DALIL DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH SAHIH YANG MENJADI DASAR BAGI MENYAMBUT MAULID NABI

Dipetik dari: http://www.facebook.com/shamsulkamalhj.maamor? ref=name#!/notes/al-asyairah-al-syafii/dalil-daripada-al-quran-dan-hadith-sahihyang-menjadi-dasar-bagi-menyambut-mauli/193395067354702 Adapun amalan menyambut Maulid Nabi itu belum pernah dilakukan pada zaman Nabi tetapi perbuatan tersebut dianjurkan oleh Allah dan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam secara umum. Walaupun tidak ada nas yang nyata tetapi secara tersiratnya, Allah ta`ala dan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menyuruh kita merayakan sesuatu hari yang menjadi peringatan-peringatan bagi kita,umpamanya hari maulid Nabi, hari isra’ mikraj, hari turunnya al-Quran, hari tahun baru Islam, hari Asyura dan lainlain. Banyak dalil-dalil yang kita perolehi dan ia berkait rapat dengan ini. Kepada pembaca dan pencinta kebenaran, bacalah dalil-dalil di bawah dengan tenang dan hati yang suci dan dengan kerendahan hati agar anda dapat memahaminhya. Di antara dalil-dalilnya adalah: DALIL DARIPADA AL-QURAN: Dalil Pertama: Firman Allah ta`ala:

ُ َ َ "‫فال ّذ ِي ْن ءامن ُوا ب ِهِ وَع َزروْه ُ وَن َصروْه ُ وات ّب َعُوا الن ّوْر ال ّذي أنزِل معَه أ ُوْل َئ ِك‬ ِ ُ َ َ َ ْ َ ُ َ ُ ّ ْ َ َ َ ‫."هُم ال ْمفل ِحوْن‬ َ ُ ْ ُ ُ
Maksudnya: "Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad sallallahu`alaihi wasallam) memuliakannya, menolongnya dan mengingati cahaya yang terang yang diturunkan kepada (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung". (Surah al-`Araf: 157) Di dalam ayat ini dinyatakan dengan tegas bahawa orang yang memuliakan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam perkara atau perbuatan memuliakan Nabi, yang sudah pasti orang yang menyambut maulid Nabi itu akan mendapat pahala di akhirat nanti. Bukan sahaja menyambut Maulid Nabi tetapi juga menyambut hari mi`rajnya, menyambut hari hijrah dan lain-lain adalah termasuk dalam konteks memuliakan Nabi. Sekalian orang yang memuliakan Nabi dan beriman dengan baginda akan masuk syurga di hari akhirat nanti.

Apakah sebab kita menyambut maulid Nabi??? Tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk memuliakan NABI MUHAMMAD SALLALLAHU`ALAIHI WASALLAM. Termasuk juga orang-orang yang membaca nazam-nazam, syairsyair,qasidah-qasidah,kalau dengan tujuan untuk memuliakan Nabi, maka ia termasuk dalam MAKSUD ayat al-Quran di atas, semuanya mendapat pahala sekiranya memuliakan Nabi. Termasuk juga orang yang berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka hal tersebut termasuk dalam maksud ayat tersebut. Orang yang membaca “MARHABAN”, kalau diniatkan untuk memuliakan Nabi, maka ia akan mendapat pahala yang banyak sekali dan akan beruntung. Ayat ini sangat umum dan sangat luas pengertiannya. Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan dengan niat untuk memuliakan Nabi, maka kita mendapat pahala kerana mengerjakannya. Yang dikecualikan ialah, kalau kita memuliakan nabi dengan suatu pekerjaan yang telah nyata HARAMNYA, yang telah nyata dilarang oleh Nabi, maka ia tidak mendapat pahala bahkan akan mendapat dosa. Umpamanya, seseorang itu mengadakan perayaan Maulid dengan tujuan memuliakan Nabi dengan mengadakan pesta judi, minum arak, menyabung ayam, bergaul dan bergurau-gurau lelaki dan perempuan, maka ia akan mendapat dosa. Kita menyambut maulid dengan cara yang betul dan diredhai oleh Allah,maka barulah kira memperolehi pahala daripada Allah ta`ala. Dalil Kedua: Firman Allah ta`ala:

َ ّ َ ّ ُ َ َ "‫وَقال الله إ ِني معَك ُم ل ِئ ِن أ َقَمت ُم الصلوة َ وَءات َي ْت ُم الزكوة َ وَءامنتم‬ َ ُ َ َ ّ ُ ُ ْ ْ َ ْ َ َ ْ َ ّ َ ّ ‫ب ِرسلى وَع َزرت ُموْهُم وَأ َقْرضت ُم الله قَرضا حسنا ل ُ ك َفرن عنك ُم سي ّئات ِك ُم‬ ِ ُ ُ ً َ َ ً ْ َ ْ ُ ْ َ ْ ُ ْ ّ ‫."وَل ُد ْخل َن ّك ُم جنات ت َجرى من ت َحت ِها ال َن ْهار‬ ِ ِ َ ْ ُ َ ِ ْ ٍ ّ َ ْ
Maksudnya: "Dan Allah berfirman (kepada mereka): Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusan-Ku) serta menolong mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalan-Nya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku (Allah) akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku (Allah) akan masukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. ".

(Surah al-Maidah: 12) Tafsir ayat di atas: Telah berkata al-Imam al-Tabari di dalam kitab tafsirnya pada juzuk VI, halaman 151, baris kedua daripada bawah: “Maksudnya perkataan “`Azzartumuhum” ialah “Memuliakan mereka”. Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga, perbuatan memuliakan nabi seperti menyambut perayaan maulid Nabi. Maka orang yang melakukannya serta beriman kepada Rasul,maka ia dimasukkan ke dalam syurga. Firman Allah ta`ala

"‫."ذ َل ِك وَمن ي ُعَظ ّم شعآئ ِر اللهِ فَإ ِن ّها من ت َقوى ال ْقل ُوْب‬ ُ ِ َ َ َ ِ َ ْ َ َ َ ْ
Maksudnya: "Demikianlah (agama Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati orang mukmin". (Surah al-Hajj: 32) Jelaslah bahawa ayat di atas menyatakan bahawa barangsiapa membesarkan syiar agama, maka dia adalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah. Maka di sini juga dapat kita memahami bahawa NABI MUHAMMAD SALLALLAHU`ALAIHI WASALLAM adalah syiar agama Islam kerana dengan lahirnya baginda ke dunia ini, maka umat manusia dapat mengenal Allah ta`ala dan beriman dengan sebenar-benar iman. Maka memuliakan syiar Allah itu adalah membuktikan hati yang taqwa kepada Allah. Orang yang hatinya tidak bertaqwa kepada Allah, maka sudah tentu dia tidak mahu memuliakan Nabi dengan menyambut Maulid Nabi seperti GOLONGAN AL-WAHHABIYYAH yang membid`ahkan maulid Nabi. DALIL DARIPADA AL-HADITH: Hadith Pertama: Tersebut di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan alImam Muslim: Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

ّ َ ّ "‫ا َن الن ّب ِي صلى الله ع َل َي ْهِ وَسل ّم قَد ِم ال ْمد ِي ْن َة فَوَجد َ ال ْي َهُوْد َ ي َصوْموْن‬ َ َ ُ ُ َ ّ َ َ َ َ ُ َ‫عاشوراء فَسأل‬ ‫َ َهُم فَقال ُوا: هُوَ ي َوْم ا َغ ْرقَ الله فِرع َوْن ن َجى موْسى وَن َحن‬ َ َْ ُ َ ّ َ ٌ َ ُ ُ ْ ْ ُ َ ْ َ ْ َ َ َ ‫."ن َصوْمه شك ْرا فَقال: ن َحن ا َوْلى ب ِموْسى من ْك ُم‬ َ ُ ْ ِ ُ ْ ً ُ ُ ُ ُ

Maksudnya: "Bahawasanya Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam datang ke Madinah, maka baginda dapati di situ orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang Yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan iaitu pada hari ini hari yang dikaramkan Fir`aun dan pada hari ini juga Nabi musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Nabi bersabda: “Kami lebih patut menghormati Nabi Musa daripada kamu semua". (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim) Syarah Hadith tersebut: Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani iaitu pensyarah kitab Sahih al-Bukhari dan kitab beliau diberi nama “Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari” mengatakan bahawa daripada hadith ini dapatlah dikeluarkan hukum: 1.Umat Islam dibolehkan dan bahkan dianjurkan agar memperingati hari-hari yang bersejarah, hari-hari yang dianggap besar, umpama hari Maulid, Mi`raj dan lain-lain. 2.Nabi pun memperingati karamnya Fir`aun dan bebasnya Nabi Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas musnahnya kebatilan dan tertegaknya yang benar/haq. Hadith Kedua: Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"‫لي ُؤ ْمن ا َحد ُك ُم حتى ا َك ُوْن ا َحب ا ِل َي ْهِ من وال ِد ِهِ وَوَل َد ِهِ والناس‬ ّ َ ْ ّ َ َ َ ُ ِ َ ْ ِ ِ ّ َ ‫."ا َجمعِي ْن‬ َ َ ْ
Maksudnya: "Belum sempurna iman seseorang kamu, kecuali sekiranya aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya dan hartanya dan dengan manusia keseluruhannya". (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim) Di dalam hadith ini dinyatakan bahawa iman itu belum sempurna pada hati seseorang itu melainkan ia mencintai Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam melebihi daripada kasihnya kepada Ibu bapanya, Isterinya, anakanaknya, keluarganya, hartanya dan sekalian manusia. Maka iman itu ada atau tidaknya, sempurna atau tidaknya bergantung kepada isi hati seseorang manusia itu. Sebagai contoh,Wahhabi jelas sekali tidak beriman kepada Allah bahkan Rasulullah kerana mereka telah mendustkan hadith Rasulullah dan mengingkari al-Quran kerana mereka menyamakan Allah

dengan makhluk seperti mengatakan Allah memiliki anggota badan. Na`uzubillah… Andai kata kita mengasihi nabi melebihi daripada kita mengasihi orangorang lain, maka ia sebenarnya telah sempurna imannya. Tetapi sekiranya kita mengasihi orang-orang lain, harta, keluarga melebihi kasih kita kepada Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, maka jelaslah bahawa iman kita belum sempurna walaupun kita sudah beriman kepada Allah dan Rasul dan perkaraperkara yang dikhabarkan oleh Rasulullah. Menyambut Maulid adalah ISYARAT bahawa kita mengasihi Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dan ia adalah tanda iman seseorang itu sudah sempurna. Orang-orang yang nipis imannya seperti WAHHABI membid`ahkan perayaan maulid. Na`uzubillah…

Hadith Ketiga: Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

ّ َ ّ َ َ َ ُ َ َ َ َ "‫جآء ا َع ْزب ِى إ ِلى الن ّب ِى صلى الله ع َل َي ْهِ وَسلم فَقال يا رسوْل اللهِ متى‬ َ َ َ َ ُ ّ ّ َ َ َ َ َ ُ ّ َ ِ َ َ َ َ َ ََ ُ ََ َ َ ٍ ‫الساع َة؟ فَقال: ما اع ْد َد ْت لها فَقال: ما ع َد َد ْت لها ك َث ِي ْر صلةٍ ول صيام‬ ّ َ ُ ُ َ َ َ :‫إل أ َنى أ ُحب الله وَرسوْل َه. فَقال رسوْل اللهِ صلى الله ع َل َي ْهِ وَسل ّم‬ ّ ِ ّ ِ َ َ ُ ُ ُ َ َ َ ‫"ال ْمرء مع من أ‬ ‫َ ْ ُ َ َ َ ْ حب‬ ّ َ
Maksudnya: "Datang seorang badwi kepada Nabi, lalu ia bertanya: “Wahai Rasulullah, bilakah kiamt itu akan tiba? Nabi menjawab: Apa yang telah kamu persiapkan untuk menemui hari kiamat itu? Badwi itu menjawab: Saya tidak menyediakan sembahyang yang banyak, juga tidak puasa yang banyak, tetapi yang telah saya sediakan untuk menemui kiamt itu ialah “KECINTAAN KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA”, Nabi menjawab: Manusia itu di hari akhirat akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya". (Diriwayatkan oleh alImam al-Bukhari dan al-Imam Muslim) Maka jelaslah bahawa menyambut maulid Nabi pada setiap tahun, membaca berzanji, membaca syair, membaca burdah, membaca qasidah, membaca kisah baginda dan berdiri ketika membaca marhaban adalah suatu bukti bahawa kecintaan kita kepada Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Kerana itulah, maka semuanya itu adalah pekerjaan atau amal yang sunat yang diberikan pahala sekalian yang mengerjakannya dan sekalian orang yang memberikan tenaganya, wangnya untuk melaksanakan majlis maulid Nabi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful