P. 1
Kesihatan Diri dan Keluarga

Kesihatan Diri dan Keluarga

|Views: 214|Likes:
Published by manroy

More info:

Published by: manroy on Feb 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/11/2014

pdf

text

original

HBHE 2203: KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

PENGHARGAAN

, Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En. Faisal B. Hj. Karim di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. Terima Kasih. Azman Bin Salleh 750312-02-5163

1

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ISI KANDUNGAN Halaman PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1. SOALAN 1 1.1 Amalan Gaya Hidup Sihat 1.2 Pendekatan Integrasi 1.3 Pendekatan Bersepadu 1.4 Pilihan Pendekatan Yang Sesuai 2. SOALAN 2 2.1 Pengenalan 2.2 Faktor Penyebab 2.3 Simptom / Tanda – Tanda 2.4 Kesan Negatif HIV / AIDS 2.5 Pencegahan HIV / AIDS 3. PENUTUP Rumusan 22 15 16 17 18-20 21 1-5 6-9 10-12 13-14 1 2

4. BIBLIOGRAFI

23

2

serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. 3 . Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti. promosi kesihatan. hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. inovasi. mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai. Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :   Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga.. keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama. Ini selaras dengan matlamat pendidikan negara iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA JAWAPAN SOALAN TUGASAN 1 PIRAMID MAKANAN Cara mengamalkan amalan pemakanan seimbang Visi Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu. cekap.

Definisi pendidikan kesihatan keluarga adalah berkait dengan definisi pendidikan kesihatan. ia melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik demi untuk kesejahteraan mereka. Objektif kempen tersebut ialah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai aspek kesihatan pemakanan. Berikut adalah elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga: Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA berakhlak mulia. Penghayatan kepada nilai dan norma yang terkandung dalam amalan pendidikan kesihatan keluarga mampu melahirkan warga sekolah yang sihat. Pendek kata. kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan „Program Kempen Cara Hidup Sihat yang mempromosikan keluarga sihat sejak tahun 2001. pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan sahaja tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi dan sosial. Oleh itu. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan insan sesebuah negara. Daripada definisi tersebut. kesihatan reproduktif. kesihatan pergigian. senaman. cara hidup sihat adalah satu aset untuk kehidupan seharian. 4 . 2001. Menyedari hakikat itu. kesihatan mental atau rohani. Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya. setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Dalam pendidikan kesihatan keluarga. kesihatan dilihat bukan sebagai suatu matlamat yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan seharian. kita boleh membuat kesimpulan bahawa pendidikan kesihatan adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti. bertanggungjawab.Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga. Institusi keluarga adalah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara. Jika ia tidak teguh maka lemahlah sesebuah negara. Terdapat beberapa definisi berkenaan pendidikan kesihatan yang diutarakan oleh beberapa orang pakar. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan kita.

Nilai ini juga perlu dipupuk melalui sokongan sosial misalnya melalui peranan persatuan ibu bapa guru (PIBG) serta persekitaran yang sihat dan kondusif ke arah melahirkan warga sekolah yang sihat. mereka mempunyai peranan untuk membantu ahli keluarga yang lain untuk memastikan suasana rumah adalah sihat. Di rumah. Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan melakukan aktiviti senaman atau fizikal 3. skop pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan keluarga secara tidak langsung disentuh juga dalam matapelajaran seperti pendidikan moral. Memupuk sokongan sosial 7. Merentas Kurikulum Amalan cara hidup sihat bukan setakat diamalkan dalam bilik darjah semasa subjek Pendidikan Kesihatan atau Pendidikan Jasmani tetapi diamalkan dengan warga sekolah dan dengan ahli keluarga di rumah. agama dan sains. seseorang pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab ke arah mencapai status kesihatan yang positif. sikap atau kemahiran itu dilakukan. sekolah dan rumah umpama tempat untuk menanam benih amalan cara hidup sihat dalam kalangan pelajar. Mereka bukan setakat mempelajari setiap ilmu yang berkaitan dengan kesihatan semata-mata untuk lulus tetapi perlu mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah dan rumah. Di sekolah. Pendek kata.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 1. Pendek kata. Mengamalkan nilai moral dan agama 2. 5 . Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan keluarga 4. Berkongsi masa lapang 6. Mempunyai keselamatan emosi PENDEKATAN Pendekatan pendidikan kesihatan keluarga merujuk kepada bagaimana usahausaha untuk mengubah tingkah laku atau penyampaian sesuatu maklumat. Mempunyai pendapatan yang mencukupi 8. Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang 5. Jika dilihat secara lebih terperinci.

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan keluarga perlu dilihat secara holistik dalam membina jasmani. setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum (Mok Soon Sang. intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. iaitu: PENDEKATAN INTEGRASI dan PENDEKATAN BERSEPADU. emosi. rohani.emosi. berakhlak mulia. Mari kita lihat bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum melalui dua pendekatan. Ini selaras dengan matlamat pendidikan negara iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan. Terdapat berbagai pengertian Integrasi: Aspek Psikologi mengertikan bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani. rohani. Aspek Sosiologi pula mengatakan perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti (antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar) dan (antara pelajar dengan guru). intelek dan sosial seseorang pelajar. Manakala bagi aspek Pedagogi bermaksud kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar. (a)Pendekatan Integrasi Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga. 2004). bertanggungjawab. a) Penggabungjalinan adalah proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi 6 .

7 . nilai kewarganegaraan. i) Pendekatan implisit – penerapan secara x langsung eg. menulis dan mengira. amanah.Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ii. Unsurunsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai Kemahiran seperti membaca.ketuhanan dan sebagainya. jujur.Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum (b) Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Jenis-jenis Penggabungjalinan i.untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain kedalam sesuatu matapelajaran iii. (d) Pemulihan .arahan.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.mengadakan suatu peraturan . (c) Penerapan merupakan satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni. tepat masa dll (ii) Pendekatan eksplisit . pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan. Guru berpakaian kemas. nilai kemanusiaan. Ciri-ciri Penyerapan : (i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai pelajaran (ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalamsatu mata pelajaran (iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalah fleksibel. unsur utama tetap diberi penekanan yang lebih (v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. nilai kemasyarakatan. (iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur sampingan. nilai alam sekitar. Walau bagaimanapun.

banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu melukis. pergerakan b) Sains . seni . i) Berbentuk Pengukuhan ii) Berbentuk Perkembangan – lebih kompleks iii) Pendekatan Integrasi . b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN a) Matematik – muzik. Muzik dan Pergerakan (a) Aspek Psikologi . (b) Aspek Sosiologi i. (c) Aspek Pedagogi (i) Berkait dengan prosedur mengajar – mengembang konsep dan pemahaman terhadap unitunit.Muzik dgn lirik lagu c) Kajian Sosial – Muzik : lagu patriotik .Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada (sains + PJK ) dan Membina kurikulum baru kesihatan + PJ = PJK Kelebihan Integrasi a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktivitim dalam bentuk unit-unit kerja. Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat iii.akan memberi kesan yang impak kepada minda dan tubuh pelajar.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA (e) Pengayaan – aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. Integrasi antara personaliti ii. Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat. Seni : melukis 8 . (ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran: INTEGRASI SENI VISUAL. Intergrasi Seni Visual.

cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai. Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada merupakan sesuatu perkara yang diintergrasikan 9 .penentuan kem. (iii) Fasa selepas pengajaran – penilaian pencapaian penganalisisan maklum balas. setengah tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan. kaedah. penilaian.. Komunikasi antara Berbagai Pihak) b) Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran –perlu teliti dan rapi ada 3 fasa : (i) Fasa sebelum pengajaran.teliti kebolehanpelajar. tentukan pendekatan. Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran danpembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. pemilihan sumber (ii) Fasa semasa pengajaran – pelaksanaan pendidikan. (b) Penilaian Sumatif Setelah satu tempuh pembelajaran tertentu.penggunaan ABM . Jadual.. Rancangan Pelajaran Harian Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurangkurangnya maklumat seperti objektif. Penilaian Pendekatan Integrasi (a) Penilaian Formatif Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan.strategi. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang..teknik p&P. contohnya setelah satu semester. kaedah dan teknik. strategi.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA PERANCANGAN DAN PENILAIAN a) Pengurusan (Tenaga Kepakaran. satu penggal. pengurusan kelas .

PBSS adalah sebuah program kesihatan secara bersepadu yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. emosi. sikap yang positif dan kemahiran. Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan. bahasa dan sebagainya.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA kedalam mata pelajaran yang sedia ada. Oleh itu. moral. Pelajar hendaklah didedahkan dengan pengalaman seperti tingkah laku kesihatan yang diingini atau positif. bertutur. pencegahan HIV/AIDS serta amalan cara hidup sihat yang diajar secara bersepadu di sekolah rendah dan menengah. Jangan lupa bahawa pendidikan kesihatan keluarga adalah berkisar tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dapat memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menunjukkan bakat dan memperkembangkan potensi masing-masing. membaca dan menulis. PBSS merangkumi pelbagai topik kesihatan seperti penjagaan kesihatan diri. Pendekatan bersepadu melibatkan aspek kesihatan disentuh dalam subjek-subjek lain seperti agama. 10 . (b) Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu menggabungkan pelbagai kaedah dan cara untuk menyampaikan sesuatu pengetahuan. Setiap pengalaman ini pula didedahkan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap jasmani. Pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu akan melibatkan kemahiran seperti mendengar. dalam aspek pengajaran dan pembelajaran perkara ini mestilah diambil kira. rohani dan intelek (JERI) masing-masing. terdapat pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Ia menjadikan kesihatan sebagai satu aspek yang tidak diasingkan tetapi diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Membina kurikulum baru . Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga. Setiap pelajar mempunyai minat untuk belajar sama ada ianya dibuat secara individu atau berkumpulan. program pencegahan denggi.

Program RIMUP ceramah kesihatan tentang pelbagai penyakit seperti tentang Penyakit AIDS.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Jenis Pendekatan Integrasi Bagaimana dijalankan Integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam mata palajaran Pendidikan Kesihatan melalui Program RIMUP. Pembelajaran mengikut kurikulum kesihatan daripada kementerian. 3. 2.Program ini tidak terbatas di dalam bilik darjah semata-mata dan melangkaui ruang lingkup yang lebih luas di mana murid-murid dari pelbagai latar belakang berkumpul menjalani pelbagai aktiviti. Interaksi antara murid-murid dari sekolah yang berbeza dapat mewujudkan integrasi kaum melalui aktiviti sosial dan fizikal yang menerapkan nilai-nilai positif dan menghayati kepentingan bekerjasama secara berkumpulan. 11 . Contoh 1. Pameran tentang Program Anti Dadah.Aktiviti berkenaan kesihatan diri dan keluarga juga dapat dijalankan dengan mengadakan ceramah kesihatan dan sesi tunjukajar penjagaan kebersihan diri serta cara mencegah penyakit AIDS secara berkumpulan.

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Bersepadu * Lawatan memberi peluang 1. * Kemahiran yang diperlukan dalam kalangan pelajar ialah: mengumpul data. JAWAPAN TUGASAN 1B 12 . mengolah bahan. Membuat projek seperti: Sudut Pendidikan Kesihatan di sekolah. hospital. 2. Misalnya.melaluipengalaman melawat pesakit di wad akan memberi pengalaman baru berkenaan penderitaan seseorang apabila menghidap sesuatu penyakit. dan memupuk kreativiti untuk mempersembahkan bahan tersebut. Melawat ke klinik atau kepada seseorang melalui pengalaman sebenar.

Pandangan tentang intergrasi dalam pelajaran kesihatan.Aktiviti berkenaan kesihatan diri dan keluarga juga dapat dijalankan dengan mengadakan ceramah kesihatan dan sesi tunjukajar penjagaan kebersihan diri secara berkumpulan. saya rasa salah satu program jabatan yang boleh kita ketengahkan adalah program RIMUP.Interaksi antara murid-murid dari sekolah yang berbeza dapat mewujudkan integrasi kaum melalui aktiviti sosial dan fizikal yang menerapkan nilai-nilai positif dan menghayati kepentingan bekerjasama secara berkumpulan. Antaranya mengadakan ceramah kesihatan tentang pelbagai penyakit seperti HMDF dan mengadakan pertandingan kuiz kesihatan. Terdapat banyak kelebihan Integrasi iaitu ia mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja. Muzik dan Pergerakan (a) Aspek Psikologi . Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat. Integrasi dalam P&P Pendidikan Kesihatan melalui Program RIMUP. Tambahan pula. saya menyokong PENDEKATAN INTEGRASI lebih sesuai digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan . ia mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. (b) Aspek Sosiologi i. Kedua ia mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Intergrasi Seni Visual. Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat iii. Integrasi antara personaliti ii.akan memberi kesan yang impak kepada minda dan tubuh pelajar. 13 .HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Berdasarkan soalan di atas.Program ini tidak terbatas di dalam bilik darjah semata-mata dan melangkaui ruang lingkup yang lebih luas di mana murid-murid dari pelbagai latar belakang berkumpul menjalani pelbagai aktiviti. (c) Aspek Pedagogi (i) Berkait dengan prosedur mengajar – mengembang konsep dan pemahaman terhadap unit-unit.

seni . Melalui tugasan kali ini juga.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA (ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran: INTEGRASI SENI VISUAL. sebenarnya kedua – dua pendekatan ini mempunyai kekuatan masing – masing. saya berpeluang mendalami pendekatan – pendekatan yang lebih berkesan untuk dilaksanakan oleh saya apabila saya mengajar pelajaran kesihatan kelak.banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu melukis.Muzik dgn lirik lagu c) Kajian Sosial – Muzik : lagu patriotik . pergerakan b) Sains . Pendekatan Integrasi lebih memainkan peranan di sekolah serta lebih banyak memperuntukan kepada guru dan pelajar untuk mengajar dan belajar. Pendekatan bersepadu memainkan peranan penting di dalam menyalurkan maklumat – maklumat berguna tentang masalah dan cara – cara mengamalkan kesihatan yang sempurna.dua keadah ini amat penting Cuma guru perlu bijak untuk merancang dengan baik apabila menggunakan kedua – dua pendekatan ini. JAWAPAN TUGASAN SOALAN 2 14 . saya berpendapat bahawa kedua . Melalui tugasan kali ini. Seni : melukis Kesimpulan di sini dapat dibuat. saya berpeluang menimba maklumat – maklumat penting berkaitan dengan kaedah – kaedah yang sesuai untuk diterapkan kepada anak murid saya. Setiap hari di sekolah. MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN a) Matematik – muzik. guru lebih banyak menggunakan pendekatan ini untuk mengajar subjek kesihatan di sekolah. Secara keseluruhannya. Namun kita tidak boleh mencicirkan pendekatan Bersepadu yang mana ia lebih menyeluruh dan meperlihatkan kepada pelajar tentang keadaan dan situasi sebenar.

HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. Keadaan dimana membawa maut. bujang. miskin. ketahanan badan pesakit lemah dan ini menyebabkan jangkitan penyakit biasa ( TB. Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Manakala Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. HIV ialah singkatan Human Immunodeficiency Virus . orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS. Sebelum pergi lebih jauh. Ada 15 . Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit. HIV menyerang sistem daya tahan badan. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita. berkongsi jarum bagi penagih dadah dan jangkitan yang dibawa oleh ibu yang sudah sedia menghidapi penyakit ini kepada bayinya semasa kehamilan. ingin saya menerangkan apakah perbezaan antara istilah “ HIV” dan “AIDS” . kelahiran dan penyusuan. semua orang harus sedar tentang bahaya jangkitan HIV dan cara-cara untuk mengelakkannya. jangkitan kulat ) menjadi berbahaya dan 2.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 1.PENGENALAN APAKAH HIV / AIDS Semua orang menghadapi risiko jangkitan HIV. kaya. muda. berkahwin atau yang pernah berkahwin. Tidak kira tua. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV. kayap. Penyakit ini disahkan berpunca daripada kelakuan diri yang tidak bermoral seperti mengadakan hubungan seksual secara rambang. menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit.FAKTOR PENYEBAB Tahukah anda apakah Faktor penyebab HIV ? HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja.

Walaupun demikian. bagi mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas. air mazi dan air mani termasuk darah haid. HIV hanya boleh berjangkit melalui darah. (berkongsi tempat tinggal.Virus HIV hanya boleh hidup dalam tubuh manusia. Darah atau cecaircecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka. dalam air atau udara. (gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan gigitan binatang). Tetapi HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh. Di sini jelasnya dapat dikatakan wabak penyakit menyerang manusia secara senyap-senyap. Oleh itu. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selsema.SIMPTOM / TANDA-TANDA 16 . (bersin. HIV sebenarnya tidak mengenal sasarannya. (berkongsi makanan dan perkakas dapur). berjabat tangan dan berpelukan. bekerja sama. Anda juga boleh terdedah kepada jangkitan HIV jika anda tidak berwaspada. Ia akan mati sebaik sahaja ia terdedah kepada udara. seperti pengguna dadah. murid-murid anda tidak perlu khuatir yang anda akan dijangkiti kuman HIV . sesiapa yang kurang berpengetahuan akan terdedah kepada risiko jangkitan. HIV tidak boleh berjangkit Walaupun risiko tinggi dan bahayanya dijangkiti penyakit HIV. dan (menjaga seorang yang positif-HIV) . HIV tidak hanya menjangkiti golongan-golongan tertentu.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA diantara mereka yang malang terkena serangan jangkitan ini melalui darah yang mempunyai virus HIV yang disuntikkan ke dalam tubuhnya. 3. Oleh itu. air kencing atau air mata. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian. belajar bersama atau berkongsi tempat tidur). HIV tidak boleh dijangkiti melalui pendermaan darah. (berkongsi telefon. pekerja seks dan mereka yang mengamalkan seks bebas. air peluh dan air kencing). Yang pasti. batuk. kolam renang dan tandas awan). kesan lecetan atau kudis.

Di sini saya ingin menanya satu persoalan lagi . Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV? Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. penderita mengalami nafas pendek. adakan anda tidak ada harapan lagi? Jawapannya: terdapat ubat anti-HIV di pasaran yang boleh mengurangkan kemaraan HIV dalam badan serta memanjangkan dan memperbaiki kualiti kehihupan seseorang yang positif HIV. Kedua. saluran pencernaan penderita penyakit AIDS menampakkan tanda dan gejala seperti hilangnya nafsu makan. berat badan tubuh penderita mengalami hal yang disebut juga wasting syndrome. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Pada system persyarafan ujung 17 . ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. jika anda dijangkiti HIV. sakit kepala. Tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV adalah seperti berikut: Simpton pertama ialah saluran pernafasan. terjadinya gangguan pada persyarafan central yang mengakibatkan kurang ingatan. orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Bagaimanakah caranya untuk mengetahui status HIV ? Adakah anda dapat mengetahui jika seseorang itu HIV+ dengan melihat raut muka orang tersebut? Jawapannya tidak. Jadi. Simptom keempat. iaitu kehilangan berat badan tubuh hingga 10% dibawah normal kerana gangguan pada sistem protein dan energy didalam tubuh seperti yang dikenal sebagai Malnutrisi termasuk juga kerana gangguan absorbsi/penyerapan makanan pada sistem pencernaan yang mengakibatkan diarhea kronik.Simptom ketiga. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain. susah berkonsentrasi. satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko. anda hanya boleh mengetahui status kesihatan seseorang melalui Ujian Antibodi HIV. sering tampak kebingungan dan respon anggota gerak melambat. kerap mengalami penyakit jamur pada rongga . sistem persyarafan. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selsema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. mual dan muntah. batuk. kondisi letih dan lemah kurang bertenaga. nyeri dada dan demam seperti terserang infeksi virus lainnya (Pneumonia). henti nafas sejenak. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya.

Luka pada saluran kemih. Pengamal perubatan sebenarnya memberi kesan lebih mendalam kepada pesakit. seperti dihidapi beratus ribu orang di negara kita. Ia terbukti berkesan 18 . KESAN NEGATIF HIV / AIDS Penyakit HIV/AIDS bukan sekadar masalah perubatan. Stigma dan diskriminasi menghalang pesakit tampil mendapatkan rawatan serta sokongan. Kesan negatif dan tanggapan negatif terhadap pesakit AIDS biasanya timbul kerana ramai pesakit AIDS memikirkan bagaimana dia mendapat jangkitan HIV.. Saluran kemih dan Reproduksi pada wanita. pesakit akan terasing. HIV/AIDS kini bukan lagi penyakit pembunuh. hal ini sebagai tanda awal terinfeksi virus HIV. takut. sebaliknya dikategorikan sebagai penyakit kronik yang sama dengan kencing manis. 4. Mereka masih mempunyai pemikiran ‘inilah balasan daripada kelakuan mereka’. komuniti. selalu mengalami tensi darah rendah dan Impoten. Pesakit mungkin berputus asa untuk meneruskan hidup kerana pengamal perubatan sendiri menafikan hak mereka. reflek tendon yang kurang. Penderita mengalami serangan virus cacar air (herpes simplex) atau carar api (herpes zoster) dan berbagai macam penyakit kulit yang menimbulkan rasa nyeri pada jaringan kulit. sistem Integument (Jaringan kulit). tetapi ia isu jangkitan virus yang memberi kesan negatif besar terhadap pesakit dan seluruh keluarga. Ia boleh mempengaruhi kesihatan pesakit secara menyeluruh. Penderita seringkali mengalami penyakit jamur pada vagina. Simptom keenam. kulit kering berbercak (kulit lapisan luar retak-retak serta Eczema atau psoriasis. Mungkin ramai tidak tahu kerajaan memberi rawatan Aids peringkat pertama secara percuma di semua hospital kerajaan.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA (Peripheral) akan menimbulkan nyeri dan kesemutan pada telapak tangan dan kaki. masyarakat dan antarabangsa. Simpton kelima. tidak berpengetahuan dan tidak mendapat galakan untuk menguruskan penyakit dengan baik. Lainnya adalah mengalami infeksi jaringan rambut pada kulit (Folliculities). Tanpa rawatan. menderita penyakit syphillis dan dibandingkan Pria maka wanita lebih banyak jumlahnya yang menderita penyakit cacar. tekanan darah tinggi. sakit jantung atau strok. Lainnya adalah penderita AIDS wanita banyak yang mengalami peradangan rongga (tulang) pelvic dikenal sebagai istilah 'pelvic inflammatory disease (PID)' dan mengalami masa haid yang tidak teratur (abnormal).

memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Kita perlu faham realiti dan isu sebenar penyakit Aids.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA untuk membantu pesakit melawan penyakit. tetapi ia isu jangkitan virus yang memberi kesan besar terhadap pesakit dan seluruh keluarga. terutama wanita. Ia boleh mempengaruhi kesihatan pesakit secara menyeluruh. Tanggapan begini membunuh pesakit akibat malu mendapatkan rawatan. Walaupun risiko ini boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat anti-HIV seperti AZT tetapi kos perubatan yang tinggi ini membebankan keluarga berkenaan. Apatah lagi tentang masa depan anak-anak penghidap? Kesan negatif penyakit HIV/ AIDS kepada komuniti dan masyarakat jelas dilihat sebabsampai sekarang pun sebahagian besar masyarakat masih ada pandangan negatif dan 19 .Pengamal perubatan sebenarnya memberi kesan lebih mendalam kepada pesakit. Maruah dan muka air ahli keluarga terutamanya isteri. bukan sekadar mengetahui fakta penyakit itu.Jadi tiada sebab untuk kita terus memandang negatif pesakit Aids. Penghidap tidak berupaya bekerja untuk mencari rezeki keluarga tambahan pula kos untuk mengubati penghidap ini mahal. Pesakit mungkin berputus asa untuk meneruskan hidup kerana pengamal perubatan sendiri menafikan hak mereka . Ini kerana ada pesakit yang dijangka hanya mempunyai beberapa tahun untuk hidup masih boleh bekerja dan bergiat aktif selepas 15 tahun mendapat rawatan. Kesan negatif HIV/ AIDS kepada keluarga pesakit lebih teruk lagi kerana ramai pesakit. Keharmonian dan keamanan keluarga terjejas. kira-kira 30% daripada bayi-bayi yang dilahirkan oleh wanita-wanita positif-HIV dilaporkan dijangkiti HIV melalui ibu mereka. anak dan ibu bapa penghidap Aids akan terjejas . Ia boleh mempengaruhi kesihatan pesakit secara menyeluruh. Pada keseluruhannya. Pesakit mungkin berputus asa untuk meneruskan hidup kerana pengamal perubatan sendiri menafikan hak mereka . Pengamal perubatan sebenarnya memberi kesan lebih mendalam kepada pesakit. mendapat jangkitan daripada pasangan yang tidak setia dan kemudian ‘diwariskan’ kepada anak melalui kehamilan. Memang kebanyakkan keluarga penghidap tidak mampu menanggungnya. HIV/Aids bukan sekadar masalah perubatan.

namun hingga saat ini penyakit AIDS tidak ada ubatnya termasuk serum maupun vaksin yang dapat menyembuhkan manusia dari Virus HIV penyebab penyakit AIDS. PENCEGAHAN HIV / AIDS 20 . virus dan kuman – kuman lain. Ia berlaku di mana. Kebanyakannya menganggap pesakit Aids sebagai golongan yang perlu dijauhi kerana bimbang virus yang hidup dalam badan mereka berjangkit pada kita. meningkatkan kualiti hidup bagi meraka yang diketahui terserang virus HIV dalam upaya mengurangi angka kelahiran dan kematian.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA stigma terhadap pesakit HIV/Aids. sel – sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bacteria. pesakit mula mengalami penyakit – penyakit yang jarang berlaku yang digelar Infeksi oportunistik seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan Kanser termasuk Sarkoma Kaposi. Pada peringkat terakhir atau fasa 5. sel – sel ini tidak mampu lagi melaksanakan tugasnya. namun apabila HIV yang telah menyerang seseorang. Penanganan dan Pengubatan Penyakit AIDS Kendatipun dari berbagai negara terus melakukan kajian dalam mengatasi HIV AIDS. Pada peringkat pertama. Dalam keadaan normal. Pada fasa kedua. mekanisma pertahanan mengalami kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria. Adapun tujuan pemberian ubat-ubatan pada penderita AIDS adalah untuk membantu memperbaiki daya tahan tubuh. Merujuk Modul OUM NBHE 2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat ada menyatakan bahawa HIV menyerang dengan perlahan – lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). Terdapat lima Fasa atau peringkat pada pesakit AIDS. ia bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu. pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. 5. Pada fasa ketiga pula. virus itu mula membiak dengahebat serta membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan lagi mekanisma pertahanan tubuh. virus tersebut membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda – tanda atau gejala – gejala yang tertentu. Pada peringkat keempat.

RUMUSAN 21 . Ibu – ibu hamil yang positif HIV perlu tahu risiko – risiko yang bakal dihadapi Abstinensi ( tidak melakukan hubungan seksual) Mengamalkan prinsip monogami iaitu tidak berganti – ganti pasangan. Melakukan seks selamat dengan menggunakan kondom. penyuntikan atau proses lain yang boleh mengakibatkan terjadinya luka.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Cara – cara pencegahan adalah seperti berikut: • • • • • • • Gunakan selalujarum suntik yang disteril dan baru setiap kali hendak melakukan Selalu menerapkan kewaspadaan mengenai seks selamat. Jangan berkongsi jarum suntikan. 6. terutama kepada kandungan dan bayi yang bakal dilahirkan.

Keseronokan di dunia hanyalah sementara. Sekali lagi sebelum saya akhiri ucapan saya ini dengan pepatah yang dapat kita pegang. Sesungguhnya penyakit ini tiada penawarnya sehingga ke hari ini. ‘Tepuk dada. Sayangilah diri kita. saya dapat membuka mata bahawa cegahilah penyakit ini sebelum terjangkit. ‘Sesal dahulu pendapatan. Melalui tugasan kali ini. RUJUKAN 22 . keluarga kita dan masyarakat kita. tanya iman. Berusahalah menjadi yang terbaik dan elaklah diri kamu dari terjebak dengan gejala sosial masa kini yang mampu mungundang kamu untuk dijangkiti penyakit yang berbahaya ini. tiada gunanya’. Hiduplah aman tanpa dadah dan AIDS ini.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Di sini. ingin sama – sama kita berwaspada. sesal kemudian.

HBHE 2103 Program Berseoadu Sekolah sihat.HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Open Universiti Malaysia. HBHE 2203 Kesihatan Diri dan Keluarga. (2007). Bhd. Bhd. (2007). Sdn. Selangor Darul Ehsan Open Universiti Malaysia. Meteor Doc. Sdn. Selangor Darul Ehsan 23 . Meteor Doc.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->