You are on page 1of 4

FESTIVAL NASYID ASRAMA

SMK DATO’ ONN BUTTERWORTH


TAHUN 2010

1. Pendahuluan

Nasyid adalah satu persembahan berkumpulan menyampaikan mesej berunsurkan


keagamaan. Melalui persembahan nasyid, penerapan nilai-nilai Islam dapat diketengahkan
melaui puji-pujian kepada Allah SWT. Menyeru manusia berakhlak mulia dan menyeru
manusia ke jalan yang benar.

Justeru itu, Biro Agama asrama SMK Dato’ Onn Butterworth mengadakan Festival Nasyid
Asrama 2010. Festival ini merupakan acara tahunan bagi pelajar-pelajar asrama mencungkil
bakat dan minat dalam bidang hiburan yang dibenarkan oleh Islam seterusnya memupuk
semangat kerjasama di kalangan warga asrama.

2. Objektif

2.1 Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan minat mereka dalam aktiviti
hiburan yang dibenarkan oleh Islam
2.2 Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia
2.3 Menyampaikan dakwah dan nilai-nilai murni melalui aktiviti hiburan Islam
2.4 Mewujudkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga
asrama dengan furu-guru terutama warden-warden asrama
2.5 Melatih pelajar menguruskan sesuatu program dengan lebih berkesan.

3. Sasaran

3.1 Semua pelajar asrama SMK Dato’ Onn Butterworth. (wakil setiap dorm)

4. Tarikh Pelaksanaan

22 Oktober 2010 (Peringkat Saringan)


23 Oktober 2010 (Peringkat Akhir)

5. Tempat

5.1 Peringkat Saringan – Surau Al-Falah SMKDOB


5.2 Peringkat Akhir – Dewan An-Najah SMKDOB

6. Syarat Pertandingan

Rujuk Lampiran 1

7. Penghakiman

7.1 Bahagian Suara - 40 markah


7.2 Bahagian Lagu – 40 markah
7.3 Bahagian Persembahan – 20 markah

8. Hadiah

8.1 Johan – Trofi, Sijil Penyertaan dan Cenderahati


8.2 Naib Johan – Trofi, Sijil Penyertaan dan Cenderahati
8.3 Tempat Ketiga – Trofi, Sijil Penyertaan dan Cenderahati
8.4 Saguhati – Saguhati – Sijil Penyertaan dan Cenderahati

9. Ahli Jawatankuasa Program

Rujuk Lampiran 2

10. Aturcara Majlis

Rujuk Lampiran 3

11. Penutup

Diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama
daripada semua pihak. Pihak asrama mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibat bagi menjayakan majlis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Lampiran 1

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID ASRAMA


SMK DATO’ ONN BUTTERWORTH

1. Tema

Berunsurkan nasihat, Ketuhanan, Rasulullah atau nilai-nilai murni

2. Irama Lagu

Kontemporasi berunsurkan nilai-nilai murni Islam

3. Alat Muzik

Menggunakan alat muzik sendiri seperti yenkee, djembee, kompang, bongo, tamborin, marakas,
Conga, rebana, shaker dan seumpamanya atau menggunakan alat musik minus one (sediakan
sendiri.

4. Lirik Lagu

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab

5. Lagu

Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan dua lagu nasyid.

6. Penyertaan

Kumpulan nasyid hendaklah tidak melebihi 10 orang pelajar lelaki atau perempuan sahaja (tidak
Bercampur) termasuk pemuzik.

7. Masa Persembahan

Masa persembahan ialah 15 minit sahaja ( 2 lagu )

8. Pakaian

Mengikut kesesuaian persembahan tetapi tidak melanggar tatasusila dan tidak menjolok mata.
Lampiran 3

ATURCARA FESTIVAL NASYID ASRAMA SMK DATO’ ONN BUTTERWORTH


TAHUN 2010

8.00 malam : Para peserta dan tetamu mengambil tempat

8.20 malam : Ucapan aluan Pengerusi Majlis

8.25 malam : Bacaan Doa

8.30 malam : Persembahan Nasyid – Kumpulan Fathilunnisa’ (ASAT)

8.45 malam : Pertandingan Nasyid dimulakan

10.15 malam : Persembahan Nasyid – Kumpulan Al-Ikhwan (MTQ)

10.30 malam : Ucapan Tuan Pengetua

10.40 malam : Pengumuman Keputusan Pertandingan dan Majlis Penyampaian Hadiah

10.50 malam : Jamuan Ringan

11.00 malam : Bersurai