Terdapat 7 prinsip Asas Palang Merah iaitu :1.

Kemanusiaan (Humanity) - Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan - mencegah dan meredakan kesengsaraan - melindungi nyawa dan kesihatan - memupuk kesefahaman , kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama manusia 2. Kesaksamaan ( Impartility) - Palang Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. - Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. 3. Keberkecualian ( Neutrality) - Palang Merah tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan - Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi 4. Kebebasan( Independence) - Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. 5. Khidmat Sukarela ( Voluntary Service) - Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan 6. Ketunggalan ( Unity) - Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. - Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak - Aktivitinya meliputi seluruh negara 7. Kesejagatan (Universality) - Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. - Mempunyai tanggung jawab bersama - Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful