TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU 551) Matlamat Dan Ciri-ciri Tamadun Islam

Pengenalan Tamadun sering digambarkan dengan pembangunan yang sedang pesat membangun serta kemajuan dari pencapaian sains dan teknologi. Pelbagai versi fahaman tentang pengertian ³tamadun´ di dalam dunia ini namun generasi sekarang melihat ia dari segi luaran sahaja tanpa mendalami pengisiannya.

Di dalam proses pembentukan tamadun, ia bukannya berteraskan materialisme semata-mata tetapi ia perlu diseimbangkan dengan teras-teras kerohanian. Kemunculan agama dan ajaran adalah merupakan salah satu ciri penting dalam perkembangan tamadun manusia. Dengan adanya pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang politik dan penghasilan daya cipta yang lebih halus serta mempunyai nilai-nilai seni maka lahirlah satu ketamadunan iaitu ³Tamadun Islam´. Pencapaian manusia dalam konteks ³Tamadun Islam´ berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak, dan bersumberkan al Quran dan al-Sunnah. Ia meliputi dari segi pemurnian kerohanian di kalangan masyarakat justeru dengan pencapaian tersebut maka terciptalah ketamadunan yang seimbang1.

1

Yussamir Yusof aljohori, journal ³Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun´ Ogos 2007

1

Matlamat Tamadun Islam Tamadun Islam tidak terbatas kepada kemajuan, kebudayaan sahaja, tetapi serentak dengan kerohanian.. Al-Din adalah sebagai asas membentuk tamadun, bukan manusia yang membentukya.

Masalah Pembangunan tamadun hari ini ialah generasi sekarang lebih terarah kepada kebendaan dan mengabaikan teras-teras kerohanian. Pembangunan yang pesat membangun telah menyebabkan mereka gagal memahami erti sebenar tamadun.

Di dalam prespektif Islam,matlamat Tamadun Islam adalah terbahagi kepada 3 iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam.

a)

Hubungan manusia dengan Allah Hubungan dengan Allah adalah antara matlamat dasar di dalam tamadun Islam,

kerana ia merupakan cara bagaimana manusia mengenali Allah sebagai Pencipta yang terkandung di dalam rukun Iman, dan cara manusia berhubungan denganNYA yang terkandung di dalam rukun Islam. Keimananlah yang menjadikan manusia bebas dari cengkaman hawa nafsu dan kebendaan. Segala daya dan keringat diusahakan hanyalah atas dasar untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dan inilah yang dinamakan Ikhlas.2

2

Yussamir Yusof aljohori, journal ³Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun´ Ogos 2007

2

Orang yang beriman sentiasa di dalam keadaan tenang, bahagia dan tenteram. Semua perkara ini diperolehi kerana mereka tidak ada kepentingan tersendiri di dalam menjalankan aktiviti mereka, semuanya dilakukan atas nama Ibadah. Contohnya keimananlah yang menyebabkan Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan dan para sahabat yang lain menyedekahkan segala hartanya ke jalan Allah S.W.T setiap kali berlakunya peperangan antara umat Islam dengan Musyrikin Mekah.Keimanan jugalah yang menyebabkan banyak para sahabat yang berkesanggupan untuk menyeberangi padang pasir dan lautan luas ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan Islam.3

Di dalam melakukan pekerjaan, manusia diberi pilihan untuk menentukan cara yang mereka sukai. Jadi, mereka bebas berusaha (ikhtiar) untuk menentukan nasib mereka sendiri.Walaupun begitu manusia perlu sedar dengan batas-batas mereka. Mereka tidak perlu terlalu ghairah untuk mendapat sesuatu dan tidak sesekali merasa resah atau gundah gulana apabila sesuatu yang diusahakan tidak berhasil.Bagi orang-orang yang beriman mereka akan bersabar dan menganggapnya sebagai Qada¶ dan qadar dari Allah 4.

Perkara ini amat berbeza bagi mereka yang tidak beriman,menurut beberapa laporan bahawa pada tahun 1974 seramai 10 ribu orang Jerman telah membunuh diri kerana kekecewaan mereka dengan tamadun kebendaan.5Kekecewaan mereka ini bertitik tolakkan dengan sikap keterlaluan manusia yang materialistik iaitu membeza-bezakan kedudukan atas dasar kebendaan atau material,misalnya mereka yang berkenderaan mewah dipandang tinggi, jika tidak ada rumah yang besar maka tidak akan dilayan dan sebagainya. Mata manusia ketika itu telah dikaburi dengan kebendaan .Jadi, apa yang kita
Mustafa Haji Daud, ³Tamadun Islam´, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1991 hlmn 8 Yussamir Yusof aljohori, journal ³Di mana Tamadun Kita setelah merdeka 50 tahun´ Ogos 2007 5 Mustafa Haji Daud, ³Tamadun Islam´, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1991 hlmn 8
3

4

3

dapat simpulkan di sini, dengan adanya keimanan dan percaya kepada ketentuan Allah, kita tidak terpesong daripada akidah kita.

Ia telah pun dijelaskan dalam Surah At Tin, ayat 4 yang bermaksud ³ Bahawa Kami (Allah) menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian. Maka, ketinggian dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka tidak boleh dianggap remeh dan dipersiakan.6 Oleh yang demikian, di dalam tamadun Islam, matlamat ini menuntut kita berfikir, berusaha untuk mencapai sesuatu dengan mendapatkan keredhaan Allah.

b)

Hubungan manusia dengan manusia Kemudian matlamat seterusnya adalah hubungan Manusia dengan manusia.

Perkara ini haruslah diberi penekanan yang wajar di dalam proses menyempurnakan hubungan manusia dengan manusia. Hal ini disebabkan manusia tidak boleh hidup bersendirian dan sesungguhnya manusia itu secara semula jadi saling memerlukan di antara satu sama lain bagi melengkap dan melengkapi.

Setiap manusia diberikan penghormatan yang sama oleh Alah S.W.T Menyedari hakikat persamaan taraf ini, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk bermu¶amalah secara yang ditentukan oleh Allah S.WT kerana manusia adalah khalifah di sisi Allah S.W.T. Mereka yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah mereka yang bertakwa kepadaNYA. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat terjemahannya:
6

Hashim Ahmad ³Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah´ Artkel Agama Berita Harian, 25/02/2008

4

Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha megetahui lagi Maha Mengenal . (Surah al-Hujuraat 49:13)7

Di dalam terjemahan surah al-Hujuratt tersebut, ia menyedarkan kita akan kesempurnaan hidup bermasyarakat. Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi perlulah bermu¶amalah secara Islam kerana Islam sentiasa memperjuangkan kesatuan umat manusia. Manusia dituntut untuk saling tolong-menolong, nasihatmenasihati, dan saling mengajak melakukan perkara yang baik,iaitu amal ma¶aruf nahi munkar.

Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud ³Bertolonglah kamu berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaannya¶¶.(Surah al Maidah , ayat 2) 8

Matlamat ini juga menginsaf dan menyedarkan manusia agar sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah S.W.T apabila dikurniakan pangkat, kuasa, harta, nikmat dan rahmat. Mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T akan neningkatkan lagi
7

Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³matlamat tamadun islam´, 2002, Surah al-Hujuraat 49:13 8 Hashim Ahmad ³Terlalu fikir kesempitan hidup boleh jejas akidah´ Artikel agama Berita Harian 25/02/2008, Surah al-Maidah, ayat 2

5

ibadat kepada-NYA . Jika manusia itu kufur dengan nikmat Allah S.W.T dengan meningkatkan ibadat dan melakukan maksiat, mereka dijanjikan pembalasan azab yang pedih sebahagiannya di dunia lagi dan yang pasti di akhirat. Kita sepatutnya menjadikan kejatuhan-kejatuhan empayar-empayar Islam seperti Kerajaan Uthmaniah yang hebat itu dan kisah penduduk di Jerman tadi sebagai pengajaran.

c)

Hubungan manusia dengan alam sekitar Matlamat yang terakhir sekali adalah hubungan Manusia dengan alam. Hubungan

ketiga ini selalu dianggap enteng dan remeh oleh masyarakat kita sekarang di dalam pembentukkan tamadun. Bukit digondol,pokok ditebang,gunung dibelah,pencemaran udara,pencemaran air dan pelbagai lagi perbuatan-perbuatan yang tiada belas kita lakukan terhadap Alam.Sedangkan perkara itu semua perlu dijaga.

Di dalam Tamadun Islam, ia amat menitikberatkan dan turut mengatur serta menyempurnakan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya sebagai contoh cara manusia itu bertindak apabila berhubungan dengan alam sekitarnya.Dalam syariah Islam yang disempurnakan melalui perutusan Nabi Muhammad S.A.W telah pun menjamin perlindungan dan hak kepada semua makhluk untuk hidup sejahtera di muka bumi seperti digambarkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan Kami tidak mengutuskan engkau Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam (Surah alAnbiya, ayat 107). Oleh demikian, usaha memakmurkan bumi dan penjagaan alam semesta adalah sejajar denga tuntutan syariatIslam9.

9

Che Asmah Ibrahim, ³Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi´ Artikel Agama Berita Harian, 29/02/2008

6

Allah telah menjadikan pelbagai makhluk kejadian.Di atas muka bumi contohnya terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan pula dijadikan oleh Allah S.W.T untuk membolehkan manusia mendapatkan kenyamanan berteduh di bawahnya, dijadikan bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula dijadikan makanan yang lazat10.

Di dalam perut bumi pula terdapat pelbagai galian yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam industri berat contohnya kenderaan, alat binaan rumah, perhiasan dan lain-lain lagi.Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:

Dan ialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuhan, maka kami keluarkan daripada tumbuhtumbuhan itu tanam-tanaman yang menghijau. Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir-butir yang banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai tangkai-tangkai yang menjurai.(Dan daripada itu Kami keluarkan pula) kebun-kebun anggur dan Kami kelarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya berbuah dan (perhatikanla pula) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman. (Surah al-an¶aam 6:99)11

Sebagai khalifah, manusia adalah penerima amanat terbesar yang tidak sanggup diterima makhluk lain. Perkara ini dirakamkan dalam firman Allah yang bermaksud:
10
11

Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³matlamat tamadun islam´, 2002 Surah al-an¶aam 6:99

7

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunungganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikul amanat itu oleh manusia." ± (Surah al-Ahzab, ayat 72) 12

Manusia seharusnya sedar setiap langkah dan perbuatan akan memberi kesan kepada alam sekeliling. Kerosakan dan kemusnahan alam yang berlaku memberi kesan secara langsung kepada perjalanan hidup manusia. Sebagai contoh, Apabila sungai yang menjadi sumber bekalan air utama kepada kehidupan manusia, tumbuhan dan haiwan tercemar, ia akan menjejaskan mutu kehidupan seperti melakukan ibadat solat yang memerlukan kita menyucikan diri dengan air bersih. Begitu juga apabila udara tercemar akibat perbuatan tangan kita sendiri, maka kita tiada pilihan melainkan menghirup kembali udara tercemar itu untuk tujuan pernafasan. Keadaan ini akan menjejaskan ekosistem yang mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan membawa kerugian kepada kita13.

Kejadian seperti itu sepatutnya memberi kesedaran dan pengajaran kepada manusia bahawa setiap usaha pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil kira tiga perkara iaitu hubungan dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam semesta. Ketiga-tiga perkara ini adalah dasar kepada tindak tanduk manusia sebagai khalifah yang dapat melindungi manusia dan alam. Kegagalan menghormati ketiga-tiga perhubungan ini akan menyebabkan kehancuran kehidupan seterusnya ketamadunan Islam hancur tiada kegemilangan.
12

Surah al-Ahzab, ayat 72

Che Asmah Ibrahim, ³Jendela Hikmah: Nikmati dunia dengan prinsip Illahi´ Artikel Agama Berita Harian, 29/02/2008

13

8

Ciri-ciri Tamadun Islam

Ciri-ciri tamadun Islam juga disebut sebagai ciri-ciri khusus Islam. Di antara ciriciri utama tamadun Islam ialah menyeluruh (sempurna) . Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia14.

Ia juga menekankan keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya. Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah. Sebagai contoh, tidak ada institusi yang lebih mulia selepas institusi kehakiman kecuali institusi kehakiman di dalam tamadun Islam( hisbah) kerana ia melaksanakan urusan agama dan ia menuntut kita menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran15. Kita boleh bermula dengan melihat agama (³al-din´) menerusi pengertiannya yang menyeluruh sebagaimana sifat Islam yang membawa kepada timbulnya ³diri´ peradaban tertentu dengan ciri-ciri yang semuanya berpaksikan tauhid atau keyakinan terhadap Keesaan Tuhan yang Mutlak. Bermula daripada aspek yang paling batin, dengan akidah dan hidup rohaniahnya, berserta dengan nilai-nilai akhlaknya, hingga kepada peraturan-peraturan hidup yang menyeluruh. Ia merangkumi seluruh aspek hidup manusia dan tamadunnya, hal ini membawa kepada timbulnya institusi-institusi, cara-cara pemerintahan, perkembangan ilmu sastera dan
14

Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³cirri-ciri tamadun islam´, 2002

15

Mohd Rumaizuddin Ghazali, ³Institusi Hisbah Pemangkin Kepada Kesejahteraan Masyarakat dan Negara´ Minda Madani online

9

sains, dengan aspek-aspek fisikal, sosial, moral, dan rohani peradaban atau tamadun yang dibinanya. Dengan itu timbullah ³peribadi´ peradaban yang berupa keseluruhan yang digambarkan di dalam tamadun Islam.

Ciri-ciri utama yang kedua bagi tamadun Islam ialah umum. Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat kerana ciri umumya bersifat sejagat dan terbuka16. Sejagat bernaksud tidak terikat dengan lokasi geografi dan bangsa tertentu. Ia juga tidak dibatasi sempadan politik dan budaya. Ia wujud di seluruh dunia dalam lingkungan umat yang berpegang kepada al-Din sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran. Hal ini bermakna Islam adalah agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga berada dan hingga akhir zaman (al-anbiya:107) Agama Islam yang diamalkan dalam tamadun Islam juga bersesuaian dengan fitrah dan akal manusia.Segala apa yang disyariatkan itu pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia, kerana Allah sajalah yang mengetahui hakikat dan kejadian manusia .17

Istilah terbuka pula memberikan gambaran tamadun Islam bersifat terbuka di dalam aspek iaitu ia menerima perkara yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Tamadun juga mengiktiraf sumbangan masyarakat bukan Islam dalam Negara Islam. Selain itu, bertoleransi terhadap sistem kepercayaan atau kebudayaan orang lain.

16
17

Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³cirri-ciri tamadun islam´, 2002 Surah al-Rum ; 30 , Surah al-Baqarah ; 164

10

Masyarakat bukan Islam di bawah pemerintahan Islam bebas mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.

Agama Islam yang diamalkan dalam tamadun manusia juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetap dan anjal dari sudut cara serta teknik pelaksanaannya18. Ia juga memberikan tafsiran agama Islam itu adalah sepanjang zaman. Ia sesuai di zaman Rasulullah hingga kini.Ia juga sesuai di Negara Arab dan bukan Arab. Selain itu, tidak ada sempadan waktu dan zaman. Agama Islam yang diturunkan oleh Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan kepada umatnya adalah tetap dan tidak berubah-ubah.

Hal ini menjelaskan syari¶at yang Allah tetapkan tidak akan berubah, ini berbeza dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda.Tidak ada yang kurang lengkap atau yang salah dalam Syari¶at Allah, adapun yang berkembang dalam fiqh Islam iaitu Ijtihad, masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa, dengan syarat tidak bercanggah dengan nash yang telah ada dalam Qur¶an dan Sunnah..19 Tamadun Islam menerima semua kemajuan umat yang berteraskan akidah Islam.

18
19

Sukatan Pelajaran Tamadun Islam PKPG-UPSI ³cirri-ciri tamadun islam´, 2002

³Peranan Agama Islam alam Kehidupan manusia³Ciri-ciri islam Syumul Anglefire online /maridjan/agama

11

Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah S.W.T. Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia dan memberikan keringanan bila berhalangan.

Islam telah menyediakan segala kemudahan dan pilihan dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, jikalau tiada air untuk berwuduk maka boleh bertayammum. Oleh kerana itu, tidak boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman, kerana fiqh Islam sebenarnya dapat menjawab segala masalah atau perkembangan baru dalam kehidupan manusia, selama pintu ijtihad terbuka kepada mujtahid20.

Kesimpulan

Kesimpulan daripada kupasan tajuk ini ia memberikan kita bentuk gambaran Ketamadunan Islam.Contohnya, pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W , khulafa¶al-Rashidin dan pada zaman pemerintahan seterusnya Tamadun Islam amat berkembang dan terkenal pada waktu ketika itu.Kita sepatutnya mengambil iktibar dan mencontohi di atas kejayaan yang lahir daripada tamadun Islam pada zaman tersebut. Zaman kegemilangan tamadun Islam akan pudar ditelan zaman sekiranya sikap kita yang masih melihat dan mementingkan kebendaan.Ketamadunan yang berjaya ialah tamadun yang mementingkan dalaman dan luaran, kerana kecantikan di luar tidak semestinya

³Peranan Agama Islam alam Kehidupan manusia³Ciri-ciri islam Syumul Anglefire online /maridjan/agama

20

12

mencerminkan kebaikan.Oleh itu kita perlu memastikan bahawa kecantikan luaran kita mesti selari dengan kecantikan di dalamnya,barulah kita dapat mencapai Tamadun bangsa seperti zaman keagungan ketamadunan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian dan janganlah mengejar kemajuan kebendaan semata-mata tetapi ia perlulah diisikan dengan kerohanian dan kebendaan.Barulah sinar ketamadunan Islam itu dapat dirasai semula.

13

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful