BAB 4 PERSPEKTIF PEMIKIRAN DAN TEORI KUASA DAN POLITIK DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

PENGENALAN Organisasi merupakan satu sistem yang rasional dengan matlamat yang telah ditetapkan. Proses pengurusan organisasi dikuasai oleh proses membuat keputusan. Ahli-ahli dalam organisasi telah ditetapkan dengan fungsi tertentu melalui peraturan dan undang-undang. Strukturnya diselaraskan dengan persekitaran teknologi dan bersesuaian dengan kepakaran ahli-ahlinya. Perspektif perhubungan manusia melihat organisasi mengarah kepada sistem yang rasional dan menumpukan terhadap had dan kesukaran individu dalam melaksanakan autoriti. Tumpuan pemikiran pula adalah terhadap perbezaan dan ketidaksamaan antara kehendak organisasi dengan kehendak individu. Perspektif struktur melihat konflik antara individu dengan organisasi sebagai tidak rasional. Persamaan antara perspektif perhubungan manusia, tumpuan pemikiran dan perspektif strukur adalah tidak menitikberatkan isu-isu kekurangan sumber dan kuasa dalam organisasi yang menjadi rebutan dan ancaman terhadap kestabilan struktur organisasi. Perspektif kuasa dan politik melihat organisasi sebagai satu pergolakan, berkembang dan dipenuhi dengan arena perebutan kuasa yang melibatkan pelbagai gabungan, kumpulan dan puak. Perspektif kuasa dan politik menganggap konflik dan perebutan kuasa sebagai satu kebiasaan dalam organisasi dan sebagai proses utama sosial dalam organisasi. Fokus terhadap sistem autoriti terutamanya hak membuat keputusan yang dikawal oleh golongan tertentu.

4.1

ANDAIAN – ANDAIAN

Terdapat andaian sebagai asas pemikiran dan teori : 1. Sumber jarang-jarang mencukupi dalam organisasi. - Terdapat isu dalam menentukan bagaimana sumber dibahagikan dalam pengurusan organisasi. 2. Organisasi merupakan gabungan pelbagai individu dan kumpulan dengan hierarki yang berbeza-beza. - Kedudukan, profesionalisme dan kepakaran ahli dalam organisasi adalah berbeza. Ini menimbulkan konflik dan pertentangan bagi menjamin kepentingan masing-masing kerana perbezaan hasrat dan matlamat hierarki ini dalam organisasi.

-1-

Dentsch (1973) dan Rubin dan Brown (1975) kerana teori ini seringkali digunakan dalam perundingan antarabangsa dan perniagaan. . .Punca konflik dalam organisasi disebabkan perkara seperti pembahagian sumber yang terhad. 2. 4. Individu yang menganggotai organisasi mempunyai perbezaan nilai. . tolak ansur dan tawar menawar supaya kedudukan tiap-tiap ahlinya dalam keadaan terjamin dan tidak terancam.Proses membuat keputusan adalah usaha untuk menyelesaikan konflik di samping memenuhi kehendak tiap-tiap ahli. Gabungan dalam Organisasi . Schelling (1960).Kajian tentang konflik dalam organisasi dibahagikan kepada tiga kumpulan teori iaitu teori permainan.Teori Permainan merupakan satu set idea apabila digunakan oleh satu pihak akan mengakibatkan kerugian atau keuntungan kepada pihak yang lain.Teori Pembentukan Gabungan adalah satu strategi yang dilakukan untuk menyelesaikan konflik dalam pengurusan organisasi dan sebagai langkah untuk memperoleh kuasa yang lebih.3. terlampau banyak kenaikan pangkat di peringkat atasan atau segelintir pegawai sahaja diberi keistimewaan dalam membuat keputusan. 4. teori tawar-menawar dan teori pembentukan gabungan.Teori tradisi melihat organisasi sebagai satu kesatuan yang mempunyai matlamat yang jelas. Ciri Perebutan Kuasa dalam Proses Membuat Keputusan .2 CIRI – CIRI ORGANISASI Mengikut perspektif kuasa dan politik.Tiap-tiap kumpulan mempertahankan kepentingan masing-masing dalam proses membuat keputusan. organisasi mempunyai beberapa ciri tertentu : 1. . kehendak. .Perubahan untuk mencapai matlamat tertentu sukar dilakukan tanpa melalui proses tolak ansur dan tawar-menawar. kepercayaan.Teori Tawar-Menawar telah banyak dikaji contohnya Boulding (1962). -2- . matlamat dan tanggapan terhadap realiti sebenar. Gabungan dibentuk apabila sumber yang ada di kalangan pihak yang bersaing tidak mencukupi bagi memastikan pihak berkenaan akan memperoleh kemenangan. . Organisasi membuat keputusan atau menggubal matlamat dengan cara perundingan. Tawar – menawar merupakan isu utama dalam proses membuat keputusan mengikut perspektif ahli-ahli teori ini dan sering berlaku kerana terpengaruh oleh kepentingan kuasa dan politik. 3. Konflik dalam Organisasi . . Matlamat dibentuk oleh pihak atasan setelah dipersetujui oleh keseluruhan ahli organisasi tersebut.Konflik dalam organisasi adalah semulajadi dan tidak dapat dielakkan.

Berdasarkan penjelasan oleh Machiavelli. -3- . penggunaan kuasa dalam organisasi pemerintahan ialah rakyat jelata mudah dibohongi dan dimanipulasi sokongan mereka menerusi daya tarikan dan pujukan penguasa. bertukar daripada matlamat asal dan disesuaikan dengan kepentingan pihak berkuasa tempatan yang terlibat melaksanakan program tersebut. politik kuasa diutamakan dan tidak ada tempat untuk membicarakan masalah moral kerana yang dipentingkan ialah bagaimana meraih kejayaan dengan memegang kekuasaan. Dalam penguasaan pemerintahan. Oleh yang demikian atas kepentingan kekuasaan. TVA adalah sebuah agensi Persekutuan yang ditubuhkan untuk mengawal banjir. Ia sedikit sebanyak telah membuka lembaran baru berkenaan pengurusan organisasi iaitu penggunaan kuasa serta penyesuaiannya dengan persekitaran politik dalam pengurusan supaya organisasi terus terjamin.4. Rakyat mudah diyakini jika membuktikan bahawa penguasaan mempunyai kekuasaan yang kuat. Pengurusan pemerintahan yang cekap han lahir daripada motif politik untuk menguatkan dan meluaskan kuasa. Walaupun program TVA terjejas disebabkan oleh kuasa kawalan yang kuat di kalangan pihak berkuasa tempatan berbanding kerajaan pusat. Asas pemikiran beliau terhadap penggunaan kuasa dalam pengurusan pemerintahan bertitik tolak daripada pandangannya bahawa manusia sememangnya bersikap jahat dan bermoral rendah. politik dan moral bukan merupakan dua bidang yang terpisah dan tidak ada hubung kait antara satu dengan lain. sistem pengangkutan dan penjanaan kuasa elektrik di selatan Sungai Tennesse dan anak-anak sungainya. Disebabkan ini.3 PEMIKIRAN AWAL TENTANG KUASA DAN POLITIK DALAM PENGURUSAN ORGANISASI Dalam membincangkan pengurusan organisasi. berdasarkan Buku II Principe yang ditulis oleh beliau. Phillip Selznick dan Tennessee Valley Authority(TVA) Kajiannya tertumpu terhadap isu-isu bagaimana matlamat asal program TVA itu telah berubah. maka organisasi pemerintah memerlukan kekuatan sebagai unsur pelengkap dan paling penting dalam politik pemerintahan. terdapat 2 orang ahli pemikir yang membicarakan pemikiran awal tentang kuasa dan politik dalam organisasi iaitu: a) Nicholo Machiavelli – The Prince b) Phillip Selznick – TVA Nicholo Machiavelli – The Prince Beliau merupakan seorang ahli pemikiran politik dari Itali pada abad ke 15 yang mula-mula melihat penggunaan atau pembabitan kuasa dan politik dalam pengurusan pemerintahan secara terperinci. Selain itu juga kajian ini tertumpu terhadap perebutan kuasa dan kepentingan antara agensi yang terlibat dalam perencanaan dan pelaksaan program pembangunan di Lembah Sungai Tennesse.

Perbezaan antara Organisasi dengan Institusi BIL. Selznick membezakan dua jenis organisasi. 4. kepentingan pemikiran Selznick dalam perkembangan teori pengurusan ialah melihat ciri-ciri politik dan kuasa sebagai faktor utama mempengaruhi pengurusan sesebuah organisasi.4 GOLONGAN TEORI PERMAINAN DALAM PENGURUSAN ORGANISASI Ahli-ahli teori menyarankan bahawa konflik merupakan proses utama sosial yang mempengaruhi matlamat serta pembuatan keputusan. menegaskan bahawa sumber adalah faktor utama yang menentukan kuasa pihak pengurusan. Kepimpinan adalah penting sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah konflik kuasa dan politik serta mengawal arah perjalanan sesebuah organisasi. pertama. ORGANISASI 1 Ketat dan mempunyai sumber Organisasi nilai ahli-ahli dalam organisasi sebagai alat: satu alat yang rasional dan teknik. Kepimpinan bersifat opportunism INSTITUSI Institusi sebagai sebuah politik yang nekad dengan tujuan dan identity yang jelas untuk memenuhi kepentingan dan hasrat ahli-ahli Institusi yag dapat menyesuaikan dengan kehendak dan nilai masyarakat Kesimpulannya. Perbezaan antara organisasi dan institusi dapat dijelaskan dalam jadual 4. Kedua. Organisasi dikendalikan oleh juruteknik 2 Boleh ubah dan sumber nilai Organisasi yang daripada masyarakat luar longgar dengan kepimpinan tidak mempunyai matlamat yang jelas. organisasi yang aktivitinya tertumpu kepada proses penginstitusian iaitu perkembangan organik yang bertujuan untuk disesuaikan dengan kehendak dalaman dan nilai yang terdapat dipersekitaran luar. organisasi yang mementingkan proses pentadbiran. Berdasarkan kepada ahli teori Pfeffer dan Salancik. terutamanya dikalangan eksekutif.Selznick menghuraikan peranan kepimpinan secara mendalam sebagai usaha untuk menstabilkan pengurusan organisasi menjadi institusi yang ahli-ahlinya mencurahkan taat setia mereka. Keberkesanan organisasi menggemblengkan kuasa dan politik dalam organisasi menggemblingkan kuasa dan politik dalam organisasi sebenarnya ditentukan setakat mana organisasi itu berjaya membina satu institusi eksekutif yang kukuh -4- .2.

Manakala Tannembaum juga menumpukan perhatian kepada hierrarki struktur kuasa dalam pengurusan. organisasi dan jentera kerajaan hendaklah memainkan peranan yang terpenting sekali. 1965). Crozier juga menyarankan bahawa konflik dan pergelutan kuasa dalam organisasi bukanlah satu gejala yang negetif. Beliau mempamerkan beberapa strategi demi memastikan pengurusan organisasi melalui pembabitan dan tindakan kuasa dan politik. Kajian telah mendapati punca utama kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh kelemahan dan pertentangan yang wujud serta penglibatan kuasa luar yang telah menyebabkan matlamat bagi program-program tersebut gagal untuk dilaksanakan dengan jayanya. di zaman pemerintahan Lyndon Johnson melalui program The Great Society telahpun dilancarkan yang melibatkan semua jentera kerajaan untuk menjayakan program tersebut. pihak pengurusan tidak boleh permainan hasil tambah sifar dengan beranggapan bahawa mereka akan dapat menguasai pengurusan secara mutlak kerana ini akan menimbulkan tentangan daripada pihak bawahan. kebanyakan program-program tersebut mengalami kegagalan untuk dilaksanakan sepenuhnya dan ada yang terbengkalai separuh jalan sahaja. Begitu juga di negara-negara dunia ketiga yang lain turut melaksanakan program pembangunan yang seumpamanya bagi memastikan taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan dengan bantuan dari Bank Dunia. Namun begitu. konflik dan pergelutan kuasa merupakan satu syarat atau gejala yang positif kea rah perubahan dan pembaharuan dalam pengurusan organisasi. Sebaliknya beliau menyarankan perluasan kuasa secara menyeluruh kepada semua ahli dan tahap hierarki organisasi tersebut. Waterston. Ahli teori seterusnya ialah Michel Crozier yang mana beliau tertarik dengan model birokrasi yang diperkenalkan oleh Max Weber yang mengemukakan pemikirannya bagaimana kuasa danpolitik dapat dijadikan sebagai satu permainan untuk mengukuhkan struktur pengurusan organisasi. -5- . Dalam usaha mengekalkan kuasa. terutamanya soal sistem kawalan. Oleh itu. 1965. untuk memastikan pelaksanaan program tersebut berhasil maka. skop dan haluan program telah berubah dari yang asalnya (Grindle. Oleh demikian beliau tidak mempercayai pengurusan kuasa secara terus dari atas hingga ke bawah. pembangunan merupakan isu utama yang selalu dititik-beratkan bagi memastikan taraf ekonomi dan sosial berada di tahap yang sepatutnya.untuk mengawal ketakpastian kewujudan sumber yang terdapat dalam persekitaran luar organisasi tersebut. Tannembaum menyarankan bahawa pemegangan kuasa pengurusan tidak seharusnya tertumpu kepada pihak pengurus atasan sahaja.5 TEORI PELAKSANAAN DASAR Bermula tahun 1960. tidak kira di negara-negara dunia pertama atau ketiga. 4. Sebaliknya. Sebagai contohnya di Amerika Syarikat. Ini adalah kerana terdapat perbezaan dari segi matlamat.

ii) Wujudnya kepentingan yang berbeza. Antara lain penyebab utama kegagalan dalam organisasi EDA adalah disebabkan oleh tekanan politik dan pengaruh dari pelbagai agensi berlainan yang terlibat di dalam pelaksanaanya. timbul pertanyaan mengapakah sesuatu program yang mendapat pembiayaan yang mencukupi dan mendapat sokongan padu oleh jentera kerajaan juga gagal untuk dilaksanakan?. karenah birokrasi yang terlampau cerewet dan ketat juga merupakan antara penyebab perkara tersebut terjadi. Pressman dan Wildavsky telah mengkaji program Economic Development Administration (EDA) di Auckland. Mereka telah mensasarkan matlamat. California yang bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan mengurangkan kadar pengangguran yang juga telah mengalami kegagalan dan terbengkalai. iii) Terlampau bergantung kepada agensi lain. Sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu. faktor-faktor tersebut telah mengagalkan ke semua program yang telah dirancang. Selznick. 1930-an telah membuat kajian terhadap satu program yang telah dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat iaitu Projek Tannesee Valley Authority (TVA) yang juga telah mengalami kegagalan. konflik dan pertentangan kuasa telah mula wujud di antara agensi-agensi tersebut. iv) Perbezaan pendapat berkenaan kepimpinan dan peranan agensi. Pressman dan Wildavsky: “Pelaksanaan sebagai Satu Pengemblengan Politik” Pada tahun 1973. Di sini. Dengan itu. agensi-agensi tersebut mempunyai perspektif yang tersendiri dan berkepentingan secara peribadi. cara dan operasi secara sendiri maka. Ini kerana. -6- . mereka telah membuat kesimpulan bahawa kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh pertentangan kuasa serta pembabitan dan campur tangan politik oleh pihak-pihak tertentu telah menimbulkan masalah yang rumit di antara semua agensi yang terlibat seterusnya menyebabkan semua program yang dirancang telah mengalami kegagalan walaupun mendapat sokongan dana yang mencukupi.Selain itu. v) Perbezaan peraturan dan pandangan antara agensi terlibat. Beliau telah mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan kegagalan tersebut adalah kerana perebutan dan pembabitan kuasa dan politik yang wujud di dalam organisasi tersebut. Di antara faktor-faktor yang mewujudkan konflik kepentingan dan perebutan kuasa adalah: i) Ketidaksesuaian dengan perjanjian di dalam organsisasi tersebut.

iii) Melahirkan proses kawalan pentadbiran. Eugene Bardach. ii) Usaha yang dilakukan adalah untuk mencari jalan penyelesaian melalui tolak ansur. bagi memastikan pelaksanaan dasar yang baik di institut atau organisasi. maka perlulah wujudnya suatu hubungan yang rapat dan tindak balas baik dengan semua keadaan samada di dalam bidang politik.Eugene Bardach. Model ini mempunyai 3 aspek utama iaitu: i) Mencapai kejayaan yang disasarkan berdasarkan matlamat yang disasarkan. 1980. Tumpuan pengurusan organisasi yang baik pula seharusnya menyelesaikan 3 aspek utama iaitu: i) Bergerak ke arah pencapaian hasil yang baik. Di antara beberapa strategi untuk menghadapi permasalahan tersebut adalah: i) Menghadapi tekanan politik. ii) Mengembleng persetujuan. pelaku dan unsur di dalam persekitaran. Model ini adalah berkenaan dengan peranan dan fungsi organisasi yang penting dan peka terhadap unsur perilaku. 1978 pula telah meluaskan lagi konsep pelaksanaan yang telah dipelopori oleh Pressman dan Wildavsky di mana pelaksanaan dasar dan program sebagai suatu proses yang diseliputi oleh permainan politik dan pertentangan kuasa. merombak atau memperbaharui sistem yang sedia ada supaya segala-galanya berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan. konteks. Organisasi juga perlulah boleh mengubah. Donald Warwick: Model Transaksi Model Transaksi yang telah diperkenalkan oleh Donald Warwick (1977. iii) Tumpuan pengurusan organisasi adalah terhadap hubungan antara dasar. isu dan politik yang wujud. iv) Mewujudkan proses tawar menawar. 1982) juga telah digunakan untuk mengkaji perencanaan dan pelaksanaan di negara membangun. 1978: “Perlaksanaan sebagai Satu Permainan Politik” Selain itu. Sehubungan dengan itu. v) Mengawal ahli dan sumber. organisasi ataupun teknik. -7- .

keberkesanan pengurusan organisasi adalah ditentukan oleh keupayaan sesuatu organisasi dalam mengembleng tenaga kuasa dan politik yang sentiasa bergolak untuk member faedah kepada organisasi secara khususnya.ii) Bergerak melalui proses perundingan dan taktik untuk menyelesaikan masalah penting. Selain itu. mengikut perspektif pemikiran dan teori politik. iii) Bergerak dengan cara menyelesaikan masalah politik dan kuasa. proses pembelajaran. banyak cara boleh diguna pakai sebagai strategi. 4. Jika kita berpandukan kepada teori rasional dan struktur maka.6 STRATEGI PENGUKUHAN TINDAKAN KUASA DAN POLITIK PENGURUSAN ORGANISASI MELALUI Dalam membincangkan bab ini. Persekitaran Warwick juga mendapati bahawa. karenah birokratik yang terlampau ketat dan kompleks telah mewujudkan perbalahan dan pertentangan di dalam organisasi atau di antara yang terlibat. maka tumpuan adalah terhadap peningkatan kerjasama. tugas dan bagaimana sistem organisasi distrukturkan supaya selaras dengan kehendak ahli-ahlinya. Sebagai kesimpulannya. Oleh itu. 4. Namun begitu.7 PENDEKATAN UNTUK PERUBAHAN DENGAN PEMBAHARUAN PENGURUSAN ORGANISASI Menurut Gamson (1961-1968) terdapat golongan yang menentukan perubahan dalam organisasi. jika menggunakan perspektif pemikiran sebagai asas strategi pula. pendekatan melalui kuasa dan politik pula menyarankan bahawa proses kepentingan peribadi dan penguasaan kuasa merupakan asas pengurusan organisasi. tumpuan adalah kepada matlamat sistem. pengurusan yang ingin membawa perubahan dalam organisasinya perlulah mampu untuk menguasai dan mengembleng kuasa terlebih dahulu. konflik dan pertentangan dalam melaksanakan perubahan tersebut. Dalam realiti sebenar. fungsi. iaitu:- -8- . Selain itu. iklim kerja dalam membuat keputusan yang memfokuskan kepada pengurangan konflik antara individu dan organisasi. di samping bersedia menghadapi cabaran. perubahan dan pertentangan akan sering berlaku dari segi perimbangan kuasa hingga mencetuskan perubahan dalam organisasi tersebut.

undang-undang. pembuangan pekerja dan menggunakan polis untuk mematahkan demonstrasi. o Contohnya. o Contohnya persatuan pekerja yang mendesak pihak pengurusan supaya meningkatkan kebajikan kaum pekerja malului tindakan tunjuk perasaan. o Menurut rekod strategi ini banyak menemui kegagalan kerana pihak atasan enggan melayani tuntutan pihak bawahan seperti kata pepatah “kalau hendak pembaharuan. peraturan. o Apabila peruntukan tersebut diluluskan oleh kerajaan persekutuan dan seterusnya diperingkat perlaksaan menerima bantahan dan kritikan -9- . o Kumpulan pentadbir daerah ini merancang kertas kerja secara tergesagesa kerana kesuntukan masa untuk menepati tarikh tutup. Kumpulan autoriti di peringkat atas hierarki organisasi b. o Pihak atasan pula menentang dengan menggunakan pelbagai mekanisme social. Kumpulan pemihak di peringkat bawah hierarki organisasi Terdapat dua arah perubahan boleh berlaku dalam pengurusan organisasi. iaitu:a. Perubahan Dari Bawah Ke Atas o Melalui mobilisasi kepentingan ahli-ahli di peringkat bawah yang mendesak pihak atasan supaya mereka melakukan perubahan dalam organisasi. protes ataupun mogok. Perubahan Dari Atas Ke Bawah o Bergantung kepada kebolehan dan kemampuan pihak atasan mempengaruhi atau menguasai pihak bawahan supaya menerima perubahan yang dirancang di dalam organisasi. tindakan mahkamah. b. pihak pentadbiran daerah mengetahui wujudnya peruntukan persekutuan untuk pembangunan pendidikan daerah. perlu pihak atasan melakukannya terlebih dahulu” ataupun slogan “Kepimpinan Melalui Teladan”.a. baikot.

o Keberkesanan organisasi melaksanakan program sebenarnya ditentukan oleh setakat mana pengurusan organisasi berupaya -10- . Teori Luar Jangkan o Struktur organisasi yang baik perlu selaras dengan matlamat asas organisasi di mana struktur organisasinya boleh ubah dan kurang birokratik.maka beberapa ahli teori organisasi seperti Galbraith (1973). 1.8 KESIMPULAN: KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERSPEKTIF POLITIK Kekuatan Perspektif Politik o Machiavelli yang menyarankan bahawa pengurusan pemerintahan sebenarnya dikuasai oleh motif kuasa dan politik. 2. Di antara strategi tersebut adalah :a. 4. Strategi pengurusan berpenyertaan dan penyamaan kuasa dalam proses membuat keputusan. Politik Rekabentuk Organisasi Disebabkan kelemahan yang terdapat dalam kedua-dua strategi di atas. o Menyentuh 2 strategi yang sering digunakan oleh pihak pengurusan untuk meredakan konflik yang timbul. Strategi pilih lantik dilakukan apabila dirasakan bahawa penyertaan tidak dapat menjamin kesetiaan pekerja. Mintzberg (1979) dan Lawrence de Lorsch (1967) telah mengemukakan beberapa strategi merekabentuk pengurusan organisasi. Lebih kepada bersifat perhubungan kemanusiaan dan bertimbang rasa b. Teori Perspektif Politik [Pfeffer 1978] o Menitikberatkan proses politik dalam menstrukturkan pengurusan organisasi seperti melantik wakil pekerja dalam lembaga pengarah dan wakil tersebut diberi peluang dalam proses membuat keputusan selain itu wakil pekerja tersebut akan memahami masalah pengurusan.dari kaum guru kerana mereka tidak diajak berbincang terlebih dahulu semasa mengemukakan kertas cadangan itu.

SOALAN-SOALAN (BAB 4) 1. 4.mengemblengkan kuasa politik bagi memperolehi sokongan yang kuat dari awal peringkat perencanaan sehingga ke peringkat pelaksanaan. o Perspektif ini terlampau menonjol kepentingan pengaruh konflik. Apakah andaian-andaian yang digunakan sebagai asas pemikiran dan teori?. seperti rasional dan struktur. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pertembungan dan perebutan kuasa di dalam sesuatu institut atau organisasi?. Huraikan jenis-jenis pendekatan untuk perubahan dan pembaruan dalam pengurusan organisasi?. 5. o Perspektif politik ini dianggap sinis dan pesimis. 2. o Alinsky (1971) mengatakan pendekatan politik dan kuasa adalah strategi yang paling realistic dan rasional untuk menyelesaikan masalah pengurusan organisasi. 3. sebaliknya menhurangkan peranan kerjasama dan perhubungan. Nyatakan kekuatan dan kelemahan perspektif politik dalam pengurusan organisasi?. Nyatakan apakah punca-punca utama yang menyebabkan berlakunya kegagalan di dalam beberapa program pembangunan yang dirancangkan dengan rapi di dalam sesuatu organisasi?. -11- . Kelemahan Perspektif Politik o Bolman dan Deal (1984) mengatakan Perspektif kuasa dan politik terlampau memberi tumpuan terhadap isu politik sehingga mengetepikan pendekatan lain.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.