi hari itu. Alhamdulillah. kitab Rasail al-Nur juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman. Ketika itu didapati sedikit menurun. Pengurus hotel naik ke kamar tempat Said Nursi menginap untuk menemui ketua keamanan yang sama-sama sedang menuju ke sana. kitab ini perlu disebar kepada umat Islam di seluruh dunia. Bulgaria. Perancis. Urdu. Itali. Berita duka segera tersebar di hotel. Menyedari kepentingan ilmu. Pada pukul 2. Rumania. Malaysia. Parsi. kitab Rasail al-Nitr ini diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain. 25 Ramadhan 1379 H/23 Mac 1960. Kemudian tungku pemanas ruangan dinyalakan. Rasail al-Nur mendapat sambutan yang baik dalam kalangan umat Islam Turki dan juga mereka yang berada dinegara-negaralain. lalu beliau diselimuti. Tetapi saat solat subuh tiba dan saat didekati. sehingga apa yang terjadi tampak jelas kelihatan.30 pagi salah seorang muridnya memeriksa suhu badannya. Sang guru tercinta telah berpulang ke rahmatullah Kalender yang tergantung di dinding menunjukkan hari Rabu. beliau tidak bangun untuk solat. Salah seorang muridnya yang lain segera membukakan tutup muka beliau. Rusia. Pertama kali berita duka tersebar di Urfah dan tidak lama kemudian masyarakat kota ini tampak berhimpun di sekitar hotel. Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Raji’un. 170 . Kurdi. India. Masyarakat luas dari luar Urfah berdatangan sehingga kota ini seketika menjadi lautan manusia yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada pahlawannya. Memandangkan isi kandungannya mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.kebahagiaan yang sebenar dan abadi. dan beberapa bahasa lain Asia Tengah. ujarnya sesudah mendapatkan kondisi fizikal gurunya membaik. Kemudian berita ini tersebar di bandar-bandar Turki yang lain. suhu badan Said Nursi naik dan beliau tidak berbicara apa-apa selain berdoa seperti tampak dari kedua bibirnya. Di samping bahasa Arab dan Inggeris.

Revolusi Tentera telah menggulingkan pentadbiran kabinet Adnan Menderes dan beliau sendiri dihukum gantung oleh pihak Tentera dengan alasan bersikap acuh tidak acuh di dalam mengekang kebangkitan semula golongan pro-Islam.Jenazah Said Nursi Jenazah Said Nursi dipikul para murid dan orang-orang yang mencintainya dengan diiringkan oleh puluhan ribu penghantar jenazah dan dengan disertai hujan yang turun rintik-rintik untuk dikebumikan di pemakaman Ulu Jami. hingga ke hari ini. masyarakat Islam boleh menilai kelemahan dan kekurangan masyarakat ketika itu. Said Nursi bersemadi di suatu tempat yang tidak diketahui. Di bandar itulah. Yang paling penting. Maqam Said Nursi Pada masa itulah. anggota revolusi telah mengarahkan supaya makam Badiuzzaman Said al-Nursi dibongkar dan jenazahnya dikeluarkan untuk dipindahkan ke İsparta. 171 . Pada 11 Julai 1960. Kegigihan perjuangan ulama Islam silam walaupun menemui kegagalan perlu diteladani oleh umat Islam akhir zaman ini.

Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan. perjuangan Said Nursi ini perlu disebarluaskan dalam kalangan umat Islam agar dapat dijadikan panduan dalam memperkasa iman dan akidah umat Islam. Oleh sebab banyak usaha beliau ketika itu mendapat banyak tentangan daripada banyak pihak. maka wajar umat Islam di negara ini menilai saranan tokoh ini. teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran untuk Badiuzzaman Said Nursi yang kehidupan dan matinya bujang. Supaya peristiwa itu tidak berlaku lagi. Tetapi seandainya umat Islam ketika itu mahu mengikut saranan Said Nursi sudah pasti Kamal Atartuk dapat dikalahkan dengan mudah. Oleh sebab itu.Perjuangan Badiuzzaman Said Nursi walaupun bermula sebelum kemenangan Kamal Ataturk. namun umat Islam pada zaman itu terlalu jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. "Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu. Antara saranannya yang penting ialah supaya umat Islam menguasai ilmu sains moden yang diasaskan atas dasar Islam. kerana berkahwin dengan perjuangan yang gigih dan berpanjangan." (Badiuzzaman Said Nursi) 172 .

Negeri Sungai Batang. Maninjau. Berkahwin 173 . Hamka berhijrah ke Jawa sempat menuntut pula kepada pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto. Masa kecilnya. Ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Haji Ahmad Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada penuntut lain semasa mengambil wuduk. Indonesia.27 Hamka. Hamka merupakan seorang pemikir Islam yang menyeru ke arah kemajuan dan kecemerlangan bangsa. Sumatera. Ki Bagus. Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit Tinggi. Dalam tahun 1924. Pendidikan Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang didirikan oleh bapanya. Hamka dilahirkan pada 17 Februari 1908 M/14 Muharam 1324 H di Kampung Tanah Sirah. Minangkabau. Hadi Kesumo dan iparnya sendiri Rashid Sultan Mansur. Banyak suri teladan yang mesti dipetik hikmahnya bagi generasi muda Islam kini. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim Amrullah. Lain-lain gurunya ialah Haji Fakharudin. seperti kanak-kanak lain beliau juga dikatakan lasak dan nakal. Ceramahnya Boleh Memukau Orang Hamka ialah seorang ulama yang telah banyak berjasa kepada dunia alam Melayu ini.

Ketika itu beliau berusia 19 tahun. Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974. bidaah dan kebatinan sesat di sana. Hamka telah pergi ke Makkah untuk menunaikan haji. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta. Pada penjaga muzium beliau mengajukan beberapa pertanyaan yang sifatnya menguji apa yang telah beliau ketahui lebih dulu. Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah.Keluarga Hamka Pada tahun 1927. Hamka dikahwinkan dengan Siti Raham. Minat dan Daya Ingatannya Naluri Hamka yang cenderung pada sejarah selalu ingin melihat muzium dan tempat-tempat bersejarah. Bagi mengiktiraf keilmuannya. Hamka berpindah pula ke Kota Makasar. tujuh lelaki dan tiga perempuan. Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1929. Universiti Al Azhar. Kerjaya Hidup Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928. Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Beliau menubuhkan Madrasah Mubalighin pada 1929 dan dua tahun berikutnya. 174 . Hamka bergiat aktif bagi menentang gejala khurafat. Universiti Muhamadiah Sumatera Barat. Sulawesi untuk menjadi pimpinan Muhamadiah. Mereka dikurniai 10 orang anak.

Beliau sama sekali tidak mengeluarkan buku atau kertas catatan. Tapi cukup dengan mengandaikan ingatannya memang dianugerahi Tuhan sangat kuat itu. Kadang-kadang beliau terlibat dalam diskusi yang lama dengan penjaga muzium yang juga mengetahui sesuatu peristiwa sejarah. Ceramahnya Boleh Memukau Orang

Kewalian dan sifat karamah maknawiyah yang dimiliki Hamka, mampu menyentuh hati ribuan insan yang mendengar kata bicaranya yang lunak dan menyegarkan. Keistimewaan karamah maknawiyah seperti katakatanya memberi kesan pada hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada jalan kebaikan. Kekuatan minda dan kefasihan lidahnya untuk berdakwah dengan susun kata yang memukau jarang dimiliki oleh kebanyakan pendakwah. Kalau ada kisah tentang burung boleh berhenti terbang di udara apabila mendengar kemerduan bacaan Kitab Zabur oleh Nabi Daud a.s., maka Hamka juga mempunyai magnet yang boleh meruntun jiwa pendengarnya untuk melabuhkan punggung mendengar sebentar ceramah dakwahnya. Hati yang keras bisa terlunak dan terpegun. Memang Allah memberi keistimewaan besar kepadanya iaitu senjata sulit berdakwah dengan lidahnya. Di negara kita, Hamka sering juga berkunjung dan memenuhi undangan untuk berceramah termasuk di kaca TV hingga awal tahun 1980an. Beliau sering diundang menyertai muktamar Islam peringkat antarabangsa dan pernah berdakwah hingga ke Benua Eropah dan Amerika Syarikat. Kata Dr H. Ibnu Sutowo, hampir kesemua perjalanan hidupnya di dunia ini dimaksudkan untuk agama. Bagaimana Cara Hamka Mengarang?

175

Bagaimana cara Hamka mengarang? Bila datangnya inspirasi itu? Demikian kerap kali pemuda-pemuda bertanya pada beliau. Biasanya beliau tidak pernah menjawab, beliau hanya tersenyum-senyum saja. Anak beliau, H. Rusydi Hamka menceritakan cara Hamka mengarang dan bila ilhamnya datang untuk mengarang: “Dia mengambil tempat duduk di depan sebuah meja. Lalu menyuruh ambil kertas dan mesin taip, terus menaip dengan dua jari telunjuknya. Setengah jam dia selesai. Lalu menyerahkan kepada saya untuk dikoreksi. Sebuah karangan pengisi “Rubrik Dari Hati ke Hati” Panji Masyarakat. Kemudian ayah terus ke RRI merakam suaranya untuk kuliah subuh.” Begitulah ilham itu bagi Hamka nampaknya boleh datang di mana dan bilamana saja tanpa ditunggu-tunggu. Kadang-kadang dia membaca alQuran dan surat-surat khabar. Kemudian sarapan pagi dengan kopi dan nasi setengah piring. Selesai makan, beliau pergi ke meja tulisnya mengarang dan menaip sendiri. Ketikanya dengan dua jam, cepat sekali. Seringkali sedang asyik bekerja itu, ada saja tetamu yang datang. Entah urusan-urusan kemasyarakatan atau keluarga terdekat, anak cucu dan lainlain. “Assalamualaikum,” kata tetamu. Beliau menjawab: “Alaikumsalam.” Sejenak melihat tetamu dan senyum sedikit, tapi terus saja kedua telunjuknya menghentam mesin taip. Beliau memandang tetamu itu sejenak dan tersenyum atau bertanyakan: “Apa khabar?” Tapi perhatiannya, tetap kepada pekerjaannya. Selesai mengarang kira-kira pukul 9 pagi, beliau pergi mandi dan menukar pakaiannya siap-siap untuk keluar rumah. Begitulah inspirasinya datang antara pukul 7 sampai pukul 9 pagi setelah beliau selesai membaca al-Quran atau surat khabar. Tapi tidak jarang beliau 176

duduk bersila di ubin menghadapi buku-bukunya mencari bahan-bahan diperlukan. Kesibukan semacam itu terjadi apabila beliau sedang terlibat polemik atau menghadapi seminar. Kehidupan Sehariannya Pada kebiasaannya kalau belanja beliau habis, beliau pergi mengunjungi penerbit-penerbit meminta honorarium buku-bukunya. Menurut cerita anaknya, H. Rusydi Hamka, apabila sampai kembali di rumah, beliau solat zohor dahulu, selepas itu baru makan tengahari, beberapa minit kemudian beliau berbaring dengan buku-buku sampai tertidur kira-kira setengah atau satu jam. Pada pukul 4.00 petang beliau bangun, mandi dan solat asar. Kemudian menerima tetamu yang datang menanyakan berbagai perkara sampai maghriib. Sehabis maghrib beliau makan, apabila tidak ada undangan atau jamuan atau pertemuan, digunakannya untuk membaca buku dan menonton televisyen jika ada siaran yang menarik. Tapi beliau selalu mengikuti siaran Berita Dunia Islam. Pandangan Hamka Tentang Jasa

Menurut Hamka, jasa batin yang dapat difikir lebih kekal dari jasa lahir yang dapat dilihat walaupun kemuliaan jasa kekal dari zaman ke zaman. Beliau mengumpamakan Wazir Nizam Muluk mendirikan sekolah-sekolah Islam di seluruh negeri Iraq. Al-Ghazali adalah salah seorang guru yang mengajar di sana. Nama Nizamul Muluk sampai sekarang masih dingat orang juga, tidaklah sekekal peringatan orang kepada al-Ghazali yang mengarang kitab Ihya ‘Ulumiddin. Madrasah di Kufah tidak ada lagi, tetapi kita Ihya masih dibaca orang. Itulah kata-kata Hamka mengenai kemuliaan. Seterusnya beliau menyebutkan: “Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun 177

setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.” Hamka menyebutkan buatlah jasa selama hidup untuk sebutan sesudah mati. Sehingga walaupun daging dan tulang belulang kita sudah hancur dimakan tanah dalam kubur, namun nama kita dibaca orang di mana-mana. Kata-kata ini terbukti pada diri beliau sendiri walaupun telah meninggalkan kita hampir 20 tahun. Di mana-mana orang mencari kaset kuliahnya, mencari Tafsir Hamka dan mencari buku-buku Hamka. Hamka menegaskan bahawa sememangnya orang yang berjasa jarang mendapat mendapat pangkat dunia. Sebab pangkat dunia itu didapati dengan berebut-rebut dan berkejar-kejaran, tekan-menekan dan fitnahmenfitnah. Orang yang berjasa tidak pandai berbuat begitu. Dia mahu mendapat kemenangan yang sah, walaupun tidak dilihat dengan mukanya ketika hidupnya. Dia hendak melihat kemenangan itu sesudah matinya, yang kian nyata dan kian lama kian subur. Pujian Orang Terhadapnya Dr. Mukti Ali menyifatkan Hamka sebagai: “Sebuah peribadi tanpa cela. Kalau mendengar kalimat-kalimat buya, saya langsung menemukan sesuatu yang selama ini saya cari. Saya sangat sulit mencari orang seperti Buya sebab setiap kalimat yang diucapkan memikat lawan bicaranya. Rasarasanya harus minta tambah kalau Buya mengakhiri pembicaraannya.” Sementara itu, Prof. A. Hasjmy menyifatkan Hamka sebaris dan melebihi Hamzah Fansuri seorang pujangga sufi tersohor pada abad ke16. Inilah pengakuan dan pengiktirafan ketokohan Hamka oleh rakan-rakan seperjuangannya. Karya-Karyanya Hamka telah mula menulis ketika berusia 17 tahun lagi. Beliau telah meninggalkan khazanah ilmu yang berupa karya buku sebanyak 118 buah buku. Suatu prestasi luar biasa yang jarang dicapai bahkan oleh seorang profesor di universiti sekalipun. Di antara karya-karyanya mengikut bidang ilmu ialah:

178

a. Agama dan Falsafah 1. Tafsir Al-Azhar (30 Juzuk) 2. Khatibul Ummah 3. Tarikh Abu Bakar As-Siddiq 4. Ringkasan Tarikh Umat Islam 5. Islam dan Adat Minangkabau 6. Tasawuf Moden 7. Falsafah Hidup 8. Lembaga Hidup 9. Lembaga Budi b. Novel 1. Tenggelamnya Kapal Vanderwick 2. Dalam Lembah kehidupan 3. Di Bawah Lindungan Kaabah 4. Kenangan Hidup 5. Merantau Ke Deli 6. Ayahku 7. Laila Majnun 8. Siti Sabariah c. Majalah 1. Kemahuan Zaman 2. Al-Mahdi 3. Pedoman Masyarakat 4. Semangat Islam 5. Menara 6. Panji Masyarakat Hasil tulisan beliau ini banyak memberi petunjuk dan ilham kepada para pembacanya. Malah karya-karya Hamka mampu membangkit semangat perjuangan seperti karya-karyanya dalam majalah selepas perang. Majalah Panji Masyarakat sendiri telah telah diharamkan oleh pemerintahan Sukarno dalam tahun 1960 iaitu setahun selepas penerbitannya. Bagaimanapun, majalah ini diterbitkan semula dalam pemerintahan order baru Suharto tahun 1966. Dipenjarakan

179

“Jika sesorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi. mengutamakan maaf daripada dendam kesumat. Apabila Sukarno meninggal dunia. Di situ. ternyatalah sifatnya sebagai ulama yang tiada menyimpan niat dengki dan dendam walaupun orang yang didoakan pernah memenjarakannya. Hamka dipercayai mengalami serangan penyakit jantung. Menemui Ilahi Hamka kembali menemui Ilahi pada 24 Julai 1981 jam 11. Begitulah ajaran Islam yang luhur mendahulukan kasih saying daripada dengki khianat. Justeru itu. meskipun tubuh terkurung.. Beliau dipenjarakan selama dua tahun empat bulan.10 pagi waktu Malaysia. secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.Pada tahun 1960. Beliau lantas melakukannya. Diharapkan agar paparan kisah hidup ulama nusantara yang agung ini dapat mengimbau kembali kenangan kita terhadap Hamka yang dikasihi dan kita tidak rugi apabila mengingati orang-orang yang soleh kerana ia boleh mendatangkan rahmat.” (Hamka) 180 . kepimpinan baru meminta Hamka mengimamkan jenazah bekas presiden itu. Buku-buku beliau telah dibakar oleh komunis. Ketika itu beliau berusia 72 tahun. Jenazahnya dikebumikan di tanh perkuburan Kusir. jiwa dan semangat pengabdiannya kepada Islam tifak mudah dipatahkan. Namun. beliau berjaya melahirkan Tafsir Al-Azhar ketika berada dalam tahanan. di Jakarta. Hamka menghadapi keadaan sulit. ketika komunis bermaharajalela.

1945) 181 . (Puisi Hamka.Biar mati badanku kini Payah benar menempuh hidup Hanya khayal sepanjang hidup Biar muram pusaraku sunyi Cucuk kerah pudingnya redup Lebih nyaman tidur di kubur.

lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Syria. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Ketika merawat pesakit. Selagi Nadi Berdenyut Pena Sentiasa Menulis Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb. Setelah berusia 15 tahun. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb. Pendidikannya Abdullah Nasih Ulwan mendapat pendidikan peringkat rendah (ibtidaei) di Bandar Halib. 182 . Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (murabbi) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini. Ayahnya.28 Abdullah Nasih Ulwan. Syeikh Said Ulwan menghantar beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari ilmu agama dengan cara yang lebih luas. beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat sendiri.

beliau sudah menghafal al Quran dan sudah mampu menguasai ilmu bahasa arab dengan baik. beliau telah menegur beberapa sistem yang diamalkan oleh pemerintah di waktu itu dan sentiasa menyeru supaya kembali kepada sistem islam. Beliau sangat cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa menjadi tumpuan rujukan rakan-rakan di madrasah. beliau juga seorang yang aktif dalam persatuan dengan berkebolehan berpidato dan mengetuai skuad penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan sebaran ilmiah kepada masyarakat sekitar. seterusnya beliau memperolehi takhassus pendidikan dan tarbiah pada tahun 1954. kerana Islam adalah penyelamat. Abdullah Nasih Ulwan memasuki Universiti al Azhar pada tahun berikutnya dan memperolehi ijazah pertama dalam Fakulti Usuluddin pada tahun 1952. Beliau telah meletakkan amanah dalam dakwah adalah amalan yang wajib kepada umat Islam. Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib at-Tabakh. Syeikh Mustafa al Sibaei. Pada tahun 1949 beliau memperolehi sijil menengah agama yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah pusat pengajian di Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah Kedortoran dari Universiti al Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang bertajuk “feqh Dakwah wa al Daeiah”. tidak takut atau gentar kepada sesiapa pun dalam menyatakan kebenaran sekalipun kepada pemerintah. Semasa di madrasah. Semasa usia remaja beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan ulama-ulama sanjungan di waktu itu seperti Dr. Akhlak dan Peribadinya Abdullah Nasih Ulwan disenangi oleh semua pihak kecuali mereka yang memusuhi Islam. Beliau adalah seorang yang sangat berani menyatakan kebenaran. Semasa di Syria. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri Majlis perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam. beliau menerima asuhan dari guru-guru yang mursyid. seorang ulama hadis di Bandar Halb. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat berani pada kebenaran serta mempunyai kemahiran dalam pergaulan dan dakwah. Beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja. Keadilan Islam adalah 183 .Ketika itu.

Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang yang sangat peramah. Seterusnya mata pelajaran Tarbiah Islamiah ini menjadi mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh penuntut-penuntut menengah di seluruh Syria. Menghulurkan bantuan dan pertolongan sekalipun terpaksa bersusah payah untuknya. Muhammad Walid menyatakan. Beliau telah meletakkan matlamat perguruan sebagai senjata tarbiah yang sangat berkesan dalam mendidik generasi negara akan datang. Beliau berpendapat bahawa pepecahan umat Islam perlu dimuhasabah semula oleh setiap lapisan umat Islam. 184 . Bertanyakan khabar serta mementingkan ikatan ukhuwwah Islamiah yang terjalin. Sahabat karib beliau. airmatanya pasti tumpah menandakan beliau adalah seorang yang sangat cintakan kesatuan umat Islam. Beliau telah dilantik sebagai guru sebuah Kolej di Bandar Halb. murah untuk memberi senyuman kepada sesiapa sahaja. Prinsip yang digunapakai ialah guru sebagai ibubapa kepada pelajar. mendidik mereka seperti mendidik anak-anak sendiri. Dalam persahabatan. Menyeru kepada perpaduan dan kesatuan atas nama Islam untuk membina kekuatan umat Islam yang semakin pudar. Keluhuran pekerti kesan didikan Islam yang meresap dalam jiwa beliau telah meletakkan beliau sangat disanjungi oleh ulama dan masyarakat. percakannya sentiasa disulami nasihat dan peringatan.rahmat kepada ummah. Perkhidmatannya Abdullah Nasih Ulwan memulakan khidmat sepenuh masa sebagai pendakwah setelah pulang dari al Azhar. pertuturannya sangat mudah difahami. beliau juga seorang yang tegas dengan prinsip asas Islam. Rumahnya sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Abdullah Nasih Ulwan juga seorang yang sangat benci kepada perpecahan dan munculnya berbilang-bilang jamaah dalam negara Islam. Apabila berbincang mengenai perpaduan dan kesatuan umat Islam. Dr. beliau menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa menziarahi teman-teman. Beliaulah orang yang pertama memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai matapelajaran asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan.

Tidak pernah mengenal penat dan letih untuk menyebarkan risalah Allah. Hasil daripada tarbiah ini. Beliau juga mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ulama-ulama Syria serta menganggotai Majlis Ulama Syria. Beliau telah menggunakan Masjid Umar bin Abd Aziz sebagai markaz tarbiah generasi pemuda di Syria. iaitu membawa dan membimbing pelajar ke arah mencintai Islam dan beramal dengannya serta sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangkan Islam. Walaupun sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di merata tempat. di mana sahaja beliau pergi menyampaikan ceramah dan kuliah pasti dibanjiri ribuan manusia. mengabdikan diri untuk dakwah dan bergabung dengan lkhwanul Muslimin. Abdullah Nasih Ulwan turut berjuang menghapuskan fahaman jahiliyyah dalam pemikiran masyarakat dengan suluhan cahaya hidayah rabbani. Beliau sangat dihormati di kalangan mereka. Masjid-masjid di Daerah Halb sentiasa melimpah dengan orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya. Kuliah yang disampaikan di masjid ini ialah Feqh. Semasa menjadi guru di kolej berkenaan. di samping menjadi pensyarah jemputan di beberapa buah Universiti di Syria. Sepenuh masanya diberikan untuk dakwah Islamiah. lahirlah ratusan generasi muda yang berakhlak mulia dan menjadi agen penggerak dakwah Islamiah di Syria. Beliau adalah seorang yang bergiat cergas dalam gerakan Islam. Masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahun dan tarbiah Islamiah akan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan. Dr. Di samping memberi kuliah pengajian. Abdullah Nasih Ulwan telah menerima pelbagai jemputan menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat. Menjalinkan hubungan baik sesama anggota masyarakat dan sentiasa menjalankan khidmat masyarakat apabila diperlukan. Abdullah Nasih Ulwan juga sangat dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai seorang yang berbudi luhur. Tafsir dan Sirah.Beliau telah meletakkan matlamat yang sangat tinggi dalam pendidikan. 185 . Abdullah Nasih Ulwan telah mendidik pemuda-pemuda dengan kemahiran pidato dan penulisan serta kemahiran uslub berdakwah.

Sayyid Qutb dan Al-Ustaz Abdul Badi' Shaqar (Rahimahumullah Jami'an). 2. Insurans Menurut Pandangan Islam. Jeddah. Allahlah yang berhak memberi nusrah kepada sesiapa yang dikehendaki. Beliau menjadi pensyarah di universiti berkenaan sehinggalah beliau bertemu dengan Allah (wafat). Madrasah Duat. beliau tetap memperuntukan masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang membincangkan pelbagai tajuk. 7. 5. Di antaranya ialah: 1. sehingga memaksa beliau meninggalkan Syria pada tahun 1979 menuju ke Jordan. 3. 2. Menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat. Di antara karya-karya beliau yang masyhur ialah: 1. Hukum Zakat Menurut Empat Mazhab. Karya-karyanya Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan. 186 . 4. Thaqafah Daeiah. 6. Takaful Ijtimai Dalam Islam. kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Ini kerana tulisan yang terbit dari hati. perayaan hari kebesaran Islam dan ceramah umum. Pemuda Islam Dalam Menghadapi Serangan Musuh. Abdullah Nasih Ulwan juga menerima ujian ini. Beliau meninggalkan Jordan pada tahun 1980 setelah mendapat tawaran sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malik Abd Aziz. nadwah dan syarahan. ujian untuk membuktikan kebenaran dakwah yang di bawa serta menambahkan keyakinan dan pergantungan yang utuh hanya kepada Allah. Semasa di Jordan beliau terus menjalankan peranan sebagai daei.Beliau berhubung erat dengan Asy-Syahid Abdul Qadir `Audah. Saudi. Kepada Pewaris Anbiya. Menolak Keraguan Yang Didatangkan Musuh. kitabnya yang berkaitan dengan tarbiah Islamiah sangat menyentuh jiwa pembaca. Beliau juga banyak menulis kitab mengenai tarbiah Islamiah. Menerima undangan di masjid-masjid. insyaallah akan jatuh ke hati. Sesiapa sahaja yang menelusuri denai dakwah Islamiah pasti akan diuji oleh Allah. Pendidikan Anak-Anak di ddalam Islam (2 jilid). Walaupun sibuk dengan kuliah.

selagi tangan. Beliau telah meninggalkan sebanyak 43 karangan untuk umat Islam. Doktor telah mengesahkan beliau mengalami penyakit di bahagian hati dan paru-paru.30 pagi 5 Muharram 187 . Semasa dirawat di hospital beliau banyak menulis bahan ilmiah sebagai ganti memberi kuliah di luar di samping minat membaca kitab-kitab tetap diteruskan.3. Wafatnya Abdullah Nasih Ulwan wafat pada hari Sabtu jam 9. beliau meletakkan bantal di atas perut untuk menulis dan membaca. Walaupun dalam keadaan sakit. beliau telah mengadu sakit di bahagian dada kepada salah seorang doktor perubatan di Universiti Malik Abdul Aziz. tetapi Abdullah Nasih Ulwan hanya tersenyum dan berterima kasih atas keprihatinan mereka serta menyatakan. Beliau meminta izin untuk keluar dari hospital bagi menunaikan temu janji yang terpaksa dibatalkan semasa berada di hospital. Kesakitan pada paru-paru dan hati tidak menghalang beliau dari terus aktif menyampaikan kuliah di Universiti dan majlis-majlis nadwah dan seminar. Beliau dimasukkan kali kedua ke hospital yang sama setelah kesakitan yang dialaminya semakin kronik. Pakar-pakar perubatan dan sahabat handai menasihati beliau supaya berhenti membaca dan menulis kerana ianya akan menjejaskan rawatan dan menambahkan kesakitan yang dialami. Melupai kesakitan yang dialami demi islam tercinta. Ruhaniah Daeiah. Sifat Jiwa dan diri Daei. Keadaan ini berterusan sehinggalah beliau bertemu Allah. Menerima Rawatan dan Tekun Menulis Dalam Keadaan Sakit Setelah pulang dari menghadiri Nadwah di Pakistan. Selagi tangannya mampu memegang pena selagi itulah beliau akan terus menulis. Kisah Hidayah (2 jilid) 5. Beliau mendapat rawatan dalam masa yang agak lama di hospital ini. 4. Sehinggalah pada keadaan beliau tidak dapat bangun. Beliau dimasukkan ke Hospital untuk mendapat rawatan pakar. mata dan nadinya masih berdenyut selagi itulah sumbangan kepada dakwah Islamiah wajib diteruskan. tugas menyampaikan risalah Islam tetap diteruskan dengan bertenaga.

Beliau telah menyerahkan jiwa raga untuk Islam dengan pengorbanan dan jihad yang sangat besar. Saudi dalam usia 59 tahun. Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah tetapi dakwahnya tetap berterusan melalui buku dan kitab yang dihasilkan. 188 . Solat jenazahnya dihadiri oleh ulama-ulama di seluruh pelusuk dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Pemergiannya diiringi oleh umat Islam seluruh dunia.1408 H/29 Ogos 1987M di Hospital Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah. Jenazahnya di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyang dan dikebumikan di Makkah. Amin. Dunia kehilangan ulama murabbi yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam. mengampunkan segala kesalahan yang dilakukan dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul amanah dakwah Islamiah selepasnya.

politik dan jihad. Beliau telah bernikah pada tahun 1964 dan dikurniakan empat orang anak. Tahun 1961. Syeikh Ahmad Al-Murad dan Syeikh Muhammad Ali Murad. Kemudian beliau dimasukkan penjara selama 5 tahun. khutbah dan ceramah. Emirat. Syeikh Muhammad Al-Hamid. Beliau memimpin jemaah Ikhwanul Muslimin. Serta berperanan aktif dalam aktiviti dakwah. Musthafa Az-Zarga. Syeikh Muhammad AlHasyimi. beliau lulus dari Universiti Suriah dan mengikuti wajib sebagai tentera pada tahun 1963. Qatar. Beliau berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Iraq. Beliau berpindah ke rumah datuknya di bawah asuhan ayahnya. tahun 1952. Beliau juga mengikuti demonstrasi menentang Undang-Undang Suriah tahun 1973. Mesir. Palestin. Suriah. seorang pejuang pemberani yang berjihad melawan Perancis. Arab Saudi. Ulama Yang Gigih Said Hawa dilahirkan pada tahun 1935 di Hamah. Aktiviti Dakwah Said Hawa Said Hawa memberi kuliah. Said Hawa berguru pada beberapa syeikh Suriah.29 Said Hawa. Syeikh Abdul Wahab Dabas. Said Hawa juga belajar pada ulama lainnya seperti Musthafa As-Siba’i. nasional dan Ikhwanul Muslimin. Kuwait. Di penjara beliau menulis buku tafsir Al-Asas Fit Tafsir (dua belas jilid) dan sejumlah buku dakwah lain. Amerika dan Jerman. saat beliau masih seorang pelajar. Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosial. Fauzi Faidhullah dan lain-lain. 189 . Di antaranya syeikh dan ulama Hamah. Nama sebenarnya ialah Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa. dalam negara dan antarabangsa. di Suriah. Syeikh Abdul Karim Arrifa’i. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan bergabung ke dalam jemaah Ikhwanul Muslimin. Jordan.

al-Asa Fit Tafsir 5. Jejak-Jejak Kebaikan dan Warisan Ilmiah Said Hawa Said Hawa punya jadual memberi pelajaran. Ini memaksanya jauh dari masyarakat dan harus dirawat. Pada tanggal 14 Disember 1988 Said Hawa dirawat di rumah sakit dan kondisinya 190 . Sebahagian besar karya tulisnya diterjemahkan ke dalam bahasa lain. sehingga sebahagian anggota badannya lumpuh. al-Hufuf.W.Said Hawa mempunyai kedudukan yang besar dalam bidang pendidikan. Said Hawa mengalami sakit strok. 3. Dan lain-lain Pulang ke Rahmatullah Tahun 1987. Beliau bekerja sebagai pengajar di luar Suriah. dan Madinah selama tiga tahun. wilayah Al-Ihsa selama 2 tahun. Beliau juga mengalami komplikasi berbagai penyakit. Karya-karya Said Hawa Said Hawa memiliki karya tulis berkenaan dakwah dan gerakan. Ar-Rasul S. Beliau mengajar di Arab Saudi selama 5 tahun. al-Islam 4.A. Ceramahnya mendapat sambutan baik dari generasi muda kebangkitan Islam. yang diminati para pemuda muslim dinegeri-negeri Arab dan Islam. Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan 7. Di antara karyakaryanya yang telah diterbitkan ialah: 1. dialog dan ceramah di Jami’iyah al-Islah al-Ijtimia’i di Kuwait dan Madrasah An-Najah. Allah Jalla Jalaluhu 2. Tarbiyatuna Arruhiyah 6.

kerana mereka sebaik-baik teman. mengampuni kita dan mengumpulkan kita di bersama para Nabi. hingga wafat pada hari Khamis. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Said Hawa yang sabar terhadap komplikasi penyakit. 191 . 9 Mac 1989 di rumah sakit Amman. Semoga Allah menjadikan itu sebagai pemberat timbangan amal kebaikannya. syuhada dan orang-orang soleh.tidak kunjung membaik. penyeksaan dan ujian menyakitkan di penjara selama bertahun-tahun. Amin. orang-orang siddiq. Jordan.

Datuk beliau sebelah ibu.a. Berkata Sayyid Abdullah al-Ghumari di dalam kitab beliau yang berjudul Sabilut Taufiq dan Bida'ut Tafasir: Inilah susur galur keturunan kami yang popular di kalangan keluarga kami yang menetap di wilayah Ghumarah dan selainnya. Beliau dilahirkan di bandar Tonjah (Tangier). Sayyid Ahmad al-Ghumari merupakan seorang tokoh 192 . Beliau telah mengasaskan Madrasah Siddiqiyyah yang berjaya melahirkan ramai para ulama yang berwibawa. Ayahanda beliau. Ulama Hadis Moroko Terkenal Beliau ialah Sayyid Abdullah bin Muhammad bin Siddiq bin Ahmad bin Muhammad bin al-Qasim bin Muhammad bin Muhammad bin Abdul Mukmin bin Ali bin al-Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Abdullah bin Isa bin Sa'id bin Mas'ud bin al-Fudhoil bin Ali bin Umar bin al'Arabi bin 'Allal bin Musa bin Ahmad bin Daud bin Maulana Idris al-Asghor bin Maulana Idris al-Akbar bin Abdullah al-Kamil bin al-Hasan alMuthanna bin Imam al-Hasan al-Mujtaba bin Amirul Mukminin Sayyiduna Ali dan Sayyidah Fatimah al-Zahra' binti Muhammad Rasulullah s. Abang beliau. kesolehan dan kemuliaan ditambah dengan kesucian keturunan. keilmuan. Sayyid Muhammad Siddiq alGhumari merupakan syeikh para ulama Moroko. Sayyid Ibnu 'Ajibah al-Hasani merupakan seorang ulama' yang tidak asing lagi.w. Beliau merupakan pengarang kitab tafsir yang berjudul Bahrul Madid serta syarah Hikam 'Atoiyyah yang bertajuk Iqazul Himam.30 Sayyid Abdullah Siddiq al-Ghumari. Moroko pada hujung bulan Jamadilakhir atau awal bulan Rejab tahun 1328 Hijrah (1910 Masihi) Latar Belakang Keluarga Sayyid Abdullah al-Ghumari dilahirkan di kalangan keluarga yang terkenal dengan ketaqwaan.

Sayyid Abdul Aziz. Setelah itu. Bulughul Maram dan Mukhtasar Syeikh Khalil ibnu Ishaq dalam fiqh mazhab Maliki. beliau pulang ke Tonjah untuk meneruskan pengajian di Madrasah Siddiqiyyah di bawah seliaan ayahandanya sambil mengajar para pelajar di madrasah tersebut. Kemudian beliau pulang semula ke Tonjah dan setelah itu beliau kembali menyambung pengajiannya di Fas. al-Arba'in alNawawiyyah. Dalam tempoh ini juga. Setelah selesai mengarang huraian ini. al-Ajurumiyyah. 193 . dengan perintah ayahandanya. Di kalangan mereka ada yang muncul sebagai pakar tafsir. Sayyid Hasan dan Sayyid Muhammad Zamzami pula merupakan tokohtokoh muhaddithin dan muhaqqiqin. Beliau menetap di situ selama lebih kurang 6 bulan. Alfiyyah Ibnu Malik. Namun keluarga al-Ghumari sememangnya terkenal dengan keilmuan mereka di dalam bidang hadith di wilayah Tonjah sebagaimana keluarga alKittani di wilayah Fas (Fez). Sayyid Ibrahim.hadith yang terkemuka sehingga mencapai taraf al-Hafiz. beliau menghafal pula al-Quran dengan riwayat Hafs. Lalu beliau mula menghafal al-Quran dengan riwayat Warasy. usul fiqh. ayahandanya memberi galakan supaya beliau mula menulis. Pendidikan Sayyid Abdullah al-Ghumari memulakan pendidikan seawal usia lima tahun. Ayahandanya memasukkan beliau ke pondok dengan tujuan untuk menghafal al-Quran. Setelah itu. Beliau turut menulis huraian matan Ajurumiyyah dalam ilmu Nahu. hadith dan ilmu-ilmu yang lain. Setelah itu. Setelah menamatkan pengajian di Qurowiyyin. Beliau juga telah menghasilkan karya-karya yang bernilai sehingga mencecah ratusan buah. beliau membentangkannya kepada ayahandanya untuk disemak dan diedit. Sayyid Abdul Hayy. Adik-adik beliau. Maka beliau mula meringkaskan kitab Irsyadul Fuhul ila Tahqiqil Haq fi 'Ilmil Usul karangan Imam al-Syaukani. abangnya Sayyid Ahmad al-Ghumari menamakan huraian ini dengan judul Tashyidul Mabani litaudhih ma hawathul Muqaddimatul Ajurumiyyah minal Haqaiq wal Ma'ani. Semua ini beliau lakukan ketika masih lagi berusia belasan tahun. Di samping itu beliau turut menghafal sebahagian besar matan-matan ilmu seperti nazam al-Kharraz yang berjudul Mauriduz Zomaan. beliau bermusafir ke wilayah Fas untuk menyambung pengajian di Masjid al-Qurowiyyin yang merupakan pusat pengajian terkemuka di Morocco.

Mantiq. Selain itu. beliau turut menyumbangkan karya-karya ilmiah kepada majalahmajalah yang pelbagai. dengan izin ayahandanya beliau bermusafir ke Mesir bersama abangnya Sayyid Ahmad dan adiknya Sayyid Muhammad Zamzami bagi melanjutkan pengajian di al-Azhar al-Syarif. beliau mula mengajar di Masjid al-Azhar alSyarif di dalam ilmu Nahu. Usul Fiqh dan Balaghah. beliau beroleh kejayaan yang cemerlang dan berita kejayaan beliau disiarkan menerusi akhbar al-Ahram sehingga Syeikh Mahmud Syaltut yang ketika itu merupakan wakil Fakulti Syariah al-Azhar al-Syarif berkata: Kita mengucapkan tahniah kepada peperiksaan Syahadah 'Alamiyyah al-Azhariyyah kerana ianya telah diduduki oleh Syeikh Abdullah yang sememangnya datang dari negaranya dalam keadaan alim. Sorf. Guru-gurunya 194 . Di samping itu. Hubungan beliau dengan pertubuhan & gerakan Islam di Mesir Sayyid Abdullah al-Ghumari sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa pertubuhan dan gerakan Islam di Mesir antaranya Gerakan al-Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh Imam al-Syahid Hasan al-Banna. Mustolah Hadith. beliau mula aktif mengarang pelbagai kitab ilmiah yang bernilai terutama di dalam bidang Hadith di samping mentahqiq beberapa kitab turath. bintang beliau sebagai seorang ilmuwan lebih-lebih lagi sebagai seorang muhaddith mula menyinar. pemilik sanad-sanad yang banyak di mana kami seringkali berhubung dan saling ziarah menziarahi. Nahu. pemimpin gerakan al-Ikhwanul Muslimun dan ayahandanya al-Ustaz Ahmad Abdul Rahman. beliau memperolehi kejayaan yang cemerlang. beliau sekali lagi menduduki peperiksaan Syahadah 'Alamiyyah al-Azhariyyah dalam subjek yang sama seperti peperiksaan yang lalu. beliau menduduki peperiksaan Syahadah 'Alamiyyah Khassah dalam 12 subjek iaitu Usul Fiqh. Bayan. Tauhid. Fiqh dan Tafsir. Badi'. Cuma ditambah 3 lagi subjek iaitu ilmu al-Wadh'u. Dalam peperiksaan ini. Di Mesir. Berkata Sayyid Abdullah: Saya mempunyai hubungan yang erat dengan alUstaz Hasan al-Banna. Dengan galakan daripada rakan-rakan yang mengenali kewibawaannya. Hadith. Mantiq. Setelah itu. Dalam peperiksaan ini juga. Ma'ani. Kerjaya Setelah menamatkan pengajian. 'Arudh Qafiah dan Tasawwuf.Ketika berusia 21 tahun.

Namun setelah kami membaca hasil kajian anda dan semakan-semakan anda di dalam bidang Hadith. Adik-adik beliau sendiri Sayyid Abdul Aziz. 3. Jordan. Al-‘Allamah Syeikh Muhammad al-Hamid al-Hamawi. 2. 8. Ayahanda beliau sendiri Sayyid Muhammad Siddiq al-Ghumari al-Idrisi al-Hasani. Dr. Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Ali al-Murad al-Hamawi. 5. 6. Dan ramai lagi dari seluruh pelusuk dunia. 3.Sayyid Abdullah al-Ghumari memiliki seramai 62 orang guru sebagaimana yang disebut oleh beliau sendiri. maka kami mengatakan andalah orang yang ketiga! 195 . Al-‘Allamah Syeikh Abdul Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi. musnid negara Mesir. 2. Sayyid Hasan. 4. Abang beliau al-Hafiz Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Siddiq alGhumari. Karya-karyanya Sayyid Abdullah al-Ghumari telah menghasilkan pelbagai karangan yang bermutu tinggi hingga mencecah sebanyak 81 buah dalam pelbagai bidang ilmu terutama ilmu Hadith sehinggakan seorang ulama’ pernah berkata sambil menujukan ucapannya kepada Sayyid Abdullah al-Ghumari: Kami menyangka tiada lagi ulama’ Hadith di Mesir dan Timur selain Syeikh Rasyid Ridho dan Syeikh Ahmad Syakir. Emiriah Arab Bersatu. Al-‘Allamah al-Muhaddith Muhammad Zahid al-Kauthari. Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Duwaidar al-Kafrawi al-Talawi al-Syafi’e. Sayyid Ahmad Rafi’ al-Tohtowi. 7. 4. Al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi. 6. Ali Juma’ah al-Misri. Abdul Wahhab Abdul Latif. Mufti Republik Arab Mesir. Al-‘Allamah Syeikh Muhammad ‘Awwamah al-Halabi. 5. Dr. Antaranya: 1. Murid-muridnya Antaranya: 1. Sayyid Abdul Hayy. Dan lain-lain lagi di beberapa negara Islam seperti Mekah al-Mukarramah. Sayyid Ibrahim dan Sayyid Muhammad Zamzami. Al-‘Allamah al-Faqih al-Usuli Syeikh Muhammad al-Tohir bin ‘Asyur alTunisi. Sudan dan Qatar.

Antara karya-karya beliau mengikut susunan bidang ilmu: a. 3. Al-Arba’un Hadithan al-Siddiqiyyah. Irghamul Mubtadi’il Ghabiy bijawazit Tawassul bin Nabiy. 4. Al-Adillah al-Rojihah 'ala Fardhiyyah Qira'atil Fatihah. Sesiapa yang membaca setiap karangan beliau. Asanidul Kutubus Sab’ah fil Hadith. 3. Al-Ihsan fi Ta’aqqubil Itqan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Sayyid Abdullah al-Ghumari sememangnya seorang tokoh yang hebat bagi sesiapa yang meneliti karangan beliau dengan pandangan yang saksama tanpa sebarang perasaan 196 . Usuluddin: 1. b. 4. Iqomatul Burhan ‘ala Nuzul ‘Isa fi Akhiriz Zaman dan lain-lain lagi. Al-Arba’un al-Ghumariyyah fi Syukrin Ni’am. 6. 5. Al-Tahqiqul Bahir fi Ma’nal Iman Billah wal Yaumil Akhir. Fiqh dan Usul Fiqh: 1. 5. Zauqul Halawah bi Bayan Imtina’ Naskhit Tilawah. 6. Juga beberapa karangan lagi yang agak banyak untuk disenaraikan di sini dalam pelbagai bidang ilmu. Ulum al-Quran: 1. Bayan Sohihil Aqawil fi Tafsir Ayat Bani Israil. Nihayatul Amal fi Sihhah wa Syarh Hadithil ‘Amal dan lain-lain lagi. 2. Al-Ahadith al-Muntaqah fi Fadhoil Sayyidina Rasulillah. 3. Al-Ru’ya fil Quran was Sunnah dan lain-lain lagi. 2. 2. Al-Istiqso' li Adillah Tahrimil Istimna'. Itqanus Sun’ah fi Tahqiq Ma’nal Bida’ah. Ithaful Azkiya’ bijawazit Tawassul Bil Anbiya’ wal Auliya’. pasti merasa kagum dengan ketinggian ilmu beliau yang menunjukkan keluasan kajian beliau ditambah dengan kekuatan dalil yang dikemukakan dalam setiap masalah yang beliau bentangkan apatah lagi beliau merupakan seorang pakar hadith yang mencapai martabat al-Hafiz. Taudhihul Bayan liwusul Thawabil Quran. I'lamur Roki'is Sajid bi Ma'nat Tikhazil Qubur Masajid dan lain-lain lagi. Husnut Tafahhum wad Dark Li Masaalatit Tark. 5. Ulum Hadith: 1. d. Irsyadul Jahilil Ghabiy ila Wujubi’tiqad anna Adam Nabiy. 4. Bida’ut Tafasir. c. 4. 3. 2.

Jasad beliau disemadikan bersebelahan pusara ayahanda dan bondanya yang terletak di Madrasah Siddiqiyyah. namun setelah mahkamah mendapati beliau tidak bersalah. beliau dijatuhkan hukuman mati. 197 . Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. beliau dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun bermula daripada 15 Oktober 1959 hingga 26 Disember 1969. Sayyid Abdullah al-Ghumari telah berada di Mesir selama 40 tahun dan beliau pulang ke tanah airnya untuk menabur bakti buat anak bangsanya di samping meneruskan kelangsungan Madrasah Siddiqiyyah yang telah diasaskan oleh ayahandanya. ianya tidak menghalang beliau untuk mengarang beberapa karya yang tidak kurang hebatnya. beliau pulang ke Moroko bagi meneruskan perjuangan dalam bidang ilmu. Walaupun berada dalam penjara. Pemergian beliau ditangisi oleh mata-mata yang mencintai beliau dan mengenali kedudukan beliau. Amin. Setelah menaburkan bakti di Moroko selama lebih kurang 23 tahun.taksub. Ujian Hidup yang Ditempuhi Sayyid Abdullah al-Ghumari pernah dipenjarakan pada zaman pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasir atas tuduhan mengintip bagi pihak Perancis sedangkan ini merupakan suatu tuduhan palsu melalui perancangan beberapa pihak tertentu yang merasa tergugat dengan kelantangan dan keberanian beliau. Kepulangan ke Moroko dan Wafatnya Setelah keluar dari penjara. akhirnya beliau menyahut panggilan Ilahi pada hari Khamis 19 Sya'aban 1413 Hijrah (11 Februari 1993) dalam usia 85 tahun. Pada asalnya.

merupakan seorang yang soleh dan taat pada agama. Bapanya. 198 .31 Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Bashir. Syria pada 17 Rejab 1336 H/1917 M. salah seorang peniaga kain yang besar di Aleppo. Syeikh Muhammad Zahid Al-Kauthari. Bapanya menjalankan perniagaan menjual kain yang merupakan warisan daripada bapanya. Nasab syeikh sampai kepada sahabat Rasulullah saw yang terkenal iaitu Khalid bin al-Walid ra. Muhammad. Memiliki Hati Yang Sangat Lembut Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dilahirkan di Aleppo. Guru-gurunya Syeikh Abdul Fattah bersama gurunya di Mesir.

Di Syria: Di antara guru-gurunya ialah Syeikh Raghib at-Tabakh. Syeikh Ahmad Kurdi. Syeikh Abdul Halim Mahmud. Syeikh Mahmud Syaltut. Selain itu beliau sangat beradab dan berakhlak mulia. Beliau amat menghormati tetamu. Syeikh Eisa Bayanuni. Beliau amat rajin membaca al-Quran serta mempunyai wirid yang dibaca setiap pagi di samping amat banyak berzikir dan berwirid. Di Mesir: Syeikh Muhammad al-Khidr Husin. Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari dan Hasan al-Banna yang amat memberi manfaat dan pelajaran kepada beliau. Syeikh Najib Sirajuddin dan Syeikh Mustafa alZarqa. Syeikh Ahmad alZarqa. Beliau tidak akan melakukan sesuatu melainkan setelah dipertimbangkan secukupnya dan amat cermat lagi teliti dalam setiap urusannya. sangat menjaga solatnya. Tidak akan 199 . sentiasa menunaikannya di awal waktu walau ketika penat atau sakit. seorang yang amat berlemah lembut lagi pemaaf. Syeikh Abdul Majid Daraz. Syeikh Muhammad al-Hakim. Peribadi dan Sifatnya Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah memiliki terlalu banyak sifat yang mulia. Beliau juga sangat cerdas dan pandai memilih kata-kata. sangat lembut lisannya serta tidak pernah menyakiti seseorang dengan kata-katanya. Beliau juga sangat penyabar dalam ketaatan dan ujian. Antaranya ialah kecintaannya kepada kesempurnaan dalam semua urusannya. Syeikh Asad Abji.

beliau tidak pernah mengeluh tetapi ketika terlalu sakit beliau hanya menyebut Ya Allah atau Lailahaillallah. malah ianya tidak menjadi penghalang baginya meneruskan kerjakerja ilmiah. kerana bimbang ajal akan tiba. samaada menulis. Syeikh Abdul Fattah memiliki hati yang sangat lembut. mengajar. mudah menitiskan air mata.didapati syeikh duduk tanpa urusan ilmiah. bertahmid. bermuzakarah atau memberi fatwa. Beliau amat sedih apabila diceritakan demikian dan tidur pada malamnya dalam keadaan demikian. Syeikh Abdul Fattah sangat mengutamakan ilmu. Apabila bangun dari tidur Syeikh Rahimahullah mendapati darah mengalir daripada telinga kanannya. bertahlil dan bertakbir. Beliau terus mengarang dan mentahqiq kitab. kemudian sebelah pendengarannya pun hilang. melainkan beliau akan bertasbih. malah ketika beliau dipuji. Pena dan kertas sentiasa mendampinginya walau dalam bermusafir mahupun di waktu sakit. namun tidak pernah dilihat beliau mengadu atau mengeluh sebaliknya terus bersabar. mentelaah atau menulis. sentiasa membaca. Ketika sakitnya bertambah teruk. Air matanya mengalir laju ketika membaca al-Quran dan berzikir serta membaca kisah-kisah salafus solehin dan ketika mendengar kelemahan dan kesusahan umat Islam. tetapi beliau tidak dapat mencurahkan ilmu di dadanya. sangat terkesan dengan setiap sesuatu. hingga beliau telah kehilangan sebelah pendengarannya apabila diceritakan oleh seseorang berkenaan apa yang menimpa umat Islam di sebuah negara. Beliau telah diuji pula selepas itu dengan penglihatan yang semakin lemah. Beliau telah mengarang dan 200 . Beliau sangat pedih atas kelemahan umat ini dan keadaannya.

20 hari sebelum beliau kembali ke Rahmatullah.menamatkan sebahagian kitabnya dalam perjalanannya yang banyak. malah ada di antaranya ketika beliau sakit. Beliau dikurniakan akal fikiran yang amat cerdas dan hafalan yang kuat. Kedua-dua sifat ini menunjukkan beliau amat menjaga waktunya. dan tidak akan melarang sesuatu perkara melainkan beliau sendiri meninggalkannya. wara’ lagi tawadhu’. Amin. Beliau juga tidak akan menyuruh kepada sesuatu melainkan beliau sendiri membuatnya. Beliau merupakan seorang yang beramal dengan ilmunya. kerana mencontohi orang yang mulia adalah suatu kemuliaan. bertaqwa. Beliau juga amat sedikit tidur. Pengembaraan dan lawatannya 201 . soleh. Semoga Allah memudahkan kita mencontohi akhlak dan peribadi para ulama dan solehin. kuat beribadah.

rasa hormat dan kebaktian kepada Allah. Syeikh Abul Wafa Al-Afghani. dan juga mengambil manfaat daripada para ulama tersebut. beliau ke Turki. Malaysia dan Brunei. Pakistan. Selain itu. Syeikh Abdul Fattah berkahwin dengan Fatimah al-Hashimi yang baru berumur 16 tahun. Mufti Atiqur Rahman Delhi. Beliau memiliki 3 orang anak lelaki dan 8 orang anak perempuan. Semasa syeikh melawat India. Syeikh Abul A'la Maududi dan Syeikh Abul Hasan Ali an-Nadwi. syeikh pernah bertemu dengan beberapa ulama terkenal. Perkahwinan dan Keluarganya Pada 1951. Indonesia. Syeikh Muhammad Zakariya al-Kandahlawi. India. Karya-karyanya 202 . Antaranya ialah Syeikh Muhammad Syafi' Mufti Pakistan. perkahwinannya dilihat sempurna dengan ikatan cinta.Syeikh Abdul Fattah telah mengembara dan melawat ke seluruh negara Arab. Biasanya beliau ada urusan dan membincangkan ilmu daripada ulama negara tersebut. Syeikh Muhammad Yusuf Banwori. Syeikh Muhammad Ilyas Kandahlawi. Syeikh Muhammad Latif.

Syeikh Abdul Fattah menderita serangan jantung dan dimasukkan hospital beberapa minggu. beliau mengadu mengenai kemerosotan penglihatannya dan doktor di Hospital 203 .al-Ulama' al-`Uzzab al-Ladhina 1. walaubagaimanapun. Sofahat Min Sabril Ulama (Lembaran Kesabaran Ulama). 2. karya syeikh yang terkenal. sakitnya semakin berkurangan. 4. 3. Sakit dan Wafatnya Pada 1973. al-Ulama' al-`Uzzab al-Ladhina Atharu al-`Ilm `ala al-Zawaj. selama beliau berehat dalam hidup. Mas'alat Khalq al-Qur'an wa Atharuha fi Sufuf al-Riwat wa alMuhaddithin wa Kutub al-Jarh wa al-Ta`dil. Dan lain-lainnya. Pada 1989.

Amin. Beliau dikebumikan di perkuburan Baqi' di Madinah selepas solat Isyak pada 10 Syawal 1417. "Buku itu tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya melainkan setelah dibaca habis kesemuanya.King Khalid Eyes melakukan diagnosis iaitu ‘Macular Degeneration’ dan mencadangkan rawatan laser pada retina. Pada akhir Syaaban 1417/akhir 1996 penglihatan beliau merosot semula dan beliau pergi sekali lagi ke Riyadh untuk membuat rawatan di Hospital King Khalid Eyes. Kondisi beliau menjadi teruk dan beliau meninggal dunia di Riyadh pada waktu awal pagi pada hari Ahad. Aleppo. Seluruh kaum muslimin di dunia terutama di Makkah. 9 Syawal 1417/16 Februari 1997. Beirut dan Rabat terasa kehilangan beliau terutama di kalangan ulama dan murid. Semoga Allah merahmati beliau dengan keluasan jannahNya dan semoga beliau ditempatkan bersama-sama Rasulullah saw. Pada Ramadan beliau pergi semula ke Hospital King Faisal Specialist mengadu sakit berkaitan dengan perut dan dalaman darah. Istanbul." (Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah) 204 . Madinah. Luknow. sahabat ra dan orang-orang soleh yang dikasihi Allah. Rawatan itu tidak beberapa berjaya tetapi penyakit ia berhenti dari merebak selanjutnya.

daerah Mit Ghamir. Beliau terkenal dengan seorang yang sukakan syair dan kesusasteraan Arab sehingga rakan-rakannya melantik beliau menjadi Ketua Persatuan Pelajar dan Ketua Persatuan Kesusasteraan di daerah Zaqaziq. seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan. Kematian Yang Ditangisi Syeikh Mutawalli Sya'rawi dilahirkan pada 15 April 1911M/12 Rabiulakhir 1328H di Daqadus.32 Syeikh Mutawalli Sya'rawi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab keturunan bapanya sampai kepada Husain bin Ali ra. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia. Negeri Daqaliyyah. Mesir. Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul. Syeikh Sya'rawi mengambarkan kampungnya yang begitu indah dengan pemandangan. Kealiman Yang Dikagumi. 205 . Pada tahun 1916. subur dengan tanaman hijau-hijauan di perlembahan Sungai Nil. Semasa Kecil dan Pendidikannya Syeikh Sya'rawi tamat menghafaz al-Quran ketika berusia 11 tahun. beliau telah memasuki Sekolah Rendah Zaqaziq dan berjaya memperolehi Sijil Sekolah Rendah pada tahun 1923 dan kemudiannya memasuki sekolah peringkat menengah.

tidak ada bagi seorang kanak-kanak cita-cita atau keinginan tertentu.Satu peristiwa yang terpenting dalam hidupnya yang berubah segalagalanya apabila keinginan bapanya untuk meminta beliau melanjutkan pelajaran ke al-Azhar di Kaherah sedangkan beliau hanya ingin tinggal bersama-sama saudaranya di kampung dan menjadi petani. beliau bertugas sebagai guru agama di Kolej Tanta. Namun keinginan beliau untuk menjadi petani menjadikannya membuat berbagai helah agar tidak masuk ke Kolej al-Azhar. wahai anakku. Beliau telah memasuki Kolej Agama Zaqaziq pada tahun 1930an dan mendapat sijil agama pada tahun 1936. Pada tahun 1950. beliau menjadi guru di Kolej al-Anjal di Arab Saudi dan kemudian menjadi pensyarah syariah di Universiti Ummul Qura. seorang ulamak al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan. Beliau pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul. Apabila ia tamat graduan. Beliau menjadi graduan pada tahun 1941 dan menyambung pelajaran dalam Pengkhususan Bahasa Arab (peringkat M. kemudian berpindah di Kolej Zaqaziq.” Inilah peristiwa yang merubah hidupnya untuk mendalami ilmu dan membaca buku-buku yang muktabar. Baginya hanya apa yang ada di sekeliling iaitu untuk menjadi petani dan bekerja di situ. Lalu dibeli oleh ayahnya. Menurutnya. Mekkah. Helah kedua ialah gagap dan berbuat lupa ketika ujian hafalan al-Quran. janganlah kamu menyangka aku lupa bahawa semua bukubuku tersebut bukanlah silibus untuk kamu. Helah ketiga ialah meminta ayahnya membeli kitab-kitab yang besar dan mahal harganya di kedai dengan mengatakan ini adalah silibus kolej. 206 .A) dan berjaya dalam tahun 1943. kemudian berpindah ke Kolej Agama Iskandariah. semoga Allah memanfaatkan kamu dengan buku-buku ini. Beliau telah memasukkan habuk tanah ke dalam matanya agar menjadi rabun dan ditolak semasa peperiksaan kesihatan. Tetapi. Tetapi keinginan ayahnya yang inginkan beliau belajar di Kolej al-Azhar apabila beliau telah tamat menghafaz al-Quran. Beliau telah memasuki Kuliah Bahasa Arab pada tahun 1937 dan beliau aktif dalam persatuan pelajar di Universiti al-Azhar. Namun guru tersebut tetap menerimanya sebagai pelajar. Apabila pulang ayahnya berkata : “ Wahai Amin (gelaran yang diberikan oleh ayahnya). Namun helah ini juga tidak berjaya kerana kolej itu menerima orang buta. Harga buku silibus kamu tidak sampai 37 Qurus sahaja.

tidak terlepas seditikpun dari mengingati Allah dan rasul-Nya. saya dapat melihat dengan jelas Kaabah dan ini memberi kesan yang besar terhadap jiwa saya." Syeikh Sya'rawi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun. beliau dilantik menjadi Pengarah Kementerian Wakaf. Lalu Syeikh Sya'rowi menyatakan : "Bertenang! Sesungguhnya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku. Presiden Mesir dengan Raja Saud. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Kemudian beliau bertugas di Algeria sebagai Wakil al-Azhar dan menetap di sana selama tujuh tahun. Ketika saya mengajar. ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". jiwa para guru dan pelajarpelajar di situ. maka Gamal Abdul Naser melarang beliau untuk ke Arab Saudi dan melantik beliau menjadi Pengarah di Pejabat Syeikh al-Azhar Syeikh Hassan Makmun. Pada waktu itu. Al-Sya’rawi mengambarkan bahawa kuliah Syariah ini terletak berhampiran dengan Masjidil Haram. ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Hikmah Anugerah Allah Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi. beliau pergi ke Arab Saudi untuk mengajar dui Universiti Raja Abdul Aziz. walaupun demikian. Selepas itu. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Negeri Gharbiyyah kemudian menjadi wakil bahagian Dakwah dan Pemikiran dan kemudian menjadi wakil al-Azhar. apabila berlaku krisis antara Gamal Abdul Naser. seorang doktor pernah berkata : "Aku bimbang apabila kamu menjawat jawatan ini. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir pada November 1976 . Pada tahun 1963.Beliau mengajar di situ sehingga tahun 1963. Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam 207 . jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Apabila beliau pulang ke Mesir.

Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Menurut anaknya. kawan-kawan dan pelajarpelajar untuk berbincang dengannya. Ahmad bahawa bapanya telah mengkhaskan daripada gajinya kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah. Malahan wang yang diperolehi dari ceramah-ceramah. Salah seorang anaknya. Beliau memegang jawatan ini bukan kerana kepentingan dunia dan dikenali sebagai seorang menteri yang mudah berinteraksi dan bertanggungjawab. Syeikh Sya'rawi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Masjid dan Pusat Kesihatan untuk orang Miskin. Beliau pernah menafkah wang berjuta dolar yang dihadiahkan oleh Raja Dubai untuk aktiviti dakwah.Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain. Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga terkenal sebagai seorang dermawan dan membuat kebajikan. Royalti buku-buku beliau didermakan untuk kebajikan. Sekolah Tahfiz. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafkahkan gajinya kepada para pelajar dan orang miskin. Beliau menjadi menteri sehingga tahun 1978 selama dua tahun. jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. beliau menjawab sememangnya beliau menyukai pakaian rasmi al-Azhar namun setelah beliau dituduh ingin merebut jawatan syeikh al-Azhar maka beliau menanggalkan pakaian tersebut untuk selamanya. Walaupun menjawat jawatan menteri. Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah. Tanta dan kampungnya. Mengenai kenapa beliau tidak memakai pakaian rasmi al-Azhar (iaitu berjubah dan serban Merah). Setelah itu orang beranggapan bahawa beliau 208 . Hal ini terjadi kerana beliau memberikan ciri-ciri dan syarat-syarat kelayakan untuk menjawat jawatan Syeikh al-Azhar kepada Anwar Sadat.000 Us Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz alQuran. royalti buku dan majalah disedekahkan untuk orang ramai.000 Junaih (lebih kurang 146. Beliau mendirikan di kampungnya Daqadus Maahad Al-Azhar. Pintu pejabatnya sentiasa untuk para ulamak.

sentiasa memerhatikan setiap pergerakan dan kenyataannya seterusnya melaporkannya ke pejabatnya yang terletak di Jalan Al-Ahram di Giza. orang Arab dan Muslim umumnya. para pendengar dari kumpulan sekular yang intelek seperti Syeikh Al-Qimani. Beliau selalu berkhutbah dan mentafsir al-Quran sehingga berjaya memikat pendengarnya yang terdiri dari kalangan masyarakat biasa.menginginkan jawatan tersebut. Bintang Pujaan Syeikh Sya'rawi muncul dalam kegawatan politik dan banyak meninggalkan jasa dan kenangan. Sungguhpun begitu. Setiap hari Jumaat selama 20 tahun. Syeikh Sya'rawi umpama bintang (Bintang Agama). Adel Hamanda. Bersama Pemuda Beliau adalah seorang ulama’ yang rapat dengan golongan pemuda. Menurut bekas pembantu editor majalah Ras Al-Yusuf. Beliau mempunyai banyak maklumat dan berjaya menarik perhatian orang ramai. Sifat Peribadi dan Rahsia Dirinya 209 . untuk membuktikan keikhlasannya beliau menanggalkan pakaian yang amat disukainya.Oleh kerana itu. Beliau sering mengadakan perjumpaan dan nadwah dengan mereka sehinggakan beliau sendiri yang menjadi ketua yang pertama Majlis Kelab Sukan Daqadus ketika mula-mula ditubuhkan. Beliau juga adalah seorang Syeikh yang berjaya memenangi hati jutaan rakyat Mesir. Melalui pegangannya yang begitu kuat kepada Al-Quran dan kebolehannya dalam membakar semangat melalui ucapan yang ringkas dan bernas dan tulisannya yang sesuai untuk semua. beliau muncul dalam "Khawater Sya'rawi" di Masjid Arba'een di kampungnya dan dua masjid di Kaherah.

walaupun dalam keadaan panas yang amat terik beliau mampu bertawaf sehingga 14. Maha Besar Allah sewaktu di Masjidil Haram beliau tidak melaksanakannya seperti orang lain yang pada kebiasannya bertawaf sebanyak tujuh kali.. 21 dan 28 kali. sujud dan membaca Al-Quran sepanjang malam sehingga mencapai 70 rakaat sembahyang bertahajjud kepada Allah SWT. Beliau juga adalah seorang yang mantap ilmunya. Sewaktu di Madinah Munawwarah dan Mekah.Syeikh Sya’rawi adalah merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT. kuat ingatannya dan insan kamil lagi mutakamil. Ternyata didapati beliau tidak tidur malah didapati sedang asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah SWT. Insan yang benar-benar ingin mendekatkan dirinya kepada Tuhan seharusnya menjadikan beliau antara contoh muqarrabin yang selayaknya diikuti. beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut terlalu panas lebih kurang 50 C kerana memuliakan tempat tersebut. Kecintaannya terhadap Rasulullah saw terlalu mendalam sehinggakan beliau sentiasa bertasbih dan bersalawat kepadanya. Rasa cintanya dengan Allah terlalu mendalam. 210 . Beliau menghidupkan malamnya dengan berdiri. Beliau pernah melarang maqam Nabi Ibrahim dipindahkan dari tempatnya dengan berpendapat bahawa maqam tersebut adalah tempat peribadatan haji dan tidak boleh diubah. rukuk. Sifat dermawannya tidak dapat disangkal lagi malah beliau adalah orang yang tidak pernah jemu menyalurkan gajinya di jalan Allah dengan menafkahkannya kepada faqir miskin di Daqadus dan tempat-tempat lain yang memerlukan. Namun beliau bukanlah seorang yang berbangga dengan amalnya malah beliau sentiasa menutupi setiap sumbangannya agar tidak diketahui oleh ‘tangan kirinya’. Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih dari anak-anaknya sendiri. Sewaktu membeli beliau tidak mengambil baki wang yang dihulurkan malah menyenangkan orang lain dalam muamalahnya. Sahabat akrabnya pernah beberapa kali mengintip perbuatannya di waktu malam.

Ketika ditanya oleh As-Sanrawi. beliau berkhidmat sebagai ulama’ Al-azhar. Tidak sampai sebulan sebelum kematiannya.Beliau memegang jawatan wazir hanya dari tahun 1976 hingga 1978 kerana memandangkan jawatannya ini tidak memberikan sesuatu kesan untuk dia melaksanakan Islam dengan baik. Beliau sering memberi nasihat dengan firman Allah Taala yang memberi maksud “Katakanlah dan Aku tidak meminta dari mereka sebarang balasan kecuali berkasih sayanglah sesama saudara kaum kerabat”. janganlah takut ”. beliau akan memperingatkan sahabatnya dengan Ayat Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman dan yang sentiasa mendoakan bagi mereka yang sesat akan mendapat hidayah dan petunjuk dariNya”. Namun beliau enggan memakai pakaian Al Azhar dan beliau hanya memakai kopiah dan jubahnya. “Apakah dia jalan suluk kepada Allah?. Selepas meninggalkan jawatannya dalam wazir. Beliau menjawab “Apabila kamu mengosongkan dirimu dari sebarang pergantungan dan menghiasinya dengan manhaj Allah. Mujaddid Kurun Ke-20 Allah SWT telah menzahirkan baginya ilmunya. kefahaman yang mendalam. Bahkan beliau jarang dapat pulang kekampungnya dan melihat keluarganya. Muhammad As Sa’di menemuinya di hospital dan menceritakan kembali kepadanya tentang mimpinya bertemu dengan Saidatina Zainab yang telah berkata kepadanya “ Katakanlah kepada Sya’rawi. Kesufiannya amat tinggi. cahaya hatinya penjagaan lisannya dan mewarisi akhlak Rasulullah saw. Maka Allah akan melimpahkan bagimu limpahanNya yang Maha Agung”. 211 . sahabat karibnya. Sewaktu diminta oleh sahabatnya untuk membela dirinya yang difitnah pada masa tersebut. Ternyata beliau masih ingat dengan mimpi tersebut yang menunjukkan beliau bukanlah seorang yang mudah terlupa. Beliau merupakan imam yang sufi dan zuhud.

Menurut al-Qaradawi. kesemuanya bersetuju atas sumbangan dan khidmatnya dalam khidmat kepada agama Islam keseluruhannya. Beliau juga tidak bersetuju untuk mengambil pendekatan menentang kerajaan dan mengambil pendekatan tadaruj sedangkan ada sesetengah golongan inginkan pendekatan kekuatan dan menentang pemerintah. Syeikh Abdullah bin Zayd Ali Mahmud. AlQaradawi menyebutkan lagi. Saya telah hadir dan apabila beliau mengetahui kehadiran saya beliau merasa sungguh seronok dan bergembira. Beliau merupakan seorang yang dikurniakan Allah kefahaman alQuran dan rahsia-rahsianya serta pandangan-pandangannya mempunyai kesan kepada masyarakat umum. Menurut al-Qaradawi. pada tahun 1417H. 212 . Menurutnya lagi. Syeikh al-Sya’rawi keseluruhan hidupnya adalah untuk berkhidmat kepada agama Islam dan menyebarkan ilmu dan kematian ulamak merupakan satu kehilangan besar dan musibah kepada umat kerana apabila Allah menarik ilmu adalah dengan kematian ulama. Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. sama ada golongan terpelajar mahupun tidak. Syeikh Khalid Muhammad Khalid. Apatah lagi dalam masa terdekat beberapa ulamak lainpun telah meninggal dunia sebelumnya seperti Syeikh Muhammad al-Ghazali. sememanng ada yang bersepakat dengan Syeikh alSya’rawi dan ada yang berbeza pendapat dengannya seperti pandangannya mengenai pemindahan organ.Pandangan Sahabat dan Ulama Mengenainya Ahmad Bahjat menyifatkan Syeikh al-Sya’rawi seorang ahli tafsir semasa yang dapat menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan uslub yang mudah difahami oleh orang umum. Sementara Omar Hashim. meninggikan kalimatnya dan berdakwah kepada masyarakat dengan bahasa yang mudah dan semasa. Tidak semua orang yang membaca al-Quran dapat menyelami maknamakna kecuali diberikan Allah kefahaman tersebut. Yusuf al-Qaradawi menyifatkan Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi seorang ahli al-Quran. Syeikh al-Sya’rawi merupakan gurunya dalam subjek Balaghah semasa beliau menuntut di Kolej Al-Azhar Tanta. Dan Syeikh al-Sya’rawi adalah orangnya yang diberikan Allah kurniaan tersebut. bekas Rektor alAzhar menyifatkannya sebagai seorang mujadid abad ini. Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq (Syeikh al-azhar). apabila beliau dianugerah Pingat Antarabangsa Syahsiyat Islam Dubai. saya telah diminta oleh pihak penganjur untuk menghadiri bagi menghormati beliau. Namun. Beliau tidak bersetuju pemindahan organ. Perkara ini sudah tentu berbeza dengan Syeikh al-Sya’rawi.

Mu’jizat al-Qur’an (Mukjizat al-Quran) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Nasional) 213 . Adalah menjadi kewajipan kita mendidik mereka dengan akhlak dan perangai yang mulia dan memelihara telinga dari mendengar perkara yang buruk. al-Tariq ila Allah (Jalan Menuju Allah) 6. Tafsir al-Sya’rawi (Tafsir al-Sya’rawi) 2. Karya-Karyanya 1. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam dalam menunaikan amalan dan kewajipan agama.Saya menghadiri majlis tersebut sebagai tanda menghormatinya dan sepatutnya kita sebagai seorang muslimin juga menghormati para ulamak kita seperti Syeikh al-Sya’rawi dan Muhammad al-Ghazali. al-Fatawa (Fatwa-Fatwa) 7. Mengenai pendidikan anak-anak. Abdul Rahim. memelihara matanya dari melihat yang mungkar. Mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Sami. Perkahwinannya dan Anak-Anaknya Syeikh al-Sya’rawi telah berkahwin dalam usianya yang masih muda atas permintaan bapanya yang inginkan beliau berkahwin awal dan isterinya adalah pilihan keluarga. al-Islam wa al-Fikr al-Mu’asir (Islam dan Pemikiran Semasa) 4. al-Islam wa al-Mar’ah (Islam dan wanita) 5. al-Isra’ wa al-Mi’raj (Isra dan Mikraj) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Dinie Publihers 3. al-Sya’rawi menyebutkan bahawa perkara yang penting ialah memberi contoh teladan dan sekiranya kita menunjukkan akhlak yang mulia sudah tentu mereka akan mengikutinya. Fatimah dan Solehah. tekun dalam membuat kerja dan menunaikan solat pada waktunya. Ahmad.

al-Salat wa Arkan al-Islam. Saat Kematian Suasana pada hari kematian Syeikh Sya’rawi 214 . Wasiat Sebelum Syeikh Sya' rawi meninggal dunia. Ia bukan semata-mata tafsiran ayat demi ayat mengikut tertib mashaf serta menerangkan kalimah dan menafsirkan ayat tersebut. al-zalim wa al-zalimun (Zalim dan orang-orang Zalim) 16. Hadha Huwa al-Islam (Inilah Islam) 13. Beliau juga berwasiat perkara yang sama kepada seluruh umat Islam. Min Fayd al-Rahman (Dalam Limpahan al-Rahman) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Yasmeen) 9. Sirah al-Nabawiyyah ( Sejarah Nabi Muhammad s. al-Hayat wa al-Maut (Kehidupan dan Kematian) 14.8. beliau telah mengumpulkan anak-anak cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah harta. Sesiapa yang inginkan harta.w. Nazarat fi al-Qur’an (Pandangan-Pandangan al-Quran) 12. Al-Taubat (Taubat) 15.) Dan masih lagi banyak lagi buku-buku beliau terutama dalam penafsiran alQuran dan persoalan umat semasa. al-Qada’ wa Qadar (Qada dan Qadar) 10. Malah beliau berwasiat bahawa perbalahan mereka biarlah pada masalah agama.(Solat dan Rukun-Rukun Islam) 11. hadis dan ilmu-ilmu beliau. ambillah hartanya. Al-Quran telah memberi ufuk yang luas kepada jiwa dan pemikirannya. Menurut Sya’rawi beliau tidak mengulangi mana-mana buku kecuali alQuran. Pusaka agama yang beliau tinggalkan ialah tafsir al-Quran.a. Beliau menafsirkan al-Quran dengan menamakannya sebagai “Khawatir al-Imaniah”.

beliau telah dapat merasakan saat-saat kematiannya yang makin hampir." Walaupun sewaktu hayatnya. Kerajaan Saudi telah menawarkan kepada beliau tanah perkuburan di perkuburan Baqi' tetapi Al Fadhil Syeikh menolak dengan mengatakan. Harta dan diriku hanya untuk Allah. Umat Islam ketika itu terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah wafat ketika berumur 87 tahun. "Semua harta adalah milik Allah dan setiap apa yang telah diberikan oleh Allah kepadaku. akan aku nafkahkannya pada jalan Allah. penduduk kampung serta semua pencinta beliau." Malah dua hari sebelum meninggal dunia. Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Ini terbukti semasa perasmian sebuah masjid di kampungnya tiga bulan yang lalu beliau mengatakan. Pemergian ulama besar ini telah menghimpunkan jutaan manusia sebagaimana mereka berasak-asak dalam perhimpunan untuk mendengar tazkirah dan kuliah semasa hidupnya. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian. Pada pagi Rabu 17 Jun 1998/22 Safar 1419H. "Selamat datang wahai Hussain! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya. Jenazahnya telah dimandikan oleh Dr Omar Hashim dan diimamkan oleh Dr Sayyid al-Tantawi. nescaya tempat itulah lebih indah dari bandar-bandar besar di seluruh dunia. aku gcmbira dengan kedatanganmu". beliau berwasiat agar mempersiapkan kuburan untuknya di kampung. Aku ingin tanah tempat kelahiranku ini bakal menimbusi jasadku nanti. "Tanah kelahiranku lebih layak menerima jasadku hingga dia dapat memelukku ketika aku mati sebagaimana aku memeluknya dan memeliharanya ketika hayatku.Sebelum kematiannya. Mansurah (Tempat asal al Fadhil) bertukar dengan linangan airmata kerana pemergiannya. beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Semasa di akhir hayatnya juga. Sesungguhnya aku tidak memiliki apaapa. Kegembiraan penduduk kampung Daqadus. setelah mengalami kegeringan akhirnya beliau kembali ke pangkuan Ilahi. Tersambar di hati-hati mereka suatu 215 . beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya. sejarah tersulam di dalam diari Islam. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau. Seandainya setiap orang merasa bertanggungjawab pada kampung dan bandar tempat kelahirannya.

Beliau telah mendirikan sekolah rendah serta Maahad Azhar di Daqadus untuk kemudahan penduduk kampungnya. 216 . Beliau tidak pernah masuk bertanding di dalam pilihanraya. Mesir telah digugat oleh isu kemiskinan. Nasional T. Pada tahun 1967.v. Liputan akhbar Ahrar menyatakannya sebagai 'Lawak Dekad Ini'.V. yang menayangkan rancangan Syeikh Sya'rawi. Ramai di kalangan intelektual terutamanya yang berhaluan kiri seperti Hamanda mengesyaki adanya pakatan sulit antara kerajaan dan stesyen t.keperitan dan kesedihan di atas pemergian dan perpisahan yang tidak diingini ini. Omar Abdul Rahman dan Syeikh Tantawi menyatakan bahawa beliau adalah merupakan the silent hero untuk the silent people yang tidak menimbulkan sebarang pemberontakan. Walaupun beliau pergi untuk selamanya namun jasa dan keprihatinannya terukir indah dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka. hanya menyiarkan 15 minit untuk pengkebumian Syeikh Sya'rawi. Al Fadhil Syeikh amat dikasihi oleh penduduk kampungnya kerana beliau banyak menafkahkan harta-hartanya untuk kebajikan umat Islam. kemunculannya memberikan satu jasa yang besar dan beliau merupakan lambang keamanan dan kemiskinan. Pemergiannya juga menandakan kehilangan seorang tokoh agamawan yang kontroversi dalam sejarah moden bumi Mesir.

Ramai dikalangan gurunya datang dari India dan ada juga di antara mereka yang datang dari Madinah. Rae Berily. nahu. Beliau gemar mengumpul kitab dan mempunyai satu sudut bacaan sendiri yang dinamakan sebagai Maktabah Abil Hasan Ali (Perpustakaan Abul Hasan Ali). Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abdul Hayy bin Fakhruddin bin Abdul Aliy al-Hasani. Sejak kecil juga Syeikh Abul Hasan telah didik dengan pelbagai ilmu pengetahuan meliputi bahasa Arab. Beliau dilahirkan pada 6 Muharram 1333H / 23 November 1914M di Takia Kala.a.33 Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi. Setelah itu beliau mengorak langkah keperingkat yang lebih tinggi 217 . Beliau amat bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang amat berpegang teguh dengan ajaran Islam. tidak hairanlah minat membaca beliau terserlah sejak kecil lagi. India. Dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu. fiqh. syair. Nasabnya sampai kepada Hasan bin Ali bin Abi Talib r. beliau hanya belajar di rumah dan di madrasah Nadwatul Ulama. Ayahnya Sayyid Abdul Hayy seorang ulama di India manakala ibunya juga seorang pendidik dan hafaz al Quran serta syair-syair sejarah Islam dalam bahasa Urdu. tafsir. sastera Arab. Zuhud Yang Berjiwa Sufi Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi merupakan seorang ulama dan pemikir Islam yang ulung. Di peringkat awal. hadis dan sebagainya.

Kekaguman beliau dengan karya-karya Iqbal mendorong beliau untuk menterjemahkan beberapa syair Iqbal daripada Bahasa Urdu kepada Bahasa Arab. Saya kira bukan saya seorang sahaja yang mencintainya tetapi semua orang yang mengenalinya pasti mencintainya.di Universiti Lucknow dan di sini. Saya mendapati pada dirinya hati seorang muslim yang sejati dan pemikiran Islam yang tulen. beliau telah berjaya mencapai kecemerlangan tertinggi dalam bidang Bahasa Arab. Saya mendapati beliau sentiasa hidup dengan Islam dan untuk Islam." Dakwah dan Pendiriannya Mencontohi pendekatan dakwah ulama’-ulama’ terdahulu seperti Imam As Sirhindi r. Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: "Saya mengenali keperibadiannya dan juga karya-karyanya. berlapang dada serta terpancar keikhlasan dakwahnya sehingga membuatkan beliau senang didampingi. Beliau adalah seorang yang berperibadi zuhud dan tidak membezakan antara manusia dalam dakwahnya membuatkan ulama terkenal Mesir. serta beberapa tokoh Islam yang agung. Dr Yusuf al-Qaradhawi mengkagumi keperibadian beliau. Di sinilah dia bertemu dengan seorang sarjana dan pemikir agung dunia Islam iaitu Dr. Muhammad Iqbal. 218 . zuhud. Kemudian beliau meneruskan lagi pengembaraan ilmunya hingga membawa beliau ke Lahore. walaupun usianya pada ketika itu hanya sekitar 15 tahun sahaja. bahkan sesiapa yang lebih mengenalinya pasti akan bertambah kecintaan terhadapnya.a dan Maulana Ilyas r.a. Sifat Peribadi Peribadi Syeikh Abul Hasan sangat sederhana. tidak kira peringkat umur dan darjat seseorang manusia itu.

pengarang buku 219 . Arnold. Walaupun begitu. baik di Timur mahupun di Barat mengenali tokoh ini. Malah adakalanya walaupun tidak berkesempatan mengenali peribadi beliau secara langsung tetapi apabila kita membaca hasil-hasil karyanya kita akan merasakan seolah-olah beliau adalah guru kita yang duduk bersama-sama kita. Dasar-dasar yang digariskan beliau dalam melaksanakan dakwah itu merupakan himpunan daripada dasar "At Tasallub Fi Al Usul" iaitu tegas pada prinsip dan "Al Murunah Fi Al Wasail" yakni anjal dalam perlaksanaan. bahasa.W. tujuan orientalis adalah menyebarkan agama Kristian dan menonjolkannya lebih daripada agama Islam. mereka cuba membangkitkan rasa bangga terhadap mereka ke dalam jiwa anak-anak muda Islam. Melalui cara ini. Usaha gigih Syeikh Abul Hasan dalam menyampaikan kalimah haq bukan sahaja dikagumi oleh dunia Islam malah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat Barat khususnya di Eropah. Cambridge. Oxford. T. An-Nadwi juga begitu peka dengan sistem pendidikan dan banyak mengkritik golongan orientalis yang menyelewengkan fakta sebenar mengenai Islam. Dari segi faktor keagamaan. Banyak undangan ceramah dan seminar yang beliau terima daripada institusi-institusi terkemuka di Eropah seperti di Geneva. Edinburgh dan Sepanyol. antara orientalis yang menghasilkan penyelidikan yang baik yang wajar diberi penghargaan ialah Prof. barat dapat meluaskan kekuasaan dan pengaruhnya ke atas umat Islam. dengan menggabung jalinkan beberapa manhaj dan pendekatan. Menurut al-Nadwi. Dari segi politik. ada juga golongan orientalis yang membuat penyelidikan semata-mata kerana rasa minat mereka terhadap ilmu. golongan orientalis adalah utusan barat ke negara-negara Islam dengan tujuan membuat penyelidikan yang berhubung dengan adat. tabiat dan jiwa orangorang timur. Prinsip yang perlu ada ialah berdakwah untuk kebaikan umat seluruhnya bukan untuk keuntungan kelompok atau diri sendiri. Rata-rata dikalangan pendakwah dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan. kefahaman yang jitu terhadap dasar-dasar dakwah akan menjadikan seorang daie’ benar-benar berdakwah untuk Allah bukan untuk kepentingan peribadi atau selainnya. menjadi suatu kombinasi di antara sistem lama yang berkat dengan sistem baru yang bermanfaat. Paris. Di samping itu.Syeikh Abul Hasan telah membawa suatu manhaj dakwah dan tarbiyah yang menyeluruh. Glasgow. Menurut beliau.

Ketiganya penjajahan yang berlaku ke atas negara-negara umat Islam. umat Islam sekarang menghadapi kejumudan pemikiran atau mendapnya kecerdasan akal yang menimpa sarjana Islam atau pusatpusat pengajian Islam semenjak waktu yang lama. Beliau menyebut bahawa dengan mengakui sumbangan ilmu orientalis ini. ijtihad dan ilmu pengetahuan. An-Nadwi telah memberi kritikan pedas terhadap golongan orientalis yang seharusnya direnung oleh pelajar-pelajar muslim yang lain. Aloys Spenger Edward William Lane. A. Antaranya ialah pertamanya kelemahan orang Islam dari sudut keimanan.Wensinck. Orang-orang Islam mengkagumi falsafah barat yang dianggap mengandungi kebenaran dan kemajuan. Fikiran menjadi sempit dan keghairahan terhadap agama mereka telah lenyap sama sekali.W. Menurut an-Nadwi. feqah Islam. Tujuan mereka hanya ingin mencari kelemahan tentang Islam dan mengemukakannya untuk maksud politik mahupun keagamaan. jarang ditemui ulama yang dapat meyakinkan generasi muda mengenai keunggulan Islam dan keabdian ajaran agama untuk mereka melayari kehidupan serta menyingkap tabir kelemahan-kelemahan peradaban barat dan sorotan yang ilmiah dan analisa yang teliti. Keduanya para ulama tidak memainkan peranan yang sebenar dan tidak pula berusaha untuk memimpin orang Islam lain terutama anak-anak muda Islam.Preaching of Islam. sunnah. Begitu juga. Stanley Lane pengarang buku Saladin (Salahuddin alAyubi) dan Moors in Spains. Dr. Beliau turut menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan fahaman ini dapat menawan jiwa orang-orang Islam. Sebaliknya didapati bertambah besar jurang yang memisahkan mereka dengan ilmu tersebut disebabkan oleh iktikad permusuhan yang terpendam dalam hati mereka. ekonomi dan agama. sirah nabi. Semua pengarangpengarang ini menunjukkan keikhlasan mereka dalam membahaskan sesuatu isu tanpa dipengaruhi oleh faktor politik. akhlak dan tasauf. Mereka hanya keluar dengan tangan hampa tanpa memperolehi apa-apa dari keimanan dan keyakinan. yang telah menyusun Mu‘ajam Hadith. 220 . tiada halangan baginya untuk menegaskan bahawa kaum orientalis ini sering tidak beroleh taufik dari Ilahi walaupun mereka banyak melakukan penyelidikan dan penggalian terhadap ilmu-ilmu al-Qur’an.J.

Oleh itu. Di samping itu. Urdu. sejarah dakwah dan tokoh-tokoh dakwah serta adab-adab Islam. sausana dan persekitaran. Hindi. beliau menyarankan umat Islam kembali kepada acuan madrasah kerasulan. Melayu dan lain-lain. Oleh itu. tetap menjadi rujukan umat seluruh dunia malah telah diterbitkan dalam berbagai-bagai bahasa seperti Inggeris. beliau mengakui manhaj itu mungkin berbeza dari satu tempat dari satu tempat yang lain kerama dakwah mesilah mengambil kira masalah lingkungan . Parsi. Kemungkaran dan kerosakan adalah berpunca dari keengganan manusia untuk kembali kepada penawar dan rawatan nubuwwah.alNadwi juga menyarankan memahami al-Quran dengan mendalam. Ini jelas terbukti dalam bukunya Rawa’i min adab al-da’wah yang mana beliau mengambil contoh-contoh dakwah para nabi-nabi yang bersumberan alQuran dan al-Hadith. Hingga sekarang karya yang berusia lebih 50 tahun itu. Beliau telah berjaya membuka pandangan sempit pemimpin dunia Islam yang menganggap bahawa kekayaan material yang dimiliki oleh masyarakat Eropah adalah segala-galanya sedangkan mereka di sana telah bankrap dari segi pemikiran dan kerohanian.An-Nadwi berpendapat bahawa jalan yang paling selamat dalam mendidik umat Islam ialah kembali beriman kepada Allah sebagaimana Rasulullah dahulu telah melaksanakannya dengan begitu berkesan. dakwah yang berkesan ialah dakwah yang mengambilkira realiti yang ada. An-Nadwi menggunakan manhaj dakwah dengan berteraskan kepada alQuran kemudian hadith dan sirah serta kisah-kisah para sahabat. Syeikh Abul Hasan an-Nadwi berjaya membawa suatu natijah yang berguna untuk mengeluarkan umat manusia 221 . Di samping itu. Arab. pendekatan hikmah dan bijaksana perlu diberi perhatian. Hanya dengan kembali kepada bentuk didikan di atas sahajalah manusia masa kini dapat diselamatkan sebagaimana manusia pada zaman dahulu diselamatkan oleh Rasulullah. Karya Yang Membuka Mata Dunia Siapa yang tidak terkesan bila mana membaca karya agung beliau berjudul "Apakah Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam" yang pernah pada suatu ketika menggoncang hati para pemimpin dan ulama’ di dunia Arab. Dengan pandangannya yang tajam. Kebanyakan bidang tersebut telah ditulisnya untuk penyediaan kepada para pendakwah.

Pemergiannya dirasakan sebagai suatu kehilangan permata yang amat berharga. Dijemput Ilahi Setelah hampir tiga suku usianya dihabiskan dengan perjalanan ilmu dan dakwah. “Belia-belia Islam yang bakal memimpin umat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan ilmu. beliau telah dijemput Allah SWT pulang ke sisiNya ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri solat Jumaat di kediamannya. Amin. Kalau tidak. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yang luas ke atasmu dan semoga engkau bersama-sama dengan para anbiya’. Sebagai mengenang jasa beliau yang telah dicurahkan untuk kepentingan agama. tazkiyah ruhiyyah. 23 Ramadhan 1420H / 31 Disember 1999M. maka telah diadakan solat jenazah ghaib di dua tanah suci iaitu di Masjidil Haram di Makkah al Mukarramah dan di Masjid Nabawi di Madinah al Munawwarah pada malam 27 Ramadhan 1420H.daripada kongkongan hidup jahiliyah moden kepada naungan Islam yang sebenar. auliya’ dan para kekasih Allah. Sebagaimana yang beliau nukilkan bahawa hanya umat Islam sahaja yang layak untuk mentadbir dan mengatur dunia ini. tanpa Islam dunia akan menghadapi penderitaan dan kerugian walaupun manusia memiliki segala kecanggihan dan kemudahan hidup. maka pada tengah hari Jumaat. ketika usianya mencecah 85 tahun. Perjuangan dakwahnya yang tidak mengenal noktah itu. semangat juang dan sifat zuhud dari dunia. Selamat jalan wahai mujahid. menyeru umat Islam agar kembali teguh kepada al-Quran dan sunnah. akan dibimbangi mereka akan 222 . seharusnya menjadi contoh dan ikutan oleh generasi kini.

” (Syeikh Abul Hasan Ali an-Nadwi) “Ulama-ulama dahulu berusaha untuk bergaul dengan orang-orang soleh walaupun ilmu mereka rendah daripada mereka untuk mengelokkan hati kita. Mudahan Allah Taala memudahkan kita membaca kisah-kisah orang soleh untuk merawat hati kita.kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman.” (Syeikh Abul Hasan Ali an-Nadwi) 223 . Kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang mantap.

Beliau telah memilih bandar Damsyik sebagai destinasinya yang baru.w. Ulama Berjiwa Sunnah Syeikh Al-Albani dilahirkan pada tahun 1914 M/1332 H di Asyquderah (dulu dikenali Shkodera). tempat itu mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang tersebut dalam hadis Nabi s.. Istanbul yang menjadi pengajar dan ulama besar di Albania. setelah pemerintahan Albania dikuasai oleh Ahmad Zogho. Syeikh Nuh Najati ialah seorang graduan Kolej Guaman. Nama sebenarnya ialah Muhammad Nasiruddin bin Nuh bin Najati. Dalam pada itu. termasuklah Haji Nuh demi menyelamatkan masa depan anak-anaknya. disandarkan kepada negeri kelahirannya Albania. setelah pernah singgah di situ dalam perjalanannya menunaikan haji.a. Pendidikan Awal dan Guru-gurunya 224 .34 Syeikh Al-Albani. Ayahnya. Ini sebenarnya menghakis nilai-nilai murni sosial Islam yang telah sebati dengan sistem sosial Albania pada masa itu. khususnya dalam bidang sosial. sebuah ibukota Albania. Apatah lagi. negara itu telah banyak terpengaruh dengan dasar-dasar Barat yang telah diamalkan secara menyeluruh. ramai penduduk Islam Albania telah memilih untuk berpindah ke tempat lain. Beliau lahir dan membesar dalam keluarga dan lingkungan orang-orang soleh yang amat sederhana. Nama gelarannya ialah AlAlbani. Rentetan daripada itulah.

Damsyik. Ijazah yang beliau peroleh dalam ilmu hadis ialah pemberian dari seorang ulama Halab. Beliau tidak memperoleh ijazah riwayat daripada guru-guru beliau tersebut kerana beliau memang tidak memintanya. seperti sahabat bapanya. Namun. tajwid dan feqah Hanafi. Namun begitu. alAnwar al-Jaliyah fi Mukhtasar al-Atsbat al-Halabiah dan ia bubuhi dengan ijazah-ijazahnya dari guru-gurunya. Syeikh Raghib memberikan kitabnya. Beliau juga mempunyai ijazah dan sanad yang bersambung sampai Imam Ahmad daripada Syeikh Bahjah al-Baitar. Syeikh Said al-Burhani yang telah mengajarnya kitab ‘Maraqil Falah’ di samping kitab-kitab lain dalam ilmu balaghah. Sebaliknya beliau telah mengikuti program pendidikan yang disusun oleh bapanya yang menekankan pendidikan al-Quran. apabila beliau berjaya menghabiskan pendidikan rendah di situ. beliau telah berpindah ke sekolah baru berhampiran pasar arujah dan disitulah akhirnya beliau berjaya menamatkan pendidikannya. Ijazah serupa didapat pula oleh muridnya iaitu Syeikh Ali Hasan al-Halabi. sehingga beliau lalu memberi ijazah riwayat sebagai penghormatan dan pengakuannya dan bukan pemuda Al-Albani yang memintanya. Keterangan tersebut ada dalam buku Hayah al-Albani (biografi Al-Albani) karya Muhammad As-Syaibani. betapa kagumnya beliau melihat Al-Albani yang waktu itu masih muda belia tapi pandai dalam ilmu hadis. Syeikh Raghib atTabbakh setelah bertemu dengan beliau lewat perantara Ustaz Muhammad al-Mubarak. Ustaz al-Mubarak ini menceritakan kepada Syeikh Raghib atTabbakh tentang keberadaan seorang pemuda yang serius mempelajari ilmu-ilmu hadis dan keunggulan beliau dalam ilmu itu. rusuhan terhadap penjajahan Perancis telah berlaku dengan hebat sehingga sekolah itu akhirnya terbakar dalam rusuhan itu. Pada waktu itu. Setelah Syeikh Raghib at-Tabbakh meneliti kebenarannya. Ijazah ini hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar ahli dalam hadis dan dapat dipercaya untuk membawakan hadis secara teliti.Syeikh Al-Albani memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Rendah alIsa’af al-Khairiyah yang terletak berhampiran bangunan tinggalan istana besar yang terkenal di Hayyu al-Bazuriyah. beliau tidak meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi atas nasihat bapanya yang tidak begitu senag dangan dasar pendidikan kerajaan pada masa itu. Beliau juga telah mempelajari ilmu-ilmu agama dan bahasa Arab daripada ulama-ulama yag terkenal pada masa itu. 225 . Oleh sebab itu.

khususnya manuskrip-manuskrip asal di Maktabah Azzahiriah secara berterusan. Oleh kerana Al-Albani turut membaiki jam. 2.Mula Mendalami Ilmu Hadis Syeikh Al-Albani mula tertarik untuk mendalami ilmu hadis ketika berusia lebih kurang 20 tahun setelah mendapati dirinya terpengaruh dengan paparan-paparan Sayyid Rasyid Redha dalam majalah Al-Manar. beliau menyebut bahawa sekitar 6-8 jam masanya telah ditumpukan untuk kegiatan ini setiap hari. Sesungguhnya kejayaan seperti ini telah disifatkan oleh Al-Albani sebagai hasil daripada 2 peristiwa penting dalam hidupnya: 1. Paparan Sayyid Rasyid Redha itu sebenarnta berkisar ulasan ringkas mengenai kitab Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Penghijrahan bapanya ke Syria yang membolehkannya mempelajari bahasa Arab untuk mendalami al-Quran dan hadis. kisah-kisah terjemahan penyiasatan dan bidang sejarah. tetapi Al-Albani tergerak untuk mendalami isi kitab tersebut. 226 . Beliau kemudiannya telah berjaya mengemaskinikan sumber-sumber hadis Ihya Ulumuddin yang telah diusahakan oleh al-Hafiz al-Iraqi dalam usia semuda itu. jalan di hadapannya terbuka luas untuk usaha-usaha seterusnya. beliau telah menuntut ilmu. beliau telah membahagikan masa hariannya untuk menuntut ilmu dan bekerja pada masa yang sama. minat Al-Albani tertumpu kepada kisah-kisah klasik Arab. Peluangnya mempelajari kerja-kerja membaiki jam daripada bapanya yang kemudiannya telah menjadi sumber rezeki utamanya. menulis dan mengkaji buku-buku hadis. Walaupun masih terdapat banyak kelemahan dalam usahanya itu. Dalam hal ini. Sepanjang tempoh itu. Sebelumnya.

tampaklah padaku kesalahan- 227 . sehingga disebutkan bahawa ‘satu matanya pada buku dan satu lagi pada yang bertanya’. namun kecintaan beliau kepada ‘warisan Nabi’ ini terus bertambah demikian pula upayanya dalam memisahkan hadis-hadis sahih dari yang lemah. Keadaan inilah juga berlaku kepada ulama-ulama hadis lain seperti Ibnu Jauzi yang cuma mengalas perut dengan roti kering. Sesungguhnya usaha ini merupakan satu kesungguhan dan pengorbanan yang sangat besar dalam bidang hadis.Namun begitu. beliau masih mampu mengimami solat di maktabah itu setiap kali azan berkumandang. di samping ketelitiannya dalam penyusunan hasil berkenaan selain daripada kecantikan tulisannya. Perpisahan Dengan Sang Ayah Syeikh Al-Albani telah menuturkan kisahnya. Bahkan Al-Albani telah menjadi tumpuan pengunjung maktabah itu disebabkan kesungguhan dan ketekunannya yang sebegitu tinggi. Ini jelas apabila selepas itu beliau sanggup meghabiskan masa sehingga 12 jam di Perpustakaan Az-Zahiriah untuk mengkaji bidang itu dan terpaksa pula mengalas perut dengan sedikit makanan sahaja demi cintanya terhadap ilmu. Malah mereka sering mengajukan masalah-masalah kepadanya dan beliau melayan soalan-soalan itu tanpa mengangkat wajahnya daripada buku yang dibacanya. Apa yang menarik dalam usaha ini ialah kesungguhan yang telah ditunjukkan beliau dalam usia semuda itu. Ayah beliau pernah menegur dan memperingatkannya dari ilmu hadis dengan berkata: “Ilmu hadis ialah pekerjaan orang-orang rugi. beliau telah mengemaskini sumber hadis al-Buyu (jual beli) dalam Ensiklopedia Fiqh Islam di samping karya-karya yang lain. beliau berkata: “Setelah mempelajari ilmu hadis secara berterusan. Hasilnya. beliau berjaya menghasilkan hasil pertama beliau. Kitab ini ialah penyusunan sumber hadis kitab Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.” Meskipun tidak mendapat restu daripada ayhnya dalam membidangi ilmu hadis. iaitu salinan kitab ‘Al-Mughni An-Hamili Asfaar’ karya al-Hafiz alIraqi dan ulasan terhadap isinya. Maka tidak hairanlah usaha ini sebenarnya telah menambahkan semangat dan minatnya untuk mendalami ilmu hadis secara lebih serius. Setelah bertungkus-lumus.

aku berkata: Subhanallah! Bagaimana mungkin para fuqaha itu meriwayatkan atsar ini sedang sanadnya sedemikian rupa. Sehingga hasil pembahasan sampai pada sebuah kesimpulan bahawa solat di masjid tersebut tidak diperbolehkan. jika dilakukan pada sebuah masjid yang sudah menunaikan solat jemaah yang pertama. sedang jemaah yang kedua dipimpin oleh imam yang bermazhab Syafie. Kerana mereka mengikuti sebahagian bid’ah. Ayahku mengetahui keputusanku namun beliau menyembunyikan di dalam dirinya. Jemaah yang pertama dipimpin imam yang bermazhab Hanafi.s. Kerana masjid tersebut terdapat dua kali solat berjemaah. Biasanya jemaah yang pertama diimami oleh Syeikh al-Burhani dan jika beliau berhalangan. ini ialah atsar yang mu’dhal sebagaimana istilah ulama ahli hadis. Kemudian ada masalah lain yang juga menyelisihi mereka iaitu solat berjemaah kumpulan kedua di Masjid Bani Umaiyah. agar perbuatanku tidak menyelisihi perkataanku. Setelah peristiwa itu aku menulis sebuah kitab ‘Tahdzirus Sajid min Ittikhadzil Qubur Masjid’ (Peringatan Bagi Orang Yang Solat Agar Tidak Menjadikan Kuburan Sebagai Masjid). Sebagai contoh dalam kitab ‘Hasyiah Ibnu Abidin’ pada bahagian terakhir disebutkan: Dari Sufyan at-Tauri: “Solat di masjid Bani Umaiyah memperoleh ganjaran tujuh puluh ribu solat. Dari sanalah pendengki mulai menghasut ayahku tentang aku sehingga pada suatu hari.” 228 . Sejak itu pula aku memutuskan untuk tidak melaksanakan solat di masjid Bani Umaiyah. digantikan oleh ayahku. Hal ini kulakukan kerana aku berpendapat bahawa solat berjemaah yang kedua makruh hukumnya.kesalahan yang menyebar pada saat itu. yang terletak di masjis Bani Umaiyah. Demikian pula aku baca dalam ‘Tarikh Ibnu Asakir’ tentang kisah kuburan Nabi Yahya a. ayahku berkata kepadaku dengan menggunakan bahasa Arab yang sangat jelas: “Hanya dua pilihan bagimu. Aku temukan atsar ini dan ternyata sanadnya gelap gelita. mengikuti mazhabku atau berpisah meninggakan kami. ketika kami sedang makan malam.

Maka aku mohon pada ayahku agar memberiku kesempatan untuk berfikir selama tiga hari. Lalu aku datangi beliau dengan membawa sebuah jawapan, kukatakan: “Aku memilih keluar dari rumah ini agar ayah tidak cemas dan gelisah disebabkan perbuatanku yang menyelisihi mazhab ayah.” Lali keluarlah aku, sedang aku tidak memiliki satu dinar atau satu dirhampun. Aku hanya diberi 25 lira Syria. Maka pergilah aku ke salah seorang teman dan mengambil darinya 200 lira Syria. Aku menyewa sebuah kedai dan bekerja dengan penuh kebebasan. Merupakan kurnia Allah SWT atasku di mana aku sangat teliti dan cermat dalam pekerjaanku. Pada saat itu aku menulis sebuah kitab. Usiaku pada saat itu menginjak 22 tahun. Di tempat yang baru ini aku merasa bebas dalam bekerja dan berfikir. Kami mengadakan kajian-kajian di rumah beberapa teman. Setelah meluasnya ruang lingkup dakwah, kami adakan kajian-kajian dalam hadis yang disertai fiqihnya. Terkadang ayah ikut hadir, beliau mengajakku berbicara, demikian pula aku. Suatu ketika beliau datang dan berkata kepadaku: ‘Aku tidak mengingkari bahawasanya telah banyak ilmu yang kudapati daripadamu’” Rupanya kalimat tersebut sebagai kaffarah atas tindakannya padaku.” Menjelang akhir hayat ayahnya, perselisihan dan kerengganan yang pernah terjadi antara ayah dan anak ini berakhir. Iaitu ketika ayahnya mengakui dan menyedari kebenaran anaknya, terutama dalam perkara meninggalkan solat di kubur para nabi, wali dan orang-orang soleh lainnya. Sifat-Sifat dan Peribadi Syeikh Al-Albani

Syeikh Al-Albani seorang yang sempurna bentuk tubuhnya, berkulit putih kemerah-merahan, bertubuh besar dan tinggi yang mana ketinggiannya 229

sangat jelas, berdada lebar, sehingga jarak antara kedua pundaknya berjauhan. Janggutnya putih dan tidak pernah dibiarkannya memanjang melebihi satu genggam, kadang-kadang beliau menggunakan ‘daun pacar’ untuk mewarnainya dan jika telah diwarnainya beliau menjadi seorang yang sangat tampan. Barangsiapa yang melihatnya meskipun pada usianya yang telah lanjut, ia akan yakin (dan hanya Allahlah yang mengetahui tentangnya) bahawasanya Allah telah menjadikan baginya memperoleh bahagian yang besar dari sabda Nabi s.a.w.: Beliau juga memakai gamis yang pendek, menutup kepalanya dengan thaqiyah (sejenis peci) dan jarang memakai penutup kepala yang dikenal dengan nama ‘ghutrah’, kalaupun memakainya beliau kenakan yang berwarna putih dan bukan yang berwarna merah. Beliau mempunyai sebuah kaca mata yang banyak digunakan untuk membaca, meskipun tidak selamanya beliau memakainya. Beliau seorang yang semangat dan giat, jika berjalan melelahkan orang yang berjalan bersamanya, kerana langkahnya panjang. Aku sering dan sering melihat ketika beliau menaiki atau menuruni tangga Masjid ‘Salahuddin’ sedang kami berada di sekelilingnya, hampir saja tidak dapat mengejarnya (dalam berjalan). Hingga pada pelaksanaan hajinya yang terakhir tahun 1410 H, beliau melakukan tawaf dan sa’i dengan berjalan kaki dan seakanakan beliau seorang yang termuda di antara kami yang menyertainya. Perawakannya tampak sebagai seorang besar yang memiliki kehormatan dan sangat karismatik/berwibawa, sehingga menurut muridnya, tidak pernah terlihat hal itu pada seseorang selainnya. Adapun yang berkaitan dengan daya ingat, beliaupun ialah seorang yang sangat cemerlang, sehingga seseorang akan terkagum sebab kecemerlangan orak, kecerdasan dan daua ingatnya. Di mana tatkala sedang mengajar lalu terhenti oleh kegiatan solat atau makan, kemudian kembali ke majlisnya untuk melanjutkan kajian, beliau memulai dari kalimat terakhir yang diucapkannya sebelum solat/makan, seolah-olah beliau tidak pernah bangun dari majlisnya. Dalam keadaan sakit yang keras dan berpanjangan (sebelum wafatnya) daya ingat beliau tidak lenyap dan beliau tetap dalam keadaan sedar.

230

Syeikh Al-Albani ialah seorang yang berhati lembut. Bila dipuji atau disanjung, beliau marah yang disertai dengan ucapan: “Aku ini bukan apaapa” atau “Seorang yang tidak bererti.” Semuanya itu disebabkan tawaduknya. Keistimewaan yang membezakan beliau dengan kebanyakan ulama selainnya ialah pembelaannya terhadap sunnah Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya, bantahannya secara jelas dan terbuka terhadap orang-orang yang menyeleweng dan menyimpangi (dari sunnah Rasulullah s.a.w.) dalam berbagai tingkatan mereka. Berdakwah Di Jalan Allah

Sesungguhnya kajian hadis Rasulullah s.a.w. yang dijalankan oleh Syeikh Al-Albani telah memberi pengaruh yang besar dalam hidupnya. Beliaupun menempuh jalan yang benar, mengikuti kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w., melenyapkan fanatic mazhab arau golongan dan mengikuti kebenaran di mana pun berada. Bertolak dari itulah Syeikh Al-Albani mengawali kesungguhanya dalam berdakwah kepada Allah, beliau menceritakan awal perjalanan dakwahnya: “Aku mulai menghubungi orang-orang yang aku kenal, sahabat-sahabatku serta teman-teman mereka. Aku jadikan tempat kerjaku sebagai wadah pertemuan kami, lalu pindah ke rumah salah seorang teman dan pindah lagi yang pada akhirnya kami menyewa sebuah flat. Orang-orang yang menghadiri kajian semakin banyak, sehingga tempat pertemuan menjadi sempit. Aktiviti kami mencapai peningkatan yang pesat dalam membaca hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menerangkan sanad-sanadya. Kegiatan ini terus berlanjutan hingga upaya yang dilakukan oleh para penentang kami, membuahkan hasil. Kami pun ditekan dan seluruh pertemuan dibatalkan serta dibubarkan.

231

Selain kegiatan di atas, beliau selalu mengadakan dialog dan diskusi dengan para ulama dan imam-imam masjid. Banyak tentangan berat yang dihadapinya dari para syeikh yang fanatic terhadap mazhab, para syeikh sufi, khurafat dan ahlul bid’ah terutama dari kaumnya sendiri. Mereka menyuruh orang-orang awam agar menentangnya, menyebarluaskan fitnah bahawa beliau ialah seorang wahabi yang sesat, serta mengingatkan mereka agar waspada terhadapnya. Namun pada saat yang sama dakwah beliau dihadiri oleh ulama-ulama terpandang dan terkenal di kota Damsyik, seperti Syeikh Bahjat al-Baitar, Syeikh Abdul Fattah, Syeikh Taufik al-Bazrah dan tokoh-tokoh terkemuka lainnya. Tentangan dan ucapan-ucapan manusia tidak dipedulikannya. Semua itu justeru menambah keteguhannya dalam berpegang teguh pada manhaj yang haq serta memutuskan untuk bersabar dan menanggung penderitaan. Syeikh Al-Albani ialah seorang alim pembawa bendera tauhid dan sunnah. Banyak ulama Damsyik yang dikunjunginya dan berlangsung dialog seputar masalah tauhid, fanatic mazhab serta masalah-masalah bid;ah lainnya. Beliau didampingi oleh Syeikh Abdul Fattah. Para penghasud, orang-orang jahil dan penentang manhajnya terus memberikan tekanan-tekanan kepada beliau. Perjalanan bulanan ke Halab selain untuk tujuan dakwah dimanfaatkan pula oleh beliau untuk mengunjungi Perpustakaan Auqaf Islamiyah, satusatunya perpustakaan di bandar tersebut yang penuh dengan manuskrip. Di perpustakaan ini beliau selalu memanfaatkan waktu selama berjam-jam untuk mempelajari manuskrip-manuskripnya dan menyalin yang dianggap penting untuk progam ilmiah beliau. Perjalanan dakwah ini telah melipat gandakan dan memperbesar dendam kesumat segolongan manusia, hingga mereka meningkatkan upaya-upaya menyampaikan kepada pihak yang berwenang sehingga beliau menghadapi kesulitan yang berpanjangan. Syeikh Al-Albani Dipenjarakan Para syeikh tarikat sufi memfitnah beliau dan berkata dusta tentang beliau serta berupaya memperingatkan umat agar waspada dan menjauhinya, yang berakhir dengan dimasukkannya Syeikh Al-Albani ke dalam penjara Qal’ah di Damsyik. Di penjara ini pula Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnu Qayyim ditahan kerana sebab yang sama, iaitu fitnah para syeikh sesat dan menyimpang.

232

Syeikh Al-Albani telah dipenjarakan di situ sebanyak dua kali. Kali pertama selama satu bulan dan kali kedua selama enam bulan. Di samping itu, mereka berupaya untuk mengingatkan para penuntut ilmu dan orang awam agar tidak mendengar kajian Syeikh Al-Albani, menghindar dari majlis ilmunya serta memutuskan hubungan dengannya. Mengajar Di Universiti Islam Madinah

Berkat kesungguhan yang berkesinambungan dan taufiq dari Allah SWT lahirlah karya-karya Syeikh Al-Albani yang sangat bermanfaat dalam bidang hadis, fiqh, akidah dan yang lainnya. Semua itu memberi isyarat kepada para ulama dan para tokoh, akan kurnia Allah SWT yang dianugerahkan kepadanya, berupa pemahaman yang benar dan ilmu yang banyak serta pengetahuan yang mendalam dalam hadis dan perawinya. Dari apa yang telah dicapai menjadikan beliau sebagai seorang tokoh terkemuka di mana popularitinya menjulang tinggi dan sebagai referensi para ulama. Darjat dan kemampuannya hanya diketahui oleh para petinggi yang mengawasi pusat-pusat kajian ilmiah. Semua itu telah mendorong para pembimbing Universiti Islam Madinah terutama Syeikh Muhammad bin Ibrahim, untuk menjadikan pilihannya kepada Syeikh Al-Albani. Beliau dipercayakan supaya memimpin pengajaran ilmu hadis Rasulullah s.aw. dan fiqihnya di Universiti Madinah. Syeikh Al-Albani menetap di Madinah selama tiga tahun bekerja sebagai pengajar ilmu hadis. Selama mengajar, Syeikh Al-Albani telah menjadi teladan dalam kesungguhan dan keikhlasan. Pada waktu-waktu istirehat dan pergantian mata kuliah beliau duduk bersama para mahasiswa di halaman perkuliahan. Sebahagian menuturkan: “Inilah belajar yang hakiki, bukan yang kalian keluar darinya atau kembali padanya.” (Yang dimaksudkan ialah ruang perkuliahan). 233

bertanya dan menimba ilmu daripadanya. beliau ingin ke kota Madinah. Maka keluarlah Syeikh Al-Albani bersama beliau ke kenderaannya untuk menghantar Ustaz al-Banna. lalu disampaikan kepada pejabat tinggi Universiti Islam Madinah. Apa yang disebutkan di atas telah membangkitkan amarah para penghasut beliau. Beliau menuturkan: “Aku membawa dengan kenderaanku siapa saja di antara mahasiswa yang kutemui baik ke kampus atau pun ke kota Madinah. Demikian keadaan kenderaanku setiap saat selalu penuh ketika pergi dan pulang. Lalu digantinya dengan menanamkan perasaan ukhuwah/persaudaraan dan tsiqah (sikap percaya kepada seorang ustaz). Jika datang ke kampus pada pagi hari. Syeikh Al-Albani bersabar atas tuduhan dan fitnah yang ditujukan kepadanya dengan mengucapkan: “…Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. ternyata beliau dapati kenderaannya telah dipenuhi oleh mahasiswa.” Kerana hubungannyan yang demikian erat dengan mahasiswa. Maha suci Allah SWT. tipu daya dan fitnah kepada beliau. hingga pada suatu hari ketika selesai mengajar beliau menuju ruang pusat universiti. Mereka membuat maker.” (Surah al-Imran: 173) Allahlah yang menghendaki dan Dia pula yang memilih. tiada seorang pun dapat menolak kehendakNya. Setelah melihat Ustaz al-Banna maka salah seorang di antara mereka mengalah dan memberikan tempatnya kepada ustaz tersebut. Beliau menyingkirkan beban mental yang membuatkan seorang murid merasa segan atau malu terhadap gurunya. Di sana Al-Albani bertemu dengan Ustaz Muhammad bin Abdul wahab alBanna.Hubungan Syeikh Al-Albani dengan mahasiswa ibarat hubungan persahabatan seseorang dengan sahabatnya dan bukan seorang ustaz dengan muridnya. Pada akhirnya universiti memutuskan untuk mengakhiri masa baktinya. Sementara mereka lupa dan lalai bahawa mereka akan berdiri di hadapan Allah SWT pada suatu hari yang tiada sesuatupun tersembunyi dihadapanNya. kenderaannya hampir tidak kelihatan kerana dikelilingi oleh kerumunan mahasiswa yang dating menyalami. 234 .

Beliau menukil hadis tersebut di papan tulis lengkap dengan sanadnya. Murid-murid Syeikh Al-Albani Syeikh Samir bin Amin az-Zuhairi berkata: “Manakala kehidupan Syeikh AlAlbani telah dihabiskan dalam menuntut ilmu. tidak pernah diajarkan mata pelajaran ini. Kemudian dibawakan kitab-kitab yang menerangkan perihal para perawi hadis. tentunya beliau tidak hanya memiliki puluhan murid bahkan ratusan. Untuk mahasiswa tingkat tiga beliau memilih hadis dari kitab Sahih Muslim dan Sunan Abu Daud. beliau mengikuti jejak Syeikh Al-Albani dalam mengajarkan ilmu ini serta menyempurnakannya. Seorang boleh memastikan bahawa di setiap negara Islam. kaset atau lainnya. Di antara mereka ada yang mengambil ilmu daripadanya secara langsunh atau perantara kitab. lalu beliau mengadakan pelajaran terhadap hadis tersebut dengan mengamalkan cara mentakhrij dan mengoreksi para perawi yang ada pada sanadnya. Namun demikian mereka memilki 235 . Pengaruh Ilmu Syeikh Al-Albani Bagi Universiti Islam Madinah Syeikh Al-Albani telah memasukkan mata pelajaran ‘Ilmu Isnad’ ke dalam kurikulum hadis yang diajarkan di Universiti Islam Madinah. di sana terdapat murid Al-Albani. misalnya kitab ‘At-Taqrib’. Mata pelajaran ini sangat membekas setelah kepergiannya dari universiti. Ini terbukti pada kitab-kitab berupa manuskrip yang telah ditahqiq/diteliti kembali secara ilmiah baik yang sudah dicetak atau yang belum dicetak.Beliau redha atas ketentuan Allah SWT dengan jiwa yang tenang dan jujur penuh keyakinan. yang mana semua itu belum pernah ada dan tidak dikenal sebelumnya. Mesir sebagai universiti tertua sekalipun. Mata pelajaran ini kemudian diajarkan di universiti Islam yang berada di negara-negara Islam dan menjadi sebuah ‘sunnah’ yang diikuti. beliau ialah orang pertama yang menetapkan diajarkannya ilmu tersebut pada seluruh universiti di negera Arab atau negara Islam bahkan Universiti al-Azhar. pelajaran mahupun metod pengambilan ilmu daripada beliau. mengajar dan berdakwah. sedikit atau banyak. Walaupun demikian terdapat perbezaan di antara mereka baik masa. Dengan demikian Syeikh Al-Albani telah mengajarkan para mahasiswa pelajaran yang langsung diamalkan pada kitab-kitab hadis. Hal itu terjadi ketika Dr Muhammad Ami al-Mashri memimpin bidang hadis di Universiti Madinah.

salah seorang teman dekat beliau. bermukin di Madinah. menekuni syeikh di Halab. Arab Saudi. Syeikh Al-Albani telah berhijrah dari Damsyik ke Amman bersama keluarganya.. Makkah. Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad. Berhijrah Ke Amman Pada awal bulan Ramadan tahun 1400 H. Jordan dan banyak menulis artikel dalam majalah ‘Al-Ashalah’. Dr Umar Sulaiman al-Asyqar. 7. Muhammad Musa Alu Nasr. Apa yang disebutkan di atas itu ialah di antara murid-murid beliau yang terkenal dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti ilmu dan manhaj beliau dan juga dalam meneruskan dakwah dan perjuangan beliau terutama dalam mengagungkan sunnah Rasulullah s. Jordan. Hamad dan Quqah Syria. bermukim di Amman.” Di antara murid-murid Syeikh Al-Albani ialah: 1. bermukim di Amman. 5. Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali. salah seorang murid belau dan da’i terkenal di zaman ini. sekarang bekerja sebagai pengajar di Darul Hadis. 4. berupa akidah yang murni serta mengikuti al-Quran dan as-Sunnah sesuai dengan pemahaman salafus soleh dengan cara yang baik.w. 6. Syeikh Masyhur bin Hasan Alu Salman. salah seorang murid beliau yang berkualiti dan banyak menghasilkan karya tulis. Walaupun beliau terpaksa meninggalkan rutin hidupnya di Damsyik dan sekaligus maktabahnya. Akhirnya. 2. Masyarakat Jordan pada waktu itu sudah mula meminta jasa baik beliau untuk mengadakan kelas-kelas pengajian sebagaimana yang pernah dilakukan oleh beliau sewaktu singgah menziarahi Jordan setiap sebulan atau dua bulan sekali. Syeikh Ali bin Hasan al-Halabi. 8. 9. belajar pada syeikh di Universiti Islam Madinah. 3. murid beliau yang paling terkenal dan salah seorang penuntut ilmu yang berkualiti. tinggal di Jordan. beliau terpaksa bersetuju dan berjanji untuk mengadakan kelaskelas pengajian setiap hari Khamis selepas solat Maghrib dengan 236 . meninggal di Makkah (1422H). namun beliau terpaksa berbuat demikian. Muqbil bin Hadi al-Wadi’i. Syeikh Muhammad Jamil Zainu.cirri keistimewaan yang sama.a. Dan lain-lain.

Ibadah hajinya yang terakhir dilakukan pada tahun 1410H. kecuali jika berpergian atau beliau sakit. Boleh jadi beliau melaksanakan umrah dalam setahun dua kali. beliau terus menerus melaksanakan solat dua rakaat hingga imam naik ke mimbar untuk berkhutbah. Sepanjang berada di situ. aku menemani beliau dalam melaksanakan hajinya yang terakhir ini. selain sebagai pembela sunnah Nabi s. Apabila masuk masjid di hari Jumaat.menggunakan kitab ‘Riyadus Salihin’ karya Imam Nawawi yang telah disemak sendiri olehnya.a. Sejak hari perkenalanku dengannya. Beliau sebagai contoh keteladanan seorang alim yang menerapkan ilmunya. beliau menuju ke Qatar dan telah bertemu dengan Dr Yusuf alQaradawi dan Syeikh Muhammad Ghazali di sana. Berkat kurnia Allah SWT. Pada kali ketiga kelas pengajian itu dijalankan. Ibadah dan Zuhud Syeikh Al-Albani Syeikh Samir bin Amin az-Zuhairi berkata: ‘Semasa hidupnya. Syeikh Al-Albani telah mengerjakan haji lebih dari tiga puluh kali. Beliau juga telah menerima kunjungan daripada masyarakat sekitar teluk yang mengunjunginya untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dengannya.w. Puasa ini dijalankannya dengan baik di musim panas mahupun di musim dingin. Syeikh Al-Albani terpaksa kembali ke Damsyik di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 237 . banyak berpuasa dan solat di malam hari. Beliau selalu melaksanakan umrah dan haji setiap tahun jika mampu. beliau telah berangkat ke Beirut dan telah menumpang di rumah salah seorang sahabat baiknya sepanjang tempoh berada di sana. Kemudian. bahkan sejak sebelumnya aku tidak pernah mengetahuinya meninggalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Syeikh AlAlbani ialah seorang yang telah memadukan antara ilmu dan amal. beliau terpaksa pula berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu dan menumpang di rumah sahabat-sahabat seperjuangannya di sana. Beliau bertolak pulang pada tengahari 19 Syawal 1401 H dan tiba di Damsyik pada sebelah malamnya.. Setelah 2 malam di situ. Tidak lama kemudian. beliau telah memenuhu undangan majlis-majlis ilmu sehingga terpaksa ke Kuwait pada musim sejuk tahun 1402 H.

Dan aku kira bahawa nama yang keempat ini (Abdul Musawwir) tidak banyak yang mendahuluiku dalam menamakan mereka dengannya. aku diilhami untuk menamakan putera-puteraku Abdu’ (hamba) yang dilanjutkan dengan penyebutan salah satu dari nama-nama Allah. Abdul Musawwir 6. Dari isteri pertama: 1.Di hari Arafah. lalu aku katakan padanya: "Wahai syeikh kami! Ini adalah puteraku. aku sangat senang jika syeikh mendoakannya. Abdul Latif.a.w. Abdul Latif 3. yang berbunyi: “Namailah dengan namaku dan jangan menjuluki dengan julukanku (Muttafaq ‘Alaihi) Nama julukan Nabi s. Abdul Razzaq b. kunamainya ‘Muhammad’ sebagai kenangan bagi kota Rasulullah s." Beliaupun mendoakannya dan aku sangat berharap doa beliau terkabul.a. Unaisah (puteri) 5. Abdur Razzaq daripada isteriku yang pertama. Abdul A’la dan Abdul Muhaimin daripada isteriku yang kedua.” Keluarga Syeikh Al-Albani Syeikh Al-Albani berkata: Di antara taufik Allah SWT kepadaku. Asiah (puteri) 7. Dari isteri kedua: 4. ketika itu beliau sedang berdoa. Padahal banyak aku jumpai nama tersebut dalam kitabkitab yang menyebut nama-nama perawi hadis. semoga Allah SWT merahmatinya dengan rahmat yang luas.. Pada tahun 1383 H. Di antara putera-puteri Syeikh Al-Albani menurut kelahiran mereka sebagai berikut: a. Abdur Rahman 2.a.w. Kemudian Abdul Musawwir. Mereka ialah Abdur Rahman. ialah Abul Qasim. aku mendatanginya sesudah matahari tergelincir. Hal itu kulakukan sebagai wujud pengamalan sabda Nabi s. Salamah (puteri) 238 .w. aku dianugerahi Allah SWT seorang putera di kota Madinah al-Munawwarah. Aku mohon kepada Allah SWT penambahan taufik dan semoga keluargalu diberkatiNya.

W. Silsilah Hadis Dhaif dan Maudu 7.A.8.W. Ahkamul Janaiz (Pengurusan Jenazah Menurut Sunnah Rasulullah S. Silsilah Hadis Sahih 6. dakwah dan lainnya. tiga jilid 8. Sahih Sunan at-Tirmizi. feqah.A. Abdur Razzaq.A. Hajjatu an-Nabi (Manasik Haji Rasulullah S. Karya-karya Syeikh Al-Albani Sifat Solat Nabi Kesungguhan Syeikh Al-Albani selama lebih dari enam puluh tahun dalam menekuni ilmu hadis dan ilmu keislaman lainnya telah membuahkan karyakarya besar dalam aqidah. Sifat Solat Nabi (Karya syeikh yang terkenal) 2. Hasanah (puteri) 12. Hibatullah Sedang isteri beliau yang keempat (Ummu Fadhl) tidak memperoleh. hadis. Sukainah (puteri) c.W. Menurut Riwayat Jabir) 5. Adab az-Zifaf (Pernikahan Menurut Sunnah Rasulullah S. Muhammad 10. Sahih Sunan Abu Daud. Abdul A’la 9. Dari isteri ketiga: 13. Keterangan ini bersumber daripada putera beliau. Berikut di antara karya-karya beliau yang telah disumbangkan kepada kaum muslimin: 1.) 3. manhaj. tiga jilid 239 . Abdul Muhaimin 11.) 4.

” Semoga Allah mencurahkan rahmatNya kepada Syeikh Al-Albani dan menjadikan ‘warisan ilmunya’ bermanfaat bagi Islam dan kaum Muslimin untuk segera kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah s. telah membuktikan kepimpinan dan keimanannya. baik berupa tashnif.w. sesuatu yang sulit bagi seseorang di zaman ini untuk menyamainya kecuali para salafus soleh. Dhaif Sunan an-Nasa’i 15.000 silsilah perawi hadis (isnad) pada hadis-hadis yang tidak terhitung jumlahnya dan menghabiskan waktu enam puluh tahun untuk belajar bukubuku hadis. Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali berkata: “Hasil usaha dan jerih payahnya yang disumbangkan kepada Islam. murid-murid beliau sering merakam pelajaran beliau). Dhaif Sunan Abu Daud 13.a. beliau telah meneliti dan menta’liq lebih dari 30. Kitab-kitab besar dalam jumlah yang besar telah diwariskannya kepada umat ini. Tahdzirus Sajid min Ittikhadzil Qubur Masjid’ (Peringatan Bagi Orang Yang Solat Agar Tidak Menjadikan Kuburan Sebagai Masjid). Solatul ‘Idainil fil Mushalla Kharij al-Baladi Hia as-Sunnah (Solat Aidilfitri dan Aidiladha Dilapangan Itulah Sunnah Nabi S.. Dhaif Sunan at-Tirmizi 14. Selama hidupnya. tiga jilid 10. sehingga buku-buku tersebut menjadi sahabat sekaligus berhubungan dengan ulama-ulamanya (pengarang kitab-kitab sunnah tersebut).W.a. Dan lain-lain yang masih banyak lagi. dia telah memberi saham dalam jumlah besar yang diwujudkannya dalam bentuk khidmat kepada sunnah Rasulullah s.) 12. yang sahih.w. tahqiq. yang besar mahupun kecil. Kisah Yang Menyentuh Hati Mengenai Syeikh Al-Albani Telah terakam suatu kejadian (dan kejadian ini terdapat pada dua kaset. 16. Jumlah karya Syeikh Al-Albani keseluruhannya berjumlah 218 judul kitab.9. Az-Dzabbul Ahmad an-Musnad Imam Ahmad (Pembelaan Yang Terpuji Atas Kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal) 11.A. takhrij mahupun i’dad dan fatwa. Sahih Sunan an-Nasa’i. bahawa seorang lelaki telah mengunjungi Syeikh Al-Albani di rumahnya di Jordan dan menyatakan bahawa dirinya ialah seorang Nabi! Bagaimana reaksi kita ketika berada pada situasi ini? 240 .

ketiga-tiga orang ini ialah muslim. sudah berapa sering terdengar Syeikh Al-Albani menangis ketika berbicara mengenai Allah. bagaimanapun.” 241 . sehingga salah seorang daripada mereka berhak menjadi imam solat. Tidak lama kemudian. tetamu tersebut bertaubat dari kenyataannya itu dan semua yang hadir. mereka bertiga berdebat lama sekali mengenai perbezaan di antara mereka sendiri dan ketika waktu solat berikutnya telah tiba. termasuk syeikh turut menangis.Syeikh Al-Albani meminta lelaki itu duduk dan mendiskusikan pernyataannya tersebut dalam waktu yang lama. Pada kenyataannya.” Syeikh menjawab: “Saya harap dia melihat (sesuatu) yang baik. Ketika waktu solat tiba. Ceritanya seperti berikut: Seorang wanita dari negara Algeria menelefon Syeikh Al-Albani dan berkata: “Ya syeikh! Aku mempunyai berita!” Syeikh menjawab: “Saya harapkan (semoga) Allah memberkahimu dengan berita baik.” Wanita itu berkata: “Seorang wanita telah bermimpi dan saya akan menceritakannya kepadamu ya syeikh. ketiga-tiga lelakii ini mendesak untuk ikut solat di belakang Syeikh AlAlbani! Mimpi Yang Membuatkan Air Mata Syeikh Al-Albani Berlinang Seorang wanita menelefon Syeikh Al-Albani untuk menceritakan sebuah mimpi mengenai syeikh. sehingga pada akhirnya. kerana tidak mungkin bagi seorang kafir menjadi imam solat. mereka menolak untuk bermakmum kepada syeikh. beliau dikunjungi tiga orang yang kesemuanya menuduh Syeikh Al-Albani kafir. Syeikh menerima hal ini dan mengatakan bahwa menurut pandangannya. tidak ada salahnya menggunakan istilah ini untuk sesekali.” Wanita itu melanjutkan: “Ya Syeikh! Adakah ini suatu penjelasan bahwa seseorang datang dan menceritakan mimpinya kepada anda dan anda berkata: “Saya harap engkau melihat (sesuatu) yang baik dan (berharap) itu baik”? Apakah ini penjelasan dari sunnah?” Syeikh menjawab: “Tidak. RasulNya dan muamalah antara muslim? Pada kejadian yang lain. Ini bukan penjelasan (sunnah).

” Kemudian.a.w. kemudian Rasulullah s.w..a.w.w. dia melihatku berdiri di depan Rasulullah s. Wanita yang menelefon syeikh tadi. Dan di jalan setapak ini dia melihat Rasulullah s.w. wanita tadi berkata) Lalu.” Syeikh menjawab: “Wafikum barakallahu. lalu kami memberikan salam kepada syeikh itu.a. kami (baru saja) melihat beliau shalallahu ‘alaihi wasallam. Kami (aku dan wanita itu) kemudian berjalan di sepanjang jalan setapak itu dan pada saat kami berjalan kami melihat seorang syeikh di jalan (yang sama). dan aku ingin memberitahukannya kepadamu ya syeikh..a. insya Allahu ta’ala. Turunlah mendekat kepada kami.” Wanita itu berkata lagi: “Wanita ini melihat dirinya (dalam mimpinya) berada di atas sebuah balkon yang di bawahnya terlihat jalan setapak. (Setelah beberapa saat terdiam.” Kemudian aku memanggil wanita itu dan berkata kepadanya: “Turun.” Wanita tadi bertanya kepadaku: “Siapa syeikh ini?” Saya menjawab: “Beliau ini ialah Syeikh Al-Albani” (mimpi pun berakhir).?” Kami menjawab: “Ya. dan berjalan menyusuri jalan setapak itu.w. Kemudian.a.” Ketika dia turun.a.a. tersenyum kepadaku.” Syeikh itu pun membalas salam kami: “Waalaikumussalam wa rahmatullahi wabarakatuh. insya Allah. kami berkata: “Assalamualaikum.w. dengan gambaran beliau (yang telah dikenal ciri-ciri peribadi Rasulullah). dengan penuh harapan bahwa ini adalah berita bagus. dan dia melihat Rasulullah s. apa pendapat anda ya syeikh?” 242 . bahwa anda berjalan di atas sunnah. tersenyum. dan aku pun membalas senyum baginda s.” Dan dia melihat Rasulullah s. syeikh itu bertanya kepada kami: “Adakah kalian melihat Rasulullah s. dia berkata kepadaku: “Siapa yang kamu lihat itu?” Aku menjawab: “Lihatlah siapa yang melihatku. kemudian berkata: “Aku memohon kepada Allah untuk menjadikan berita bagus ini untukmu ya syeikh.Wanita itu berkata: “Barakallahu fiik.

agaknya. Semoga Allah SWT merahmatinya. 2 243 . Penyakit yang dideritanya cukup serius. namun setelah itu sakitnya semakin parah sehingga akhir hayatnya. Syeikh Al-Albani telah menghidap beberapa penyakit. (Setelah beberapa saat) Beliau kemudian meminta kepada hadirin yang berkumpul di situ untuk meninggalkan beliau. meninggalkan dunia yang fana ini. Syeikh Al-Albani pun wafat. beliau sedar sedang wajahnya berseri-seri sehingga putera-puterinya menduga kesembuhan beliau.” Dikisahkan pula oleh mereka yang menyaksikan bahawa tiga hari sebelum wafat. salah satunya ialah liver ditambah usianya yang telah lanjut. Tepatnya hari Sabtu. syeikh tidak mengatakan sesuatu.’ Syeikh Abul Hasan berkata: “Mereka yang menemani beliau (ketika sakit) mendengarnya berkata ketika sedang tidur: “Berikan kitab ‘al-Jarh watTa’dil’ jilid sekian…halaman sekian. Wafatnya Syeikh Al-Albani Sejak tiga tahun sebelum wafatnya. (Semoga Allah merahmati Syeikh Al-Albani). Syeikh Al-Albani menelefon saya meminta sebuah tafsiran alQuran yang telah lenyap dari ingatannya. Syeikh Ali bin Hasan al-Halabi menuturkan: “Kurang lebih sebulan sebelum wafatnya. namun demikian tidak menghalanginya membaca dan membahas hingga saat-saat terakhir kehidupannya.(Telefon pun ditutup) Sampai di sini. air mata mulai berlinang membasahi pipi beliau dan syeikh pun menangis.” dan kitab-kitab lain yang disebutnya.. Setelah menjalani rawatan di runah sakit ‘Syumaisani’.. Demikian pila kepada anakanaknya beliau meminta kitab ‘Sahih Sunan Abu Daud. demikian cintanya terhadap ilmu di waktu terbangun hingga dibawa tidur.

Kami menghibur dan menasihatinya untuk bersabar. Selepas solat isyak pada malam itu juga. ribuan bahkan jutaan orang menangis. dibaringkan diatas sebuah tempat tidur. Setelah masuk kamar tiba-tiba kusaksikan dihadapanku jasad Syaikh rahimahullah yang telah ditutup dengan selembar kain. jenazah beliau disolatkan oleh kurang lima ribu orang.a. ia berkata: “Hingga kelmarin dalam keadaan sakitnya yang semakin parah ayah masih sempat berkata: “Berikan kitab Sahih Sunan Abi Dawud!” Aku katakan: “Subhanallah (Maha suci Allah). siang dan malam.w. hingga akhir hidupmu. engkau membela Sunnah Nabi s. Beliau hanya memandang kami sedang kedua matanya meneteskan air mata yang banyak. mereka menangis kerana mendengar sebuah berita duka. Abdul Latif menceritakan keadaan ayahnya sehari sebelum wafat. semoga Allah SWT membalas kebaikanmu ya syeikh.Oktober 1999 bertepatan dengan 22 Jamadilakhir 1420 H dalam usianya yang mendekati 88 tahun. 2 Oktober 1999. anak beliau Abdul Latif. Beliau sangat sedih dan banyak mengucurkan air mata. Dengan serta merta aku menuju rumah sakit tempat beliau dirawat. Kubuka wajahnya yang bercahaya lalu kucium keningnya. Ikut bersama kami dalam kenderaan jenazah. Berikut petikan sebahagian cerita semasa kematian Syeikh Al-Albani yang diceritakan dalam bentuk tulisan oleh salah seorang murid beliau. yang pernah hidup bersamanya selama enam tahun: “Pada hari ini sabtu. Di sana aku jumpai isteri dan anak beliau Abdul Latif yang menemani beliau selama masa perawatan. Sesaat setelah wafatnya. Berita duka ini sampai kepadaku seusai solat asar hari ini daripada isteri beliau rahimahullah. lalu membawanya ke rumah duka. Abu Abdurrahman Muhammad al-Khatib. Sungguh engkau telah hidup sepanjang usiamu. 244 . Kami mengangkat jasadnya untuk dimuat di sebuah kenderaan milik salah seorang teman. Air mataku mengalir tidak mampu menahan tangisan atas kepergiannya. jenaxah beliau dipersiapkan untuk segera dimakamkan sesuai dengan amanatnya dalam surat wasiat yang telah ditulisnya sejak sepuluh tahun sebelum wafatnya. diimami oleh Syeikh Muhammad Ibrahim Syuqrah kemudian dengan berjalan kaki. mereka membawa jenazahnya untuk dimakamkan di pemakaman terdekat. yang merupakan musibah besar dengan wafatnya seorang imam besar.

maka Dialah yang maha pemberi kurnia dan keutamaan”. setelah para pelawat melepaskan kepergian beliau.” Semoga Allah merahmatinya dengan rahmatNya yang Maha Luas dan mengumpulkannya dengan para Nabi. di sana kami jumpai beberapa teman yang telah mendahului kami dan mulailah para ikhwah berdatangan dari berbagai pelosok kota Amman. Di antara wasiat beliau sebagaimana yang dikatakan oleh anaknya Abdul Latif. Semua itu tiada lain kecuali anugerah dan keutamaan dari Allah SWT yang diberikan kepadamu. Syeikh Abu Malik mengisyaratkan kepada kami agar wajah syeikh tidak ditutup sehingga para pelawat melepaskan kepergiannya. Begitu selesai menyiapkan. 245 . tergores di sela-sela ratusan karya tulisnya yang kemudian Allah mentakdirkannya diterima di serata dunia bahkan sebahagiannya telah diterjemahkan ke berbagai bahasa di dunia ini.Dalam keadaan tidak mampu menegakkan punggungmu. Amin. aku katakan kepada mereka bahwa syeikh rahimahullah berulang-ulang menyebutkan kehendaknya di depanku. Demikian sang imam dan ulama ini kembali kepada Rabbnya Tabaraka wata’ala dengan meninggalkan warisan ilmu yang bermanfaat. beliau ingin dikuburkan di pemakaman yang terletak pada sisi jalan yang menuju ke rumahnya agar tetap mendapat ucapan ‘salam’ daripada saudara-saudara dan pecintanya. agar jenazahnya dibawa dari rumahnya ketempat pemakaman dengan cara dipikul. Mereka pun segera mencium kening syeikh sebagai tanda perpisahan dengannya. kami mengeluarkan dan meletakkannya di sebuah ruangan besar. aku melihatmu menyuruh anak atau cucu-cucumu menulis. memandikan dan mengafaninya. Kami bergegas mempersiapkan jenazah syeikh rahimahullah. Sesampainya kami di rumah syeikh. Lalu jenazah syeikh disiapkan untuk disolatkan. tanpa mengenal sakit dan tidak pula mengeluhkan kesakitanmu. Seketika rumah syeikh rahimahullah telah penuh sesak oleh pelawat yang terdiri dari para pecinta dan murid-muridnya. kami segera keluar dari rumah untuk mensolatkannya. tempat syeikh bermastautin selama lebih dari lapan belas tahun. Para ikhwan yang bermusyawarah tentang tempat pemakamannya. para syuhada dan orang-orang soleh.

Al-Albani sepanjang hidupmu malam dan siang hingga akhir hayatmu tetap kau membela sunnah. Al-Albani tekun kau meneliti hadis gigih kau mengikuti sunnah.Insan Berjiwa Sunnah (Dedikasi Buat Syeikh Al-Albani) Dalam abad ini susah hendak ditemui seorang insan yang benar-benar menjiwai sunnah. Al-Albani akhlakmu sungguh dermawan kau mudah belas kasihan kepada yang susah. Al-Albani dialah pengkaji hadis dialah pengarang buku-buku sunnah. Percaya atau tidak itulah hakikatnya seorang eropah tulen yang sangat menyintai hadis. Kaulah mujaddid kaulah ulama hadis 246 .

14 Ogos 2005. Muhammad Abdullah bin Suradi. Jasamu sungguh berharga karya-karyamu sungguh menakjubkan sungguh kau telah mendapat hidayah kebenaran. memberkatimu dan mengasihanimu wahai syeikh yang mulia.yang termasyhur di abad ini. Moga Ilahi merahmatimu. 247 . Sandakan.

Sayyid mengambil metod yang membuang jauh-jauh fanatik mazhab tetapi tidak menjelek-jelekkannya. Kesibukannya dengan dunia fiqih melebihi apa yang pernah diperbuat para ulama al-Azhar yang lainnya. Nailul Authar karya asy-Syaukani dan lainnya. Di majalah ini. ia menulis artikel ringkas mengenai ‘Fiqih Thaharah. mempermudahkan gaya bahasa tulisannya untuk pembaca. Beliau merupakan salah seorang ulama al-Azhar yang menyelesaikan pelajarannya di fakulti syariah. Beliau bukan sahaja berilmu. Beliau juga konsisten untuk menjelaskan hikmah dari pembebanan syariat (taklif) dengan meneladani al-Quran dalam memberikan alasan hukum. 248 .35 Sayyid Sabiq. Syarah Bulughul Maram karya Ibnu Hajar. lebih cenderung untuk memudahkan dan mempraktiskannya demi kepentingan umat agar mereka cinta agama dan menerimanya. as-Sunnah dan ijmak. tidak memperlebarkan dalam mengemukakan ta’lil (alasan-alasan hukum). bahkan mempunyai budi pekerti yang mulia dan pandai menjaga perhubungan yang baik sesama manusia. Beliau mulai menekuni dunia tulis-menulis melalui beberapa majalah yang terkenal waktu itu. menghindari istilah-istilah yang runyam. Beliau berpegang kepada dalil-dalil dari Kitabullah. Ulama Sunnah Yang Bersahaja Sayyid Sabiq dilahirkan pada tahun 1915 di Mesir. seperti majalah mingguan ‘al-Ikhwan al-Muslimun’.’ Dalam penyajiannya beliau berpedoman pada buku-buku fiqih hadis yang menitikberatkan pada masalah hukum seperti kitab Subulussalam karya ash-Shan’ani. Contoh Peribadi dan Akhlak Sayyid Sabiq merupakan seorang yang menjadi contoh dalam peribadi dan akhlak.

Manakala kelas untuk lelaki diadakan pada setiap hari minggu. Karyanya Juz pertama dari kitab beliau yang terkenal “Fiqih Sunnah” diterbitkan pada tahun 40-an di abad 20. Haiyu Sabie’ kerana pada malam itu dikhususkan untuk pengajian yang dikendalikan oleh Sayyid Sabiq. negara-negara bekas Kesatuan Soviet Union dan seluruh negara Arab. Malam Khamis merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh semua ahli jemaah yang bersolat Isyak di Masjid lbadur-Rahman. Pada mukaddimahnya diberi sambutan oleh Imam Hasan al-Banna yang memuji manhaj Sayyid Sabiq dalam penulisan. Banyak negara yang dilawatinya termasuk Indonesia. beliau banyak memberi fatwa dan menjawab persoalan yang berbangkit tentang Islam. lemah-lembut dan menghormati orang lain walaupun dengan kanak-kanak membuatkan beliau disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Pengawal penjara dan askar yang mengawal mereka turut mengikuti kuliah tidak rasmi beliau itu dari luar jaringan besi penjara. beliau dengan lantang dan bersemangat menerangkan hukum fiqh dan agama terhadap tahanantahanan politik yang sama-sama ditangkap bersamanya. Pada setiap hari Ahad dikhaskan untuk kaum wanita dan orang yang sudah berumahtangga. Ia merupakan sebuah risalah dalam ukuran kecil dan hanya memuat fiqih thaharah. Dalam majlis ilmu itu. Antara contoh kegigihannya dalam menyampaikan dakwah.Sifatnya yang suka berjenaka. diceritakan bahawa ketika beliau berada dalam penjara. Sayyid Sabiq turut membuka kelas-kelas pengajian di rumahnya. cara penyajian yang bagus dan upayanya agar orang 249 . United Kingdom. Pelajar luar negara juga tidak ketinggalan mengikuti majlis ilmu yang berkat itu walaupun Sayyid Sabiq sering menggunakan bahasa Arab Ammi (lahjah arab tempatan). dengan berpijak di atas baldibaldi yang telah disusun dalam bilik penjara untuk dijadikan mimbar disebabkan oleh tubuh beliau yang kecil dan kurus. Akhir Mahattoh. Beliau meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap negara yang diziarahinya. Kegiatan Dakwah Sayyid Sabiq merupakan seorang yang banyak mengembara untuk menyampaikan dakwah.

mencintai bukunya. mengkritik buku tersebut dan menilai Sayyid Sabiq sebagai orang yang terlalu bebas dan tidak memberikan fiqih perbandingan sebagaimana mestinya di dalam mendiskusikan dalil-dalil naqli dan aqli serta melakukan perbandingan ilmiah di antaranya. Jadilah bukunya tersebut sebagai sumber yang memudahkan mereka untuk merujuknya setiap mengalami kebuntuan dalam beberapa permasalahan fiqih. kerana beliau tidak pernah mencela mazhab-mazhab fiqih yang ada dan tidak mengingkari keberadaanya. ada kalanya sebahagian fanatik mazhab mengkritik buku Fiqih Sunnah dan menilainya mengajak kepada ‘tidak bermazhab’ yang pada akhirnya menjadi jambatan menuju ‘ketidak beragamaan. Setelah itu. Sebenarnya buku yang dikarang Sayyid Sabiq itu harus dilihat dari sisi untuk siapa ia menulis buku itu. Apa yang dinilai para penentangnya tersebut tidak pada tempatnya. Kitab ini 250 .’ Sebahagian ulama menilai Sayyid Sabiq bukanlah termasuk penyeru kepada ‘tidak bermazhab sekali pun beliau sendiri tidak berkomitmen pada mazhab tertentu. kebanyakan kalangan intelektual yang belum memiliki komitmen pada mazhab tertentu atau fanatik terhadapnya begitu minat untuk membacanya. baik dari sisi format ataupun isi. Sayyid Sabiq terus menulis dan dalam waktu tertentu mengeluarkan juz yang sama ukurannya dengan yang pertama sebagai kelanjutan dari buku sebelumnya hingga akhirnya berhasil diterbitkan 14 juz. Belaiu terus mengarang bukunya itu hingga mencapai selama 20 tahun seperti yang dituturkan salah seorang muridnya. Sementara sebahagian ulama yang lain. Banyak ulama yang memuji buku karangan beliau ini yang dinilai telah memenuhi hajat perpustakaan Islam akan fiqih sunnah yang dikaitkan dengan mazhab fiqih. lalu memilih mana yang lebih rajih (kuat) berdasarkan ilmu. Beliau tidak menulisnya untuk kalangan para ulama tetapi untuk mayoritas kaum pelajar yang memerlukan buku yang mudah dan praktis. Alasannya. Kemudian dijilid menjadi 3 juz besar. Dr Yusuf al-Qardawi. Buku itu kini sudah tersebar di seluruh pelosok dunia Islam dan dicetak sebagian orang beberapa kali tanpa seizin pengarangnya. Kerana itu. Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani yang kemudian menulis buku ‘Tamaamul Minnah Bitta’liq ‘ala Fiqhissunnah”. Tetapi. Di antara ulama yang mengkritik buku tersebut adalah seorang ulama hadis yang terkenal.

Manakala di peringkat antarabangsa pula. memiliki kepekaan. Beliau juga pernah mengingatkan bahwa Israel adalah musuh bebuyutan umat ini yang selalu memusuhi kita secara berkesinambungan. memahami segala permasalahan kehidupan serta memahami al-Qur’an dan as-Sunnah. beliau telah menerima Pingat Penghargaan Mesir yang dianugerahkan oleh Presiden Republik Arab Mesir. Sayyid Sabiq banyak menerima anugerah dan pengiktirafan atas ketokohan dan keilmuan beliau. Kemuncaknya. “Agar kami dapat membantah kalian dengan argumentasi. Wafatnya 251 . Beliau pernah bertemu dengan salah seorang pengajar asal Palestin yang bercerita kepada beliau.” Anugerah dan Pengiktirafan Sepanjang hayatnya. Beliau juga mengajak agar membentengi para pemudi dan pemuda Islam dari upaya-upaya musuh Allah dengan membiasakan mereka beramal islami. kerana itu kami ingin mengendalikan lewat sensitifitas kalian itu. Hal ini agar mereka terhindar dari perangkap musuh-musuh Islam. Sayyid Sabiq telah dianugerahkan Jaaizah al-Malik Faisal al-Alamiah pada tahun 1994 dari Kerajaan Arab Saudi dalam menghargai usaha-usahanya menyebarkan dakwah Islam. Lalu saya tanyakan kepadanya. Beliau mengingatkan agar tidak berpecah belah yang dapat menyebabkan umat menjadi lemah. ‘Kenapa kamu melakukan ini. Kami juga akan menyebutkan sebagian permisalan dalam bahasa Arab yang mendukung permasalahan kami sehingga kalian bertekuk lutut terhadap seruan kami dan mempercayai kebenarannya. Jika kami berdebat dengan kalian. Mohammad Husni Mubarak pada 5 Mac 1 988.?’ Dia menjawab. Kalian adalah orang-orang yang reaktif dan sangat sensitif.ibarat takhrij bagi hadis-hadis yang terdapat di dalam buku fiqih sunnah. “Suatu kali saya pernah melihat seorang Yahudi sangat serius duduk menghafal Kitabullah dan hadits-hadits Rasulullah. Mengajak Umat Bersatu dan Tidak Berpecah Belah Sayyid Sabiq merupakan sosok yang selalu mengajak agar umat bersatu dan merapatkan barisan. kami akan menggunakan ayat-ayat dan hadits Nabi kalian.

dituruti dengan kematian Syeikh Abdul Aziz Baz pada awal tahun 1999. Tanggal 28 Februari 2000. Selepas itu. Bermula dengan pemergian Syeikh Mutawalli Syarawi pada tahun 1998. Dr. giliran Sayyid Sabiq pula pergi menyertai kafilah solehin dan ulama amilin menyahut panggilan Ilahi. Presiden Parti Buruh. Maneofiah untuk disemadikan di sana. Jenazah beliau kemudian dibawa ke tanah tempat kelahirannya di Markaz Bajour. Bahkan ketika kita sedang leka dengan millennium baru. Ibrahim Syukri. Jenazah beliau sempurna disolatkan oleh beribu-ribu orang di Masjid Rabiah al-Adawiyah. Muhammad Sayid Tantawi. Hamdi Zaqzuq.Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan umat Islam apabila seorang demi seorang ulama besar menyahut seruan Yang Esa. Ketua Jabhah Ulama al-Azhar dan anggota-anggotanya. Fuad Mukhaimar. Madinah Nasr dengan diimami oleh Syeikh al-Azhar asSyarief. Turut mengikuti solat jenazah ialah as-Sayid Hani Wajdi yang mewakili Presiden Republik Arab Mesir. Dr. Menteri Awqaf. kita dikejutkan dengan berita pemergian Syeikh Abu al-Hasan Ali an-Nadawi. Syeikh Al-Albani pada hujung tahun 1999. Nasr Farid Wasil. Mufti Kerajaan Mesir. serta puluhan ulama dan pemimpin masyarakat setempat yang tidak ketinggalan memberikan penghormatan terakhir terhadap ulama besar umat ini. Dr. 252 . Ketua Jam’iyah Syarqiyyah. Dr.

Marilah kita mengenali Imam Abu Hanifah marilah kita mengenali Imam Malik marilah kita mengenali Imam Syafie marilah kita mengenali Imam Ahmad marilah kita mengenali Imam Abu Daud marilah kita mengenali Imam Nawawi kita ikutilah jejak mereka kita hayatilah biografi mereka kita bacalah karya-karya mereka kita akan menjadi umat terbaik. Sungguh pada diri mereka memiliki kasturi iman memiliki haruman akhlak memiliki aroma taqwa yang akan menyebarkan wangian bagi siapa yang hendak memakainya. Muhammad Abdullah bin Suradi. Sandakan. Banyak lagi kitab sejarah belum dibuka ramai lagi manusia belum mengetahui kitab sejarah yang jarang ditemui.Penutup Kasturi Salaf dan Orang Soleh Menyusuri perjalanan silam menempuhi debu pasir agar bisa membuka kitab sejarah. 16 Disember 2005. Siapakah itu Ibnu Umar? Siapakah itu Ibnu Mubarak? Siapakah itu Sufyan at-Thauri? Siapakah itu Sufyan Uyainah? Siapakah itu Hasan al-Basri? Siapakah itu Ibnu Sirin? Itulah kitab sejarah belum dibuka itulah kitab sejarah belum dikenali itulah kitab sejarah jarang ditemui itulah kitab sejarah para salaf dan orang soleh. 253 .

9. 3. 2. Rusydi Hamka. AlHidayah Publishers. 2002. Haji dan Umrah Mengikut Sunnah Rasulullah S. Ensiklopedia Para Wali. Darul Numan. Julai 1989. 1978. jilid 1 susunan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar. Majalah Al-Islam. Indonesia. Pustaka Aman Press Sdn Bhd. 10. Dewan Pustaka Fajar. 2000. La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr Aidh Abdullah al-Qarni. 2001. 7. jilid 7 susunan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar. 12. karya Syeikh AlAlbani. Perniagaan Jahabersa. 2001. 11. Himpunan Mutiara Kata Para Bijaksana Untuk Muhasabah Diri susunan Muhammad Baihaqi. 2001. Darul Numan. Imam al-Ghazali. 18. bulan Februari 2008. 20. 254 . 2003. Malaysia. Ensiklopedia Para Wali. Jasmin Enterprise. Biografi Syaikh Al-Albani: Mujaddid dan Ahli Hadits Abad Ini susunan Mubarak bin Mahfudh. Pustaka Dini Sdn Bhd. 17. Kertas kerja Seminar Di Ambang Keruntuhan Uthmaniyyah: Pengajaran Buat Ummah oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. 4. Pendidikan Berkesan oleh Abdul Salam Yussof. Hamka Pujangga Islam. 2001. Malaysia. 19.Rujukan 1. 2001. Al-Hidayah Publishers. PKPIM. April 2003. Januari 2006. Malaysia. Malaysia. 6. 22.A. 14. 2008. Era Visi dan Yadim. Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar. Majalah Al-Islam. 15. Malaysia. 2004. Ensiklopedia Para Wali.. bulan Oktober 2005 23. bulan Januari 2005. 13. 19 Mei 2001. jilid 4 susunan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar.W. 4 Februari 2006. Biografi Imam Mazhab Empat karya Dr Ahmad Asy-Syurbasi. Malaysia. Malaysia. Pustaka Imam Syafie. Darul Numan. Malaysia. Hadis Empat Puluh. Barisan Ulama Pembela Sunnah Nabawiyyah susunan Abu Aisyah Arif Fathul Ulum. 16. Junaid al-Baghdadi susunan Abidin Syakirin Ibn Rawi. Malaysia.Bamuallim Lc. Mengenali Tokoh-Tokoh Islam. bulan April 2007. Majalah Al-Islam. Kebanggaan Rumpun Melayu: Menatap Peribadi dan Martabatnya oleh H. 8. Malaysia. 5. Ensiklopedia Para Wali. Malaysia. Perniagaan Jahabersa. 2006. 21. Malaysia. jilid 6 susunan Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar. Kertas kerja Wacana Tuk Kenali oleh Abdullah al-Qari Haji Salleh. Darul Numan. Media Tarbiyah. Majalah Al-Islam. Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Detik-Detik Sejarah Hidup Tuk Kenali oleh Abdullah al-Qari Haji Salleh. Malaysia. Indonesia.

34. 29. 41. 31. Malayia. Malaysia. Masterpiece Publication Sdn Bhd. 1991. 25. Tokoh-Tokoh Islam Dulu dan Sekarang susunan Luqman Hakim. Utusan Malaysia. Abu Anas Majid al-Bankani.blogspot. Perniagaan Jahabersa. Ringkasan Riwayat 11 Tokoh-Tokoh Sufi susunan Hamizan Hussin. 36. terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Silsilah Ulama Hadis karya Ali Yusuf Ali. Juz Art. ruangan Ulama Nusantara. 2007. 2 Oktober 2006. 2005. Abdullah Ahmad Badawi.Perjalanan Ulama Menuntut Ilmu. tulisan Wan Mohd Shaghir Abdullah. 38. 40. 1993. 35. Mukhtasar Kitab Al-Albani. 1998. Said Nursi. 28. Malaysia. Yadim.com 255 . Utusan Malaysia. Ulama Terengganu. Persoalan Berkaitan Pengurusan Jenazah karya Syeikh Al-Albani. Bismi Publishers. 42. Murai Kencana. 27 . Perniagaan Jahabersa. Pemikir & Sufi Besar Abad 20 susunan Ihsan Kasim Salih. Malaysia. 2006. 37. 39. Mencari Damai Abadi oleh S. Hashim Ahmad. Perjuangan Al-Ghazali. 2006. 2003. Kuwait. ruangan Ulama Nusantara. Malaysia. Menegakkan Kebenaran & Menghapuskan Kebatilan karya Salih Ahmad al-Syami. 2001. Pustaka Antara. Indonesia. Perniagaan Jahabersa. Silsilah Madrasah Du’at karya Abdullah Nasih Ulwan 33. 2004. 30. 20. Perniagaan Jahabersa. Tokoh-Tokoh Agama Dan Kemerdekaan Di Alam Melayu susunan Tajuddin Saman. tulisan Wan Mohd Shaghir Abdullah. Malaysia. Darul Falah.24. Suatu Sorotan suntingan Muhammad Abu Bakar. www. 2004. 2002. 1992. 2006. Menyingkap Rahsia Kejayaan karya Dr Aidh al-Qarni. Malaysia. 1989. Muhammad bin Ibrahim As-Syaibani. Malaysia. Indonesia. Nasihat-Nasihat (Malfuzat) karya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. 26. Bismi Publishers.tamanulama. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani susunan Abidin Syakirin Ibn Rawi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful