P. 1
Industri Kayu-kayan

Industri Kayu-kayan

4.88

|Views: 11,898|Likes:

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Mohd Faizal Bin Yahaya on Aug 20, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Soalan 3: Berdasarkan contoh yang sesuai, bincangkan impak industri terhadap pembangunan di negara ini. 1.

0 PENDAHULUAN Industri secara umumnya adalah kelompok perniagaan tertentu yang memiliki teknik dan kaedah yang sama dalam menghasilkan keuntungan. Misalnya, industri muzik, industri kenderaan, industri ternak, industri kayu-kayan dan sebagainya. Definisi pembangunan membawa maksud kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apaapa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atau di bawah tanah atau membuat sesuatu perubahan tentang penggunaan sesuatu tanah atau bangunan. Hulme D & Turner. M (1990) pula mendefinisikan pembangunan sebagai memimpin objektif kerajaan-kerajaan iaitu pembangunan adalah sinonim dengan perubahan ekonomi, sosial dan politik. Seers (1977) mendefinisikan pembangunan sebagai merealisasikan potensi personaliti manusia iaitu gabungan daripada tiga matlamat yang khusus. Pertama, jaminan ke atas bekalan keperluan asas. Kedua, kewujudan bidang pekerjaan dan yang ketiga adalah sebagai pengurangan ketidakadilan. Menurut Kadt E. D (1974) dalam Sociology and Development, dalam menerangkan pembangunan daripada kaca mata Leninism, Rejim Soviet ini cuba melihat jumlah perubahan ke atas individu-individu kepada keperluan dalam dunia persaingan bagi industri iaitu pembangunan yang berkisar di atas landasan nilai-nilai materialisme secara kuantitatif. Berger G. (1992) telah menyatakan bahawa pembangunan boleh difahami daripada kebiasaan ekonomi dan bukannya daripada perspektif politik, etika, ideologi atau daripada kriteria-kriteria yang lain. Pembangunan tidak hanya dilihat

1

daripada faktor-faktor ekonomi iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha tetapi juga lebih kepada perkembangan ekonomi. Kadir H. D. (1996) pula menyatakan bahawa pembangunan adalah satu proses membuka sesuatu yang “berbungkus” iaitu membuka serta mendedahkan apa yang ada di dalam sesuatu “bungkusan” itu. Walau bagaimanapun, kadang-kadang ia “membungkus” bukan untuk menyembunyikan tetapi untuk melindungi dan menjaga. Dalam erti kata yang lain, pembangunan adalah suatu proses mendedahkan “benih” yang berada di dalam sesuatu ke arah perkembangan atau menggilapkan lagi. Menurut beliau lagi, pembangunan adalah suatu proses membuka dan memperkembangkan roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka dan mendedahkan manusia ke arah kemuncak ketuhanan supaya dapat berkembang sepenuhnya secara beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam konteks kehebatan alamiah. 2.0 DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA Strategi Pelan Induk Perindustrian telah mengenal pasti 12 sektor-sektor industri yang patut diberikan penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor tersebut adalah yang berasaskan kepada sumber-sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan kepada getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan kepada sumber iaitu elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan lagi asas industri negara.

2

3.0 IMPAK INDUSTRI BERASASKAN KAYU Kayu-kayan merupakan hasil hutan yang penting dan bahan ini telah digunakan untuk pelbagai tujuan. Ia merupakan bahan api atau bahan bakar yang sudah lama digunakan untuk keperluan rumah tangga dan juga dalam kilang-kilang. Kira-kira 40% daripada jumlah hutan dunia digunakan sebagai bahan api. Kebanyakan negara di kawasan tropika mempunyai kadar penggunaan balak yang tinggi sebagai bahan api yang diperolehi daripada hutan-hutan semulajadi. Negara-negara yang menjalankan sektor perhutanan seperti Sweden, Kanada dan Finland telah menyumbangkan sejumlah wang yang besar daripada pertukaran wang asing negara-negara tersebut. Sektor perhutanan dan kayu-kayan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi di Malaysia. Sumber-sumber bekalan kayu-kayan telah memberi sumbangan yang besar terhadap pertambahan pendapatan tukaran wang asing, pertumbuhan KDNK, hasil kerajaan dan peluang pekerjaan. Malaysia adalah negara pengeksport utama kayu keras dunia. Kayu-kayu ini banyak dieksport ke Jepun, Korea Selatan, Taiwan, India, Eropah dan Asia Barat. Jenis-jenis kayu keras yang berharga di negara ini adalah termasuk meranti, cengal, kapur keriung, nyatuh dan bakau. Pada tahun 2004, eksport produk-produk berasaskan kayu adalah berjumlah RM19.8 bilion (US$5.2 bilion), iaitu pertambahan sebanyak 18.9% yang melebihi tahun 2003 iaitu sebanyak RM16.6 bilion. Produk-produk utama yang dieksport adalah seperti papan lapis (RM5.6 bilion), perabot (RM5.5 bilion), pertukangan kayu dan tanggam pembina (RM1.1 bilion) dan papan gentian (RM1 bilion).

3

Industri kayu-kayan ini sebahagian besarnya adalah dimiliki oleh warga Malaysia dan setakat ini, lebih daripada 4,000 kilang pemprosesan kayu telah beroperasi. Dianggarkan lebih daripada 80% syarikat-syarikat berasaskan kayu termasuk perabot bersaiz perusahaan kecil dan sederhana. Industri ini telah berjaya dibangunkan dan telah mempelbagaikan pengeluaran ke sebilangan besar produk hiliran seperti venir dan papan lapis serta produk-produk tambah nilai yang tinggi termasuk papan blok, kumai, pertukangan kayu dan tanggam pembina, panel berasaskan bancuhan (papan zarah, papan gentian), perabot dan komponen-komponen perabot. Selain itu, Sabah dan Sarawak telah berjaya menarik kebanyakan projek-projek yang menggunakan kayu keras untuk pengeluaran kayu gergaji, venir, papan lapis dan produk-produk panel bervenir lain. Lebih daripada 70% daripada 154 kilang papan lapis terletak di Sabah dan Sarawak, manakala bagi kumai, daripada 177 kilang yang beroperasi, 85 buah kilang telah bertempat di Sabah dan Sarawak. Kilang-kilang pemprosesan hiliran untuk pengeluaran kumai, papan gentian, pertukangan kayu dan tanggam pembina serta perabot dan komponen perabot kebanyakannya bertempat di Semenanjung Malaysia. Kilang-kilang ini terutamanya menggunakan kayu getah (Oak Malaysia) hasil daripada ladang-ladang getah yang mampan.

4

4.0 PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA Industri berasaskan kayu merupakan salah satu sektor yang menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sumbangan industri ini kepada Keluaran Kasar Dalam Negeri (GDNP) dianggarkan pada tahap lima peratus. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 4,000 buah kilang yang terbabit dalam pengeluaran produk-produk atau hasil kayu, termasuk lebih daripada 2,300 kilang kerja kayu dan perabot. Pertumbuhan pesat industri perkayuan negara secara langsung telah berjaya mewujudkan peluangpeluang pekerjaan kepada lebih daripada 370,000 orang.

Sumbangan sektor perkayuan kepada pendapatan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Malahan, pada tahun 1995, sektor perkayuan telah mendahului sektor petroleum dan minyak kelapa sawit dari segi hasil eksport kepada negara. Walaupun berlaku kegawatan ekonomi dalam tempoh lapan tahun yang lalu, prestasi eksport kayukayan terus mencatatkan peningkatan. Hasilnya, pada tahun 2004, jumlah eksport produk kayu-kayan telah mencapai nilai sehingga RM19.77 bilion iaitu peningkatan sebanyak 20% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan yang memberangsangkan ini turut disumbangkan oleh prestasi cemerlang industri perabot yang telah mencatatkan nilai eksport melebihi RM 6 bilion pada tahun lalu.

5

Sejajar dengan matlamat tersebut, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) pada tahun 1995 melalui peruntukan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 iaitu sebanyak RM2.82 juta bagi tujuan mempercepatkan lagi pemindahan teknologi dan tahap pemprosesan bagi produk bernilai tambah seperti perabot, tanggam dan kayu kumai. Penubuhan WISDEC merupakan salah satu strategi bagi memenuhi keperluan utama dalam pembangunan sumber manusia di sektor kayu kayan. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius dalam melaksanakan program pembangunan sumber manusia secara berterusan yang berupaya memberi manfaat berlipat ganda kepada pihak industri. Sejak WISDEC ditubuhkan, institusi ini telah berjaya menganjurkan pelbagai bentuk program latihan dalam bidang teknikal dan teknologi kayu, pemprosesan, pengurusan dan rekabentuk. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada proses pengembangannya, WISDEC juga telah melaksanakan Skim Perantisan Industri Berasaskan Kayu (Perabot) yang dijalankan dengan kerjasama daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) khusus bagi melatih belia-belia lepasan sekolah. WISDEC juga turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan khidmat nasihat teknikal, pembangunan produk, khidmat perundingan dan aktiviti-aktiviti R&D. 4.1 Kayu Gergaji Sub-sektor ini merupakan industri yang telah ditubuhkan dengan mempunyai sebanyak 1,086 kilang papan yang beroperasi di Semenanjung Malaysia (662), Sabah (178) dan Sarawak (246). Eksport kayu gergaji pada tahun 2004 adalah berjumlah RM2.9 bilion (2.81 juta meter padu) terutamanya ke Thailand, Belanda, Jepun dan Taiwan.

6

4.2 Produk Panel 4.2.1 Papan Lapis Dalam sub-sektor produk panel, papan lapis kekal sebagai penyumbang yang ketara iaitu sebanyak 28.5% daripada jumlah pendapatan eksport produk kayu-kayan. Jenis papan lapis yang dikeluarkan adalah termasuk papan lapis permukaan venir biasa, papan lapis bersalutan atas seperti papan lapis kertas bercetak dan poliester, papan lapis untuk kerja bentuk konkrit dan papan lapis marin. Papan lapis Malaysia telah mencapai piawai antarabangsa seperti Piawaian Pertanian Jepun (JAS), Piawaian British (BS) dan Piawaian Persatuan Produk Kayu Keras (IHPA) untuk pasaran Amerika Syarikat dan Piawaian Selaras Eropah (EN) untuk Eropah. Malaysia adalah pengeksport terbesar kedua dunia bagi papan lapis tropika. 4.2.2 Papan Zarah Memandangkan perlunya memaksimumkan penggunaan sumber-sumber kayu, industri ini telah dipelbagaikan kepada pengeluaran produk-produk panel bancuhan tambah nilai tinggi seperti papan zarah dan papan gentian densiti sederhana. Industri papan zarah telah berkembang dan pada masa ini terdapat sembilan syarikat yang telah beroperasi. Dalam tempoh beberapa tahun, industri ini telah berjaya mengeksport produk-produknya terutamanya untuk kegunaan industri perabot.

7

Pada tahun 2004, eksport berjumlah RM197.2 juta dan destinasi utamanya adalah ke negara China, Vietnam, Korea dan Taiwan. Kini, Malaysia adalah pengeksport utama bagi papan zarah dan papan zarah Malaysia mampu menepati standard piawai anatarabangsa seperti BS, EN dan Piawaian Perindustrian Jepun (JIS). Malaysia merupakan pengeksport papan zarah yang kesepuluh terbesar di dunia. Pada masa ini, industri papan gentian densiti sederhana mempunyai 10 syarikat yang beroperasi yang mana lapan daripadanya bertempat di Semenanjung Malaysia dan dua di Sarawak. Eksport pada tahun 2004 berjumlah RM 1 bilion, menunjukkan 5.2% daripada jumlah pendapatan eksport kayu-kayan. Ketika ini, Malaysia adalah pengeksport papan gentian densiti sederhana keempat terbesar di dunia terutamanya ke negara China, UAE dan Arab Saudi. Papan gentian densiti sederhana Malaysia telah berjaya mencapai standard piawaian antarabangsa seperti BS, Piawaian Asia-Pasifik, Jepun, Australia, New Zealand (JANS) dan EN. Sebahagian syarikat juga telah memasuki bidang pengeluaran papan gentian densiti sederhana berlamina/bercetak untuk dieksport dan pada masa ini, Malaysia merupakan pengeksport papan gentian densiti sederhana kesepuluh terbesar di dunia. 4.2.3 Produk Panel Bervenir Disamping papan gentian densiti sederhana, industri ini terus membangunkan produk yang direka bentuk daripada venir yang lain seperti kayu venir berlamina, jalur berpalang venir berlamina dan sandwic venir berlamina untuk memenuhi permintaan aplikasi struktur dan perindustrian. Industri ini telah menggabungkan teknologi moden dengan kegunaan efisen daripada sumber-sumber asli untuk mengeluarakan produk-produk

8

tersebut untuk pasaran eksport. Selain mesra alam, produk-produk ini dengan kualiti struktrur yang dipertingkatkan untuk memenuhi keadaan iklim yang berbeza, semakin digunakan dalam industri pembinaan. Industri ini juga telah membuat kepelbagaian terhadap produk-produk komposit bancuhan tambah nilai tinggi seperti komposit polimer diperkukuh gentian dan ini mencerminkan permintaan dunia yang semakin berkembang. 4.2.4 Kumai, Pertukangan Kayu dan Tanggam Pembina Produk-produk di bawah pertukangan kayu dan tanggam pembina termasuk kumai arkitek (panelan, kambi, silara, rel kerusi), pintu/tingkap dan aksesori, lantai kayu dan rel kayu. Kumai dan pertukangan kayu serta tanggam pembina kebanyakannya dieksport ke Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan United Kingdom. Pada tahun 2004, eksport kumai berjumlah RM649.1 juta manakala eksport pertukangan kayu dan tanggam pembina mencatat RM1.1 bilion. Produk-produk utama di bawah kategori ini adalah pintu kayu dan lantai kayu dan bersama-sama menyumbang sebanyak 75% kepada eksport pertukangan kayu dan tanggam pembina. 4.3 Perabot dan Lekapan Sub-sektor perabot kayu adalah salah satu penyumbang utama dalam industri berasaskan kayu dengan menyumbangkan sebanyak 27.7% daripada jumlah pendapatan eksport bagi sektor kayu. Pada tahun 2004, Malaysia mengeksport sebanyak RM5.4 bilion perabot kayu, kebanyakannya ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia dan Singapura.

9

Malaysia menduduki tempat kesepuluh sebagai pengesport terbesar perabot dan ketiga di Asia selepas China dan Indonesia dengan eksport ke lebih daripada 160 negara. Di antara perabot-perabot yang dieksport adalah set bilik tidur, perabot berupholsteri dan perabot dapur yang mana lebih daripada 70% perabot tersebut

diperbuat daripada kayu getah iaitu sejenis kayu keras sederhana berwarna muda yang dikenali sebagai ‘Oak Malaysia’. Pasaran eksport utama adalah Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Auatralia. Eksport perabot taman/luar rumah daripada kayu keras tropika kebanyakannya adalah untuk pasaran Eropah. Spesis kayu tropika pejal yang digunakan sememangnya dikenali kerana ketahanannya di bawah keadaan iklim yang berbeza. Di samping pasaran-pasaran tradisi ini, perabot dari Malaysia telah menebusi pasaran-pasaran di New Zealand, Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika dan Russia. Malaysia adalah pembekal utama bagi perabot pejabat ke pasaran Timur Tengah. Syarikat-syarikat perabot Malaysia yang berjumlah lebih daripada 2,000 buah syarikat kebanyakannya bertempat di Semenanjung Malaysia. Tumpuan tertinggi syarikat-syarikat ini adalah di Johor (Muar dan Kluang), Selangor (Klang dan Sungai Buloh) dan Melaka (Bukit Rambai). Dengan cabaran globalisasi dan liberalisasi, pekilang-pekilang perabot Malaysia telah memberi penekanan yang lebih terhadap kemasan, reka bentuk dan pengeluaran produk berkualiti tinggi di samping memberi jenama tempatan yang mana sebahagian besarnya adalah untuk pasaran eksport. Sesetengah syarikat-syarikat ini telah beranjak daripada pembekalan perabot sedia untuk dipasang kepada pengilangan perabot rekabentuk sendiri.

10

Sehubungan dengan itu, AutoCad adalah salah satu sistem perisian paling luas digunakan oleh pekilang-pekilang perabot di Malaysia pada hari ini. Untuk menyediakan reka bentuk yang mana bukan sahaja berfungsi tetapi juga indah, syarikat-syarikat perabot Malaysia telah menerokai penggunaan lebih luas bahan-bahan lain seperti logam, kaca, plastik dan bahan-bahan komposit lain yang digabungkan dengan kayu getah atau spesisspesis kayu lain untuk pasaran dunia yang semakin canggih Sementara itu, prospek industri kayu dijangka tidak begitu cerah memandangkan Sabah berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan bahan mentah, ekoran sumber kayu-kayan negeri yang semakin berkurangan. Pengeluaran kayu balak pada tahun 2001 direkodkan pada tahap 2.59 juta meter padu. Pengeluaran ini telah merosot sebanyak 31% berbanding pencapaian pada tahun 2000 iaitu sebanyak 3.73 juta meter padu. Menurut Jabatan Perhutanan, pengeluaran kayu balak diunjurkan akan menurun lagi kepada 2.2 juta meter padu pada tahun 2003. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2002, pengeluaran kayu balak dianggarkan berjumlah 1.20 juta meter padu. Pada masa ini, industri berasaskan kayu di Sabah memerlukan kira-kira 6.37 juta meter padu kayu untuk memenuhi kapasiti input terpasang pemprosesan industri tersebut.

Selain daripada masalah bekalan bahan mentah, industri kayu di Sabah juga berhadapan dengan masalah struktural yang lain di samping menghadapi saingan daripada pengeluar-pengeluar kayu seperti softwood, temperate wood, kayu tropika, kayu sentatik dan bahan pengganti kayu dari negara-negara lain. Peralihan permintaan softwood daripada Jepun dan China juga adalah suatu kenyataan.

11

5.0 PEMBANGUNAN SOSIAL NEGARA 5.1 Peluang Pekerjaan Dari segi pekerjaan, kira-kira 20 juta orang di seluruh dunia telah terlibat dalam perhutanan dan industri-industri yang berkaitan seperti kerja-kerja menebang balak, mengilang papan, memproses pulpa kertas dan papan lapis. Selain itu, pertukangan kayu, membuat alat-alat perabot serta memelihara dan mengawal hutan juga termasuk dalam industri perhutanan. Sektor perhutanan telah memberi peluang pekerjaan kepada kepada lebih kurang 150,500 orang penduduk Malaysia. Sektor ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 70,500 orang di Semenanjung dengan 21,000 orang terlibat dalam aktiviti pembalakan, 28,000 dalam perkilangan papan, 15,930 dalam pengeluaran papan keping, venir dan 5000 dalam pemprosesan kayu kumai dan produk kayu yang lain. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah menubuhkan sebuah pusat latihan khusus untuk industri kayu di Sabah. Penduduk di Sabah telah memanfaatkan sepenuhnya kewujudan pusat latihan kemahiran industri kayu ini yang merupakan pusat latihan terbesar di Asia Tenggara. Kerajaan Negeri Sabah menyedari bahawa kewujudan pusat latihan ini akan memberikan banyak peluang kepada belia di Sabah untuk mengikuti latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi dan pembuatan perabot. Selain memberikan peluang pekerjaan atau peningkatan kerjaya kepada belia-belia di Sabah, usaha ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini. Usaha ini juga selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-9 yang memberikan tumpuan terhadap pembangunan modal insan.

12

Industri perkayuan merupakan tulang belakang pembangunan sosio-ekonomi Sabah dan sehingga kini masih mengekalkan kepentingannya sebagai sumber ekonomi utama negeri ini. Pada tahun 2004, sektor perhutanan negeri telah menyumbang sebanyak RM385 juta iaitu sebanyak 22% daripada jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Sabah. Industri perkayuan pernah mencatat melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan pendapatan negeri ini. Dari segi guna tenaga pula, industri ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 38,845 pekerja.

6.0 RUMUSAN Industri perkayuan negara kini berhadapan dengan pelbagai cabaran bukan sahaja di peringkat antarabangsa malahan juga di pasaran domestik. Ini termasuklah masalah kekurangan tenaga kerja mahir, pergantungan kepada buruh asing serta produktiviti yang agak rendah berbanding dengan negara-negara seperti Taiwan, Itali, Jepun dan Jerman di samping persaingan dengan negara-negara pengeluar yang mempunyai kelebihan dari segi kos pengeluaran dan tenaga buruh yang rendah seperti China dan Vietnam. Bagi membolehkan produk Malaysia terus kompetitif, kita mesti bertindak secara proaktif untuk meningkatkan lagi kualiti, kecekapan, kemahiran serta produktiviti pengeluaran di samping mempergiatkan usaha di dalam pembangunan produk berinovasi dan mempunyai rekabentuk yang terkini. Pihak Industri juga perlu peka kepada pembangunan serta perubahan teknologi terkini kerana ianya mempunyai kesan langsung ke atas peningkatan tahap daya saing.

13

Justeru, generasi hari ini haruslah peka dan prihatin terhadap kepentingan hutan dalam industri perkayuan di negara ini. Hal ini kerana, tanpa sumbangan pendapatan dari industri perkayuan, ekonomi negara mungkin berada pada tahap yang sederhana. Dalam hal ini, semua pihak haruslah bersama-sama memainkan peranan masing-masing bagi mengekalkan hutan di negara kita yang sememangnya menjadi sumber yang penting kepada industri perkayuan di Malaysia.

14

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->