You are on page 1of 14

Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Mengenalpasti Kepelbagaian Dalam Kalangan Pelajar

Kepelbagaian yang wujud dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi
kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan
kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Setiap inidividu adalah berbeza dengan
individu yang lain. Setiap individu adalah unik. Perbezaan individu bermaksud variasi
atau ketidaksamaan inidividu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat
kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat. Aspek-aspek perbezaan
individu adalah seperti jantina, fizikal, kecerdasan, bangsa dan bahasa, personaliti,
kesihatan, sosial, emosi, kesihatan, motivasi, status sosioekonomi, sistem nilai, gaya
kognitif atau gaya belajar dan juga budaya.

 Bangsa
Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid,
dengan mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari
pelbagai bangsa harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya
peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.

 Status sosioekonomi
Murid dalam latar belakang yang berbeza juga seharusnya ditempatkan dalam satu
tempat yang sama tanpa wujud diskriminasi ekonomi atau taraf hidup. Guru
seharusnya bijak untuk mengetahui cara untuk melihat kepada kepelbagaian murid
di dalam kelas dan melihatnya sebagai satu keistimewaan dan bukan sebagai satu
beban. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani
kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran.

 Agama
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti
yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan

1
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira
anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid
dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam
masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran ke arah
memacu pembangunan negara. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan
kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan
nilai harus diterima seadanya. Oleh yang demikian, guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid
mereka.

 Bahasa
Penggunaan bahasa yang standard harus didedahkan kepada murid. Unsur-unsur
dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan dan murid seharusnya diingatkan untuk
sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan laras
bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang
bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa
murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid
mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

 Jantina
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan
jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam
interaksi yang berlainan jantina. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang
boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur
ketidakadilan kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang
yang sama pada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang
kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang
positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan
tersebut.

2
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

 Personaliti
Terdapat pelbagai teori psikologi yang boleh dikaitkan dengan kepelbagaian murid
di dalam kelas tetapi yang paling mudah untuk dikenalpasti adalah Teori Personaliti
Carl Jung. Carl Jung adalah orang pertama yang menggunakan istilah introvert dan
extrovert unutk menggambarkan dua jenis personaliti yang berbeza. Dua personaliti
ini mudah dilihat di dalam kelas dan ianya tidak mengira jantina samada lelaki atau
perempuan. Introvert ialah trait personaliti yang menggambarkan ciri seperti
seorang pemalu, pendiam, tidak suka bersosial dan tenang. Pelajar ini cenderung
untuk berdiam diri ketika di dalam kelas malah tidak mempunyai ramai sahabat.

Ekstrovert pula menggambarkan ciri personaliti seperti berani, petah berbicara,


popular di kalangan rakan dan mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin. Murid
yang mempunyai ciri ini akan menunjukkan sikap yang lebih positif. Ekstrovert
mempunyai ciri-ciri seperti ceria, gemar pada keseronokan, suka bercampur gaul,
aktif dan ligat, inovatif atau gemar pada perubahan serta aktiviti luar, peramah dan
cepat bertindak balas. Guru perlu bijak mengenalpasti dan mencungkil potensi yang
wujud dalam kalangan pelajar ini.

 Kesihatan
Sebahagian besar pelajar dalam kelas terdiri daripada pelajar yang sihat, riang,
cerdas dan normal. Pelajar yang tidak sihat adalah pelajar yang lemah dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat juga murid
yang kurang sihat, berpenyakit, dan dilahirkan kurang sempurna seperti mereka
yang cacat pendengaran, penglihatan, bisu dan sebagainya.

 Mental
Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid,
pengalaman, latar belakang, kebolehan akal, keupayaan belajar, kebolehan bertindak
dan kebolehan menggunakan bahasa.

3
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

 Tingkah laku
Perbezaan tingkah laku diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah
laku berinteraksi (bahasa dan gaya), unsur-unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap
dan ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama.

 Tempat tinggal
Lokasi tempat tinggal setiap individu itu adalah berbeza antara satu sama lain. Ia
boleh dibahagikan kepada kawasan bandar dan luar bandar seperti kampung dan
sebagainya. Persekitaran antara keduanya tidak sama dan jauh berbeza antara satu
sama lain berdasarkan kepada keadannya.

 Emosi
Aspek-aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan
menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang
itu seperti gembira, duka, suka, marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan
sebagainya.

Semua aspek-aspek kepelbagaian ini memberi implikasi kepada pengajaran dan


pembelajaran dari segi tahap kesediaan belajar pelajar, objektif pengajaran dan
pembelajaran, tingkahlaku yang mengganggu pembelajaran, perbezaan gaya belajar,
mental, persepsi dan nilai terhadap pelajaran. Di dalam kelas, guru-guru dapat
mengenalpasti aspek-aspek perbezaan individu melalui pelbagai cara dan salah satu
daripadanya ialah melalui pemerhatian tingkahlaku murid semasa belajar, laporan
bulanan atau tahunan prestasi murid, fail profil murid yang mengandungi maklumat
peribadi pelajar, temubual pelajar sendiri dan juga melalui aktiviti-aktiviti semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

4
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran

Matapelajaran: Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4


Topik: Prinsip Memasak

Unit Pengetahuan & Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian


Konsep/ Istilah Fakta Kaedah/ Teori/
Kemahiran Prinsip
Tujuan Tujuan memasak; Kemahiran:
Memasak Keselamatan, Menjelaskan
Memudahkan
pencernaan, Kaedah:
Membaiki rupa Sumbangsaran
dan tekstur
makanan,
Mempelbagaikan
masakan dan
Menambahkan
rasa makanan
Prinsip Penyediaan Haba kering Kemahiran: Prinsip Ciri hasil Kelebihan
Memasak makanan dengan seperti Menerangkan, memasak; masakan dan
kaedah memasak mengoreng, membezakan haba kering yang kelemahan
yang sesuai. memanggang, dan haba digoreng, setiap
menggril, Kaedah: lembap direbus, kaedah
membakar. Penerangan/ dikukus, memasak
Perbincangan direneh,
Haba lembap dicelur
seperti dan
mengukus, direndidih

5
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

mencelur,
merendidih,
merebus dan
mereneh.
Kesan Kemahiran: Memasak Kesan Membuat
Haba Memasak bahan haba laporan
Terhadap (psikomotor) makanan terhadap hasil dari
Makanan dengan 6 makanan pemerhati-
(ikan, Kaedah: kaedah dari segi an
beras dan Demonstrasi memasak rupa,
sayur) warna dan
tekstur
Alat Untuk 2 jenis: Kemahiran: Kegunaan Mengguna .
Penjimat menjimatkan elektrik dan Menyatakan pengisar, -kan alat
Masa masa & tenaga gas pengadun, penjimat
dalam Kaedah: ketuhar, masa.
penyediaan Penerangan/ pengadun
makanan Soal jawab kopi, periuk
nasi elektrik
dan ketuhar
gelombang
mikro

Rancangan Pengajaran Harian

6
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Mata Pelajaran : Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan : Tingkatan 4


Tarikh : 30/11/2009 Masa : 9.00-10.20 (80 minit)
Bil. Pelajar : 20 orang (hadir: 20 orang)
Tema/ Tajuk : Prinsip Memasak
Sub Tajuk : Tujuan dan Prinsip Memasak
Objektif Khas Domain Kognitif
(Eksplisit) (1) menyatakan tujuan memasak makanan
(2) menerangkan prinsip memasak makanan
(3) menyenaraikan kaedah memasak menggunakan haba kering dan haba lembap.

Domain Afektif
(1) menyedarkan pelajar tentang kepentingan makanan dimasak
(2) meningkatkan keyakinan untuk memasak dengan kaedah yang betul.
(3) mengamalkan kebersihan dan sikap berhati-hati semasa di bengkel.

Domain Psikomotor
(1) mendemonstrasikan beberapa kaedah memasak.
(2) menggunakan alatan memasak dengan betul
Strategi Sumbangsaran, penerangan, perbincangan dan soal jawab, demonstrasi
Pengetahuan Lalu Pelajar sedia ada mengetahui jenis-jenis makanan yang digoreng, direbus, dipanggang, dikukus dan
dibakar.
Alat Bantu Slaid persembahan MS Power Point, Buku Teks, Alatan Memasak
Penerapan Nilai Kerjasama, Berhati-hati, Kebersihan, Kesedaran Kendiri, Keyakinan

Rancangan Pelaksanaan (Pembelajaran Masteri)

7
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Langkah/ Isi kandungan/ Aktiviti Pengajaran dan Sumber/ nilai


Masa kemahiran Pembelajaran /teknik
Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar
Induksi set Tujuan memasak makanan Guru bertanya samada Terdapat pelajar yang Teknik:
(5 minit) pelajar pernah memasak di menjawab pernah dan ada Sumbangsaran
rumah. yang tidak pernah.
Pemikiran reflektif
Guru menyatakan tujuan
dan kepentingan makanan
dimasak sebelum dimakan.
Langkah 1 Prinsip Memasak Guru menerangkan prinsip Pelajar memerhati dan Teknik: Syarahan
(10 minit) utama memasak terbahagi mengambil nota isi pelajaran
 Haba Kering kepada 2 iaitu haba kering dari slaid MS Power Point Slaid persembahan
 Haba Lembap dan haba lembap. yang dipaparkan. MS Power Point,
Buku Teks.
Guru bertanya contoh Pelajar memberi beberapa
masakan yang sesuai contoh yang mereka ketahui.
dimasak menggunakan
haba kering dan haba
lembap.
Langkah 2 Haba kering Guru menerangkan 3 Pelajar memerhati dan Slaid persembahan
(15 minit) kaedah memasak yang mengambil nota isi pelajaran MS Power Point,
 Kaedah menggoreng menggunakan haba kering dari slaid MS Power Point Buku teks, carta
 Kaedah membakar satu persatu dan yang dipaparkan prinsip memasak
 Kaedah memanggang menunjukkan gambar
sebagai contoh.

Langkah 3 Haba lembap Guru menerangkan 5 Pelajar memerhati dan Slaid persembahan
(15 minit) kaedah memasak yang mengambil nota isi pelajaran MS Power Point,
 Kaedah mengukus menggunakan haba lembap dari slaid MS Power Point Buku teks, carta

8
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

 Kaedah merebus satu persatu dan yang dipaparkan prinsip memasak


 Kaedah merenih menunjukkan gambar
 Kaedah merendidih sebagai contoh. Teknik: syarahan
 Kaedah mencelur
Langkah 4 Tunjuk cara kaedah Guru mendemonstrasikan Pelajar memerhati dan Penerapan nilai:
(30 minit) memasak oleh guru kaedah memasak sambil mencatat ciri-ciri hasil memberi perhatian
diperhatikan oleh pelajar. masakan yang dapat dilihat.
Teknik: demonstrasi
Guru meminta pelajar
memerhatikan dengan teliti
demonstrasi yang dibuat
dan mencatat ciri hasil
masakan.
Penutup Aktiviti soal dan jawab Sesi perbincangan dan soal Pelajar memberi respon Penerapan nilai:
(5 minit) serta rumusan jawab dijalankan. kepada pertanyaan guru. kesedaran kendiri.

Guru membuat kesimpulan Teknik:


daripada tajuk yang perbincangan, soal
dipelajari pada hari ini. jawab

Pengalaman Pembelajaran bagi Pelajar Lemah, Sederhana dan Bijak

9
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Berlian (bijak) Delima (sederhana) Zamrud (lemah)


Aktiviti Induksi set Induksi set Induksi set
-Menyatakan tujuan memasak - Menyatakan tujuan memasak - Menyatakan tujuan memasak dan
jenis masakan.

Langkah 1 Langkah 1 Langkah 1


- Mendengar, memerhati dan mencatat. - Mendengar, memerhati dan mencatat - Mendengar , memerhati dan mencatat
- Berbincang dan menerangkan prinsip - Menjawab soalan guru dan memberi - Menjawab soalan guru.
serta contoh masakan. pendapat.
-Mencatat dan menjawab soalan.

Langkah 2 Langkah 2 Langkah 2


- Mendengar, memerhati dan mencatat. - Mendengar, memerhati dan mencatat - Mendengar, memerhati dan mencatat.
- Berbincang dan memberi pendapat. - Menjawab soalan guru. - Menjawab soalan guru.
- Mencatat dan menjawab soalan.

Langkah 3 Langkah 3 Langkah 3


- Mendengar, memerhati dan mencatat. - Mendengar, memerhati dan mencatat. - Mendengar dan memerhati.
- Berbincang sesama rakan dan guru untuk - Berbincang sesama rakan untuk - Menjawab soalan guru
membezakan kaedah memasak membezakan kaedah memasak.
- Menjawab soalan guru. -Menjawab soalan guru.

Langkah 4 Langkah 4 Langkah 4


- Mendengar, memerhati dan mencatat. - Mendengar dan memerhati. - Mendengar dan memerhati.
- Berbincang sesama ahli kumpulan dan - Berbincang dengan beberapa orang
guru tentang ciri-ciri hasil masakan. ahli kumpulan tentang ciri-ciri hasil
masakan.

10
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Penutup Penutup Penutup


- Menerangkan secara ringkas, membuat - Membuat nota ringkas dan menjawab - Mendengar dan menjawab soalan
peta minda dan menjawab semua soalan beberapa soalan yang diberikan. mudah yang diberikan.
yang diberikan

Kemahiran Induksi set Induksi set Induksi set


Guru - Menyatakan tujuan dan kepentingan - Menyatakan tujuan dan kepentingan - Menyatakan tujuan dan kepentingan
memasak makanan sebelum dimakan serta memasak makanan sebelum dimakan memasak makanan sebelum dimakan
contoh yang sesuai. serta contoh yang sesuai serta contoh yang sesuai.

Langkah 1 Langkah 1 Langkah 1


- Memberi penerangan yang jelas dan tepat - Memberi penerangan yang jelas dan -Memberi penerangan yang jelas dan
mengenai prinsip memasak dan tepat mengenai prinsip memasak dan tepat mengenai prinsip memasak dan
bertanyakan soalan dan pendapat. bertanyakan soalan. bertanyakan soalan-soalan mudah.

Langkah 2 Langkah 2 Langkah 2


- Penerangan isi beserta contoh. - Penerangan isi beserta contoh - Penerangan isi beserta contoh yang
- Menyoal dan bertanyakan pendapat. -Menyoal dan memberi soalan. mudah ditemui atau dilihat.
- Memberi soalan atau masalah. - Memberi soalan mudah.

Langkah 3 Langkah 3 Langkah 3


- Penerangan isi beserta contoh. - Penerangan isi beserta contoh - Penerangan isi beserta contoh yang
- Menyoal dan bertanyakan pendapat. -Menyoal dan memberi soalan. mudah ditemui atau dilihat.
- Memberi soalan atau masalah. - Memberi soalan mudah

Langkah 4 Langkah 4 Langkah 4

11
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

- Menerangkan dan melakukan - Menerangkan dan melakukan - Menerangkan dan melakukan


demonstrasi. demonstrasi. demonstrasi.
- Perbincangan dan soal jawab. - Perbincangan dan soal jawab. -Memberi contoh-contoh mudah.

Penutup Penutup Penutup


- Membuat kesimpulan dan menilai hasil - Membuat kesimpulan dan menilai - Membuat kesimpulan dan menilai
kerja pelajar hasil kerja pelajar hasil kerja pelajar.

Alat Bantu Induksi Induksi Induksi


Mengajar - Slaid power point dan gambarajah. - Slaid power point dan gambarajah. - Slaid power point, gambarajah dan
video rancangan masakan.

Langkah 1 Langkah 1 Langkah 1


- Buku teks, papan tulis, Slaid power point - Buku teks, papan tulis, Slaid power - Buku teks, papan tulis, bahan realia,
dan gambarajah point dan gambarajah Slaid power point dan gambarajah

Langkah 2 Langkah 2 Langkah 2


- Buku teks, papan tulis, Slaid power point - Buku teks, papan tulis, Slaid power - Buku teks, papan tulis, bahan relia,
dan gambarajah point dan gambarajah lembaran kerja, Slaid power point dan
gambarajah

Langkah 3 Langkah 3 Langkah 3


- Buku teks, papan tulis, lembaran kerja - Buku teks, papan tulis, lembaran kerja, - Buku teks, papan tulis, bahan relia,
Slaid power point dan gambarajah, Slaid power point dan gambarajah Slaid power point, gambarajah dan
video rancangan masakan.

12
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Langkah 4 Langkah 4 Langkah 4


- Buku teks, bahan relia, alatan memasak - Buku teks, bahan relia, alatan - Buku teks, bahan relia,alatan
dan bahan masakan. memasak, bahan masakan dan memasak, bahan masakan, gambarajah
gambarajah. dan video rancangan masakan

Penutup Penutup Penutup


- Buku tulis/ nota dan latihan. - Buku tulis/ nota dan latihan - Buku tulis/ nota dan latihan
-Gambarajah -Gambarajah. -Gambarajah.
- Buku skrap.

13
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar (KPD 5033)

Jadual Banding Beza untuk Membezakan Kepelbagaian Pelajar.

Aspek Perbezaan Berlian Delima Zamrud


Ciri-ciri / Gaya Berpusatkan murid Koperatif, Masteri,
Pembelajaran Berpusatkan guru Berpusatkan guru.
dan murid

Kecerdasan Verbal-linguistik, Interpersonal, Kinestetik.


Logikal-matematik Intrapersonal

Kelajuan Cepat Sederhana Perlahan


penerimaan

Kebolehan kognitif Pengetahuan, Pengetahuan, Pengetahuan,


Kefahaman, Kefahaman, Kefahaman,
Aplikasi, Aplikasi, Aplikasi.
Analisis, Analisis.
Sintesis,
Penilaian.

Aktiviti pelajar Mendengar, Mendengar, Mendengar,


Memerhati, Memerhati, Memerhati,
Mencatat, Mencatat, Mencatat,
Berbincang dan Membuat nota Menjawab soalan.
menerangkan ringkas,
semula serta Menjawab soalan.
memberi pendapat
mereka,
Membuat peta
minda/konsep,
Menjawab soalan.

Motivasi Intrinsik Intrinsic dan Ekstrinsik


(dorongan dalaman) ekstrinsik (ganjaran luar)

14

You might also like