BAHASA MELAYU 2 WACANA

DEFINISI
WACAN A

Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat. Fonem Ayat Morfem Wacana Kata Frasa Klausa

Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, ucapan, khutbah, dan dialog.

Dalam bentuk tulisan pula terdiri daripada laporan, surat, rencana, cerpen, novel, dan puisi.

Keutuhan fikiran dalam wacana sangat penting. Hal yang demikian adalah kerana menerusi keutuhan ini, ahli bahasa dapat menentukan sama ada sesuatu bentuk ujaran atau tulisan itu merupakan wacana atau hanya terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak berhubungan.

Wacana juga dikatakan melebihi batas ayat, ini adalah kerana: Dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja tetapi turut merangkum aspek-aspek yang lebih luas daripada ayat. Sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku, ataupun satu siri buku.

kemampuan menghasilkan wacana menjadi kayu ukur terhadap kecekapan berbahasa seseorang. . Oleh hal yang demikian. huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan hingga tahap wacana. iaitu seorang guru dengan tegas memerintahkan pelajarnya supaya senyap. Ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasaskan aliran stuktural (rumus) dan transformasi generatif adalah tidak lengkap kerana huraian mereka berakhir pada tahap ayat sahaja walhal penggunaan bahasa yang sebenarnya sering melebihi batas ayat. • Contoh ayat “Mengapa bising sangat” : Daripada segi struktur merupakan ayat tanya Tetapi apabila dilihat dalam konteks di bilik darjah. Sehubungan dengan itu. ayat ini ialah ayat perintah.• Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaanya.

CIRICIRI WACAN A .

~CIRI-CIRI WACANA~ Mempunyai tema Bermotif Gaya bahasa Kohesi dan koherens Tiada ayat tautologi Elemen-elemen yang logikal dan realistik Terdiri daripada andaian (subjek) dan inferensi .

MEMPUNYAI Pengarang atau penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan.1. TEMA .

2. . BERMOTIF Penulisan bertujuan untuk pebaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca.

3. gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa biasa) dalam pertuturan. Adakalanya. GAYA BAHASA Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. .

KOHESI . 4.DAN KOHERENS Ayat-ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayatayat tersebut berkohensi (makna tautan) dan koherens (logik).

5. TIADA AYAT TAUTOLOGI Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang. .

6. bukanlah rekaan individu sematasemata. . ELEMEN-ELEMEN YANG LOGIKAL DAN REALISTIK Hasil penulisan perlulah bersifat kenyataan. logik dan realistik.

7. Contoh : Keluar! . ANDAIAN INFERENSI Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. TERDIRI DARIPADA ANDAIAN (SUBJEK) DAN INFERENSI (KOMEN/ASERI) Kucing Parsi itu comel. Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.

PENANDA WACANA .

PENANDA WACANA Bermaksud kata. Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan. . rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran.

sebagai akibatnya. jadi. lagipun Sebab.CONTOH PENANDA WACANA Tambahan Selanjutnya. bahkan. seterusnya. dengan demikian. begitu juga Tambahan dan Penegasan Lebih-lebih lagi. sebagai hasilnya . tambahan pula. tambahan lagi. dengan itu. malah. selain itu. di samping itu. malahan. Kesan atau Lanjutan Oleh sebab itu. demikian juga.

merujuk kepada Waktu Sebelum itu. sungguhpun begitu Perkaitan Sehubungan dengan itu. bagaimanapun. sejajar dengan. akhirnya . dari segi. selaras dengan. berhubung dengan. kemudian. lama-kelamaan.Pertentangan Namun begitu. sementara itu. akan tetapi. dalam hal ini. pada masa ini. walaupun. pada waktu yang sama. namun demikian. kini.

Tempat Disini. sebagai contoh. bersebelahan dengan. sebagaimana. di samping. berhampiran dengan. sesuai dengan. bertentangan dengan Perbandingan Dalam hal yang demikian. contohnya . seperti juga. di sana. sama juga dengan Contoh Misalnya. serupa dengan.

maksudnya . selepas itu. kedua. hal ini bermaksud. dengan kata lain Urutan Pertama. akhirnya Tujuan dan Maksud Untuk tujuan ini.Pernyataan semula Yakni. kemudian. hal ini membawa pengertian. hal ini bererti.

sebagai penutup. pertamanya. moga-moga. mudah-mudahan Pendahuluan Sebagai pendahuluan. sebagai mukadimah Rumusan Kesimpulannya. akhir kata. sebagai rumusan. mulanya. . sebagai permulaan. secara keseluruhannya.Harapan Semoga.

secara umumnya Penekanan atau Penegasan Sesungguhnya. Pastilah. secara ringkasnya Generalisasi Pada umumnya. jelaslah. pendek kata.Singkatan Ringkasnya. tidak dapat dinafikan .tentulah. secara amnya. sebenarnya. sememangnya.

Sebermula. adapun. arakian . sekali peristiwa. syahadan. maka. kalakian. alkisah.Bahasa Klasik Hatta.

KEUTUHAN WACANA .

(keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain). dan wujudnya tautan atau kohesi. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh. iaitu : terdapatnya runtuhan atau koheren. . (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami) .Terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana Ciri ini sangat penting kerana cirri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.

.Seterusnya. dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik. leksikal.

Bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana. situasi sesuatu wacana. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana.Hubungan Wacana daripada Aspek Semantik. keseluruhan wacana. .

Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati Hubungan sebab dan hasil Contoh = Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.Hubungan Semantik Hubungan sebab dan akibat Contoh = Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Hubungan latar dan kesimpulan Contoh = Halaman rumah Cikgu Mohamad sentiasa hijau dengan pokok-pokok bunga yang menyegarkan. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai menanam dan mengurus tanaman .

Hubungan syarat dan hasil. Ketekunan rakyat menentukan kemajuan negara Hubungan perbandingan Contoh = Soalan analisis ayat susah. Contoh = Rakyat harus tekun bekerja. Ombak besar itu mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia serta banyak memusnahkan harta benda . Soalan analisis wacana lagi susah Hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan Contoh = Bencana Tsunami sungguh dasyat.

dan nada suara. Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ali. maka ayat ini membawa maksud ”kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia”. ayat ini merupakan ayat suruhan yang membawa perasaan marah dan tidak boleh ditentang. ayat penyata Ali menulis surat akan menjadi ayat tanya Ali menulis surat? Seterusnya. Akan tetapi. Antaranya termasuklah hentian. . bergantung pada hentian atau kesenyapan suara yang berlaku. ayat minimal duduk. maka ayatnya ialah silaan. intonasi. Misalnya. maka ayat ini bermaksud ”nenek Ali telah meninggal dunia”. dengan tingkat nada yang meninggi di akhir ayat. Begitu juga halnya dengan intonasi yang berbeza. CONTOH : Ayat Ibu bapa Ali telah meninggal dunia mengandung ketaksaan makna. sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ibu dan perkataan Ali. jika diucapkan dengan nada yang keras.Hubungan semantik antara bahagian wacana juga dapat ditimbulkan oleh unsur-unsur fonologi dalam sesuatu wacana. sekiranya diucapkan dengan nada yang lembut. Tetapi.

Hubungan semantik dalam sesuatu wacana juga dikaitkan dengan situasi wacana. Dalam hal ini. noktah bertindih. tanda petik. Dalam tulisan. alat-alat ini termasuklah penggunaan tanda baca seperti koma. noktah. keadaan air muka dan isyarat daripada gerakan tangan akan menghasilkan wacana yang utuh daripada segi semantik kerana penggunaan unsur-unsur paralinguistik ini membantu seseorang memahami ujaran tersebut. . pengetahuan tentang laras bahasa yang digunakan akan membantu seseorang memahami sesuatu wacana. koma bertitik. dan sebagainya. Unsur-unsur paralinguistik merujuk kepada alat-alat lain yang digunakan untuk memperjelas persembahan wacana. Pemahaman tentang sesuatu wacana juga dibantu oleh unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana. Dalam lisan.

Terdapat beberapa cara untuk memperoleh hubungan leksikal. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Hari ini dia termenung lagi. .Hubungan Wacana daripada Aspek Leksikal Hubungan ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. dengan mengulang kata yang sama. Tampaknya dia memang gemar termenung”. Antara caranya termasuklah. CONTOH : ”Semalam dia termenung. pertama.

tilapia dan puyu”. Gejala ini sungguh membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu”. Antaranya termasuklah keli. bercerai kita roboh”. Dengan menggunakan hiponim CONTOH : ”Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu.Dengan menggunakan sinonim CONTOH : ”Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita. . Dengan menggunakan antonim CONTOH : ”Bersatu kita teguh. haruan.

Dengan menggunakan kolokasi CONTOH : ”Kawasan hutan digondolkan untuk pembangunan. Pelajar memberikan jawapan”. Kini gajah dan harimau kehilangan habitat semula jadi”. Dengan memanfaatkan unsur bersambut CONTOH : ”Guru mengemukakan soalan. .

Hubungan Wacana daripada Aspek Gramatikal. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan. . 5. elipsis dan penanda penghubung. 3. Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. penanda penggantian.

• Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tunjuk. • Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam wacana.Penanda Rujukan. Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembangunan negara”. Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan dalam contoh ini ialah mereka. • Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama diri orang. . : • ”Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu.

Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama (nominal). Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun yang lalu”. dan klausa.1. Ini ialah contoh penggantian yang bersifat kata nama atau nominal: • ”Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain. Kami juga membeli sebuah”. 3. 7. 5. . kata kerja (verbal). Penanda Penggantian. Yang berikut ini pula ialah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama tunjuk : a) ”Ini kampung saya.

Perbuatan seperti itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah”.• Ini pula ialah contoh penggantian yang bersifat kata kerja atau verbal : • ”Pelajar itu sering melakukan kegiatan samseng di sekolah. .

frasa.) • • . Sejak bila kamu belajar di situ?) REMAJA B: Tiga bulan lalu. Sekarang saya belajar di Institut Bukit Mertajam. Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana. Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong. Saya belajar di situ sejak tiga bulan yang lalu. • Elipsis melibatkan pengguguran kata. Contohnya : REMAJA A: Sekarang kamu belajar di mana? REMAJA B: Institut Bukit Metajam. iaitu sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. (Sepatutnya. (Sepatutnya.Elipsis. atau klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya.) REMAJA A: Sejak bila? (Sepatutnya .

frasa dengan frasa. . klausa dengan klausa. rancangan yang paling ketara banyak merojakkan bahasa Melayu ialah drama dan siri komedi tempatan yang sengaja merojakkan bahasa Melayu dengan alasan untuk memperlihatkan realiti masyarakat Malaysia. i.Penanda Penghubung. dan ayat dengan ayat. Perhatikan contoh ayat ini untuk mengetahui bagaimana penanda penghubung menjalin semua yang dinyatakan itu : a) ”Gejala bahasa rojak turut menular melalui rancangan-rancangan hiburan. • Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata. Dalam hal ini. 4.

kita sering mendengar katakata atau ungkapan –ungkapan seperti : i. dlam siri komedi tempatan. ”break no eat”.a) Sebagai contoh. ”What la you ni”. ”cubateral”. dan sebagainya. . ”you ni teruk la”. • Ungkapan-ungkapan seperti ini memberikan kesan negatif terhadap penggunaan bahasa anak-anak muda kerana merekalah golongan yang kerap menonoton rancangan hiburan seperti ini. ”I punya motor buat trouble”.

• Dalam wacana itu.MAKLUMAT 2. Untuk mengetahui hal ini. setiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang belum dinyatakan dalam ayat sebelumnya. • Oleh hal yang demikian. Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan kepada maklumat lama dan maklumat baharu. Kucing itu sangat comel”. 4. tidak harus wujud dalam sesuatu wacana seperti ini : . perhatikan contoh ini : • ”Saya membela seekor kucing. • Dalam sesuatu wacana. ayat yang berupa tautologi. frasa kucing itu dalam ayat kedua merupakan maklumat lama manakala frasa sangat comel ialah maklumat baharu. iaitu mengulang idea yang terkandung dalam ayat yang sebelumnya.

. Selain itu. iaitu dapat diterima akal. Ayat kedua merupakan tautologi bagi ayat pertama dan oleh itu. • Sesuatu wacana juga tidak seharusnya mempunyai maklumat yang bertentangan seperti ayat ini : • ”Pelajar itu amat berdisiplin. contoh tersebut bukanlah suatu wacana. 4. Pesakit AIDS itu telah menghembuskan nafas terakhir”. 3. Dia sentiasa ponteng dan tidak mematuhi peraturan sekolah”. • Kedua-dua ayat ini tidak dianggap sebagai wacana kerana maklumat yang terkandung dalam ayat kedua bertentangan dengan maklumat dalam ayat pertama.a) ”Pesakit AIDS itu telah meninggal dunia. maka ayat-ayat itu tidak menghasilkan sesuatu wacana yang mantap. Sekiranya maklumat dalam sesuatu wacana tidak logik. maklumat yang terkandung dalam wacana mesti bersifat logik.

Contoh yang berikut ini tidak memprlihatkan wacana yang logik : • • ”Negara kitas menghadapi masalah kekurangan tenaga. penggunaan perkataan merugikan adalah tidak logik dan dengan demikian. kedua-dua ayat tersebut tidak menghasilkan wacana yang mantap.1. Dalam hal ini. • . Oleh itu. Wacana itu dapat dibaiki dengan menukar perkataan merugikan kepada klausa yang mendatangkan pelbagai kesan ekonomi dan sosial. kerajaan terpaksa membenarkan pekerja asing yang merugikan”.

1. Ayat tersebut tidak dapat dianggap sebagai wacana kerana idea-idea yang dikemukakan tidak memperlihatkan proses berfikir yang sistematik dalam membuat penaakulan (reasoning). • • • . Contoh ini juga tidak memperlihatkan wacana yang logik : • ”Kerajaan memang tegas hendak menghantar pendatang tanpa izin Indonesia pulang ke negara mereka tetapi bencana Tsunami telah berlaku”. Ayat ini dapat menjadi wacana yang mantap dengan pembaikan seperti yang berikut : ”Kerajaan memang tegas hendak menghantar pendatang tanpa izin Indonesia pulang ke negara mereka tetapi bencana Tsunami yang berlaku di negara berkenaan telah menyukarkan kerajaan untuk berbuat demikian”. iaitu idea-ideanya tidak dikemukakan secara logik.

~TAMAT~ .

=%%= .