P. 1
PBS1_laporan

PBS1_laporan

4.63

|Views: 3,697|Likes:
Published by syazayasminismail

More info:

Published by: syazayasminismail on Aug 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH 1.

0 PENDAHULUAN

Pada bulan Mac yang lalu, semua pelajar daripada kumpulan Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 tahun (PPPR-P4T) telah diberi tugasan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Kami telah ditugaskan untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah yang telah dipilih selama seminggu iaitu bermula pada 17 Mac hingga 21 Mac 2008. Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PPPR-P4T dan merupakan PBS pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan perlaksanaan PBS adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang persekitaran sekolah, budaya sekolah di samping membina sikap positif terhadap profesion perguruan. Selama berada di sekolah kami dikehendaki mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, hasil temu bual serta soal selidik untuk menyempurnakan tugasan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1

PBS_laporan

Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya memilih sekolah ini kerana saya merupakan bekas pelajar di sekolah itu dari tahun 1995 hingga 2000. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang mencapai tempat kedua terbaik pada peringkat daerah dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun. Pada asalnya, sekolah ini telah diwujudkan sejak tahun 1952 dan dikenali sebagai The Government English School (G.E.S) Teluk Anson. Kemudian ditukar kepada SRJK (1) Sultan Abdul Aziz pada tahun 1962, dan akhirnya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz. Kini, sekolah ini diteraju oleh Puan Hajah Rohana binti Syukor. Telah banyak kejayaan yang dicipta oleh sekolah ini, baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum sejak dahulu lagi. Walaubagaimanapun, Puan Rohana mempunyai misi tersendiri iaitu ingin menceriakan persekitaran sekolah di samping meningkatkan lagi prestasi kurikulum dan kokurikulum di sekolah ini.

2.0

PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH
2 PBS_laporan

2.1

Guru Besar

Guru Besar adalah orang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah sekolah. Dalam kurikulum sekolah, Guru Besar adalah sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Selain itu, beliau bertanggungjawab terhadap segala aktiviti yang berjalan di sekolah meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum, kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar. Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Guru Besar memainkan peranan yang sangat penting. Menurut Guru Besar sekolah ini, bidang tugas beliau sangat luas. Antara yang utama adalah dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran. Selaras dengan misi beliau yang mahu meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum di samping menceriakan sekolah, pelbagai program telah dirancang agar potensi murid-murid dapat diperkembangkan lagi. Antara program-program yang dijalankan ialah program peningkatan akademik. Aktiviti utama dalam program ini adalah membuat nota poket, peta minda, program bijak sifir, reading program, vocabulary building, understanding ang using English grammer, latih tubi terancang. Selain itu juga, kelas tuisyen malam diadakan bagi murid-murid Tahap 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kelas tuisyen ini dikenakan bayaran sebanyak RM50 setiap bulan. Di samping itu, usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu turut diterapkan dalam diri setiap murid. Melalui pemerhatian saya di sekolah tersebut, pada majlis perhimpunan pagi pada hari Isnin, Guru Besar akan memberi beberapa perkataan Bahasa Inggeris kepada murid-murid. Perkataanperkataan ini akan disoal semula pada majlis perhimpunan pagi pada minggu yang berikutnya. Selain itu juga, nilai-nilai keagamaan turut diterapkan. Ini dapat dilihat pada setiap pagi apabila murid-murid akan membaca doa penerang hati sebelum memulakan sesi persekolahan. Walaupun bidang kurikulum merupakan bidang tugas yang utama bagi beliau, namun pencapaian dalam bidang kokurikulum tidak pernah diabaikan. Untuk membentuk insan yang yang seimbang dan harmonis, aspek jasmani,
3 PBS_laporan

emosi dan sosial juga perlu dititikberatkan. Seiring dengan hasrat FPK, beliau telah melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang sewajarnya di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah ialah persatuan akademik, unit beruniform, kelab serta suka dan permainan. Aktiviti-aktiviti seperti permainan secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi pelajar yang terpendam. Mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain dan seterusnya dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, mereka dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengikut kelab yang disediakan serta dapat membentuk disiplin murid-murid melalui pasukan unit beruniform. Menurut beliau, bagi memastikan kegiatan ini berjalan dengan lancar, beliau telah menubuhkan Jawatankuasa aktiviti kokurikulum. Beliau juga berperanan dalam memastikan kelengkapan prasarana bagi aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan baik. Sebagai strategi beliau untuk menceriakan persekitaran sekolah, pelbagai usaha telah dilakukan. Antaranya ialah program gotong-royong kawasan sekolah bagi memastikan kawasan sekolah tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih. Kawasan persekitaran sekolah juga ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga. Pokok-pokok tersebut juga turut dilabelkan dengan sedikit pengenalan tentangnya seperti nama, nama saintifik serta cara pembiakannya sebagai usaha untuk menambahkan pengetahuan murid-murid di sekolah tersebut. Di samping itu, bangunan-bangunan sekolah dihiasi dengan mural-mural sebagai salah satu strategi beliau untuk menceriakan sekolah.

4

PBS_laporan

Mural-mural yang terdapat di SK Sultan Abd Aziz

5

PBS_laporan

Selain itu juga, terdapat banyak kata-kata hikmah yang digantung menghiasi kawasan sekolah dan secara tidak langsung dapat memberi peringatan kepada murid-murid. Kawasan sekolah juga turut dilengkapi dengan wakaf-wakaf kecil. Terdapat bahan-bahan ilmiah yang digantung pada wakaf tersebut agar dapat memupuk budaya ilmu di dalam diri setiap murid. Pertandingan keceriaan kelas juga turut dilaksanakan di sekolah ini. Kelas yang memenangi pertandingan tersebut akan diberikan hadiah pada setiap bulan dalam perhimpunan hari Isnin.

Kata-kata hikmah

6

PBS_laporan

2.2

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Guru Penolong Kanan Penatadbiran (GPK1) merupakan orang yang kedua terpenting di sekolah selepas Guru Besar. Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah ini ialah Puan Rohana bt Mohd Alifiah. Beliau bertanggungjawab kepada keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan kurikulum. Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah membantu Guru Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai naib pengerusi jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber sekolah (PSS), menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggara maklumat tentang kurikulum dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru, urusan berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya. Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid, Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. GPK1 akan memastikan ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi mahupun cuti sakit akan diganti oleh guru lain. Ini bertujuan agar murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka. Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan peperiksaan. Contohnya, menyemak item ujian serta skema pemarkahan yang disediakan oleh Guru Panitia. Tujuannya adalah supaya penilaian dan peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format serta menepati kurikulum yang terkini.

2.3

Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)
7 PBS_laporan

Antara bidang tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ialah mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah ini iaitu Encik Ibrahim bin Khalid, bidang kokurikulum merupakan landasan utama dalam meningkat serta memperkembangkan aspek jasmani murid-murid di sekolah. Apabila aspek ini dapat ditingkatkan dalam diri setiap murid, minda yang cerdas terhasil daripada tubuh badan yang sihat. Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani muridmurid, sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan. Melalui kegiatan unit beruniform ini, murid-murid dapat menambahkan pengetahuan dari luar bilik darjah. Contohnya melalui penglibatan murid dalam unit beruniform Pengakap, murid-murid dapat mempelajari cara membuat ikatan, simpulan, memasang khemah dan sebagainya. Ilmu ini juga diharap dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Disiplin murid-murid juga dapat diperbaiki melalui kegiatan unit beruniform ini. Selain itu juga, aktiviti sukan dan permainan dapat mencungkil bakat dan potensi pelajar yang terpendam. Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk melatih pasukan sekolah. Menerusi penglibatan murid dalam aktiviti ini, secara tidak langsung guru-guru dapat membuat pemerhatian dan pemilihan murid yang berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan sekolah.

8

PBS_laporan

Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum Mereka kemudiannya akan diberikan latihan yang berterusan sebagai strategi untuk mewakili sekolah ke pertandingan kelompok, daerah atau negeri. Seterusnya, kelab dan persatuan yang dijalankan di sekolah pula dapat melatih murid-murid untuk menerima serta melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Perkembangan dari aspek sosial dapat dibentuk apabila murid-murid perlu bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan yang ingin melahirkan insan yang mempunyai potensi yang menyeluruh dan bersepadu.

9

PBS_laporan

2.4

Guru Kelas

Guru kelas bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar, serta Buku Kemasukan Sekolah. Kedatangan murid juga perlu ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Selain menguruskan hal-hal yang berkaitan murid-murid, tugas Guru Kelas juga adalah menjalankan pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas, jadual waktu bertugas, kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, serta kelengkapan kelas untuk kemudahan murid-murid. Guru Kelas juga bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanamkan nilai-nilai murni seperti rajin, tekun, berdedikasi, berusaha dengan gigih dan sebagainya. Guru juga bertanggungjawab menjaga kebajikan murid-muridnya. Murid-murid yang kurang berkemampuan biasanya diutamakan untuk menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) serta layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Dalam meningkatkan prestasi murid-murid, banyak program yang telah dirancang oleh pihak sekolah seperti G-BUDDY, untuk murid-murid Tahun 6, kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2, Program KIA2M dan sebagainya.

3.0

PRASARANA
10 PBS_laporan

Bagi

memastikan

murid-murid

mencapai

tahap

kecemerlangan

dan

keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar persekitaran sekolah berada pada tahap yang kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah Kemahiran Hidup, surau, padang dan sebagainya. pusat sumber, makmal Sains, makmal komputer, kantin, dewan, pavilion, bilik rawatan, bilik

Dewan: tempat murid-murid dan guru-guru berkumpul

Padang permainan: badminton
11 PBS_laporan

Perpustakaan

Kantin Bagi membentuk murid-murid yang berilmu pengetahuan, pihak

pengurusan pusat sumber sekolah telah mengadakan Program NILAM. Penghargaan akan diberikan kepada murid-murid yang membaca bilangan buku yang paling banyak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan selaras dengan falsafah pendidikan yang ingin membentuk rakyat yang dapat memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain. Melalui program ini secara tidak langsung
12 PBS_laporan

dapat memupuk sikap suka membaca dan sikap berlumba-lumba untuk membaca buku untuk mendapatkan penghargaan tersebut. Dari segi kemudahan dalam bidang kokurikulum, sekolah ini mempunyai sebuah padang yang luas untuk kegunaan murid-murid. Pada setiap petang, murid-murid terutama sekali yang tinggal di asrama sering melakukan aktiviti seperti bermain bola sepak di padang tersebut. Aktiviti kokurikulum iaitu permainan juga dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan kerana keluasan padang di sekolah ini dapat menampung bilangan murid yang ramai. Oleh sebab itu juga, sekolah ini sering dijadikan tuan rumah bagi kejohanan sukan antara sekolah-sekolah.

Padang sekolah Sekolah ini juga mempunyai stor sukan yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan sukan yang mencukupi untuk murid-murid menjalankan aktiviti riadah yang berfaedah serta dapat memanfaatkan masa lapang di samping meningkatkan kecergasan jasmani mereka.

13

PBS_laporan

Stor sukan Selain itu juga, sekolah ini mempunyai makmal Sains yang dilengkapi dengan kemudahan komputer serta LCD untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan ini adalah bertepatan dengan strategi Kementerian Pendidikan yang memberi penekanan terhadap penyediaan sistem penyampaian yang berkesan dalam bidang sains dan teknologi.

Makmal Sains

14

PBS_laporan

Di sekolah ini juga terdapat bilik Bimbingan dan Kaunseling. Bagi mengurangkan dan mengatasi masalah disiplin yang serius dikalangan muridmurid, sekolah ini telah menubuhkan jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling. Murid-murid yang mempunyai masalah disiplin atau dalam pelajaran boleh merujuk kepada kaunselor sekolah. Kebiasaannya, murid-murid yang dikenalpasti akan dipanggil dan diberikan kaunseling serta bimbingan.

Bilik Bimbingan dan Kaunseling Kemudahan bilik Kemahiran Hidup juga turut disediakan di sekolah ini. dengan adanya kemudahan ini, proses pembelajaran secara praktikal dapat dijalankan oleh murid-murid. Di samping itu juga dapat mencungkil potensi murid-murid dalam bidang tersebut. Selain itu sekolah ini turut mempunyai makmal komputer yang besar. Tetapi malangnya makmal komputer di sekolah tersebut sedang dalam proses pembaikpulih dan tidak dapat digunakan oleh murid-murid lagi.

15

PBS_laporan

Bilik Kemahiran Hidup

Makmal komputer

16

PBS_laporan

4.0

PROGRAM DAN AKTIVITI

Motto Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz ialah “BE THE BEST”. Selaras dengan visi sekolah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz sebuah sekolah terbilang di negeri Perak menjelang 2010, pelbagai usaha telah dirancang dan dijalankan bagi memperkembangkan aspek-aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Program atau aktiviti yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu dalam bidang kurikulum serta kokurikulum. Dalam bidang kurikulum, pihak sekolah ini telah menjalankan programprogram bagi meningkatkan prestasi murid-murid. Antara program yang dijalankan ialah Program Peningkatan Akademik serta Program Peningkatan UPSR 2008. Selaras dengan usaha meningkatkan prestasi murid-murid, pihak sekolah telah merancang program-program mengikut kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Program Peningkatan Akademik merangkumi semua kumpulan pelajar iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini adalah dibawah tanggungjawab dan tindakan guru-guru mata pelajaran serta Guru Penolong Kanan 1. Dalam jadual perancangan yang didapati dari buku takwim sekolah, terdapat banyak program-program yang disediakan. Antara program utama ialah Program Nota Poket, Peta Minda, Bijak Sifir, Pembelajaran Koperatif, Latihtubi Terancang, Understanding and Using English Grammar, Vocabulary Building, Reading Programme, Buku Skrap (daripada Portal Pendidikan), Galeri Sains serta Taman Sains (Taman Alam Semesta). Selain itu juga, terdapat program sokongan yang dirancangkan seperti program agihan kelas mengikut pencapaian murid bagi setiap murid, program orientasi bagi murid Tahun 1 dan Tahun 6, Program Motivasi Kendiri, Teknik Menjawab Soalan bagi murid-murid Tahun 6. Selain itu juga kelas tuisyen malam (dengan kerjasama PIBG) dijalankan bagi murid yang berada di Tahap 2. Pihak pengurusan sekolah ini juga telah merancang program sampingan bagi Program Peningkatan Akademik dalam usaha memperkembangkan potensi individu yang terpendam. Antara programprogram yang telah dirancang adalah seperti Karnival Sains dan Matematik serta aktiviti persatuan akademik bagi murid-murid Tahap 2. Melalui program ini,
17 PBS_laporan

murid-murid dapat menambahkan pengetahuan baru yang tidak terdapat di dalam proses pembelajaran serta pemahaman yang lebih mendalam apabila subjek Sains dan Matematik dapat diaplikasikan dalam program tersebut. Selain itu juga pihak sekolah mengadakan Kempen Bahasa Inggeris, Sudut Bahasa Inggeris, Laluan Bahasa Inggeris serta pertandingan kokurikulum akademik untuk semua pelajar. Ini bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua dalam proses pembelajaran di sekolah. Dalam usaha mengekalkan pencapaian UPSR berada di tangga kedua terbaik pada peringkat daerah setiap tahun, pihak pengurusan sekolah telah merancang Program Peningkatan UPSR 2008. program ini telah dijalankan sejak cuti sekolah setiap akhir tahun. Pihak sekolah telah mengadakan kelas tuisyen cuti sekolah selama 4 minggu kepada murid-murid Tahun 5. Murid-murid juga telah dikelaskan mengikut pencapaian peperiksaan akhir tahun. Mereka dikelaskan ke dalam 6 kelas yang berlainan iaitu, 6 Khas untuk murid cemerlang mengikut mata pelajaran Bahasa Arab, 6 Merah untuk murid cemerlang, 6 Kuning untuk murid potensi cemerlang, 6 Hijau dan Biru untuk murid sederhana serta 6 Ungu bagi murid galus. Selain itu, pencapaian murid-murid juga dikenalpasti oleh guru-guru kelas dengan cara membuat Headcount dan ETR (Expected Target). Program ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid-murid Tahun 6 serta membuat target untuk pencapaian UPSR. Pihak sekolah telah mengadakan program motivasi dan program suaikenal pada setiap awal tahun. Ini bertujuan bagi mengembalikan serta menaikkan semangat murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Selain itu juga, program akademik yang dilaksanakan di sekolah ialah program KIA2M. Bertepatan dengan piagam pelanggan sekolah ini yang ingin memastikan semua anak didik di sekolah ini dapat menguasai kemahiran 3M pada akhir Tahun 6 iaitu sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Pemilihan murid yang mengikuti kelas pemulihan ini adalah berdasarkan maklumat prestasi murid yang diperolehi daripada guru kelas, Guru Besar atau ibubapa.
18

Murid-murid
PBS_laporan

yang

dikenalpasti

mempunyai

masalah

ini

akan

ditempatkan di sebuah bilik khas pada waktu pengajaran subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bilik tersebut dilengkapi dengan bahan pengajaran yang menarik supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif serta menimbulkan minat kepada murid-murid tersebut. Di situ mereka akan diajar sehingga mereka boleh menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Selain itu juga, sekolah ini mengadakan program G-BUDDY Klinik UPSR untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Murid-murid dibahagikan perbincangan kepada kumpulan masing-masing kesesuaian dan masa. akan mengadakan yang bergantung kepada Murid-murid

mempunyai tahap prestasi yang berbeza dicampurkan dalam satu kumpulan. Fungsinya agar murid yang cemerlang dapat membimbing rakan-rakannya yang lemah. Pihak sekolah turut melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Matlamat program ini adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya dadah. Ini bertujuan agar mereka dapat menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah serta meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”. Setiap guru perlu memainkan peranan yang penting untuk mencapai matlamat ini. Guru-guru bertanggungjawab untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada murid-murid sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran setiap matapelajaran dalam program yang dinamakan “Program Cuma 5 minit Anti Dadah”. Mesej jauhi dadah juga diberikan semasa perhimpunan setiap minggu. Mesej ini secara tidak langsung dapat memberi peringatan kepada murid-murid serta guru-guru tentang padah dan bahayanya dadah. Selain itu juga, dalam usaha mencapai matlamat tersebut, turut diadakan Ceramah Anti Dadah bagi murid-murid Tahap 2. Dalam aktiviti kokurikulum pula, pihak sekolah telah menubuhkan satu pasukan boria sekolah, dan pernah mendapat tempat ketiga peringkat negeri dalam pertandingan Boria Anti Dadah. Aktiviti lain seperti mengadakan poster anti dadah, deklamasi sajak serta pertandingan mewarna anti dadah. Dari aspek pemantapan sahsiah murid-murid juga, kaunseling PPDa diberikan kepada individu atau murid-murid yang dirujuk mahupun yang datang secara sukarela.
19 PBS_laporan

Tindakan ini dijalankan agar murid-murid tersebut sedar dan dapat ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa. Antara aktiviti lain yang dilaksanakan oleh sekolah ini dalam memperkembangkan bakat dan potensi dalam diri setiap murid ialah Kejohanan Sukan Tahunan. Pada 22 Mac 2008 yang lalu, sekolah ini telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-49. Melalui aktiviti ini murid-murid bukan sahaja dapat memperkembangkan potensi serta jasmani, malah mereka juga dapat memperkembangkan aspek-aspek emosi dan sosial. Dari segi emosi, murid-murid dapat memiliki semangat berpasukan, setia kawan, muhibbah, kerjasama serta perpaduan yang dapat ditunjukkan semasa kejohanan sukan berlangsung. Penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan dalam bentuk hadiah juga dapat menaikkan semangat serta usaha murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih membanggakan lagi. Tindakan ini juga dapat melatih murid-murid tersebut menghargai pemberian orang lain. Dari segi sosial, murid-murid dapat bergaul dan berintegrasi dengan murid yang berlainan kaum. Secara tidak langsung, murid-murid faham akan budaya kaum masing-masing dan belajar untuk hormat-menghormati hak setiap individu yang lain. Justeru akan lahirlah semangat perpaduan dikalangan mereka. Selain program-program yang dijalankan di sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum, program bagi murid-murid yang tinggal di asrama juga turut dijalankan untuk memperkembangkan potensi murid-murid serta membentuk insan yang berdisiplin, berakhlak mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun adalah gotong-royong, latihan kawad, Bengkel Permainan Alat Muzik Kompang, Sambutan Kemerdekaan, Sambutan Majlis Maulidur Rasul, lawatan serta kelas tambahan. Menurut Pembantu Pengurusan Murid (asrama) ini, telah banyak kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid di asrama ini peringkat sekolah-sekolah negeri Perak. Antaranya ialah Anugerah Kecemerlangan Akademik, kokurikulum, Anugerah Bitara Tokoh Pemimpin Pelapis Asrama dan sebagainya. Asrama sekolah ini turut mencapai Anugerah Asrama Cemerlang Negeri Perak 2006 dan mewakili negeri Perak pada peringkat kebangsaan dalam Anugerah Asrama ‘BITARA’ pada tahun ini.
20 PBS_laporan

4.0

RUMUSAN

Seperti yang diketahui, Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seiring dengan matlamat Pendidikan Kebangsaan, iaitu memperkembang potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem
21 PBS_laporan

pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan yang bertaraf antarabangsa. Sehubungan dengan itu, guru-guru haruslah merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan yang menumpukan aspek-aspek perlaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang dapat memperkembangkan potensi pelajarpelajar dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Justeru itu, guru-guru perlu melengkapkan diri supaya dapat menjadi model ataupun contoh kepada pelajar-pelajar. Selain itu juga, pihak pengurusan dan pentadbiran perlu melengkapkan prasarana agar kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara optimum serta dalam keadaan baik dan selamat. Melalui pemerhatian saya selama seminggu menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, dapat saya simpulkan bahawa sekolah ini menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai asas dan panduan dalam menentukan hala tuju kecemerlangan para pelajar iaitu dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pencapaian-pencapaian sekolah yang membanggakan membuatkan saya yakin bahawa sekolah ni sememangnya memegang hasrat pendidikan negara dalam urusan pentadbiran di sekolah ini. Selain itu warga sekolah ini turut mengamalkan nilai-nilai murni dalam konteks perhubungan seharian samada dikalangan guru dengan pihak pengurusan sekolah mahupun dalam kalangan murid-murid dengan warga sekolah yang lain. Guru-guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dikalangan pelajar di samping menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka. Melalui tindakan ini, guru dapat membentuk sebuah masyarakat yang berakhlak mulia dikalangan pelajar.

22

PBS_laporan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->