You are on page 1of 25

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,

PARAS 6, BLOK J,
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Telefon : 03-2098 6900
50604 KUALA LUMPUR. Kawat : PENDIDKAN
http://www.moe.gov.my Fax : 03-2095 9987

Ruj. Kami : KP(PP) 0053/7/(64)

Tarikh : 03 JamadilawaI 1424
03 Julai 2003

Semua Ketua Bahagian

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Semua Pengetua Maktab Perguruan

Semua Pengarah Politeknik

Semua Pengarah Kolej Matrikulasi

Semua Pengetua Kolej Komuniti

Y. Bhg. Datuk/Dato'/ Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BIL. 3

TAHUN 2003

Garis Panduan Pelaksanaan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) Bagi

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bidang Sains, Matematik Dan Bahasa
Inggeris

TUJUAN

1. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menambahbaik

garis panduan pelaksanaan BISP bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
yang telah diedarkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 1 Tahun
2003 bertarikh 06 Februari 2003.

209
LATAR BELAKANG

2. Sebagaimana sedia dimaklumi, satu garis panduan pelaksanaan BISP

telahpun diedarkan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 1 Tahun
2003. Walau bagaimanapun didapati beberapa masalah pelaksanaan telah
berbangkit berikutan dengan garis panduan tersebut. Untuk melancarkan
urusan pelaksanaan dan juga untuk mempastikan keseragaman dalam kaedah
pembayaran BISP, Kementerian menggantikan garis panduan tersebut dengan
garis panduan ini supaya ianya boleh meliputi semua PPP yang mengajar
subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa lnggeris dan mengajar Bahasa
Inggeris atau menggunakan kelayakan bidang tersebut dalam tugas rasmi
mereka.

KELAYAKAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP)

3. Pemberian BISP kepada PPP di Kementerian Pendidikan adalah tertakluk

kepada syarat-syarat yang meliputi dua aspek iaitu kelayakan subjek dan kelayakan
anggota terlibat.

Kelayakan Subjek

4. Dari aspek subjek, adalah ditetapkan bahawa anggota yang mengajar subjek
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan mengajar subjek Bahasa Inggeris
boleh dipertimbang menikmati faedah ini. Komponen subjek Sains dan Matematik
adalah merangkumi semua subjek Sains Tulen, Teknikal dan Teknologi Maklumat.
Subjek Teknikal yang dimaksudkan adalah Teknologi Petroleum, Teknologi Makanan
dan Reka Bentuk di bawah Program Politeknik. Sehubungan itu, pemberian Bayaran
Insentif Subjek Pendidikan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
mengikut peringkat adalah seperti berikut:-

210
a. Pendidikan Rendah iaitu subjek Sains dan Matematik ;

b. Pendidikan Menengah iaitu subjek Sains, Matematik, Fizik, Kimia,

Biologi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan dan Teknologi
Maklumat ;

c. Pendidikan Lepas Menengah (Tingkatan 6) iaitu subjek Fizik,

Kimia, Biologi, Matematik dan Perkomputeran ;

d. Program Matrikulasi iaitu subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan

Sains Informatik ;

e. Program Politeknik iaitu subjek Matematik, Teknologi Maklumat,

Teknologi Petroleum, Teknologi Makanan dan Reka Bentuk ;

f. Program Maktab Perguruan iaitu subjek Sains, Matematik dan

Teknologi Maklumat.

g. Program Kolej Komuniti iaitu subjek Sains, Matematik dan

Teknologi Maklumat.

5. Kelayakan subjek seperti di para 4(a) hingga 4(g) adalah komponen

subjek Sains dan Matematik yang perlu diajar dalam Bahasa Inggeris.

Kelayakan anggota

6. Adalah ditetapkan bahawa PPP yang layak dipertimbangkan untuk BISP

adalah PPP yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris,
mengajar subjek Bahasa Inggeris dan PPP yang menggunakan kelayakan tersebut
dalam tugas rasmi mereka.

211
Sekolah Rendah

6.1 PPP yang mengajar di Sekolah Rendah (Sekolah Kebangsaan,

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Sekolah Bestari dan Sekolah Pendidikan Khas) perlu memenuhi syarat-
syarat di a, b dan c seperti berikut bagi membolehkan mereka layak
dipertimbang BISP.

a) Syarat Kelayakan Opsyen

i) mempunyai opsyen subjek Sains atau Matematik atau

Bahasa Inggeris; atau

ii) jika tidak mempunyai opsyen subjek di atas tetapi

mengajar subjek tersebut hendaklah telah mengajar
sekurang-kurangnya tiga tahun secara berterusan; atau

iii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diperakui

oleh Ketua Jabatan yang beliau mempunyai kemahiran
dan berkemampuan untuk mengajar subjek tersebut
serta telah menghadiri kursus berkaitan Pengajaran dan
Pembelajaran subjek Sains atau Matematik atau Bahasa
lnggeris yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia atau institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan.

b) Syarat Kelayakan Mengajar

i) mengajar subjek Sains atau Matematik dalam Bahasa

lnggeris atau mengajar subjek Bahasa Inggeris
mengikut peruntukan waktu minima pengajaran

212
seminggu (bagi peruntukan waktu ini boleh dirujuk
kepada Surat Pekeliling Iktitisas Bil. 11 & 12/2002) ;

c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris

melalui;

i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

ii) disahkan oleh Ketua Jabatan telah melalui dan

menamatkan pendidikan menengah atau pendidikan
tertiari dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris ; atau

iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa

Inggeris dalam SPM atau MCE atau yang setaraf
dengannya; atau

iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dari mana-mana

Kursus Bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa/
dalam negeri/lain-lain institusi yang berkaitan dengan
Pengajaran dan Pembelajaran. Sijil tersebut hendaklah
diperakui dan disahkan oleh Ketua Jabatan; atau

v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia atau institusi lain
yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

213
Sekolah Menengah

6.2 PPP yang mengajar di Sekolah Menengah (Sekolah Menengah

Teknik/Vokasional, Sekolah Bestari, Sekolah Sukan, Sekolah
Menengah Harian, Sekolah Menengah Berasrama Penuh, Sekolah
Menengah Agama dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas) perlu
memenuhi syarat-syarat di a, b dan c seperti berikut bagi membolehkan
mereka Iayak dipertimbangkan BISP.

a) Syarat Kelayakan Opsyen

i) mempunyai opsyen salah satu subjek seperti di para

4(b) atau 4(c) atau Bahasa Inggeris; atau

ii) jika tidak mempunyai opsyen subjek tersebut tetapi

mengajar subjek tersebut hendaklah telah mengajar
sekurang-kurangnya tiga tahun secara berterusan; atau

iii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diperakui

oleh Ketua Jabatan yang beliau mempunyai kemahiran
dan berkemampuan untuk mengajar subjek tersebut
serta telah menghadiri kursus berkaitan Pengajaran dan
Pembelajaran subjek Sains atau Matematik atau Bahasa
Inggeris yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia atau institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan.

b) Syarat Kelayakan Mengajar

i) mengajar salah satu subjek di para 4(b) atau 4(c)

dalam Bahasa Inggeris atau mengajar subjek Bahasa
Inggeris dan mengikut peruntukan waktu minima

214
seminggu peringkat menengah/peringkat STPM yang
mana berkaitan (bagi peruntukan waktu ini boleh dirujuk
kepada Akta Pendidikan 1996 P.U (A) 531 Jadual 12, 13,
14 dan 15 atau Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988, Bil.
8/1990 dan Bil. 2/2000);

c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris

melalui;

i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

ii) disahkan oleh Ketua Jabatan telah melalui dan

menamatkan pendidikan menengah atau pendidikan
tertiari dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris; atau

iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa

Inggeris dalam SPM atau MCE atau yang setaraf
dengannya; atau

iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dari mana-mana

Kursus Bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa/
dalam negeri/lain-lain institusi yang berkaitan dengan
Pengajaran dan Pembelajaran. Sijil tersebut hendaklah
diperakui dan disahkan oleh Ketua Jabatan; atau

v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia atau institusi lain yang diiktiraf oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

215
Pengetua, Guru Besar Dan Semua Penolong Kanan Sekolah Menengah Dan
Rendah

6. 3 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang menyandang jawatan

Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan/Penyelia Petang di
Sekolah Menengah dan Rendah perlu memenuhi syarat-syarat di a, b
dan c seperti berikut bagi membolehkan mereka layak dipertimbang
BISP.

a) Syarat Kelayakan Opsyen

i) mempunyai opsyen subjek Sains atau Matematik atau

Bahasa Inggeris

b) Syarat Kelayakan Mengajar

ii) mengajar subjek Sains atau Matematik atau Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris atau mengajar subjek
Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya 5 waktu
seminggu;

c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris

melalui;

i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

ii) disahkan oleh Ketua Jabatan teIah melalui dan

menamatkan pendidikan menengah atau pendidikan
tertiari dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris; atau

216
iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris dalam SPM atau MCE atau yang setaraf
dengannya; atau

iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dan mana-mana

Kursus Bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa/
dalam negeri/Iain-lain institusi yang berkaitan dengan
Pengajaran dan Pembelajaran. Sijil tersebut hendaklah
diperakui dan disahkan oleh Ketua Jabatan; atau

v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia atau institusi lain yang diiktiraf oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Maktab Perguruan, PoIiteknik, Kolej Matrikulasi dan Kolej Komuniti

6.4 PPP yang bertugas di Maktab Perguruan, Politeknik, Kolej

Matrikulasi dan Kolej Komuniti perlu memenuhi syarat-syarat di a, b dan
c seperti berikut bagi membolehkan mereka layak dipertimbangkan
BISP.

6.4.1 Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar;

a) Syarat Kelayakan Opsyen

i) mempunyai opsyen salah satu subjek seperti di
para 4(d) bagi Kolej Matrikulasi, di para 4(e) bagi
Politeknik, di para 4(f) bagi Maktab Perguruan dan

217
di para 4(g) bagi Kolej Komuniti atau mempunyai
opsyen Bahasa Inggeris; atau

ii) jika tidak mempunyai opsyen subjek tersebut

tetapi mengajar subjek tersebut hendaklah telah
mengajar sekurang-kurangnya tiga tahun secara
berterusan;

b) Syarat Kelayakan Mengajar

i) mengajar salah satu subjek-subjek tersebut

dalam Bahasa Inggeris atau mengajar subjek Bahasa
Inggeris dan mengikut peruntukan waktu minima
seminggu seperti yang ditetapkan oleh institusi
tersebut;

c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa

Inggeris melalui;

i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

ii) disahkan oeh Ketua Jabatan telah melalui dan

menamatkan pendidikan menengah atau pendidikan
tertiari dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris; atau

iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa

Inggeris dalam SPM atau MCE atau yang setaraf
dengannya; atau

218
iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dan mana-
mana Kursus Bahasa Inggeris di peringkat
antarabangsa/dalam negeri/lain-lain institusi yang
berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Sijil
tersebut hendaklah diperakui dan disahkan oleh Ketua
Jabatan; atau

v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia atau institusi lain yang
diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.4.2 B a g i P e g a w a i P e r k h i d m a t a n P e n d i d i k a n y a n g
menggunakan kelayakan opsyen dalam tugas rasmi;

a) Syarat Kelayakan Opsyen

i) mempunyai opsyen salah satu subjek seperti di

para 4(d) bagi Kolej Matrikulasi, di para 4(e) bagi
Politeknik, di para 4(f) bagi Maktab Perguruan dan di para
4(g) bagi Kolej Komuniti atau mempunyai Opsyen
Bahasa Inggeris;

b) Syarat Kelayakan Menjalankan Tujas Rasmi

i) menggunakan kelayakan opsyen tersebut secara

langsung dalam menjalankan tugas rasmi;

219
c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris melalui;

i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

ii) disahkan oleh Ketua Jabatan telah melalui dan

menamatkan pendidikan menengah dan pendidikan tertiari
dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris; atau

iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa

Inggeris dalam SPM atau MCE atau yang setaraf dengannya;
atau

iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dari mana-mana

Kursus Bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa/dalam
negeri/lain-lain institusi yang berkaitan dengan Pengajaran dan
Pembelajaran. Sijil tersebut hendaklah diperakui dan disahkan
oleh Ketua Jabatan; atau

v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia atau institusi lain yang diiktiraf oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

220
Bahagian-Bahagian Kementerian Pendidikan

6.5 PPP yang bertugas di Bahagian-Bahagian Kementerian Pendidikan

perlu memenuhi syarat di a, b dan c seperti berikut bagi membolehkan
mereka layak dipertimbangkan BISP:

a) Syarat Kelayakan Opsyen

i) mempunyai opsyen subjek Sains atau Matematik atau

Bahasa Inggeris;

b) Syarat Kelayakan Menjalankan Tugas Rasmi

i) menggunakan kelayakan opsyen tersebut secara

Iangsung dalam menjalankan tugas rasmi mereka;

c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris

melalui;

i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

ii) disahkan oleh Ketua Jabatan telah melalui dan

menamatkan pendidikan menengah atau pendidikan tertiari
dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris; atau

iii) mendapat kepujian bagi mata peIajaran Bahasa Inggeris

dalam SPM atau MCE atau yang setaraf dengannya; atau

221
iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dari mana-mana
Kursus Bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa/dalam
negeri/lain-lain institusi yang berkaitan dengan Pengajaran dan
Pembelajaran. Sijil tersebut hendaklah diperakui dan disahkan
oleh Ketua Jabatan; atau

v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia atau institusi lain yang diiktiraf oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Jabatan Pendidikan Negeri Dan Jabatan Pendidikan Bahagian / Pejabat

Pendidikan Daerah

6.6 PPP yang bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan

Bahagian/Pejabat Pendidikan Daerah perlu memenuhi syarat di a, b dan
c seperti berikut bagi membolehkan mereka layak dipertimbangkan
BISP.

a) Syarat Kelayakan Opsyen

i) mempunyai opsyen subjek Sains atau Matematik atau

Bahasa Inggeris;

b) Syarat Kelayakan Menjalankan Tugas Rasmi

i) menggunakan kelayakan opsyen tersebut secara

langsung dalam menjalankan tugas rasmi mereka;

222
c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris
melalui;

i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

ii) disahkan oleh Ketua Jabatan telah melalui dan

menamatkan pendidikan menengah atau pendidikan tertiari
dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris; atau

iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris

dalam SPM atau MCE atau yang setaraf dengannya; atau

iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dari mana-mana

Kursus Bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa/dalam
negeri/lain-lain institusi yang berkaitan dengan Pengajaran dan
Pernbelajaran. Sijil tersebut hendaklah diperakui dan disahkan
oleh Ketua Jabatan; atau

v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia atau institusi lain yang diiktiraf oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

KADAR DAN KRITERIA PEMBAYARAN

7. Kadar Bayaran Insentif Subjek Pendidikan yang ditetapkan untuk Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar subjek Sains atau Matematik dalam Bahasa
Inggeris atau mengajar subjek Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:

223
7.1 5% daripada gaji pokok bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah;

7.2 10% daripada gaji pokok bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Lepasan Diploma.

8. Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik secara tetap/

sementara/kontrak (termasuk pegawai bertaraf kontrak dari luar negara) Iayak dibayar
insentif ini setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di atas.

9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan hanya layak mendapat satu bayaran BISP

sahaja sama ada bagi pengajaran subjek Sains atau Matematik atau Bahasa Inggeris.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang Iayak menerima Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal (BIPK) tidak layak dibayar BISP.

10. Anggota yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan akan terus layak
menerima Bayaran Insentif Subjek Pendidikan kecuali dalam keadaan-keadaan
berikut:

Keadaan Kenyataan

a. Bercuti tanpa gaji (termasuk cuti bayaran dihentikan bagi

belajar tanpa gaji tempoh cuti tanpa gaji

b. Bercuti separuh gaji (termasuk bayaran dihentikan bagi

cuti belajar separuh gaji) tempoh cuti separuh gaji

c. Berkursus dengan bergaji penuh bayaran dihentikan bagi

melebihi 3 bulan tempoh cuti tersebut

224
d. Bercuti rehat melebihi 28 hari bayaran dihentikan bagi
berturut-turut tempoh cuti tersebut

e. Cuti haji, cuti bersalin dan cuti bayaran dihentikan bagi

sakit yang melebihi 28 hari tempoh cuti tersebut
berturut-turut
bayaran dihentikan bagi
f. Anggota gred DG54 dalam tempoh pemangkuan
kumpulan Pengurusan dan
Profesional yang memangku
jawatan Gred Utama

TARIKH KUAT KUASA

11. Tarikh kuat kuasa Surat Pekeliling Perkhidmatan ini ialah mulai 01 Januari 2003.

KUASA MELULUS BISP

12. Bagi tujuan perakuan dan kelulusan BISP, Ketua Jabatan hendaklah merujuk
kepada senarai kuasa melulus seperti di Lampiran A dan perakuan bagi pegawai yang
Iayak bolehlah diperakukan dengan mengemukakan Format Perakuan BISP seperti di
Lampiran B.

PEMBATALAN

13. Dengan surat pekeliling ini maka Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 1
Tahun 2003 bertarikh 06 Februari 2003 adalah dibatalkan.

225
PENUTUP

14. Ketua-Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan mengedarkan Surat

Pekeliling ini kepada Pusat Tanggungjawab, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan
sekolah-sekolah di bawah pentadbiran masing-masing dan adalah diharap urusan
pembayaran insentif ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur supaya hanya
anggota yang benar-benar layak diluluskan bayarannya.

15. Sekiranya terdapat sebarang keraguan semasa melaksanakan Surat Pekeliling

ini bolehlah dirujuk kepada Unit Saraan, Kemudahan dan Hubungan Kesatuan,
Cawangan Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, Bahagian Sumber
Manusia (No. Tel: 03-20986150)

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,

(DATUK Dr. ABDUL RAHMAN BIN IDRIS)

Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Manusia)
Kementerian Pendidikan Malaysia

03 Julai 2003

226
Salinan Kepada:

Ketua Setiausaha

Ketua Pengarah Pendidikan

Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Manusia)

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan)

Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Semua Setiausaha Bahagian

Semua Timbalan Setiausaha Bahagian (Bahagian Sumber Manusia)

Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y. B Menteri Pendidikan

Setiausaha Sulit Kanan Kepada Timbalan Menteri Pendidikan

Setiausaha Sulit Kepada Y. B. Setiausaha Parlimen KPM

Edaran Luar:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pembangunan Organisasi,
Aras 7-8, Blok C2, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia,

Bahagian Pentadbiran,
Tingkat 4, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 PUTRAJAYA.

Presiden,
Semua Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia.

“PENGURUSAN BERKUALITI MENJAYAKAN MISI'

227
LAMPIRAN A

SENARAI KUASA MELULUS BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP)

MENGIKUT STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN/JABATAN

Bil. Pegawai Yang Pegawai Yang

Bahagian-Bahagian
Memperaku Meluluskan

1. Bahagian-Bahagian Ketua Jabatan Ketua Perkhidmatan

Pendidikan

2. PPP di Jabatan Pendidikan Pengarah Jabatan Ketua Perkhidmatan

Negeri Pendidikan Negeri Pendidikan

3. Maktab/Politeknik/Kolej
Matrikulasi/Kolej Komuniti

i) Bagi PPP yang mengajar Pengetua/Pengarah Bahagian Pendidikan

Guru/Bahagian
Pengurusan PoIiteknik/
Bahagian Matrikulasi/
Bahagian Pengurusan
Kolej Komuniti;

ii) Bagi PPP yang Ketua Jabatan Ketua Perkhidmatan

menggunakan kelayakan Pendidikan
secara langsung dalam
menjalankan tugas rasmi

4. Pejabat Pendidikan Jabatan Pendidikan Ketua Perkhidmatan

Bahagian/Pejabat Negeri Pendidikan
Pendidikan Daerah

5. Pengetua/Guru Besar/ Pegawai Pendidikan Jabatan Pendidikan

Penolong Kanan Daerah/Ketua Sektor Negeri

6. PPP yang mengajar di Penolong Kanan/ Pengetua/Guru Besar

sekolah Penyelia Petang

7. PPP yang dipinjamkan ke Pengetua/Penolong Pengetua Sekolah Induk/

Sekolah Menengah Agama Kanan Pegawai Pendidikan
Negeri Daerah/Jabatan
Pendidikan Negeri.

* Bagi perakuan pegawai di nombor 1, 2, 3 (ii) dan 4, perakuan hendaklah

dikemukakan kepada urusetia di Unit Saraan Dan Kemudahan, Bahagian
Sumber Manusia.

228
LAMPIRAN B

FORMAT PERAKUAN BISP

BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP)

DALAM BIDANG SAINS, MATEMATIK DAN BAHASA INGGERIS

A. MAKLUMAT PEGAWAI

1. Nama :...........................................................................................................

2. No. Kad Pengenalan .....................................................................................

3. Gelaran Jawatan : .........................................................................................

4. Gred Gaji : .....................................................................................................

5. *Tarikh Lantikan Tetap/Sementara/Kontrak : .................................................

6. Alamat Tempat Bertugas : .............................................................................

7. Tarikh Mula Bertugas Di Sekolah/Tempat Bertugas Sekarang : ...................

B. MAKLUMAT KELAYAKAN BAGI PPP YANG MENGAJAR DI SEKOLAH

1. Kelayakan Subjek

i) Nyatakan subjek yang diajar mulai 1.1.2003

...............................................................................................................

ii) Darjah/Tingkatan

..................................................................................................

2. Kelayakan Anggota

Sila isikan para i) atau ii) atau iii) yang mana bersesuaian.

a) Syarat kelayakan Opsyen

i) Nyatakan opsyen Sains/Matematik/Bahasa Inggeris melalui

kelulusan ikhtisas/akademik

...................................................................................................

...................................................................................................

229
ii) Pengalaman telah mengajar subjek Sains/Matematik/Bahasa
Inggeris sekurang-kurangnya 3 tahun secara berterusan

Nama Tahun Subjek Darjah/Tingkatan

iii) Sertakan perakuan syarat kelayakan opsyen (Format A) dan

salinan sijil kursus yang telah disahkan.

b) Syarat Kelayakan Mengajar.

i) Nyatakan jumlah peruntukan waktu pengajaran seminggu dalam

subjek Sains/Matematik dalam Bahasa Inggeris atau subjek
Bahasa Inggeris. (Sila lampirkan jadual waktu mengajar/senarai
tugas terkini)

................................................................................................................

................................................................................................................

c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris

Sila sertakan salinan sijil-sijil berikut yang telah disahkan oleh Ketua
Jabatan dan tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan.

i) Sijil opsyen Bahasa Inggeris ( )

ii) Sijil tamat pendidikan menengah dan pendidikan ( )

tertiari dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris

iii) Sijil SPM/MCE ( )

iv) Sijil Kursus Bahasa Inggeris yang berkaitan ( )

dengan Pengajaran dan Pembelajaran

v) Sijil Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan ( )

Matematik dalam Bahasa Inggeris

230
C. MAKLUMAT KELAYAKAN BAGI PPP YANG MENGGUNAKAN OPSYEN
SECARA LANGSUNG DALAM MENJALANKAN TUGAS RASMI

1. KeIayakan Subjek.

i) Nyatakan bidang tugas mengikut subjek Matematik/Sains/

Bahasa Inggeris.

...................................................................................................

ii) Nyatakan Sektor/Unit tempat bertugas

....................................................................................................

2. Kelayakan Anggota.

a) Syarat Kelayakan Opsyen

i) Nyatakan Opsyen Sains/Matematik/Bahasa Inggeris

melalui ikhtisas/akademik.

.......................................................................................

........................................................................................

b) Syarat Kelayakan Menjalankan Tugas Rasmi.

Sila sertakan senarai tugas terkini.

c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris.

Sila sertakan salinan sijil-sijil berikut yang telah disahkan oleh

Ketua Jabatan dan tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan.

i) Sijil opsyen Bahasa Inggeris. ( )

ii) Sijl tamat pendidikan menengah dan pendidikan ( )

tertiari dalam bahasa pengantar Bahasa Inggeris

iii) Sijil SPM/MCE ( )

iv) Sijil Kursus Bahasa Inggeris yang berkaitan ( )

dengan Pengajaran dan Pembelajaran

v) Sijil Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan ( )

Matematik dalam Bahasa Inggeris

231
D. PENGAKUAN PEGAWAI

Saya mengaku butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar.

Tarikh : ……………………………… ...…………………………

(Tandatangan Pegawai)

Nama Pegawai:

........................................

E. ULASAN PEGAWAI YANG MEMPERAKUI

(i) Ulasan :..................................................................................................

...............................................................................................................

(ii) *Sokong/Tidak Disokong: ………………………………………

Tarikh : …………….

....................................................................
(Tandatangan Pegawai Yang Memperakui)

Nama:
Jawatan:
Cop Jawatan:

F. KELULUSAN

*Diluluskan/Tidak Diluluskan : ……………………………

……………………………………
(Tandatangan Pegawai Melulus)

Nama:
Jawatan
Cop Jawatan:

*Potong mana yang tidak berkenaan.

232
FORMAT A

FORMAT PERAKUAN

SYARAT KELAYAKAN BAGI PPP YANG TIDAK MEMPUNYAI

OPSYEN/TIADA PENGALAMAN 3 TAHUN SECARA BERTERUSAN.

Adalah diperakui bahawa Encik/Puan/Cik......................................................................

……………………………………...............No Kad Pengenalan......................................

yang bertugas di sekolah .....……………………………….........................................….

telah diarah mengajar subjek.....................................dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa

Inggeris* mulai tarikh …………………..

Beliau disahkan mempunyai kemahiran dan berkemampuan untuk mengajar subjek

tersebut dan telah menghadiri kursus berikut:

Nama Kursus Tarikh Anjuran

............................................ ........................ ...................................

Disahkan oleh

..………………………………………………
(Tandatangan pegawai yang memperakui)

Nama
Jawatan
Cop Jawatan
Alamat
* Potong mana yang tidak berkenaan

233