You are on page 1of 8

PROFESION KEGURUAN PILIHAN TERAKHIR ?

: SUATU TINJAUAN

Ibrahim bin Ahmad


Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak

Dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira samada dari segi pendidiknya,
kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu-isu semasa yang tidak
pernah sunyi dari membabitkan diri pendidik tersebut. Bidang perguruan sering dianggap
sebagai profesion kelas pertengahan jauh ditinggalkan oleh bidang-bidang professional yang
lain seperti kedoktoran, kejuruteraan mahupun bidang perakuanan. Masyarakat
menganggap bidang ini adalah pilihan terakhir sekiranya tiada kerjaya profesional lain
yang sesuai atau tidak mendapat kerja. Masyarakat menganggap untuk menjadi seorang
guru bukanlah satu tugas yang sukar. Hanya perlu duduk di dalam kelas dan menyampaikan
ilmu kepada pelajar. Itu sahaja. Disamping membuat sedikit kerja-kerja perkeranian seperti
menaip dan mengisi borang.

Apakah benar bidang perguruan ini merupakan pilihan terakhir dan adakah menjadi guru
senang seperti yang disangka. Kertas konsep ini membincangkan tentang cabaran-cabaran
yang perlu dihadapi oleh guru dalam era digital serta persoalan yang ditimbulkan iaitu
adakah profesion ini merupakan pilihan terakhir.

Pengenalan

Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut Kamus Dewan,
guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula
berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan kelayakan) sebagai guru. Pada
asasnya tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar
menjadi insane yang syumul selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Bidang keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan terakhir bagi sesetengah orang.
Ada di antara graduan yang ditanya mengenai pemilihan kerjaya mereka, ramai yang
memberikan jawapan yang hampir senada iaitu bidang keguruan adalah pilihan terakhir
mereka.

Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Bila kita menandatangani perjanjian sebagai sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu
bangsa terletak di atas bahu kita.

Tanggungjawab yang mengatakan guru adalah “lilin yang membakar diri” masih tebal bukan
sahaja dalam masyarakat Malaysia tetapi di negara-negara lain. Peretomede (1991)
menyatakan kajiannya ke atas remaja Nigeria menunjukkan pendangan yang sangat negetif
terhadap profesion keguruan di man lebih 70% responden menyatakan tidak mahu memilih

34
guru sebagai profesion mereka. Pandangan ini lebih ketara bagi responden lelaki di mana
95% dari mereka tidak mahu menjadi guru.

Sorotan Profesion Perguruan


Pada awal-awal tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk
membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar
dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru bukan
sahaja memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan.

Kaum guru mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang social dan arena
politik. Guru-guru sekolah Melayu juga meniup, menanam dan menyemarakkan semangat
nasionalisme. Melalui tulisan yang banyak diterbitkan dalam majalah-majalah yang terhad
bilangannya, suara guru dibaca sehingga menimbulkan kesedaram tentang untung nasib dan
‘survival’ bangsanya yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan politk, tentang kesedaran
maha pentingnya pendidikan tinggi sebagai satu jaminan masa depan yang lebih cerah.

Kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah


profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain.

Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru sandaran/
sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada.

Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran
dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ini
kerana masyarakat kini adalah masyarakat

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk
mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak
mengenal huruf, tidak tahu memngira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak
mengira dan menjadi manusia yang berjaya.(Shuib & Johari, 2001)

Tetapi persoalannya kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah
berubah. Dulu masyarakat memandang mulia kepada guru, sekarang profesion keguruan
seakan terpinggir dan sudah berada dalam kategori terakhir pemilihan kerja. Adakalanya juga
seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat.

Dapatan yang dibuat oleh Shuib dan Johari (2001) melalu pemerhatian, temubual dan
pengalaman, mereka dapati bahawa ada beberapa sebab mengapa bidang keguruan ini kurang
mendapat tempat pada pandangan masyarakat dan remaja yang memilih kerjaya

• Profesion keguruan adalah profesion yang statik, kurang masa dan peluang terlalu
kecil. Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa stastistik mengenai perbandingan
peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama antaranya

Pendidikan 3.5%

35
Jurutera Awam (Kerja Raya) 27.1%

Pegawai Perubatan 15.1%

Polis 18.6%

Pegawai Pertanian 13.4%

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 38.4%

• Berhadapan dengan berbagai karenah pelajar yang begitu ramai yang datang dari
pelbagai keturunan, adat resam, sosio ekonomi, peringkat umur, masalah disiplin yang
perlu ditangani. Malah guru juga perlu melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak
atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi.

• Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru sehingga ada cadangan
meletakkan Pegawai Tadbir dan diplomatik (PTD) di bahagian pengurusan samada di
sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri.

• Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja keras
guru yang mengajar.

• Beban kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. Masyarakat melihat
kerja guru mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula merasa beban
kerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masanya (over-
time) tidak dihargai. Pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan
segelintir guru kecewa.

Strategi Kerajaan Untuk Memartabatkan Profesion Perguruan

Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping
menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan. Anatar usaha
yang telah dilakukan oleh KPM ialah

a. Meningkatkan Tahap Profesionalime

Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik,
guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan
kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan
dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.

1. Program Diploma Perguruan Khas


Diperkenal pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengah
dengan menyediakan guru siswazah di semua sekolah menengah menjelang tahun
2005.

36
2. Program Diploma Perguruan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA)
kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu
pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.

3. Program Pensiswazahan Guru


Kursus-kursus seperti Program Khas Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan
pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus-kursus
yang diadakan secara usahasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open
University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk
guru besar.

4. Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti


Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak
dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang demikian
dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu
berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut,
Kementerian Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan
akan terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan
beberapa program khas untuk memastikan ianya terus berkembang.

Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin baki
dalam bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan
dan progam yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin
Baki dengan universiti-universiti di Britian, Amerika Syarikat dan Australia.

5. Skim Latihan Pegawai


Skim yang dikelolakan oleh Bahagian Biasiswa untuk membolehkan pegawai-
pegawai pendidikan mendapat kelayakan tambahan dengan mengikuti program
kedoktoran dan sarjana dengan menawarkan biasiswa penuh dan cuti belajar bergaji
penuh.

6. Program Pensarjanaan Pensyarah Maktab Perguruan


Di samping meletakkan guru-guru di tahap yang tinggi dengan memberikan kursus
dan latihan yang sesuai, pensyarah-pensyarah maktab juga diberikan peluang
meng’upgrade’kan diri mereka sesuai dengan cabaran dalam dunia pendidikan masa
kini.

b. Ganjaran & Kenaikan Pangkat


Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para
pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka
yang benar-benar layak.

1. Pengetua Cemerlang
Jawatan Pengetua Cemerlang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan
dengan tujuan untuk melantik pengetua-pengetua cemerlang yang akan

37
membawa kecemerlangan kepada sekolah tempat mereka ditugaskan. Program
ini adalah merupakan program pemilihan Pengetua DG2(DG48) ke DG1(DG52)

2. Guru Cemerlang
Untuk mengiktiraf pengorbanan guru-guru yang benar-benar komited terhadap
tugas yang diberikan, ganjaran diberikan kepada mereka dengan mengiktrif
mereka sebagai guru cemerlang. Konsep guru cemerlan yang diperkenalkan oleh
KPM ialah sebagai guru yang istimewa, dedekasi dan bermotivasi tinggi serta
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas mereka. Tanpa
menunggu untuk kenaikan pangkat secara “Time-Based”, mereka boleh
dinaikkan keg red yang lebih tinggi iaitu dari DGA6 (DGA29) kepada
DGA5(DGA32)

3. Jawatan Naik Pangkat


Guru-guru yang tidak berpeluang menjawat jawatan yang lebih kanan dalam
bidang pentadbiran, guru-guru ini berpeluang menikmati kenaikan pangkat
secara “Time-Based”. Antara kelayakannya ialah dengan berkhidmat sekurang-
kurangnya 12 tahun di gred DG3(DG41) atau DGA5(DGA32) dan berada di
mata tanggan maksima.

4. Skim Gred Diploma


Skim ini hanya melibatkan guru-guru siswazah DG6.

c. Menubuhkan Universiti Perguruan


Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) telah ditukarkan namanya
kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1959 untuk memartabkan
bidang keguruan sehingga dinaikkan taraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris pada
tahun 1987. Pada 1 Mei 1997, sekali lagi premis ini diberikan pengiktirafan dengan
menjadikan ianya sebuah universiti dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI).

d. Program Kelayakan Professional Kepengetuaan Kebangsaan


Kementerian Pendidikan telah menetapkan bahawa pemilihan semua pengetua dan guru
besar sekolah pada masa akan datang adalah berdasarkan pemilihan ke atas calon-calon
yang didapati berpotensi dan benar-benar layak sahaja. Bagi memenuhi keperluan ini,
mulai tahun 1999, KPM telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah
Berkesan yang dihadiri oleh bakal pengetua dan guru besar sebelum mereka dilantik je
jawatan berkenaan.

Semua kursus-kursus ini dijalankan dengan usaha sama KPM dan IAB.

e. Menubuhkan Yayasan Guru Malaysia Berhad


Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan di bawah akta Syarikat 1965,
pada Mac 1994 sebagai sebuah syarikat Berhad. Tujuan utama penubuhan YGMB adalah
untuk menyatukan dan mengembelang seluruh warga pendidik dan anggota perkhidmatan
pendidikan Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajian
yang akan menjadi wahana utama. Objektif utama penubuhan YGMB ialah untuk
memajukan kebajikan pendidik khasnya ahliu-ahli Yayasan melalui bencana dan

38
sebagainya di samping memajukan ekonomi warga pendidik melalui aktiviti perniagaan
terutama dalam bidang kewangan, pengusan dana, pembinaan dan pembangunan
hartanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.

f. Kesatuan Guru
Penyertaan guru dalam kesatuan-kesatuan guru yang berdaftar diyakini dapat menguat
dan mengukuhkan penyatuan perjuangan guru secara permuafakataan selaras dengahn
kehendak profesion perguruan. Inilah resolusi pertama Persidangan Permuafakatan
Pendidikan Kesatuan dan Persatuan Guru Malaysia (PPKPGM) yang menyeru agar setiap
warga pendidik menyertai salah satu kesatuan guru yang terdapat di negara ini. (Yazid,
2001)

g. Hari Guru
16 Mei setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Guru peringkat kebangsaan untuk menghargai
sumbangan dan jasa para guru. Pada hari tersebut, tokoh-tokoh guru diisytiharkan sebagai
memberi pengiktirafan penuh kepada sumbangan dan jasa mereka. Walaupun yang
diberikan gelaran tersebut tidaklah ramai tetapi ingatan kerajaan dan masayarakat Negara
ini di atas pengorbanan para pendidik dapat memberikan penjelasan yang besar dalam
dunia pendidikan.

Cadangan
Apa pun yang dilhat oleh masyarakat hari ini mengenai apa yang dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk meningkatkan mutu profesion keguruan di negara kita, namun apa yang
berlaku, masyarakat tetap meletakkan anggapan bahawa profesion ini merupakan pilihan
yang terakhir. Namun di sini diperturunkan beberapa cadangan agar dapat diperbaiki
tanggapan tersebut.

i. Perubahan Polisi Sistem Pendidikan


Yazid Abd Manap (2001) menyatakan dalam kertas kerjanya, polisi sistem pendidikan yang
ada tidak menggalakkan usaha guru memperkembangkan kerjaya mereka. Guru-guru yang
memiliki ijazah sarjana muda melalui cara “Pendidikan Jarak Jauh” kurang mendapat
pengiktirafan dari pihak kementerian. Ramai guru yang mengikuti program jenis ini kecewa
dengan kenyataan pihak kementerian yang tidak akan menjanjikan apa-apa jawatan yang
lebih tinggi walaupun guru menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Ada pula guru
yang sanggup berhenti di tengah jalan kerana tiada ada apa-apa peluang yang dijanjikan
sedangkan pihak kerajaan menggalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran untuk
memperbaiki profesion keguruan mereka.

Begitu juga halnya dengan guru-guru yang mengikuti pengajian di peringkat sarjana, tiada
apa-apa peruntukan yang diberikan samada hadiah pergerakan gaji (HPG) seperti yang
diberikan kepada guru lulusan SPM yang mengambil STPM suatu ketika dulu.

39
ii. Status Ekonomi Guru-Guru
Menurut Green Berg (1990), factor penyebab kepuasan bekerja yang paling utama
melibatkan polisi dan upah, gaji, ganjaran dalam perkhidmatan. Faktor ini penting kerana
melalui gaji, upah dan ganjaran kepada pekerja dapat menyarakan kehidupan mereka. Maka
kepuasan bekerja tidak dapat dikecapi apabila system gaji yang diterima tidak setimpal
dengan apa yang dilakukannya.

Kegagalan menarik calon-calon yang cemerlang ke dalam bidang keguruan ini disebabkan
oleh faktor gaji yang rendah dibandingkan dengan profesion lain.

iii. Pemilihan Calon Guru Yang Benar-Benar Layak


Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian
jenis peronaliiti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila jenis personality tersebut tidak
sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak betminat
terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973)

Sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama terhadap
profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas 2 atau 3 tahun menjadi
guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan terhadap beberapa
orang guru mengenai kejadian ‘Burn-out’ terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa
guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari
awal lagi dalam bidang yang diceburi. ( Wan Mohd Zahid Nordin ).

iv. Mengurangkan Penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih


Kekosongan jawatan guru samada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya diisi oleh
guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal samada di maktab perguruan atau
pun universiti. Kita tidak dapat nafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan tersebut
atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat terhadap profesion
keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetangah pihak yang menganggap
tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka masih boleh menjadi
seorang guru.

Sepatutnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan mengambil langkah yang proaktif
terhadap masalah yang dihadapi. Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah
dengan sendirinya akan merendahkan martabat profesion keguruan tersebut.

Sepatutnya kekosongan jawatan guru di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru
yang telah menamatkan pengajian secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah
rendah, manakala di peringkat sekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma
dari maktab perguruan.

v. Penyertaan Guru Dalam Kesatuan


Mengikut kajian yang dijalankan oleh kesatuan guru ( samada KPPK atau KGMMB ),
hamper 60% guru-guru di Malaysia tidak mendaftar sebagai ahli di mana-mana kesatuan guru
pun. Ini menunjukkan bahawa guru sendiri tidak berminat terhadap kesatuan yang dibentuk
oleh guru untuk kebajikan guru-guru itu sendiri.

40
Segala masalah yang bersabit dengan bidang keguruan samada dari segi perjawatan, ganjaran
mahupun kebajikan sepatutnya disalurkan melalui kesatuan dan akhirnya akan disampaikan
kepada pihak kementerian supaya diambil tindakan. Sekiranya kesatuan guru senditi tidak
mendapat sokongan padu dari kalangan guru sendiri, bagaimanakah nasib guru hendak
terbela dan apakah martabatnya profesion keguruan tersebut.

Kesimpulan
Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan
yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan
mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat.

Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang
salah. Masayarakt harus sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru
sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini.

Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi.
Tanpa guru siapalah kita hari.

Rujukan

1. Yazid Abdul Manap (2001), “Memartabatkan Profesion Keguruan


Tanggungjawab Bersama”, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm
15 – 33.

2. Shuib Dirwan & Johari Seman (2001), “Profesyen Keguruan Di Malaysia,


Sejauh Manakah Martabatnya Kini?”, dalam Bestari Koleksi Guru Johor,
JPN Johor, hlm 40 – 48.

3. Wan Mohd Zahid Noordin, bekas KPM, Sedutan Ucapan Sempena Majlsi
Perasmian Seminar Pendidikan anjuran JPN JOhor di UTM pada 23 Mac
1998.

4. Bakhtiar Mansor (1993), “Perguruan : Satu Perspektif Perkembangan


Kerjaya” dalam Jurnal Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala
Lumpur.

5. Kamus Dewan Edisi Baru, (1989), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

41