RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo.com.

my

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu En. Abdul Aziz bin Haji Sulaiman di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. Terima Kasih.

i) Kebaikan Sebutan Baku Bahasa Melayu ii) Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu...... i) Vokal suku kata akhir terbuka... 1 1 2 . ii) Vokal suku kata tertutup iii) Konsonan Melayu 9 Tugasan (c) Bincangkan Kebaikan dan Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu...... ...my ISI KANDUNGAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 Sekapur Sireh Isi Kandungan Soalan Tugasan Pendahuluan Kedudukan Bahasa Melayu Pandangan Asraf tentang bahasa baku Tugasan (a) Definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu i) ii) 8 Tugasan (b) Perbezaan Sebutan Baku dengan Sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi fonologi..... .RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo..com. Tugasan (d) 10 Rumusan 11 Rujukan 15 13 10 11 6 7 8 Definisi Sebutan Baku Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 3 4 PERKARA MUKA SURAT ...

(b) Jelaskan perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi fonologi. untuk tujuan ujian lisan dalam peperiksaan awam. 3/2000 untuk memaklumkan keputusan mesyuarat jemaah menteri yang berbunyi: ³«sebutan baku yang terus dilaksanakan di sekolah hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja«Walau bagaimanapun.. sila buat SATU kertas kerja berdasarkan soalan berikut: (a) Berikan definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu..RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo.my SOALAN TUGASAN KUALA LUMPUR. Bagi pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran selain Bahasa Melayu serta urusan-urusan lain di sekolah. sebutan biasa digunakan. 26 Jan (Bernama)«kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "Kita lihat pada waktu ini sebutan baku ini masih tak diterima tetapi yang popular dan diterima ialah sebutan bahasa yang lebih mirip sebutan Johor-Riau.com. Ekoran keputusan ini Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. sebutan baku atau sebutan biasa boleh digunakan.´ Berdasarkan kenyataan di atas." Kenyataan ini telah dikeluarkan selepas pemansuhan penggunaan sebutan baku diputuskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia pada tahun 2000. .

serta d) Mendirikan sebuah Maktab Perguruan Bahasa untuk melatih guru Bahasa Melayu untuk segala jenis sekolah Kedudukan Bahasa Melayu . Untuk melaksanakan peruntukkan di bawah Perkara 152 ini. kerajaan telah melaksanakan beberapa perkara berikut : a) Membina Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Melayu hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen. Berdasarkan Perkara 152 tersebut.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. PENDAHULUAN Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang termaktub di dalam Perlembagaan Tanah Melayu Perkara 152 sebagai Bahasa Kebangsaan sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. b) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah c) Memperluaskan penggunaannya dalam pentadbiran negara.my (c) Bincangkan kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu. kerajaan telah merancangkan beberapa perkara bagi memantapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.com. Antaranya ialah : a) Perkembangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. b) Perluasan penggunaan Bahasa Melayu di semua bidang kehidupan penuturpenuturnya. Untuk memastikan semua perancangan tersebut berjaya. Rumuskan perbincangan anda.

Pada ketika ini masing-masing cuba untuk melampaui ciri-ciri dialek kedaerahan semata-mata untuk memudahkan perhubungan. Selain Bahasa Melayu dialek yang digunakan oleh penutur -penutur Melayu di daerahdaerah yang berbeza. dialek Kelantan. Walau bagaimanapun. bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain ke atas bahasa Melayu sebagai norma. penulisan Bahasa Melayu masih menjadi sesuatu yang standard bagi kebanyakan pengguna Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Pasar ini dikatakan wujud disebabkan gangguan daripada bahasa Cina. mereka mampu menyesuaikan bahasa mereka dari segi sebutan dan istilah sehinggalah berlaku perhubungan. Di antara dialek -dialek ini wujud pula sejumlah dialek yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain daripada segi geografi dan kekeluargaan. apab seseorang penutur ila Bahasa Melayu yang berlainan dialek ini bertemu. terdapat juga Bahasa Melayu Pasar yang digunakan oleh penuturpenutur bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu.com. Dialek-dialek yang pelbagai ini ada yang mudah difahami dan ada yang sukar difahami oleh penutur dialek yang lain. Mengikut Za¶ba bahasa Melayu Pasar ini adalah Bahasa Melayu yang tidak lengkap perkataannya serta bahasa yang dipakai ala kadar sahaja bagi tujuan perhubungan dan pergaulan. Penutur-penutur dialek yang berbeza ini akan menggunakan gaya bahasa yang sama apabila mereka menulis. dialek Kedah.my Bahasa Melayu adalah satu kontinum dialek-dialek. Oleh itu. Banyak persamaan yang terdapat di dalam ko ntinum ini seperti mana kesamaan di antara dialek Perak Utara. dialek Kedah dan dialek Perlis. Walaupun terdapat banyak dialek yang dituturkan oleh penutur Bahasa Melayu. Pandangan Asraf Tentang Bahasa Melayu Baku .RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. dialek Melaka. dialek Pulau Pinang. dialek Perak dan sebagainya. Secara tidak langsung terdapat satu keseragaman tatabahasa apabila Bahasa Melayu digunakan di dalam penulisan berbanding ketika digunakan dalam pertuturan. Secara umumnya di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat banyak dialek-dialek Bahasa Melayu yang dituturkan mengikut daerah-daerah atau kelompok masyarakat seperti dialek Negeri Sembilan. dialek Johor. boleh dikatakan penutur-penutur dialek akan meminimakan penggunaan dialek mereka apabila mereka mula bergerak meninggalkan daerahnya dan seterusnya melakukan penyesuaian bagi memudahkan perhubungan di tempat yang baru. bahasa Tamil.

Sehubungan itu beliau beranggapan sebutan dialek Johor-Riau itu sebagai sebutan baku bahasa Melayu.dan seterusnya dapat dijadikan asas perbandingan´ . (a) Definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu i) Definisi Sebutan Baku Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus Dewan.com.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. Ahli-ahli bahasa seperti Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai ³a codified form of language. Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku. Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa... Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikod ifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut. yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah«. perkataan µbaku¶ ini membawa pengertian ³. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa. pengkamusan dan peristilahan. seperti penutur-penutur di Kelantan mempunyai variasi bahasanya yang tersendiri dan tidak sama dengan penutur-penutur di . saudara Asraf berpendapat bahasa Melayu Baku adalah berasal daripada dialek Johor-Riau. Oleh itu. Pandangan beliau berlandaskan kepada karya-karya Melayu lama yang kebanyakannya berasal dari daerah Johor-Riau seperti Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Seri Lanang. Malah pola-pola ayat Melayu di dalam Sejarah Melayu itu dianggap sebagai pola-pola ayat Melayu baku. sebutan ejaan.. Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa..my Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV (1981). penutur-penutur dialek dari daerah-daerah lain berusaha untuk bertutur seperti mana pertuturan orang-orang yang menggunakan dialek Johor-Riau. accepted by and serving as a model to a larger speech community´.

Namun semua kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa Melayu yang dirujuk sebagai dialek. khususnya di negeri Johor. bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya. Oleh itu bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan. Maksud kodifikasi ialah hasil pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri´. Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. ia akan membentuk imejnya tersendiri. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai. Kedah.my Perlis. ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan bahasa milik semua. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya. Pulau Pinang serta Perak utara.com. tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau. Menurut Profesor Nik Safiah Karim : ³Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami. Akan tetapi. Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah. sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah. Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahas a baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Melaka. ii) Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu . Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini. sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Jadi.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja.

ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Selain itu dengan wujudnya penyeragaman ini. iaitu sebutan menurut perlambangan huruf dan penyukuan kata.com. Oleh itu wujudlah satu dasar umum bahasa Melayu bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut.my Matlamat pembakuan bahasa Melayu amat penting terutamanya demi kepentingan nasional. atau apabila ada orang yang menekankan kekecualiankekecualian yang berlaku lebih daripada prinsip itu sendiri. Satu ciri utama penuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah. setiap huruf vokal melambangkan satu bunyi (fonem) vokal. Justeru itu setiap huruf di dalam ejaan rumi hendaklah jelas menurut bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. b) Intonasi Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Aspek-aspek berikut hendaklah diberikan perhatian agar dasar umum tersebut dapat dipatuhi:a) Sebutan huruf Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaannya. bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris´. Dasar sebutan baku ialah mengikut sistem fonemik. Harapan kita adalah akan berlaku penyeragaman dalam berbagai aspek bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa . Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Pada umumnya. Dasar sebutan fonemik ini atau sebutan berasaskan ejaan ini seringkali juga dikritik dan dipertikaikan apabila ada orang-orang tertentu yang menafsirkan dasar itu menurut pengertian selapis sahaja. dan setiap huruf konsonan melambangkan satu bunyi (fonem) konsonan.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. Dalam percakapan seharian. tetapi berbeza-beza. Menurut beliau : ³Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita. nada suara jarang-jarang mendatar. disebut sebagaimana dieja dan dieja segaimana disebut dan tiada huruf yang disenyapkan. Dasar tersebut adalah dari segi ejaan. bahasa Melayu akan dituturkan dengan betul dalam komunikasi rasmi. serta fungisnya di dalam ayat. yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap.

fonem /a/ tersebut tetap diucapkan sebagai [a]. Sebagaimana yang kita tahu bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau terdapat enam fonem vokal iaitu a. timbul anggapan bahasa Melayu Johor-Riau perlu dijadikan sebagai bahasa standard. sama ada kata dasar atau kata terbitan. o dan u.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. a) Fonem /a/ pada suku kata akhir terbuka di dalam bahasa Melayu Johor-Riau tidak diucapkan sebagai [a] tetapi diucapkan sebagai [e] di dalam pertuturan.com. e. Terdapat perbezaan dalam sebutan di antara sebutan baku Bahasa Melayu dengan sebutan Johor-Riau. i. Contoh: . Dalam bahasa Melayu baku. c) Sebutan kata Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola-pola suku kata). Contoh: Kata ada tiada Bahasa Melayu Baku [ad + a] [tia + da] Johor-Riau [a + de] [tia + de] Begitu juga kata-kata yang diambil dari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Sanskrit akan diucapkan sebagai [e] di dalam dialek Johor Riau. (b) Perbezaan Sebutan Baku dengan Sebutan Johor -Riau (biasa) dari segi fonologi.my Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat. i) Vokal suku kata akhir terbuka. Berikut adalah perbezaan cara sebutan enam fonem vokal tersebut mengikut dialek Johor-Riau berbanding dengan cara sebutan dalam bahasa Melayu Baku. Memandangkan penutur bahasa Melayu Johor-Riau berada pada tahap majoriti.

Contoh: Kata merdeka anda Bahasa Melayu Baku [mer + de + ka] [an + da] Johor-Riau [mer + de + ka] [an + da] b) Fonem /i/ diucapkan dengan bunyi [i] seperti yang dilambangkan dalam ejaan sama ada dalam bahasa Melayu baku dan dialek Johor-Riau.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo.com. Contoh : Kata situ Bahasa Melayu Baku [si + tu] Johor-Riau [si + tu] d) Fonem /e/ pada suku kata akhir terbuka tidak berlaku di dalam dialek Johor-Riau asli. Contoh : Kata Bahasa Melayu Baku Johor-Riau . e) Fonem /o/ sebagai vokal pada suku kata akhir terbuka tidak berlaku di dalam dialek Johor-Riau ii) Vokal suku kata tertutup a) Fonem /a/ tetap diucapkan dengan bunyi [a] seperti dilambangkan dalam ejaan dalam sebutan bahasa Melayu Baku dan sebutan Johor-Riau.my Kata dunia Bahasa Bahasa Melayu Baku [du + nia] [ba + ha + sa] Johor-Riau [du + nie] [ba + ha + se] Namun terdapat kekecualian bagi kata yang diambil daripada bahasa Indonesia bagi fonem /a/ dalam sebutan Johor-Riau yang masih mengekalkan bunyi [a]. Contoh : Kata ini sini Bahasa Melayu Baku [i + ni] [si + ni] Johor-Riau [i + ni] [si + ni] c) Fonem /u/ sebagai vokal pada suku kata akhir terbuka diucapkan dengan bunyi [u] seperti yang dilambangkan dalam ejaan sama ada dalam bahasa Melayu baku dan dialek Johor-Riau.

j. w.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. a) Semua fonem konsonan yang berlaku di awal kata. sy. l. t. k. gh. Contoh : Kata jatuh belum Parut Bahasa Melayu Baku [ja + tuh] [be + lum] [pa + rut] Johor-Riau [ja + toh] [be + lom] [pa + rot] d) Fonem /e/ tidak berlaku pada suku kata tertutup dalam dialek Johor-Riau. diucapkan dengan bunyi yang sama dengan yang dilambangkan dalam ejaan. n.com. e) Fonem /o/ tetap diucapkan dengan bunyi [o] seperti yang dilambangkan dalam ejaan. ng. p. ny.my dapat salam [da + pat] [sa + lam] [da + pat] [sa + lam] b) Fonem /i/ diucapkan dengan bunyi [e] dalam dialek Johor-Riau berbanding diucapkan dengan bunyi [i] dalam sebutan bahasa Melayu baku. Contoh : . v dan z adalah fonem-fonem asing yang dipinjam daripada pelbagai bahasa lain seperti Arab dan Inggeris. dan y. c. Jadi. g. s. r. m. d. h. kata-kata seperti artikel. iii) Konsonan Melayu Terdapat 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu yang dianggap sebagai konsonan asli yang dilambangkan dengan huruf-huruf b. Contoh: Kata alih hasil kutip Bahasa Melayu Baku [a + lih] [ha + sil] [ku + tip] Johor-Riau [a + leh] [ha + sel] [ku + tep] c) Fonem /u/ diucapkan dengan bunyi [o] dalam dialek Johor-Riau berbanding diucapkan dengan bunyi [u] dalam sebutan baku. q. kh. Manakala fonem-fonem yang dilambangkan dengan huruf-huruf f. sistem dan sumber adalah asing dalam sebutan menurut dialek Johor-Riau dan di sebut berdasarkan ejaan sebenar.

RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. Contoh : Kata tidur telur Bahasa Melayu Baku [ti + dur] [te + lur] Johor-Riau [ti + do] [te + lo] d) Bagi kata yang terdapat konsonan /r/ di tengah. i) Kebaikan Sebutan Baku Bahasa Melayu .my Kata badan ganti Bahasa Melayu Baku [ba + dan] [gan + ti] Johor-Riau [ba + dan] [gan + ti] b) Penutur Johor-Riau cenderung untuk menggugurkan akhiran /r/ di akhir suku kata berbanding dengan penutur bahasa Melayu baku. Sebutan baku bahasa Melayu bukan sengaja diperkenalkan untuk kepentingan individu-individu tertentu atau demi kepentingan politik golongan-golongan tertentu.com. penutur Johor-Riau lebih cenderung untuk menggantikan dengan bunyi [o] berbanding penutur bahasa Melayu baku. Contoh : Kata besar sabar lebar Bahasa Melayu Baku [be + sar] [sa + bar] [le + bar] Johor-Riau [be + sa] [sa + ba] [le + ba] c) Bagi kata yang berakhir dengan /ur/. Jika dihalusi tentunya terdapat kebaikan dan keburukan apabila sebutan baku bahasa Melayu diperkenalkan. akan berlaku pengguguran dalam sebutan penutur Johor-Riau. Ahli-ahli bahasa berpendapat dengan adanya penyeragaman dari aspek sebutan baku ini akan wujudlah sebuah masyarakat Melayu yang beridentitikan Melayu dan menggunakan bahasa yang seragam dalam semua acara rasmi. Contoh : Kata kerja pergi Bahasa Melayu Baku [ker + ja] [per + gi] Johor-Riau [ke + ja] [pe + gi] (c) Bincangkan Kebaikan dan Keburukan Sebutan Baku B ahasa Melayu.

kaumkaum atau kelompok-kelompok sesuatu dialek akan mudah berinteraksi dan seterusnya akan wujud perasaan saling hormat menghormati. bahasa Indonesia dan bahasa Jepun. Malah penuturpenutur dialek yang berbeza ini akan cuba membuang cara pertuturan masingmasing bagi memudahkan interaksi berlaku.my a) Sebutan baku sebagai sebutan rasmi dalam situasi formal Penyeragaman dalam sebutan akan menyebabkan bahasa Melayu dapat digunakan di dalam pelbagai situasi yang formal.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. Penggunaan sebutan baku bahasa Melayu dalam acara-acara rasmi di berbagai peringkat pasti boleh memartabatkan bahasa Melayu di kalangan masyarakat Malaysia. b) Sebutan baku sebagai alat perpaduan Penggunaan sebutan baku melalui media-media elektronik sekurangkurangnya dapat merapatkan jurang di antara penutur-penutur berbilang dialek yang terdapat di negara kita. Secara tidak langsung. Bagi seseorang pelajar. c) Sebutan baku memudahkan pembelajaran Bagi yang hendak mempelajari bahasa Melayu. sebutan baku akan memberikan kemudahan kepada mereka.com. Dengan adanya hanya satu jenis sebutan. bangsa Melayu mempunyai sebuah bahasa yang boleh dibanggakan di peringkat antarabangsa sebagaimana yang berlaku kepada bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris. d) Sebutan baku memberikan identiti Malaysia . penguasaan ejaan akan dapat ditingkatkan apabila mereka bertutur dalam sebutan baku bahasa Melayu. Ini disebabkan sebutan baku bahasa Melayu adalah dituturkan berdasarkan ejaan memandangkan telah ditentukan keselarasan vokalnya. Bahasa yang sebutannya seragam akan menjadi lebih mantap dan dapat berkembang pesat. Jadi tidak timbul kekeliruan untuk menyebut sesuatu perkataan. Malah bahasa Melayu akan dapat menjadi bahasa ilmu di dalam bidang pendidikan apabila terdapat keseragaman dari segi sebutan.

my Apabila terdapat keseragaman di dalam sebutan. Jadi penggunaan dialek-dialek daerah serta bahasa pasar akan diminimakan sekiranya segenap lapisan masyarakat bertutur dengan sebutan baku bahasa Melayu. ii) Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu. a) Masalah Komunikasi Apabila sebutan baku bahasa Melayu diperkenalkan. terdapat pelbagai pandangan yang sinis. Maklumat-maklumat yang disampaikan oleh media elektronik mungkin akan disalah tafsirkan oleh penutur-penutur dialek. Jadi sebutan baku bahasa Melayu ini menjadi sukar untuk diterjemahkan menjadi realiti di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang dialek dan berbilang kaum ini. kemungkinan berlakunya kecairan maklumat adalah agak tinggi.com.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. b) Berlaku kecairan maklumat Memandangkan sebutan baku bahasa Melayu ini masih baru. Masyarakat antarabangsa akan mengenali Malaysia melalui bahasa Melayu yang mempunyai identitinya sendiri iaitu sebutan baku. Bagi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia. Salah faham mungkin berlaku di kalangan rakyat yang berada di daerah-daerah pendalaman atau kaum bukan Melayu yang masih menggunakan bahasa pasar dalam komunikasi harian mereka. Masalah komunikasi di antara penutur-penutur berbagai dialek di Malaysia akan wujud apabila sebutan baku ini diperkenalkan memandangkan penutur-penutur dialek ini telah sebati dengan dialek masing-masing. pasti wujudlah sebuah masyarakat yang mempunyai identiti Malaysia. . Proses untuk meminimakan penggunaan dialek-dialek daerah ini akan mengambil masa yang agak lama. aspek bahasa amat penting supaya Malaysia dapat menonjolkan bahasa Melayu yang hanya terdapat satu jenis sebutan sahaja.

Sebutan berdasarkan ejaan menampakkan kejanggalan seseorang yang menuturkannya. Bunyi-bunyi perkataan yang berdasarkan sebagaimana ejaan jelas menunjukkan seperti berlaku peniruan daripada bahasa Indonesia. Malah para pemimpin. Oleh yang demikian.com. Kita menjadi terkilan apabila para pemimpin kita sendiri bukan sahaja gagal menggunakan sebutan baku bahasa Melayu tetapi gagal menggunakan bahasa Melayu di dalam acara-acara yang dihadiri atau yang dianjurkan di peringkat nasional. para penonton atau pendengar beranggapan agak melucukan apabila pembaca-pembaca berita menyebut perkataan-perkataan seperti /universiti/ sebagai [universiti]. Sebagai negara yang berdaulat. /teknologi/ sebagai [teknologi] dan /unit/ sebagai [unit].my c) Sebutan baku adalah bahasa Indonesia Sebutan baku bahasa Melayu yang didasarkan kepada ejaan fonemik mirip kepada bahasa Indonesia. ahli-ahli politik. Kita sepatutnya mencontohi masyarakat Jepun dan Indonesia yang kekal menggunakan bahasa mereka sendiri walaupun acara yang dianjurkan bersifat antarabangsa. Ketika mula digunakan di stesen-stesen televisyen suatu ketika dahulu. ahli-ahli akademik. Secara tidak langsung mereka telah memartabatkan bahasa mereka. Penggunaan bahasa Inggeris lebih diutamakan dalam acaraacara rasmi yang dianjurkan oleh kerajaan. ramai yang beranggapan agak pelik untuk dituturkan. golongan-golongan birokrat. (d) Rumusan Penggunaan sebutan baku bahasa Melayu sepatutnya dimulakan dengan satu peraturan atau undang-undang yang sepatutnya dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. negeri dan daerah.RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. d) Sebutan baku terdapat kejanggalan sebutan Apabila penggunaan sebutan baku ini diperkenalkan. perlulah kita mencuba untuk memahami apa yang kita anggap baku itu. Kita tidak sepatutnya menjadikan kelainan dialek sebagai satu halangan . kita tidak sepatutnya menjadikan bahasa asing sebagai contoh untuk diikuti. dan ahli-ahli korporat Melayu sepatutnya memulakan langkah pertama ke arah penggunaan sebutan baku bahasa Melayu ini di dalam segala bentuk acara atau situasi rasmi atau tidak rasmi.

(1982). kita mengharapkan penutur-penutur dialek mampu membuat penyesuaian sebutan bahasa sehingga akhirnya mereka menggunakan sebutan baku bahasa Melayu di dalam perhubungan. Apa yang kita inginkan ialah masyarakat Malaysia yang mampu menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Melayu baku untuk berinteraksi. Pembi Perancangan Bahasa Di Malaysia.. sudahlah tiba masanya kita mendisiplinkan diri dan menggunakan sebutan baku bahasa Melayu yang bebas daripada ¨©¨§ ¦ ¢£¥ ¤£ £¢¡  B SEM com. D7 ± Dialek 7 el # " !       : . Di dalam masyarakat kita yang berbilang dialek serta berbilang kaum ini pastinya akan wujud satu dasar bahasa yang serupa dan boleh di ahami.my A ± Sebutan baku D1 ± Dialek 1 D2 ± Dialek 2 .R ci li untuk membakukan bahasa Melayu. m/s 7 Berdasarkan rajah di atas.. Kuala Lumpur:DBP.. Penyesuaian sebutan di kalangan penuturpenutur dialek akan memudahkah komunikasi sebagaimana rajah di bawah. Kelainan dialek itu sepatutnya dianggap sebagai suatu variasi bahasa Melayu yang boleh diterima serta di ahami oleh majoriti penuturnya. Sumber : Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain. Oleh yang demikian.

Rujukan Abdullah Hassan. (2007). al. Batu Caves: PTS Profesional. 84-85. Linguistik Am.s. Ali Mahmood. Ali Mahmood. Dr. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. (1981). ISBN 967-933-190-3. et. (2010). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV.my sebarang kesalahan yang boleh mengganggu pemahaman. Fonetik dan Fonologi. Bhd. (1982) Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa di Malaysia. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. (2008). m. Awang Sariyan. Asraf. Dengan usaha ini Insya-Allah Bahasa Melayu akan terus gah di persada dunia. Isu-isu Bahasa Malaysia. Pengenalan Fonetik dan $ . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Penerbit Fajar Bakti Sdn. (1984).RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. Mashudi Bahari dan Lokman Abd Wahid. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. Batu Caves : PTS Profesional.com. HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor : Open University Malaysia.

my Fonologi Bahasa Melayu HBML1203. DBP. Kuala Lumpur.ISSN 1511-9084 . (1977).Halaman 705-723 . 24.com. Sdn Bhd.dialek Melayu. Dewan Bahasa bil..Jurnal Bahasa . Selangor : Meteor Doc. Dr. Dewan Bahasa dan Pustaka ± Jilid 4 Bil.4 Disember 2004 .RUSLI BIN SEMAIL cikliey28@yahoo. ³Tatabahasa Generatif " dlm. Prof. Asmah Hj Omar. Kepelbagaian Fonologi Dialek. 6 jil.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful