JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

Apakah yang dikatakan nomologi sejarah dan bincangkan kaitan teori sebab –akibat ini dengan ilmu sejarah.. PENDAHULUAN

Sejarah membawa maksud peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu. Selain itu, ahli sejarahwan dahulu mentakrifkan masa lampau sebagai sejarah yang merangkumi aspek politik dan perlembagaan. Tahun 1929, sejarah bentuk baru telah bermula di Perancis iaitu yang menggabungkan sejarah dengan ilmu-ilmu sosial yang lain.1 Sejarah baru ini telah dipopularkan oleh Lucien Febvre dan Marc Bloch. Mereka telah membuat penyelidikan sejarah yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan kebudayaan serta menyesuaikan teknik-teknik yang diperolehi daripada disiplin-disiplin sains sosial yang lain. Bagi memenuhi selera baru maka kegiatan kesarjanaan telah diperluaskan sehingga wujudnya apa yang dikenali sebagai sejarah ekonomi, sejarah intelektual, sejarah sosial dan kemudiannya sejarah total. Perkembangan ini amat ketara pada kurun ke-20. Muncul angkatan sejarawan yang memperkenalkan diri mereka sebagai ‘new social historians’ atau sejarawan sosial baru . Di antara sejarahwan social baru yang terkenal ialah Eric Hobsbawm, George Rude, dan E.P.Thampson.
2

Seterusnya ‘sejarah total’

dipelopori oleh golongan Annales yang bertujuan memperluaskan ruang lingkup pengkajian sejarah seluas yang mungkin. Aliran penulisan Annales menggunakan kaedah kuantifikasi. Aliran Annales telah menerbitkan jurnal mereka bertajuk Annales pada tahun 1929. Aliran ini menolak pendekatan sejarah tradisional,
1 2

Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm. 33 Qasim Ahmad. ‘Kaedah Kuantifikasi: Satu Penularan Baru’, Karya Sejarah Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 7

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH memberi fokus terhadap struktur jangka panjang yang berkekalan di dalam masyarakat yang di kaji dan juga mengutamakan faktor ekonomi dan sosial.

Mereka mahu menghasilkan ‘historie totale’@ bak kata seorang pengasasnya iaitu Lucien, ‘une historie a part entirer’. Terdapat banyak kritikan mengenai kaedah kuantifikasi yang digunakan oleh golongan Annales. Tetapi golongan ini telah meletakkan kepentingan kuantifikasi di dalam perspektif yang realistik. Misalnya, Jean Marczewski mengingatkan bahawa kaedah ini bukanlah merupakan gantian kepada pensarjanaan tradisional sejarah, ia membantu memperlengkapkan sejarah yang berlandaskan naratif dan bukan menentangnya.3 A.G.Bogue menekankan aspek yang sama dengan menyatakan bahawa kaedah kuantifikasi memerlukan

usaha yang lebih dan bukannya gantian kepada usaha. Usaha yang dimaksudkan ialah mengutip, menyusun semula, mengolah dan mentafsirkan beraneka rupa data daripada pelbagai sumber, rekod banci, statistik perdagangan, indeks harga barang dan sebagainya. Oleh itu, pada pandangan saya, nomologi sejarah merupakan kajian sejarah dan rumusan dasar atau hukum yang ditemukan dalam sains. Malah nomologi

sejarah bukan hanya merangkumi sejarah politik sahaja tetapi aspek-aspek sains sosial yang lain. Nomologi sejarah harian juga memperkenalkan berbanding sejarah dengan yang hanya

menggambarkan

kehidupan

masyarakat

memperkatakan tentang kehidupan golongan bangsawan di istana. Terdapat pelbagai cabang dalam nomologi sejarah. Antaranya sejarah politik telah wujud sejak dahulu lagi. Sejarah politik pada asasnya adalah kajian terhadap aspek-aspek masa lalu yang berkaitan dengan penyusunan kuasa secara formal
3

Qasim Ahmad. ‘Kaedah Kuantifikasi: Satu Penularan Baru’, Karya sejarah pendekatan dan persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 16

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH dalam masyarakat.4 Sejarah politik juga mempunyai maksud yang lebih luas . Ini termasuklah penyusunan institusi kerajaan, kepimpinan, hubungan diplomatik, autoriti, organisasi dan lain-lain. Sejarah politik dianggap bintang sejarah paling terkanan kerana ia adalah bidang tertua. Sejarawan awal, seperti Herodotus mencatatkan tentang Perang Parsi dalam karyanya bertajuk The Parsian Wars iaitu peperangan berlanjutan antara kerajaan Parsi dengan Yunani.5 Walaupun sejarawan banyak memaparkan tentang peperangan, kekalahan, kepahlawanan, hubungan diplomatik tetapi persoalan utama bersangkut paut dengan politik dan kekuasaan. Sejarah awal boleh digolongkan sebagai bentuk yang konvensional iaitu

menggunakan pendekatan deskriptif-naratif. Sejarawan awal lebih mengutamakan peranan tokoh sebagai faktor penentu jalan sejarah. Namun, sejarawan moden seperti Ranke, beliau menekankan penulisan berasaskan sumber primer iaitu berdasarkan dokumen-dokumen kerajaan dan lain-lain. Beliau juga telah

menyumbang kepada kewujudan ‘Sejarah Diplomasi’ sebagai 1 cabang sejarah politik. Sejarah Diplomasi telah menjadi satu profesion yang sangat penting dan menjadi semakin teguh bagi sejarawan untuk memberi respon terhadap keperluan rakyat bagi memahami punca peperangan.6 Selain daripada itu, satu lagi cabang dalam sejarah politik ialah Sejarah Undang-Undang@Pentadbiran. Sejarah

pentadbiran menunjukkan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan, sejarawan cuba untuk mencari pentafsiran mengenai penambahan besar dalam tugas kakitangan kerajaan yang mengambil tempat dalam masyarakat Eropah. Sejarah Biografi Politik merupakan salah satu lagi cabang sejarah politik yang menjadi
4

J. Tosh, The Pursuit of History: Aim, Method and New Directions in the Study of Modern History, London: Longman, 1995, hlm 72 5 Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002 hlm. 47
6

J. Tosh, The Pursuit of History: Aim, Method and New Directions in the Study of Modern History, London: Longman, 1995, hlm 73

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH popular pada abad ke-20. Sepanjang zaman Pertengahan dan Renaissance, kebanyakkan biografi bertujuan mengajar dan direka untuk mempersembahkan biografi tersebut sebagai model dalam membimbing kristian.7 Sejarah Ekonomi Baru merupakan salah satu cabang baru dalam penulisan sejarah. Kerelevenan kajian sejarah ekonomi adalah untuk mengatasi masalah kotemperary. Sejarawan ekonomi terkini mengkaji setiap aspek kehidupan ekonomi yang lalu. Termasuklah semua aktiviti seperti pengeluaran/penghasilan,pertukaran dan penggunaan. Sejarah ekonomi lebih kepada mengkaji mengenai ekonomi dunia moden. Ia memberi fokus yang kurang kepada sahsiah dan tujuan, kelekaan sejarawan klasik sebalikya kuasa seperti inflasi atau cenderung kepada pelaburan untuk mencapai peringkat pusat dalam sejarah ekonomi.8 Dua tren yang menonjol dalam penulisan sejarah ekonomi ialah sejarah perniagaan(business) dan analisis pertumbuhan ekonomi sesebuah negara secara menyeluruh. Sejarah perniagaan adalah pengkajian mengenai firma-firma individu dan rekod perniagaan mereka. Bermula pada tahun 1960-an, ahli-ahli akademik telah memberi gambaran tentang gejala sosioekonomi dalam sejarah dengan memuatkan data kuantitatif seperti data statistik, pengukuran dan angka-angka.9 Dengan itu, lahirlah sejarah kuantitatif dan kaedah yang digunakan dikenali sebagai kaedah kuantifikasi. Tujuan kaedah ini digunakan untuk menambahkan kejelasan dan ketepatan fakta yang ditulis oleh sejarawan. Contohnya, dalam Revolusi Perancis, Taine dan Burke telah menuduh semua aktivis revolusi sebagai kumpulan penjahat, penjenayah dan
7

J. Tosh, The Pursuit of History: Aim, Method and New Directions in the Study of Modern History, London: Longman, 1995, hlm 75
8

J. Tosh, The Pursuit of History: Aim, Method and New Directions in the Study of Modern History, London: Longman, 1995, hlm 81
9

Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002 hlm. 49

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH sampah masyarakat. George Rude cuba menafikan hal ini dan menyatakan yang terlibat merupakan golongan rakyat seperti peniaga kecil, buruh, dan rakyat miskin berdasarkan rekod-rekod polis dan mahkamah dengan menggunakan kaedah kuantifikasi. Terdapat kebaikan dan kelemahan kaedah kuantifikasi tersebut. Antara kebaikannya, dapat memperolehi satu penulisan sejarah yang lebih mantap dengan penggunaan statistik untuk menguatkan sesuatu hujah. Kelemahannya pula ialah seperti yang dilontarkan oleh Carl Bridenbaugh, Presiden American Historical Association, beliau berkata sejarawan yang ghairah berkuantifikasi telah

membiarkan daya imiginasi mereka(suatu aset penting dalam penulisan sejarah) terbantut dan musnah.10 Kedua, kaedah ini terhad kepada masa-masa tertentu sahaja. Data selalunya tidak sama setiap masa, perlu untuk mengetahui

perkembangan semasa. Jika kehilangan sesuatu data tersebut maka penulisan sejarah akan menjadi tidak lengkap. Pendekatan kuantifikasi telah mempengaruhi penulisan sejarah di Malaysia. Perkembangan yang berlaku di Eropah ini telah memberi tempiasnya dalam penulisan sejarah di Malaysia. Kebanyakkan pelajar-pelajar universiti didedahkan dengan pendekatan baru ini iaitu kaedah kuantifikasi dalam penulisan sejarah mereka terutamanya dalam penulisan tesis atau latihan ilmiah. Mereka digalakkan untuk menulis mengenai golongan bawahan seperti sejarah petani, sejarah pelacuran dan sebagainya tanpa hanya tertumpu kepada sejarah politik dan peperangan. Hal ini secara tidak langsung membawa perubahan dalam penulisan sejarah.

10

Qasim Ahmad. ‘Kaedah kuantifikasi: Satu penularan baru’, Karya sejarah pendekatan dan persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 11

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH Satu lagi bidang dalam nomologi sejarah ialah sejarah sosial. Sejarah sosial adalah satu cabang sejarah yang sukar untuk diberikan definisi yang tepat kerana ia merangkumi pelbagai aspek dan isu. Tiga kategori kajian yang biasanya dikaitkan dengan label sejarah sosial pada masa lalu ialah pertama mengenai sejarah masalah sosial seperti kemiskinan,penyakit dan kejahilan. 11 Sejarawan lebih mengkaji tentang usaha kedermawaan persendirian dalam institusi seperti sekolah, rumah anak yatin dan hospital berbanding masalah-masalah di atas. Kedua, sejarah kehidupan sosial iaitu mengenai kehidupan seharian di rumah,tempat kerja dan masyarakat. Ketiga, sejarah masyarakat umum@kelas pekerja iaitu mereka yang tidak dikaji dalam sejarah politik. Namun, telah wujud sejarah-sejarah lain di bawah sejarah sosial khususnya selepas kemunculan golongan Annales. Antaranya Sejarah Wanita. Sejarawan seperti Alice Clark, Ivy Pinchbeck, Eileen Power dan Mary Beard telah mengkaji mengenai kehidupan wanita dari sejak awal zaman, ia berlaku sepanjang pergerakan ‘Women Liberation’ iaitu wanita mula aktif bekerja untuk membetulkan kehidupan dan peranan penting mereka dalam penulisan sejarah. Fokus utama mereka ialah kepada wanita sebagai agen sejarah, peranan yang telah dimainkan oleh wanita dan bagaimana peranan wanita digariskan, kesengsaraan, penindasan, pencapaian, sikap, pemikiran, tindakan dan pendek kata segala aspek

keistimewaan alam kehidupan wanita.12 Satu daripada cawangan sejarah ini mengkaji sejarah secara umum berkaitan dengan status dan pengalaman wanita pada masa lampau serta wanita-wanita terkenal dan sebagainya. Kajian wanita di

11

J. Tosh, The Pursuit of History: Aim, Method and New Directions in the Study of Modern History, London: Longman, 1995, hlm 83
12

Badriyah Haji Salleh, & Tan Liok Ee, Alam Pensejarahan: Dari pelbagai perspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 93

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH Malaysia setakat ini, lebih tertumpu kepada kajian wanita semasa melalui kajian sosiologi, ekonomi mahupun sains politik. Sejarah wanita masih belum mempunyai peminat yang ramai untuk mencetuskan perdebatan tentang kaedah, teori atau gagasan gender yang sesuai dalam konteks tempatan. Selain itu, wujud Sejarah Intelek sebagai satu cabang dalam penulisan sejarah sosial. Ia merupakan sejarah pemikiran atau alam pemikiran. Sejarah Intelek itu ialah suatu cabang bidang sejarah yang antara lain mengkaji tentang pertumbuhan, perkembangan serta penerimaan, penolakan dan pengaruh buah fikiran dan gagasan yang bernas yang pernah diutarakan pada sesuatu ketika dalam sejarah sesuatu bangsa itu.13 Secara umumnya, dapat dilihat bahawa buah fikiran serta gagasan yang dikemukakan itu mungkin berbentuk politik, ekonomi, kemasyarakatan, keakhlakan, agama mahupun sains. Dari segi penulisan sebagai sumber misalnya, ia mungkin berbentuk sastera kreatif seperti sebuah fiksyen, perbahasan tentang falsafah hidup ataupun nasihat politik yang dimaksudkan menjadi tatapan para pemimpin yang jujur serta memerlukan.14 Penulisan haruslah terdiri daripada curahan pemikiran yang bernas dan kritis, oleh itu, sejarah intelek tidak terhenti di peringat penghujahan turut menerangkan pendekatan terhadap sejarah intelek itu, tafsiran penyeluruhan yang secara umumnya juga proses yang termaktub dalam penyelidikan serta penulisan bagi jurusan-jurusan sejarah yang lain seperti sejarah kebudayaan umpamanya. Sejarah kebudayaan juga merupakan salah satu bidang dalam penulisan sejarah. Burckhardt dan Huizinga merupakan penulis klasik sejarah kebudayaan. Burckhardt telah menulis mengenai Italia iaitu mengenai ciri-ciri berfikir dan pola13

Muhd Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 139. 14 Ibid. hlm 141.

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH pola motivasi orang Itali abad ke-14, ke-15 dan ke-16.
15

Sengaja melupakan narasi

yang kronologis-diakronik dari Italia, tentang evolusi ekonomi, politik, institusi keagamaan dan memusatkan perhatian kepada ‘jiwa’ dan ‘budaya’ Renaissance. Burckhardt lebih mendekati apa yang kemudiannya dalam histriografi yang disebut sejarah mentalitas atau sejarah sensibilitas oleh Febvre. Dari segi metadologis, Burckhardt telah menunjukkan bahawa sejarah kebudayaan telah mendahului bermacam jenis penulisan sejarah sesudahnya dalam setidaknya 2 hal. Pertama, pendekatannya sinkronis, sistematis, tetapi tanpa kesalahan kronologi dalam sajiannya. Kedua, usahanya memperluaskan bahan-bahan kajian sejarah

kebudayaan dengan memberi gambaran tentang keseluruhan. Huizinga sama seperti Burckhardt menekankan pentingnya ‘general theme’. Dalam tulisan yang secara khususnya membicarakan tugas sejarah kebudayaan , ‘The Task of Cultural History’ yang dimuat dalam bukunya Men and Ideas yang menyatakan bahawa tugas sejarah kebudayaan ialah mencari pola-pola kehidupan, kesenian dan pemikiran secara bersama-sama. Tugas itu ialah pemahaman secara morfologis dan deskripsi dari kebudayaan secara aktual, tidak dalam bentuk yang abstrak, ia menggunakan istilah historical sensation, historical contact, historical imagination, historical vision dan historical presentment untuk menjelaskan bahawa gambar kebudayaan yang diungkapkan harus aktual dan kongkret. Kaitan antara sejarah dan ilmu geografi. Geografi merupakan ilmu bantu dalam penulisan sejarah. Geografi boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang berkait dengan ilmu tentang alam.16 Montesquieu merupakan tokoh di Eropah pada Zaman Kesedaran cuba mengutarakan pengaruh alam persekitaran fizikal terhadap sejarah
15 16

Kuntowijoyo, Metodologi Sejarah, Jogyakarta: P.T. Tiara Wacana Yogya, 1994, hlm 117. Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002 hlm. 44.

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH manusia dalam penulisannya. Bagi beliau, keadaan geografi memang memainkan peranan dalam kehidupan manusia kerana boleh membangunkan diri manusia. Selain itu, B.A.Haddock dalam bukunya ‘An Introduction to Historical Thought, seolah-seolah bersetuju dengan Montesquie bahawa sifat seseorang manusia itu akan subur atau menjadi lemah bergantung kepada iklim yang berbeza. Iklim yang sederhana, menggalakkan manusia berpolitik dan jika terlalu panas terik akan membawa kelesuan sehingga manusia bertindak jika alami ketakutan. Kemunculan tamadun manusia di dunia berkait rapat dengan aspek geografi iaitu bergantung kepada cuaca dan bentuk muka bumi yang baik menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan sesebuah tamadun tetapi akan runtuhnya sesebuah tamadun jika berlaku sebaliknya. Hubungan antara manusia dengan geografi amat penting dan hubungan ini telah berlaku sejak zaman silam. Sejarah Melayu juga turut menjelaskan tentang pembinaan dan perkembangan empayar Melaka pada abad ke-15.17 Dua faktor penting yang membawa kepada perkembangan perdagangan di Melaka ialah pelabuhannya terlindung dari angin kencang dan juga faktor tiupan angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya secara berganti-ganti selama 6 bulan. Hal ini menyebabkan pedagang-pedagang dari Barat dan Timur dapat singgah ke pelabuhan Melaka. Unsur geografi yang diselitkan dalam penulisan sejarah bukan sahaja menggambarkan suasana sebenar peristiwa pada sesuatu zaman tetapi juga membuktikan daya kreativiti penulisan seseorang pengarang. Ini menunjukkan unsur geografi telah membantu sejarawan untuk menulis sejarah dengan lebih mantap dengan hujah-hujah tertentu.

17

Ibid, hlm 44

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH Ilmu arkeologi dan kaitannya dengan sejarah. Arkeologi merupakan suatu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji melalui bahan-bahan peninggalan lama.18 Ahli-ahli arkeologi mengkaji kerja-kerja manusia kuno, artifak-artifak mereka(barang buatan manusia dan tempat kegiatan serta penempatan manusia). Sesetengah pihak berpendapat seseorang ahli arkeologi pada asasnya adalah seorang ahli sejarawan. Maklumat yang diperolehi serta artifak merupakan pelengkap dokumentasi atau data-data bagi semua pengkajian sejarah, seterusnya memberi kefahaman kepada pengkaji sejarah tentang gambaran kehidupan sebenar manusia prasejarah. Ahli arkeologi banyak membantu sejarawan dalam penyelidikan sejarah. Ini kerana banyak bahan artifak yang ditemui tidak diketahui oleh sejarawan kerana budaya sesuatu bangsa yang wujud terlalu singkat. Pakar Arkeologi akan melakukan penyelidikan terperinci dan meneliti tinggalan seperti candi, kuil, monumen, istana, dan prasastri.19 Mereka dapat mensahihkan atau mengukuhkan sesuatu tempat dan tinggalan sejarah itu. Bukti arkeologi dikatakan benar berbanding dengan bentuk lisan dan tulisan yang bersifat subjektif kerana bukti lisan telah ditafsirkan semula atau ditokok tambah oleh sejarawan. Contohnya, candi yang ditemui di Kedah menggambarkan pengaruh Hindu dalam kehidupan masyarakat masa silam. Selain arkeologi, paleografi merupakan satu lagi disiplin ilmu bantu, ahli paleografi terlibat dalam pengkajian tulisan kuno. Contohnya, usaha yang dilakukan oleh pakar Egyptologi terkenal iaitu Jean Francois Champollion yang berjaya

membaca tulisan hieroglyph daripada warisan purba. Sumber yang diperolehi oleh

18 19

Ibid. hlm 40 Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu sejarah dan pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002 hlm. 42.

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH alhi arkeologi dan paleografi banyak membantu ilmu sejarah terutamanya dalam mengesahkan kenyataan atau fakta sejarah.

KESIMPULAN. Secara kesimpulannya., dapat disimpulkan bahawa nomologi sejara berkait rapat dengan teori sebab- akibat dalam ilmu sejarah telah membawa banyak perubahan dalam sejarah penulisan sejarah. Hal ini dibuktikan dengan munculnya pelbagai cabang dalam sejarah penulisan terutamanya selepas kemunculan golongan Annales yang telah bangun menolak pendekatan sejarah konvensional yang hanya memberi tumpuan yang lebih kepada sejarah politik dan peperangan. Penggunaan teori dalam penulisan sejarah ditentang oleh segolongan sejarawan. Ini kerana sejarah yang menggunakan teori dianggap merupakan tulisan berbentuk spekulatif. Kedua, penggunaan teori mungkin akan meletakkan disiplin sejarah dalam satu keadaan di mana disiplin itu akan terlalu bergantung kepada disiplin lain dalam sains sosial. Pada masa yang sama sejarawan yang

menggunakan teori berpendapat mereka tidak merangka model tersendiri tetapi menggunapakai penemuan/pendekatan teori dari bidang lain seperti sosiologi, antropologi dan ekonomi. Oleh itu, John Tosh berpendapat sejarawan perlu mendiskriminasikan sedikit dalam memilih teori yang digunapakai dalam kajian mereka supaya dapat memastikan teori-teori yang digunapakai adalah berasas.

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

BIBLIOGRAFI

Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu sejarah dan pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002 Badriyah Haji Salleh, & Tan Liok Ee, Alam Pensejarahan: Dari pelbagai perspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 J. Tosh, The Pursuit of History: Aim, Method and New Directions in the Study of Modern History, London: Longman, 1995. Kuntowijoyo, Metodologi Sejarah, Jogyakarta: P.T. Tiara Wacana Yogya, 1994. Muhd Yusuf Ibrahim, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000. Qasim Ahmad. ‘Kaedah kuantifikasi: Satu Penularan Baru’, Karya sejarah pendekatan dan persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

JMS 411- FALSAFAH SEJARAH

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful