You are on page 1of 6

Karangan Rasuah.

Faktor-faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya. Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita. Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Ringkasnya. mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Seterusnya. tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. .Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan. Jadi. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Konklusinya. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya. Sesungguhnya.

lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. c) Sosial dan budaya. “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Mereka mengatakan. majlis hari jadi. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan. mempercepatkan bayaran. . Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta. Sikap mahu hidup mewah. disogok atau diumpan tanpa disedari.Punca Berlakunya Rasuah Antara punca berlakunya rasuah ialah : a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya. menunjuk-nunjuk. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan. tiada pemantauan. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. hari perkahwinan dan sebagainya. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. riak. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. d) Modenisasi. tamak. melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. Langkah-Langkah Mencegah Rasuah Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut : • Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Dengan adanya kegiatan rasuah. maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. memenangi pemilihan jawatan politik. Kesan-Kesan Rasuah Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. pemimpin. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku. tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. menagih populariti dan sebagainya. Akibatnya . Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.peniaga. atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa. mengumpul kekayaan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada.e) Politik. ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi. • Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang .

• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses. Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik. kontraktor dan pelabur. amanah. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan itu. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah. Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sediri. Penggunaan borang. 2. KRITIKAN SASTERA • • • Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. . FUNGSI KRITIKAN SASTERA 1. • Memudahkan Urusan Menggunakan ICT Prosedur diproses yang panjang. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.lebih bertanggungjawab. proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga. sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. ikhlas. 3. Pertimbangan dan penilaian terhadap karya –karya sastera akakn diperkuat dengan alasan –alasan yang munasabah.

5. • KRITIKAN SASTERA DAN ILMU-ILMU LAIN BIDANG ILMU • • • • PENGGUNAAN MELAHIRKAN • • • Sejarah Sosiologi Psikologi Estetika Kritikan sejarahan dan biografi Kritikan sosial dan Marxist Kritikan psikologi. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan. Kritikan prgmatik – melihat karya sastera sebagai alat yang boleh Kritikan ekspresif – melihat karya sastera sebagai alat bagi pengarang menyatakan fikiran dan perasaannya Kritikan objektif – melihat karya sastera sebagai sesuatu yang istimewa yang boleh berdiri sendiri. Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca. 6.4. Freudian dan mitos Kritikan Formal • PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM KRITIKAN SASTERA • • • • • Pendekatan moral Pendekatan sosiologi Pendekatan psikologi Pendekatan tipainduk Pendekatan struktur . Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca. Jenis Lain Kritikan Sastera • • • Kritikam mimetik – melihat karya sastera sebagai satu perimen alam.