TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU 551) Matlamat Dan Ciri-ciri Tamadun Islam

Pengenalan Tamadun sering digambarkan dengan pembangunan yang sedang pesat membangun serta kemajuan dari pencapaian sains dan teknologi. Pelbagai versi fahaman tentang pengertian ³tamadun´ di dalam dunia ini namun generasi sekarang melihat ia dari segi luaran sahaja tanpa mendalami pengisiannya.

Di dalam proses pembentukan tamadun, ia bukannya berteraskan materialisme semata-mata tetapi ia perlu diseimbangkan dengan teras-teras kerohanian. Kemunculan agama dan ajaran adalah merupakan salah satu ciri penting dalam perkembangan tamadun manusia. Dengan adanya pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang politik dan penghasilan daya cipta yang lebih halus serta mempunyai nilai-nilai seni maka lahirlah satu ketamadunan iaitu ³Tamadun Islam´. Pencapaian manusia dalam konteks ³Tamadun Islam´ berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak, dan bersumberkan al Quran dan al-Sunnah. Ia meliputi dari segi pemurnian kerohanian di kalangan masyarakat justeru dengan pencapaian tersebut maka terciptalah ketamadunan yang seimbang1.

1

Yussamir Yusof aljohori, journal ³Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun´ Ogos 2007

1

Masalah Pembangunan tamadun hari ini ialah generasi sekarang lebih terarah kepada kebendaan dan mengabaikan teras-teras kerohanian. Keimananlah yang menjadikan manusia bebas dari cengkaman hawa nafsu dan kebendaan. dan inilah yang dinamakan Ikhlas. Segala daya dan keringat diusahakan hanyalah atas dasar untuk mendapatkan keredhaan Allah S.matlamat Tamadun Islam adalah terbahagi kepada 3 iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah. kebudayaan sahaja.2 2 Yussamir Yusof aljohori.W. bukan manusia yang membentukya. kerana ia merupakan cara bagaimana manusia mengenali Allah sebagai Pencipta yang terkandung di dalam rukun Iman. Di dalam prespektif Islam.T.. Pembangunan yang pesat membangun telah menyebabkan mereka gagal memahami erti sebenar tamadun. dan cara manusia berhubungan denganNYA yang terkandung di dalam rukun Islam. journal ³Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun´ Ogos 2007 2 . Al-Din adalah sebagai asas membentuk tamadun. hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam. a) Hubungan manusia dengan Allah Hubungan dengan Allah adalah antara matlamat dasar di dalam tamadun Islam.Matlamat Tamadun Islam Tamadun Islam tidak terbatas kepada kemajuan. tetapi serentak dengan kerohanian.

Bhd. manusia diberi pilihan untuk menentukan cara yang mereka sukai. Jadi. Mereka tidak perlu terlalu ghairah untuk mendapat sesuatu dan tidak sesekali merasa resah atau gundah gulana apabila sesuatu yang diusahakan tidak berhasil.5Kekecewaan mereka ini bertitik tolakkan dengan sikap keterlaluan manusia yang materialistik iaitu membeza-bezakan kedudukan atas dasar kebendaan atau material.T setiap kali berlakunya peperangan antara umat Islam dengan Musyrikin Mekah. Bhd. bahagia dan tenteram.W. jika tidak ada rumah yang besar maka tidak akan dilayan dan sebagainya. ³Tamadun Islam´. Contohnya keimananlah yang menyebabkan Abu Bakar al-Siddiq. ³Tamadun Islam´.Walaupun begitu manusia perlu sedar dengan batas-batas mereka. semuanya dilakukan atas nama Ibadah. journal ³Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun´ Ogos 2007 5 Mustafa Haji Daud.Keimanan jugalah yang menyebabkan banyak para sahabat yang berkesanggupan untuk menyeberangi padang pasir dan lautan luas ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn. Perkara ini amat berbeza bagi mereka yang tidak beriman.misalnya mereka yang berkenderaan mewah dipandang tinggi. Utusan Publications & Distributors Sdn. 1991 hlmn 8 3 4 3 . Mata manusia ketika itu telah dikaburi dengan kebendaan . mereka bebas berusaha (ikhtiar) untuk menentukan nasib mereka sendiri.Bagi orang-orang yang beriman mereka akan bersabar dan menganggapnya sebagai Qada¶ dan qadar dari Allah 4. apa yang kita Mustafa Haji Daud.Orang yang beriman sentiasa di dalam keadaan tenang.3 Di dalam melakukan pekerjaan. Uthman bin Affan dan para sahabat yang lain menyedekahkan segala hartanya ke jalan Allah S.Jadi. Semua perkara ini diperolehi kerana mereka tidak ada kepentingan tersendiri di dalam menjalankan aktiviti mereka. 1991 hlmn 8 Yussamir Yusof aljohori.menurut beberapa laporan bahawa pada tahun 1974 seramai 10 ribu orang Jerman telah membunuh diri kerana kekecewaan mereka dengan tamadun kebendaan.

W.W. Setiap manusia diberikan penghormatan yang sama oleh Alah S.W. Perkara ini haruslah diberi penekanan yang wajar di dalam proses menyempurnakan hubungan manusia dengan manusia. 25/02/2008 4 .WT kerana manusia adalah khalifah di sisi Allah S. adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk bermu¶amalah secara yang ditentukan oleh Allah S. Mereka yang paling mulia di sisi Allah S.T ialah mereka yang bertakwa kepadaNYA. di dalam tamadun Islam. kita tidak terpesong daripada akidah kita.T Menyedari hakikat persamaan taraf ini. Hal ini disebabkan manusia tidak boleh hidup bersendirian dan sesungguhnya manusia itu secara semula jadi saling memerlukan di antara satu sama lain bagi melengkap dan melengkapi.T. b) Hubungan manusia dengan manusia Kemudian matlamat seterusnya adalah hubungan Manusia dengan manusia. berusaha untuk mencapai sesuatu dengan mendapatkan keredhaan Allah. Maka. Ia telah pun dijelaskan dalam Surah At Tin. ayat 4 yang bermaksud ³ Bahawa Kami (Allah) menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.6 Oleh yang demikian.dapat simpulkan di sini.T dalam ayat terjemahannya: 6 Hashim Ahmad ³Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah´ Artkel Agama Berita Harian. matlamat ini menuntut kita berfikir. ketinggian dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka tidak boleh dianggap remeh dan dipersiakan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah S.W. dengan adanya keimanan dan percaya kepada ketentuan Allah.

Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. nasihatmenasihati.Wahai manusia. Surah al-Maidah.(Surah al Maidah . Manusia dituntut untuk saling tolong-menolong. Sesungguhnya Allah Maha megetahui lagi Maha Mengenal . Surah al-Hujuraat 49:13 8 Hashim Ahmad ³Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah´ Artikel agama Berita Harian 25/02/2008.T akan neningkatkan lagi 7 Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³matlamat tamadun islam´. kuasa.iaitu amal ma¶aruf nahi munkar. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud ³Bertolonglah kamu berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya. harta.W. Sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaannya¶¶.W. 2002.T apabila dikurniakan pangkat. (Surah al-Hujuraat 49:13)7 Di dalam terjemahan surah al-Hujuratt tersebut. ia menyedarkan kita akan kesempurnaan hidup bermasyarakat. ayat 2) 8 Matlamat ini juga menginsaf dan menyedarkan manusia agar sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah S.W. dan saling mengajak melakukan perkara yang baik. nikmat dan rahmat. Manusia sebagai khalifah Allah S. Takutlah kamu kepada Allah. ayat 2 5 . Mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah S.T di atas muka bumi perlulah bermu¶amalah secara Islam kerana Islam sentiasa memperjuangkan kesatuan umat manusia.

Oleh demikian.pokok ditebang. Hubungan ketiga ini selalu dianggap enteng dan remeh oleh masyarakat kita sekarang di dalam pembentukkan tamadun. Jika manusia itu kufur dengan nikmat Allah S. Kita sepatutnya menjadikan kejatuhan-kejatuhan empayar-empayar Islam seperti Kerajaan Uthmaniah yang hebat itu dan kisah penduduk di Jerman tadi sebagai pengajaran.pencemaran udara. mereka dijanjikan pembalasan azab yang pedih sebahagiannya di dunia lagi dan yang pasti di akhirat. Bukit digondol.gunung dibelah.T dengan meningkatkan ibadat dan melakukan maksiat.Sedangkan perkara itu semua perlu dijaga.W telah pun menjamin perlindungan dan hak kepada semua makhluk untuk hidup sejahtera di muka bumi seperti digambarkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan Kami tidak mengutuskan engkau Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam (Surah alAnbiya.W.Dalam syariah Islam yang disempurnakan melalui perutusan Nabi Muhammad S.pencemaran air dan pelbagai lagi perbuatan-perbuatan yang tiada belas kita lakukan terhadap Alam. ayat 107). ³Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi´ Artikel Agama Berita Harian. 9 Che Asmah Ibrahim. 29/02/2008 6 . ia amat menitikberatkan dan turut mengatur serta menyempurnakan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya sebagai contoh cara manusia itu bertindak apabila berhubungan dengan alam sekitarnya. Di dalam Tamadun Islam.ibadat kepada-NYA .A. usaha memakmurkan bumi dan penjagaan alam semesta adalah sejajar denga tuntutan syariatIslam9. c) Hubungan manusia dengan alam sekitar Matlamat yang terakhir sekali adalah hubungan Manusia dengan alam.

T untuk membolehkan manusia mendapatkan kenyamanan berteduh di bawahnya. 2002 Surah al-an¶aam 6:99 7 . Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir-butir yang banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai tangkai-tangkai yang menjurai. terjemahannya: Dan ialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuhan. dijadikan bahan binaan rumah. Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya berbuah dan (perhatikanla pula) kematangannya. Tumbuh-tumbuhan pula dijadikan oleh Allah S. Perkara ini dirakamkan dalam firman Allah yang bermaksud: 10 11 Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³matlamat tamadun islam´.(Dan daripada itu Kami keluarkan pula) kebun-kebun anggur dan Kami kelarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa.Allah telah menjadikan pelbagai makhluk kejadian. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman.Di atas muka bumi contohnya terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. perhiasan dan lain-lain lagi.T dalam ayat.W.W. maka kami keluarkan daripada tumbuhtumbuhan itu tanam-tanaman yang menghijau. Di dalam perut bumi pula terdapat pelbagai galian yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam industri berat contohnya kenderaan.Hal ini diperjelaskan oleh Allah S. (Surah al-an¶aam 6:99)11 Sebagai khalifah. perabot dan buahnya pula dijadikan makanan yang lazat10. manusia adalah penerima amanat terbesar yang tidak sanggup diterima makhluk lain. alat binaan rumah.

Kerosakan dan kemusnahan alam yang berlaku memberi kesan secara langsung kepada perjalanan hidup manusia." ± (Surah al-Ahzab. 29/02/2008 13 8 . dan dipikul amanat itu oleh manusia. Apabila sungai yang menjadi sumber bekalan air utama kepada kehidupan manusia. Ketiga-tiga perkara ini adalah dasar kepada tindak tanduk manusia sebagai khalifah yang dapat melindungi manusia dan alam. ayat 72 Che Asmah Ibrahim. Kegagalan menghormati ketiga-tiga perhubungan ini akan menyebabkan kehancuran kehidupan seterusnya ketamadunan Islam hancur tiada kegemilangan. tumbuhan dan haiwan tercemar. bumi dan gunungganang. maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya. ³Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi´ Artikel Agama Berita Harian. maka kita tiada pilihan melainkan menghirup kembali udara tercemar itu untuk tujuan pernafasan. Sebagai contoh. ayat 72) 12 Manusia seharusnya sedar setiap langkah dan perbuatan akan memberi kesan kepada alam sekeliling. ia akan menjejaskan mutu kehidupan seperti melakukan ibadat solat yang memerlukan kita menyucikan diri dengan air bersih."Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit. 12 Surah al-Ahzab. Kejadian seperti itu sepatutnya memberi kesedaran dan pengajaran kepada manusia bahawa setiap usaha pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil kira tiga perkara iaitu hubungan dengan Penciptanya. hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam semesta. Begitu juga apabila udara tercemar akibat perbuatan tangan kita sendiri. Keadaan ini akan menjejaskan ekosistem yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan membawa kerugian kepada kita13.

dengan akidah dan hidup rohaniahnya. Di antara ciriciri utama tamadun Islam ialah menyeluruh (sempurna) . hubungan dengan Allah S. berserta dengan nilai-nilai akhlaknya. akhlak. Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah). tidak ada institusi yang lebih mulia selepas institusi kehakiman kecuali institusi kehakiman di dalam tamadun Islam( hisbah) kerana ia melaksanakan urusan agama dan ia menuntut kita menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran15. ³Institusi Hisbah Pemangkin Kepada Kesejahteraan Masyarakat dan Negara´ Minda Madani online 9 . Ia juga menekankan keadilan untuk semua insan. Bermula daripada aspek yang paling batin. sebagaimana dalam sejarah.T dan hubungan sesama manusia14. Sebagai contoh. perkembangan ilmu sastera dan 14 Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³cirri-ciri tamadun islam´. Ia merangkumi seluruh aspek hidup manusia dan tamadunnya. kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya. hal ini membawa kepada timbulnya institusi-institusi. Kita boleh bermula dengan melihat agama (³al-din´) menerusi pengertiannya yang menyeluruh sebagaimana sifat Islam yang membawa kepada timbulnya ³diri´ peradaban tertentu dengan ciri-ciri yang semuanya berpaksikan tauhid atau keyakinan terhadap Keesaan Tuhan yang Mutlak. cara-cara pemerintahan. hingga kepada peraturan-peraturan hidup yang menyeluruh.Ciri-ciri Tamadun Islam Ciri-ciri tamadun Islam juga disebut sebagai ciri-ciri khusus Islam. tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak.W. akidah. 2002 15 Mohd Rumaizuddin Ghazali. sama ada Islam atau bukan Islam. Dalam bidang kehakiman.

Segala apa yang disyariatkan itu pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia. Ia juga tidak dibatasi sempadan politik dan budaya. sosial. Ciri-ciri utama yang kedua bagi tamadun Islam ialah umum. Surah al-Baqarah . Sejagat bernaksud tidak terikat dengan lokasi geografi dan bangsa tertentu. Selain itu. Tamadun juga mengiktiraf sumbangan masyarakat bukan Islam dalam Negara Islam. dan rohani peradaban atau tamadun yang dibinanya. Hal ini bermakna Islam adalah agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga berada dan hingga akhir zaman (al-anbiya:107) Agama Islam yang diamalkan dalam tamadun Islam juga bersesuaian dengan fitrah dan akal manusia. moral.17 Istilah terbuka pula memberikan gambaran tamadun Islam bersifat terbuka di dalam aspek iaitu ia menerima perkara yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam. 2002 Surah al-Rum . 164 10 . 16 17 Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³cirri-ciri tamadun islam´. 30 . Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat kerana ciri umumya bersifat sejagat dan terbuka16. Dengan itu timbullah ³peribadi´ peradaban yang berupa keseluruhan yang digambarkan di dalam tamadun Islam.sains. bertoleransi terhadap sistem kepercayaan atau kebudayaan orang lain. Ia wujud di seluruh dunia dalam lingkungan umat yang berpegang kepada al-Din sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran. kerana Allah sajalah yang mengetahui hakikat dan kejadian manusia . dengan aspek-aspek fisikal.

tetap dan anjal dari sudut cara serta teknik pelaksanaannya18. Selain itu. ini berbeza dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda. 18 19 Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³cirri-ciri tamadun islam´. tidak ada sempadan waktu dan zaman.Tidak ada yang kurang lengkap atau yang salah dalam Syari¶at Allah.W untuk disampaikan kepada umatnya adalah tetap dan tidak berubah-ubah.19 Tamadun Islam menerima semua kemajuan umat yang berteraskan akidah Islam. Ia juga memberikan tafsiran agama Islam itu adalah sepanjang zaman.. Hal ini menjelaskan syari¶at yang Allah tetapkan tidak akan berubah. 2002 ³Peranan Agama Islam alam Kehidupan manusia³Ciri-ciri islam Syumul Anglefire online /maridjan/agama 11 . Ia sesuai di zaman Rasulullah hingga kini. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia. masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. Agama Islam yang diturunkan oleh Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S. dengan syarat tidak bercanggah dengan nash yang telah ada dalam Qur¶an dan Sunnah.Ia juga sesuai di Negara Arab dan bukan Arab. adapun yang berkembang dalam fiqh Islam iaitu Ijtihad. Agama Islam yang diamalkan dalam tamadun manusia juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal.Masyarakat bukan Islam di bawah pemerintahan Islam bebas mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.A.

kerana kecantikan di luar tidak semestinya ³Peranan Agama Islam alam Kehidupan manusia³Ciri-ciri islam Syumul Anglefire online /maridjan/agama 20 12 . jikalau tiada air untuk berwuduk maka boleh bertayammum.W . Islam telah menyediakan segala kemudahan dan pilihan dalam menyelesaikan masalah. kerana fiqh Islam sebenarnya dapat menjawab segala masalah atau perkembangan baru dalam kehidupan manusia.T.Ketamadunan yang berjaya ialah tamadun yang mementingkan dalaman dan luaran. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai. Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia dan memberikan keringanan bila berhalangan. khulafa¶al-Rashidin dan pada zaman pemerintahan seterusnya Tamadun Islam amat berkembang dan terkenal pada waktu ketika itu. selama pintu ijtihad terbuka kepada mujtahid20. Sebagai contoh.Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik. tidak boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.W.Kita sepatutnya mengambil iktibar dan mencontohi di atas kejayaan yang lahir daripada tamadun Islam pada zaman tersebut.A. dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah S.Contohnya. Kesimpulan Kesimpulan daripada kupasan tajuk ini ia memberikan kita bentuk gambaran Ketamadunan Islam. pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S. Oleh kerana itu. Zaman kegemilangan tamadun Islam akan pudar ditelan zaman sekiranya sikap kita yang masih melihat dan mementingkan kebendaan.

barulah kita dapat mencapai Tamadun bangsa seperti zaman keagungan ketamadunan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian dan janganlah mengejar kemajuan kebendaan semata-mata tetapi ia perlulah diisikan dengan kerohanian dan kebendaan.mencerminkan kebaikan.Oleh itu kita perlu memastikan bahawa kecantikan luaran kita mesti selari dengan kecantikan di dalamnya. 13 .Barulah sinar ketamadunan Islam itu dapat dirasai semula.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful