You are on page 1of 16

KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-

ISU GLOBAL (MTP 3012)


 

TEORI MODENISASI
 

Modenisasi merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan


tentang kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh masyarakat
dunia pada umumnya. Disamping itu terdapat juga kenyataan-
kenyataan yang menerangkan tentang Modenisasi sebagai contohnya:

" modernization theory presumes that all countries had similar


starting points and follow similar paths to "development," which
just happens to look exactly like contemporary 1st world societies."

(
--http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupe
rt/depe...)

Dari kenyataan diatas kalau dilihat ia menunjukkan bahawa


modenisasi itu merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang
mana lebih tertumpu kepada satu bentuk kehidupan barat dan secara
tidak langsung ianya dapat mempengaruhi sesuatu masyarakat dari
beberapa aspek, termasuklah kebudayaan, sosial, cara hidup dan lain-
lain lagi.

1.1 Implikasi Modenisasi

Selain itu Modenisasi, telah mengujudkan 2 bentuk


masyarakat iaitu moden dan tradisional .

a. Masyarakat tradisional lebih kepada mengekalkan


tradisi dan juga tidak dinamik. Disamping itu berpegang
teguh kepada keagamaan dan struktur sosial yang telah
diwarisi. Lemah dari segi inovasi atau tidak berdaya
maju serta tidak cekap . Manakala sistem politik lebih
tertumpu kepada bentuk yang lama. Manakala ekonomi
bergantung kepada pertanian didalam menjalani
kehidupan semasa.

a. "Masyarakat moden pada asalnya merupakan


masyarakat tradisi yang telah mengalami pembangunan
secara komplek . Ini merupakan kesan dari kehendak
semasa yang mana melibatkan perkembangan sains dan
teknologi dan seterusnya memberikan satu bentuk
pulangan yang lumayan dari hasil yang di perolehi.
(Kapitalisme). Selain itu rasa ingin berubah yang mana
dirasakan dapat memberikan kepuasan . Lebih bersifat
individualistik dan kekuasaan. Dari aspek ekonomi
ianya lebih bergantung kepada industri-industri
pengeluaran."

(-
http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/me
rupert/mode..).

Disamping itu kesan perubahan masa juga


mempengaruhi teori modenisasi yang mana berlaku
tranformasi dari segi makna . Jikalau dulu ianya
dikaitkan dengan pembaratan kini maknanya lebih luas
dengan mengambil kira unsur-unsur sains dan teknologi.
Sebagai contoh dikalangan pemimpin negara, Perdana
menteri Malaysia didalam Teks ucapan utama di
kongres kebangsaan wawasan 2020 mengatakan
"Pemodenan bukanlah Pembaratan, bukan Penjepunan,
bukan Pentimuran dan bukan juga Pengasiaan tetapi
mestilah merupakan bumi moden yang tersendiri" .
(1997:3). Sementara di kalangan ahli akademik pula
modenisasi kini dikaitkan dengan perkembangan
kerasionalan dan penggunaan sains dan teknologi dalam
kehidupan masyarakat. [Al-Atas(1972) dan Shaharuddin
(1992)] .

2.0 TRANSFORMASI

Pembaratan dan pemodenan atau modenisasi merupakan dua konsep


dan proses yang saling berhubung kait . Berdasarkan sumber
sejarahnya konsep dan proses tersebut merujuk kepada perubahan
sosial yang melibatkan transformasi dan penyesuaian institusi kepada
fungsi yang sentiasa berubah. Pada asalnya hasrat negara-negara
Barat adalah untuk mentamadunkan dunia luas dan membentuk
negara-negara itu akur kepada institusi yang sediada. Proses
pembaratan ini membawa implikasi transformasi budaya secara
menyeluruh dan penyusunan semula semua aspek kehidupan asli
anak-anak pribumi.

Proses pembaratan ini telah bermula di kalangan negara Eropah


sendiri apabila negara-negara itu cuba mendapatkan kuasa dan
mengatasi satu sama lain. Dalam proses mendominasi masyarakat
bukan barat dan dalam usaha hendak menjalankan pemerintahan dan
pentadbiran sendiri, budaya bukan barat telah dirungkai, adat
tempatan dan amalan tradisional termusnah. Pemusnahan beberapa
institusi tradisional negara bukan barat itu membolehkan pihak
penjajah menggunakan kuasa untuk mengubah institusi yang
dianggap tidak cekap, tidak berfeadah dan sebagainya. Menjelang
abad ke 19 dan awal abad ke 20 kebanyakkan negara-negara bukan
barat telah dijajah dan terletak di bawah pemerntahan kuasa-kuasa
utama Eropah, diketuai oleh Britain. Perubahan yang berasal dari
Eropah Barat mula tersebar ke masyarakat lain di dunia dan
menghasilkan transformasi yang membawa kesan terhadap kehidupan
masyarakat tersebut. Pemodenan telah dibawa keseluruh dunia
melalui persaingan sesama negara barat untuk mendominasi dunia.
Sebagai suatu ideologi pembangunan pula, proses pembaratan boleh
dianggap sebagai mendokong kepentingan barat, terutama dari segi
ekonomi.

Pada mulanya perluasan kuasa barat bertujuan untuk mendapatkan


bahan mentah, kuasa perdagangan bagi memonopoli dan mengawal
laluan perdagangan serta keuntungan. Namun, akhirnya perluasan
kuasa barat dikembangkan untuk menguasai politik bag
mempertahan, mengawal dan mengekalkan negara-negara yang
selama ini membekalkan kekayaan, keuntungan, bahan mentah dan
pasaran, yakni perkara-perkara yang genting bagi kemajuan dan
pembangunan negara meraka sendiri. Bagi mengekalkan empayar
pula mereka mempengaruhi, mengubah dan membentuk institusi,
kepercayaan, ideologi, sikap, nilai dan amalan adat resam tradisional
tempatan bersesuain dengan matlamat dan keperluan mereka. Proses
pembaratan ini dijalankan dengan menerapkan budaya barat dan
galakan oleh kerajaan dalam proses industrialisasi moden. Usaha ini
dilakukan samada melalui paksaan atau secara lembut dan diwajarkan
atas alasan untuk kebaikan orang tempatan atau kononnya untuk
mengelak orang tempatan daripada menghadapi kehancuran. Dalam
proses untuk membaratkan masyarakat negara-negara luar Eropah,
corak pemerintahan secara tradisional negara-negara tersebut perlu
dihapuskan. Sungguhpun dari satu segi, proses pembaratan itu
membawa kemusnahan dan kehancuran kepada sistem dan nilai
tradisional serta mengekalkan ketaksamaan, tetapi dari segi yang lain
pula ia mendatangkan sumbangan positif dari segi memperbaiki
keadaan kehidupan material penduduk tempatan.

Selepas Perang Dunia Kedua banyak daripada negara yang dijajah


mendapat kembali kebebasan politik mereka. Negara bangsa yang
baru terbentuk, mendapati diri mereka meneruskan proses pembaratan
bagi menyediakan atau membekalkan makanan perumahan,
pengangkutan, pendidikan dan pekerjaan penduduknya disebabkan
tidak mahu ketinggalan dari segi pembagunan. Walau bagaimanapun,
pada peringkat ini proses perubahan itu telah memasuki fasa yang
berbeza dan tidak lagi diistilahkan sebagai pembaratan tapi
sebaliknya istilah untuk menerangkan proses itu dianggap sebagai
pengalaman pemodenan atau pembangunan yang juga merupakan
istilah dan konsep barat. Sesebuah masyarakat memiliki ciri-ciri
masyarakat moden seperti perindustrian, pembandaran, pendidikan,
komunikasi massa dan sebagainya, belum tentu lagi masyarakat itu
boleh dianggap moden. Sesebuah masyarakat perlu memiliki ciri-ciri
luaran sebelum boleh diklasifikasikan sebagai moden seperti
memiliki cara-cara baru untuk berfikir, bertindak dan berperasaan.
Pemodenan merupakan satu proses perubahan sosial apabila
masyarakat yang membangun mendapatkan ciri-ciri yang lazim
terdapat di kalangan masyarakat indurtri barat yang jauh lebih maju.

3.0 Pemodenan Model Barat

Teori-teori pemodenan yang terbentuk pada abad ke 20, terutama


selepas perang dunia kedua, merupakan warisan teori evolusioner
abad ke 19. Terdapat tokoh-tokoh pemodenan yang menerangkan
peringkat-peringkat proses masyarakat praindustri berkembang
sehingga menjadi masyarakat industri. Sebaliknya terdapat ramai
dikalangan tokoh yang mengambarkan situasi ‘sebelum dan selepas’
dengan membezakan antara satu set ciri yang dikaitkan dengan
masyarakat pra-industri dengan satu set ciri masyarakat industri.
Keterangan yang dikemukakan ini juga menggambarkan perubahan
yang sama iaitu semua masyarakat yang dianggap pernah mengalami
satu siri transformasi yang selari menuju ke arah matlamat. Lantas
pemodenan dianggap sebagai satu fenomena sejagat apabila
matlamatnya mudah ditentukan.

Dengan itu, semua teori unilinear tentang kemajuan dan perubahan


masyarakat dan teori pemodenan melihat masyarakat sebagai
perubahan unsur mengikut satu garisan ke arah keadaan yang lebih
kompleks. Masyarakat barat yang dikatakan mempunyai ciri-ciri
industri, bandar, kompleks, pengkhususan dan sebagainya itu
dianggap sebagai hasilan akhir proses evolusi itu. Model eropah barat
sering dijadikan rujukan memandangkan kebanyakkan keterangan
yang dikemukakan tentang pemodenan telah diperkembangkan ke
negara-negara maju, industri barat itu sendiri berdasarkan
pengalaman mereka. Walaubagaimana pun pada akhir tahun-tahun
1960-an telah wujud penjelasan yang bertentangan yang datangnya
daripada tokoh-tokoh di luar negara barat.

3.1 KONSEP ASAS

Konsep asas dalam teori pemodenan adalah tradisi dan


modeniti. Masyarakat tradisional dan moden dilihat
sebagai masyarakat yang mempunyai ciri-ciri unggul.
Masalahnya, bagaimana hendak menteorikan stuktur
dan budaya mereka serta proses yang menghasilkan satu
jenis masyarakat (moden) daripada masyarakat
tradisional. Huraian tentang konsep ini adalah perlu
demi memahami proses pembangunan. Dengan itu,
terdapat banyak definisi bagi menerangkan pemodenan.
Bendix umpamanya berpendapat bahawa : its is esier to
define modernization as a breakdown of the ideal-
typical traditional order; authority loses sanctity,
monarchy declines, hierarchial social order is
disrupted. Secular authority rule in the name of the
people and an equalitarian ethos are typical attributes
of modern society. (1978: 10-11)

Secara umumnya ia didefinisikan sebagai penekanan ke


atas ciri-ciri sosial, ekonomi dan politik negara industri
barat. Berkait rapat dengan kecenderungan ini ialah
cadangan bahawa modeniti merupakan puncak kejayaan
tamadun barat. Keadaan ini yang hanya boleh dicapai
oleh yang berjaya seharusnya dicontohi oleh setiap
masyarakat lain. Pendek kata teori pemodenan bersetuju
bahawa aliran mencontohi modeniti kapitalis barat
(Harrison, 1988:153).

3.2 PEMODENAN SEBAGAI SATU PERALIHAN

Sungguhpun secara umum permodenan diandaikan


sebagai satu peralihan dari masyarakat feudal kepada
industri atau sebagai satu proses masyarakat tradisional
mencapai keadaan moden, namun belum terdapat satu
definisi khusus yang menerangkannya. Wujudnya
keadaan ini kerana sering terdapatnya kaedah baru
mengumpulkan dan menganalisis data serta berbagai-
bagai aliran pemikiran yang wujud.

Dari kaca mata barat, kedua-dua proses pembaratan dan


pemodenan adalah berbeza. Dalam konteks dan fahaman
mereka, pemodenan bermaksud membentuk semula
yang lama untuk menjadikan ia baru, sementara
pembaratan bermaksud membawa keluar idea-idea
mereka (Barat) itu menyebarkannya ke negara-negara
lain di dunia. Sebaliknya, di negara bukan Barat kedua-
dua proses itu dianggap serupa dalam ertikata pada
asasnya mereka termasuk mengambil unsur-unsur Barat.
Negara-negara ini cuba mencapai moden melalui proses
yang diambil dari Barat. Walaubagaimanapun,
pemodenan itu, tidak semestinya menghasilkan
pengagihan faedah ekonomi dan sosial yang sama rata
disebabkan ianya merupakan suatu proses yang pada
asasnya tidak sama rata dan menghasilkan keadaan
kurang pembangunan serta pengantungan. Lagipun,
pemodenan juga membawa satu perspektif Barat ynag
kontroversial lagi eksklusif tentang pembangunan dan
negara yang membangun.

Seperti yang telah dinyatakan, keterangan tentang


perubahan dan pemodenan banyak merujuk kepada
pengalaman dan model Barat, sedangkan idea-idea
progresif bukan Barat kurang diberikan perhatian.
Keterangan yang berat sebelah ini menyebabkan
kebanyakkan analisis tentang pemodenan dan
pembangunan gagal mengambil kira dua realiti sosial,
iaitu pengaruh tamadun bukan-Barat dalam proses
pemodenan dan wujudnya masyarakat majmuk. Bahkan,
ternyata bahawa dua realiti sosial yang tersebut itu
kurang menerima perhatian dalam paradigma dan
analisis sosiologi sejarah dan sosiologi pembangunan
sedangkan kedua-dua realiti ini adalah asas kepada
kehidupan sosial masyarakat bukan-Barat.

4.0 Timur Dan Barat Pertembungan Tamadun.

Hasil pertembungan antara Timur dan Barat, Timur telah terheret ke


dalam apa yang dirujuk sebagai zaman moden. Impak tamadun Barat
yang berpusat di Eropah ke atas masyarakat bukan-Barat dirasakan
terutama bermula pada akhir abad ke 15 seterusnya iaitu apabila
tamadun itu melampaui sempadan Eropah dan menjelajah ake Afrika,
Asia dan Amerika Latin. Kegagahan ekonomi dan teknologi yang
dimiliki Barat membolehkannya menakluk masyarakat lain dan
mengenakan nilai-nilai sehinggakan kedatangan Barat ke Timur
bukanlah sekadar datang ke sebuah entiti yang tidak mempunyai
budaya, nilai, tamadun dan sebagainya yang tersendiri. Negara-negara
di Timur adalah kaya dengan tamadun dan budaya mereka yang telah
diperkayakan menerusi saling pengaruh mempengaruhi dan difusi
budaya hasil kegiatana perdagangan, perkahwinan dan penaklukan.
Hasilnya pula wujud saling kaitan dan identiti yang boleh
menyatukan mereka ke satu tamadun Timur yang umum.

Apabila Barat sampai ke Timur berlakulah pertembungan di antara


berbagai-bagai tamadun yang telah bertapak di sana dengan yang
Barat. Hasil pertembungan itu tamadun purba Timur secara perlahan-
lahan telah dipengaruhi oleh kesan tamadun Barat yang lebih moden
dan lebih dinamik. Sungguhpun pada akhirnya, tamadun dan budaya
Barat berjaya mengatasi budaya dan tamadun Timur, namun tamadun
dan budaya Timur itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Bahkan
ia seharusnya diberikan perhatian dalam proses memahami
perkembangan sesebuah masyarakat Timur.

4.1 KESAN PERTEMBUNGAN

Sebenarnya kesan pertembungan tamadun dan budaya


Timur dan Barat ini tidaklah berlaku sehala sahaja.
Sungguhpun Barat berjaya mengatasi budaya dan
tamadun Timur dan mengenakan pengaruhnya, ia juga
telah menerima kesan pengaruh budaya dan tamadun
Timur. Selain daripada itu, tamadun dan budaya Barat
itu tidak sendiri adalah merupakan hasil pengaruh
banyak tamadun di Eropah seperti Graeco-Roman,
Anglo-Saxon dan Kristian yang bermula di benua
Eropah itu sendiri.

Akibat pergolakan revolusioner politik dan industri yang


berlaku pada akhir abad yang ke 18, Eropah
digambarkan pada abad yang ke 19 sebagai "A
civilazation on the march" (Sansom, 1977), apabila ia
mula menjelajah ke serata dunia dengan membawa
berbagai-bagai aspirasi termasuk ingin mentamadunkan
masyarakat yang dianggap ‘ketinggalan’. Menerusi
imperialisme dan kolonialisme negara-negara Afrika,
Asia dan Amerika telah mula-mula dimasukkan di
bawah kuasa dan kawalan ekonomi Barat yang
kemudiannya diikuti dengan kawalan dan kuasa politik.
Pergerakan Barat ini mencabar asas yang membentuk
masyarakat Asia, mengenakan kehendaknya ke atas
mereka dan mendatangkan perubahan sosial dan politik
yang amat penting.

Penduduk tempatan telah mengalami berbagai-bagai


kesan zaman penjajahan. Kuasa ekonomi, politik dan
ideologi telah membolehkan negara Barat membentuk
atau membentuk semula, secara langsung dan tidak
langsung, negara yang dijajah mengikut versi dan ideal
mereka bagi melicinkan pencapaian kepentingan
mereka. Mereka berupaya bertindak demikian kerana
kuasa atradisional tidak cukup cekap untuk
menggalakkkan pertumbuhan dan kemajuan
pengikutnya. Sebaliknya tamadun Barat menyediakan
berbagai-bagai infrastuktur sosial. Perubahan dikenakan
apabila ideal, idea, nilai dan industri Barat
diperkenalkan dan dipaksakan bagi mengantikan yang
asal.Kedaulatan negara-negara pribumi tertakluk di
bawah kedaulatan empayar. Namun, cara rejim empayar
mengenakan kawalan institusi ke atas pelbagai negara
pribumi berbeza-beza. Proses ini melibatkan
pemusnahan unsur yang lama dan pengenalan unsur
yang baru, asing dan dibawa dari luar. Daripada
tindakan ini muncul suatu pergerakan sosial yang baru
dan berasaskan prinsip-prinsip tamadun Barat.

4.2 KONSEPSI BARAT

Barat telah merujuk proses ini sebagai modernizing iaitu


satu proses melalui mana-mana negara-negara yang
dijajah mengambil ciri-ciri modern-Barat. Ringkasnya,
pemodenan telah tercapai menerusi proses pembaratan.
Bidang pendidikan disusun mengikut garispandu Barat.
Begitu juga media massa mencontohi model Barat.
Bahkan, kota raya dan industri menyerupai yang
terdapat di Barat berbanding dengan bandar tradisional
yang terdapat di Timur. Golongan intelek pergi ke Barat
untuk menimba ilmu dan mereka yang mengaji di tanah
air pula meneruskan pengajian di universiti yang
bercorakkan seperti yang terdapat di Barat. Sepert di
banyak negara yang mengalami proses ‘pemodenan’
ini., kotaraya menjadi social matrix proses pembaratan
itu. Walau apa pun asas berlakunya perubahan, stuktur
masyarakat Timur telah mula berubah dan perubahan itu
pula sentiasa ke arah stuktur masyarakat moden-Barat
iaitu melalui pengaruh Barat moden.

Oleh kerana masyarakat dunia dibentuk menerusi


perluasan Eropah maka bukanlah satu kebetulan sahaja
bahawa konsep dan ukuran yang digunakan untuk
pemodenan datangnya dari Barat. Masyarakat bukan-
Barat terpaksa menggunakan konsep dan teknik yang
dikembangkan dalam kontek atau mengikut perspektif
Barat. Penduduk tempatan diperkenalkan kepada
pemikiran dan pengalaman Barat, prinsip kehidupan
Barat, sejarah Barat, pendidikan Barat dan sekurang-
kurangnya kemahiran Barat yang dianggap perlu untuk
menjalankan kehendak penjajah dengan cekap.

Sungguhpun penjajah Barat telah memperkenalkan


beberapa teknik dan agensi-agensi revolusi industri,
membina sistem politik baru bersandarkan konsepsi
baru tentang undang-undang dan kerajaan,
memperkenalkan banyak idea, anggapan dan konsep
Barat serta pengetahuan tentang bahasa gunanya
mentamabdunkan penduduk Timur, namun imperialisme
Barat masih tidak berjaya mengubah keseluruhan
masyarakat tersebut secara total. Di India, misalnya,
imperialisme Barat gagal membentuk Barat juga tidak
berjaya mengindustrikan negara-negara itu secukupnya
kerana masyarakat Timur tidak sepenuhnya ‘terbuka’.
Masyarakat Timur mempunyai sejarah, budaya dan
tradisi ekonomi, politik dan sosial mereka sendiri
walaupun kelihatan dari luar sebagai tidak sempurna
atau tidak cekap. Lantas, proses pembaratan berjaya
menembusi hanya sebahagian daripada masyarakat
(terutamanya golongan atasan) tetapi sebahagian besar
penduduk tidak merasakan kesannya. Mereka kurang
memahami nilai atau asas terletaknya keseluruhan
masyarakat Barat. Boleh dikatakan bahawa ciri-ciri
Barat yang mereka telah ambil dan sesuaikan adalah
pada dasarnya di permukaan sahaja. Ciri-ciri itu tidak
dihayati sepenuhnya hingga ke akar umbi. Dengan itu,
sungguhpun Barat telah mengawal dan memerintah
sebahagian besar daripada masyarakat dan negara Asia,
latarbelakang sejarahnya yang panjang dan ketegaran
adat resamnya tidak memungkinkan transformasi yang
menyeluruh.
4.3 PERANAN BARAT

Sungguhpun pelbagai maksud dan implikasi muncul


daripada istilah pemodenan. Ini bermaksud modenisasi
hanyalah untuk menunjukkan proses pemindahan
budaya Barat dari segi idea, idelogi, nilai, amalan,
kepercayaan dan lain-lain pula mengubah aspek-aspek
yang sama di Negara Dunia Ketiga. Bolehlah dikatakan
bahawa faktor luaranlah, terutama yang berpunca dari
Barat, yang banyak mempengaruhi proses perubahan di
Timur semasa zaman penjajahan. Untuk mengadakan
perubahan itu, Barat telah menentukan polisi mengikut
visi dan model mereka tentang state yang unggul,
iaitu ideal western state. Lantaran politik dan
masyarakat disesuaikan dan ditransformasikan mengikut
pola Barat. Selain daripada itu, pemodenan bukan sahaja
datangnya dari Barat tetapi mungkin berpunca dari
sebuah negara yang sudah maju. Sebagai contoh unsur-
unsur pemodenan boleh didangkan oleh negara Turki,
Jepun, Thai, China yang telah berjaya memperkenalkan
beberapa unsur moden.

Secara ringkasnya proses pembaratan melibatkan


penggantian unsur tertentu budaya pribumi tradisioanal
Timur dengan unsur-unsur Barat. Proses ini juga
mengakibatkan peranan fungsional tempatan diambil
alih oleh Barat. Sebaliknya pada asasnya proses
pemodenan membentuk semula sistem budaya yang ada
supaya menjadi baru dengan ciri-ciri yang telah dikongsi
bersama oleh Timur dan Barat.

5.0 ANTROPOLOGI DAN MODENISASI:


MENGUNGKAPKAN PENGALAMAN MALAYSIA

Atropologi di tempat kelahirannya, di Barat, dikatakan menghadapi


krisis pada waktu ini. Tetapi antropologi di Malaysia kelihatan subur
dan sehat. Apakah di sebalik misteri ini? Sebenarnya tidak sebarang
muslihat di sebalik keadaan ini kalau kedua-dua perkembangan yang
bertentang ini diletak dan dianalisis dalam konteks sosialnya masing-
masing. "Economic rationalism" di negara Anglo-Saxon telah
menular kemana-mana sehingga mengesankan perjalanan universiti,
termasuk hidup matinya antropologi. Inilah nampaknya pengalaman
di Barat, dan juga pengalaman antropologinya, yang mungkin
dihambat oleh keadaan pos-industrialnya. Malaysia masih merupakan
sebuah negara yang masih ligat mengejar modenisasi. Antropologi
lahir dari suatu keadaan krisis akibat mengejar modenisasi ini. Maka
antropologi telah ikut maju dan berkembang sesuai dengan kemajuan
di Malaysia. Di samping itu kerencaman kandungan masyarakat
Malaysia itu sendiri, dengan tradisi "every day antropologynya" yang
begitu kukuh dan tersulam halus dalam perjalanan seharian
anggotanya, dengan mudah menerima antropologinya yang berbentuk
akademik kepangkuannya. Berkembang mekarlah antropologi jadinya
di Malaysia sebuah disiplin, biarpun isi kandungan sudah banyak
diubah sesuai dengan keperluan konteks sosial sezaman. Dalam
"merintis jalan ke 2020", antropologi tetap penting sebagai sebuah
disiplin akademik yang boleh menjadi teras pembentukan bangsa
Malaysia yang bersatupadu.

6.0 Modenisasi Model Islam

Proses modenisasi di dalam dunia Islam sebenarnya telah lama


bermula di tangan para sarjana Islam seperti Syeikh Muhammad
Abduh, Syeikh Rashid Rida dan banyak lagi nama besar yang lain,
iaitu sejak abad ke 18 dan 19 lagi. Gerakan modenisasi ini dikenali
dengan nama gerakan Islah dan ianya bertujuan untuk kembali
sepenuhnya kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah dalam semua aspek
pembangunan manusia, merangkumi bidang sosial, politik,
pendidikan dan sebagainya.

Gerakan Islah atau reformasi Islam ini sebenarnya telah juga bermula
di kawasan kepulauan Melayu, malah di Tanah Melayu, pada abad ke
20. Ianya dipelopori oleh beberapa tokoh seperti Syeikh Daud Pattani,
Tok Kenali, Syeikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain yang menggunakan
penerbitan dan media mereka untuk menyeru orang Melayu supaya
kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, serta meninggalkan segala
adat usang dan khurafat yang diwarisi daripada ajaran yang asing
daripada Islam. Gerakan Islah dan reformasi ini lahir dalam bentuk
yang menyeluruh dan merangkumi konsep modenisasi berdasarkan
tamadun Islam fizikal dan kerohanian, ilmu dan nilai serta akhlak
yang pada dasarnya berbeza daripada proses modenisasi aliran Barat
yang mengenepikan agama dan nilai moral yang berdasarkan kepada
nilai agama. Ketidakhadiran nilai ketuhanan dan akhlak yang
berasaskan agama inilah yang mendorong orang Islam menolak
proses modenisasi umumnya, dari Barat. Orang Islam melihat Barat
sebagai dunia sekular dan segala sesuatu yang diambil dari Barat
adalah terpisah jauh daripada agama termasuk kehidupan moden dan
proses memodenkan masyarakat dan negara.

Apabila proses modenisasi atau kehidupan moden ini dikaitkan


dengan fahaman sekular dan cara hidup berteraskan budaya barat,
maka generasi baru yang lebih peka dengan nilai akhlak Islam dan
lebih komited kepada ajaran Islam, terutamanya di tengah arus
kebangkitan semula Islam yang melihat Islam sebagai sistem hidup
yang lengkap akan segera menolak cara hidup moden yang di import
dari Barat.

6.1 Budaya Hedonistik

Reaksi negatif masyarakat Islam terhadap cara hidup


moden yang di dasarkan kepada nilai Barat berterusan
sehingga sekarang apabila masyarakat dapat melihat
unsur permisif yang mewarnai kehidupan masyarakat
barat. Hal ini dengan sendirinya menimbulkan semacam
kegelisahan dalam masyarakat yang segera menganggap
bahawa jika semua pembaharuan yang di buat dalam
pembangunan sosial, ekonomi dan sebagainya
membawa kepada bertambahnya perbuatan mungkar
dan maksiat maka lebih baik lagi jika proses
pembangunan di lambatkan atau tidak di laksanakan
sama sekali.

Reaksi negatif dan kefahaman sempit masyarakat yang


melihat proses modenisasi sebagai proses yang akan
membawa kepada pengamalan nilai moden barat yang
akhirnya membawa kepada perkembangan dan
pembangunan masyarakat yang permitif dengan nilai
yang bercanggah dengan agama seharusnya ditangani
dengan baik. Masyarakat haruslah di didik dan di beri
kefahaman yang jelas tentang falsafah dan konsep
modenisasi yang sebenarnya, perbezaannya dengan
falsafah modenisasi Barat dan apakah yang di
maksudkan dengan konsep pembangunan ekonomi,
budaya dan sosial negara Malaysia berdasarkan ‘acuan’
kita sendiri.

6.2 PERBEZAAN MODENISASI

Proses modenisasi di negara kita tidak seharusnya di


hubungkan dengan proses modenisasi di negara maju.
Proses modenisasi di negara maju berjalan dengan
pesatnya tanpa di corakkan oleh nilai moral dan nilai
murni kehidupan, apa lagi nilai agama. Namun demikian
tidak dapat di nafikan bahawa terdapat juga kebaikan
dari modenisasi yang dilaksanakan oleh barat. Maka
dalam hal ini, umat Islam haruslah bersikap lebih
terbuka dalam menolak sesuatu yang datangnya dari
Barat. Sesuatu yang tidak bertentangan dengan nilai
agama atau ajaran Islam haruslah di nilai atau di kaji
dengan sebaik-baiknya agar moden dari Barai itu dapat
diterima dan diamalkan dengan sebaik-baiknya sesuai
dengan nilai agama Islam itu sendiri.

Banyak negara Islam yang mempunyai kekayaan


sumber alam kurniaan Allah SWT tetapi masih
bergantung pada kepakaran dan alat teknologi Barat
kerana negara terbabit tidak mempunyai kepakaran
sendiri untuk mengendalikan tenologi moden, dan tidak
mempunyai kemampuan untuk memindahkan teknologi
moden ke negara mereka. Hal inilah yang berlaku di
dunia Islam sekarang yang menjadikan negara Islam
tidak dapat membangun dengan baik sehingga
mengakibatkan umat Islam sentiasa berada dalam
kemunduran dan ketinggalan di belakang berbanding
dengan umat lain. Kelemahan dan kemunduran umat
Islam ini pula sering membawa implikasi buruk kepada
umat Islam sendiri dari segi politik, pendidikan,
ekonomi dan sebagainya. Faktor inilah yang
mengakibatkan negara Islam atau umat Islam boleh di
permainkan oleh kuasa besar dunia dalam bentuk
pencerobohan, penindasan dan sebagainya. Orang Islam
juga haruslah memahami bahawa proses pemodenan
atau modenisasi bukanlah sama dengan falsafah dan
proses pembaratan. Proses pemodenan adalah sesuatu
yang di lakukan dan boleh di sesuaikan dengan ajaran
agama dan nilai akhlaknya. Dasar umum Islam ialah
menerima pembangunan dalam pelbagai aspek
terutamanya dalam bidang peningkatan ilmu
pengetahuan, proses pembangunan masyarakat
perindustrian dan pertanian, penggunaan teknologi
maklumat dan perusahaan, pembangunan institusi sosial
dan ekonomi dengan menggunakan kemajuan sains dan
teknologi moden serta pembangunan negara umumnya.

6.3 Al-Quran Dan Modenisasi

Al-Quran menegaskan bahawa manusia hendaklah


mewujudkan perubahan dalam kehidupan mereka dan
tidak hanya menunggu takdir atau menyerah kepada
Allah semata-mata tanpa sebarang usaha. Firman Allah
yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesuatu yang
berada pada sesuatu kaum, sehingga mereka ( sendiri )
mengubah apa yang ada dalam diri mereka."

( Surah al-Ra’ad, ayat 11 )

Perubahan yang boleh di tafsirkan daripada ayat ini


merupakan perubahan sikap dan pemikiran, perubahan
tahap pencapaian kehidupan dan perubahan manusia
dalam semua bidang kehidupan dunia dan akhirat. Allah
mengecam hebat sikap beku dan degil orang musyirikin
Mekah yang tidak mahu menerima ajaran dan perutusan
yang di bawa oleh Rasulullah SAW kerana mereka
terlalu bersikap fanatik dan taksub kepada adat dan
tradisi lama nenek moyang mereka. Kecaman Allah
kepada mereka jelas menunjukkan bahawa manusia
perlu menilai dan memikirkan secara positif terhadap
sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka selaras
dengan pembangunan pemikiran dan ilmu pengetahuan
yang di kurniakan Allah kepada manusia, asalkan
tindakan mereka tidak terkeluar daripada dasar
kebenaran yang di tentukan oleh Allah. Rasulullah juga
pernah menegaskan bahawa manusia lebih mengetahui
tentang masalah mereka, maksudnya segala sesuatu
yang berhubung dengan kehidupan keduniaan, haruslah
di kaji dan di bangunkan sesuai dengan falsafah ajaran
Allah SWT.

7.0 KESIMPULAN

Jika dilihat secara keseluruhannya, Teori Modenisasi adalah istilah


yang digunakan untuk menunjukkan tentang kemajuan atau proses
perubahan. Ia termasuklah dari berbagai-bagai aspek kehidupan
dalam masyarakat. Hasilannya ia mengujudkan klasifikasi masyarakat
iaitu tradisional dan moden. Selain itu Modenisasi juga tidak dapat
dipisahkan dari istilah Transformasi di mana Modenisasi tidak akan
ujud tanpa berlakunya Transformasi. Inilah antara alasan mengapa
Teori Modenisasi ini hanya sesuai diapplikasikan oleh negara sedang
membangun. Bagi negara sedang membangun ia memerlukan satu
proses perubahan yang secara langsung mempunyai kaitan dengan
Teori Modenisasi itu sendiri.

Barat telah mengelirukan masyarakat dunia dengan menggambarkan


betapa pentingnya Teori Modenisasi sehingga mengenepikan soal-
soal keagamaan dan kerohanian serta nilai-nilai murni. Secara tidak
langsung akan menghasilkan masyarakat yang maju atau moden
tetapi mengujudkan berbagai-bagai masalah sosial. Proses modenisasi
di Malaysia berlaku secara tidak sengaja dimana kedatangan Barat
dalam cuba meluaskan kolonielnya telah mengakibatkan proses ini
berlaku. Sungguhpun begitu kesempatan yang diambil oleh Barat
amat merugikan masyarakat Malaysia khasnya yang ketika itu kaya
dengan hasil bumi. Tamadun Timur yang sedia ada telah bertembung
dengan Tamadun Barat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan
Teori Modenisasi. Hasilan dari pertembungan ini maka ujudlah dua
hala kesan pengaruh Budaya dan Tamadun yang secara tidak
langsung telah menyerap ke dalam masyarat Barat sendiri. Nilai-nilai
murni yang diperolehi dari masyarakat Timur telah sedikit sebanyak
menular kedalam masyarat Barat. Inilah yang dikatakan atau
diistilahkan sebagai Pertembungan Tamadun. Apapun alasannya
Modenisasi Model Islam adalah yang tertua dan telah ujud sejak abad
ke 18 dan 19 lagi. Mementingkan Al-Quran dan Sunnah dalam
membentuk kemodenan merupakan alasan yang unik dan istimewa
kerana Islam itu sendiri adalah kesempurnaan. Modenisasi Model
Islam menekankan bahawa kemodenan yang hendak dicapai perlukan
seiring dengan perkembangan diri atau sahsiah diri yang mulia. Tidak
bererti kemodenan masyarakat itu jika sekiranya keruntuhan akhlak
menjadi ‘santapannya’.

 
 

Bibiografi

Mahathir Mohamad.[YAB Dato Seri Dr. Perdana Menteri Malaysia ]


1997. Teks Ucapan utama di Kongres Kebangsaan Wawasan 2020,
yang Diadakan di Petaling Jaya . Selangor pada 29-30 April.

Levy M.J. 1967 . Modernization and the Structure of Society. 2


Jilid.Princeton.New Jersey .

Alatas S.H 1972 . Modernization and Social Change. Sydney :


Augus and Robertson.

Rahimah Abdul Aziz .1989.Pengantar Sosiologi Pembangunan .


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rostow . w. w . 1960. Stage of Economic Growth : A Non -


Communist Manisfesto. Cambridge .

Sinai I.R. 1964. The Challenge of Modernization: The West ‘s


Impact on the Non-Western World. London : Chatto and Windus.

( --http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupert/depe...)

Shaharuddin Maaruf. 1992. Some Theoretical Problems Concerning


Tradition and Modernization among the Malays of Southeast Asia.
Singapore.

You might also like