P. 1
Perkembangan Fizikal dan Kognitif Kanak-kanak

Perkembangan Fizikal dan Kognitif Kanak-kanak

4.86

|Views: 68,590|Likes:
Published by syazayasminismail

More info:

Categories:Types, Research
Published by: syazayasminismail on Aug 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 6 – 12 TAHUN

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.

10

Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
1

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

1.1

Ciri-ciri Perkembangan Individu

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: • • • • Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif. Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanakkanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. • •

Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

1.2

Prinsip-prinsip Perkembangan

Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan; • Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:

Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)
2

27 MAC 2008 –

[PKK_OKED]

Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)

Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan.

Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus.

Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.

Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.

Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental.

Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti: • • • Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti; Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal; Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif;
3

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

1.3

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget

memperkenalkan 4 konsep utama: • • • • Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium)

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada,
4

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun) Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam
5

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.

Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun) Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanakkanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.

Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif,
6

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

20

Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di
7

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.

8

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

Rajah 1: Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan

9

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan Misalnya; • Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.
10

perbezaan

individu

mengikut

perbezaan

kadar

perkembangannya.

27 MAC 2008

[PKK_OKED] dan seimbang akan membantu kanak-kanak

Makanan

berzat

memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. • Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.

Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah dengan guru dan sekolah dapat dilihat seperti dalam Rajah di bawah.

Perkembangan kognitif kanak-kanak

11

27 MAC 2008

[PKK_OKED] Guru dan sekolah

Ibu bapa dan rumah

Rajah 2: Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu rumah dan sekolah

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya: • Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. • Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia.

Masyarakat

yang

sihat

akan

mempengaruhi

anggotanya

dengan

membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. • Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. • Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.
12

27 MAC 2008

[PKK_OKED] merupakan pengaruh yang paling penting dalam

Guru

dan

sekolah

perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988.

30

Perkembangan Fizikal dan Kognitif Peringkat Kanak-kanak

Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan). Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.

3.1

Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.1 Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal
1

Woolfolk & Margetts, 2007

13

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.2

3.2

Perkembangan Kognitif keupayaan pemikiran,

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan

pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh
2

Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)

14

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanakkanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol
15

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol. Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.3 Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami. Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu. Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

3

Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh

16

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT PRA OPERASI (2 TAHUN HINGGA 7 TAHUN)

Nama Umur

: Nor Sakinah Arfah binti Zainal Abidin : 6 tahun

Ukuran Fizikal
• • • • • •

Berat Tinggi Tangan Pinggang-kaki Perimeter kepala Ukurlilit pinggang

: 20 kilogram : 111 sentimeter : 45 sentimeter : 69 sentimeter : 56 sentimeter : 61 sentimeter

Perkembangan Fizikal Skip secara berselang seli dengan baik.

Perkembangan Kognitif Boleh mengumpul serta menyusun objek dengan baik.

Boleh melontar objek dengan tepat. Menangkap bola dengan baik. Dapat menggunting kertas


Penggunaan bahasa dengan baik. Dapat mengaitkan perkataan


dengan gambar yang diberikan kepadanya.

mengikut garisan.

Menulis huruf dan nombor tetapi masih tidak kemas.

Boleh mengikut arahan guru. Mengetahui warna.

• gambar

Dapat

melekatkan

menggunakan gam.
17

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

Jadual 1: Perkembangan kanak-kanak peringkat pra operasi

MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 TAHUN HINGGA 12 TAHUN)

Nama Umur

: Dyana Rani A/P Muthusamy : 9 tahun

Ukuran Fizikal
• • • •

Berat Tinggi Tangan Pinggang-kaki

: 22 kilogram : 123 sentimeter : 50 sentimeter : 76 sentimeter
18

27 MAC 2008 • •

[PKK_OKED] : 53 sentimeter : 59 sentimeter

Perimeter kepala Ukurlilit pinggang

Perkembangan Fizikal Penyelarasan dan kawalan tubuh badan tambah baik.

Perkembangan Kognitif Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat dan isipadu apabila diberi beberapa soalan

Pendengaran boleh berlainan.

sudah

tajam bunyi

dan yang •

membezakan

kepadanya. Boleh mengenalpasti objek dan hubungannya bahasa. • Kanak-kanak boleh memahami dan menggunakan operasi logik untuk menyelesaikan masalah. dengan simbol

Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa.

Jadual 2: Perkembangan kanak-kanak peringkat operasi konkrit

19

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL (12 TAHUN HINGGA DEWASA)

Nama Umur

: Nor Anis Liyana binti Asyraf : 12 tahun

Ukuran Fizikal
• • • • • •

Berat Tinggi Tangan Pinggang-kaki Perimeter kepala Ukurlilit pinggang •

: 34 kilogram : 149 sentimeter : 65 sentimeter : 86 sentimeter : 57 sentimeter : 62 sentimeter biologi • Perkembangan Kognitif Mula berdikari, membentuk identiti, berfikiran fizikalnya

Perkembangan Fizikal Mengalami pertumbuhan yang pesat.

logik,

abstrak

dan

Perkembangan seimbang.

idealistik. Kanak-kanak boleh membayangkan perkara-perkara yang tidak pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan mampu menyusun idea secara sistematik, berfikir secara deduktif dan menjangka akibat daripada keputusan yang dibuat. • Keputusan berdasarkan munasabah.
20

mengalami ketidaktentuan dan tidak

Tubuh badan yang semakin besar dan semakin tinggi. Bentuk tubuh mengalami perubahan yang ketara iaitu saiz dan berat mereka semakin bertambah.

Berlaku pertumbuhan sel-sel lemak terutama di bahagian punggung dan dada.

yang

dibuat

adalah yang

pertimbangan

27 MAC 2008

[PKK_OKED] aktiviti-aktiviti

Boleh

melakukan

yang lasak. • Tulisan kemas dan kecil. Jadual 3: Perkembangan kanak-kanak peringkat operasi formal

40

Implikasi Perkembangan Fizikal dan Kognitif

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.

21

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

Gambar 1: Setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza

Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.
22

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

50

Rumusan

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

23

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

RUJUKAN

Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Longman

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nor’aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf

24

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

25

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->