P. 1
KHASIAT SURAH AL-FATIHAH

KHASIAT SURAH AL-FATIHAH

4.69

|Views: 7,949|Likes:
Published by kiedd_04
SURAH Al-Fatihah itu mempunyai khasiat yang banyak sekali. Di antara khasiat-khasiatnya adalah:
SURAH Al-Fatihah itu mempunyai khasiat yang banyak sekali. Di antara khasiat-khasiatnya adalah:

More info:

Published by: kiedd_04 on Aug 18, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

KHASIAT SURAH AL-FATIHAH

SURAH Al-Fatihah itu mempunyai khasiat yang banyak sekali. Di antara khasiat-khasiatnya adalah:

1. Untuk menjaga keselamatan diri Jika surah Al-Fatihah itu dibaca satu kali dan surah ikhlas berserta surah Mu'awwidzatain (Al-Falaq dan An-Naas) sewaktu akan tidur. Maka akan terjaga dari segala yang dibenci selain mati.

1

2. Supaya bahagia dan selamat Khasiat surah Al-Fatihah lagi, jika anda baca sebanyak 41 kali setelah solat sunat qabliyah Subuh (sebelum solat fardhu Subuh) secara terus menerus, maka jika anda ingin pangkat keduniaan, Insya-Allah dapat berhasil, jika fakir dapat kaya, jika punya hutang dapat membayar, jika sakit dapat sembuh, jika lemah menjadi kuat, jika merantau dapat mulia dan ditakuti musuh, dicintai semua orang baik lelaki ataupun wanita, semua ucapannya dipercayai masyarakat dan diselamatkan dari segala bencana.

3. Supaya banyak kebaikan dan hilang kesusahannya Jika surah Al-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu. Maka diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya baik urusan dunia mahupun akhirat.

4. Dimudahkan rezekinya dan berhasil maksudnya. Jika dibaca 20 kali setiap selesai solat fardhu secara terus menerus (tanpa berkata-kata). Maka orang yang membaca itu dimudahkan rezekinya, dijaga dari segala yang membahayakan, dimuliakan orang dan berhasil maksudnya.

2

5. Sebagai ubat dari segala penyakit Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a. Ketika Sayyidina Hassan bin Ali r.a. sakit, lalu Rasulullah SAW membaca surah Al-Fatihah pada air sebanyak 40 kali. Kemudian air itu disapukan ke muka Hassan bin Ali, disapukan kepalanya, tapak kaki dan tangannya. Maka segera sembuh dengan berkat pertolongan Allah.

6. Untuk menghilangkan kerisauan Termasuk khasiat surah Al-Fatihah lagi adalah, jika ditulis pada piling lalu dilebur dengan air dan diminumkan kepada orang yang hatinya risau atau gelisah, maka Insya-Allah dapat sembuh.

7. Untuk melepaskan tali ikatan musuh Surah Al-Fatihah juga mempunyai khasiat lagi. Iaitu jika ada orang yang dirantai lalu dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 121 kali dengan hati yang khusyuk. Kemudian ditiup pada kalung tadi sebanyak 10 kali, maka Insya-Allah dapat lepas.

PERHATIAN Segala tulisan untuk dilebur dan minum hendaklah ditulis dengan tinta misik za'faran yang mana anda boleh dapatkannya di kedai runcit India (India Muslim)

3

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->