P. 1
P.Vokasional - Hiasan Dalaman Asas

P.Vokasional - Hiasan Dalaman Asas

5.0

|Views: 2,370|Likes:
Published by Sekolah Portal
P.Vokasional - Hiasan Dalaman Asas
P.Vokasional - Hiasan Dalaman Asas

More info:

Published by: Sekolah Portal on Nov 14, 2007
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2014

pdf

text

original

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

HIASAN DALAMAN ASAS

PUSAT PERKEMBANGA N KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA
2003.

1

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM

PENDAHULUAN Hiasan Dalaman Asas merupakan satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini digubal untuk membekalkan murid dengan kemahiran asas dalam kerja pembinaan dn pemasangan kemasan serta aksesori hiasan dalaman dengan menggunakan teknologi semasa. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang hiasan dalaman asas. Dalam mata pelajaran ini murid mempraktikkan kerja pembinaan pemasangan kemasan lantai, dinding ringan dan siling gantung. Kerja amali ini melibatkan pembacaan dan penterjemahan lukisan kerja dan lukisan terperinci, penggunaan peralatan dan bahan kemasan, aplikasi pelbagai cara pemasangan serta pengiraan kos. Di samping itu kemahiran untuk pemasangan akse sori dekoratif, hiasan perabot dan projek kerjaya juga dititikberatkan untuk mempertingkatkan daya kreatif murid. Penekanan juga diberi kepada amalan keselamatan dan etika kerja. Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderungan dan minat menceburkan diri dalam industri alam bina. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh, murid boleh bekerja sebagai kontraktor hiasan dalaman atau juru hias dalaman. Murid juga boleh menjalankan perniagaan sendiri atau melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Hiasan Dalaman Asas adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam kerja pembinaan dan pemasangan kemasan lantai, dinding dan siling serta mempraktikkan teknik hiasan menggunakan akse sori dalaman dengan mengamalkan peraturan ke selamatan dan budaya kerja yang baik, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri alam bina.

OBJEKTIF Kurikulum mata pelajaran Hiasan Dalaman Asas adalah untuk membolehkan murid : 1. 2. 3. Memasang kemasan lantai jubin, lantai kayu, lantai sintetik dan lantai karpet Membina dinding ringan, memasang akse sori dinding dan hiasan dinding serta memasang kemasan dinding iaitu kemasan cat, kertas dinding, dinding berpanel dan dinding berjubin Membina pemasangan kemasan siling gantung iaitu siling cement board, siling gypsum board, siling lepa, siling dekoratif, siling papan jalur dan siling logam jalur serta memasang aksesori siling Mengenal pasti akse sori hiasan dalaman dan memasang hiasan perabot, kelengkapan tingkap dan pintu Mentafsir dan menterjemah lukisan kerja, lukisan terperinci serta arahan pembinaan dan pemasangan kemasan hiasan dalaman Mengguna dan menyenggara peralatan dan mesin pemasangan kemasan Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja

4. 5. 6. 7.

1

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM

8. 9. 10.

Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan Membuat pengiraan kos kerja hiasan dalaman Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dalam bidang hiasan dalaman asas.

ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Hiasan Dalaman Asas ini diolah dalam tujuh bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan dalam unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran ini adalah seperti berikut:

1.

Pengurusan Bengkel Pengurusan bengkel yang sistematik dan amalan peraturan keselamatan diberi penekanan dalam bidang pembelajaran ini. Di samping itu murid juga mengamalkan etika kerja, peraturan dan undang-undang kerja serta berusaha memelihara alam sekitar di industri alam bina. Murid melakukan kerja penyenggaraan beberapa alatan tangan dan mesin mudah alih serta pengurusan stok. 1.1 Organisasi bengkel a. b. c. d. e. f. 1.2 Peraturan dan langkah keselamatan Rawatan kecemasan Mencegah kebakaran Etika dan budaya kerja Peraturan dan undang-undang kerja Pemeliharaan alam sekitar di industri alam bina

Penyenggaraan peralatan dan pengurusan a. b. Penyenggaraan alatan tangan dan mesin mudah alih Pengurusan stok

2.

Asas Kemasan dan Hiasan Dalaman Bidang pembelajaran ini merupakan pengenalan kepada kerja hiasan dalaman. Murid diperkenalkan secara am proses yang terlibat dalam kerja hiasan dalaman, kerja pembinaan dan pemasangan. Mereka juga diperkenalkan kepada kemahiran penggunaan bahan dan peralatan, mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci serta menterjemah arahan pembinaan dan pemasangan. Murid mempraktikkan latihan membuat pengiraan kos projek hiasan dalaman. 2.1 2.2 Pengenalan proses aliran kerja dalam bidang hiasan dalaman Kemahiran mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci

2

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM

2.3 2.4 2.5 2.6

Kemahiran menterjemah arahan spesifikasi pembinaan dan pemasangan Pengenalan bahan dan peralatan secara am Pengenalan proses pembinaan dan pemasangan secara am Asas pengiraan kos

3.

Pembinaan dan Pemasangan Kemasan Lantai Dalam bidang pembelajaran ini murid menjalankan latihan amali bagi pemasangan beberapa jenis kemasan lantai. Mereka menguasai kemahiran memasang kemasan lantai jubin iaitu jubin batu, jubin seramik dan mozek; kemasan lantai kayu iaitu lantai papan jalur, parquet dan timber board; kemasan lantai sintetik iaitu jubin vinil dan linolium; dan kemasan lantai karpet iaitu karpet jubin dan karpet gulung. Murid juga menyediakan pengiraan kos. 3.1 Kemasan lantai jubin a. b. c. d. e. 3.2 Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pembinaan dan pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan kemasan lantai - jubin batu, jubin seramik dan mozek Pengiraan kos

Kemasan lantai kayu a. b. c. d. e. 3.3 Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pembinaan dan pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan kemasan lantai kayu - lantai papan jalur, timber board dan parquet Pengiraan kos

Kemasan lantai sintetik a. b. c. d. e. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pembinaan dan pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan kemasan lantai sintetik – jubin vinil (vinyl tiles) dan linolium Pengiraan kos

3.4

Kemasan lantai karpet a. b. c. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pembinaan dan pemasangan Bahan dan peralatan

3

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM

d. e.

Pemasangan kemasan lantai karpet - karpet jubin (carpet tiles) dan karpet gulung Pengiraan kos

4.

Pembinaan dan Pemasangan Kemasan Dinding Ringan Murid melakukan kerja pembinaan dinding ringan papan kapur dan papan lapis. Murid mempraktikkan kemasan dinding iaitu kemasan cat emulsi, cat kilat dan varnis; kemasan kertas dinding; kemasan dinding berpanel iaitu panel kayu dan panel bersalut fabrik; dan kemasan dinding berjubin iaitu jubin seramik dan mozek. Murid juga menguasai kemahiran memasang akse sori dinding iaitu kambi, dado dan cornice; aksesori tingkap dan pintu iaitu langsir dan bidai; dan aksesori hiasan dinding iaitu lampu dan kipas angin. Murid membuat pengiraan kos. 4.1 Dinding ringan (dry wall) a. b. c. d. e. 4.2 Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pembinaan dan pemasangan Bahan dan peralatan Pembinaan dinding ringan - papan kapur (gypsum) dan papan lapis (plywood) Pengiraan kos

Aksesori dinding a. b. c. d. e. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan akse sori dinding – kambi (skirting), dado dan cornice Pengiraan kos

4.3

Kemasan cat a. b. c. d. e. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi kerja Bahan dan peralatan Mengecat - cat emulsi, cat kilat (gloss) dan varnis Pengiraan kos

4.4

Kemasan kertas dinding (wall paper) a. b. c. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pemasangan Bahan dan peralatan

4

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM

d. e. 4.5

Pemasangan kemasan kertas dinding Pengiraan kos

Kemasan dinding berpanel (wall panelling) a. b. c. d. e. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan dinding berpanel - panel kayu dan panel bersalut fabrik Pengiraan kos

4.6

Kemasan dinding berjubin a. b. c. d. e. 4.7 Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan kemasan dinding berjubin – jubin seramik dan mozek Pengiraan kos

Aksesori tingkap dan pintu a. b. c. d. e. f. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pemasangan Bahan dan peralatan Menjahit langsir Pemasangan akse sori tingkap dan pintu - langsir dan bidai Pengiraan kos

4.8

Aksesori hiasan dinding a. b. c. d. e. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan akse sori hiasan dinding - lampu dinding dan kipas dinding Pengiraan kos

5.

Pembinaan dan Pemasangan Kemasan Siling Gantung Dalam bidang ini murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran memasang kemasan dan aksesori pada siling. Mereka menguasai kemahiran memasang kemasan siling cement board dan gypsum board; kemasan siling lepa dan siling dekoratif; kemasan siling papan jalur dan logam jalur. Murid juga menyediakan pengiraan kos.

5.1

Kemasan siling cement board dan gypsum board

5

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM

a. b. c. d. e. 5.2

Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pembinaan dan pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan kemasan siling - cement board dan gypsum board Pengiraan kos

Kemasan siling lepa (fibrous plaster) dan siling dekoratif a. b. c. d. e. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pembinaan dan pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan kemasan siling lepa dan siling dekoratif Pengiraan kos

5.3

Kemasan siling papan jalur (timber strip) dan siling logam jalur (metal strip) a. b. c. d. e. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pembinaan dan pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan kemasan siling papan jalur dan siling logam jalur Pengiraan kos

5.4

Aksesori siling a. b. c. d. e. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan akse sori siling - lampu siling dan kipas siling Pengiraan kos

6.

Gubahan Bunga, Susun Atur Perabot dan Pemasangan Aksesori Dekoratif Bidang pembelajaran ini membolehkan murid mempraktikkan kemahiran menggubah bunga, membentang alas meja, susun atur perabot dan hiasan katil. Mereka menguasai kemahiran memasang akse sori hiasan dinding iaitu bingkai gambar, rak dinding dan penyangkut serta memasang kelengkapan tingkap dan pintu. Murid juga membuat pengiraan kos. 6.1 Hiasan perabot - gubahan bunga, bentangan alas meja, susun atur perabot dan hiasan katil a. b. c. Bahan dan peralatan Gubahan bunga, bentangan alas meja, susun atur perabot dan hiasan katil Pemasangan aksesori hiasan dinding – bingkai gambar, rak dinding dan penyangkut

6

Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak KBSM

d. 6.2

Pengiraan kos

Pemasangan kelengkapan tingkap dan pintu a. b. c. d. e. Mentafsir lukisan kerja dan lukisan terperinci Menterjemah arahan spesifikasi pemasangan Bahan dan peralatan Pemasangan kelengkapan tingkap dan pintu – kunci (lock) dan pemegang (handle) Pengiraan kos

7.

Keusahawanan dan Projek Kerj aya Murid mempraktikkan teknik berkomunikasi dengan berkesan, berkemahiran melayan pelanggan dan membuat keputusan. Mereka mempelajari cara menyediakan rancangan perniagaan dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya di industri alam bina serta menerima tempahan melalui projek kerjaya. 7.1 Keusahawanan a. b. c. d. e. f. 7.2 Kemahiran berkomunikasi Kemahiran membuat keputusan Rancangan perniagaan Agensi yang membantu usahawan Pemasaran Peluang kerjaya di industri alam bina

Projek kerjaya Menerima tempahan a. Pemasangan kemasan lantai Atau b. Pembinaan dan pemasangan kemasan dinding ringan Atau c. Pemasangan kemasan siling gantung Atau d. Pemasangan akse sori

7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->