BAB 2 TAMADUN ISLAM Oleh Prof. Madya Dr.

Asiah Ali Kamariah Yusoff Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi MARA

KATA KUNCI : Tamadun, Jihad, Sekularisme, Kebangkitan Islam, Islam Hadhari HASIL PEMBELAJARAN Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1. 2. 3. 4. Memahami pandangan semesta Islam Menghuraikan Konsep Tamadun Islam Menjelaskan konsep Jihad dan peranannya dalam kebangkitan Tamadun Islam Menganalisis kebangkitan semula Islam dan penerapannya di Malaysia

2.0

PENGENALAN

Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supaya mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Penganut Islam wajib beriman kepada Allah Yang Maha Esa selaku pencipta alam semesta dan mematuhi segala suruhan dan menjauhi laranganNya. Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T, manusia akan sesat kerana akal fikiran dan pengalaman manusia amat terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk memahami masalah ketuhanan, kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya,

1

kerana itulah Allah S.W.T mengutus dan mengangkat ratusan ribu nabi dan rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. Secara umumnya tugas rasulrasul dan nabi-nabi dalam menyampaikan ajaran keimanan adalah sama walaupun ada perbezaan dari segi syariat dan hukum di antara mereka selaras dengan keadaan dan zaman masing-masing. Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang panjang, ramai manusia yang terusmenerus menentang serta membantah pengajaran-pengajaran Allah S.W.T yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T, lalu dengan kasih sayang dan belas kasihan Allah S.W.T, Dia telah menurunkan kitab-kitab agar manusia dapat membaca, memahami dan melaksanakan segala arahanNya. Tujuannya untuk menegakkan kepercayaan Tauhid (kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa), menghindarkan mereka dari syirik kepada Allah S.W.T, terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan mengajar mereka supaya mematuhi segala ajaran Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari laranganNya. Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan yang terkandung dalam Islam telah mampu membentuk satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Tamadun Islam telah muncul dan menempa kegemilangan yang tiada tolok bandingnya lantaran kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang menjadi intipati kepada Tamadun Islam. Akhirnya Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun manusia sehinggalah ke hari ini. 2.1 PANDANGAN HIDUP ISLAM

Islam adalah Ad-Din yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui perantaraan al=Rasul s.a.w. Ia merujuk kepada satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua aspek hidup manusia. Islam merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak. Kesemuanya telah dihuraikan malah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda dan diikuti oleh para sahabat serta umat Islam seluruhnya. 2.1.1 a. b. c. PENGERTIAN ISLAM Tulin, suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin Damai, aman atau sejahtera Taat dan menyerah

Dari segi bahasa kalimah Islam mengandungi tiga perkara utama iaitu:

2

Pengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T, patuh dan tunduk kepadaNya serta beriman dengan ajaran yang dibawa oleh para rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T sejak dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul yang terakhir. Justeru itu sesiapa yang mengikuti agama selain dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sesudah kedatangannya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w telah disempurnakan ajarannya oleh Allah S.W.T dan dia telah meredhaiNya untuk diikuti. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud : Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din (agama) Islam maka dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti" Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 5 yang bermaksud : Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu agama kamu.

2.1.2

KANDUNGAN ISLAM

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan Islam adalah agama tertinggi yang tidak ada tandingannya. Ketinggiannya dapat dinilai dan dilihat dalam kandungan pengajarannya yang merangkumi seluruh aspek keperluan manusia, baik dari segi akidah, syariah dan akhlak bermatlamat untuk memberi kebahagiaan kepada manusia dari segi kejiwaan dan kebendaan dunia dan akhirat. i. AKIDAH

Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap Muslim. Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara tepat. Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan makhluk. Dialah yang mencipta manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Dialah juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya dan seluruh makhluk di langit dan di bumi memerlukan rahmat dan pertolonganNya untuk terus hidup.

3

Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk berjirim ( benda) atau roh yang telah menguasai diri manusia sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini manusia meletakkan tempat pergantungan, perlindungan dan pengabdian hanya kepada Allah S.W.T semata-mata. Akidah tauhid juga menjadi tunjang kepada pembinaan Tamadun Islam. Tamadun Islam bergerak atas dasar akidah dan lunas-lunas hukum Islam. Seluruh kehidupan ummahnya mesti berlegar dalam ruang lingkup keagamaan. Seluruh aktiviti-aktiviti hidup mesti berpaksikan keimanan kepada Allah S.W.T. Asas-asas akidah Islam ialah:

a) Beriman kepada Allah b) Beriman kepada Malaikat c) Beriman kepada Kitab-Kitab d) Beriman kepada Rasul-rasul e) Beriman kepada Hari Akhirat f) Beriman kepada Qadha’ dan Qadar
Akidah Islam membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup, yang tidak mempunyai matlamat kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu keredhaan Allah S.W.T. Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap di mana manusia yang menggerakkan Tamadun Islam adalah seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul meliputi tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati seseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut:

i.

Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa. Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

ii.

Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji dan tersisih dari sifat-sifat buruk. Akidah yang mantap akan melahirkan manusia yang bertakwa, tawadhu’, ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di

4

samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria’, takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosial dalam masyarakat.

iii.

Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mendapat kebahagiaan di akhirat.

iv.

Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilainilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian insan dan masyarakat.

v.

Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

vi.

Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan.

vii. viii.

Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari akidah Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.

ix.

Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai

5

W. perkataan syariah yang terdapat dalam al-Quran itu mempunyai dua makna iaitu pengertian yang khusus dan pengertian yang umum. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah S.T.T dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran. syariah diertikan sebagai din atau millah yang juga bermaksud agama.T ke atas hambaNya yang terdiri daripada seluruh hukum-hakam yang diperturunkan melalui para RasulNya samada perintah tersebut berkaitan dengan perbuatan amali atau iktiqadi. ia membawa maksud sumber air dan keduanya bererti pembawaan atau jalan yang jelas dan lurus. x.W.unsur negatif.W. Manakala bagi pengertian yang umum pula. Syariah juga membawa pengertian mengenai segala perintah Allah S. untuk mengatur segenap aspek kehidupan manusia. Pertamanya. dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). maka turutlah syariat itu. Perkataanperkataan tersebut tertera dalam ayat-ayat berikut. SYARIAH Terminologi syariah atau syariat yang biasa diungkap dalam Bahasa Melayu sebenarnya berasal daripada Bahasa Arab. Surah al-Maidah ayat 48 dan surah al-Jaathiah ayat 18.T untuk hambaNya melalui perantaraan para RasulNya. ii. Lantaran itu. syariah dimaksudkan dengan segala hukum yang telah diperundangkan oleh Allah S. Syariah juga membawa maksud ad-din (pergantungan) dan juga al-millah (kecenderungan). Dinamakan hukum-hakam ini dengan syariah kerana ia adalah lurus tanpa ada kepalsuan (simpang-siur) dari jalan yang benar. Perkataan syariah dan pecahannya disebut di dalam al-Quran sebanyak empat kali. Dari segi istilah atau teknikalnya frasa syariah membawa maksud segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah S. ia juga merujuk kepada mana-mana sistem hidup sama ada yang digubal oleh manusia atau yang diwahyukan dari 6 . Bagi pengertian yang khusus. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati akidah Islam yang sebenar. Secara literalnya perkataan syariah membawa dua maksud yang berbeza tetapi mempunyai kefahaman yang saling berkait di antara satu sama lain. Akidah Islam melahirkan insan soleh.W. Pengertian pertama diasaskan kepada kebiasaan ungkapan orang Arab manakala pengertian yang kedua merujuk kepada maksud ayat ke 18 dalam Surah al-Jathiyah: Kesudahannya Kami jadikan engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama. Menurut huraian lain oleh para ulama dan sarjana Islam. antaranya dalam Surah Al-Syura ayat 13 dan 21.

W.a. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama ada haiwan. Hubungan antara manusia sesama manusia. Namun.w. syariah bersifat muqaddas iaitu sangat murni serta terpelihara daripada sebarang cacat cela mahupun kekurangan. 'amaliyyah (hal-hal yang berkaitan dengan ibadat.T dalam bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidang kuasanya. keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dari segi skop. Misalnya disebut sebagai syariat/h Nabi Ibrahim a. sesama manusia.s dan syariah Nabi Muhammad s.. menjelaskan bahawa keperluan manusia kepadanya adalah tidak dapat dinafikan sama sekali bersesuaian dengan sifatnya sebagai sumber air untuk kelangsungan kehidupan manusia dan kebenaran atau kejelasannya daripada sebarang kepalsuan dan kebatilan. muamalat.w. Cakupannya pula bersifat komprehensif dan syumul. Kebenarannya pula bersifat mutlak.T.T dan alam ghaib yang lain. orang-orang kafir yang cuba mencabarnya tidak pernah berjaya. ii. kuatkuasanya bersifat universal dan ia dijamin kekal terpelihara hingga ke hari akhirat. Di dalamnya terdapat aspek-aspek i'tiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan keimanan). syariah Nabi Isa a.s. Secara umumnya. Sebagai suatu sistem hidup yang bersumberkan wahyu Ilahi. Dari segi skopnya. syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut: i.W. hanya apabila ia diturunkan secara wahyu oleh Allah S. 7 .T kepada para RasulNya.W.T yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-Quran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah.langit. ia disebut sebagai syariah Islam. perlaksanaan dan penguatkuasaan. Lantaran itu.s. munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka dengan Allah S. iii. Berdasarkan huraian di atas dapat difahami bahawa syariah ialah segala perintah Allah S. la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah S. syariah Nabi Musa a.W. Hubungan antara manusia dengan Allah S.a. dan alam lain) dan juga aspek akhlaqiyyah (yang membahaskan mengenai budi pekerti atau moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan bernegara). penutup segala nabi .W. Segala syariat nabi-nabi terdahulu dengan sendirinya telah tidak terpakai lagi selepas syariat Nabi Muhammad s. benda-benda atau tumbuh-tumbuhan. Meneliti kupasan syariah secara literal dan teknikal.

iii. qisas dan takzir.W. Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di peringkat individu. Keindahan ciptaan 8 . jihad. Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu mahupun kolektif tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. menegakkan amar makruf dan nahi mungkar serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain. Perintah perlaksanaan yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau berjamaah. Perkataan ini pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang bererti ciptaan .T. Al-Qur’an menyatakan hakikat ini dalam firmanNya dalam Surah al-Sajdah ayat 5 yang bermaksud : Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari tanah Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). AKHLAK Akhlak dalam Islam bukan suatu teori. sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Qur’an dan Hadis. Akhlak adalah perkataan Arab. Perintah ini adalah berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti hudud. puasa dan lain-lain. Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual – dalaman) diri manusia. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia terhadap Allah S. tingkah laku dan tabiat . masyarakat dan negara. terhadap diri sendiri dan makhluk lain. ii. Sekaligus ia menggambarkan kesyumulan Islam itu sendiri. kerana konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Jelas sekali pembahagian ini menunjukkan tanggung jawab serta peranan yang harus dimainkan oleh setiap muslim di peringkat individu. Contohnya ialah seperti perintah melakukan dakwah.Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.W. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan kepada individu terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang hamba dengan Penciptanya iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat.T pula. iii. iaitu kata jamak (plural) dari perkataan al-khuluq yang bermaksud budi pekerti. Nilai yang baik disebut akhlak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah. syariah Islam terbahagi kepada tiga iaitu : i. Seluruh perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam.

Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk. inspirasi dan sebagainya. mental dan emosi. Syari’at yang ada didalamnya adalah wahyu. ia dinamakan akhlak yang buruk. Antara ciri-ciri keistimewaannya ialah : i. 2. Justeru peraturan yang diturunkanNya mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri yang membezakannya dengan peraturan dan agama ciptaan manusia. Melahirkan individu sedemikian tidak semudah yang digambarkan melalui tulisan.fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti raut muka. ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya. motivasi. individu.W. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah. tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Gembelingan usaha dan tenaga yang sepadu dari pelbagai pihak. ceramah. sepadu dan seimbang antara keperluan rohani. meliputi kehendak. sunyi dari sebarang bentuk kekurangan dan kelemahan.T.1. bukan ciptaan manusia bahkan bukan juga rekaan Nabi (Yunus:15). masyarakat dan negara amat diperlukan untuk menjana keperibadian Muslim di kalangan umat Islam. ia dinamakan akhlak yang baik. Pembentukan akhlak merupakan usaha melahirkan modal insan yang berperibadi mulia. 9 . teori dan angka hasil daripada pelbagai kajian.W. ii.3 CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM Islam adalah al-din yang diturunkan oleh Allah S. jasmani. Rabbani. warna kulit. Dari sudut istilah. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa. Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia. Islam adalah agama yang secara sah dan rasmi diturunkan oleh Allah S. Ini bermakna Islam adalah agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga mereka berada dan hingga ke akhir zaman (al-Anbiya’:107).T yang bersifat Maha Sempurna. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqnya.

W. ciri-cirinya dan bagaimana ia berjalan mengikuti ketetapan Allah S. Positif 10 . individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.T tanpa perlu adanya perantara. Seseorang itu mempunyai akses langsung kepada Allah S. Islam juga memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip. tidak ditokok-tambahkan oleh golongan tertentu.W.T.W.W. semua orang sama taraf disisi Allah S. kerana Allah S. disamping itu juga Allah S.al-Baqarah:164). vi. iv Menyeluruh Ini bermakna bahwa Islam memberikan teori yang lengkap dan mendalam tentang alam semesta bagaimana ia diciptakan. Tidak Membebankan Allah tidak mensyari’atkan sesuatu perintah yang diluar kemampuan manusia.W. iii.T.T sajalah yang amat mengetahui hakikat dan kejadian manusia (al-Rum:30.Ttelah memberikan keringanan (rukhsah) pada keadaan-keadaan tertentu. sebagaimana yang terjadi pada sebahagian agama. Di dalam Islam tidak ada sesuatu yang sulit difahami kerana kerumitannya. Sederhana dan seimbang.W. Asas tauhid Islam jelas kerana segalanya telah diterangkan oleh al-Qur’an.W. akan tetapi menempatkannya pada tempat yang betul.Segala hukum yang telah diturunkan oleh Allah S. v.W.T. Segala apa yang disyari’atkan itu pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia. Posisi Islam tidak terlalu menumpukan pada ruhaniyyah sehingga melupakan material. Islam merangkumi dunia dan akhirat tidak menumpukan pada akhirat sehingga melupakan dunia dan Islam juga tidak menghinakan dunia. bahkan akal tersebut jika betul-betul digunakan ia akan menemukan keagungan dan keesaan Allah S.T tidak bertentangan dengan akal manusia. Begitu juga tentang penciptaan manusia dan kehidupan. Adapun yang nampak bertentangan ialah kerana akal manusia (kerana keterbatasannya) tidak dapat memahami dan mentafsirkan apa yang dikehendaki dan dimaksudkan oleh Allah S.T.

Seorang muslim tahu akan kebahagiaan sebenar yang jauh dari materialistik. masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. ekonomi dan teknologi. adapun yang berkembang dalam fiqih Islam itu adalah Ijtihad. halus. 2.W. kesusateraan dan sebagainya adalah sebahagian daripada komponen tamadun. Ianya merangkumi pencapaian sesuatu bangsa dalam bidang kehidupan termasuklah seni dan nilai estetika seperti senibina. selama pintu ijtihad masih terbuka kepada mujtahid. ia selalu merasa adanya perlindungan dan rahmat Allah S.T. Tetap dan Anjal Syari’at yang Allah tetapkan tidak akan berubah. seni lukis.2 KONSEP TAMADUN ISLAM Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan penerokaan dalam segala perlakuan. akhlak. vii. tatasusila. Tamadun mempunyai pengertian lebih luas daripada politik.T akan semakin erat. Sesuai untuk sepanjang zaman.W. Tidak ada yang kurang lengkap atau yang salah dalam Syariat Allah. ini berbeza dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda. Oleh kerana itu tidak boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. sopan santun bagi pembentukan peribadi. Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia dan memberikan keringanan bila berhalangan. 11 . adab. pemikiran dan penciptaan yang baik (termasuklah dalam bidang senibina dan lain-lain kemahiran). viii. tingkahlaku dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa . hubungannya dengan sesama manusia dan hubungannya dengan Allah S. Ini dapat dibuktikan dengan kehidupan seorang muslim yang lebih tenang dan bahagia dibanding dengan orang tidak beragama atau yang beragama lain. Islam memberikan kesan yang positif dalam kehidupan manusia.Islam adalah agama yang positif. dengan syarat tidak bercanggah dengan nas yang telah ada dalam Qur’an dan Sunnah. kerana fiqih Islam sebenarnya dapat menjawab segala masalah/perkembangan baru dalam kehidupan manusia.

Bahasa Inggeris dan Latin Istilah civilization berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Terdapat pengertian tamadun menurut bahasa yang berbagai antaranya : 1. kota. Antaranya ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengaitkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah telah menggunakan istilah umran (digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan. Ini menunjukkan bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia untuk membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya peringkat negara. subur dan maju) dan hadharah (suatu daerah. Selain daripada definisi di atas. berkembang. kampung atau tanah yang diusahakan) sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badawi 2. 12 . Selain daripada definisi di atas. terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam.2. terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan tamadun Islam. Bahasa Arab Terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. keadaan tinggal menetap. tamadun dan hadharah. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah. bandar. Ibn Khaldun pula mengatakan tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.2. Antaranya ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengaitkan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.1 PENGERTIAN TAMADUN ISLAM Secara umumnya pengertian tamadun dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah.

Secara umumnya Tamadun Islam adalah cetusan daripada memartabatkan Islam sebagai Al-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap selaras dengan fitrah manusia yang memberi penekanan kepada hubunagan manusia dengan manusia.T dan sentiasa memegang janji dan amanah Allah Matlamat Tamadun Islam juga ialah untuk memartabatkan Islam sebagai AI-Din iaitu satu cara hidup yang yang lengkap selaras dengan fitrah manusia. 2.T.W. Sebagai kesimpulan masyarakat Islam dikawal dan dilindungi oleh Allah dari segala aspek pemujaan kepada manusia dan kekuasaan selain dari Allah S. Pada umumya prinsip dan matlamat Tamadun Islam merangkumi a) Pengabdian diri kepada Allah S.W. Anggota masyarakat menjadi tonggak kepada kecemerlangan tamadun dan selaras dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.W. Islam menekankan aspek hubungan manusia seperi berikut : i.T di dalam seluruh kegiatan hidup b) Berorganisasi atas asas akidah yang menjamin dari sifat menyeleweng dan kezaliman c) Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai kebendaan d) Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan ”manusiawi” bukan sifat ”kebinatangan” e) Kesucian dan keharmonian hidup keluarga f) Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah dengan mengikut panduan Allah S.2 PRINSIP DAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM Tamadun Islam dibina berdasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang luhur yang merangkumi matlamat yang jelas. Dalam konteks pembinaan tamadun manusia.2. hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan Alam. Hubungan Manusia Dengan Allah 13 . Ia menekankan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat.Ibn Khaldun pula mengatakan tamadun ialah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Manusialah pemacu dan penggerak kepada tamadun.

Firman Allah S. mengatasi hubungan yang wujud antara manusia sesama manusia atau makhluk lain. Hubungan Manusia Sesama Manusia Manusia dijadikan oleh Allah S. Hubungan Manusia Dengan Alam Allah S.T ialah beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah S.W.W. di samping berbuat baik kepada sesama manusia. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat.a.T di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini.T dalam menjamin agar tidak timbul kezaliman.W. iii.W. tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik. Allah S. Oleh yang demikian hubungan manusia dengan manusia yang lain adalah sebagai sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu.T dan Rasulnya Nabi Muhammad s. ii.T dalam Surah al-A’raf ayat 56 yang bermaksud : 14 .T dari asal keturunan yang satu iaitu Adam a.W. perseteruan malah hubungan yang wujud dalam setiap lapangan kehidupan samada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan tolong menolong dan hormat menghormati. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud : Wahai umat manusia. Bagi masyarakat muslim.W. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah S.s. Justeru dalam perhubungan mereka seharian perlulah mengikut aturan yang telah ditentukan oleh Allah S.W. Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan mulia dalam kehidupan manusia.T telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah S. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNya.w. Ini adalah kerana masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. tidak bersifat perkauman.T telah memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan yang sepatutnya dengan alam. sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama lain.W. hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya. Ia melibatkan hubungan antara hamba dengan Penciptanya.

Nyawa manusia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Sesiapa yang membunuh manusia lain tanpa sebab-sebab 15 . Agama Islam adalah agama Allah S. Bagi menjamin supaya iman dan agama ini terpelihara maka Islam mengenakan hukuman yang berat bagi orang yang keluar daripada agama Islam ataupun golongan yang murtad. Ia juga memiliki sifat-sifat yang menjadikannya cukup unik dan istimewa berbanding dengan tamadun lain.W. ii.T atau sunnatullah.2.T (Ali Imran. dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima). dan hanya Islam yang mampu untuk memakmurkan dunia ini dengan sebaik-baiknya.W. Menurut Islam. 85.3 MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM Tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang berasaskan wahyu mempunyai manifestasinya yang bertujuan untuk melahirkan hubungan harmoni manusia dengan Allah S. al-Ma’idah. hubungan sesama manusia dan alam sejagat.W. 2. Bagi orang yang telah memilih Islam. Tugas yang perlu dilaksanakan oleh manusia sebagai khalifah ialah merealisasikan akidah tauhid dalam kehidupannya. manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S. Manusia perlu memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut peraturan-peraturan Allah S.T.W.W. Manifestasi Tamadun Islam adalah untuk melindungi dan memelihara lima perkara yang dianggap penting dalam tamadun manusia iaitu : i. Menjaga Nyawa Hak untuk hidup telah dikurniakan oleh Allah S. 3:19. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebajikan. maka mereka wajib menunaikan tanggungjawab sebagai muslim dan sekiranya keluar daripada Islam maka mereka dikira murtad.T dan menjadi pilihan Allah S. 5:3).W.T kepada manusia.Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya. Menjaga Agama Agama Islam sebagai anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah adalah sistem hidup yang perlu dipertahankan oleh penganutnya. Asas pembangunan tamadun manusia yang hakiki bermula daripada cara hidup yang dianjurkan oleh Islam.T namun manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab sebagai khalifah.

Secara umumnya Tamadun Islam meliputi segala pencapaian dan kemajuan dalam setiap lapangan kehidupan oleh sesebuah bangsa atau ummah sama ada pencapaian dalam daya intelektual.yang di haruskan oleh syarak mereka dianggap melakukan jenayah yang akan dikenakan hukuman berat. teknologi dan pembuatan.T mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian dan kehormatannya perlu dijaga dan dikawal. hubungan luar tabii dilarang keras oleh Islam bertujuan semata-mata untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia. Islam juga melarang penganutnya dari membunuh diri sendiri. menyamun dan menipu akan dikenakan hukuman yang berat. iv. seks bebas. Kehormatan diri manusia seperti maruah diri. keilmuan. ekonomi dan kewangan. Justeru Islam melarang daripada sesuatu yang boleh menggugat kewarasan akal. etika dan akhlak yang berpaksikan keesaan kepada Allah S. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas setiap manusia kerana ia akan membawa kepada kesempurnaan akal dan menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia berbanding dengan makhluk lain.T dalam Surah Saba’ ayat 15 yang bermaksudnya: Sesungguhnya bagi Kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. Negerimu adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun.W. 16 .W. Sesiapa yang cuba untuk melucutkan harta seseorang tanpa kebenaran seperti mencuri. kehormatan keturunan dikawal menerusi sistem perkahwinan.T. Menjaga Harta Benda Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankannya. dan keredhaannya selaras dengan Firman Allah S. Menjaga Akal Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Menjaga Kehormatan Dan Keturunan Allah S. v. (Kepada mereka dikatakan) ‘Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kepada Nya.W. iii. Perkara-perkara negatif seperti berzina.

Tamadun Islam juga meletakkan akidah. Bagi masyarakat tempatan yang menganut Islam.w. Terbuka Faktor keterbukaan merupakan salah satu sifat Tamadun Islam yang membolehkannya mudah diterima oleh kebanyakan manusia. Tamadun Islam mula dan akan terus wujud tanpa sempadan masa dan sesuai untuk semua manusia di sepanjang zaman. sesuai dengan keadaan serta situasi setempat. kerana manusialah yang akan membangun dan memakmurkan alam ini. Toleransi Terhadap Tamadun Dan Budaya Lain Salah satu elemen yang membolehkan Tamadun Islam berkembang tanpa sempadan masa dan geografi adalah sifat toleransi serta keterbukaannnya terhadap agama dan budaya lain. Bermula dari saat tersebut. Sifat-sifat tersebut menjadikan Tamadun Islam sebagai satu tamadun yang sentiasa mampu bertahan dengan cabaran tanpa mengira sempadan masa dan geografi. Sesuai Sepanjang Zaman Tamadun Islam bermula dengan penurunan wahyu kepada nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s. di Gua Hira’. Peristiwa turunnya wahyu tersebut telah menjadikan Tamadun Islam sebagai satu-satunya tamadun dunia yang dapat ditentukan dengan tepat tarikh kelahirannya. Keterbukaan dalam konteks ini bermaksud Tamadun Islam yang wujud tidak terbatas kepada sempadan tertentu. Atas dasar keterbukaan ini. selama mana tidak bertentangan dengan syariat Islam. iii. asalkan menjadikan Islam sebagai al-din. Tamadun Islam dapat menerima malah menggalakkan penerusan unsur-unsur yang terdapat pada tamadun-tamadun lain. Kesejagatan bermaksud Tamadun Islam dapat dilihat dan dikesan di mana sahaja di muka bumi ini tanpa sempadan geografi. iv. Ini kerana Islam menjamin hak-hak asasi masyarakat tempatan. Di mana wujudnya din Islam. Antara sifat-sifat tersendiri Tamadun Islam ialah: i. Ia memiliki sifat-sifat khusus serta tersendiri. syariah dan akhlak sebagai asas untuk membangunkan manusia. sama ada beragama Islam ataupun bukan Islam. Tamadun Islam berkembang ke luar dari Semenanjung Tanah Arab dan dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat tempatan. mereka masih boleh terus mengamalkan budaya serta adat resam mereka selagi tidak bertentangan 17 .a. Universal atau sejagat Kesejagatan merupakan suatu sifat yang istimewa bagi Tamadun Islam. dapat dilihat pada hari ini betapa berwarna-warninya Tamadun Islam. ii. maka di situ berkembangnya Tamadun Islam.

Kesatuan Dalam Kepelbagaian Akidah merupakan asas serta titik tolak yang mendasari Tamadun Islam.W.T telah menentukan sumber yang menjadi pedoman kehidupan manusia. keharmonian serta keamanan dapat dikekalkan dalam masyarakat setempat. di samping melaksanakan satu-satunya matlamat kehidupan iaitu pengabdian diri kepada Allah S. hak-hak kemanusiaan mereka terus terpelihara. keselamatan dan sebagainya. peranan jasmani lebih penting dan ada masanya peranan rohani lebih menyerlah. Islam membenarkan perjalanan kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai tujuan duniawi. Sumber. spiritual dan fizikal. iaitu segala-galanya berpunca dan kembali kepada Allah S.W.W. Keimanan kepada Allah mewujudkan satu tamadun yang mempunyai nilai setara dari semua sudut.W.T. peraturan dan kehakiman. Akidah berperanan menyatukan segala bentuk pencapaian serta kemajuan yang dicapai oleh Tamadun Islam.T. sama ada dari sudut kebebasan beragama.W. vii. agar segalanya dinaungkan di bawah kekuasaan Pencipta Yang Maha Berkuasa iaitu Allah S. akhlak dan hubungan antara manusia sesama 18 . Melalui sifat toleransi tersebut. Allah S.T. v. Sempurna Dan Menyeluruh Islam telah memberikan panduan serta pedoman yang sempurna untuk kehidupan manusia secara menyeluruh. matlamat. Tidak ada suatu perkara yang tidak diberikan panduannya oleh Islam. seiringan dan tidak terpisah sama sekali.W. metod dan tujuan kehidupan manusia dalam Islam telah ditetapkan oleh Allah S. Manakala bagi masyarakat bukan Islam. vi. Keseimbangan Antara Rohani Dan Jasmani Tamadun Islam sentiasa mengajar umatnya agar mewujudkan keseimbangan antara rohani dan jasmani. Ada ketikanya. pencapaian dan perkembangan yang sentiasa berlaku dalam Tamadun Islam merupakan sebahagian daripada manifestasi keimanan umat Islam kepada Allah S. kedua-duanya sentiasa tetap bersepadu. vi. Islam mengiktiraf kewujudan manusia dalam dua entiti utama iaitu unsur rohani dan unsur jasmani atau fizikal. Rabbani Tamadun Islam agak berbeza dengan tamadun-tamadun lain kerana Tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Islam tidak melihat kejayaan serta keutuhan tamadun manusia dari sudut jasmani atau fizikal sahaja. Kedua-dua entiti tersebut sentiasa bersepadu.T. Namun.dengan batasan syarak. Sumber tersebut seterusnya diaplikasikan dalam meletakkan tumpuan serta metod kehidupan. Kepelbagaian penemuan.T. berbudaya. Aspek akidah dan kepercayaan.

2.4. kemudian dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah. rahsia alam semesta dan sebagainya.4 SUMBER TAMADUN ISLAM Tamadun Islam mempunyai sumber-sumbernya tersendiri yang memungkinkan ia berkembang dan mampu memenuhi keperluan manusia.W. namun ia dapat diusahakan melalui pengawasan berterusan oleh undang-undang serta peraturan Allah S.W.w.W.4. Idea tersebut adalah realistik apabila kita melihat bahawa kehidupan manusia berlangsung di atas dunia yang nyata. 19 . kehidupan manusia sentiasa terpelihara dan berada di atas landasan Ilahi.2. Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk. Kesempurnaan mungkin sukar untuk dicapai.2 Al-Sunnah Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas.T. Idealistik Dan Realistik Secara idealnya. Teras usaha mencapai kesempurnaan tersebut adalah kesederhanaan dan kesempurnaan dalam setiap aktiviti kehidupan manusia. Kitab yang diturunkan oleh Allah S. akhlak dan moral. membangun dan mengembangkan tamadun mereka.2.manusia atau dengan alam sekeliling.1 Al-Quran Sumber utama Tamadun Islam ialah al-Quran.T. Segala kegiatan dan kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang telah ditetapkan. ketamadunan. Islam meletakkan kesempurnaan sebagai tahap tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap individu.a. Ia sesuai sepanjang zaman dan lengkap. pemikiran dan intelektual.T adalah suci mengandungi nilai mukjizat yang tinggi samada dari sudut akidah.2. dan lain-lain telah digariskan oleh Islam melalui ajarannya yang disampaikan oleh Rasulullah s. persejarahan. memberi dorongan dan semangat mereka untuk meneroka alam di segenap bidang. sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan. syariah. bahasa. Dengan itu. 2. 2. Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk mencapai kesejahteraan hidup. Dunia yang nyata merupakan simbolik tentang hakikat kewujudan dan kebenaran Allah S. viii.

3 Ijtihad Dalam tamadun manusia banyak perkembangan baru berlaku .4. 2.Sesuatu pembaharuan yang dibuat. Turki dan suku-suku bangsa lain. Tamadun Arab dipanggil Tamadun Islam apabila Islam berjaya menyatukan orang-orang Arab. syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia.4. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S. Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak jelas dari segi hukumnya. tetapi tidak boleh digolongkan sebagai Tamadun Islam kalau bertentangan dengan sumber-sumber ini. kerana tidak terdapat secara nyata dalam AlQuran dan Al-Sunnah. Justeru itu umat Islam digalakkan untuk membuat kajian dan meneroka bidang-bidang demi kepentingan kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya selama mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat Islam.A. Tamdun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh Tamadun Arab yang menekankan kepentingan dalam perkembangan kebudayaanya. boleh dikatakan tamadun. Islam menerima nilai-nilai baik masyarakat berkenaan yang tidak bertentangan dengan syariatnya. dan para ulama selepas baginda. Hal ini dapat dilihat dengan jelas. 2. ekonomi dan sosial msyarakat Tanah Arab. Oleh itu menjadi peranan ulama atau cendikiawan Muslim untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber Al-Quran dan al-Sunnah. semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-Quran dan al-Sunnah.a.4 Tamadun Dan Budaya Lain Dalam membina tamadun.W telah mengubah sistem politik. masyarakat Barat ataupun masyarakat Timur. Daripada alQuran dan al-Sunnah dicerakinkan akidah.2. Begitu juga di peringkat awal orang Islam belum mengenali tulisan dimana kebanyakan daripada ahli-ahli Akademik dan saintis yang aktif dalam tamadun ini terdiri dari orang-orang 20 . Islam tidak menolak sumber-sumber yang datang daripada tamadun lain yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.2. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah s. misalnya apabila Islam datang ke dalam masyarakat Arab.w. Ringkasnya. Parsi.

A. selama 10 tahun Rasulullah S. Iraq dan Teluk Parsi. Perluasan pengaruh Islam telah sampai ke seluruh Afrika Utara. para sahabat baginda dan pengikut-pengikut para sahabat itu meneruskan perjuangan baginda sehinggalah ke penghujung zaman Khulafa’ al-Rasyidin iaitu pada tahun 660 Masehi dan telah menyebarkan Islam ke seluruh Semenanjung Arab. Di zaman inilah meningkatnya perkembangan ilmu 21 . Tamadun China pula memberi sumbangan bagaimana teknik membuat kertas. Misalnya hasil interaksi dengan Tamadun Parsi dan Byzantium masyarakat Islam telah mengambil dan mengubahsuai berbagai bentuk lembaga dan organisasi kenegaraan dan ketenteraan. Keadaan ini berterusan sehingga kewafatan baginda pada tahun 632 Masehi. Secara umumnya dasar keterbukaan Tamadun Islam dan mudah berintegrasi dengan tamadun lain sebagai pemangkin kepada pengkayaan khazanah dalam Tamadun Islam 2. Mesir. Multan dan Armenia. Selepas itu. mendidik dan membentuk para sahabatnya dengan Islam secara amalan dan penghayatan sehingga terbinanya generasi Islam pertama. Sesudah itu. Dari tamadun Mesir Islam memperkembangkan teknologi membuat dakwat dan secara langsung gabungan antara dua teknologi ini telah membantu perkembangan keilmuan Islam. dari tamadun India pula diambil matemtik dan ilmu bintang. Apabila Daulah Umayyah dijatuhkan oleh Bani Abbasiyah pada tahun 750 Masehi dan menubuhkan Daulah Abbasiyah.Yahudi. Syria. Andalusia. Kristian dan Zorastrian serta mereka yang baru memeluk Islam. Kesan dari interaksi antara Tamadun Islam dengan tamadun lain telah memperkayakan Tamadun Islam. era Daulah Abbasiyah dikatakan sebagai era kemuncak Tamadun Islam. Oleh itu Tamadun yang berkembang di timur Tengah berasal dari banyak tradisi. Tamadun Islam telah diganti oleh daulah atau dinasti Bani Umayyah yang bermula pada tahun 661 Masehi yang menyebarkan Islam ke Afghanistan. Dari tamadun Yunani pula diambil aspek falsafah dan ilmu.W. seluruh India Utara dan Anatolia (Turki). Sesudah itu. Transaxonia.3 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Islam bermula sebagai sebuah agama dengan penurunan wahyu pertama di Mekah pada tahun 610 Masehi dan sebagai sebuah negara dan tamadun pada tahun 622 Masehi iaitu selepas berlakunya peristiwa Hijrah ke Madinah.

Hungry dan juga Macedonia. tentera-tentera Monggol di bawah kepimpinan Hulagu Khan telah menakluk Kota Baghdad. Kerajaan Moghul musnah apabila sultan terakhirnya Bahadur Shah Zafar digulingkan oleh kuasa British pada 1858. Selama 736 tahun Islam telah berjaya bertapak di bumi Eropah (Sepanyol) sehinggalah pada tahun 1492 Masehi. sekali gus juga mengakhiri 1000 tahun pemerintahan Islam di India. Pada tahun 1258 Masehi. Ibn alHaitham (965-1039M) tokoh fizik dan Matematik dan juga al-Ghazali (1058-1111 M) tokoh falsafah dan Tasauf (Sayyed Hussein Nasr . Dengan ini. Daulah Uthmaniah Turki telah diasaskan secara rasminya sekitar 1300 Masehi dan mencapai kemuncaknya apabila Sultan Muhammad II ‘alFatih’ yang berjaya menguasai Constantinople pada tahun 1453. 1984). Sehingga negara-negara umat Islam mulai dijajah oleh Barat satu persatu dan akhirnya menjadi negara yang mundur dan tidak berwibawa.4 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA 22 .pengetahuan. pesisir Laut Hitam dan juga seluruh wilayah Afrika Utara serta Teluk Parsi. seni. Kerajaan Uthmaniah berjaya melebarkan empayar mereka ke Eropah Timur iaitu Bosnia. Kerajaan Uthmaniah Turki mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan utara Afrika terlepas dari penguasaan mereka samada kepada kuasa Eropah ataupun kepada serpihan kerajaan Islam yang lain. Di akhir kurun ke 18. masuk ke India dan mengalahkan Sultan Delhi di Panipat telah menubuhkan kerajaan Mughal (Moghul) yang tegak selama 332 tahun. Serbia. Kerajaan Uthmaniah yang berdiri teguh selama 637 tahun akhirnya runtuh apabila sultan terakhirnya iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan dari pemerintahannya oleh ‘Kumpulan Belia Turki’ atau ‘The Young Turks’ pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal yang seterusnya dilantik menjadi Presiden Turki seumur hidup. Zahiruddin Babar setelah terusir dari Asia Tengah. maka berakhirlah sistem khilafah dalam Islam sekaligus era kecemerlangan Tamadun Islam mulai malap. Di India pula pada tahun 1526. sains dan perubatan. 2. Begitu juga perluasan daerah empayar mereka telah berkembang sehingga ke Timur Laut Mediterranean. Austria. Sementara itu. Sultan Muhammad II telah dilucutkan dari takhtanya oleh tentera Kristian. seorang tokoh falsafah. pesisir Laut Merah. Croatia. teknologi dan pembangunan negara serta lahirnya ilmuan-ilmuan Muslim yang terulung iaitu Ibn Sina (980-1037 M). Zaman kemuncaknya pada kurun ke 17 telah menguasai ke seluruh benua kecil India. Bulgaria.

Selain itu terdapat beberapa faktor lain yang mendorong lepada kecemerlangan Tamadun Islam sehingga dapat memberi sumbangan yang besar kepada kebangkitan Tamadun Islam sehingga dapat menerajui tamadun dunia di abad-abad pertengahan. Ia juga menunjukkan bahawa tingginya nilai ilmu serta kedudukannya dari perspektif Islam. Sejarah telah mencatatkan bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam.1 Faktor-Faktor Kecemerlangan Tradisi mengkaji dengan bebas di samping menghargai fikiran manusia merupakan kejayaan di dalam kehidupan intelektual Muslim. Ini membangkitkan kesedaran yang tinggi mengenai pentingnya ilmu pengetahuan kepada masyarakat Andalus yang selama ini diabaikan dari aspek pendidikan. i. ilmu-ilmu moden yang mencakupi matematik. hadis. Ilmu dan intelektual tidak berkembang tanpa dorongan pemerintah Islam ketika itu. 23 .4. 2.Keagungan sains dan teknologi hasil daripada semangat penyelidikan yang dicetuskan oleh Islam.w dengan seruan bacalah dan perkataan al-Qalam (pena) membuktikan bahawa Islam menganjurkan umatnya agar menuntut ilmu. Ini selaras dengan ayat al-Quran pertama yang diturunkan lepada nabi Muhammad s. geografi dan lain-lain. Galakan Pemerintah Sepanjang pemerintahan Islam di Andalus (711 – 1492M) fenomena naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan intelektual menjadi sebahagian daripada pencapaian Umat Islam di Eropah. astronomi. Didorong oleh semangat cintakan ilmu orang-orang Islam menjadi pemimpin dan guru dalam kegiatan keilmuan di institusi pendidikan di Andalus pada masa itu.a. Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus (Sepanyol). Gesaan al-Quran dan al-Sunnah Ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang tertanam kukuh di jiwa umat Islam ketika itu menjadikan mereka orang-orang yang cintakan ilmu dan berusaha mengembangkannya kepada penduduk Andalus. fekah. hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf. ii. Dengan kerjasama dari pemerintah telah membina sekolah dan bandar. Kanak-kanak dari keluarga miskin diberikan pendidikan secara percuma. Umat Islam telah mengembangkan ilmu tradisi seperti tafsir.

komuniti dan intelektual. iaitu 756 – 1031M setiap lapisan masyarakat diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang itensif dan komprehensif dalam semua bidang. Hampir seluruh Andalus mempunyai pusat pengajian dan universiti. antaranya ialah Moses bin Maimon dan Salomón ben Gabirol dari bangsa Yahudi. Keistimewaan masyarakat Andalus yang bersifat majmuk seperti Islam. Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif dengan mendirikan perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan serta mengumpulnya dengan tujuan mempercepatkan lagi usaha pendemokrasian ilmu di kalangan masyarakat. khalifah telah memberi pengiktiran kepada cendikiawan bukan Islam. Valencia dan Cordova yang muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah. Buku-buku dan guru-guru serta sarjana islam telah dibawa masuk ke Andalus dan di masa yang sama pemerintah telah menaja pelajar-pelajar untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh membina masyarakat. Di antara khalifah yang sangat berdedikasi dalam bidang keilmuan ialah Abdul Rahman al-Ausat. Baginda telah melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan-kegiatan keilmuan. Fenomena kepelbagaian bangsa. Toledo. Damsyik dan Iskandariah. Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang kepada wanita untuk menimba ilmu dan terlibat dengan urusan intelektual. Kesetabilan Andalus Kestabilan politik. ekonomi dan social di Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Selain dari orang Islam. Beliau turut mengundang para cendikiawan dari setiap pelusuk negara seperti Baghdad. iii. budaza. Granada.Bermula daripada 711M sehingga zaman kemuncak. antaranya di Seville. Kedua- 24 . Ia juga melahirkan ulama dan ahli fekah dari pelbagai bangsa. tamadun dan keharmonian kaum di antara penduduk Andalus telah memberi dorongan kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di camping memantapkan lagi identiti. Yahudi dan Kristian telah mewujudkan daya saing dan budaza ilmu yang memberangsangkan. Sejarah telah mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita Andalus telah terlibat dalam penulisan mashaf ketika itu. Baginda telah membina universiti dan menaungi ulamak dengan ganjaran yang sewajarnya dengan elaun-elaun yang tertentu. Masjid dan istana turut dijadikan tempat menyebarkan ilmu.

2 Pengaliran Ilmu Islam ke Eropah Dalam menganalisa pengaliran ilmu-ilmu Islam ke Eropah. para sejarawan sepakat mengatakan terdapat beberapa faktor pendorong seperti peranan orang-orang Mozarrab. para cendikiawan dan ulama telah bersama-sama ke Andalus sebagai tentera. Ibn Hazm (994 – 1064M) umpamanya merupakan ilmuan Muslim yang agung di Andalus. Semasa pembukaan Andalus. iv Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di Andalus ialah kerjasama dan usaha tanpa mengenal jemu oleh para ulama dan cendikiawan. Beliau seorang ahli fikir sasterawan dan hakim. aktiviti penterjemahan. pembukaan Pulau Sicily dan pembukaan Andalus. ‘Musta’ribun’ (Orang-orang yang diarabkan).dua mereka terdiri dari ahli falsafah dan banyak mencurahkan tenaga dalam aktiviti penterjemahan. Hujjah-hujjah falsafah dan ilmu lojik mereka yang kukuh terpaksa ditanggani dengan hujjah-hujjah yang lebih mantap. hubungan diplomatik. ia diambil dari bahasa Arab. perdagangan. Mereka datang ke Andalus bersama ilmu dan pengetahuan yang disebarkan kepada penduduk Andalus dengan meyebarkan akidah Islam dan menyelesaikan permasalahan mengenai syariah dan fekah. mampu menguasai pelbagai bidang ilmu. Peranan Orang-Orang Mozarrab Mozarrab adalah panggilan kepada masyarakat Kristian.4. Mereka turut belajar bahasa Arab di 25 . Begitu juga dengan Ibn Firnas Yahya dan Yahya al-Ghazal. Kestabilan yang ada di Andalus telah menjadi faktor kecemerlangan kepada Tamadun Islam di Andalus yang akhirnya menjadi sumber kekuatan kepada tamadun dunia secara keseluruhannya. Kepesatan kegiatan intelektual ini disebabkan para ulama dan ilmuan Islam yang menghadapi cabaran ilmiah daripada pemeluk Islam yang baru. Jelasnya gandingan mantap antara ulama Islam telah menjadi faktor kepada kecemerlangan ketamadunan di Eropah. 2. iaitu orang-orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan Arab dan Islam. i. Justeru itu para cendikiawan dan ilmuan Muslim perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kaedah falsafah serta perbahasan yang lebih dinamik dan zampan.

mantik. mereka berpeluang membaca karya-karya dan hasil penulisan orang-orang Islam. berlaku pemindahan ilmu secara aktif dan meluas. Penterjemahan berlaku dari bahasa Arab ke Bahasa Latin dan sebaliknya. iii. malah pelajarnya juga terdiri dari orang-orang Kristian dan Yahudi dari seluruh dunia termasuk dari Eropah. kesenian.samping bahasa Latin dan Romawi. Mereka juga membelanjakan wang yang banyak untuk mendirikan perpustakaan bagi menempatkan koleksi-koleksi bahasa Arab. Buku-buku yang sering diterjemahkan meliputi bidang matematik. Mereka telah menghantar delegasi yang terdiri dari relajar-pelajar ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains. perubatan. kimia dan botani. iv. Ia menampung bukan sahaja pelajar-pelajar Islam. astronomi. Perancis. antaranya England. ii. pertukangan dan lain-lain. Hubungan Diplomatik Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dan Andalus lantaran sikap mereka yang berhasrat memajukan Eropah setanding dengan Andalus. Jerman dan Belanda. Pembukaan Sicily Setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama 800 tahun. Kedudukannya yang strategik. Ketika itu Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman sebagai universiti yang terkemuka ketika itu. Sicily berperanan secara langsung dalam pemindahan ilmu ke Eropah. mendorong ia menjadi pusat intelectual yang penting ketika itu. ditengah-tengah perjalanan antara Eropah dan Afrika. Orang-orang Muzarrab memainkan peranan yang penting dalam penyebaran ilmu Islam ke Eropah. Afrika dan Asia. Aktiviti Penterjemahan Seiringan dengan kemasukan pelajar-pelajar dari seluruh dunia. Antara pusat penterjemahan yang masyhur ketika itu ialahToledo yang telah berjaya melahirkan cendikiawan yang pakar dalam pelbagai bidang. 26 . aktiviti penterjemahan semakin giat dilakukan. Mereka juga telah menghantar pembesar dan putera raja mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus bagi mendalami dan mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam. Dengan mempelajari bahasa Arab. Dengan aktiviti penterjemahan ini.

Ini membolehkan mereka memberi tumpuan kepada bidang-bidang pengajaran. Orang-orang Islam yang memang terkenal di bidang perniagaan dan perdagangan telah menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka dalam mengembangkan lagi pengaruh Islam ke Eropah. jambatan dan jalan-jalan raya yang lebih baik di 27 .Antara faktor yang mempercepatkan proses pemindahan ilmu ini ialah guru-guru yang mengajar di sekolah dan masjid dikecualikan dari berkhidmat di bidang ketenteraan. Bandar-bandar palabuhan di Andalus menjadi tumpuan kapal-kapal dagang asing seperti Venice dan Iskandariah.4. tali air. Hubungan perdagangan dengan Eropah melalui jalan darat manakala dengan Asia dan Afrika melalui jalan laut. Antara aspek yang menonjol ketika itu ialah : i. Hasilnya ramai cendikiawan dan Ulama Islam telah muncul di Sicily antaranya ialah Hamzah al-Basri. Di sektor pertanian orang-orang Islam turut memperkenalkan metod-metod baru seperti pembinaan empangan. Tokoh-tokoh lain ialah Abdul Haq bin Muhammad dan Ibnu Zaraf yang pakar dalam bidang llmu Kalam. Mereka mendirikan kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan yang beroperasi mengimpot barang-barang dari seluruh dunia. Qairawan telah muncul sebagai pusat kegiatan keilmuan di Afrika Utara. sistem saliran. 2. Situasi ini turut menjadi tumpuan masyarakat Eropah untuk menimba pelbagai disiplin ilmu yang tidak mungkin mereka perolehi di negara mereka sendiri. Ekonomi Kedatangan Islam ke Andalus mampu mengasaskan satu bentuk ekonomi baru yang dikenali sebagai ekonomi mediteranean melalui sistem perladangan. Abad ke 10 dan 11 M. Sekolah dan universiti dibina di seluruh pelusuk negara. seorang ahli filologi dan sasterawan dan Muhammad bin Khurasan. Asad bin al-Furut dalam bidang ilmu fekah.3 Kegiatan-kegiatan Keilmuan dan Intelektual Bidang intelektual telah mendapat peruntukan yang paling besar dari pemerintah Andalus. seorang yang mahir dalam bidang qira’at. Peranan pemerintah yang turut mencintai ilmu dan berusaha memperkembangnya turut menpengaruhi situasi ini. Istana-istana khalifah dan gabenor turut dijadikan tempat pertemuan para intelektual untuk berbincang dan mencari formula-formula baru bagi meninggikan lagi tahap pendidikan yang sedia ada. perindustrian dan perdagangan.

Selepas beliau.w. patologi dan cara penggunaan ubat yang menjadi bahan rujukan utama dalam bidang perubatan kini. yang telah diwarisi Sejas tahun pertama Hijrah. qanun fi al-Tibb yang membicarakan tentang dadah. Antara tokoh yang penting dalam bidang ini ialah Ibnu Bajah. telinga dan jantung. penyakit dan puncanya serta cara penyediaan ubat yang betul. Di antara pakar dalam bidang ini ialah alFarghani telah menulis tentang bintang-bintang. Ibn Rusd dan al-Katib. Cordova.a. muncul pula Abu Ma’syar dan alBattani yang telah membuat beberapa pembetulan pada karya-karya Ptolemy dan menentukan ketepatan gerhana matahari. Ibn Sina melahirkan kitab yang masyhur. manakala Ibn Hazm membahagikan ilmu perubatan kepada dua iaitu perubatan jiwa (spiritual). Marsille dan Valencia. Yang kedua ialah penggunaan ubatan dan surgery. hidung. fisiologi. jenis-jenis organ. simpton dan rawatannya. iii. Hasil dari pengamatan dan kajian oleh ilmuan Muslim. ii. ubat-ubatan serta pemeliharaan kesihatan. Antara bukunya yang terrenal ialah al-Hawi dan kitab al-Asrar mengenai penyakit cacar. Perubatan Warisan yang ditinggalkan oleh Hipócrates (360M) dan Galen (210M) dianggap otoriti awal dalam bidang perubatan. Tokoh-tokoh lain ialah al-Razi yang telah menulis lebih dari 200 buah buku. Ilmu-ilmu ini telah diintegrasikan dengan ilmu perubatan Nabi Muhammad s. Ibn Tufail. Ibn Rusyd telah menulis buku perubatan yang komprehensif iaitu Kulliyyat fi al-Tibb yang memberi ulasan secara terperinci mengenai anatomi. 28 . Tanaman buah-buahan seperti delima. penyakit-penyakit. Beliau telah mencipta sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta menyusun nama-nama hari dalam setiap bulan. mata. Mereka ini terkenal dengan physician. limau dan industri ulat sutera dijalankan secara aktif. Astronomi Ilmu astronomi juga mendapat tempat di Andalus. telah diterjemah dan diterima pakai oleh sarjana Islam dengan beberapa penambahan yang lebih baik. buah pinggang. Al-Zarqali pula dari Toledo merupakan seorang ahli astronomi dan matematik.seluruh Andalus meliputi Toledo.

Antara yang termasyhur ialah al-Karmani dari Cordova. malah juga di bandar-bandar Islam yang lain seperti Kufah. Bukunya Hisab al-Jabar wa al-Muwabala’ telah digunakan di Eropah sehingga abad ke 16M.Pada keseluruhannya sarja astronomi Islam telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dan besar dalam bidang astronomi dan seterusnya telah memberi laluan kepada generasi kemudian untuk terus membuat kajian dan penyelidikan. banyak negara-negara Islam yang dijajah mula mengalami kemunduran dan keruntuhan akibat serangan dan kongkongan dari kuasa-kuasa besar dunia seperti Eropah. Para pemerintah biasanya memberi galakan dengan mengupah sesiapa sahaja sama ada orang Islam atau bukan Islam yang mempunyai bakat dalam seni hiasan bagi mencapai keindahan yang paling maksima. Amerika dan sebagainya. 29 . v. tempat-tempat mandi dan lain-lain binaan yang indah. Senibina Di Andalus. istana. Pada masjid dan istana dibinakan menara dan pintu gerbang serta ukiran yang sangat tinggi nilai senibinanya. iv. Masjid dan istana merupakan dua binaan penting dan pusat kepada semua aktiviti. Kaherah dan lain-lain.5 TAMADUN ISLAM ERA PASCA PENJAJAHAN Pada era kolonial Barat. Rusia. Sarjana Muslim telah mengemukakan kepada dunia mengenai ilmu algebra dalam bentuknya yang asli. Basrah. Seni hias menjadi satu elemen yang penting bukan sahaja di bandar Andalus. Nama lain yang masyhur ialah al-Khawarizmi. Sumbangan al-Khawarizmi yang lain ialah angka sifar yang digunakan dengan begitu meluas sama ada oleh sarjana Islam mahupun Barat. Beliau telah memperkenalkan matematik Ikhwan al-Safa ke Andalus. maka ia dibina dengan senibina yang istimewa dan indah. bandar dan kawasannya telah diperindah dan diperlengkapkan dengan binaan masjid. 2. Kejatuhan dan kelemahan masyarakat Islam adalah disebabkan oleh serangan yang kuat dari pihak kolonial di samping ketiadaan semangat jihad di dalam jiwa masyarakat Islam serta pemimpin-pemimpinnya. Beliau memperkenalkan persoalan darab dan bahagi mengikut cara algebra. pasar. Matematik Andalus turut melahirkan sarjana terkemuka dalam bidang Matematik. Unsur-unsur alam menjadi pilihan umat Islam dalam menghias tempat-tempat tersebut.

masjid-masjid telah ditutup. sarjana Islam kontemporari telah merumuskan empat medium utama ke arah penguasaan Barat ke atas umat Islam melalui : i. beliau digelar sebagai Bapa Sekular Turki. Golongan ini berfahaman sekular yang memisahkan agama dari kehidupan sebagai contoh di Turki seorang tokoh Nasionalis. beliau mengganggap agama hanya merupakan satu kepercayaan atau ritual sahaja. beliau memusnahkan ajaran Islam sebagai satu cara hidup dengan menggantikan sistem pemerintahan berasaskan sekularisme dan nasionalisme. biologi. ke Barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan mereka balik ke negara asal mereka dengan celupan Barat. pihak kolonial Barat menggunakan sistem pendidikan dengan membina sekolah dan institusi pendidikan yang mengguna pakai sistem pendidikan Barat yang menekankan kepada aspek kebudayaan Barat dengan matlamat menjauhkan umat Islam yang dijajah. pakaian Barat diwajibkan malah memakai tarbus atau songkok merupakan satu kesalahan dan hijab bagi wanita Islam diharamkan. Perancis. Beliau merupakan seorang pemuja Tamadun Barat. Selepas memegang tampuk pemerintahan pada tahun 1923. sekularisme bermula dengan kejatuhan negara itu ke tangan Napoleon Bonaparte (kolonial Perancis) pada tahun 1798. Pada tahun 1926 diluluskan Turkis Civil Code untuk menggantikan undang-undang syariah. Itali dan Austria. Proses pembaratan Mesir secara meluas bermula pada zaman pemerintahan Muhammad Ali (1795 – 1845) apabila dikirim pelajar-pelajar Mesir ke England. Sistem Pengajaran dan Pendidikan Dalam proses penjajahan. ilmu pengetahuan seperti psaikologi. fizik.Dr. Di Mesir. Seorang lagi tokoh nasionalis Turki ialah Mustafa Kamal Atatuk (1881 – 1934). Mustafa Kamal Atatuk dalam proses pembaratan. merupakan pengikut setia yang berkiblatkan Barat dalam semua aspek dan memisahkan Turki dari tradisi Islam. Selepas itu berkembanglah pemikiran Tamadun Barat di 30 . dari ajaran Islam yang sebenar. Berlandaskan pemikiran sekular. Yusuf al-Qardhawi. Kemuncak sekularismenya. Sehingga kini. Ziya Gokalp (1875 -1924) yang kemudiannya dikenali sebagai Bapa Nasionalisme Turki. mereka telah menghantar pelajar dari beberapa negara umat Islam seperti Turki dan Mesir. Dengan itu. sosiologi. Turki merupakan sebuah negara Islam yang berfahaman sekular dan mempertahankan nilai-nilai Barat dalam semua aspek kehidupan. matematik tidak ada hubungan sama sekali dengan agama. Atas dasar pemodenan. Beliau melaksanakan penghapusan institusi keagamaan dan apa sahaja yang berkaitan dengan agama Islam disingkirkan.

aspek nilai dan cara hidup keseluruhannya. Serangan sosial Selain dari sistem pendidikan dan media massa. H. R. aliran pengkaguman Barat yang disebut modernist ini merupakan tiruan tanpa keaslian. melalui sokongan kolonial British. Menurut Dr. Di India. berkeinginan malah bagaimana harus bersedih dan bergembira mengikut cara Barat. sistem ini mempunyai dua kelemahan iaitu bersifat sekular dan dualisme. diajar bagaimana cara berfikir. ii. Di India. telah menubuhkan Muhammadan Anglo-Oriental College (Aligarh) menurut model University Cambridge yang bercorak pendidikan sekular dan liberal. Ali Abd alRaziq. materialisme. Syed Ahmad Khan. naturalisme. Gibb dalam bukunya yang berjudul Modern Trends In Islam menyatakan bahawa institusi sekolah dan kolej sahaja belum cukup untuk menyebarkan fahaman Barat. Menurut Malik Ben Nabi. Ini berarti satu kebudayaan baru telah diperkenalkan secara tidak langsung melalui penduduk tempatan yang mendapat pendidikan dari Barat. selain dari membina hubungan sosial dan berbelanja. saintisme. berpakaian. Ali Syari’ati. diikuti oleh Qasim Amin. evolusionisme dan 31 . A. Ia merupakan saluran utama kepada massa yang menyebabkan perubahan cara berfikir. Ia berlaku secara langsung dan tidak langsung yang menyerap dalam masyarakat Islam dan mengakibatkan rasa kekaguman yang melampau kepada cara hidup Barat dengan mengenepikan sistem hidup Islam yang dipandang kolot dan ketinggalan zaman. iii. Akhbar dan Media Massa Akhbar dan media massa memainkan peranan yang besar dalam penerapan ideologi dan gaya hidup Barat kepada masyarakat Islam di negara yang dijajah. Ia mendapat tentangan dari ulamak kerana tunduk kepada nilai Tamadun Barat dan akan mempengaruhi akidah dan akhlak masyarakat Islam. relativisme. kesusasteraan yang kreatif serta gambar-gambar yang mempersonakan. malah ia juga perlu disampaikan kepada masyarakat umum melalui media massa terutama akhbar kerana menurut beliau akhbar adalah media yang paling berkesan dan berpengaruh di dunia Islam ketika itu. muncul Syed Ahmad Khan (1817 – 1898) yang berusaha untuk mentafsirkan al-Qur’an berasaskan semangat modenisme Barat iaitu berasaskan nilai-nilai rasionalisme. Orang-orang Asia. Menurut Abul Hasan Ali al-Nadwi. rencana. Ia dilakukan dalam bentuk berita. Mereka diterapkan dengan pemikiran bahawa apa jua yang datang dari Barat adalah lambang kemodenan dan kemajuan. Afrika. Taha Hussain dan lain-lain.Mesir melalui kemunculan Al-Tahtawi (1801 – 1873). diperkukuhkan pula dengan medium serangan sosial terutama dalam aspek kebudayaan.

Rentetan daripada pengaruh Amerikanisasi serta Zionisasi dalam sosial. pornografi. media elektronik. mengucapkan salam sedang dari aspek yang lain menerima imej Barat. Selain itu. sindrom bergaya dengan pakaian ala Barat yang mendedahkan aurat di sana-sini semakin popular. kewajipan agama dan batas-batas pergaulan Islam. Jawapannya ialah benar. bahkan ia sememangnya agenda yang sangat terancang bagi meruntuhkan sosial dan akhlak serta menjauhkan umat Islam dari nilai agama dan budayanya. Antara pendapat serta tindakan beliau ialah menolak mukjizat dalam Islam. terutamanya para remaja yang sentiasa inginkan kepada keseronokan dan hiburan. Budaya global sering dikaitkan dengan unsur negatif terutamanya terhadap masyarakat Islam kerana ia jelas didominasi oleh Barat yang mempunyai pertentangan nilai dengan Islam dalam banyak aspek. Di Malaysia . Beliau beranggapan hukuman hudud ini hanya sesuai dengan masyarakat primitif dan tidak sesuai di zaman moden. hasilnya berleluasa budaya hedonistik di kalangan generasi Muslim. Kekeliruan ini kita lihat di mana-mana samada terhadap anak-anak remaja bahkan juga golongan dewasa Islam. Remaja Muslim terkinja-kinja tanpa haluan di pesta-pesta hiburan atau konsert-konsert dari awal malam sampai pagi tanpa mempedulikan pelajaran. Remaja yang dianggap sebagai harapan masa depan Islam adalah sasaran utama dengan menyediakan pelbagai jenis tarikan hiburan. dan kelalaian menerusi media-massa. Ia dibimbangi menghakis jatidiri umat Islam itu sendiri sedangkan jatidiri umat Islam adalah berkait rapat dengan akidah atau ajaran Islam itu sendiri. Begitu juga kita lihat artis-artis pujaan. bagaimana mereka tampil sebagai seorang yang bersyukur.sebagainya. budaya keruntuhan sosial telah mula merosakkan diri umat Islam. Semakin ramai umat Islam yang kabur terhadap nilai adat. dadah. Remaja wanita Islam bertudung kepala sebaliknya memakai baju singkat dan ketat sehingga mendedahkan bahagian perut dan belakang. menolak hukum Islam yang dianggap tidak lagi sesuai dengan zaman moden seperti hukum hudud. keseronokan. Inilah sebahagian dari bahana budaya global yang dicipta oleh Barat menerusi dominasi dan globalisasi. internet dan 32 . Budaya ini berkait rapat dengan hiburan. Apakah Islam akan turut lenyap dengan terhakisnya pegangan Islam dari hati umatnya. Budaya hedonistik ialah budaya seronok di mana mereka berpegang kepada falsafah hidup untuk menikmati keseronokan dan mereka akan memburu keseronokan hidup dengan apa jua cara. Amat mengelirukan sekali percampuran antara nilai ini terutamanya bagi generasi muda yang masih mentah dalam membuat penilaian. seks bebas dan lain-lain. budaya dan pegangan agama masing-masing yang sebenarnya.

iv. Pegangan mereka kepada agama akan luntur bahkan semakin menipis dan larut. sekularisme bermula pada zaman Renaisans ketika memuncaknya pergerakan sosial humanisme yang menonjolkan kehebatan manusia . Dengan meresapnya unsur sekularisme dalam peradaban Barat. Budaya Ilmu yang bertunjangkan akal fikiran. rompak.sebagainya. Dalam hal ini. politik dan sosial itu sendiri. Fahaman sekularisme pula telah lama disebar dan dibajai oleh pihak Barat dan umat Islam yang mirip kepada Barat . Fahaman ini disenangi oleh nafsu amarah manusia sedang melanda umat Islam dan menjadi wabak yang menghakis komitmen kepada nilai-nilai agama. pengkajian. Peningkatan gejala sosial juga berpunca dari hambatan pengaruh Barat dalam bidang ekonomi. Sekiranya fahaman ini tidak dibendung dan tidak ditangani segera dengan berkesan maka akan terhakis dan runtuhlah jatidiri generasi tua dan muda umat Islam kini. Antara kesan sampingannya ialah kegiatan perzinaan. Walhal pemupukan budaya ilmu adalah faktor penting kecemerlangan umat Islam di masa lampau. pembelajaran dan penyelidikan semakin jauh dan dingin dalam diri remaja Muslim. Pengaruh Sekularisme Menurut sejarah. ragut. Pastinya umat Islam akan terus berpecah-belah menurut fahaman yang berbagai ragam sehingga mereka menjadi alat untuk meruntuhkan agama mereka sendiri. pelacuran. Kebanjiran itu pula akan membentuk satu masalah baru bagi negara yang dikunjungi. Tekanan ekonomi dan penguasaan syarikat-syarikat gergasi multi nasional semakin meningkatkan kadar inflasi dan kemiskinan di negara-negara membangun umat Islam. Budaya ilmu yang sepatutnya dititik beratkan dianggap berat dan membebankan. sekularisme dikaitkan dengan pemisahan antara agama dengan kehidupan secara keseluruhannya. Kebanjiran pendatang Indonesia. samun dan berbagai lagi. Bangladesh dan Pakistan ke Malaysia adalah contoh yang representatif dalam isu ini. rogol. 33 . sekularisme diterap masuk ke dalam negara umat Islam dalam semua aspek hidup terutama sistem pentadbiran dan ianya berterusan sehingga ke hari ini walaupun negara umat Islam telahpun mencapai kemerdekaan. maka wujudlah pemisahan antara alam tabii dengan alam ghaib. jenayah pembunuhan.Pergerakan sosial ini timbul ekoran bantahan dan tentangan terhadap fahaman keagamaan pada era zaman pertengahan. Melalui proses penjajahan.

Dalam konteks ini. Iran sebelum ini dianggap sebagai sekutu Barat yang paling berpengaruh di Asia Barat ketika di bawah pemerintahan Shah Riza Pahlawi. terutamanya di Tanah Melayu. Kebangkitan Islam sehingga kini sudah menghampiri satu kurun lamanya. 34 .Hasil dari penjajahan kolonial Barat. Natijahnya muncullah gerakan tajdid di Asia Barat. Di samping itu arus kebangkitan ini perlulah dijalankan melalui institusi yang mengajak kepimpinan umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam dan memperkukuhkan diri untuk menghadapi cabaran semasa. Menurut Sayyid Qutb. mendalam. Dalam dunia Islam. Pakistan.6 JIHAD DALAM ISLAM Kalimah jihad secara umumnya bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan tenaga dan kekuatan demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia dan ideal untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan demi untuk memartabatkan Islam di bumi Allah serta mengharapkan ganjaran dan keampunannya. umat Islam mula menyedari kepentingan untuk mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. pendidikan. iaitu menerajui kepimpinan tamadun manusia walaupun ia mempunyai segala potensi. 2. Kebangkitan Islam di Iran telah memberi kesan kepada gerakan Islam di seluruh dunia selepas tahun 80an. Indonesia dan tidak terkecuali. bibit-bibit yang telah disemai oleh mujaddid dakwah dan juru islah klasik telah memberi sumber inspirasi kepada generasi Islam di abad ke 20. Era ini disebut sebagai era kebangkitan semula Islam dari seluruh aspek meliputi aspek politik. media dan sosial. teliti. malahan mempunyai hubungan dan perjanjian rahsia dengan rejim Yahudi di Israel. ia hanya akan berjaya bila ia digerakkan oleh kumpulan yang penuh dengan keimanan dan terus istiqamah. Fenimena ini merupakan kebangkitan semula Islam untuk memperbaharui kefahaman dan amalan Islam secara menyeluruh. Ia juga harus mengambil kira perubahan kualiti dan kuantiti dalam kehidupan umat islam secara menyeluruh. ekonomi. kepakaran dan analisis. Sudan. Malaysia. Kebangkitan islam telah bertapak dan sedang berkembang di negara Islam termasuklah Mesir. Ia masih jauh untuk sampai kepada matlamatnya. Benua India dan tersebar ke Afrika dan Asia Tenggara. Kejayaan Ayatullah Khomeini merubah wajah Iran kepada kepimpinan Islam meletakkan ia sebagai sebuah kuasa Islam yang dihormati. pentingnya arus kebangkitan Islam pada hari ini berusaha untuk menemukan metodologi yang sesuai dan menggabungkan seluruh potensi yang ada untuk mengajak umat Islam untuk terus bangkit memperkasakan diri dan masyarakat dari segenap aspek. intelektual. Turki.

keluarga masyarakat dan negara dari ancaman musuh dari dalam dan luar. Oleh itu jihad nafsu ialah segala usaha dan kesungguhan untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.6. keikhlasan ibadah dan ubudiah dan kejernihan dan kesucian akhlak muslim. Satu unsur yang sangat penting dalam syariat Islam ialah penghayatan ruh jihad dikalangan ummahnya. Jihad juga menekankan aspek mempertahan kan kesucian Islam sama ada peringkat diri.2. Perang kemusnahan iblis dan syaitan terhadap manusia bermatlamatkan merosakkan merosakkan ketulinan akidah dan tauhid terhadap Allah.T sehingga mereka berdua dikeluarkan dari syurga . Ia bermula dari usaha menguasai diri sendiri sebagai muslim yang setia. Umat Islam misalnya perlu bangkit daripada kemelut kejahilan dan kemiskinan demi untuk memartabatkan semula imeg ummahnya di mata dunia. iaitu menguasai diri sendiri supaya berdisiplin 35 . Begitu juga segala usaha rohani untuk membina keikhlasan hati nurani dalam beribadah kepada Allah. membina keluarga Islam yang utuh sebagai asas kepada pembinaan masyarakat Islam yang kukuh.s dan Hawa pernah termakan pujukan syaitan kerana memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah S. Al-Quran menerangkan secara jelas dan terperinci segala tektik dan teknik tipu daya syaitan untuk menyesatkan manusia. Ia bermula daripada jihad agung (al-Jihad al-Akbar). Demikian juga jihad dan perjuangan untuk membersihkan dan menyucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran syirik untuk diisi dengan kejernihan dan sinar tauhid. iblis dan syaitan adalah musuh asli dan abadi manusia yang pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia sebagaimana Adam a.W. Jin. Ia dilambangkan dengan pengorbanan dua faktor kehidupan ia itu harta dan nyawa. Unsur yang penting dalam jihad ialah kesungguhan dan dedikasi dalam melaksanakannya. Segala keadaan dan situasi yang ada disekeliling umat Islam sekarang menunjukkan bahawa perjuangan atau jihad yang perlu dihadapi oleh umat Islam sejagat lebih menyeluruh. melaksanakan ajaran dan segala peraturan Islam dalam kehidupan.1 Jihad Nafsu Manusia dicipta dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jihad satu konsep yang umum merangkumi segala aspek perjuangan menegakkan Agama Islam yang suci.

politik dan pemerintahan. 2. persenjataan dan ketenteraan dan banyak lagi bidang-bidang kehidupan yang perlu diolah semula demi untuk mengembalikan keunggulan tamadun Islam. Umat Islam jangan bersikap simplistik terhadap perubahan dan kemajuan. 2. Isu utamanya bagaimana kita menangani dan mengurus perubahan. Al Quran sering memaparkan tentang tradisi membaca atau ‘iqra’ bahkan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S. Al Quran memberikan keutamaan berfikir berasaskan kekuatan akal dan menginsafi berasaskan peristiwa-peristiwa dan musibah yang terjadi dan keutamaan merenung. ekonomi dan kewangan. Begitu juga konsep’ulul albab’ yang memberikan fokus kepentingan ilmu dan peranan para ilmuan dalam Membangunkan tamadun. Ia memerlukan strategi yang tinggi kebijaksanaan yang hebat supaya perubahan atas nama globalisasi tidak menjadikan kita penjajahan bentuk baru. Isu Palestin adalah isu pencerobohan zionis terhadap kesucian Islam bumi Palestin dan masjid al Aqsa yang di muliakan oleh Allah. Rakyat Palestin telah mencuba berbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan untuk mendapatkan semula hak mereka yang telah dirampas oleh tentera zionis Yahudi. Dalam masa yang sama kita mampu menampilkan keunggulan ilmuilmu dan proses pendidikan yang Islami supaya akhirnya umat Islam mampu bangun dengan acuannya sendiri. Umat Islam perlu mengarahkan maksud jihad kepada pembangunan ilmu dan pendidikan. Sebagai sebuah agama dan juga tamadun sekali gus Islam perlu menguasai semua bidang kehidupan seperti pendidikan dan keilmuan. hidupkan budaya penyelidikan dan penerokaan kepada bidang-bidang baru dalam dunia intelektual kini.3 Jihad Mempertahankan Kesucian Islam Bagaimanana pula pentafsiran Islam mengenai jihad mempertahan kan Islam dan Ummahnya dari pencerobohan musuh-musuh Islam sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi. Di antaranya melalui 36 .W menjelaskan konsep ini.6. sains dan teknologi. mengkaji dan menyelidik mengenai hakikat kejadian alam dan hubungan dengan manusia berasaskan prinsip Al-Quran.6.2 Jihad Ilmu dan pendidikan Umat Islam harus melihat kepentingan ilmu dan teknologi sebagai amat releven untuk mengangkat martabatnya.A.penuh mengikut kaedah dan tatacara Islam sampailah kepada membina semula kecemerlangan dan kegemilangan tamadun Islam. Globalisasi yang mendatangi kita kini amat mencabar dan kesannya amat hebat.

Ia bermula di akhir abad ke-18 dan menjadi semakin hebat di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.7. Begitu juga Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Israel telah menabur janji untuk memberikan kekuasaan dan sebuah negara Palestin yang merdeka juga melalui jalan buntu. pendidikan. menganyayai wanita melailui ugutan dan berbagai-bagai penderaan yang dilakukan oleh tentera zionis tersebut. 2. rajin. Pada tahun 70-an dan 80-an wujud dua fenomena utama iaitu gerakan dakwah sama ada kumpulan NGO mahupun badan-badan kerajaan juga program penerapan nilai Islam oleh kerajaan dalam pentadbiran. merampas tanah orang Islam menyeksa dan membunuh kanak-kanak. Ia merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Pembentukan budaya kerja yang berasaskan nilai-nilai tersebut 37 .perjanjian damai. Ini adalah usaha yang bertujuan untuk kebaikan selaras dengan kehendak Islam. teratur dan efisyen sesuai dengan kehendak Islam. berjuang menerusi jihad memerangi tentera Israel yang telah mencabuli hak-hak mereka. 2. Rakyat Palestin yang telah muak dengan janji-janji kosong ini telah bangkit memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka dengan bangkit menentang. persidangan. bersih. perundingan dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. memerangi kaum lelaki.1 Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Agama Islam bukan sahaja meliputi amal ibadah yang khusus. Dalam situasi begini Jihad dalam artikata memerangi musuh Islam adalah amat wajar dan tidak boleh dipinggirkan dengan begitu sahaja terutama dalam konsep membina kekuatan persenjataan dan ketenteraan yang maju dan canggih.7 KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN PENERAPANNYA DI MALAYSIA Gerakan kebangkitan semula Islam bertujuan mengatasi kelemahan dalaman masyarakat Islam yang didominasi oleh kuasa penjajah Barat sekular. tekun serta usaha untuk menegakkan masyarakat di jalankan dengan lancar. perbankan. Pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bertujuan untuk membaiki taraf hidup rakyat keseluruhannya. membunuh. perundangan dan kepenggunaan. Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran di Malaysia ialah segala usaha untuk mempertingkatkan daya produktiviti negara melalui amalan nilai-nilai amanah.

i. Tujuan utama ialah untuk memenuhi keperluan umat Islam terhadap satu sistem yang benar-benar menepati lunas syariah 38 . Islam sebagai agama rasmi negara mengandungi prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni untuk faedah dan keselamatan manusia sejagat. Dengan dasar yang dilaksanakan ini.adalah tidak bercanggah dengan budaya bukan Islam kerana ia adalah nilai-nilai universal yang boleh diterima oleh manusia sejagat. Malaysia telah mengambil langkah yang wajar untuk memastikan sistem kewangan Islam berfungsi selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah dari segi matlamat dan operasinya. Kemajuan dan pembangunan sesebuah masyarakat memerlukan bimbingan. Rancangan ini seiring dengan usaha-usaha pembangunan fizikal yang sedang berkembang. Pembangunan negara sebelum ini lebih mementingkan kepada aspek kebendaan. Nilai-nilai ini dapat membenteras berbagai jenayah seperti rasuah. sudah tentu sesuatu rancangan akan gagal dan terbengkalai. salah guna kuasa. pecah amanah dan lain-lain yang berleluasa dewasa ini. ii. Sekiranya pentadbiran pincang. iii. Rasional dasar penerapan nilai-nilai Islam adalah seperti berikut .2 Aplikasi Prinsip Islam Dalam Aspek Ekonomi Sebagai sebuah negara Islam. Ia diasaskan kepada empat prinsip iaitu kesejagatan. 2. Nilai-nilai Islam dapat memberikan bimbingan tersebut dalam membentuk masyarakat supaya tidak dilanda arus pemikiran yang dapat merosakkan maruah sesebuah negara. Penerapan nilai-nilai positif yang membina sangat penting bagi sesebuah masyarakat yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Pentadbiran dipilih sebagai pilihan utama berdasarkan kepada perhatian yang diberikan oleh Islam membuktikan betapa pentingnya pentadbiran kerana ia menjadi jambatan bagi melaksanakan usaha-usaha perkembangan Islam dan penghayatannya. pembangunan bersepadu yang menggabungkan aspek kerohanian dan kebendaan dijalankan secara seimbang. tidak menyulitkan.7. Kerajaan Malaysia telah memilih pentadbiran sebagai bidang yang khusus dalam menerapkan nilai-nilai Islam pada masa ini. memelihara kemaslahatan umum dan melaksanakan keadilan.

39 . Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci. Bank Islam telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965 pada 1 Mac 1983 dengan nama Bank Islam Malaysia Berhad. Bagi mengelakkan unsur riba yang haram di sisi Islam. Berikutan daripada usul tersebut. yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga. Sejarah penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad telah bermula semenjak tahun1970an lagi. selepas kerajaan mempersetujui penubuhannya sebagai menyambut seruan umat Islam negara ini. Akaun Simpanan Wadiah. Bertepatan dengan Konsep Islam sebagai al-Din. Kajiankajian ini kemudiannya telah dikemukakan dalam Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Kewangan Negara-Negara Islam pada Disember 1973. kajian demi kajian telah dibuat untuk merealisasikan penubuhan bank Islam ini. Atas keyakinan wajib menunaikan haji bagi mereka yang mampu. bahkan juga kepada orang-orang bukan Islam. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.W.sebagai satu sistem kewangan yang komprehensif serta mampu bersaing dengan sistem konvensional yang telah wujud sekian lama. agama untuk dunia dan akhirat. Penubuhan Bank Islam adalah untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa sistem kewangan Islam ini boleh berdaya saing dan memberi manfaat bukan sahaja kepada orang Islam. semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Mulai Jun 1997. Akaun Simpanan Ijraa’ dan Skim Ar-Rahnu. setiap ibadah yang difardukan oleh Allah S. Usul penubuhan bank Islam di negara-negara Islam telah dibincang di peringkat antarabangsa apabila seruan ini dikemukakan oleh perwakilan negara Mesir dan Pakistan dalam Mesyuarat Kedua Menteri-Menteri Luar Negara Islam dalam tahun 1971.T memberi manfaat dunia dan akhirat. Bank Islam juga telah memperluaskan skop operasinya dengan memperkenalkan produkproduk seperti Pakej Pembiayaan Peribadi. umat Islam terdorong untuk menyimpan wang bagi membolehkan mereka melaksanakan rukun Islam yang kelima tersebut. Bank Islam telah memulakan perniagaannya 4 bulan kemudian iaitu pada 1 Julai 1983 sebagai bank Islam pertama di Asia Tenggara dengan modal permulaan RM80 juta.

B. Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997. Dato’ seri Abdullah Hj. pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535. negara dan ummah. Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci. Sebab itu. peradaban 40 . masyarakat.7. Ahmad Badawi.3 Pendekatan Islam Hadhari Selaras dengan ini kerajaan telah memperkenalkan dasar Islam hadhari dengan memberi penekanan pada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. pada tahun 1969 lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji. Ternyata sistem Islam berjaya menegakkan keadilan yang jauh dari sifat penipuan dan gharar yang diharamkan oleh Islam untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia. Sesungguhnya Islam berkemampuan untuk menyelesaikan bukan hanya permasalahah di peringkat peribadi. Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Y. Perdana Menteri. semua agenda pembangunan ummah.Untuk memberi kemudahan kepada bakal haji dalam merealisasikan hasrat murni mereka. yang ditubuhkan di bawah Akta 8. tetapi juga menggarap persoalan keluarga. dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji. 2. malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam di Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam. Secara umumnya kerajaan telah berusaha untuk mengembangkan lagi produk-produk perbankan Islam sehingga mampu menerajui hub halal yang terkenal di seluruh dunia. malah telah dijadikan dasar dalam pembangunan negara adalah satu usaha untuk mengenengahkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia di samping mengembalikan semula kegemilangan Islam di persada dunia. Dari itu. A. Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk “ Rancangan membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji” pada tahun 1959. Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969.

Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk. Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual. bukan sahaja fizikal tetapi merangkumi kerohanian. Zin telah menjawab (Mujaini Tarimin. dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama bagimu. Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Dato’ Dr. memartabat dan memperkasa agama. Kerajaan menyedari bahawa Islam bukanlah satu agama bersifat ritual semata-mata. Selaras dengan itu. pendidikan. Dengan itu. nyawa. Abdullah Md. 2005). pembangunan yang baik. sesuai dengan tuntutan agama Islam. unsur ketamadunan yang baik. dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu. pembangunan yang berkaitan dengan agama. undang-undang dan sebagainya. pendidikan dan juga ekonomi Islam”. konsep hidup sebagai pengabdian kepada Allah dan konsep kerja sebagai ibadah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri. dengan harapan akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara (JAKIM. yang sudah tentunya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. ekonomi. kemasyarakatan. akal.negara dan keutuhan bangsa perlu digarap untuk sama-sama bangkit bersama keterbilangan Islam sebagai al-Din yang diredai Allah. suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam. misalnya pendidikan Islam. manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan. Firman Allah yang bermaksud: Pada hari ini telahku sempurnakan untukmu agamamu. 41 . Ketika menjawab soalan berhubung dengan Islam Hadhari. Beberapa prinsip Islam Hadhari telah dirangka bagi merangsang perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan. pengurusan pentadbiran yang baik. Ia juga selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksana masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020. Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan atau wasatiyyah. tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. harta dan keturunan. khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip maqasid al-syari’yyah yang sentiasa berkembang seperti menjaga. 2005): ”Islam Hadhari adalah konsep Islam yang menekankan kepada aspek pembangunan.

ii. Ibnu Khaldun seorang ahli sosiologi dan sejarawan Arab yang terkenal yang memperkenalkan istilah hadarah dalam membicarakan tentang peradaban insan. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juz’ie atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik (al-Islam al-Siyasi). tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Mengikut Kamus Dewan.Perkataan hadharah berasal dari perkataan Arab. J Beg. Beliau menjelaskan bahawa perkataan umran lebih popular digunakan di abad ke14M dan istilah hadarah pula lebih popular dalam abad ke 20M (M. Menurut M. 1982). kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur Justeru Islam Hadhari ini juga boleh ditakrifkan sebagai penghayatan Islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan peradaban. A. Ini kerana pandangan hidup. masyarakat yang beradab atau bertamadun ialah masyarakat yang memiliki tingkat kemajuan dalam kehidupan jasmani dan rohani. Sebagai huraiannya ia bolehlah dihuraikan sebagai berikut: i. 42 . hadara iaitu kata lawan bagi badawah. Takrif Islam Hadhari yang diperkenalkan di Malaysia bermaksud suatu pendekatan pembangunan manusia. politik dan lain-lain) yang tinggi. Penggunaan istilah ini akhirnya disamakan dengan kata tamadun. krisis identiti. Pendekatan Islam Hadhari. lawan kepada Islam Raj’ie yang mempunyai sifatsifat kemunduran. jatidiri serta penjajahan fikiran. Kata ini juga bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. ekonomi global. masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh. berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam. iii. Tamadun dinyatakan sebagai satu keadaan masyarakat yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial. A. Islam bersifat tasawuf (al-Islam al-Sufi) dan seumpamanya. budaya materialisme. J Beg hadarah lebih tepat dimaksudkan dengan kebudayaan (culture). sistem nilai. dunia tanpa sempadan. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang memberi fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat. budaya.

misi dan objektif ini akan menjadi kenyataan (Ismail Ibrahim. pendidikan. akhlak. berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.2 Prinsip-Prinsip Asas Islam Hadhari Prinsip-Prinsip Islam Hadhari adalah dirangka menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sesebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Objektif Islam Hadhari ialah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani). Memandangkan kepada visi.7. rasional. Pendekatan ini juga adalah untuk memperkasa umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. termasuklah kementeriankementerian yang menjadi asas pembangunan moral dan akhlak rakyat.W. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah Kewajaran meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S. maju. Misi dan Objektif Islam Hadhari Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh. 43 . bertamadun. kesenian dan kebudayaan serta lain-lain jabatan agar visi. penerangan dan media.T sebagai prinsip Islam Hadhari yang pertama adalah sesuatu yang tepat.2. Misi Islam Hadhari pula ialah melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal.7. berdaya saing. 2005). Ini adalah kerana akidah atau keimanan merupakan sesuatu yang asas di dalam kehidupan seseorang sama ada untuk pembangunan individu mahupun masyarakat. praktikal dan damai. intelektual. melihat kehadapan. yang diperkenalkan oleh pemimpin kita pada hari ini. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu.1 Visi. iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.2. mampu berdikari. berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak. inovatif serta cekap menangani cabaran semasa serta bijaksana. maka semua pihak perlulah menyusun strategi yang bersepadu. misi dan objektif Islam Hadhari yang sangat besar manfaatnya kepada Islam dan umatnya. material. bertoleransi dan berimbang. Prinsip-prinsip tersebut ialah : i.2. 2.

Ulamak tafsir.W. Allah S. Oleh itu rosaknya bererti binasalah badan. kerana akidah adalah ibarat nadi kepada jasad manusia. dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dua kehendaki. Ia bermaksud apabila keimanan dan hidayah Allah S. Justeru itu iman bukanlah sekadar ucapan lidah.T mengumpamakan kalimah yang buruk sebagai kekafiran dan syirik yang tidak mempunyai asas yang kuat dan tidak mampu menahan angin badai yang melanda.T telah menyelubungi hati seseorang. asas kepada sebuah binaan atau akar kepada sebatang pokok. Dan perumpamaan kalimah yang buruk. yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi. seperti pohon yang buruk. dahan-dahannya pula menjulang ke langit dan mengeluarkan buah setiap masa.Kedudukan akidah dalam Islam berada di tahap yang paling asas dan terpenting dalam pembinaan Tamadun Islam. Al-Maraghi menyatakan bahawa maksud kalimah yang baik yang terdapat dalam ayat ini ialah iman yang thabit di dalam hati orang-orang yang beriman yang akan mengangkat amal pelakunya ke langit. tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun. tidak bercampur syak dan ragu.T telah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 24 – 27 yang bermaksud : Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan. Yusof al-Qardhawi telah menyifatkan iman sebagai kepercayaan yang meresap ke dalam hati.W. Kepincangan akidah bererti musnahlah segala-galanya. Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. maka ia akan melimpah dan memberikan sinar kepada hati-hati anggota masyarakatnya. Dr.W. umpama cahaya elektrik yang mampu menerangi kegelapan. Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan dicakhirat. kalimah yang baik seperti pohon yang baik. binaan dan pokok tersebut. dengan penuh keyakinan. Al-Maraghi juga menyatakan bahawa Allah S. bukan sekadar perbuatan dan juga bukan hanya pengetahuan tentang rukun-rukun iman. tingkah laku dan perbuatan sehari-hari.T telah membuat perumpamaan kalimah iman itu adalah umpama pokok yang tetap akarnya menjunam jauh ke dalam bumi.W. Sehubungan dengan itu Allah S. serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup. akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin TuhanNya. iaitu akan musnah dan tidak akan memberi manfaat kepada manusia. 44 .

Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri. dan dirahmati Allah S.).W. maju. Barzakh. tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran 45 . ii. supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”. Keimanan juga meliputi keimanan dan keyakinan terhadap semua Rukun-rukun Iman iaitu beriman kepada Allah S.W.T dalam surah an-Nahl : 90 yang bermaksud : Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil.W.a.T.W. Sirat. iii. Ini bersesuaian dengan firman Allah S.T dalam al-Quran Surah al-Isra’ ayat 70 bermaksud: “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam. alRuhaniyyat (makhluk-makhluk hidup yang ghaib daripada pandangan manusia) dan alGhaybiyyat (alam ghaib seperti. adil. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini).T. Mahsyar. bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain. dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat.W.T. kitab-kitab-Nya. Rakyat Berjiwa Merdeka Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Kerajaan Adil dan Beramanah Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. para malaikatNya. amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik. mengikut kadar masing-masing.w dan para nabi yang diutuskan). Mizan. Pengurusan negara yang cekap. Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah. Ia merangkumi seluruh aspek yang membabitkan persoalan al-Ilahiyyat (ketuhanan Allah S. al-Jannah dan al-Nar). dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhlukmakhluk yang telah kami ciptakan. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ini selaras dengan firman Allah S. al-Nubuwwat (kenabian dan kerasulan Muhammad s. para rasulNya. keluarga. masyarakat dan negara.Keimanan ini jugalah yang mendasari seluruh sistem dan dimensi kehidupan manusia. dan kami telah beri mereka menggunakan berbagaibagai kenderaan di darat dan di laut.

Amat disedari umat islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus diberi keutamaan. Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara Kita. keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai. hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah. vi. Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi islam. aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh islam. Kehidupan Berkualiti 46 . rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang. mencapai guna tenaga penuh. kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah. kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan. kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai denagn perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif Dalam usaha untuk memajukan negara. iv.berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu. menyeluruh dan teratur. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double major. Penguasaan Ilmu Pengetahuan Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara integratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek. v.

Jaminan tersebut meliputi nyawa. menghayati kehidupan yang aman. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian. kemampuan memajukan taraf pendidikan. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Bahkan islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. agama dan politik. agama. fizikal dan material. khususnya di kalangan generasi muda kerana mereka adalah aset negara. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. sosial. Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama.Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. kehormatan dan akal. vii. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pensyariatan syariat Islam (Maqasid asSyariah). Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi. 47 . Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. harta. sama ada sebagai kumpulan majoroti atau minoriti. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. viii. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara. hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang. Keutuhan Budaya Dan Moral Keutuhan budaya dan moral amat penting dalam menguatkan benteng dan jati diri rakyat Malaysia daripada terjebak dalam gejala keruntuhan akhlak. pendidikan. Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.

x. manusia sering mengeksploitasi kekayaan alam semula jadi. Perbuatan seperti pembakaran hutan secara berleluasa.Dengan memiliki keutuhan budaya dan moral yang tinggi. Pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia memfokuskan pada aspek pembangunan dan pembinaan tamadun berpandukan pandangan semesta Islam. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan Setiap negara semestinya memiliki kekuatan pertahanan yang dapat menjamin keselamatan. Masyarakat Malaysia perlu dididik tentang kepentingan menghargai alam semula jadi melalui penerapan nilai-nilai murni dan tanggungjawab alam sekitar. keamanan dan kesejahteraan rakyat. kerajaan harus berusaha untuk mengeratkan perpaduan antara kaum. memiliki jati diri yang tinggi dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing yang bertentangan dengan budaya negara kita. 48 . penerapan sains dan teknologi berteraskan ajaran agama serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan alam sekitar yang terancang dan tersusun. Penekanan diberikan pada usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia melalui penguasaan ilmu. ix. pembangunan insan dan pembangunan fizikal tanpa mengira kaum dan agama. Kekuatan persenjataan sahaja tidak mampu mempertahankan negara terutama di Malaysia yang terdiri daripada rakyat pelbagai etnik atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. Melalui kekuatan pertahanan negara dapat menangkis sebarang bentuk pencerobohan daripada negara lain. tanah runtuh dan pemanasan bumi. pembalakan tidak terkawal dan penggondolan bukit mengakibatkan alam sekitar musnah dan menyumbang kepada bencana alam seperti banjir kilat. bebas daripada belenggu masalah sosial. negara akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Dalam mengejar pembangunan negara. sekali gus mengelakkan pembaziran tenaga dan kewangan dalam menyelesaikan masalah yang berpunca daripada perbalahan sesama etnik. Dalam keadaan ini.

Tamadun Islam bermula dari zaman Rasulullah s. 2.A. sehingga kini mempunyai dua matlamat utama. The New Leviathan Or Man. Segala perlakuan manusia sebagai penggerak tamadun mestilah berteraskan al-Quran dan al-Sunnah serta sumbangan intelektual muslim dalam membangunkan dunia sejagat RUJUKAN Ibn. Dewan Pustaka Fajar. iaitu menjana tamadun kemanusiaan dan membangunkan tamadun fizikal. 49 . Beg (1982). M. Collingwood (1947). The Clash of Civilization and New World Order. Civilization And Barbarian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. kepada dunia petunjuk dan rahmat. berpaksikan perlaksanaan syariat dan dihiasi dengan nilai-nilai akhlak mulia. untuk seluruh manusia. Kemunculannya telah Islam adalah agama yang memberi sinar baru kepada dunia yang malap dengan nilai-nilai jahiliyah. New Delhi : Penguin Books. Khaldun.w. G. mereka bebas menjalankan aktiviti ekonomi.Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan berlandaskan pendekatan Islam Hadhari yang menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat dan mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai keturunan dan agama atau masyarakat majmuk. Islam telah membawa perubahan kepada tamadun manusia dengan bertunjangkan akidah. Kuala Lumpur : University of Malaya Press.8 KESIMPULAN bersifat sejagat. 1984.a. P. 1996. Pelaksanaan Islam Hadhari sama sekali tidak membelakangkan masyarakat bukan Islam. Science and Civilization in Islam. (1995) Mukaddimah. S. Shah Alam Huntington. Sayyed Hossein Nasr. Islamic and Western Concepts of Civilization. Society. sosial dan politik sebagaimana yang di tekankan dalam sepuluh prinsip Islam Hadhari.J. Oxford. R. Kemunculan Islam sebagai way of life telah membentuk tamadun besar dunia serta memberi sumbangan kepada kebangkitan Eropah dan dunia keseluruhannya.

London : Croom Helm London. Asiah Ali. Dlm. 1979. Al-Maraghi. 1999. Sejarah Umat Islam: Singapura: Pustaka Nasional. Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam.) Bey Arifin. Konsep Islam Hadhari. 2000. Abdullah Mohamad Said (1999). Abdul Rahman Nawas dll (1995).tpt : Dar al-Fikr. Aspek dan Perkebangan Falsafah Sejarah Dunia Barat. Tamadun Islam dan Tamadun Barat : Satu Analisa. Hashim Musa. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Anjuran Pusat Pemikiran dan kefahaman Islam. Shah Alam : Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Ismail Ibrahim (2005). Universiti Malaya dan Pusat Dialog Peradaban 2004. Selangor Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2005). Azhar Hj. Kertas Kerja Dalam Bengkel Pemantapan Pengajaran CTU 101. Bhd. Sains Falsafah dan Islam: Kuala Lumpur: Pusat Pengajian Umum UKM.Aros.th. 1991.Bhd. (terj. (1998). Pustaka Nasional. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid.Ziauddin Sardar. T. UiTM pada 14 – 15 Jun 2006. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat. Tamadun Islam. 2005. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad (2006). ”Islam Hadhari : Konsep dan Cabaran”. Fernard. Kertas Kerja Dalam Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan 2005. UiTM pada 9 -11 Jun 2005. Salahudin Suyurno (2005). The Future of Muslim Civilisation. ”Islam Hadhari dan Pembangunan Islam di Malaysia”.5. TITAS I. Abul Hasan Ali al-Hasany An-Nadwy. Md. Kuala Lumpur. Putrajaya : Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fajar Bakti Sdn. Shah Alam : Fajar Bakti. Braudel. Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam. Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar. Shah Alam. Singapura. Jil. Tamadun Islam. Ahmad Mustaffa (T. Daud. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn. 50 . Dlm. Penguin BooksMahayudin Yahya. Mujaini Tarimin dan S. A History of Civilization. Sulaiman Nordin. 1994. Hamka. Shah Alam : Biroteks ITM. Pembangunan Masyarakat Islam Hadhari. Mustafa Hj. 1993. Tafsir al-Maraghi. 1993. 1984. Muhammad Yusuf Ibrahim. Islam Hadhari Satu Penjelasan. Pembangunan Masyarakat Islam Hadhari.).

Kertas Seminar Kebangsaan Jihad Dari Perspektif Islam.dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia: Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Anjuran Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. 12 Julai 2003. 51 . Jihad Dari Perspektif Islam. “Pertembungan Tamadun Islam Dengan Kolonialisme Barat”. Universiti Pendidikan Sultan Idris Mohamad Kamil Abdul Majid.Mahmood Zuhdi. 2001.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful