P. 1
P.Vokasional - Menservis Peralatan Elektrik Domestik - Ting. 4 dan 5

P.Vokasional - Menservis Peralatan Elektrik Domestik - Ting. 4 dan 5

4.63

|Views: 5,474|Likes:
Published by Sekolah Portal
P.Vokasional - Menservis Peralatan Elektrik Domestik - Ting. 4 dan 5
P.Vokasional - Menservis Peralatan Elektrik Domestik - Ting. 4 dan 5

More info:

Published by: Sekolah Portal on Nov 14, 2007
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2014

pdf

text

original

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2002

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip berikut :KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian

Pendahuluan Matlamat Objektif Organisasi Kandungan Pendekatan Dan Penekanan Pemetaan Kandungan Format Huraian Huraian Tingkatan Empat Huraian Tingkatan Lima

1 1 2 2 3 5 6 7 16

KATA PENGANTAR

Para 1 (kosong)

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Para 3 (kosong)

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

PENDAHULUAN Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang elektrik elektronik. Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan. Dalam kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik, murid didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa, keperluan tenaga mahir, prospek

Apakah Mata Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik?

kerjaya, keselamatan, peraturan, undang-undang, etika dan budaya kerja. Mereka dilatih menggunakan peralatan ujian, mengendalikan litar asas elektrik seperti bekalan kuasa, bahagian kawalan dan beban litar. Seterusnya kemahiran asas murid ini dipertingkatkan kepada tahap menservis pelbagai peralatan elektrik domestik yang meliputi mengendali, mengesan dan mengganti komponen yang rosak. Jenis peralatan elektrik domestik yang diserviskan termasuk kipas, mesin pengisar, seterika, cerek, pembakar roti, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran membaik pulih dan menyenggara peralatan elektrik domestik dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam bidang perkakasan elektrik.

Matlamat Mata Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik

OBJEKTIF Kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk membolehkan murid : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menyenggara peralatan elektrik domestik Mencari dan mengesan kerosakan peralatan elektrik domestik Melakukan kerja pengujian peralatan elektrik domestik Mengganti komponen dan peralatan elektrik domestik membaik pulih

ORGANISASI KANDUNGAN
Rangka Konsep

Objektif Mata 1. Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik

Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

RANGKA KONSEP

Mengenal pasti litar bekalan kuasa dan sistem kawalan peralatan elektrik domestik Menggunakan alatan tangan dan peralatan ujian dengan cara yang betul dan berkesan serta menyenggara peralatan bengkel Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas jika perlu semasa menservis peralatan elektrik domestik Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti bekerjasama, ingin mencuba, bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan berkesan Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan meminati bidang keusahawanan serta sedar tentang keperluan tenaga mahir dalam bidang menservis peralatan elektrik domestik.

U sahaw an P e k e r ja m a h ir m e n s e r v is PED

7.

K E M A H IR A N ASAS L A N JU T A N M E N S E R V IS PER ALAT AN E LE K T R IK D O M E S T IK

8.

9.

K E M A H IR A N ASAS M E N S E R V IS PER ALAT AN E LE K T R IK D O M E S T IK

Diskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti berikut: 1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektirk Domestik

kerosakan domestik.

dan

menyenggara

peralatan

elektrik

3.

Keusahawanan

Bidang pembelajaran ini merangkumi unit pembelajaran mengenai mengendalikan peralatan ujian, komponen peralatan elektrik dan sistem litar yang terdiri daripada bekalan, kawalan dan beban kuasa. Murid juga didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan tenaga mahir dalam bidang Menservis Peralatan Elektrik Domestik. Selain daripada itu murid didedahkan kepada peluang kerjaya, prosedur dan undang-undang dalam dunia pekerjaan serta dipupuk dengan pembentukan etika dan budaya kerja yang cemerlang. Di akhir bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran dalam mengenal pasti kerosakan dan memahami fungsi komponen peralatan elektrik domestik. 2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan

Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran membuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbing membuat perancangan perniagaan yang mudah dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri berasaskan elektrik dan elektronik.

PENDEKATAN DAN PENEKANAN
Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Teori asas elektrik yang berkenaan diaplikasikan semasa murid menguasai kemahiran asas membaiki peralatan elektrik domestik. Dalam mengendalikan kelas, penggabung jalinan perlu diadakan di antara bidang pembelajaran Keusahawanan dan bidang pembelajaran mengenai kemahiran menservis bagi membolehkan murid berdikari dan memajukan diri semasa menceburi industri berasaskan elektrik dan elektronik .

Elektrik Domestik
Bidang pembelajaran ini adalah lanjutan daripada bidang pembelajaran pertama dan murid mengaplikasikan kemahiran di bidang kendalian litar, mengesan kerosakan dan menservis peralatan elektrik domestik seperti loceng pintu, mesin pengisar, kipas, pembakar roti, seterika, cerek elektrik, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk. Murid juga dapat menguasai kemahiran mengurus inventori dan penstoran. Di akhir bidang pembelajaran ini murid akan berkeupayaan membaik pulih

Kemahiran melalui Latihan Amali

Kemahiran yang Relevan

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri berasaskan elektrik dan elektronik serta relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan. Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali. Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik mestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.

Keselamatan dan Pengendalian Bengkel

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan dan dipatuhi semasa berada di bengkel pembinaan maupun semasa menjalankan kerja amali di kawasan luar. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja hendaklah dijalankan secara berjadual oleh murid bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid dan sifat kepimpinan mereka.

Nilai Murni

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini di bidang industri berasaskan elektrik dan elektronik seperti pengeluaran peralatan elektrik yang baru, reka bentuk komponen yang digunakan serta sumber bagi mendapatkan bahan komponen terkini di pasaran. Kemahiran ICT murid diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik. Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

Tunjuk Cara

Saiz Kelas

Modul Pembelajaran

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

PEMETAAN KANDUNGAN
Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

a. Pena ujian b. Meter pelbagai c. Penguji tebatan 1.3 Komponen asas elektrik a. Fungsi b. Penggunaan c. Pengujian komponen 1.4 Litar bekalan kuasa a. Arus ulang alik (AC) b. Arus terus (DC) 1.5 Sistem kawalan 8 6 5

Pemetaan Kandungan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Bilangan Waktu Seminggu

Masa pengajaran mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik ialah dua belas waktu seminggu yang mana setiap waktu ialah empat puluh minit.

a. Manual b. Automatik 1.6 Beban a. Pemanas b. Motor 12

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik
2.
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu) TINGKATAN 5 (minggu)

c. Transduser d. Injap solenoid e. Mentol atau lampu Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik 2.1 Asas kendalian peralatan elektrik domestik a. Pengendalian peralatan b. Binaan c. Manual 2.2 Mengesan kerosakan dan baik pulih a. Simptom kerosakan b. Langkah mengesan kerosakan c. Menganalisis dapatan kerosakan d. Prosedur baik pulih

( 33 ) 15

1.

Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik 1.1 Pengenalan a. Perkembangan teknologi semasa b. Prospek kerjaya c. Kepentingan amalan keselamatan d. Peraturan dan undang-undang kerja e. Etika dan budaya kerja 1.2 Peralatan ujian

( 35 ) 2

15

2

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

TINGKATAN 4 (minggu)

TINGKATAN 5 (minggu)

2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik a. Cara perolehan b. Sistem penstoran 3. c. Penyenggaraan Keusahawanan 3.1 Kemahiran berkomunikasi 3.2 Kemahiran membuat keputusan 3.3 Rancangan perniagaan 3.4 Agensi yang membantu usahawan 3.5 Pemasaran JUMLAH 35 minggu

3

FORMAT HURAIAN
Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan. Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Tiga lajur
(2)

Bidang, Unit dan Tajuk Pembelajaran

35 minggu

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan Hasil dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran Pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur. Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka. Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
TINGKATAN EMPAT

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik ( Cadangan peruntukan masa ialah 35 minggu) 1.1 Pengenalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Perkembangan teknologi semasa

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menerangkan beberapa contoh perkembangan teknologi semasa

Lawatan industri, tayangan video, melayari internet untuk mendapatkan maklumat produk terkini seperti cerek elektrik tanpa wayar dan teknologi yang digunakan serta prospek kerjaya. Menyedari tentang wujudnya keperluan tenaga mahir dalam kerja baik pulih. Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998.

b. Prospek kerjaya

Mengenal pasti peluang dalam kerjaya membaik pulih peralatan elektrik domestik

c. Kepentingan amalan keselamatan

Memberi pertolongan cemas bila diperlukan Menggunakan peralatan memadam kebakaran mengikut keperluan

Tunjuk cara penggunaan alatan keselamatan 1. Murid mengkaji dan membincangkan peraturan bengkel, akta-akta dan undang-undang 2. Murid mengkaji dan membincangkan standard kualiti minimum sebagai seorang pekerja.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN d. Peraturan dan undang-undang kerja

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menyatakan akta dan undang- undang Perbincangan mengenai akta dan undangundang yang berkaitan dengan pekerja. yang berkaitan dengan pekerja Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Menepati masa dan sentiasa berusaha memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur Berbincang sebab-sebab perlunya mengamalkan etika kerja.

e. Etika dan budaya kerja

Mematuhi jadual tugasan dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan. Sentiasa memakai pakaian kerja, alat perlindungan keselamatan dan menjalankan kerja membersih seperti yang dijadualkan. Guru memberikan helaian tugasan dan menetapkan masa untuk murid menyiapkan tugasan yang diberi. Menyiapkan kerja yang berkualiti dalam masa yang ditetapkan Murid sentiasa diingatkan agar mematuhi tahap kualiti hasil kerja (individu dan kumpulan) yang telah ditetapkan.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 1.2 Peralatan ujian ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu) a. Pena ujian

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menggunakan pena ujian untuk menentukan talian hidup dan neutral Mengamalkan langkah keselamatan menggunakan pena ujian

Menguji talian AU 240V.

b. Meter pelbagai i. Julat dan skala

Memilih fungsi meter yang dikehendaki Memilih julat meter yang sesuai Menyambung meter dengan kekutuban yang betul Membaca nilai pengukuran pada skala Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan meter pelbagai

ii. Pengukuran

Tunjuk cara menggunakan meter pelbagai untuk mengukur voltan DC, AC, arus dan rintangan.

iii. Langkah keselamatan

Merekodkan hasil penggukuran.

c. Penguji tebatan i. Julat dan skala ii. Pengujian

Menentukan julat dan skala yang sesuai Melakukan pengujian dengan kaedah yang betul Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan penguji tebatan Tunjuk cara menggunakan meter tebatan. Latihan pengujian.

iii. Langkah keselamatan

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.3 Komponen asas elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu) a. Fungsi b. Penggunaan Menerangkan fungsi komponen asas elektrik Mengenal pasti penggunaan komponen asas elektrik Fungsi dan penggunaan komponen asas elektrik seperti perintang, pemuat, fius, diod, gegelung, alat pengubah dan transistor.

c. Pengujian komponen

Mengenal pasti kekutupan pemuat, diod dan transistor Membezakan komponen baik atau rosak dengan menggunakan meter pelbagai Mengukur nilai komponen dengan menggunakan meter pelbagai

Menguji kerosakan komponen pada peralatan elektrik. Menggabungkan beberapa perintang untuk mendapatkan nilai rintangan yang dikehendaki. Murid membaca kod warna perintang.

Menyatakan nilai perintang berdasarkan kod warna

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 1.4 Litar bekalan kuasa ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu) a. Arus ulang alik (AC)

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menentukan litar bekalan kuasa AC Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betul Menentukan punca tamatan Melakukan ujian kekutuban Melakukan ujian keterusan Melakukan ujian kefungsian Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan

Menyambung extension cord.

Menguji litar penyambung extension cord berfungsi atau tidak. Mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berlaku kemalangan. AMARAN Bekalan kuasa AC boleh mengakibatkan kecederaan seperti melecur, terbakar dan renjatan. Menyambung sel kering dan sel basah dalam litar siri dan selari. Membina litar bekalan kuasa DC teratur (Regulated Power Supply) 0 - 30V .

b.

Arus terus (DC)

Mengenal pasti sumber bekalan kuasa arus terus (DC) Menentukan litar bekalan kuasa DC Membezakan antara bekalan kuasa AC dan DC Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betul Menentukan punca tamatan Melakukan ujian kekutuban, keterusan dan kefungsian Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 1.5 Sistem kawalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu) a. Manual i. Jenis suis

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Menentukan jenis binaan suis kawalan manual (togol, tekan, sentuh, gelansar, pisau) Menentukan jenis suis berasaskan fungsi nya Melukis simbol suis kawalan manual yang biasa digunakan Menentukan tamatan suis, lazim tutup (NC), lazim buka (NO) dan sepunya (C) Menguji keterusan suis menggunakan meter pelbagai Menggunakan suis yang betul dalam penyelesaian masalah yang berkaitan

Melukis simbol skematik jenis-jenis suis.

ii.

Simbol

iii.

Pengujian

Menguji kefungsian suis.

iv.

Penggunaan dalam litar

Menyambung suis dalam litar secara kekal dan sementara. Contoh aktiviti penyelesaian masalah ialah murid mengumpulkan maklumat dan data melalui pemerhatian, lawatan, pembacaan, penerokaan internet, penyelidikan dengan bimbingan guru mengenai sistem kawalan manual.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN b. Automatik i. Jenis sensor ii. Simbol

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Mengenal pasti jenis sensor

Melukiskan simbol sensor iii. Pengujian dan penggunaan Menggunakan sensor untuk mengawal litar

Sensor yang elok digunakan ialah sensor haba, cahaya, masa, ultrasonik, gerakan dan imbangan. Memasang litar dengan menggunakan sensor: - Sensor haba iaitu termostat dawai atau logam (untuk mengesan panas) dan rerambut (untuk mengesan sejuk). - Sensor cahaya iaitu sel foto, perintang peka cahaya (LDR), transistor foto dan diod foto. - Pemasa iaitu pemasa mekanikal dan pemasa elektrik.

1.6

Beban ( Cadangan peruntukan masa ialah 12 minggu) a. Pemanas i. Jenis

Memilih jenis elemen pemanas yang sesuai dengan kegunaan Membuat penyambungan litar elemen pemanas Menguji kefungsian elemen pemanas dalam litar kawalan haba

Perbincangan binaan elemen pemanas dan kendalian. Memasang dan menyambung elemen pemanas dalam litar kawalan haba. Menguji elemen pemanas dengan menggunakan meter pelbagai.

ii.

Penyambungan

iii. Pengujian

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN b. Motor i. Jenis

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Membezakan pelbagai jenis motor elektrik Memilih motor yang sesuai dengan kegunaan

Perbincangan binaan dan kendalian motor elektrik.

ii. Pengujian

Menguji kefungsian motor Membuat projek menggunakan motor elektrik yang mengandungi litar kawalan laju, masa dan arah.

iii. Penyambungan

Menyambung motor dalam litar kawalan laju, masa dan arah

c. Transduser i. Jenis

Membezakan pelbagai jenis transduser Memilih transduser yang sesuai dengan kegunaan Menguji kefungsian transduser Menyambung transduser dalam litar kawalan masa, sentuh dan cahaya

Penbincangan binaan dan kendalian tranduser.

ii. Pengujian iii. Penyambungan

Membuat projek menggunakan buzer, pembesar suara dalam salah satu litar kawalan masa, sentuh atau cahaya termasuk litar pegang (hold circuit ).

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN d. Injap solenoid i. Jenis

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Memilih injap solenoid yang sesuai dengan kegunaan Menguji kefungsian injap solenoid

Perbincangan binaan dan kendalian injap solenoid. Membuat projek menggunakan injap solenoid. Contoh Projek: Litar kawalan siraman pokok.

ii. Pengujian

iii. Penyambungan

Menyambung injap solenoid dalam litar kawalan masa dan had

e. Mentol atau lampu i. Jenis

Memilih mentol yang sesuai dengan kegunaan

Perbincangan binaan dan kegunaan mentol.

ii. Pengujian

Menguji kefungsian lampu Membuat penyambungan litar menggunakan mentol dengan kawalan manual dan automatik.

iii. Penyambungan

Menyambung mentol dalam litar kawalan manual dan automatik

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
TINGKATAN LIMA

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik (Cadangan peruntukan masa ialah 33 minggu) 2.1 Asas kendalian peralatan elektrik domestik ( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu) Pengendalian peralatan

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

a.

Mengendalikan peralatan berpandukan manual pengguna Murid merekod hasil kendalian peralatan. Sumber yang diperlukan ialah set peralatan tangan dan ujian, manual servis bagi peralatan elektrik domestik seperti periuk nasi, seterika, mesin pengisar, ketuhar elektrik, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, cerek elektrik, kipas meja, kipas siling, penyedut hampagas, mesin basuh semi automatik dan automatik, pam air, pengering rambut, peti sejuk, pemanas air mandi, loceng pintu dan pengadun makanan.

b. Binaan i. Rajah blok ii. Lukisan bergambar

iii. Litar skematik

Mengenal pasti komponen dan kendalian peralatan Melakar gambarajah blok bahagian dalam peralatan Melukis lukisan bergambar sambungan komponen Melukis gambarajah skematik

c. Manual

Menggunakan manual pengguna dan manual servis dengan berkesan

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 2.2 Mengesan kerosakan dan baik pulih ( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu) a. Simptom kerosakan

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Mengenali dan menyatakan tanda kerosakan Meramalkan bahagian yang rosak

Tunjuk cara mengesan kerosakan pada peralatan elektrik yang rosak.

b. Langkah mengesan kerosakan

Mengesan kerosakan melalui pemerhatian fizikal Mengesan kerosakan dengan menggunakan peralatan ujian

Murid melakukan kerja mengesan kerosakan dan baik pulih mengikut prosedur.

c. Menganalisis dapatan kerosakan

Menentukan jenis kerosakan

d. Prosedur baik pulih

Menulis laporan kerosakan Menanggalkan komponen yang rosak Menentukan spesifikasi komponen yang rosak Mengganti komponen yang rosak Menguji kefungsian peralatan selepas dibaik pulih Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja baik pulih

Komponen ganti mestilah mempunyai spesifikasi yang sama dengan komponen asal (Rujuk Servis Manual).

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu) a. Cara perolehan

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Melengkapkan borang pesanan Menerima dan mengesahkan penerimaan bahan dan peralatan Merekod perolehan bahan dan peralatan mengikut kategori dalam buku stok

Latihan membuat pesanan untuk perolehan bahan dan peralatan.

b. Sistem penstoran

Menyimpan dan mengawal bahan dan alatan

Sistem penstoran termasuk inventori (rekod penyimpanan alat), bahan habis guna, kunci dan alatan tangan.

c. Penyenggaraan

Merekodkan tarikh dan aktiviti penyenggaraan Mengamalkan penyenggaraan cegah pada peralatan Menjalankan rutin penyenggaraan

Melakukan kerja penyenggaraan cegah berpandukan manual penyenggaraan.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN 3. Keusahawanan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

3.1 Kemahiran berkomunikasi

Menyatakan maksud komunikasi

Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara. Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan tayangan video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan menservis peralatan elektrik domestik. Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga yang dipersetujui, kualiti, ketahanan dan tempoh siap.

Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan

Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain

Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan ( networking ) dengan pembekal, pekerja dan pelanggan dalam skop perniagaan menservis peralatan elektrik domestik. Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.

3.2

Kemahiran membuat keputusan

Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam projek menservis peralatan elektrik domestik

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai. Contoh masalah mengenai bekalan bahan, peralatan, kemampuan menyiapkan projek dan tawar menawar harga perkhidmatan. Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.

3.3

Rancangan perniagaan

Mengenal pasti tujuan rancangan perniagaan Menyediakan mudah rancangan

menyediakan

Sumbangsaran tujuan menyediakan rancangan perniagaan. Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek menservis peralatan elektrik domestik. Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensi yang terlibat seperti bimbingan dan latihan oleh MARA dan MEDEC, pelesenan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, infrastruktur oleh UDA dan Majlis Kerajaan Tempatan serta kewangan oleh institusi kewangan berlesen. Perbincangan cara mempromosi perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik melalui pengiklanan dan kontrak baik pulih peralatan.

perniagaan

3.4 Agensi yang membantu usahawan

Mengenal pasti agensi yang terlibat dalam membantu usahawan

3.5 Pemasaran

Mengenal pasti cara mempromosikan perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->