You are on page 1of 7

02/2

Bahasa Malaysia
Akhir Tahun
Nov 2009
2 jam

PEPERIKSAAN AKHIR
TAHUN 2009

________________________________________________________________

BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 1


Kertas 2
Dua jam
________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian


B, Bahagian C dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A (i) dan


Bahagian A (ii).
Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut.
Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C
mempunyai lima pilihan soalan dan anda dikehendaki menjawab satu
soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab


Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan
10 minit untuk Bahagian D.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

________________________________________________________________

KERTAS INI MENGANDUNGI 6 HALAMAN BERCETAK


Bahagian A ( I ) : Ringkasan
[20 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang langkah-langkah memupuk semangat
kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Semangat kejiranan sememangnya semakin hilang dalam masyarakat


kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa. Terdapat banyak langkah
yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semula konsep rukun
tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk
mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada waktu malam.
Aktiviti gotong royong juga boleh dilakukan bagi memupuk semangat
kejiranan.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan
pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka
dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat kejiranan ini.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung
dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat kejiranan. Kerajaan turut memainkan peranan
dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini.
Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik
tentang kepentingan semangat kejiranan sudah pasti berupaya menarik
perhatian masyarakat terhadap isu ini.
Kesimpulannya, semangat kejiranan boleh dicapai melalui pelbagai
langkah. Semua pihak perlulah berusaha bagi memastikan semangat
kejiranan ini terus diamalkan demi menjamin kemakmuran sejagat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
http://azmanduniaku.blogspot.com/2009/07/karang an-spm-2009-cara-cara-
memupuk. html.)

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


2
Bahagian A (ii) ; Pemahaman
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut


dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata menyemarakkan budaya ?


[2 markah]

2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memupuk semangat


kejiranan?
[4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah kesan jika semangat kejiranan semakin


luntur dalam kalangan masyarakat kini?
[4 markah]

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


Bahagian B
[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang


kesan penebangan dan pembersihan hutan. Panjang huraian anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


Bahagian C
[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya


karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata.

1. Anda telah mengganggotai Kelab Komputer atau Kelab ICT di sekolah


anda. Pada cuti penggal yang lalu anda bertemu dengan sahabat anda
dari sekolah lain. Anda telah berkesempatan berbual-bual tentang
kepentingan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Tulis perbualan anda selengkapnya.

2. Terdapat segelintir warga emas yang hidup melarat walhal mereka


mempunyai anak-anak yang boleh menguruskan mereka.
Bincangkan punca-punca kejadian seperti ini berlaku.

3. Pengetua sekolah anda akan menamatkan perkhidmatannya pada hujung


tahun ini. Sebagai wakil pelajar, anda diminta menyampaikan ucapan
sempena majlis persaraan beliau.
Tulis teks ucapan itu selengkapnya.

4. Anda sebagai salah seorang ahli Persatuan Sejarah sekolah anda telah
menyertai aktiviti lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah di negeri
Melaka.
Tulis pengalaman anda tentang bangunan bersejarah yang telah anda
lawati itu.

5. ”Sungai yang tercemar dan menjadi tempat membuang bahan toksid akan
menyebabkan hidupan air akan mati dan pupus”
Nyatakan pandangan anda terhadap pernyataan ini berserta alasannya.

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


Bahagian D
[10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan Satu iaitu
Novel Limpahan Darah Di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh.

NILAI

Bekerjasama Kegigihan Kebijaksanaan

Satu daripada nilai yang diketengahkan dalam novel Limpahan Darah Di Sungai
Semur, ialah nilai kegigihan. Berikan tiga bukti yang terdapat pada watak utama
novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah


02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang [Lihat sebelah

You might also like