1.

0 PENDAHULUAN

Mohd Majid Konting (2000:43) menjelaskan bahawa kajian literutur merupakan satu pengetahuan yang memainkan beberapa peranan yang diperoleh daripada karya-karya berkaitan dan membolehkan seorang pengkaji menerang dan menjelaskan latar belakang sesuatu masalah. Hasilnya akan memberikan kepada pengkaji untuk mengenal pasti sejauh mana wujudnya permasalahan sesuatu bidang yang dikaji itu.

2.0 SOROTAN KAJIAN YANG BERKAITAN

Perkara-perkara yang akan diperkatakan dalam tugasan kajian literatur ini diperoleh dari beberapa buah karya yang dihaslilkan oleh Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Mohin Ibrahim, Asrafdan beberapa orang ahli bahasa lainnya. Perkara-perkara yang akan dibincangkan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu kajian lepas dan kajian yang berkaitan dengan tajuk. Kajian lepas mencakupi beberapa kajian-kajian yang dijalankan di Malaysia dan di Brunei.

2.1 PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN

Kajian yang terkandung dalam bahagian literatur yang berkaitan dengan tajuk Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Proses Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu itu adalah: 1. Perkaitan Hubungan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dengan Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu. 2. Fungsi Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu. 3. Perkaitan Masalah Ketidakcekapan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dengan Masalah Sikap Pengguna Bahasa Melayu.
1

Tambahan lagi. maksud keseragaman dalam fungsi itu pula adalah bahasa Melayu baku itu dapat dijadikan sebagai unsur penyatu (kelainan bahasa yang digunakan oleh orang dari pelbagai daerah dialek). 2. unsur pemisah (bahasa Melayu baku memisahkan bentuk bahasa Melayu baku itu daripada dialek-dialek lain) dan pemberi prestij (bahasa Melayu baku digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu). termasuklah ilmu pengetahuan Bahasa Melayu. Punca Masalah Ketidakcekapan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu. termasuklah aspek sebutan.1. penggunaan Bahasa Melayu Baku itu memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu kerana ia harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu pengetahuan.1. tatabahasa dan kosa kata. Perkaitan Hubungan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dengan Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu Menurut Abdul Hamid Mahmood (1983). Seorang ahli linguistik. 2 . istilah. Manakala. ejaan. penguasaan Bahasa Melayu Baku itu merangkumi penguasaan semua aspek kebahasaan. sama ada dari segi ejaan. Einar Haugen (1980) mendefinisikan bahasa Melayu baku adalah suatu kelainan bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi.4. peristilihan atau tatabahasa. Keseragaman dalam bentuk bermaksud bahasa Melayu baku itu telah dilakukan pengekodan.

3 . termasuklah dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu di sekolah yang lebih mengutamakan kepada guru untuk menggunakan bahasa Melayu Baku ketika melaksanakan proses tersebut. laras bahasa dan sebutan. penggunaan kata. Menurut Einar Haugen (1980). 2. Kegagalan dalam melaksanakan kedua-duanya itu bererti kegagalan pendidikan seluruhnya. Nik Safiah Karim (1989:19) menyatakan bahawa bahasa Melayu Baku merupakan bahasa yang mempunyai keseragaman dan variasi bahasa yang menjadi norma penggunaan bahasa Melayu dalam situasi-situasi rasmi. Manakala Ismail Dahaman (1994) menjelaskan bahawa bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya seperti dari segi ejaan. proses pengajaran dan pemelajaran adalah dua proses yang berlaku serentak dalam pendidikan yang kedua-duanya menjadi saluran untuk menyampaikan sesuatu bahan pendidikan. bahasa Jepun.2. Fungsi Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu Nik Safiah Karim (1989:21) menyatakan fungsi Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu itu adalah sebagai bahasa ilmu pengetahuan yang berfungsi sebagai saluran untuk menyampaikan ilmu dan sekaligus menjadi asas pembinaan tamadun yang tinggi. Melalui fungsinya ini. bahasa Jerman. istilah. tatabahasa. bahasa Melayu baku berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa moden di negara-negara maju yang lain seperti bahasa Inggeris.1.Seterusnya. dan bahasa-bahasa lain.

Perkaitan Masalah Ketidakcekapan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dengan Masalah Sikap Pengguna Bahasa Melayu Nik Safiah Karim (1989:24) menjelaskan masalah sikap pengguna Bahasa Melayu dalam ketidakcekapan penggunaan bahasa Melayu baku itu adalah kerana bentuk bahasa Melayu yang mereka gunakan itu tidak dalam bentuk baku.3. timbul rasa kurang yakin terhadap bahasa Melayu dan seterusnya mengurangkan keberkesanan peranan bahasa Melayu itu sebagai alat yang menyalurkan fikiran dan perasaan seluruh penutur bahasa Melayu. pengguna bahasa Melayu lebih menekankan penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu. bahawa penguasaan bahasa Melayu baku itu berkait rapat dengan perkembangan diri dari segi mental dan sahsiah seseorang pengguna bahasa Melayu itu. Selain itu. Lazimnya. jika tahap pemikiran seseorang pengguna bahasa itu di tahap baik dan tinggi tahap 4 . 2. bahasa Melayu baku adalah bahasa yang menggunakan sistem Bahasa Melayu yang diteliti dan dijadikan dasar untuk menetapkan hukum-hukum dalam ilmu tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Di samping itu. sesetengah pengguna bahasa Melayu juga menganggap bahasa Melayu yang baku itu memberikan gambaran seolah-olah bahasa itu tidak sempurna. dan seterusnya tidak berkemampuan untuk menjadi bahasa moden.Manakala. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) ada menggariskan dalam buku risalah penduan guru Bahasa Malaysia. Akibatnya.1. Ini mengakibatkan pengguna bahasa Melayu menuturkannya mengikut sesuka hati mereka. Asraf (1989:33) ada menjelaskan bahawa bahasa Melayu baku itu berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu kerana ia layak menjadi bahasa ilmu untuk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa. Akhirnya.

Antara puncanya adalah seperti berikut: i. 2.4. Guru-guru Sains dan Matematik mengajar Bahasa Melayu. Kelemahan ketatabahasaan bermula dari peringkat bawah.1.1 Kelemahan Ketatabahasaan Bermula dari Peringkat Bawah Menurut IBID (1987:48-54).1. Oleh itu. ramai guru yang mengajar pelajar-pelajar menengah atas mengeluh apabila membicarakan masalah kelemahan tatabahasa pelajar yang semua kelemahan pelajar itu bermula dari peringkat bawah. Namun. oleh itu baiklah dan tinggilah penggunaan bahasa Melayu bakunya ketika menjalani proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu di sekolah. 5 .4. iii. iaitu dari peringkat rendah.kecerdasan pemikirannya. adalah sangat sukar bagi guru Bahasa Melayu hendak membaiki kesalahan yang terhimpun lama sejak Tahun 1 hinggalah ke peringkat menengah atas. Pengaruh media massa. Anggapan bahasa Melayu mudah. ii. kecemerlangan pengguna bahasa itu dalam penggunaan bahasa Melayu baku juga menghendaki pendedahan yang luas dan teratur dalam persekitarannya yang bermakna dan merangsangkan minda sekali gus minat. 2. iv. Punca Masalah Ketidakcekapan Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu Mohin Ibrahim (1987:48-54) membuat satu pengenalpastian mengenai masalah ketidakcekapan penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu.

4.1. Padahal.4. serta mereka berasakan mereka tahu selok-belok bahasa Melayu. 6 . Walhal.2.2 Anggapan Bahasa Melayu Mudah IBID (1987:48-54) menyatakan bahawa banyak pelajar menganggap Bahasa Melayu Baku itu mudah dan mereka berasakan bahasa Melayu itu bahasa ibunda mereka. Buktinya. Akibatnya. 2.4.3 Pengaruh Media Massa Abdul Hamid Mahmood (1983) mengatakan media massa seperti media cetak dan media elektronk itu boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam penggunaan bahasa Melayu Baku dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. menyebabkan pelajar-pelajar tidak cekap berbahasa bahasa Melayu baku dan sudah pasti mutu dan kesan pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu yang dilakukan oleh guru yang tidak dilatih khusus itu kurang memuaskan.1.4 Guru-Guru Sains dan Matematik Mengajar Bahasa Melayu Satu lagi faktor yang dinyatakan oleh Mohin Ibrahim (1987:48-54) adalah guru-guru Sains dan Matematik diarahkan untuk mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu. mereka boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu.1. 2. Ini kerana pelajar menyangka semua yang diterbitkan atau disiarkan melalui media massa itu adalah betul. mereka lupa dan tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu yang mereka gunakan seharian itu merupakan dialek Melayu sahaja yang terlalu berbeza dengan bahasa Melayu Baku. sesetengah bahasa yang digunakan itu bercampur-aduk antara dialek Melayu dan bahasa Melayu Baku.

perubahan tersebut berlaku dengan lebih pesat dan luar biasa.Selain Mohin Ibrahim. Manakala. perubahan yang negatif pula ialah perkembangan yang tidak terkawal dan terbit dari penggunaan bahasa oleh golongan yang sepenuhnya belum begitu menguasai dengan baik bahasa Melayu baku. iaitu perubahan positif dan negatif. Perubahan yang positif adalah berupa pengembangannya yang membawa agar setanding dengan bahasa-bahasa moden lain. iaitu perubahan dari satu bahasa yang tertekan sifatnya menjadi satu bahasa yang dinamik. terdapat sekumpulan pengkaji penggunaan bahasa Melayu (1982) menyatakan satu punca masalah ketidakcekapan penggunaan bahasa Melayu baku dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu. pengguna bahasa tersebut akan mencampuradukkan bahasa Melayu baku dengan ciri bahasa lain secara tidak bersistem.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN Pengkaji mendapati kajian khusus tentang tajuk Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam Proses Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu ini telah banyak dijalankan di negara Malaysia dan beberapa kajian di Brunei. Selain itu. pengkaji hanya akan memperlihatkan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk dan ia dapat dikategorikan kepada dua bahagian. ii. Akibatnya. serta dapat bertugas setanding dengan bahasa-bahasa Inggeris. iaitu: i. kerana Bahasa Melayu itu pernah atau sering mengalami perubahan. Di samping itu. Perancis. Namun. Rusia dan banyak lagi bahasa-bahasa moden lain. perubahan yang berlaku itu juga dilihat dari dua segi. Kajian di Malaysia Kajian di Negara Brunei Darussalam 7 . 3. Tegasnya. perubahan-perubahan itu lebih membawa kepada penyalahgunaan bahasa. terutama sekali dari segi perbendaharaan kata yang menunjukkan pertembungan dengan pelbagai jenis masyarakat bahasa.

seperti penulisan surat-menyurat. puncanya adalah pelajar tersebut tidak mempunyai peluang belajar dan mengambil bahagian secara aktif dalam setiap 8 .1 KAJIAN LEPAS DI MALAYSIA Mohd. dan lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan pemelajaran di sekolah yang merupakan antara tempat bermulanya mempelajari bahasa Melayu baku. papan tanda. Amin (1990) ada menyatakan dalam kajiannya mengikut pendapat Asmah Hj Omar bahawa bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang diajar dan dipelajari secara formal di sekolah-sekolah dan digunakan pula dalam kegiatan-kegiatan yang bersifat rasmi oleh pihak kerajaan dan orang awam. Kajiannya juga memberi dapatan bahawa perkara yang begitu dipertikaikan oleh masyarakat mengenai penggunaan bahasa Melayu baku ialah dari segi penyebutan (dialek) dan juga pemilihan kata (perbendaharaan kata) yang sehingga kini banyak dipengaruhi oleh penggunaan dialek-dialek Melayu. Sulaiman Masri (1989) juga ada menjelaskan dalam buku kajiannya bahawa penggunaan bahasa Melayu baku sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu itu bertujuan untuk meningkatkan taraf Bahasa Melayu sesuai dengan peranan bahasa itu sebagai Bahasa Rasmi bagi Brunei Darussalam atau Bahasa Kebangsaan bagi Malaysia. Ia juga bertujuan supaya bahasa Melayu baku itu setanding dengan bahasa-bahasa moden di dunia. Selain itu. Satu kajian pernah dijalankan terhadap seorang pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia. 1990) yang hasil kajian itu menunjukkan bahawa persekitaran pelajar tersebut yang tidak menggalakkannya untuk mengikut pemelajaran bahasa Melayu baku di sekolah. Tegasnya. Ini disebabkan tiadanya hubungan yang mesra di antara guru dengan pelajar serta keadaan kelas yang mempunyai suasana pemelajaran yang tidak sesuai. rencana. masyarakat Melayu itu hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku dalam semua urusan rasmi. pengajaran dan pemelajaran pelajar di sekolah agak terpengaruh dalam penggunaan bahasa Melayu baku sepenuhnya ketika bertutur dan menulis.3. buku teks. Sebab itulah.

Di samping itu. Justeru itu.2 KAJIAN LEPAS DI BRUNEI DARUSSALAM Mohd. Akibat dari pemilihan seperti ini. pelajar itu akan dapat menggunakan bahasa Melayu baku dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakannya.aktiviti pemelajaran bahasa Melayu. Di samping itu. dan lain-lain lagi supaya ia dapat membaca dan merujuk pelbagai bahan sebagai satu amalan untuk menimba ilmu pengetahuan. pelajarlah yang menjadi mangsa dalam menghadapi masalah ketidakcekapan penggunaan bahasa Melayu baku ketika dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu. bukanlah datang daripada guru yang mengikuti kursus atau mendapat latihan khas untuk mengajar Bahasa Melayu. puncanya juga datang dari sikap pelajar itu sendiri iaitu sikapnya yang tidak menghargai dan membanggakan Bahasa Melayu baku. ia seharusnya didedahkan dan digalakkan untuk mengambil peranan dan tanggungjawab sebagai ahli dalam kelas. serta tidak ada kesedaran dalam diri pelajar tersebut tentang betapa pentingnya menguasai Bahasa Melayu baku dengan cekap. Antara lain punca ketidakcekapan pelajar itu dalam penggunaan bahasa Melayu baku adalah kurangnya kemudahan bahan pemelajaran bahasa seperti buku rujukan. 9 . Daud (1992) pernah menjalankan satu kajian yang berkaitan dengan tajuk penguasaan bahasa Melayu baku dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu. ia juga tidak cekap berbahasa Melayu baku kerana tidak berani untuk cuba memperluaskan pengetahuannya dengan membaca buku yang berfaedah dan menghayati sistem bahasa Melayu baku. Padahal. ada di antara guru-guru tersebut dilantik menjadi guru Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman mereka mengajar Bahasa Melayu itu sendiri. dan ada pula yang ditugaskan mengajar Bahasa Melayu hanya semata-mata untuk mengatasi masalah kekurangan guru. Namun. bahan cetak. Ia menyatakan bahawa punca masalah penguasaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar itu datangnya daripada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang keseluruhannya berkelulusan dari universiti. (lihat lampiran) 3.

masalah penggunaan bahasa Melayu baku itu dapat juga dikenalpasti melalui beberapa sumber. Berdasarkan keputusan tersebut. Mereka juga bertanggungjawab untuk meningkat dan meluaskan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar mereka. disebabkan bahan yang cukup terbatas itu.Selain daripada berpunca dari guru. guru mata pelajaran lain juga harus mempunyai sikap yang positif terhadap keperluan meningkatkan kecekapan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran mereka. Gurulah yang seharusnya menjadi contoh (role model) pengguna bahasa yang paling baik bagi pelajar-pelajar. ternyata tidak ramai pelajar yang mencapai tahap penguasaan bahasa yang tinggi atau cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 4. majalah dan surat khabar. yang terdapat dalam pelbagai jenis buku. Hasilnya. pelajar kurang membaca bahan-bahan yang ada kaitannya dengan bahasa dan mereka hanya mengharapkan bahan-bahan yang disediakan oleh guru mereka semata-mata. Sikap dari pengguna bahasa Melayu (pelajar) juga antara punca masalah ketidakcekapan penggunaan bahasa Melayu baku kerana didapati pelajar kurang inisiatif untuk mendapatkan bahan-bahan yang bermutu. 10 . Oleh yang demikian.0 KESIMPULAN Selain guru Bahasa Melayu. pelajar akan lebih berkeyakinan dalam penggunaan bahasa Melayu baku dalam proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu mereka di sekolah serta mereka akan sering menggunakannya apabila berada di luar kawasan sekolah. Pendek kata. Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. pengetahuan mereka tentang bahasa Melayu baku juga turut terbatas dan akhirnya mereka akan cenderung ke permasalahan ketidakcekapan dalam penggunaan bahasa Melayu baku ketika menjalankan proses pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Antaranya berdasarkan keputusan peperiksaan rasmi yang dikendalikan oleh Jabatan Peperiksaan.

Kuala Lumpur: Percetakan Saufi. Bahasa Melayu Baku: Asas Pembinaan Tamadun. Ismail Dahaman (1994). Mohd. Satu kajian khusus penguasaan Bahasa Malaysia peringkat sekolah menengah. Dalam Asraf (Editor). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim (1989:16-27). Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Majid Konting (2000). Krisis pengajaran dan pemelajaran Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu Baku: Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohin Ibrahim (1987). Jilid 24. Kertas kerja calon Master Sains Pendidikan. Mohd. Jilid 27. Laporan jawatankuasa mengkaji penggunaan Bahasa Malaysia. Masalah penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah atas. Einar Haugen (1980). Serdang: Universiti Pertanian Malaysia. Pedoman sebutan baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa Jun 1980. Pembinaan Bahasa Melayu baku sebagai wahana pemikiran untuk pengembangan budaya bangsa. Hj. Daud bin Taha. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Bahasa Melayu baku ke arah pembinaan Bahasa Kebangsaan yang sempurna. Dalam Asraf (Editor). Kementerian Pelajaran Malaysia (1982). 11 . Dewan Bahasa April 1983. Sulaiman Masri (1989). Kuala Lumpur: Univerisiti Pertanian Malaysia. (1992). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Mohd. Jurnal dan Akhbar: Abdul Hamid Mahmood (1983). Kaedah penyelidikan pendidikan. Asas perkaedahan mengajar bahasa Jilid 1 (Siri risalah panduan guru bahasa Malaysia KBSM). Kesalahan frasa dan ayat. Inilah bahasa baku. Masalah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di tingkatan menengah atas negara Brunei Darussalam.RUJUKAN Buku: Asraf (1989:28-37). Amin (1990).

terutama mata pelajaran Bahasa Melayu. ia menghabiskan masa dengan mendengar lagu-lagu rock serta membaca komik dan majalah hiburan berbahasa Inggeris. yang terdiri daripada dua lelaki dan empat perempuan. dia akan menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Gurunya pula tidak berminat mengajar kerana menganggap pelajarnya malas dan tidak berminat. Mazli hanya mendapat P7 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ia sentiasa dimarahi oleh gurunya kerana tidak pernah memberi tumpuan kepada pelajarannya. Di sekolah pula. ³Bagaimana hendak siap kerja rumah.´ Fikir Mazli. Ia tidak pernah menyiapkan kerja rumahnya. apabila keputusan Sijil Rendah Pelajaran diumumkan. Apabila gurunya meminta untuk memeriksa kerja rumah yang diberi. kesemua rakan sedarjah dengan Mazli tidak mendapat keputusan yang baik. perpustakaan pula tidak mempunyai buku yang sesuai untuk dibaca dan buku-buku itu pula sering tidak mencukupi. aku sering diminta oleh ayah membantu di kedainya. Setiap hari kalau tidak membantu ayahnya di kedai. Di rumah ibu bapa Mazli tidak pernah memberi galakan untuk ia terus belajar.LAMPIRAN Mazli ialah anak ketiga daripada keluarga seramai enam orang adik beradik. Mazli sentiasa mengelak. Pada akhir tahun. 12 . Bolehkah dia lulus dalam peperiksaan itu? Setiap pagi Mazli berasa berat untuk ke sekolah. Mazli sekarang dalam tingkatan tiga dan pada akhir tahun ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful