Istiadat Konvokesyen Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan pada 15 hinngga 18 Mac 2011 bersamaan 11 Rabiulawal

hingga 13 Rabiulakhir 1432 Hijrah bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC): Presint 5, Putrajaya,

Pakaian Akademik Anda diminta berpakaian kemas iaitu lounge suit atau pakaian kebangsaan dan berkasut kulit hitam bagi lelaki. Baju kurung atau kebaya atau pakaian lain yang sopan, tidak terlalu ketat dan haruslah labuh ke bawah paras lutut dan berkasut sarung (bukan tumit tinggi dan bukan selipar) bagi perempuan. Warna asas bagi keseluruhan jubah graduan adalah sama, iaitu warna Royal Blue atau biru tua Anda juga diminta mengenakan pakaian akademik iaitu jubah dan topi (mortar board). Graduan yang tidak memakai pakaian akademik yang lengkap tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen. Semua graduan tidak dibenarkan keluar dewan sehingga Istiadat Konvokesyen selesai. Anda dikehendaki berpakaian formal (pakaian kerja) semasa hadir hari pendaftaran dan raptai. Pihak urusetia mungkin tidak akan membenarkan bakal graduan mendaftar sekiranya tidak mematuhi etika berpakaian seorang GURU.. Pengambilan Pakaian Akademik Graduan Tarikh dan Masa Program Ijazah Sarjana Muda 15 Mac 2011 Perguruan (PISMP) Ambilan 2007 8.30 pagi-10.30 pagi Program Kursus Perguruan Lepas 17 Mac 2011 Ijazah 2.00petang - 3.30 Ambilan Jun 2009 petang Tempat Kaunter Pendaftaran PICC, Putrajaya Kaunter Pendaftaran PICC, Putrajaya

Urusan pinjaman selepas dari tarikh dan waktu di atas tidak akan dipertimbangkan. Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya bersama semasa mengambilan Pakaian Akademik. Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan mengambil pakaian akademik, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan membawa borang kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian Akademik (Lampiran 2)

LAMPIRAN 1 KONVOKESYEN IPGM 2011 BORANG PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK *Sila lengkapkan borang ini dan bawa bersama semasa mengambil Pakaian Akademik Nama Penuh :........................................................................................................................... No Kad Pengenalan :........................................................... IPG Kampus : ...........................................................................................................

No. Telefon : ……………………………………………………………………………... Alamat surat menyurat : ………................................................................................................ …………………………………………………………………………………………………………… Poskod :......................... Bandar : ........................................ Negeri : ................................................................. Tarikh Pinjaman : ............................................ Tandatangan : .................................................

**Peringatan Penting

* Hanya borang yang telah diisi dengan lengkap dan bercop sahaja yang dibenarkan untuk mengambil Pakaian Akademik * Graduan yang mewakilkan orang lain untuk mengambil Pakaian Akademik hendaklah mengisi borang kebenaran kepada wakil untuk mengambil pakaian akademik.

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Disahkan oleh :.................………………………………………… Tarikh :…………........

Saiz : S/ M/ L/ XL (Bulatkan saiz yang dikehendaki)

LAMPIRAN 2 KONVOKESYEN IPGM 2011 KEBENARAN KEPADA WAKIL UNTUK MENGAMBIL PAKAIAN AKADEMIK (JUBAH DAN TOPI) Nama : ……………………………………………………………………………………..……………... No. K.P : ………………………………………………… IPG Kampus : …………………………………………………………………………………………… Program : ……………………………………………………………… Alamat surat menyurat:………………………………………………….……………………………………….. ………………..…………………..……………………………………..………………………………………… … Tarikh : …………………………………… Urusetia Konvokesyen IPGM 2011 (u.p : Jawatankuasa Jubah) Tuan, KEBENARAN KEPADA WAKIL UNTUK MENGAMBIL PAKAIAN AKADEMIK Dengan hormatnya, saya seperti nama dan alamat di atas tidak dapat hadir untuk mengambil Pakaian Akademik. 2. Sehubungan dengan itu, saya mewakilkan penama di bawah ini untuk mengambil Pakaian Akademik bagi pihak saya. Nama wakil : …………………………………... No. Kad Pengenalan : …………………………………… Alamat :……………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………………… No. Telefon : …………………………………….……./(H/P) ………….………………………. Hubungan : …………………………………… 2. Saya mengaku akan bertanggungjawab di atas tindakan memberi kebenaran ini dan sedia maklum bahawa pihak IPG akan mengenakan denda sekiranya Pakaian Akademik berkenaan rosak atau hilang. Sekian, terima kasih. Yang benar, ……………………………………………..… ( )

Bayaran Konvokesyen Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak dua ratus ringgit (RM200.00). Pembayaran boleh dibuat terus di atas nama PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS masing-masing melalui cek/wang pos pada/ tidak lewat dari 5 Mac 2011. Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak satu ratus ringgit (RM100.00). Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran tersebut. Sila bawa bersama salinan slip bayaran/dokumen pengesahan bayaran dari IPG masing-masing sewaktu hendak mengambil pakaian akademik.

Taklimat dan Raptai Semua Bakal Graduan diminta hadir ke taklimat raptai konvokesyen mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2007 Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan Jun 2009 Tarikh dan Masa 15 Mac 2011 11.00 pagi 17 Mac 2011 4.00 petang Tempat Dewan Perdana PICC, Putrajaya Dewan Perdana PICC, Putrajaya

Istiadat Pengurniaan Ijazah/Diploma dan pengesahan kehadiran Senarai nama bakal graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah mengikut sesi . Sila klik Tarikh, Sesi &, 16 Mac 2011 Sesi 1: 8.30 pagi 16 Mac 2011 Sesi 2: 2.30 petang 17 Mac 2011 Sesi 3: 8.30 pagi 18 Mac 2011 Sesi 4: 8.30 pagi 18 Mac 2011 Sesi 5: 2.30 ptg Program/Graduan dan IPG PISMP Ambilan Januari 2007 Penerima Anugerah Kecemerlangan PISMP Ambilan Januari 2007 PISMP Ambilan Januari 2007 KPLI Ambilan Jun 2009 KPLI Ambilan Jun 2009 600 690 695 650 650 Jumlah

Panduan Dan Tatacara Menerima Ijazah Semua graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian Akademik di Lobi aras 1 PICC pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk perarakan masuk graduan ke dalam Dewan Perdana. 1. Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Dewan Perdana mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam Buku konvokesyen. 2. Semua bakal graduan dikehendaki berdiri penganugerahan Ijazah Sarjana Muda/Diploma. semasa istiadat pengumuman

3. Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima Ijazah Sarjana Muda/Diploma. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung. 4.. Apabila nama graduan diumumkan;
   

graduan diminta berjalan terus ke arah Canselor / Pro Canselor. tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas). terima Ijazah Sarjana Muda/Diploma dengan kedua belah tangan. beri ucapan"Menjunjung Kasih Tuanku" kepada Tuanku Canselor dan "Terima kasih" kepada Pro Canselor.  undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal mengikut laluan yang ditetapkan  bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan dan akan dimaklumkan kelak. 5. Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai . Jemputan Kepada Keluarga Semua bakal graduan hanya diberi satu (1) Pas Masuk untuk 2 orang ahli keluarga sahaja. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pas masuk dan pelekat kenderaan akan diserahkan semasa anda mengambil pakaian akademik. Ibu bapa atau ahli keluarga digalakkan memakai batik bagi lelaki dan pakaian formal bagi perempuan. Pemakaian jean tidak dibenarkan sama sekali. Ibu bapa atau ahli keluarga yang tidak dapat memasuki Dewan Perdana semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung dijemput ke Dewan? ………………………….untuk menonton siaran langsung upacara Istiadat Konvokesyen melalui paparan di skrin

Gambar Konvokesyen Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh IPGM. Syarikat ini akan berurusan terus dengan graduan selepas majlis konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung.

Pemulangan Pakaian Akademik Anda hendaklah memulangkan pakaian akademik selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang pada hari yang sama selepas Istiadat Konvokesyen bagi graduan sesi pagi, dan selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari hari berikutnya bagi graduan sesi petang di kaunter pendaftaran pengambilan pakaian akademik.

Pengambilan Transkrip Dan Ijazah/Diploma Bagi Transkrip Akademik, graduan boleh menuntut pada bila-bila masa iaitu setelah dua (2) minggu graduan disahkan tamat pengajian oleh Senat dengan membuat permohonan secara bertulis ke IPG Kampus masing-masing. Transkrip Akademik dan Ijazah juga boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik. Para graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil ijazah dan transkrip bolehlah mewakilkan orang lain untuk mengambilnya atau ijazah dan transkrip tersebut dipos oleh IPG Kampus dengan menggunakan borang Kebenaran mengambil ijazah/diploma dan transkrip (Lampiran 3) dan dilampirkan salinan slip bayaran yuran konvokesyen. Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan mengambil transkrip dan ijazah/diploma. Graduan yang masih berhutang dengan IPG Kampus juga tidak dibenar mengambil transkrip akademik dan ijazah/diploma masing-masing. Transkrip akademik dan ijazah/diploma hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak IPG tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah/diploma dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos dan dituntut melalui wakil yang mengambilnya. Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut : BIL. 1 PERKARA Bayaran Salinan Transkrip 40.00 2 Bayaran Salinan Ijazah/Diploma KADAR (RM) 10.00

LAMPIRAN 3
KEBENARAN WAKIL MENGAMBIL IJAZAH DAN TRANSKRIP / IJAZAH DAN TRANSKRIP DIPOS Nama : …………………………………… No. K.P : …………………………………… IPG Kampus : …………………………………… Program : …………………………………… Alamat : ………………………………………………………………………………………………..….. ………………..……………………………………..……………………………………………………….. No. Telefon : (R)…………………………………… (H/P)..……………………………………… Tarikh : ……………………………………

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus………………………………………………………………………………………….. (u.p : Unit Peperiksaan dan Penilaian)

Tuan, KEBENARAN WAKIL MENGAMBIL IJAZAH DAN TRANSKRIP / IJAZAH/ DIPLOMA DAN TRANSKRIP DIPOS OLEH PIHAK INSTITUT Dengan hormatnya saya seperti nama dan alamat di atas, memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir untuk mengambil Ijazah dan Transkrip saya. 2. Sehubungan dengan itu, saya bersetuju supaya * Ijazah/ Diploma dan Transkrip saya :(potong yang tidak berkenaan) *Dipos seperti alamat di atas/ diserahkan kepada wakil saya iaitu :Nama wakil : …………………………………... No. Kad Pengenalan : …………………………………… Hubungan : …………………………………… No. Telefon : (R)…………………………………… (H/P)..……………………………………… 3. Saya sedia maklum bahawa pihak institut hanya mengeluarkan Ijazah/ Diploma dan Transkrip sekali sahaja. Saya mengaku akan bertanggungjawab di atas tindakan memberi kebenaran ini dan tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap Institut Pendidikan Guru sekiranya Ijazah dan Transkrip berkenaan rosak atau hilang. Sekian, terima kasih. Yang benar, …………….………………… ( )

(Beserta Resit Bayaran Yuran Konvokesyen/ pengesahan bayaran yuran konvokesyen)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful