You are on page 1of 3

Langkah-Langkah Keselamatan

 
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan
dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan
beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut:
 
Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat
menghindar dari kejutan elekrik.
 
Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah
dipasang.
 
Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity).
Peralatan Kerja (Tools)
 
Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian
sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu
setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan tambahan seperti satu set
komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh,
peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.
 
 
 
Meja kerja (Work bench)
 
Meja tempat membuat keda-keda pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciri-
ciri keselesaan dan keselamatan. Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja
makan 6 bangku sudah memadai.
 
Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai sekurang-
kurang empat soket bekalan elektrik dekat dengannya. Alas getah atau tikar getah
dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meia. Meja yang hendak digunakan biarlah
lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk keselesaan semasa bertugas.
 
 
 
 

 Amaran!!!
 
Komputer yang telah dibeli sebagai satu unit biasanya akan disealkan dengan kertas
keselamatan tarikh dan logo kedai. Sekiranya seal dirosakkan, ia akan membatalkan
perjanjian waranti. Dari itu elakkan dari membuka kotak komputer atau perkakasan yang
telah di sealkan. Sekiranya ada masalah dalam tempuh waranti, hantar komputer ke
pembekal untuk diperbaiki.
Electrostatik
 
Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalami kerosakan,
sentuh dengan jari di bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel bekalan kuasa yang
telah disambungkan ke punca AC (bekalan elektrik) akan menyalurkan kesan statik ke
bumi. Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak memulakan kerja pemasangan atau baik
pulih.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nota:
 
Electrostatic discharge (ESD) bermaksud pengaliran keluar statik elektriksiti (static
electricity) dari sumber luar, umpama tangan manusia, ke kad litar elektronik yang boleh
menyebabkan kerosakan.
 
Cara-cara Memegang Kad-kad Litar
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cara memegang kad dengan betul harus dipraktikkan setiap masa bagi mengelakkan kad
menjadi rosak. Cara betul yang disyorkan seperti dalam rajah A. Jangan sesekali
menyentuh bahagian litar (anak panah) atau terkena komponen yang tidak bersalut di atas
papan litar seperti yang ditunjukkan dalam rajah B.
 
 
Sepatutnya penjagaan kad harus diambil kira dari mula perkakasan diterima dan
membiarkan kad-kad di dalam bungkusan statik sehingga hendak digunakan.

You might also like