You are on page 1of 1

Tajuk

Kaedah Pandang Sebut Meningkatkan Penguasaan Membaca Dalam Kalangan


Murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Taman Jaya.

Oleh
MUHAMMAD BIN DZULKIFLE
Sekolah Kebangsaan Taman Jaya,
PERAK.

ABSTRAK
Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran
terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu
perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara
asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun 1 lagi. Kegagalan
menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan
lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan.
Sehubungan itu, satu kajian telah diadakan bagi mengetahui kebolehan murid dalam
membaca ayat dengan lancar. Berdasarkan sesi bacaan yang telah dijalankan ke atas 42
orang murid Tahun 1 Bijak , didapati seramai 10 orang murid begitu lemah dalam sesi
bacaan ini. Bagi membendung masalah ini, saya telah mengambil langkah menjalankan
pengumpulan data melalui soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Saya telah menjalankan
kajian ini untuk meningkatkan minat dan penguasaan kemahiran membaca murid Tahun 1.
Melalui kajian ini saya begitu mengharapkan masalah kemahiran membaca murid dapat
diatasi bagi meningkatkan prestasi murid. Selain itu saya begitu mengharapkan pelajar-
pelajar ini dapat bersaing dengan rakan-rakan yang lain serta mengikuti sesi pembelajaran
dalam kelas biasa. Dapatan daripada ujian pos menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan.

You might also like