JMS 416 Bincangkan gerakan-gerakan anti Jepun 1942 – 1945 di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Jepun menduduki negara kita dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Pada mulanya, sebahagian besar penduduk menganggap kedatangan Jepun akan membawa kemakmuran ekonomi dan membebaskan mereka daripada cengkaman penjajahan British. Selepas dua tahun di bawah pemerintahan Jepun, penduduk Tanah Melayu khasnya orang Melayu, India, kaumkaum di Sabah dan Sarawak sudah berasa resah dan kecewa dengan pemerintahan Jepun. Cogan kata yang dilaungkan oleh Jepun “Asia untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia” dilihat sebagai laungan kosong semata-mata. Keadaan ekonomi negara semakin buruk. Penduduk hidup menderita dan terdesak kerana sukar mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas.Jepun hanya mengeksploitasi sumber alam yang ada di Tanah Melayu tanpa mengambil bera kebajikan penduduk. Gerakan menentang Jepun di Tanah Melayu MPAJA Kira-kira dua minggu sebelum Jepun mendarat di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, gerakan bawah tanah menentang Jepun telah mula ditubuhkan. Gerakan ini dianggotai oleh Parti Komunis Malaya dan mendapat latihan ketenteraan di 101 Special Training School (101 STS), Singapura. Ianya dikendalikan oleh Lt. Kol. J.M. Gavin dan dibantu oleh Mejar F. Spencer Chapman. Ahli-ahli militan Parti Komunis Malaya mendapat latihan perang gerila secara intensif dari 101 STS. Latihan intensif diberi supaya gerila-gerila bersedia melancarkan serangan hendap dan sabotaj ke atas pasukan tentera Jepun yang sedang menuju ke arah selatan.Tujuan awal 101 STS ditubuhkan adalah untuk menyatukan semua kaum di Tanah

Melayu, mewujudkan satu barisan penentang Jepun yang akan membantu British melawan kemaraan tentera Jepun, serta melatih mereka berperang seara gerila di dalam hutan. 101 STS berjaya melatih seramai 165 orang yang dibahagikan kepada lima kumpulan kecil dan dihantar bertugas di Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor. Kumpulan kiri yang mendapat latihan dan bekalan senjata dari 101 STS di Singapura menjadi asas kepada penubuhan MPAJA (Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu).Orang Melayu tidak diambil untuk dilatih di 101 STS kerana mereka telah menyertai Batalion Pertama dan Batalion Kedua Askar Melayu serta tentra sukarela peringkat negeri yang berjuang bersama-sama dengan pasukan tentera British. Berikutan kemenangan Jepun pada 15 Februari 1942, semua tentera naungan British dibubarkan. Sehingga bulan November 1944, tidak ada kumpulan gerila Melayu yang menyertai MPAJA dan sama-sama berjuang dengan kaum Cina.Orang Cina Di Tanah Melayu menentang pendudukan Jepun sejak awal lagi. Perasaan anti-Jepun telah wujud sejak Jepun menyerang China pada tahun 1937. Perasaan ini semakin meluap apabila mereka ditindas oleh kerajaan Jepun. Ini menyebabkan ramai orang Cina menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan melancarkan perang gerila. Mereka menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA menjadi gerakan penentangan bersenjata yang terbesar dan terpenting.MPAJA dikuasai oleh PKM dan bekerjasama dengan pihak British dalam penentangan terhadap Jepun di Tanah Melayu. Taktik yang digunakan oleh MPAJA dalam usaha menghalau Jepun ialah perang gerila. Sasaran utama MPAJA ialah sistem pengangkutan utama seperti landasan keretapi dan jalan raya untuk melemahkan Jepun.Tindakan MPAJA menentang Jepun semakin meningkat hasil daripada pemberian bekalan senjata dan bekalan lain oleh South East Asia Command kepada MPAJA. Satu persefahaman telah wujud antara MPAJA dengan Tentera Bersekutu bagi menentang Jepun sejak tahun 1943. Selain bekalan senjata, beberapa orang Pegawai Perhubungan

Kumpulan atau GRO Force 136 telah ditempatkan di Tanah Melayu untuk menyelaraskan tindakan MPAJA.Walau bagaimanapun, MPAJA tidak berjaya menghalau Jepun dari Tanah Melayu.

Force 136
Orang yang paling awal menyertai Force 136 Malayan Country Section ialah Richard Broome, John Davis, dan Tengku Mahmud Mahyiddeen yang diberi tugas memimpin kumpulan Melayu semasa berada di Sri Lanka dan India. Ahli-ahli Melayu yang lain terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat dengan Tentera Sukarela Negeri Melayu, anggota Tentera Laut Melayu, dan juga pelajar yang sedang menuntut di luar negara seperti di Makkah dan India.Pada tahun 1943-1944, Tengku Mahmud Mahyiddeen giat mengembara ke beberapa tempat di India dan luar India seperti Makkah, Jeddah, dan London untuk merekrut anak-anak Melayu menganggotai pasukan sukarelawan Melayu Force 136. Semua rekrut dibekalkan latihan seperti jasmani, kawat, menembak, serangan komando, sabotaj, membaca peta, mengendalikan perahu kayak dan perahu getah, serta latihan menggunakan paying terjun. Latihan ketenteraan ini dijalankan di seperti Bombay, Colombo, Calcutta, dan Tricomalee.. Tujuan latihan adalah sebagai persiapan untuk pelancaran Operasi Zipper bagai mengambil semula Tanah Melayu dan Singapura dari Jepun. Sebelum serangan dijalankan, pasukan gerila di peringkat tempatan melakukuan pelbagai sabotaj seperti merosakkan jambatan dan landasan kereta api.. Mulai tahun 1944, penubuhan Force 136 sebagai sebuah badan sukarela untuk melancarkan perjuangan bawah tanah semakin menuju ke arah kejayaan. Di bawah cabang Malaya, Force 136 dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu Cawangan Kuomintang, Cawangan MPAJA, dan Cawagan Melayu. Tengku Mahmud Mahyiddeen menjalankan tugas menubuh dan

melengkapkan cawagan Melayu. Beliau melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh

ketabahan. Anak-anak Melayu seperti Mohd. Zain Jaafar, Tengku Osman bin Tengku Muhammad Jiwa, dan Mohd. Nor Kani menyertai Force 136 dengan penuh kerelaan. Sepertimana yang dikatakan oleh Mohd. Zain Jaafar, “Tujuan kita bekerjasama dengan British adalah semata-mata untuk menjaga hak dan kepentingan orang Melayu. Dengan kerjasama yang kita berikan melalui Force 136, orang Melayu telah membuat jasa kepada pihak British. Ini bermakna kerajaan British akan sentiasa berhati-hati dalam menentukan dasarnya apabila kembali memerintah Tanah Melayu kelak. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan

mengenepikan apa-apa tuntutan yang akan kita buat nanti. Juga dengan pertolongan yang akan kita berikan, mereka akan merasa terhutang budi kepada orang Melayu.”

Askar Wataniah
Yeop Mahidin dan Mejar J.D. Richardson telah brsetuju menubuhkan satu gerakan sulit yang diberi nama Wataniah. Yeop Mahidin dilantik sebagai pegawai pemerintah. Pegawai Wataniah mendapat tauliah daripada Sultan Pahang. Pasukan Wataniah ditubuhkan dengan tugas penting, iaitu membantu Tentera Bersekutu mengambil semula Tanah Melayu dan Singapura daripada Jepun. Pasukan Wataniah diberi tugas penting seperti: a) Menyerang dan memusnahkan markas tentera Jepun termasuk ibu pejabatnya. b) Memandu tentera yang mendarat berhampiran kawasan mereka. c) Menggagalkan rancangan tentera Jepun dengan memusnahkan apa yang ada. d) Mematikan alat komumikasi Jepun apabila serangan daripada pihak Tentera Bersekutu bermula dan menghidupkannya semula apabila Tentera Bersekutu berjaya.

e) Sebelum Tentera Bersekutu tiba ke kawasantertentu, pasukan gerila Wataniah harus keluar mengambil alih kawasan itu dan menjaga keamanan dan keselamatan nyawa penduduk setempat.

Gerakan Menentang Jepun Di Sabah
Orang Cina Di Sabah, kumpulan yang menentang Jepun terdiri daripada orang cina yang enggan bekerjasama dengan Jepun dalam bidang perdagangan dan pertanian. Orang Cina mendapa sokongan daripada orang India dan kaum lain seperti Bajau dan Sulu. Gerila Kinabalu Kumpulan Gerila Kinabalu, pimpinan Musa, Korom, dan Albert Kwok Fern Nam melancarkan gerakan menentang Jepun. Gerakan yang paling hebat ialah Pemberontakan Double Tenth. Kejayaannya jelas apabila Jepun terpaksa memindahkan pusat pentadbirannya pada bulan Oktober 1943. Selain itu, Gerila Kinabalu berjaya menyerang balai polis Jepun di Menggatal, Jesselton, dan Tuaran pada 9 Oktober 1943, menawan Jesselton pada 10 Oktober 1943, dan dua hari kemudiannya berjaya menawan Kota Belud. Gerila Kinabalu begitu aktif dan agresif serta bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun di Filipina dan mengadakan hubungan dengan Gerila Sulu, pimpinan Imam Marajukin yang disokong oleh Amerika Syarikat. Gerakan Kinabalu terpaksa dibubarkan apabila pemimpin utamanya, Albert Kwok Fern Nam ditangkap dan dihukum bunuh pada 12 Januari 1944. Pasukan Gerila Gerakan penentangan yang lain di Sabah ialah pasukan gerila pimpinan Tun Datu Mustapha yang beroperasi di sekitar Kudat. Pasukan gerila secara kecil-kecilan juga terdapat di kawasan pedalaman dan di Sandakan.

Gerakan Menentang Jepun di Sarawak
Orang Cina Gerakan menentang Jepun di Sarawak dianjurkan oleh orang cina dan kaum bumiputera. Penentangan ini dilakukan secara kecil-kecilan di kawasan persisiran pantai. Gerakan secara kecilan ini bertujuan membantu Tentera Bersekutu memburu tentera Jepun. Penutup Kekerasan yang dilakukan dalam pentadbiran tentera Jepun telah mendatangkan reaksi penentangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Beberapa

pertubuhan/gerakan telah dilancarkan. Namun penguasaan Jepun berakhir pada tahun 1945 dan British kembali berkuasa semula.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful